Sunteți pe pagina 1din 2

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA (MINISTRY OF AGRICULTURE AND AGRO-BASED INDUSTRY MALAYSIA) WISMA TANI

NO. 28, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4 62624 PUTRAJAYA


Telefon : 03-8870 1373 Telefax : 03-8888 6906 E-mail : pro@moa.gov.my Homepage : http://www.moa.gov.my

SIARAN MEDIA
MAJLIS PRA PELANCARAN MAHA INTERNATIONAL 2012
Putrajaya, 16 Julai 2012 YB Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah merasmikan MAHA International 2012 soft launch di hotel Marriot hari ini. MAHA International 2012 yang dihoskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dengan kerjasama MARDI dan MARDITECH Corporation Sdn. Bhd. serta Jabatan dan Agensi di bawah MOA akan diadakan pada 23 November hingga 2 Disember 2012 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Acara yang akan berlangsung selama 10 hari ini diadakan serentak dengan Hari Peladang, Perternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). HPPNK merupakan satu program penghargaan kerajaan untuk kumpulan peladang, perternak, nelayan serta usahawan agro di seluruh Negara . Bertemakan Transformasi Pertanian Melalui Inovasi, MAHA International 2012 akan memaparkan kejayaan sektor pertanian dan industri asas tani serta ternakan dari aspek inovasi dan teknologi terkini. Selain penglibatan dari agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan usahawan dalam negara, pameran ini juga akan disertai lebih 19 buah Negara seluruh dunia. Sehingga kini, negara yang telah mengesahkan penyertaan adalah Afghanistan, Vietnam, Singapura, Korea Selatan, India, Qatar dan Sri Lanka. Menariknya, di dalam dewan pameran A, konsep peragaan akan memberi keutamaan kepada proses yang berkonsepkan from farm to table yang direalisasikan oleh agensi-agensi kerajaan. Para pengunjung akan turut dapat menyaksikan proses peralihan dari produk huluan hingga ke produk hiliran. Pameran kali ini lebih memberi tumpuan kepada NKEA Pertanian yang akan menjelaskan rakyat pentingnya inisiatif-inisiatif ini bagi perkembangan sektor pertanian Negara dan sumbangan yang dapat disalurkan untuk ekonomi Negara. Di sekeliling ruang pameran bertutup seluas 42,000 meter persegi, terdapat 7 kawasan bertema yang mempamerkan aktiviti agensi-agensi di bawah naungan MOA termasuklah perikanan, ternakan, bungabungaan, jentera, sayur-sayuran, beras dan nenas. Pengunjung juga
1

akan dapat menyaksikan produk-produk hasil tani menarik yang turut membuka peluang untuk usahawan yang berminat menceburi bidang tertentu. Selain menyaksikan inovasi dan teknologi terkini, pengunjung MAHA International 2012 juga akan berpeluang menikmati produk-produk pertanian yang segar, makanan-makanan yang diproses dan hasil tani seperti durian dan produk industri asas tani. Pengunjung juga akan berpeluang menyaksikan beberapa demonstrasi dalam bidang ternakan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, beras, jentera dan nenas. Beberapa aktiviti kebudayaan dan pameran produk juga akan dipamerkan di 13 astaka negeri-negeri di Malaysia. Setiap astaka akan dihiasi indah dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk menjemput pengunjung menikmati acara kebudayaan setiap negeri tersebut. Bagi menggalakkan golongan remaja terlibat di dalam sektor pertanian, beberapa siri seminar akan diadakan bagi memupuk minat mereka untuk menceburi bidang pertanian. Seminar berkaitan teknologi dan inovasi terkini di dalam pertanian dan pengendalian ternakan akan berlansung sepanjang MAHA International 2012. Bersandarkan program yang lebih tersusun, MOA optimis lebih ramai pengunjung akan menghadiri pameran ini seterusnya sasaran melebihi 2.6 juta pengunjung akan dapat dicapai. MOA juga berharap penganjuran pameran kali ini dapat menandingi kejayaan pameran MAHA International 2010 dan seterusnya dapat memecahkan rekod kehadiran yang sedia tercatat dalam Malaysia Book of Record. Bagi keselesaan pengunjung, pihak penganjur akan menyediakan tempat letak kenderaan yang mencukupi dan trem untuk membawa pengunjung ke tapak pameran yang dibuka kepada orang ramai dan pelawat dagang mulai 10 pagi hingga 10 malam. Masuk adalah percuma dan sebarang maklumat lanjut mengenai MAHA International 2012 boleh diperolehi menerusi laman sesawang rasmi www.maha.gov.com atau menghubungi urus setia di talian 03 89439877 (Encik Abdul Rahman Harun) serta email arahman_harun@yahoo.com. ###

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

S-ar putea să vă placă și