Sunteți pe pagina 1din 13

TUGASAN 1 (KUMPULAN)

ISU-ISU ETIKA DAN AKAUNTABLITI GURU SERTA CARA UNTUK MENGATASINYA

PENDAHULUAN Akauntabiliti dan integriti adalah antara prinsip yang perlu ada dalam setiap penjawat awam termasuklah warga pendidik. Prinsip akauntabiliti dan integriti dapat diserapkan dalam diri warga pendidik melalui dua kaedah iaitu usaha berterusan warga pendidik itu sendiri seperti penghayatan nilai-nilai murni dan juga penguatkuasaan daripada kerajaan seperti penubuhan Pelan Integriti Nasional (PIN), bengkel, program kesedaran dan kursus-kursus berkaitan akauntabiliti dan integriti dan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Akauntabiliti atau kebertanggungjawaban seseorang guru difokuskan kepada tiga aspek iaitu tanggungjawab terhadap profesion perguruan, tanggungjawab terhadap negara dan tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan diri sendiri. Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan iaitu menyalur atau menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada murid-murid dengan kaedah pengajaran yang berkesan. Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus, tulus, adil dan saksama, berkecuali dan kebolehpercayaan. Warga pendidik yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak bersikap mementingkan diri sendiri sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai. Dalam teras Membina Negara Bangsa, integriti menjadi asas kepada pembentukan masyarakat negara bangsa yang hendak dilahirkan. Masyarakat Bangsa Malaysia yang ingin diwujudkan dalam teras ini adalah sebuah masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara. Melalui teras membangunkan Modal Insan, hasrat kementerian adalah untuk melahirkan masyarakat yang berpegang kepada sistem nilai, berdisiplin, bersahsiah mulia, berakhlak tinggi dan mempunyai jati diri yang kukuh. Dalam teras memperkasa

TUGASAN 1 (KUMPULAN) Sekolah Kebangsaan, integriti disentuh dalam konteks amanah kepimpinan sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar bagi mewujudkan sekolah npersekitaran kondusif kepada setiap warganya. Pihak kerajaan telah menjalankan beberapa langkah untuk mengatasi masalahmasalah yang timbul mengenai isu etika dan akauntabiliti penjawat awat terutama warga pendidik. Antaranya ialah, beberapa kaedah pengukuran seperti Indeks

Persepsi Rasuah (CPI), star rating, dan Sistem Pengurusan Akauntabiliti dan Integriti Sektor Awam (SPAI) telah diwujudkan sebagai salah satu usaha memastikan keberkesanan gerakan akauntabiliti dan integriti dalam memantapkan perkhidmatan Kerajaan kepada orang awam.

ISU-ISU ETIKA DAN AKAUNTABLITI GURU BERDASARKAN ARTIKEL Artikel yang bertajuk `usaha capai integriti mesti disemai dibangku sekolah` ini membincangkan mengenai antara usaha-usaha kerajaan untuk mencapai integriti di Malaysia khususnya sektor kaki tangan awam. Badan kerajaan yang

bertanggungjawab untuk meningkatkan integriti di sektor kakitangan awam ini ialah Institut Integriti Malaysia (IIM). Menurut Mohd Tap Salleh, Presiden IIM, (2009), kita mahu melahirkan suasana persekitaran sihat dengan pengamalnya penuh sifat integriti iaitu tidak melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, amanah dan telus. Institut perkhidmatan awam perlu bersedia meningkatkan ketelusan dan

tanggungjawab. Isu pertama yang dibincangkan di dalam artikel ini ialah imej kaki tangan kerajaan tercalar berikutan pelbagai tanggapan dan sentiasa menjadi sasaran kritikan masyarakat apabila sering saja dikaitkan dengan budaya negatif seperti kerja lembap, tidak cekap, telus dan sesetengahnya terbabit rasuah. Ini merupakan cara mengatasi isu pertama yang dinyatakan di atas, di mana kerajaan telah melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang telah dilaksanakan sejak 2004-2008. Pelan ini ini dijalankan untuk mencapai objektif mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan

TUGASAN 1 (KUMPULAN) salah guna kuasa, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian awam dan mengatasi kerenah biokrasi. Pelan ini juga dirangka dan dilaksanakan bagi Pelan ini juga bertujuan

membanteras isu-isu yang telah dinyatakan di atas.

mewujudkan persekitaran yang baik dan bebas selain perlu mencetuskan perubahan baru dengan memperbaiki nilai tertentu. Isu kedua yang dinyatakan di dalam artikel ini ialah, penanaman nilai seperti integriti tiada noktah serta garis penamat dan ia mesti berterusan. Ia perlu

berjalan berteusan agar permasalahan-pemasalahan yang negatif tidak berlaku. Penulis memberi contoh di mana, isu ini sudah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Contohnya, Kesultanan Melayu Melaka hancur, ianya bukan disebabkan kelemahan tenteranya tetapi pergaduhan sesama sendiri. Ini menunjukkan terhakisnya integriti dan amanah yang tidak dipupuk. Untuk mengatasi masalah isu kedua ini, kerajaan perlu memberi penekanan dalam subjek di sekolah dengan memasukkan elemen dari segi sejarah bagi mengelakkan terhakisnya integriti dan amanah yang tidak dipupuk oleh guru-guru kepada murid di sekolah. Elemen in perlu dipupuk seawal di bangku sekolah lagi. Ianya kerana mereka merupakan generasi baru yang bakal meneraju masyarakat pada masa hadapan. Cuba kita bayangkan jika generasi muda ini tidak

dididik seawal di bangku sekolah, mungkin sejarah akan berulang kembali, di mana keruntuhan sesebuah institut pemerintahan yang telah di mana. Artikel bertajuk `Seminar perkukuh nilai integriti warga pendidik` pula membincangkan mengenai antara usaha-usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan integriti warga pendidik dan seterusnya ianya bertujuan untuk diterapkan kepada generasi muda. Seminar ini diperkenalkan kepada tenaga pengajar yang terdiri daripada pengetua, guru besar, guru kaunseling, guru agama dan moral, guru pelatih lepasan IPG dan para pensyarah. Seminar seperti ini baik dijalankan di mana ianya dapat memahami tentang nilai dan etika seorang guru dan seterusnya dapat mempertingkatkan nilai-nilai murni dan mutu kerja warga pendidik. Seminar ini penting dijalankan bagi warga pendidik agar mutu prestasi perkhidmatan dapat dipertingkatkan dan dapat menghasilkan generasi

TUGASAN 1 (KUMPULAN) muda yang berkualiti. Bukan itu sahaja, seminar ini juga dapat melahirkan warga

pendidik yang bersih, cekap, amanah dan berakauntabiliti. Banyak manfaat yang akan diperoleh warga pendidik dengan mengikuti seminar ini. Isu pertama yang terdapat di dalam artikel ini ialah menurut tokoh cemerlang dalam pendidikan iaitu Tengku Azuan Tengku Mohammed, beliau berkata nilai integriti yang perlu ada pada setiap guru ialah keikhlasan dan kejujuran di mana guru itu perlu menyampaikan ilmu kepada anak muridnya mengikut perhatian yang berlainan. Di sini kita dapat melihat suasana alam pendidikan di mana guru-guru tidak mementingkan peranannya untuk mengajar dan mendidik anak murid di sekolah tetapi lebih memfokuskan kerja di luar yang lebih menguntungkan seperti kelas tuisyen, yang jauh lebih menguntungkan. Di sini juga kita dapat lihat di mana warga pendidik ini tidak ikhlas dalam kerjanya dan tidak jujur di dalam kerjaya yang mereka ceburi. Pendidik tergolong sebagai penjawat awam dan tertakluk kepada peraturan Perintah Am Kerajaan. Penjawat awam perlu memohon kebenaran untuk melakukan kerja sambilan bagi menambah pendapatan. Kelulusan hanya diberikan jika kerja sambilan itu tidak

bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan seperti tidak dilakukan dalam waktu bekerja dan tidak menjejaskan tugas. Antara cara mengatasi masalah ini ialah pihak pentadbir perlu memantau dan memberi teguran kepada guru-guru yang menjalankan kerja sambilan yang boleh mengganggu kerja hakikinya dan reputasi guru tersebut merosot akibat daripada terlampau fokus kepada aktiviti luar. Isu yang kedua yang terdapat di dalam artikel ini ialah menurut Tokoh Pengetua Cemerlang Jusa C, Tengku Azuan Tengku Mohammed, beliau mengatakan guru perlu bertindak sebagai contoh atau role model termasuklah dari segi keperibadian dan penampilan. Beliau juga memberi contoh di mana guru janganlah menjadi contoh Contohnya, sebagai guru, kita sering menegur jika

yang tidak baik kepada murid.

penampilan murid tidak kemas dan comot, tetapi guru tidak menjaga kebersihan dan penampilan. Menurut Howard (2007), beliau,menghuraikan 4 ciri utama penampilan dan sahsiah guru yang dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih baik iaitu, penampilan untuk perbezaan, penampilan untuk berdialog, disulisi dan demokrasi. Guru perlu mempunyai tahap keterampilan berasaskan budaya iaitu satu kebolehan

TUGASAN 1 (KUMPULAN) mengenalpasti dan mengiktiraf pelbagai realiti yang wujud di dalam bilik darjah yang mempunyai pelbagai budaya. Guru juga perlu tahu menangani perbezaan bangsa,

agama, jantina, warna kulit, konservatif atau liberal dan sebagainya. Guru juga perlu memakai pakaian yang tidak menjolok mata dan ianya perlulah bersesuaian dengan aktiviti yang hendak dijalankan. Ada sesetengah guru menjadikan sekolah sebagai tempat ataupun platform bagi mereka memperagakan koleksi pakaian mereka. Ada juga berlumba-lumba untuk memperagakan pakaian mereka. Pihak pentadbir,

khususnya guru besar perlulah memainkan peranannya di mana menetapkan criteria pakaian dan sentiasa memantau guru-guru di sekolah agar masalah yang tidak dikehendaki itu berlaku. Isu seterusnya ialah kita sering lihat mengenai isu dan akauntabiliti warga pendidik ialah berniaga di sekolah. Malaysia. Isu ini sering kita lihat di sekolah-sekolah di Kami juga

Tambahan lagi musim-musim perayaan yang bakal tiba.

mengalami pengalaman ini semasa kami menjalankan sesi praktikum dan sesi internship. Isu ini sudah menjadi kebiasaannya di mana guru-guru menjalankan

perniagaan seperti menjual kuih raya, menjual barang-barang keperluan rumah dan lain-lain lagi. Guru sepatutnya melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik dalam bilik darjah dan bukannya menjalankan perniagaan di sekolah. Guru yang berniaga di sekolah melanggar etika perkhidmatan awam dan guru terikat dengan Perintah Am yang bertujuan mengawal tingkah laku dan etika pekerja dlm perkhidmatan awam. Guru yang ghairah berniaga di sekolah sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka perlu diberi teguran oleh pihak pentadbir dan mengambil tindakan sewajarnya agar tidak menjejaskan profesion perguruan. Pihak pentadbir perlu memberi teguran kepada guru-guru yang menjalankan perniagaan di sekolah secara berhemah dan cara yang betul dan menasihati guru-guru agar fokus kepada mengajar murid-murid. Selain itu, isu datang lambat ke sekolah juga sering kita lihat di sekolah. tambahan lagi sekolah yang jauh di kawasan kampung. Melalui pengalaman kawankawan, mereka ditempatkan di kawasan yang agak terpencil, jadi masalah guru-guru yang datang lambat ini sudah menjadi kebiasaan mereka. Menurut Good (1973),

perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka

TUGASAN 1 (KUMPULAN) masa panjang untuk pelbagai aktiviti seperti kuliah, belajar, riadah, tangungjawab peribadi dan rehat. Sepatutnya warga pendidik perlu merancang jadual harian mereka agar masalah atau isu datang lewat ini tidak berlaku. Guru merupakan role model kepada murid-murid. Guru-guru sepatutnya datang awal dan perlu bersedia dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan pada hari tersebut. Pihak pentadbir perlu memandang serius dengan waktu kehadiran para guru-guru ke sekolah. pihak pentadbir boleh mencadangkan agar meletakkan mesin punch card bagi mengetahui waktu ketibaan guru-guru dan dapat mengenalpasti guru-guru yang lewat datang ke sekolah dan guru besar boleh menasihati guru-guru ini agar datang lebih awal. Kesimpulannya, prinsip akauntabiliti dan integriti penting dan perlu dihayati dan dijadikan amalan oleh setiap penjawat awam terutamanya warga pendidik. Sekiranya prinsip-prinsip ini tidak dititikberatkan, maka penyelewengan, salah laku, penipuan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan mudah berlaku. Prinsip akauntabiliti dan integriti memainkan peranan utama dan menyumbang ke arah kualiti dan imej sesuatu agensi kerajaan. Ia juga merupakan pra syarat bagi mendapatkan keyakinan orang awam ke atas perkhidmatan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

TUGASAN 1 (KUMPULAN) KEPENTINGAN MEWUJUDKAN KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI GURU

Kod Etika Profesion merupakan peraturan untuk membantu para guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub supaya menjaga imej baik profesionnya. Kod Etika Perguruan merupakan satu kayu ukur bagi guru-guru memperbaiki tatasusila dan tingkah laku sebagai penjawat awam. Dewasa ini kita sering mendengar perkara atau isu-isu yang melibatkan salah laku guru yang dipampangkan di dada-dada akhbar dan juga media massa sama ada dari aspek sikap profesional, kelakukan dan juga akauntabiliti seseorang guru Kami juga tidak terkecuali daripada berhadapan dengan situasi ataupun fenomena seperti ini ketika menjalani Intership di salah sebuah sekolah di daerah Melaka tengah. Justeru, adalah penting untuk mewujudkan kod etika dan akauntabiliti guru dan perlunya guru mengikuti Kod Etika Keguruan. Kepentingan yang pertama ialah dengan adanya kod etika, guru-guru dapat jadikannya sebagai panduan untuk membolehkan mereka menyempurnakan profesion ke taraf kesusilaan yang maksimum. Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu

dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Oleh itu,FPK haruslah dihayati agar guru sedar bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab yang berat. Di atas kesedaran betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing murid untuk mencapai kemajuan, seseorang guru itu akan belajar menerima tatasusila yang terkandung di dalam kod etika. Ini bermaksud Merujuk kepada Kod Etika Perguruan Malaysia, terdapat empat perkara yang terkandung di dalam kod ini iaitu:

TUGASAN 1 (KUMPULAN) 1. Tanggungjawab terhadap pelajar 2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa 3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara 4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan Sehubungan dengan itu, dengan berpaksikan kepada pemahaman terhadap kandungan di dalam kod etika ini seseorang guru akan mempunyai satu pegangan iaitu di dalam skop akauntabiliti atau pelaksanaan tugas di mana guru sebagai kakitangan atau penjawat awam akan menjalankan tugas dengan penuh komited dan memberi sepenuh komitmen demi mencapai standard yang tinggi dalam perkhidmatan profesional. Homas R. Guskey dan Michael huberman menyatakan di dalam bukunya Professional Development in Education, Seddon (1988) claims that teachers status as employees of the state, the implicit nature of their work relationship in teaching, and hence teachers understandings and sense of professionalism have all been set in place through contested settlements that have a long legacy. Kepentingan kedua ialah sebagai penggerak kepada motivasi dan inisiatif seseorang guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik. Ini bermaksud seseorang guru dapat memahami perkara yang terkandung di dalam kod etika dan tidak akan sesekali melanggar perkara-perkara yang terkandung di dalam kod etika tersebut dengan memikirkan kesan atau implikasi yang akan timbul sekiranya mereka melanggar kod etika tersebut. Sekiranya seseorang guru berpegang kepada kod etika, ini secara tidak langsung akan membuatkan guru bermotivasi dalam apa jua tindakan atau perbuatan dalam usaha untuk memenuhi harapan pihak Kementerian Malaysia mengenai perkara yang terkandung di dalam kod etika tersebut .

Tanggungjawab utama guru merujuk kepada kod etika ini ialah tanggungjawab terhadap muridnya yang mengatasi semua kepentingan lain. Oleh itu, guru haruslah memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar iaitu membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menurut Rosie Turner-Bisset (2001) dalam bukunya Expert Teaching terjemahan Mohd Fauzi Yaacob, seseorang itu tidak

TUGASAN 1 (KUMPULAN) menjadi guru kerana wang ringgit. Ia dianggap sebagai pekerjaan yang memberikan ganjaran intrinsik dan bukannya ekstrinsik: untuk membantu kanak-kanak belajar, meningkatkan kehidupan mereka dan mempengaruhi masyarakat. Sehubungan dengan itu, guru akan mencari inisiatif untuk memperlengkapkan diri dengan segala imu yang berkaitan dengan pendidikan dari semasa ke semasa untuk proses pemindahan ilmu kepada pelajar dan disertai dengan niat yang ikhlas untuk mendidik pelajar. seorang guru juga akan mempunyai kesedaran untuk selalu menambah pengetahuan dan keterampilan supaya pengetahuan dan keterampilan yang dimilikinya tidak ketinggalan zaman. Pengetahuan dan keterampilan yang dikuasai tidak hanya terbatas pada pengetahuan yang berkaitan dengan pengembangan tugas profesional, tetapi juga tugas kemasyarakatan mahupun tugas kemanusiaan. Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untuk mengembangkan daya berfikir atau sehingga mampu untuk turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah peradaban demi memperbaiki hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat di mana dia hidup.

Kepentingan yang ketiga, kod etika guru menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Menurut Menurut Rosie Turner-Bisset (2001) dalam bukunya Expert Teaching terjemahan Mohd Fauzi Yaacob, Semua sekolah rendah mempunyai matlamat: apa yang mereka harap dapat dicapai bersama-sama kanak-kanak yang diamanahkan kepada mereka. Oleh itu, guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan starategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Oleh itu, guru lebih memahami dan jelas tentang tanggungjawab mereka dan bukan hanya bermegah di atas gelaran guru sahaja.

Menurut Sidek Baba (2011), pendidikan bukan hanya sekadar suatu proses bagaimana pemindahan maklumat, data dan fakta berlaku tetapi ia menyentuh bagaimana proses transformasi berjalan. Imu yang benar dan disampaikan dengan kaedah yang baik bakal mencetuskan perubahan terhadap minda, sikap dan amal. Ini

TUGASAN 1 (KUMPULAN) bermaksud dalam konteks tanggungjawab terhadap pelajar, apabila guru berpegang kepada kod etika sesi Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) tidak lagi berjalan

mengikut suasana pembelajaran yang berbentuk syarahan di mana proses P&P berpusatkan guru sahaja, tetapi dijalankan dengan pelbagai kaedah dan aktiviti yang berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Ini adalah satu contoh di mana hasilnya, lahirlah murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang seiring dengan kehendak dan hasrat kerajaan dalam wawasan 2020 dalam menangani cabaran pendidikan dewasa ini. Seterusnya, kepentingan keempat ialah kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Ini bermaksud kod etika ini memelihara guru daripada sebarang tingkah laku yang boleh mencemarkan nama baik profesin keguruan sekiranya diamalkan oleh guru. Selain itu, rasionalnya guru patut menjadikan kod etika sebagai rujukan dan amalan adalah kerana, guru merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam proses P&P dan bersemuka dengan pelajar pada setiap hari persekolahan. Justeru, guru perlu menampilkan perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Antara watak yang perlu ditampilkan supaya menjadi contoh pelajar ialah amanah, bersopan santun, dan berdedikasi. Selain itu, pentingnya guru memainkan peranan sebagai model atau contoh bagi murid seperti dari segi cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku. Sebagai pembentuk tingkah laku juga, pada asasnya guru hendaklah memahami matlamat pembelajaran yang ingin dicapai. Pendekatan pembentukan tingkah laku yang digunakan seharusnya menyokong matlamat dan tujuan pendidikan. Rentetan daripada itu, guru perlu mempunyai kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan pembentukan tingkah laku secara profesional, berlandaskan falsafah dan teori tingkah laku yang bersesuaian. Setiap murid mengharapkan guru mereka dapat menjadi contoh atau model baginya. Oleh kerana itu, tingkah laku pendidik baik guru, orang tua atau tokoh-tokoh masyarakat harus sesuai dengan norma-norma yang dianut oleh masyarakat, bangsa dan negara.

TUGASAN 1 (KUMPULAN) Kepentingan kelima pula, menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion keguruan, seterusnya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan Negara. Perkara-perkara di dalam kod etika guru mengandungi semua perkara yang menuntut guru supaya mempunyai ketrampilan yang baik daripada semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, guru yang menjadikan kod etika ini sebagai garis panduan dan mengamalkannya akan dapat menjadi guru yang mantap yang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladankan. Selain itu, guru yang cemerlang dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan komunikasi dapat dihasilkan yang dapat melahirkan modal insan yang berguna untuk Negara, seterusnya, meningkatkan lagi imej profesion keguruan. Stanley dan Jeffrey (1993) di dalam bukunya, On Being a Teacher mengatakan, In an ideal world, teachers would be greatly appreciated and rewarded appropriately for their worth as the guardians of societys greatest resource: childrens impressionable minds. The parents of our children would be our greatest allies-supporting our efforts, magnifying our lessons at home, encouraging their children to be eager consumers of our valuable service. Oleh itu, imej yang positif mengenai profesion keguruan dapat dilihat sebagai implikasi apabila guru memainkan peranan atau watak sebagai seorang guru dengan cemerlang ini.

Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai unsur terpenting dalam usaha sesebuah negara mencapai kecemerlangan pendidikannya. Dapatan kajiankajian terdahulu telah banyak membuktikan bahawa wujud korelasi positif yang tinggi di antara pencapaian akademik pelajar dengan peranan guru di bilik-bilik darjah. Justeru, perhatian yang istimewa wajar diberikan kepada guru-guru kerana sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik darjah, di samping kemampuan mereka membentuk rupa dan wajah generasi masa hadapan sesebuah negara. Malah, usaha proaktif juga perlu dilkukan segera ke arah pencapaian taraf professional dalam kalangan guru di negara ini.

TUGASAN 1 (KUMPULAN)

Kepentingan keenam, di dalam kod etika mengandungi nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk

tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Untuk merealisasikan FPK, semua guru di dalam sesebuah sekolah haruslah saling bekerjasama dan bersedia membantu rakan sejawat dalam usaha bersama-sama memartabatkan profesion keguruan. Bak kata pepatah, Kitalah pendaki ulung memetik kuntum gunawan di puncak makramat yang menuntut seseorang guru supaya sentiasa pandang ke hadapan kerana profesion keguruan merupakan satu profesion yang mencabar dan memerlukan kita sentiasa berfikiran positif, tabah dan sabar serta menetapkan matlamat sebagai kalam pengukir cita dan jaya di diari anak-anak yang mendambakan ke mercu.

Kepentingan ketujuh ialah kecemerlangan profesion keguruan boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Apabila guru melaksanakan kod etika yang telah dikuatkuasakan ini, guru dapat meningkatkan diri dan meningkatkan layanan profesionalismenya demi kepentingan semua pihak seperti yang terkandung di dalam kod etika tersebut. Profesion keguruan juga dapat dilihat sebagai profesion yang cemerlang apabila guru sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip yang terkandung di dalam kod etika dan ditunjukkan melalui suatu ikatan komitmen dan penyataan kesedaran untuk mematuhinya dalam menjalankan tugas. Berbalik kepada maksud dan tujuan utama diadakan kod etika adalah untuk menjamin agar tugas profesion keguruan itu wujud. Pihak klien iaitu pelar, ibu bapa dan masyarakat akan memperoleh perkhidmatan yang berkualiti daripada pihak guru manakala pihak guru pula akan terjamin martabat, kewibawaan, dan kredibiliti perguruan. Usaha untuk mempertahan dan mengamalkan kod etika ini dapat dihayati dan dilaksanakan kerana kod etika perguruan ini dipaparkan di halaman depan buku persediaan mengajar dan kod etika ini disediakan dalam bentuk ikrar agar semua guru akan mematuhi dan menjaga imeh profesion keguruan.

TUGASAN 1 (KUMPULAN) Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Secara kesimpulannya, kod etika perguruan perlulah diikuti dan diamalkan oleh semua warga pendidik kerana ianya merupakan asas kepada perkhidmatan kepada pendidikan bertaraf dunia. Guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu yang membawa kepada pelanggaran kod etika perguruan perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya akan membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa.

S-ar putea să vă placă și