Sunteți pe pagina 1din 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS TUN HUSSIEN ONN, BATU PAHAT

Kerja Kursus Pendek Pengantar Pendidikan Negara

Nama No Kad Pengenalan Opsyen Pensyarah Tarikh Hantar

: Mohd Aidil Bin Othman : 901224-01-6035 : Ppismp Rbt/Bi/Bm : En Said b Sulaiman : 14.8.2009

Biodata Pelajar

Nama No kad Pengenalan Kursus Unit Institut No Telefon

:Mohd Aidil Bin Othman :901224-01-6035 :Rbt/bi/bm Kumpulan 2 :Ppismp/Julai 2008 :IPGM Kampus Tun Hussein Onn :017-6329952

3.0 Refleksi

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan Pengantar Pendidikan saya. Saya Mohd Aidil B Othaman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk yang saya iaitu kehendak Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang perlu dihayati dan diamalkan dalam melaksanakan tugas hariaan dan bagaimana seorang guru dapat membimbing murid-murid di dalam bilik darjah agar mereka akan menjadi warganegara yang dapat memberi sumbangan ke arah kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham akan kehendak soalan tetapi setelah diterangkan oleh En Hj Said, saya akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam esei saya. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Nota-nota yang telah diberikan oleh En Hj Said telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam esei saya.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk disiapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya

tugasan Pengantar Pendidikan yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu En Hj Said B Sulaiman.

Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan negara lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan negara yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta negara sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju negara pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggung jawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa penting usaha menuju kepada arah kebenaran negara arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Matlamat falsafah pendidikan guru ialah membina negara guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik muridmurid dengan cekap dan berkesan. Kedua ialah mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan dan yang ketiga ialah meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan.Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

1.0 Model Konseptual Pendidikan Guru Model Konseptual Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah di bawah:

KETUHANAN

ROHANI

Nilai Pengetahuan EMOSI Kemahiran

INTELEK

JASMANI

KENDIRI

KEMASYARAKATAN

Model konseptual pendidikan guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan seperti berikut:

Ketuhanan :

Kemasyarakatan : Kendiri :

Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama. Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan. Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.

Kurikulum Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah digubal dengan mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang diperjelas seperti berikut: Pengetahuan : Merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran dalam KBSM serta pengetahuan ikhtisas keguruan.

Kemahiran :

Merangkumi kemahiran

kemahiran

ikhtisas

yang menjurus

kepada

berkomunikasi, kemahiran

belajar, kemahiran Pembinaan

berfikir, literasi Negara berilmu dan

pedagogi.

dan pengukuhan aspek how to dengan negara tumpuan kepada pengintegrasian teknologi maklumat dalam

pelaksanaan kurikulum.

Nilai :

Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan yang menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, inovatif, kreatif, berketrampilan dan berwibawa serta patuh kepada profesion perguruan.

Falsafah Pendidikan Negara


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan Negara akan

memperkembangkan lagi potensi individu secara dan bersepadu untuk mewujudkan negara yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kapatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan tinggi, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidupsebagai hamba allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara. Negara akan mencapai kebahagiaan di dunia serta kesejahteraan di akhirat.

Falsafah Pendidikan Guru


Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

2.0 Kod Etika Perguruan Malaysia

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

2.21 Maksud Etika Satu 9egara dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994). Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

2.22 Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan 9egara penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

2.23 Skop Etika Profesional Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli 9egara9ional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

2.24 Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan

dikuatkuasakan. 5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. 6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi

2.25 Ciri-ciri guru berkualiti dan professional


Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Mempastikan situasi Guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

2.3 Matlamat pendidikan guru


Berdasarkan kepada falsafah pendidikan guru yang tersebut sebelum ini, maka matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku seperti menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan serta berupaya mencapai kecermerlangan pendidikan untuk pngisian tuntutan wawasan pendidikan dalam abad ke-21. Faktor penting yang menggerakkan kelancaran sistem pendidikan ialah guru atau pendidik. Guru adalah kumpulan pelaksana pendidikan formal yang diamanahkan untuk merancang, melaksana dan menilai kesan pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana tanggungjawab guru terhadap kejayaan misi dan pengisian wawasan pendidikan adalah tinggi maka wajarlah program pendidikan guru sentiasa dikemas kini supaya selaras dengan perubahan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan negara. Dari segi penyediaan guru, falsafah Pendidikan Negara berhasrat menyediakan guru yang seumur hidupnya mencari ilmu dan mengamalkannya serta boleh menjadi model kepada insan terdidik pelajar dan masyarakat. Perancangan dan pelaksanaan pendidikan guru dalam kurikulumnya mengambil kira matlamat menyediakan guru berkualiti yang dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai guru yang berkesan. Antaranya guru yang berpengetahuan, berkemahiran mempunyai nilai murni serta bersikap positif.

2.4 Peranan guru sebagai pendidik di dalam kelas

Guru haruslah membimbing murid-muridnya di dalam kelas agar menjadi warganegara yang dapat memberi sumbangan kearah kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara. Hal ini, akan dapat merialisasikan wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri Malaysia yang ke-4 iaitu . Tun Seri Dr. Mahathir Mohamad. Disamping itu, Malaysia akan dapat melahirkan ramai pemimpin generasi baru yang berkualiti dari segi aspek rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial. Oleh itu, peranan guru di dalam kelas sangat penting kepada generasi muda kerana dapat melahirkan warganegara yang berwawasan. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa menambah pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran. Jika kita mengajar subjek Sains, maka kita hendaklah sentiasa berterusan mendalami ilmu Sains agar pengetahuan kita sentiasa bertambah. Ada kata-kata tokoh ilmuan yang mengatakan bahawa mempelajari ilmu tiada penamatnya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sebagai seorang guru kita hendaklah berterusan menimba ilmu. Semasa di dalam kelas, guru boleh memberi beberapa contoh berdasarkan pengetahuan am dan pengetahuan terhadap subjek tersebut. Oleh itu, muridmurid akan mudah untuk memahami sesuatu kerana memperoleh pelabagai contoh daripada guru mereka.

Langkah seterusnya ialah mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masayarakat bersepadu, demokratik, progresif dan berdisplin. Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Sebagai seorang guru, kita wajarlah mengamalkan falsafah pendidikan guru dalam kehidupan harian. Hal ini akan membolehkan kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas secara berkesan. Pembentukan modal insan adalah di tangan seorang guru di dalam kelas. Guru akan menyemaikan nilai-nilai murni dan mendisplinkan murid-muridnya. Perpaduan juga haruslah dititikberatkan oleh seorang guru kerana ia termasuk dalam Falsafah pendidikn guru. Di samping mengajar di dalam kelas, guru juga haruslah mendidik murid-murid supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia. Hal ini akan menjadikan sekolah sebagai satu pusat melahirkan generasi yang berguna kepada diri, masyarakat dan negara.

Seterusnya, peranan guru di dalam kelas ialah menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.

Etika keguruan haruslah dipatuhi dan di amalkan oleh setiap guru yang mengajar di dalam kelas. Amalan seperti menghormati orang tua, bersopan santun dan tolong-menolong haruslah sentiasa di dedahkan di dalam bilik darjah. Guru juga haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada anak muridnya agar murid-murid mengamalkan amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Guru juga haruslah sentiasa memberi teladan yang baik kepada pelajar. Di samping

mengajar, guru boleh memupuk nilai-nilai murni selaras dengan etika keguruan yang di amalkan oleh setiap guru di sekolah. Hal ini kan menjadikan suasana di dalam kelas lebih komprehensif dan ceria kerana semua pelajarnya

mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.

Peranan yang keempat ialah menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa hadapan.

Sebagai umat Islam kita juga dituntut supaya mencari ilmu dan mengamalkannya. Sebagai contoh kita mempelajari Al-Quran dan setelah mengetahuinya kita haruslah mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Guru mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anak muridnya supaya menjadi insan yang berguna pada suatu hari kelak. Selain daripada melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik, guru juga boleh menyampaikan ilmu-ilmu tambahan yang kepada pelajar mereka.

Pendidikan masa kini banyak menggunakan teknologi seperti komputer riba. Oleh itu, sebagai seorang guru kita haruslah melengkapkan diri kita dengan teknologi baru ini. Semasa di dalam kelas, kita haruslah mendedahkan muridmurid terhadap teknologi baru ini dengan membuat persembahan video sebagai bahan bantu mengajar. Hal ini tidak akan berlaku jika guru tidak mempelajari ilmu dan mengamalkannya. Seorang itu akan terus berada di tompok yang lama kerana dunia sekarang semakin maju dan teknologi semakin canggih. Sebagi insan guru yang peka terhadap perubahan dunia, kita hendaklah sentiasa mempelajari sebanyak mungkin ilmu dan mengamalkannya di dalam kelas agar pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Peranan yang terakhir ialah menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar.

Ilmu tidak akan datang sendiri tanpa kita berusaha mencarinya. Guru ialah insan serba boleh dan mempunyai pelbagai kemahiran. Kemahiran mendidik bergantung kepada kreativiti individu itu sendiri. Jika guru mempunyai kemahiran mendidik di dalam kelas, nescaya guru tersebut akan dapat merangsang perkembangan pelajar. Semasa di dalam kelas, guru hendaklah menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba, jadual gamba rajah dan permainan uji minda agar suasana di dalam kelas menjadi menarik dan menyeronokkan. Hal ini akan menyebabkan murid-murid minat untuk datang ke sekolah dan menghadiri kelas tersebut. Sebaliknya akan berlaku jika guru tersebut tidak mempunyai kemahiran mendidik serta tidak mengamalkan nilai keguruan di dalam kelas, maka murid-murid akan cepat berasa bosan dan tidak minat untuk menghadiri kelas berkenaan.

Oleh itu, guru haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran mendidik di dalam kelas. Pengalaman itu sangat penting dan harus di lalui oleh insan guru. Nilai keguruan juga haruslah sentiasa diamalkan kerana sebagi seorang guru kita ialah contoh di dalam kelas. Murid-murid akan mengikut apa yang dilakukan oleh guru mereka. Oleh itu, teladan yang baik haruslah sentiasa ditunjukkan kepada murid-murid di dalam kelas.

4.0 Bibliografi

H, Poh Swee. (2005). Kemahiran Berfikir Kurikulum Kursus Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Munir Shuib, Azlena Zainal. (2008). Aktiviti Berfikir. Petaling Jaya Selangor: Prentice Hall.

J. Lyons. (1995). Jilid satu bahasa natural dan tatabahasa sejagat, esei dalam teori linguistik. Batu caves, kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka

Asmah haji omar. (1998). The malay people ang their languages. Kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka.

J. Lyons. (1992). Bahasa dan linguistik satu pengenalan. Ampang, selangor darul ehsan: dewan bahasa dan pustaka

Idris mohd radzi, dahlia janan. (2006). Mengajar dan belajar bahasa melayu. Tanjung malim: penerbit upsi

Adnan akmajian. (1995). Linguistik: pengantar bahasa dan komunikasi. Kuala lumpur: dewan bahasa dan pstaka

Isi Kandungan

Perkara

Muka Surat

Biodata Pendahaluan Falsafah Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Guru Falsafah Pendidikan Islam

1.0 Model Konseptual Pendidikan Guru 2.0 Kod Etika Perguruan Malaysia 2.21 Maksud Etika 2.22 Maksud Etika Profesional 2.23 Skop Etika Profesional 2.24 Kepentingan Etika Guru
2.25 Ciri-ciri guru berkualiti dan professional

2.3 Matlamat pendidikan guru 2.4 Peranan guru sebagai pendidik di dalam kelas

3.0 Refleksi 4.0 Bibliografi 5.0 Lampiran

Prakata

S-ar putea să vă placă și