Sunteți pe pagina 1din 13

Pengenalan

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan aspirasi Negara untuk menuju kea rah Negara maju 2020 selain daripada mewujudkan perpaduan kaum dan

integrasi nasional di dalam kalangan masyarakat Negara. Panduan utama pendidikan di Malaysia ini adalah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Di dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan adalah untuk individu dan Negara. Kedua-dua tujuan ini adalah untuk melahirkan insane yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab untuk menjadi warganegara yang berintelek tual tinggi di samping mempunyai sahsiah yang berbudi pekerti. Menurut Abdul Fatah Hassan 2001, Falsafah Pendidikan ialah sesuatu sisstem kepercayaan, pegangan, atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan atau pengajaran yang dijalankan di sekolah. Menurut Zaini b Abdullah dan rakan-rakan 2012, falsafah pendidikan merupakan panduan dan hala tuju Negara dan setiap Negara mempunyai falsafah yang berbeza di antara satu sama lain. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonia dan kemakmuran masyarakat dan negara. Terjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Tujuan Falsafah pendidikan Kebangsaan adalah untuk menyelaraskan matlamat dalam

mencapai misi dan visi yang sama bagi setiap peringkat sama ada peringkat rendah mahupun peringkat yang tertinggi. Bagi elemen pendidikan suatu uasaha yang berterusan boleh ditafsirakan sebagai suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu pengetahuan , kemahiran, dan nilai-nilai murni. Selain itu elemen ini juga meliputi proses pemerolehan dan pemindahan secara berterusan yang bermula dari kecil sehingga akhir hayat. Perkembangan

potensi individu meliputi perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu. Hal ini terjadi melalui misi falsafah Pendidikan kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social. Keseimbangan ini meliputi dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Manakala elemen kepercayaan dan kepatuhan kepada tuahan adalah intipati penting dalam kehidupan masyarakat iaitu mengakui kewujudan tuhan sebagi pencipta manusia dan alam serta masyarakat akan bertanggungjawab sepenuh terhadap tindakan mahupun perbuatan yang dilakukan.Selain itu, elemen melahirkan masyarakat yang berilmu pengetaguhan dalah untuk memupuk masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan serta mempunyai fikiran ang terbuka. Elemen rakyat Malaysia yang berketerampilanadalah melahirkan individu yang berpandangan jauh dan mempunyai kecekapan dan kompetensi diri. Seterusnya elemen rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab dilihat dari sudut nilai-nilai murni dan moral sebagai pegangan hidup. Keduanya menyedari bahawa setiap tugas dan tanggunjawab yang diberi adalah amanah dan harus dilaksanakan dengan sebaiknya. Dalam hal ini juga elemen rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri adalah merujuk kepada individu haruslah mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk mengahadapi cabaran hidup. Dalam amsa yang sama individu tersebut mestilah berfikran terbuka, waras dan tenang ketika membuat sesuatu keputusan. Akhir sekali elemen Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan negaraadalah elemen yang mengharapkan rakyat menjadikan rukun Negara sebagai amalan hidup disamping memupuk persefahaman di antara masyarakat dan kaum. Selain itu masyarakat mestilah mematuhi peraturan dan menghormati amalan masing-masing demi kecintaan terhadap Negara. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah untuk melahirkan insane yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini secara automatis menjadi warganegara yang baik. Mereka ini hendaklah memiliki serta menghayati cirri-ciri berikut: I. II. III. IV. V. Percaya dan patuh kepada Tuhan Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara. Berbakti dan member sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

VI.

Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu.

Saya telah memilih tajuk Adab dan Akhlak : Adab dengan Orang Tua. Berikut adalah komponen-komponen yang terdapat dalam tajuk Adab dengan Orang Tua. Tahun Masa Tajuk Fokus Empat 30 minit Adab dengan Orang tua Pemikiran : murid dapat menyebut adab dengan orang tua Amalan : murid dapat mengamalkan adab dengan orang tua Penghayatan : Murid Sentiasa beradab dengan Orang tua Kaedah 1. Penerangan 2. Sumbang saran 3. Bercerita 4. Membaca 5. Projek 6. Simulasi 7. Lakonan Pengetahuan Sedia ada BBM Murid pernah bergaul dengan orang tua Murid pernah tinggal bersama datuk dan nenek di kampong Ladtop Youtube adab dengan Orang Tua Gambar Buku Teks Pengetahuan Kandungan m/pelajaran (Hasil Aras 1: Menyebut cara beradab dengan orang tua Aras 2: Membezakan amalan beradab dengan tidak beradab dengan orang tua

Pembelajaran) Aras 3: Menerangkan hikmah beradab dengan orang tua Mengetahui akibat derhaka dengan orang tua Penyerapan M/P lain Sains- kitaran hidup manusia Pend Seni Visual Pendidik Sivik dan kewarganegaraan Pend Moral

Bahasa Melayu Kemahiran 1. Kemahiran membaca 2. Kemahiran menulis 3. Kemahiran mendengar 4. Kemahiran bertutur Kemahiran yang digabung jalin Nilai-nilai murni 1. Kemahiran Literasi Komputer 2. Kemahiran Kajian Masa Depan 3. KBKK 1. Hormat menghormati orang tua 2. Berterima kasih dan menghargai jasa orang tua 3. Sabar terhadap tingkah laku orang tua 4. Beramah mesra dan bertegur sapa dengan orang tua

Komponen Merentas Kurikulum Pengetahuan Sedia Ada Murid Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid dalam tajuk yang akan di ajar oleh guru. Pengetahuan sedia ada ini penting bagi membolehkan guru mengetahui pencapaian pelajar di dalam subjek yang akan di ajar, aras pengajaran dan merancang hasil pembelajaran , aktiviti, serta teknik pengajaran. Selain itu penglibatan aktif murid di dalam pengajaran dan dengan pembelajaran dengan mengaitkan pengetahuan yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat mengingat sesuatu idea atau konsep dengan lebih lama. Bagi tajuk adab dengan orang tua ini guru mengaitkan dengan pengalaman mereka ketika berada di kalangan orang tua. Keadaan akan membantu murid dalam member respons ketika aktiviti soal jawab adab-adab dengan orang tua. Pengetahuan Kandungan Matapelajaran Pengkhususan ( Hasil Pembelajaran) Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum. Ia juga sebagai petunjuk yang jelas mengenai kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Oleh itu semua murid perlu mencapai semua kemahiran yang terdapat di dalam hasil pembelajaran bagi setiap tajuk yang akan di ajar oleh guru. Justeru itu, hasil pembelajaran ini berperanan

membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan aktiviti yang releven dan bersesuaian serta berkesan dengan pengajaran dan pembelajaran. Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam tiga aspek iaitu bentuk, bidang dan aras. Hasil Pembelajaran dalam aspek bentuk terbahagi kedua kategori iaitu hasil pembelajaran umum dan hasil pembelajaran khusus. Manakala hasil pembelajaran dari aspek bidang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu psikomotor, afektif dan kognitif. Aras pula terbahagi juga kepada tiga iaitu aras 1, aras 2 dan aras 3. Dalam menghasilkan hasil pembelajaran guru hendaklah merujuk kepada Sukatan Pelajaran dan mengikut aras pembelajaran dari mudah kepada sukar serta secara eksplisit, jelas dan terperinci. Dalam menghasilkan hasil pembelajaran dalam bidang kognitif ia berpandukan kepada aras Taksonomi Bloom.

Hasil pembelajaran yang boleh dibina mengikut aras taksonomi bloom berdasarkan tajuk adab dengan orang tua : 1. Aras Pengetahuan I. II. III. Murid dapat menyebut adab-adab dengan orang tua Murid dapat menyatakan adab-adab dengan orang tua Murid dapat menyenaraikan adab-adab dengan orang tua

2. Aras Kefahaman I. Murid dapat menerangkan adab dengan orang tua

II.

Murid dapat memberi contoh amalan beradab dengan orang tua dan amalan tidak beradab dengan orang tua.

III. IV.

Murid dapat menghuraikan faedah beradab dengan orang tua Murid dapat menerangkan akibat tidak beradab dengan orang tua

3. Aras Aplikasi I. II. Murid dapat meramal akibat tidak beradab dengan orang tua Murid dapat menunjukkan amalan beradab dengan orang tua

4. Aras Analisis I. II. III. Murid dapat membuat banding beza adab dengan orang tua Murid dapat menyusun adab dengan orang tua Murid dapat menyusun faedah dan akibat tidak beradab dengan orang tua

5. Aras Sinteksis I. II. Murid dapat bercerita adab dengan orang tua Murid dapat mengkelaskan faedah beradab dengan orang tua dan akibat tidak beradab dengan orang tua. III. IV. V. Murid dapat mengumpul gambar beradab dengan orang tua Murid dapat merumuskan faedah beradab dengan oprang tua Murid dapat merumuskan akibat tidak beradab dengan orang tua

Hasil pembelajaran dalam bidang afektif merujuk kepada rohani dan emosi seperti sikap dan nilai. Antara nilai yang diserapkan dalam tajuk yang dipilih ini, ialah : Baik hati Kasih saying Kesyukuran Semangat bermasyarakat Kejujuran Sabar Kebersihan fizikal dan mental

Sebagai contoh hasil pembelajaran afektif bagi tajuk adab dengan orang tua ini ialah: I. II. Murid dapat menghargai pengorbanan orang tua Murid dapat bercakap dengan sopan santun dengan orang tua.

Hasil Pembelajaran psikomotor pula adalah kemahiran gerakan seperti menulis, menaip, berenang, melompat tinggi melukis, membina sesuatu dan sebagainya. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum berdasarkan ayat berikut: Murid dapat: I. II. III. IV. V. VI. Menulis dengan cepat dan mudah dibaca. Melakar sesuatu Melukis sesuatu Membina sesuatu Mereka cipta sesuatu Menghasilakn sesuatu

Manakala hasil pembelajaran khusus pula adalah menggunakan ayat berikiut: Murid dapat: I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. Berlari Melompat Membersihkan Membuat Mengaitkan Mengeluarkan Mengenal pasti Mereka cipta

Sebagai contoh hasil pembelajaran psikomotor berkaitan adab dengan orang tua: 1) Murid dapat mengenal pasti adab dengan orang tua dan tidak beradab dengan orang tua 2) Murid dapat mereka cipta poster adab terhadap orang tua. Pengetahuan Kandungan yang diserapkan dari mata pelajaran lain. Penyerapan pengetahuna adalah satu proses menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan dari satu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang di ajar.Penyerapan pengetahuan melibatkan unsure pengetahuan dan bukan kemahiran.Antara kelebihan penyerapan pengetahuan yang di ambil daripada mata pelajaran yang lain ialah

aktiviti pengajaran dan pembelajaran walaupun tajuk yang di ajar adalah sebaliknya. Kelebihan keduanya ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih produktif dan efektif. Dan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain, murid akan lebih ceria, semangat dan progresif. Untuk tajuk adab dengan orang tua ini, guru boleh mengadakan pertandingan poster antara kumpulan di dalam kelas tersebut. Oleh itu, pelbagai pengetahuan dapat diserapkan dalam menyiapkan poster adab dengan orang tua antaranya pengunaan warna, cara melukis dan juga penggunaan masa dalam ketika menyiapkan poster tersebut. Yang terakhir murid-murid akan lebih memahami dengan sesuatu yang dipelajari dengan penyerapan mata pelajaran dengan pengetahuan mata pelajaran yang lain. Seperti dalam tajuk adab dengan orang tua guru boleh menceritakan kitaran hidup manusia yang terdapat dalam mata pelajaran sains. Dengan demikian guru bukan sahaja mengajar adab dengan orang tua tetapi pengatahuan lain dapat diserapkan. Kemahiran spesifik yang ingin dicapai Dalam kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) penekanan kemahiran asas 3M di beri keutamaan. Kemahiran Asas 3M ini ialah kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mengira. Kemahiran penguasaan 3M adalah penting untuk dikuasai oleh murid kerana ia dapat meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dikalangan murid selaras dengan pelaksanaan pembangunan modal insane yang diharapkan oleh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dalam Rancangan Malaysia Ke9. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) merupakan satu fokus atau strategi bagi membangunkan modal insane terhadap penguasaan 3M bagi memastikan murid atau pelajar mempunyai minda kelas pertama. 1. Kemahiran Membaca Melalui pembacaan pelajar akan dapat menimba ilmu pengetahuan, memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan idea kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Menurut Harris dan Sipay 1980, membaca bermaksud memperoleh tafsiran yang bermaknake atas lambang bercetak atau bertulis. Manakala Smith dan Johnson pula berpendapat bahawa membaca adalah interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca.

Dalam tajuk yang dipilih ini , adab dengan orang tua, guru meminta murid membaca sepintas lalu mengenai teks bercerita adab dengan orang tua sebagai mendapat maklumat yang berkaitan tajuk yang akan dibincangkan kelak. Bagi bacaan kali kedua, murid perlu membaca bacaan awal perenggan bagi menggambarkan gambaran awal tajuk yang akan dibincangkan. Dan akhir sekali guru akan meminta murid membaca dengan lebih sistematik bagi mendapatkan maklumat dan juga memahami kandungan tajuk. 2. Kemahiran menulis Kemahiran menulis adalah keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengelurakan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda bacaan dan ejaan yang betul selain memastikan tulisan yang ditulis adalah cantik , jelas dan kemas. Bagi kemahiran menulis ini guru akan meminta murid mencari fakta yang berkaitan adab dengan orang tua. Sebagai contoh, guru mengadakan aktiviti pertandingan membina poster adab dengan orang tua di antara kumpulan di dalam kelas tahun 4. Guru meminta murid menulis perkataan atau ayat yang menarik di atas poster yang dipertandingkan. Secara tidak langsung murid akan dapat berfikir, menaakul,

menyusun dan mengolah idea untuk membina ayat yang ditulis. 3. Kemahiran mengira Kemahiran mengira ini telah bermula apabila kanak-kanak mengenali asas nombor sehingga memahami hubung kait di antara nombor yang menjadi asas kepada kemahiran mengira yang menjadi lebih kompleksseperti tambah tolak dan bahagi. Di dalam tajuk adab dengan orang tua ini, guru boleh mengaitkan kemahiran mengira dengan bilangan adab dengan orang tua yang diketahui oleh murid. Selain itu, murid perlu menyusun mengikut urutan cara tingkah laku yang sesuai dengan orang tua melalui tayangan video yang dilihat. Kemahiran yang digabungjalin Konsep gabung jalin ialah tumpuan yang seimbang antara kesihatan, akademik, kemahiran fizikal dan pengstabilan emosi. Konsep gabung jalin ini berbeza dengan konsep kesepaduan dan integrasi. Gabung jalin bermaksud proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Antara kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan adalah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK), kemahiran literasi computer dan ict, kemahiran belajar, kemahiran kajian masa depan, kemahiran manipulatif, kecerdasan pelbagai dan pelbagai kemahiran lagi yang boleh digabungjalinkan. 1. Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuatkan keputusan dan menyelesaikan masalah dan membuat refleksi terhadap proses yang dialami. Kemahiran berfikir diserapkan melalui soalan dan aktiviti mendengar, bertutur , membaca dan menulis. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru memerlukan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Sebagai contoh guru memberikan tajuk yang memerlukan murid menjana idea dan menyelesaikan masalah. Untuk itu murid boleh menggunakan alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan jenis bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan dan juga peta minda. Kemahiran berfikir merangkumi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah keupayaan menggunakan minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meneliti kebenaran atau kelemahan sesuatu hujah. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula bermaksud sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud atau abstrak. Kedua-dua kemahiran ini perlu dikembangkan bagi melahirkan pelajar yang inovatif. KBKK dalam Tajuk : Adab dengan Orang tua Dalam tajuk yang dinyatakan murid perlu melaksanakan aktiviti yang memerlukan mereka membuat banding beza amalan beradab dengan tidak beradab dengan orang tua. Dalam masa yang sama juga murid membuat pengkelasan faedah beradab dan akibat tidak beradab dengan orang tua. Selain itu, guru juga mengadakan sesi soal jawab bagi menjana atau mengcungkil idea bagi tajuk adab dengan ibu bapa ini. 2. Kemahiran literasi komputer dan ict Penggunaan ICT semakin penting dalam memperkembangkan idea dan kreativiti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ambigapathy dan Suthagar 2003, guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap ICT dalam pendidikan. Hunter (1987), menyatakan bahawa literasi computer sebagai kemahiran individu menggunakan alatan yang sesuai kepada situasi kehidupan mereka. Manakala Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi computer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja konsep tetapi juga pengalaman dan pengendalian computer. Untuk

melaksanakan kemahiran ICT ini, guru perlulah menguasai kemahiran asas computer. Antaranya pemprosesan data, membina perubahan elektronik, mengakses internet dan menggunakan system rangkaian computer. Literasi komputer dalam tajuk Adab dengan Orang Tua Dalam tajuk ini guru menggunakan persembahan elektronik bagi menarik perhatian murid dalam tajuk yang dibincangkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan tayangan slaid power point dan disitu juga dipaparkan tayangan video daripada You Tube mengenai tingkah laku remaja yang tidak beradab dengan orang tua. Selain itu guru juga boleh menggunakan Video Cutter iaitu mengambil sebahagian filem yang berkaitan dengan tajuk. Kaedah ini selalu saya gunakan dan ia amat teruja oleh pelajar untuk melihatnya. 3. Kemahiran Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu yang berlaku pada masa lampau, kini dan juga masa depan. Ini bermaksud murid perlu membuat ramalan mengjangka akibat dan juga membuat kesimpulan jika berlaku perubahan yang baik atau tidak baik. Kajian masa depan member kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu , masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis serta dapat merancang masa depan mereka. Kemahiran Kajian Masa Depan dalam Tajuk : Adab dengan Orang Tua Bagi tajuk ini guru meminta semua murid melihat you tube mengenai tingkah laku anak yang tidak beradab dengan Ibu Bapa. Berdasarkan tayangan yang telah dilihat, guru meminta murid membuat ramalan atau jangkaan yang berlaku terhadap anak derhaka. Di sini semua murid akan membuat ramalan berdasarkan filem yang telah mereka lihat. Penerapan Nilai-nilai Murni Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila manusia dalam hubungannya sesama manusia dan alam serta Tuhan. Menurut Wan Mohd Zahid (1988), definisi nilai murni ialah tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi criteria dan ukuran. Nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Dan menjadi tujuan semua agama untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia.

Aspek-aspek Nilai Murni Penerapan nilai murni yang disepadukan di sekolah melalui : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Pertuturan Pelakuan Secara teladan Secara isyarat Secara kefahaman Secara konteksual Secara interpretasi

Nilai murni bertujuan untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat. 16 nilai murni

S-ar putea să vă placă și