Sunteți pe pagina 1din 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN SEMESTER : SEPTEMBER 2012

HBAE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NAMA NO KAD PENGENALAN NO MATRIKS NO TEL EMAIL

: SUZIE BINTI ABDULLAH : : : : 780328-13-5428 780328135428001 019-8708788 suzieabdullah85@yahoo.com

TUTOR EN. ARDJUNA BIN MARSIDI

Laura Chapman (1986) menjelaskan 4 aspek utama organisasi kurikulum yang mempunyai Persamaan dengan organisasi Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah di Malaysia. Berdasarkan kepada keempat-empat organisasi tersebut, bincangkan bagaimana domain kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial kanak-kanak dapat dikembangkan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

1.0

PENDAHULUAN
Seni merupakan satu bidang yang mempunyai pengertian yang sangat luas. Merujuk

kepada Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Seni boleh didefinisikan sebagai karya, yang dihasilkan dengan bakat atau kebolehan seseorang individu mencipta sesuatu yang indah. Karya di sini adalah seperti sajak atau puisi, lukisan, muzik dan sebagainya. Oleh yang demikian, bakat, kebolehan, penghayatan dan pemahaman yang baik dan jitu sahaja yang mampu untuk menghasilkan suatu produk seni yang sempurna. Bakat merupakan sesuatu kurniaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada seseorang individu, manakala kebolehan ialah sesuatu yang boleh dipelajari dan dibentuk di dalam diri seseorang individu. Visual pula diertikan sebagai sesuatu yang mampu dilihat oleh penglihatan. Sebelum wujudnya nama Pendidikan Seni Visual (PSV), dahulunya ia dikenali dengan Pendidikan Seni kerana Pendidikan Seni Visual (PSV) lebih menjurus kepada seni tampak dan ia bermaksud seni visual tersebut bukanlah merujuk kepada seni lain seperti seni tari, seni muzik, seni sastera dan seni mempertahankan diri. Apabila kita melihat kepada murid-murid di peringkat rendah iaitu di sekolah rendah, mereka mempunyai daya kreativiti. Ekspresif dan aktif. Bagi memberi peluang dan memupuk minat murid-murid dalam usaha memperkembangkan bakat, keperibadian, kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar maka Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang sangat penting. Perkembangan kepada sifat-sifat tersebut harus melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Elliot Eisner merupakan seorang tokoh pendidikan yang memperjuangkan bahawa pendidikan seni visual sebagai satu bentuk disiplin yang harus dititikberatkan di sekolah. Beliau juga telah mencetuskan model (Discipline-Based Art Education) DBAE sebagai kerangka kurikulum pendidikan seni, semasa beliau belajar di Universiti Stanford.

Menurut Laura Chapman 1986, di dalam pelajaran seni terdapat empat aspek utama iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan apresiasi. Murid-murid boleh menyatakan idea dan ekspresi diri. Melalui pengalaman ini murid-murid mampu membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Pendidikan Seni Visual adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Melihat kepada kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, ia berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta mampu menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Sebagai contoh apabila murid diajar tentang bidang menggambar, ia biasanya menjurus kepada alam sekitar atau alam semulajadi. Murid diminta menghasilkan lukisan bunga dengan teknik capan. Murid-murid didedahkan dengan penggunaan bahan seperti bawang, kentang, daun pisang dan sebagainya, sebagai alat untuk mengecap lukisan. Secara tidak langsung daya kreativiti murid telah dapat dipupuk dan murid boleh menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan yang boleh digunakan untuk menghasilkan satu hasil seni yang menarik dan menakjubkan. Selain itu, melalui bidang-bidang lain seperti membuat rekaan dan corak, atau membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional, murid-murid boleh mengembangkan bakat dan kebolehan yang ada bagi menghasilkan satu karya yang menarik, dan kemungkinan besar suatu hari nanti murid boleh menjadi seorang pengkarya yang agung dan terkenal yang mampu mengendalikan kehidupan dirinya, keluarga, masyarakat dan negara kearah yang lebih tinggi. Maka, jelaslah di sini bahawa Pendidikan Seni Visual memang waras diajar dari peringkat rendah lagi sebagai langkah awal untuk melahirkan seorang insan yang cemerlang dan berwawasan.

2.0

Isi Kandungan
a) Kognitif dalam organisasi kurikulum Kamus Dewan mendefinisikan bahawa kognitif ialah sesuatu yang berkaitan dengan kognisi. Manakala kognisi pula bermaksud satu proses mental yang digunakan untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu. Melalui organisasi kurikulum, dengan mengadakan aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang akan mampu melahirkan kanak-kanak yang berupaya untuk menyelesaikan masalah dan mampu membuat penilaian serta bijak di dalam membuat sesuatu keputusan. Menurut Jean Piaget, iaitu seorang tokoh kognitif psikologi kanak-kanak menyatakan bahawa kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Ini membawa maksud bahawa setiap manusia akan melalui empat tahap perkembangan di dalam proses mengenali dan memahami dunia persekitaran. Setiap tahap pula berkaitan dengan umur dan mempunyai perbezaan cara berfikir. Oleh itu, melalui pembelajaran pendidikan seni visual di peringkat sekolah rendah akan mampu membantu murid mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti mereka kerana mata pelajaran ini diajar kepada kanakkanak bermula dari mereka menjejakkan kaki ke sekolah lagi. Setelah umur meningkat daya pemikiran dan kreativiti juga akan semakin berkembang dan akhirnya dapatlah melahirkan insan yang kritis dan kreatif selaras dengan falsafah pendidikan iaitu memperkembangkan potensi individu dan seimbang dari segi intelek. Sebagai contoh yang kita boleh lihat perkembangan kognitif kanak-kanak di dalam pendidikan seni visual ialah semasa menggambarkan sehelai daun. Semasa di tahun 1 kanak-kanak hanya tahu daun berbentuk bujur dan berwarna hijau. Setelah melalui peringkat perkembangan kita akan dapat dapat melihat perubahan cara kanak-kanak tersebut menggambarkan sehelai daun. Dia akan menambah urat-urat di daun. Setelah itu, setelah melihat dan belajar melalui persekitaran kognitif kanak-kanak akan semakin berkembang dam dia akan dapat menggambarkan daun bukan hanya berbentuk bujur, mungkin dia boleh menggambarkan daun dengan bentuk panjang, tidak sekata dan sebagainya. Malahan kemungkinan kanak-kanak boleh mewarnakan daun dengan wartna selain hijau contohnya perang atau kekuning-kuningan menunjukkan daun yang tua atau kering. Dari sini sangat jelas melalui pendidikan seni visual kita dapat meningkatkan perkembangan dari segi kognitif kanak-kanak.

b) Psikomotor dalam organisasi kurikulum.

S-ar putea să vă placă și