Sunteți pe pagina 1din 11

Definisi Menggambar representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.

mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

Lukisan didefinisikan sebagai lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran dengan menggunakan berbagai jenis media kering. Ianya dilakukan di atas permukaan yang rata. Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar

Krayon resis dengan warna air Krayon resis dengan warna poster Krayon resis dengan warna tempera Krayon resis dengan dakwat basah Krayon resis Kertas lilin resis Resis dengan kain Krayon resis batik Resis dari warna air dan perekat getah (campuran) Resis dari warna air dan lilin biasa Resis dari kapur dan lilin (cara positif) Resis dari kapur dan lilin (cara negatif)

Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej. Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahanbahan di atas permukaan rata. Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama. - Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. - Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. - Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.

Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan Gosokan secara pusingan Gosokan menggunakan berbagaibagai warna Gosokan monokrom Gosokan potongan kertas menghasilkan gosokan yang berkualiti. Gosokan menggunakan kertas putih dengan krayon hitam akan meninggalkan kesan yang menarik. Gosokan pada kertas yang dilipat, dikoyak atau dipotong akan menghasilkan corak yang menarik. Gosokan dari berbagai jenis cop getah akan menghasilkan jalinan yang nyata.

Asas menggambar Menggambar Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid

Warna Air

bersifat tebal sekiranya disapu berlapis-lapis sesuai di permukaan kertas -bersifat lutsinar dan legap cepat kering kesan seperti cat air dan cat minyak kalis air dan minyak dihasilkan di permukaan kanvas

Cat AkrilikAir/Minyak Plastik cecair warna putih

Warna Air Semasa mewarna dengan menggunakan warna air, berus yang paling sesuai ialah jenis lembut. Caranya ialah dengan membasahkan bahagian kertas yang akan diwarnakan dahulu dengan air kosong. Contoh: seperti bahagian langit atau bumi Kemudian warnakan dengan warna yang dikehendaki di atas permukaan basah tersebut. Untuk mendapatkan ton warna, campurkan lebih air pada warna tersebut untuk mendapatkan warna yang cerah Untuk mendapatkan ton warna gelap, campurkan warna atau pekatkan warna tersebut. Jika tersilap warna, kita boleh memperbaiki kesalahan dengan menitiskan air kosong di permukaan berwarna tersebut kemudian serapkan warna air tersebut dengan berus. Lakukan beberapa kali sehingga warna tersebut hilang. Warna air biasanya sesuai untuk catan jenis pemandangan, alam semulajadi, alam benda dan potret.

Warna Minyak Warna minyak juga bersifat legap seperti warna poster. Warna minyak perlu dicampur dengan minyak linsid untuk mencairkan dan memudahkan kerjakerja mewarna. Berus yang paling sesuai juga adalah berus jenis keras atau pisau palet Warna ini mengambil masa yang lebih lama untuk kering tetapi hasilnya tahan lama untuk disimpan. Jika terdapat kesilapan mewarna semasa proses mewarna, kita perlu menindihkan warna yang salah tersebut dengan warna baru. Warna minyak amat sesuai diwarnakan di permukaan kanvas, kadbod atau kepingan kayu yang keras.

Warna asas -- terdiri daripada tiga warna utama. Warna-warna ini tidak boleh dihasilkan dengan mencampur warna-warna lain. Contoh: merah Biru kuning Warna sekunder -- terhasil daripada dua campuran warna asas. Contoh: kuning + biru = hijau Merah + kuning = jingga Merah + biru = ungu Warna tertier -- terhasil dari campuran warna asas dengan warna sekunder Contoh: kuning + hijau = kuning kehijauan Kuning + jingga = kuning kejinggaan Biru + hijau = biru kehijauan Biru + ungu = biru keungguan Merah + ungu = merah keungguan Merah + jingga = merah kejinggaan

CARA-CARA MENILAI: 1. Apakah tema/tajuk yang boleh dipilih untuk menerangkan tentang konsep kesatuan dan keharmonian? 2. Apakah elemen-elemen yang perlu diambilkira semasa menghasilkan lakaran? 3. Lakaran yang mana satu dipilih dan kenapa? 4. Apakah jenis alat, bahan, media dan teknik yang anda gunakan dalam kolaj tersebut? 5. Bagaimana kamu membuat eksperimen dengan tindihan kertas-kertas warna dari majalah, kertaskertas tisu dan imej-imej yang digunakan? 6. Apakah teknik tambahan yang anda gunakan untuk melengkapkan kolaj tersebut? 7. Terangkan bagaimana kamu membuat persembahan dan kemasan kolaj anda? 8. Apakah perasaan anda apabila melihat hasil kerja anda? 9. Apakah sebenarnya yang hendak anda sampaikan dalam kolaj tersebut? 10. Adakah anda bersihkan kawasan kerja anda?

Berbagai jenis berus cat dari permukaan lembut ke permukaan keras Penggelek cetakan yang berbagai saiz Berbagai jenis warna air seperti warna air, warna poster, warna tempera, warna minyak, cat dinding, warna plaka / mural, dakwat Kertas yang berbagai jenis seperti kertas lukisan, kertas taip, kadbod, manila kad, kertas stensil Warna semburan, pistol semburan Pisau, pita pelekat, kain buruk, surat khabar. Berbagai jenis tumbuh-tumbuhan kering, corak figura, bentuk-bentuk dari alam benda boleh digunakan untuk menghasilkan corak dalam aktiviti percikan. (c) Teknik disesuaikan dengan peringkat umur murid dan keupayaannya. Berbagai jenis teknik boleh dicadangkan untuk diguna pakai semasa menjalani aktiviti percikan ini, di antaranya ialah: Sebelum memulakan aktiviti percikan, warna latar pada permukaan kertas perlu ditentukan dahulu samada menggunakan warna asli kertas tersebut atau diwarnakan terlebih dahulu. Jika hendak menggunakan warna, warna-warna yang sesuai diaplikasikan pada permukaan kertas ialah seperti warna air, warna poster, warna minyak, warna tempera, warna batik, warna akrilik boleh digunakan. Apabila warna latar kering barulah dimulakan aktiviti percikan. Teknik kedua ialah dengan menggunakan berus cat dinding rumah yang terpakai. Bahagian hujung berus yang keras dicecah warna, kemudian buang lebihan warna yang terdapat pada berus tersebut dengan menyapu pada tepi tin. Berus diketuk kuat di bahagian tepi tin cat. Ketukan yang kuat akan menyebabkan titikan cat terbang di permukaan kertas. Ini bermakna saiz percikan yang dihasilkan dengan satu ketukan akan menghasilkan saiz percikan lebih kurang sama. Cara percikan dijalankan dengan menggunakan berbagai jenis warna boleh juga dihasilkan. Ianya boleh dijalankan beberapa kali dengan warna yang berlainan ke atas kawasan percikan yang sama. Hasil percikan ini akan menampakkan titik halus yang berbagai saiz dan berbagai warna. Teknik menggunakan pistol semburan atau spray can berwarna boleh menghasilkan percikan yang halus dan seragam. Cara ini dikatakan lebih cepat menghasilkan percikan daripada cara menggunakan berus. Dengan menggunakan tekanan udara yang rendah, kesan percikan akan terjadi. Satu lagi cara menghasilkan percikan ialah dengan menggunakan Roller atau berus penggelek. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mencelup berus penggelek ke dalam tin cat. Pastikan penggelek dipenuhi dengan cat, kemudian gelek pada satu permukaan lain seperti kertas dilekatkan pada dinding. Gelek secara cepat dan laju. Cara ini akan menyebabkan lebihan warna akan terpelanting keluar daripada berus penggelek dan akan menghasilkan percikan pada permukaan berdekatan. Penggunaan warna yang pekat atau cair akan menghasilkan percikan yang berlainan saiz dan bentuk. Terpulanglah kepada kreativiti seseorang bagaimana hendak menghasilkannya. Selain dari menggunakan berus, berus penggelek atau pistol semburan percikan boleh juga dilakukan dengan mengetuk berus yang mempunyai warna pada bahagian pemegang kayu berus yang lain. Cara lain untuk menghasilkan percikan ialah dengan menggosokkan pisau kecil atau hujung jari pada berus lukisan yang telah dicelup warna. Dengan menggunakan teknik ini akan dapat corak yang serata. Guna keduadua teknik untuk menghasilkan pada satu permukaan yang sama. Penggunaan berus gigi yang berbagai saiz juga boleh menghasilkan percikan. Celup berus gigi di dalam warna dan lalukan pada besi halus atau kayu halus. Percikan dengan menggunakan jari juga boleh dilakukan. Caranya ialah dengan mencelup kelima-lima jari pada warna dan menghayunkan jari lalu direnjis pada permukaan kertas lukisan. Percikan akan terjadi secara tidak langsung. Percikan cara ini akan menghasilkan percikan yang tidak sekata berbanding semburan. Jika percikan dilakukan dengan menggunakan warna minyak, cuba menghasilkan percikan dengan mengaplikasikan warna minyak pada permukaan kayu atau kanvas. Semasa warna minyak masih basah percikkan turpentine atau tinner dengan menggunakan berus. Proses ini agak rumit dilakukan dan dicadangkan secara berdua. Seorang menghasilkan warna di atas permukaan dan seorang membuat percikan ke atas warna basah tersebut. Satu lagi cara menghasilkan percikan ialah dengan menggunakan seranting dedaun dari jenis halus dan nipis seperti daun pine. Celupkan satu ranting dedaun tersebut dalam warna basah dan renjis atau percikkan pada permukaan kertas. Cara ini akan menghasilkan percikan yang cepat. Ingat bahawa sebelum memulakan aktiviti percikan alas dengan menggunakan surat khabar disekeliling kawasan yang hendak dijalankan. Tujuannya supaya percikan tidak terkena pada kawasan yang tidak dikehendaki. Percikan menggunakan dakwat berwarna boleh digunakan sebagai alternatif kepada warna basah. Dakwat basah mempunyai kesan lutsinar, kilauan dan senang digunakan. Untuk seni halus adalah dicadangkan menggunakan dakwat jenis lightfast kerana kebanyakkan dakwat berwarna akan cepat kabur. Penggunaan dakwat ke atas sesuatu permukaan biasanya bersifat kekal dan susah untuk dipadam. Apabila telah membuat eksperimen dengan teknik-teknik tersebut baru mulakan aktiviti percikan secara kreatif. Cuba percik dengan menggunakan berbagai jenis warna, atau mencampurkan percikan dengan faux finishing techniques . Lain cara ialah dengan menggunakan pita pelekat untuk menutup permukaan kertas yang tidak hendak dikenakan warna untuk menghasilkan corak.

CONTOH 2 Tema: Menghasilkan corak organik Alat dan Media: kertas lukisan, warna air atau warna poster, penyedut minuman, berus Cara mengaplikasikannya: 1. Percikkan beberapa titikan warna basah ke atas permukaan kertas dengan menggunakan berus lukisan. 2. Tunjuk dan tumpukan hujung penyedut minuman pada setiap satu percikan yang ada dan tiup kuat. 3. Lebihan warna pada percikan tersebut akan bergerak berbagai arah menghasilkan satu corak yang menarik. 4. Tindihan berbagai warna pada percikan akan menghasilkan corak yang lebih cantik. 5. Lakukan berulang kali supaya mendapat corak yang berbagai warna.

Teknik cetakan mono adalah teknik yang sering digunakan di sekolah. Rembrandt dan Edgar Degas adalah pelukis barat yang terkenal pada suatu masa dahulu telah menggunakan teknik mono print dalam hasil karya mereka. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan cetakan mono ini ialah seperti sekeping cermin yang mana bahagian hujung cermin perlu ditampal untuk mengelakkan dari tercedera. Sekeping lino digunakan dan ditampal pada sekeping kayu supaya senang proses mencetak. Proses cetakan mono ini bermula dengan mengaplikasikan cat, warna atau dakwat cetakan diletakkan di atas cermin. cermin jenis tebal. Apabila gambar dihasilkan, kertas lukisan diletakkan di atas warna tersebut lalu ditekan kertas secara perlahan-lahan dengan menggunakan tapak tangan. Cetakan jenis ini melibatkan kemahiran yang tinggi dalam proses cetakan dan lebih sesuai digunakan untuk murid di tahap dua. Ia melibatkan proses mengukir secara lebih teliti dengan menggunakan alatan khas seperti carving Tools . Berikut ialah di antara teknik-teknik atau tips bagi menjalankan proses cetakan dengan menggunakan bahan seperti lino dan kayu: Lino atau kayu diukir dengan pisau pengukir (carving tools) untuk mendapatkan corak atau gambar yang hendak dicetak Dakwat digelekkan pada kepingan kayu atau lino Cetakan dilakukan di atas kertas yang sesuai seperti rice paper Cetakan diulang beberapa kali untuk mendapatkan satu edisi cetakan bagix tajuk tertentu Ciri-ciri keselamatan perlu diberitahu kepada murid sebelum memulakan cetakan.

1. Diskripsi: tema, tajuk dan subjek Siapa artist tersebut? Apakah tajuk cetakan? Berapa saiz cetakan? Bila ianya dihasilkan? Apakah imej yang terdapat dalam cetakan tersebut? Apakah temanya? Apa yang berlaku? Apakah idea yang penting atau pengalaman yang dapat dilihat? 2. Diskripsi: alat, bahan, media dan teknik Apakah teknik, media, proses yang digunakan oleh artist tersebut? Jenis warna? Alatan dan bahan yang digunakan? Tanah liat, kayu, polisterin, sayur? 3. Analisa: unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan seni Apakah unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan yang digunakan? Garisan, rupa, bentuk, nilai, warna, corak, jalinan, ruang, imbangan, pergerakan, kontra, kesatuan, kepelbagaian. Bagaimana asas senireka tersebut di satukan dalam satu komposisi? 4. Analisa: historical significance Apakah kepentingan sejarah dalam hasil kerja seni tersebut? Bagaimana subjek dan stail yang digunakan? 5. Interpretasi: dari sudut estetik Bagaimana pemahaman anda tentang makna cetakan tersebut? Bagaimana mood atau perasaan kamu apabila melihat cetakan itu? 6. Penilaian: perbincangan lanjut Apakah fikiran anda tentang cetakan ini secara keseluruhannya? Bagaimana anda nilai hasil kerja ini? Biasa, sederhana, baik, cemerlang?

komposisi objek (menepati asas seni reka) ruang (susunan ruang yang sesuai dengan tema) perspektif (1, 2, 3 titik lenyap) Pencahayaan (arah sumber cahaya dikenalpasti sebelum menghasilkan ton untuk membentuk objek 3D

(i) Lukisan figura - imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan (ii) Lukisan alam benda objek kaku atau tidak bernyawa (iii) Lukisan lanskap pemandangan di luar studio atau di dalam studio

Garisan yang dihasilkan dengan media pensil dipengaruhi 3 faktor iaitu: gred tekanan pensil kelajuan pensil

dari aspek tokoh, tajuk/tema, masa, subject matter, alatan, media, teknik, asas senireka, sejarah dan kejayaan sesuatu konsep atau idea.

1. Teknik bayangan gelap -- bahagian latar belakang objek tidak dicetak dan hanya objek sahaja yang di cetak 2. Teknik bayangan putih -- bahagian imej dibuang atau tidak dipakai dan hanya bahagian luar objek dikekalkan 3. Teknik garis luar gelap -- hanya garisan pada objek dikekalkan. Bahagian dalam dan luaran objek di buang 4. Teknik garisan luar putih -- bahagian latar belakang yang dicetak. Bahagian garisan pada objek tidak dicetak.

Menyusun peralatan dan bahan sebelum cetakan dijalankan. Pastikan dakwat tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh murid. Adakan demonstrasi sebelum cetakan dijalankan. Sediakan tempat untuk menggantung sehingga kering cetakan yang dihasilkan. Cetakan dibuat diatas tempat meja yang panjang. Peralatan dan bahan mencetak diletak di hujung setiap meja supaya senang didapati. Setiap proses yang hendak dijalankan (secara langkah demi langkah) dibimbing oleh guru terlebih dahulu. Memilih cetakan yang terbaik daripada cetakan yang lain. Setelah kering cetakan boleh diletakkan di dalam lipatan buku yang tebal untuk mendapatkan kesan yang lebih baik lagi. Cetakan boleh di bingkaikan. Sediakan bahan pencuci, pengelap supaya kerja tidak comot. Pastikan semua warna/dakwat adalah serap air (water soluble).

(ii) Ekspresi diri secara natural bermaksud murid menggunakan kepekaan personal dan hubungan visual semasa mereka melukis (iii) Ekspresi diri secara kreatif pula bermaksud murid lebih memfokus kepada penyelesaian masalah secara kreatif. Murid dapat mengaplikasi kemahiran dan teknik melukis dalam kerja seni mereka. Murid mula membuat refleksi terhadap ekspresi diri dan kerja seni orang lain. Disamping itu dapat mengaplikasi unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dengan lebih jelas dalam kerja seni. Analisa hasil kerja seni beberapa orang pelukis dari aspek alatan, media dan bahan yang mereka gunakan. (iv) Ekspresi diri secara artistik pula membuat murid peka terhadapkonteks sejarah dan budaya dan belajar membuat penilaian estetik. melahirkan naluri tentang apa penonton lihat dalam kerja seni mereka. Kerja seni menjadi lebih ke arah secara individ dan imaginasi. Dengan cara ini wujud kepakaran dalam kemahiran dan pendekatan yang digunakan.

Empat unsur penting yang menentukan mutu hasil karya lukisan: komposisi objek (menepati asas seni reka) ruang (susunan ruang yang sesuai dengan tema) perspektif (1, 2, 3 titik lenyap) Pencahayaan (arah sumber cahaya dikenalpasti sebelum menghasilkan ton untuk membentuk objek 3D

garisan selari, teknik conteng, teknik titik, teknik campuran

Warna sekunder -- terhasil daripada dua campuran warna asas. Contoh: kuning + biru = hijau Merah + kuning = jingga Merah + biru = ungu

monokrom -- Ia dihasilkan dengan mencampurkan warna asal dengan warna hitam atau putih untuk mendapatkan ton warna gelap atau terang. Dengan cara ini akan menampakkan kesan timbul dan dimensi bagi sesuatu objek yang diwarnakan.

Warna harmoni -- Ialah warna-warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Warna-warna ini juga dipanggil warna keluarga dan dapat menimbulkan rasa aman, tenteram, selesa, indah, lembut dan sebagainya. Contoh warna harmoni adalah seperti berikut: merah -- ungu -- biru Ungu -- biru -- hijau Biru -- hijau -- kuning Kuning -- jingga -- merah Jingga -- merah -- ungu

Jenis resis: Resis dengan kain Tema/ tajuk: flora Alat dan bahan: kain putih, lilin, warna batik, serbuk soda, sodium silikat, canting ikut saiz kesukaan, berus lembut pelbagai saiz, pemidang kayu untuk menegangkan kain. Cara-cara: 1. Kain putih diregangkan pada pemidang dengan menggunakanstapler untuk menegangkan dan meluruskan kain. 2. Buat lakaran corak dengan pensel pada permukaan kain tersebut. 3. Panaskan lilin dalam periuk dengan api yang perlahan. 4. Guna pen canting untuk menceduk lilin cair dan alirkan pada corak. 5. Gunakan berus lembut untuk mewarna corak yang dilukis tadi. 6. Setelah kering keluarkan dari pemidang dan rendam dalam sodium silikat untuk mematikan warna. 7. Rebus dalam air panas yang diletak soda ash untuk menanggal kesan lilin. 8. Jemur kain di bawah sinar matahari

Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar. 1. Apakah yang anda faham tentang definisi menggambar 2. Berikan teknik-teknik yang boleh digunakan dalam proses menggambar 3. Apakah alatan, media dan bahan yang sesuai untuk aktiviti menggambar Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi Meningkatkan pengetahuan Asas Senireka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan

Cetakan jenis ini melibatkan kemahiran yang tinggi dalam proses cetakan dan lebih sesuai digunakan untuk murid di tahap dua. Ia melibatkan proses mengukir secara lebih teliti dengan menggunakan alatan khas seperti carving Tools . Berikut ialah di antara teknik-teknik atau tips bagi menjalankan proses cetakan dengan menggunakan bahan seperti lino dan kayu: Lino atau kayu diukir dengan pisau pengukir (carving tools) untuk mendapatkan corak atau gambar yang hendak dicetak Dakwat digelekkan pada kepingan kayu atau lino Cetakan dilakukan di atas kertas yang sesuai seperti rice paper Cetakan diulang beberapa kali untuk mendapatkan satu edisi cetakan bagix tajuk tertentu Ciri-ciri keselamatan perlu diberitahu kepada murid sebelum memulakan cetakan.

Apresiasi seni pada zaman dahulu lebih tertumpu kepada teacher centred dan terhad kepada rujukan sedia ada, nilai sentimental, anecdotal accounts dan artis terkenal sahaja. Apresiasi seni pada zaman sekarang lebih tertumpu kepada kajian,pemerhatian, cara berkomunikasi, persepsi, analisia, sintesis, penggunaan alatan dan media yang lebih meluas, perbincangan tentang isu-isu social dan kritikan membina. Apresiasi seni boleh dijalankan berdasarkan empat peringkat iaitu diskriptif, analisa formal, interpretasi dan penilaian.

Pensil H Adalah sejenis pensel jenis Keras Pensil B (2B 8B) Adalah sejenis pensel lembut Pensil warna Terdiri daripada berbagai jenis warna Arang Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan Pen dan dakwat Mempunyai kesan garisan yang lebih halus dan jelas Soft Pastel Didapati dalam pelbagai warna dan mempunyai kesan lembut Krayon Juga lembut dan mempunyai kesan lilin Pen marker Menghasilkan kesan garisan yang tebal Marker pelukisan (rendering marker) Kapur Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

Cetakan jari Cetakan tumbuh-tumbuhan Cetakan dari renyukan kertas Cetakan dakwat Cetakan span Cetakan krayon Alat dan media cetakan yang boleh dicadangkan untuk aktiviti cetakan di peringkat/tahap pengenalan seperti kertas lukisan, stamp pad berbagai jenis bunga-bungaan, batang pokok, daun, sayur-sayuran, kertas tisu, span, krayon, warna poster, warna mural, bahan-bahan terbuang yang mempunyai permukaan rata tetapi berjalinan, duit syiling, berus, pensel, sikat, kunci, klip kertas dan sebagainya.

(i) Warna Air Semasa mewarna dengan menggunakan warna air, berus yang paling sesuai ialah jenis lembut. Caranya ialah dengan membasahkan bahagian kertas yang akan diwarnakan dahulu dengan air kosong. Contoh: seperti bahagian langit atau bumi Kemudian warnakan dengan warna yang dikehendaki di atas permukaan basah tersebut. Untuk mendapatkan ton warna, campurkan lebih air pada warna tersebut untuk mendapatkan warna yang cerah Untuk mendapatkan ton warna gelap, campurkan warna atau pekatkan warna tersebut. Jika tersilap warna, kita boleh memperbaiki kesalahan dengan menitiskan air kosong di permukaan berwarna tersebut kemudian serapkan warna air tersebut dengan berus. Lakukan beberapa kali sehingga warna tersebut hilang. Warna air biasanya sesuai untuk catan jenis pemandangan, alam semulajadi, alam benda dan potret.

beberapa teknik penghasilan montaj yang boleh dijalankan: Montaj keluarga Photomontaj (digital image) Montaj dari bahan terbuang Montaj campuran Montaj tiket Montaj berlainan tema Montaj alam semulajadi Montaj figura Montaj alam benda Montaj corak huruf Montaj haiwan Montaj tema serupa Montaj tampalan (patchwork)

Kebiasaannya montaj memerlukan gambar foto sedia ada yang boleh didapati dari majalah, akhbar, pengambar menggunakan kamera digital, dapatan dari internet, gambar yang diimbas lalu ditampal dan digam gambar-gambar tersebut untuk menimbulkan kesan kelucuan, pengajaran dan sindiran terhadap sesuatu tema atau tajuk yang hendak dibuat. Di zaman yang serba moden ini, teknik montaj diperluaskan lagi dengan menggunakan bantuan komputer melalui perisian-perisian tertentu seperti photoshop, digital image, paintbrush dan banyak lagi. Walau bagaimana pun kesesuaian aktiviti montaj menggunakan bantuan komputer perlu dijalankan mengikut kemudahan sedia ada samada di rumah atau di sekolah.

Krayon resis dengan warna air Krayon resis dengan warna poster Krayon resis dengan warna tempera Krayon resis dengan dakwat basah Krayon resis Kertas lilin resis Resis dengan kain Krayon resis batik Resis dari warna air dan perekat getah (campuran) Resis dari warna air dan lilin biasa Resis dari kapur dan lilin (cara positif) Resis dari kapur dan lilin (cara negatif)

Jenis resis: Resis dengan kain Tema/ tajuk: flora Alat dan bahan: kain putih, lilin, warna batik, serbuk soda, sodium silikat, canting ikut saiz kesukaan, berus lembut pelbagai saiz, pemidang kayu untuk menegangkan kain. Cara-cara: 1. Kain putih diregangkan pada pemidang dengan menggunakanstapler untuk menegangkan dan meluruskan kain. 2. Buat lakaran corak dengan pensel pada permukaan kain tersebut. 3. Panaskan lilin dalam periuk dengan api yang perlahan. 4. Guna pen canting untuk menceduk lilin cair dan alirkan pada corak. 5. Gunakan berus lembut untuk mewarna corak yang dilukis tadi. 6. Setelah kering keluarkan dari pemidang dan rendam dalam sodium silikat untuk mematikan warna. 7. Rebus dalam air panas yang diletak soda ash untuk menanggal kesan lilin. 8. Jemur kain di bawah sinar matahari

S-ar putea să vă placă și