Sunteți pe pagina 1din 23

AMAR MUJAHID April 2001 Tahniah, kau dapat tawaran pergi Taiping! MRSM ke? Yes, yes, yes!

Dah lama aku mengidam nak pergi sana. akhirnya.tak sia-sia usaha aku selama ni. Kau pun tahukan dari dulu lagi aku nak tinggKenapa kau ni? Dia berhenti mengomel apabila melihat sahabat baiknya itu hanya berbaring selamba di atas katil tanpa menghiraukan ocehannya. Pelik budak ni, tadi dia yang beria-ia bagitahu aku. Kau Kenapa Farhan? Kaulah..happy sangat aku tengok, Mahunya aku tak gembira. Kau yang cakap tadi aku dapat masuk MRSM. Bila masa aku cakap macam tu? Tadi kau kata aku dapat pergi Taiping, Farhan tersenyum, mengangguk. Ha, MRSM lah tu. Kau jangan memain Han, Senyum lagi. Farhan! Ok, ok! Rilekslah dulu. Aku belum habis cakap lagi tadi. Kau yang memandai mandai potong buat apa, ok. Aku diam, Memanglah kau dapat tawaran pergi Taiping. Tengok envelope ni, urusan Seri Paduka Baginda lagi. Maklumlah, selaku top student kat Yayasan Bakti ni, menyandang gelaran pelajar cemerlang akademik PMR 2000, pelajar contoh, malahan mempunyai keinginan yang cukup kuat untuk study di kawasan yang paling lembap di Malaysiajangan sampai kau yang jadi lembap sudah.ok..aku sambung! Adalah layak dengan ini diisytiharkan..ehem.ehem!..diamjangan meyampuk! Kau ingat Taiping ada MRSM saja ke? Farhan masih lagi tidak puas mempermainkan sahabatnya itu. Amar diam, mengetap bibir. Diisytiharkan, Amar yang gagah perkasa lagi macho layak menjejakkan kakinya ke tempat idaman sekian lama, Baklah sini envelope aku tu, ok, ok kau tak dapat tawaran MRSM, kau dapat tawaran SBP, SBP? SBP, o Dia mendaftarkan dirinya di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah lima hari lewat dari tarikh pendaftarannya yang sebenar, seperti yang tertera dalam surat tawarannya. Amar seorang pelajar yang pintar, dia memperolehi tawaran ke sekolah berasrama penuh ini hasil keputusan cemerlangnya dalam PMR yang lalu. Dia benar-benar bersyukur dengan keputusan 9A nya, cukup untuk

menggembirakan dirinya dan juga menggembirakan hati kedua ibu bapa angkatnya. Amar kehilangan kedua orang tuanya akibat kemalangan yang melanda mereka di Australia, 10 tahun yang lalu. Ibu dan bapanya ke sana untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang perubatan. Amar yang pada masa itu ditinggalkan dengan neneknya yang sudah tua, akhirnya diambil pula oleh jirannya sebagai anak angkat setahun selepas nenek kesayangannya menyahut seruan Ilahi. Dia tiada siapa lagi di dunia ini. Kedua ibu bapanya adalah anak tunggal keluarga masing-masing, kebetulan yang memaksa dirinya terpaksa menagih kasih orang lain. Namun, keluarga angkatnya cukup menyayanginya. Begitu juga dirinya, amat menghormati dan mengasihi mereka, juga seorang saudara angkatnya yang sebaya dengannya. Nur Zinnirah semenjak tingkatan satu lagi sudah pun menuntut di sekolah ini. Dan, dengan hadirnya dia di sini meringankan beban keluarga angkatnya. o Selesai urusan pendaftaran dan melambai pemergian keluarga angkatnya, Amar melangkah menuju ke bangunan sekolahnya. Lawa jugak sekolah ni. 4 Musytari, mengikut apa yang diberitahu kepadanya oleh guru yang menguruskan pendaftarannya. Mana pulak kelas ni? Hisy, takkan tak ada penyambut tetamu agaknya? sempat lagi dia melawak. Dahlah datang lambat, gumamnya dalam hati. Matanya melilau melihat papan tanda yang menjadi petunjuk-petunjuk ke tempat tertentu. Makmal bahasa, bilik komputer, perpustakaan .. tak ada pun 4 Musytari. Abang Amar? Dia terus menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Isy, baru sampai, siapa pula yang dah kenal aku ni. Eh, Nur. Mujurlah Amar jumpa Nur kat sini. Pening kepala Amar cari kelas ni tak jumpa-jumpa, Kehadiran Zinnirah benar-benar melegakannya. Sekurang-kurangnya, tak perlulah dia mengusung buku teks yang sebeban ini untuk masa yang lebih lama. Zinnirah menghampirinya bersama seorang lagi sahabatnya. Mak dan ayah dah balik? Angguk. Abang Amar dapat kelas mana? Ehm 4 Musytari cikgu tu cakap, Zinnirah dan sahabatnya tersenyum. Sebelah kelas Nur saja tu. Kami kelas 4 Waruna, Zinnirah menjelaskan kepadanya. Amar termonyeh. Oh, lupa pulak nak kenalkan. Ainur, ni abang kembar aku, Amar. Abang Amar ini kawan baik Nur, Ainul Mardhiah. Amar terangguk-angguk sambil tersenyum. Matanya tidak tertumpu kepada Ainul Mardhiah, tapi pada NurZinnirah. Abang kembar? Zinnirah menyedari reaksi Amar, mengenyitkan matanya. Jom, Nur tunjukkan kelas abang,

Marilah, Zinnirah dan sahabatnya meninggalkannya di hadapan sebuah kelas. Seterusnya mereka masuk ke kelas yang berikutnya. Nak masuk, tak nak, nak masuk, tak nak, nak.. ah, masuk sajalah. , Tiba tiba dia terasa semua pandangan mata tertumpu ke arahnya. Dia tersenyum, sambil melangkah masuk. cikgu, Waalaikumussalam. Student baru ye? Sila-sila duduk kat mana awak suka, Amar melangkah perlahan-lahan menuju ke bucu kelas itu. Mulutnya masih dengan senyuman, tidak mahu dianggap sombong. Matanya pula sibuk memerhatikan lantai, segan memandang muka rakan-rakan barunya. Dia duduk, dan mula menyiapkan dirinya untuk mengikuti pembelajaran pertamanya di sekolah ini. o Waktu prep di kelas, Amar tekun menyiapkan latihan Add Math yang diberikan oleh Encik Zakaria di sekolah sebentar tadi sebagai kerja rumah. Sebenarnya, dia sendiri malas untuk membuat latihan itu sebegini awal, tapi dia tidak ada benda lain yang dapat dibuatnya. Bosan. Rakan-rakannya yang lain sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ahmad, ketua kelasnya sibuk berbincang dengan anak buahnya yang lain, ahli jawatankuasa kelas untuk menceriakan kelas. Hajar pembantu ketua kelas, aktif orangnya. Di kerusi di depannya, Fahmi lena terlentok di atas meja. Di kanannya, tempat duduk seorang pelajar perempuan yang seingatnya baru sekali dia bercakap dengannya. Itupun kerana meminta tolong pelajar tersebut mengambil pennya yang terjatuh ke lantai dan bergolek ke bawah meja pelajar tersebut. Namanya, juga jika tidak salah ingatannya, Norazliza buat Abd. Aziz. Yang lain-lain, Faizal, Zul Helmi, Afham, Nadia, Sarah.itu sahaja yang dikenalinya. Dia lebih banyak mendiamkan diri dan bersendirian daripada bergaul dengan rakan rakan sekelasnya itu. Entah mengapa, dia rasa seolah olah tak serasi. Namun tidaklah sehingga dikatakan sombong mahupun kera sumbang. Dia masih lagi memelihara etika sosialnya dengan mereka semua. Namun, tidak seperti dahulu. Sebaik semasa dia di Yayasan Bakti dahlu. betulkah kau nak pindah esok? Betul lah, Kenapa cepat sangat? Tu pun dah lewat Siapa jemput kau nanti? Mak bapak aku lah.. Nenek kau? Bedebuk! Farhan menepis bantal yang dihayunkan Amar ke mukanya. Sempat lagi dia melawak dalam kesedihannya untuk berpisah dengan sahabat baiknya

itu. Kau tak sayang tempat ni lagi ke? Diam. Kau dah tak suka kawan dengan aku lagi ye? Terus diam. Ye lah..apa sangat lah sekolah ni. Buruk. Budak-budak dia pun bodoh-bodoh. Bengap pula tu. Cikgu ajar banyak kali pun tak paham paham jugak. Mana setanding dengan sekolah baru kau tu.. Amar berhenti mengemas, memandang muka sahabatnya itu dengan perasaan sayu. Kalau lah kau tau perasaan aku sekarang ini..rakan-rakan mereka yang lain tiada di kamar ketika itu, sibuk bermain bola di padang, hanya tinggal mereka berdua di dalam kamar yang mereka diami semenjak form one dulu. Han. Aku sayang sekolah ni. Sayang sangat-sangat..tiga tahun aku tinggal kat sini. Kawan dengan kau, dengan rakan-rakan kita yang lain. Banyak benda yang kita buat bersama, tu semua jadi memori manis dalam ingatan aku. Tapi nak buat macam mana..memang lah aku nak sangat sekolah kat MRSM ke, SBP ke, sebab sistem pembelajaran kat sana lagi bagus, tersusun. Tapi bukan sebab tu saja.. Kalau bukan sebab tu sebab apa? Amar diam, meneruskan kerja kerja mengemas yang terbengkalai sebentar tadi sambil otaknya ligat menyusun ayat yang sesuai untuk menjawab soalan rakan baiknya itu. Adik aku pun sekolah kat situ, sejak dari form one lagi. Minta maaf sebab aku tak pernah cakap kat kau. Sebab tu lah aku nak sangat sekolah kat Taiping. Sekolah ni jauh sangat dari rumah aku. So, sekarang kebetulan aku dapat sekolah yang sama dengan adik aku, senanglah mak bapak aku, bukan nenek aku aa..parents aku hantar dan jemput kami. Kau pun tahu kan, keluarga aku bukan senang macam kelarga kau. Farhan terdiam mendengar penjelasan panjang lebar sahabatnya. Tiga tahun bersama Amar, memang disedarinya hakikat itu. Belum pernah sekalipun dia melihat keluarga Amar datang melawat Amar di sini. Rumah mereka yang terletak di utara menjadi penghalang mungkin. Amar pun setiap kali cuti semester mesti pulang sama ada menaiki bas atau keretapi. Kalau macam tu aku doakan kebahagiaan kau kat sana. Thanks.. Tak ada lah lagi aku kawan kat sini.. Kawan kawan kita yang lain kan ada. mereka lain. Apa yang lainnya? mereka pandai, hormat guru, berdisiplin. Tak macam kau, bodoh, kurang ajar, pemalas.. Bedebuk! Kali ni bantal yang dihayun Amar tepat mngenai sasarannya. Farhan tidak membalas sekadar ketawa. Dahlah, kau jangan sedih sangat pulak Tak..aku happy. Haa, baru aku ingat!

Apa dia? Kau ada hutang dengan aku. Kira halallah Banyak cantik Alah, berkira. Amar! Amar! Amar tersentak daripada lamunannya. Kenangan saat akhir bersama sahabat baiknya hilang menjadi debu. Semua pandangan tertumpu ke arahnya. Apahal pulak mereka ni? Amar, ada orang nak jumpa kau. Dari tadi aku panggil, kau buat tak tau saja. Ocehan Ahmad ketua kelasnya itu dibiarkan berlalu ditiup angin kerana dia lebih berminat untuk mengetahui siapakah yang ingin bertemu dengannya. Dengan tenang, dia melangkah keluar. lah..Nur ke. Ainul pun ada. Apa hal nak jumpa Amar? Ainul Mardhiah dan Zinnirah tersenyum. Baru kini dia perasan wajah sahabat adiknya itu sepenuhnya. Cantik.Kenapa dulu aku tak perasan. Pertemuan mereka kali pertama dulu, dia tidak mengecam wajah gadis tersebut kerana dia terlalu cemas memikirkan kelas baru yang bakal didudukinya. Lawa jugak budak ni, tenang saja wajah dia.. Oooiabang! Tengok apa tu? Orang cakap dengan dia dia tengok tempat lain pulak! Teguran terbuka Zinnirah memalingkan mukanya daripada terus menatap wajah bersih di sebelah adikya itu. Ainul Mardhiah hanya tesenyum seperti tadi, tiada perubahan pada wajahnya. Amar tersipu-sipu. Isy..budak ni. Tak patut sungguh. Ada apa nak jumpa Amar? Nur bawak pesan daripada ketua warden. Dia kata nak jumpa abang. Amboi, baru berapa hari dok sini dah buat kes ke? Zinnirah tersengih. Amar termonyeh. Encik Sohor nak jumpa aku? Dia menelan air liur. Apa kesalahan yang telah dibuatnya? Dia memang selalu mendengar akan kebengisan ketua warden itu. Pernah sekali dia melihat ketua wardennya itu menampar muka seorang pelajar tingkatan satu kerana lewat ke prep petang. Isy..mana aku ada buat salah. Amar meraup wajahnya. Abang pergilah jumpa dia. Sekarang tau. Zinnirah berlalu meninggalkannya, juga Ainul Mardhiah yang masih tidak lekang dengan senyuman manis di wajahnya. Amar pula perlahan-lahan mengatur langkah menuju kamar warden di hujung bangunan sekolah blok C. Sesampai sahaja dia di sana AssaFarhan! o o Peperiksaan pertengahan tahun sudah pun berakhir dan keputusannya sudah

pun diumumkan. Amar berjaya mengekalkan kecemerlangannya di Yayasan Bakti dahulu dengan mendapat tempat ketiga dalam tingkatan. Farhan pula mendapat tempat kelima, hanya tiga mata memisahkan mereka berdua. Zinnirah pula.. Hahabuat malulah kau ni..kalah kat adik sendiri. Sure tak tau nak sorok muka kat mana lepas ni. Amar hanya diam sahaja. Malas melayan ocehan sahabatnya itu. Memang, dengan kehadiran Farhan di sekolah ini, dia tidak lagi menjadi pendiam seperti mula-mula kehadirannya di sini. Malahan, mereka berdua pula yang menjadi tukang bising di dalam kelas 4 Musytari yang menempatkan pelajar-pelajaar baru ini. Hubungan mereka dengan rakan rakan sekelas juga semakin intim. Nanti apa kau nak cakap kat mak bapak kau? Nenek aku dah lama meninggal. Kurang asam! Kau kenakan aku balik! Ha ha..mereka tak kisah lah. Dah memang nyata dari dulu dia tu lagi hebat daripada aku. Kalau tak takkan dia dari form one dah masuk sini. Ye tak ye juga. Pandailah adik kau tu. Boleh lah kau jadi abang ipar aku macam ni. Tolong aku.. Nope! Banyak cantik muka kau. Jangan harap nak ngurat adik aku. Eleh kedekut. Amar mencapai test padnya lalu mula berkira-kira untuk menyambung kembali cerpen yang mula dikarangnya sebaik sahaja mereka menamatkan peperiksaan pertengahan tahun tempoh hari. Bidang penulisan memang diminatinya semenjak kecil lagi. Diwarisa dari mana,dia pun tidak mengetahuinya. Farhan. Boleh t ak tunjukkan macam mana nak buat soalan ni? Suzana Azmira, pelajar paling pendiam di dalam kelas ini mengunjukkan buku teks Add Mathnya kepada Farhan yang pada ketika itu sedang sibuk berbual dengan Ramlan tentang perlawanan Liga Perdana Inggeris malam tadi. Dia langsung tidak menghiraukan pertanyaan gadis itu. Farhan.. Err..Mira, kau tanya Amar lah. Aku sibuk ni.. Isy, budak ni. Senang saja cakap macam tu. Amar menjeling ke arah sahabatnya itu yang hanya tersengih. Menyedari pandangan Suzana beralih ke arahnya, dia meletakkan pen lalu menutup test padnya. Boleh tolong saya Amar? Hmm..dah tentu. mari saya tengok soalannya. Soalan muka surat 84. Dia menyambut buku yang dihulurkan oleh Suzana lalu menyelak helaian demi helaian , mencari muka surat yang dimaksudkan. Tiba-tibaeh apa ni? Surat? Amar memandang Suzana. Dia mengangguk. Oh..soalan ni senang saja. Tengok saya buat ye.. o Cuti pertengahan tahun sudah pun menjelma. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah sudah hilang tumpuan untuk belajar, lebih memikirkan cuti dua minggu yang mendatang. Masing-masing mempunyai

rancangan tersendiri. Amar cuti ni kau nak datang rumah aku tak? Tak boleh lah Han. Aku nak balik rumah. Ala, dulu kau selalu saja datang rumah aku kalau ada cuti-cuti macam ni. Amar mengeluh. Dulu lain, rumah aku jauh, terpaksalah aku ikut kau balik. Sekarang dah dekat macam ni, balik rumah lagi bagus. Ooo..kau memerlukan aku disaat-saat kecemasan saja ye! Mereka ketawa. Keadaan kelas yang bingit tidak menghalang mereka untuk berbual. Guru-guru seolah faham, kebanyakan kelas tiada guru di dalamnya. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh para pelajar untuk bergembira. Ala, mid sem dah habis. Semester dua, lambat lagi. Kau pulak, bila nak datang rumah aku? Giliran Amar pula bertanya kepada Farhan. Tak boleh lah, sebenarnya cuti kali ni aku dan keluarga aku akan ke Paris. Bapak aku ada meeting kat sana. saja saja aku ajak kau tadi. Aku tau kau tak nak punya. Any way, kirim salam aku kat adik kau yang cun kat sebelah tu ye. Malam sikit! o Abang Amar, abang tahu tak, nama abang famous tau kat aspuri.. Tiba-tiba Zinnirah membangkitkan persoalan itu semasa mereka bersantai di tepi bendang milik keluarga mereka. Kenapa? Hihi..jangan lah perasan..Nur saja saja tipu abang..tapi adalah jugak..terutamanya si Suzana tu. Hari hari dok menempel kat Nur, tanya pasal abang. Dia ada beri abang surat ye? Angguk. Ada tak? Adalah Haa..tulah, punyalah bising dia tanya, Kenapa abang tak balas surat dia, abang tak sudi kawan dengan dia ke..itulah, inilah, naik meluat Nur dibuatnya. Manalah Nur tau.. Amar sekadar tersenyum mendengar celoteh adiknya itu. Sememangnya dia tidak mengendahkan surat tersebut yang diselitkan Suzana di celah buku Add Mathnya suatu ketika dahulu kerana pada masa itu dia lebih menumpukan kepada peperiksaan pertengahan tahunnya. Habis exam, dia langsung terlupa akan hal tersebut. Abang dengar tak apa Nur cakap ni? Apa dia? Orang punyalah beriya bercerita, dia boleh termenung pulak. Abang tengok burung pipit tu makan padilah. Biar abang pergi halau kejap. Biarlah dia makan, dah memang makanan dia. Abang ni saja saja kan, tak nak dengar Nur cerita Sekali lagi dia tersenyum melihat telatah Zinnirah yang manja. Sememangnya hubungan mereka amat erat, walaupun langsung tiada pertalian darah antara

mereka. Lagipun, Zinnirah ni kat rumah saja macam ni, kat sekolah punyalah control ayu! Hati kecilnya bergumam. Abang Amar tau tak, apa Nur cakap kat Suzana bila dia asyik tanya pasal abang saja? Isy budak ni. Tak habis habis dengan cerita Suzana dia. Apa yang Nur cakap? Zinnirah tersenyum. Apa dia? Teka. Orang serius dia memain pulak. Alah, Nur cakap abang dah minat kat orang lain. Dia tersentak. Matanya buntang merenung wajah adiknya yang tersenyum itu. Siapa yang Nur cakap? Ainul Mardhiah. Ainul? Ainul Mardhiahlahsedap sedap saja dia panggil kawan Nur Ainul. Dah minta izin belum? Zinnirah tersenyum lebar. Amar terkaku kelu. o Baiklah kelas, cikgu berhenti sampai sini dulu. Ada hal yang ingin saya bincangkan dengan kamu semua hari ini. Kelas 4 Musytari mula berdengung dengan suara bisik desus penghuninya. Mimpi apa cikgu ni, ada setengah jam lagi waktu sebelum loceng. Selalunya terlajak sampai waktu orang lain. Amar mengemaskan mejanya serta mencatatkan kerja rumah yang diberikan oleh Encik Abdul Aziz di papan hitam ke dalam buku notanya. Ni mesti ada apa apa ni. Farhan membuat tekaan sendiri. Amar sekadar mejungkit bahu. Buat pengetahuan kamu semua, tak lama lagi, akan diadakan pertandingan drama peringkat daerah Larut Matang Selama. Sekolah kita menjadi tuan rumah. Kelas sekali berdengung. Amar mula menunjukkan minatnya. Farhan mengangkat kening persis Ziana Zain sambil tersenyum memandang Amar. Jadi, kelas kamu dan kelas 4 Waruna dipilih untuk mewakili sekolah ini. Farhan mengangkat tangan. Ye? Cikgu Kenapa tak suruh kelas sastera saja yang buat? Dengungan sebentar tadi bertukar menjadi gelak tawa. Farhan termangu-mangu. Amar sekadar memerhatikannya, faham sangat akan perangai sahabatnya itu. saja saja budak ni dah tau lagi nak buat lawak. Farhan Farhan, dah lama awak sekolah di sini, awak tak tau lagi sekolah ni sekolah aliran sains hundred apa cent. Manalah ada kelas sastera. Encik Abdul Aziz memberikan penjelasan sepenuh hatinya. Farhan teranggukangguk antep sambil tersenyum dan duduk. Amar mengira dalam hati satu,

dua, tiga. Cikgu! Sekali lagi tangan Farhan tegak di udara. Aku dah agak dah budak ni, mesti ada muslihat dalam kepala hotak dia, Amar mendengus. Ada apa lagi Farhan? Saya nak tanya, siapa yang jadi pengarahnya? Dari kalangan guru-guru atau pun kami murid sendiri yang akan menguruskannya? Erm tentang ni, yang menjadi penasihatnya saya sendiri. Tapi, saya rasa lebih baik kamu sendiri yang uruskan segalanya. Lagipun kamu ni student bestari kan? Tetntang pengarahnyaerr, pengetua ada mencadangkan seorang calon. Tapi, kalau kamu ada cadangan sendiri? Amar cikgu! Saya cadangkan Amar! Amar tersentak. Cadangan Farhan memang tidak disangkanya, namun tidak pula terlintas di hatinya untuk menolak. Dia tahu, dia mampu. Macam mana Amar? Boleh? Amar pernah jadi best director di sekolah lama kami dulu. Dia pasti boleh! Isy Farhan! Kau ni, malulah aku, Kalau macam tu, baiklah. Saya bagi awak tempoh masa seminggu untuk kemukakan skrip drama kamu untuk saya nilai, boleh? Insya Allah cikgu. Cikgu, boleh saya tahu siapa calon yang seorang lagi tu? Azam Ahmad, 4 Waruna. Serentak Amar dan Farhan bertentang muka, juga secara serentak. Azam? o Amar! Amar menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Begitu juga Farhan,dan juga beberapa rakannya yang lain yang sedang bermain bola tampar. Kau jangan nak berlagak. Kau budak baru di sini. Kalau kau besar kepala, tahulah aku macam mana nak ajar kau! Eleh kasar macam ni ada hati nak jadi director. Er . Apa khabar, Azam? Apa hal bising bising ini? Jangan nak berlakon pulak. Baru kena offer jadi director, dah nak tunjuk berlagak. Hei Amar! Kau jangan mimpi nak kalahkan aku! Amar menarik nafas panjang, sambil memerhatikan Azam bersama dengan kawan kawannya. Keadaan di padang sukan yang sesak dengan para pelajar yang sedang giat bersukan menghindarkan kemungkinan tercetusnya pergaduhan yang lebih besar berlaku. Seganas-ganas mereka, takkan punya cari pasal depan public, Amar membuat tekaan sendiri. Sabar Zam. Kau ni tengah hot sangat ni. Menang atau kalah, bukan dapat kita tentukan sekarang. Kerja aku, sebagai orang yang dicalonkan, hanyalah siapkan skrip. Hantar pada cikgu. Kau pun sama. Lepas tu cikgu pilih. Kita tunggu sajalah. Kau tak patut cari pasal dengan aku, Amar!

Wei mangkuk! Kau tak dengar ke apa yang dia cakap? Kau buat sajalah skrip kalau bagus sangat. Biar cikgu yang tentukan. Tu pun susah nak paham ke? Azam memandang Farhan yang melepaskan kata kata yang pedas itu. Kemudian sambil mengacukan penumbuknya dia mengisyaratkan rakan rakannya supaya beredar dari situ. Mukanya masam mencuka. Hei Amar! Kenapa muram saja ni? Eeeiii. budak ni. agaknya ye pun bagilah salam dulu. Terkejut aku. Jam sudah pun menunjukkan angka 2.10 pagi. Amar masih tidak dapat melelapkan matanya. Mungkin bunyi keluhannya ditambah pula dengan bunyi berkeriut daripada katil usang kerajaan ini membuatkan Farhan terjaga. Kau ni Kenapa tak tidur lagi? Esok kau jugak yang tersengguk-sengguk dalam kelas, Eleh cakap orang. Yang kau ni dari tadi aku dengar tak habis habis mengeluh tu Kenapa? Kau dengar ke? Kau tak tidur dari tadi? Dah kau bising macam mana aku nak tidur. Dah lah katil tu bunyi semacam saja. Ha apahal ni. Macam ada masalah besar saja? Amar tidak menjawab soalan sahabat baiknya itu. Sebetulnya dia masih lagi terkenangkan peristiwa petang tadi. Azam nampaknya benar benar bengang dengannya. Memang semenjak awal tahun lagi dia tidak sebulu dengan budak berlagak tu. Mentang mentang lah budak lama. Eeeeii..macam bagus. Dia ingat lagi peristiwa seminggu selepas dia mula mula mendaftar di sekolah ini dahulu. Nur! Tolong Amar boleh tak? Hari ini buat pertama kalinya dia menjejakkan kakinya di dalam kelas adiknya ini. Sebelum ini dia tidak pernah sekalipun melintasi kelas itu. Namun arahan daripada Pengetua sebentar tadi memaksa dia terpaksa mencari adik angkatnya itu. Dia memerhatikan penghuni kelas 4 Waruna ini. Rata rata mereka terdiri daripada pelajar seperti Zinnirah, mula menuntut di sekolah ini semenjak tingkatan satu lagi. Dalam erti kata lain, form four lama. Kecuali Zinnirah dan sahabatnya Ainul Mardhiah, dia tidak mengenali yang selebihnya. Zinnirah melangkah keluar dari kelas itu sambil diperhatikan oleh sebilangan besar mata mata di dalam kelas itu. Amar sekadar tersenyum kepada mereka. Namun dia sedar senyumannya tidak berbalas. Biar Ainul Mardhiah sekali pun sedang sibuk menulis sesuatu di dalam test pad di atas mejanya. Kenapa bang Amar? Kenapa mereka tu macam tak suka saja Amar datang sini? Zinnirah hanya tersenyum. Tidak menjawab. Abang datang nak tanya tu saja ke? Eh tak delah. Ni, pengetua nak jumpa. Dia kata nak tau pasal hubungan kita yang sebenar benarnya. Abang dah bagi tahu dah yang sepatutnya. Dia nak dengar daripada Nur pulak, Kan mak dan ayah dah terangkan pada dia? Kenapa nak tanya tanya lagi? Nur tak nak lah. Pergi sajalah ..dia bukannya nak tanya apa apa pun. Dia nak tau kita nak

rahsiakan ke tak status kita ni daripada pelajar pelajar lain. mereka tak tau kan kita ni bukan adik beradik kandung? Zinnirah mengangguk. Sebenarnya, dia cukup tidak suka orang mempersoalkan hubungan dia dengan lelaki di hadapannya ini. Dia sedari dulu lagi telah menerima kehadiran Amar dalam hidupnya sebagai abang kandungnya sementelah dia tidak mempunyai adik beradik yang lain. Dia sayangkan hubungan ini. Amar juga begitu. Ainul Mardhiah pun tak tau. Nur tak pernah cerita pada sesiapa pun, Amar mengambil peluang memandang sekilas lalu pada gadis itu yang sedang menyibukkan diri menulis. Tapi, apa motif adik aku ni sebut nama dia? Amar memalingkan muka ke arah Zinnirah. Zinnirah tersenyum. Oklah..nanti Nur jumpa pengetua. Cerit... Hoi, nak dating pun janganlah kat tepi kelas orang. Dah lah dating dengan adik sendiri. Suara yang tiba tiba kedengaran dari dalam kelas 4 Waruna itu membuatkan Amar terus berpaling ke arah itu. Seorang pelajar lelaki sedang berdiri di situ sambil berpeluk tubuh. Kalau tak salah perkiraannya, dia tidak kenal pelajar itu. Kau ni siapa nak menyibuk? Kau tak kenal aku? Kenal. Bagus. Siapa nama aku? Jibam.. Meledak gelak tawa daripada sebahagian pelajar dalam kelas itu apabila mendengar jawapan bersahaja daripada Amar. Kebanyakannya pelajar puteri termasuk sahabat adiknya Ainul Mardhiah walaupun sekadar tersipu sipu sopan. Zinnirah tersenyum. Azam merah padam. Oklah Nur. Amar balik kelas dulu. Jangan lupa ya. Amar terus berlalu tanpa menoleh sedikit pun kepada Azam yang masih lagi terkial kial mencari ayat ayat yang sesuai untuk diluahkan kepadanya. Baru padan muka kau, macam bagus sangat nak aku kenal dia. Kau tak payah lah takut pada Azam tu. Dia berani cakap saja. Kata kata Farhan yang secara tiba tiba itu mengejutkan Amar daripada kenangan itu. Dia yakin Azam amat mendedaminya kerana semenjak daripada peristiwa itu dia langsung tidak pernah berselisih dengannya. Masing masing seolah olah mengelak daripada bertembung. Aku tak takut. Baguslah. Kalau dia ingat dia macam bagus sebab ada kuncu kuncu dia tu, kita pun ada kawan kawan kita yang lain yang sure punya akan tolong kita. o Aku menyampah betul lah dengan budak berlagak tu. Dia langsung tak respect kat kita! Suasana dorm A 2-2 masih lagi terang benderang sungguhpun jarum jam sudah lama melewati waktu untuk memadamkan lampu iaitu pada jam 11.30 malam

mengikut buku peraturan sekolah. Penghuni kamar ini terdiri daripada mereka yang menggelar diri mereka taiko taiko sekolah. Peraturan sekolah jarang sekali dipatuhi oleh mereka. Kepala bagi kumpulan ini tidak lain tidak bukan Muhamad Azam Abdul Hasyim, sangat tidak disukai oleh para pelajar mahupun guru sekalipun kerana sering menimbulkan masalah kepada para guru tetapi sering mendapat perlindungan daripada Dato Muhamad Roli Yahaya, pengetua sekolah merangkap bapa saudara kepada Azam. Azam seorang yang bijak namun kenakalannya menyebabkan dia lebih dibenci daripada dipuji. Dia ingin memulihkan kembali imejnya yang telah busuk ini dengan memaksa bapa saudaranya mengarahkan Encik Abdul Aziz menyerahkan jawatan pengarah drama sekolah itu kepadanya. Namun gurunya itu tidak mengikuti arahan tersebut secara total, dia meyediakan Amar sebagai cabaran kepadanya. Cis, Amar memang patut diajar. Kenapa kau nampak bengang saja ni? Hazwan bertanya kepada Azam, soalan yang dirasakan paling bodoh sekali pernah didengarnya. Dia memandang Hazwan dengan pandangan yang mencuka. Takkan kau tak tau lagi. Semenjak budak tu masuk kat sini, macam macam benda yang sepatutnya aku dapat dengan senang dah jadi susah. Contoh? Kali ini Hizam pula yang bertanya. Dulu aku ingat aku senang saja nak ngurat si Zinnirah tu. Dah lah dah lama aku minat dengan budak tu dia buat tak layan saja. Tup tup tahun ni, datang pulak barua tu. Tak sangka aku dia ada abang baya kita. Kacau daun betul...hoi! yang anda ni gelak apa hal? Azam berhenti mengomel apabila melihat rakan-rakannya itu ketawa terkekekkekek. Hizam ketawa sampai terguling guling di atas lantai. Hazwan pula menekan perut menahan lucu. Muka Azam merah padam tidak ubah seperti punggung beruk di belakang sekolah. Aku ingat sebab apa lah. Sebab perempuan rupanya. Mat Romeo lah kau ni Zam.. Bukan pasal tu saja lah yang aku bengang. Pasal pengarah ni satu lagi. Dah elok elok aku yang dapat jawatan tu, dia jugak yang nak menyibuk nak jadi sama. Cikgu Aziz tu pun satu. Asyik nak sebelah dia saja. Dia ingat aku ni tak bagus ke? Azam menarik nafas dalam apabila habis berkata-kata. Sememangnya dia sangat tertekan dengan manusia bernama Amar itu. Dia mesti berbuat sesuatu. Jika tidak reputasinya di sekolah ini yang sememangnya sudah tercemar akan menjadi semakin buruk. Sabarlah Azam. Kau jangan risau. Sampai masanya nanti kita ajar dia, kita ajar. Kami akan tolong kau. Aku nak pukul dia malam ni jugak! Biar betul kau ni. Malam ni? Yelah malam ni! Habis tu malam semalam? Susah sikit Zam..malam ni kan si buncit tu yang duty,

Azam terdiam. Encik Abdul Aziz lagi. Dia akui sedikit sebanyak dia gentar juga dengan nama itu. Beliaulah satu satunya guru di sekolah ini yang tidak langsung peduli akan statusnya selaku anak emas pengetua. Namun malam ini dia nekad. Amar melangkah tenang ke kamarnya seperti kebiasaan setelah selesai stay up untuk malam itu. Memang dua tiga hari ini dia rajin stay up,terpaksa sebenarnya. Jam sudahpun menunjukkan pukul 2 pagi. Suasanana sunyi diselangi bunyi unggas dari hutan di belakang sekolah membuktikan hampir semua penghuni asrama putera ini sudah hanyut dibuai mimpi indah masing masing, ataupun mungkin mimpi ngeri. Dia mengepit skrip drama yang bertungkus lumus cuba disiapkannya untuk dinilai oleh Encik Abdul Aziz nanti. Inilah penyebab utama Kenapa dia terpaksa bersengkang mata dua tiga malam kebelakangan ini. Di samping menyiapkan skrip ini dia sendiri terpaksa menelaah pelajaran sementelah peperiksaan akhir tahun semakin menjelang...takkan nak kalah lagi pada Sarah agaknya..Amar tersengih sendiri. Baru siang tadi dia menelefon kedua ibu bapa angkatnya bertanya khabar mereka. Ayah nampaknya sejak akhir akhir ini semakin kerap batuk batuk, menurut kata ummi. Dia mendoakan kesejahteraan mereka berdua, apatah lagi hanya mereka berdua sahaja di dunia ini yang masih ada untuk dia mengadu kasih. Ummi turut berpesan padanya akan Zinnirah. Dia lagi awal study kat sini mi..taulah dia jaga diri..jawapan ringkas Amar pada ummi yang mengakibatkan dia terpaksa menambah bilangan syiling ke dalam perut telefon awam untuk mendengar celoteh ibu angkatnya untuk tempoh masa lebih lama. Akhirnya dia berjaya mengakhiri perbualan tersebut dengan berjanji untuk menjaga diri dengan baik dan juga melihatkan akan adik angkatnya itu. hmm..sayangnya kalian pada aku ini. Sekali lagi dia bergumam sendirian. Tatkala itu hatinya kuat terkenang akan kedua ibu bapanya yang kini mungkin sedang berhadapan dengan soalan soalan daripada Mukar dan Nakir. Tenangkah mereka di sana? Lapangkah kubur mereka daripada himpitan maut perut bumi? Amar segera menadahkan tangan mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya di alam barzakh. Dia sangat merindui mereka. Sangat sekejap rasanya saat saat manis bersama mereka dulu. apabila matinya anak adam itu, terputuslah dia dari semua perkara di dunia ini kecuali tiga perkara 1. ilmu yang dimanfaatkan 2. sedekah jariah 3. doa daripada anak yang soleh pesanan daripada arwah ibu lekat hingga kini di sanubari Amar. Dia tidak pernah terlalai daripada mendoakan kesejahteraan mereka sejurus selepas solat lima waktu, juga tatkala dirinya terasa kesunyian seperti sekarang. Amar tidak mahu ibu dan bapanya merasa sia-sia akan kewujudannya di dunia ini. Dia berhenti sebentar di tepi water cooler, menghirup sedikit air dingin dari perut bumi yang di yakini telah di tapis itu bagi menghilangkan dahaga.

Kamarnya terletak di hujung blok All-Farabi, agak jauh dari bilik study tempat dia menelaah. Suasana keliling makin sunyi, masih kedengaran hanyalah bunyi cengkerik dan unggas unggas yang lain. Selesai minum dia melangkah ke arah blok kediamannya. Tiba tiba ketengan hatinya pada malam ini terusik. Dia terasa berdebar-debar. Intuisinya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia siaga, menoleh ke kiri dan kanan. Hiyarrghh!!!! dari belakang tembok blok kediaman di kiri dan kananya, muncul dua lembaga bertopeng berlari pantas menuju ke arahnya. Amar mula menyusun langkah. Ilmu mempertahankan diri Taekwondo yang dipelajarinya daripada Master Kong di Yayasan Bakti dulu nampaknya buat pertama kali akan teruji pada malam ini. Dia hanya senyap, dengan kakinya berada dalam posisi L,menunggu serangan daripada kedua lawannya itu. Penumbuk sulung dari lembaga pertama berjaya di tepis ke atas olehnya, di susuli dengan tendangan sisi pada rusuk kiri lembaga tersebut. Daripada pengamatannya sepintas lalu,dia amat yakin penyerangnya ini terdiri daripada rakan pelajarnya juga. Takkan budak Tunas Bakti terlepas kat sini agaknya. Lawannya itu rebah menyembam bumi. Amar berpaling mengadap lawannya yang kedua. Dia tidak mahu menyerang, dia sekadar bertahan, namun serangan balas adalah perlu. Lawannya itu mula menyepak secara melulu ke arahnya, tenang di elak oleh Amar tanpa apa apa gerakan yang istimewa, hinggalah lawannya itu kepenatan, dia terus menghadiahkan tendangan reverse flying kick di susuli dengan double front kick secara berturut turut di bahagian perut lawannya itu. Sah sah kena kat nervus vagus ini..katanya dalam hati. Apabila satu stimulus yang kuat di kenakan kepada nervus vagus,satu impuls yang besar akan dihantar kepada centarl nervous system dan sejurus akan ditafsirkan sebagai-sakit! Dan jika stimulus itu cukup kuat boleh membuatkan kematian pada pihak lawan. Tapi Amar yakin dia hanya menggunakan kekuatan yang sederhana sahaja semasa menendang perut lawannya sebentar tadi. Dia sekadar melihat kedua lawannya itu tergolek di atas tanah. anda ni siapa? Amar bertanya. Namun dia yakin dia tidak akan mendapat jawapan yang diharapkkannya. Dia melangkah menghampiri salah seorang daripada mereka. Niatnya untuk menanggalkan topeng di wajah penyerangnya itu. Namun tibatiba.. KELEKUK! tiba-tiba dirasakan dunia berputar dengan isi-isinya. Dia tersilap perhitungan. Terasa bendalir melekit mengalir meneruni tengkuknya. dia menoleh kebelakang. rupanya masih ada rakan ketiga dalam kumpulan bertopeng ini. Lembaga itu berdiri tegap sambil tangannya kejap memegang besi locker tempat penyangkut baju yang digunakannya untuk memukul keplanya sebentar tadi. Amar cuba melangkah ke arah lembaga itu, namun dirasakannya tenaganya semakin haus, selari dengan lajunya rembesan darah daripada luka di kepalanya.Amar rebah mencium bumi. Sayup sayup terdengar olehnya seseorang menjerit memanggil namanya..namun dia terus rebah.

Dia menoleh ke kanan. Samar samar kelihatan olehnya beberapa susuk badan yang sederhana tinggi, dalam pakaian berwarna putih. Sesakali lembaga itu menghampirinya, menyentuh lembut tangannya. kat mana aku ni? Dia bertanya sendiri. Dihelanya nafas panjang, menghirup kekuatan supaya kembali ke dalam dirinya. Sedaya mungkin dia cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku..samar. Dr Noor Ain..bacaan heart rate 120/80..kembali pada tahap normal dia terdengar suara dari lembaga yang sedang memegang lembut pergelangan tangannya. Sejurus kemudian dia terasa sesuatu menyentuh dadanya Dia menarik nafas.. Baguslah, denyutan jantung pun dah kembali normal. Saya rasa bila bila masa sahaja dia akan bangun. Kalian boleh tunggu di sini, tapi tolong, jangan tanya dia banyak soalan ya? Dia masih lagi memerlukan masa untuk recover. Baiklah Dr..terima kasih banyak, Amar membuka matanya perlahan-lahan, luas sehingga akhirnya dia terpaksa menutup kembali dek kerana silaunya cahaya dari lampu kalimantang yang datang tepat dari atas kepalanya. Sekali lagi cuba di buka matanya, tapi kali ini lebih perlahan-lahan dan berhati-hati. Amar..bangun nak, Dia memandang sekeliling sebaik sahaja matanya kembali berfungsi dengan normal. Kelihatan olehnya di sebelah kanan katil duduk di kerusi umminya tersayang,juga Zinnirah berdiri di belakang ummi sambil memeluk bahu perempuan itu, tersenyum dalam kemerahan matanya. Baru lepas menangis agaknya. Tangannya kini digenggam erat ummi. Terasa seolah olah ada kekuatan mengalir dari tangan tua itu terus ke dalam badannya. Di alihkan pula pandangannya kekiri, kelihatan olehnya ayah, dan juga sahabatnya Farhan. Amar tersenyum, melihat akan kawannya itu turut kemerahan kedua belah kolam matanya. Kau menangis Farhan. Kenapa ni? Lemah suaranya bertanya. Mana ada aku menangis. Aku tengah tergelak ni kau tak nampak ke? Amar tersenyum lebar. Sebetulnya dia masih lagi cuba mengingati rentetan peristiwa yang berlaku pada nya. Namun seolah olah ada sesuatu yang menghalang dia dari berfikir dengan lebih lanjut. Dia memegang kepalanya. Berbalut. Ummi, Kenapa dengan Amar ummi? Amar tak ingatlah.. Puan Zarina hanya tersenyum. Jelas pada wajah tuanya seribu kesyukuran. Sinar kegembiraan mula mengambil tempat kesedihan yang bersarang di wajahnya. Amar mentafsir sepintas lalu. Kau tak sedar diri dah tiga hari nak. Amar tersentak. 3 hari dia koma? Apa yang telah berlaku? Sakitkah dia? Bertalu talu persoalan keluar dari mindanya sendiri, membuatkan dia sendiri merasa

denyutan yang amat pedih mula bersarang di otaknya. Dia perlukan penjelasan. Farhan jumpa abang Amar terbaring berlumuran darah kat tepi blok Ibnu Sina. Penjelasan Zinnirah sedikit memberikan sinar pada ingatannya. Malam itu. Namun Amar masih gagal mengumpul kembali semua ingatannya untuk menjadikannya satu cerita yang lengkap. Dia memandang Farhan. Malam tu aku terjaga. Aku tengok katil kau kosong saja. Jam dah pukul 3 pagi. Kau jarang balik dorm lewat macam ni. Aku pegilah carik kau. Tiba tiba aku dengar bunyi bising dari arah Ibnu Sina. Aku pergi lah kat sana. Dari jauh aku nampak 3 orang budak lari, pakai baju hitam dan bertopeng. Aku tak dapat nak macam muka depa. Aku nampak kau terbaring. Aku jerit nama kau. mereka lari lagi laju. Babak itu kembali menerpa ke pemikran Amar. Ya, dia diserang oleh dua orang, dia berjaya mengalahkan kedua duanya, dan kemudian kepalanya dikatuk dengan benda keras..besi locker tempat gantung baju. Amar ingat kembali. Oh..aku kena pukul.. Kenapa kau tak lawan balik? Aku lawan lah. Depa pukul curi ikut belakang. Tu lah kau, dulu selalu ponteng training. Ada saja master Kong ajar cara nak elak serangan dari belakang, Mana ada aku ponteng. Dah aku tak perasan nak buat macam mana. Dah dah..tengok lah ummi, ayah. Abang Amar ni kalau jumpa dengan si Farhan ni kalau tak bertekak tak sah. Kepala tu berbalut lagi. Karang Nur suruh Dr Noor Ain balut mulut dia pulak baru tau. Ummi hanya tersenyum. Ayah sedari tadi hanya mendiamkan diri juga tersenyum. Amar memandang wajah tua ayah. Dah lah, kau jaga diri dulu. Ayah dah bincang dengan cikgu sekolah kau, kami dah buat laporan polis, apa apa tindakan selanjutnya biarlah pihak polis yang tentukan. Kau rehat kat sini, ikut cakap doktor, jangan degil pulak makan ubat tu. Bila Amar boleh keluar ayah? Exam dah dekat ni, Abang Amar rehat saja lah dulu. Nanti dah elok keluar lah. Nanti Nur minta izin cikgu datang sini hari hari hantar nota untuk abang Amar Hm. Aku pun boleh temankan Zinnirah Amar mengangguk anguk kepada Zinnirah sambil menjengilkan matanya kepada Farhan. Dia melambai pemergian keluarganya dan juga Farhan dengan pandangan yang tenang. Tak pelah, boleh aku rest sikit. Dr Noor Ain, bila saya boleh keluar? Esok, kamu pun dah sembuh sepenuhnya saya rasa Thanks doktor. Tak sabar saya nak pergi sekolah balik. Ok, saya faham. Cuma kamu jangan gaduh gaduh lagi ya? Pesanan ikhlas dari doktor bertubuh kecil tapi cantik molek itu disambut dengan senyuman tidak ikhlas daripada Amar. Saya tak cari gaduh doc, depa yang mulakan. Depa? Siapa ya? Amar mencerna pemikirannya kembali, siapa yang

layak menjadi seterunya di sekolah itu. Kalau kat Yayasan Bakti dulu logik lah, ramai sungguh yang tak suka padanya, terutamanya senior kerana dia menjadi kesayangan pihak pentadbiran dan telahpun menjawat jawatan Ketua Pelajar sebaik sahaja dia berada di tingkatan 3. Hehe, memang macam tu pun kat sana, senior tak ramai. Namun di SERATAS rasanya dia masih lagi belum berkesempatan untuk berseteru dengan senior seniornya. Ini bermaksud.. Azam.. Dialah calon yang paling layak sekali. Selogiknya Azamlah yang paling berpotensi untuk membenci akan dirinya. Jawatan pengarah, memalukan dia di hadapan Sarah yang kononnya diminati oleh Azam semenjak dari form one lagi menurut desas desus yang didengar olehnya dari mulut mereka yang bergelar mat kepoh. Ada hati dengan adik aku konon, tapi kasar nak mampus. Biarlah, dia pun sudah semakin sembuh, Amar tidak mahu menyimpan buruk sangka pada lelaki itu, walaupun kuat di hatinya menyatakan yang Azam lah yang bertanggungjawab mengakibatkan dia terlantar di Hospital Besar Taiping ini. Kalau nanti betul betul dia bersalah, akan dapat jugalah balasannya..gumamnya sendirian. Tak perlulah aku nak pening pening fikir. Macam mana exam tadi? Orait ar, keluar apa yang aku target, kacang goreng lah aku jawab, Farhan berkata penuh keyakinan. Mereka baru sahaja menghabiskan paper terakhir peperiksaan akhir tahun untuk mereka dalam tingkatan empat ini. Tahun hadapan mereka bakal mengahadapi tahun yang lebih mencabar, kerana di pengakhiran tahun itu mereka akan dipertemukan dengan peperiksaan yang bakal menjadi batu loncatan untuk mereka mencapai kerjaya masing masing-Sijil Pelajaran Malaysia. Cemerlang mereka dalam peperiksaan ini alamat cerahlah peluang mereka untuk ke menara gading sama ada tempatan mahupun luar negara. So apa sasaran kita lepas exam ni? Aku nak habiskan baca novel Harry Potter yang aku baru beli ni Amar menjawab antep. Bosanlah. Kau ni asyik buku buku buku. Kalau buku pelajaran tak pa lah jugak. Ni kejap novel jiwang tu lah, ni buku budak budak pulak. Form one mana punya ni? Banyak lah kau punya form one. Aku beli sendiri lah. Bukan macam kau asyik nak pau barang barang junior saja. Satu lagi lepas exam nak baca buku pelajaran apanya lagi. Einstein pun tak macam tu. Mana kau tau Einstein tak macam tu? Aku agak saja lah, Ikut anda punyAmar! Tengok sapa lalu tu! Mereka berdua memalingkan kepala ke arah luar kelas 4 Musytari. Kelihatan Zinnirah dan Ainul Mardhiah sedang berjalan menuju ke arah kelas mereka di sebelah. Amar khusyuk memehartikan sahabat adiknya itu. Dalam diam sebenarnya dia amat meminati gadis itu. Bertudung labuh, berwajah manis,

selalu tersenyum, jarang bercakap..semuanya menetapi ciri-ciri perempuan idamannya. Namun sekalipun dia tidak pernah menyatakan perasaannya itu pada sesiapa, biar Zinnirah sekalipun. Farhan, lagilah tak payah. Buang karan saja. Cantikkan? Farhan berkata. Cantiksangat cantik.. Amar menjawab separuh sedar. Hoi, kau ni sumbang mahram ke apa? Ada ke describe adik sendiri sampai macam tu sekali dengan penuh perasaan pulak tu. Kau jangan memain Mar, Amar tersedar. Dia terlepas kata rupanya. Semestinya Farhan sebentar tadi memaksudkan adiknya, sedangkan dalam kepalanya ketika itu penuh dengan bayangan sahabat karib adiknya itu. Amar pura pura tidak dengar akan ocehan Farhan. Dalam diam dia memasang angan angan untuk mengenali dengan lebih lanjut akan sahabat adiknya itu. Azam, macam mana,kau rasa kita dah boleh rileks belum? Rileks lah, selagi tak da apa apa bukti yang menyatakan kita terlibat, takkan jadi apa punya. Azam menarik nafas panjang. Sebenarnya, jauh disudut hati dia sendiri merasa gerun. Tidak disangkanya hentakannya pada kepala si Amar dulu boleh membuatkan mamat berlagak itu tidak sedar diri sehingga 3 hari. Selama ini dia selalu membelasah pelajar lain, namun itulah pertama kali sehingga membabitkan kes polis. Terbayang lagi olehnya bagaimana semua palajar tingkatan 4 dan 5 disoal siasat oleh pihak polis akan kejadian itu. Sedaya upaya dia dan konco konconya berlagak tenang di hadapan para pegawai polis, tuan Pengetua, Encik Abdul Aziz dan juga Amar sendiri. Mereka semua ditahan di dalam dewan besar, tidak dibenarkan keluar sehinggalah ada yang mengaku salah atas kejadian tersebut. Tiada siapa pun yang mengaku sehinggalah akhirnya Amar meminta kepada tuan Pengetua untuk menutup kes tersebut dan dia memaafkan sesiapa sahaja yang bertanggung jawab. Sambil tersenyum lebar Amar meluahkan kata kata kemaafan itu, namun dirasakan sangat pedih baginya. Nak berlagak hero konon, baru kena ketuk sikit dah pengsan. Namun begitulah berakhirnya peristiwa tersebut. Mereka sehingga kini bebas, jawatan pengarah drama yang dihajatinya sama sama terlepas akibat penarikan diri pasukan sekolah mereka oleh Encik Abdul Aziz atas peristiwa yang berlaku, dan skrip drama ciptaan Amar yang dicurinya pada malam itu sehingga kini masih lagi elok di dalam simpanannya. Dia hanya mampu menonton pertandingan tersebut di dewan besar sekolah yang mana akhirnya dimenangi oleh musuh ketat mereka Maktab Rendah Sains Mara Taiping. Dan dia akhirnya terlepas peluang untuk membuktikan kepada sekolah bahawa dia juga berbakat

dalam bidang itu. Huh, padan muka aku.. Dan satu yang pasti peluangnya untuk mendekati NurZinnirah juga semakin tidak wujud kebarangkaliannya. Semuanya kerana Amar. Dia tidak puas hati dengan nama itu. Amar melihat bangunan SERATAS dengan senyuman yang puas tatkala kereta yang dipandu oleh ayah bergerak perlahan meninggalkan kawasan ilmuan itu. Dibelakang Zinnirah becok bersembang dengan ummi akan prestasi akademiknya yang cemerlang. Kalah lagi aku kali ni. Amar tersenyum. Walaupun dia berbangga dengan kepintaran adiknya itu dia turut memasang azam untuk mengalahkan adiknya itu suatu hari nanti dalam pelajaran. Suatu hari nanti. Dia tersenyum puas. Tahun ini di sekolah barunya ini maam macam peristiwa yang di alaminya. Biarpun tidak semanis ketika dia di Yayasan Bakti dahulu, namun dia puas. Pelajarannya tidak seteruk mana, Farhan masih lagi sahabat karibnya di sisi, keluarganya juga berdekatan, dan yang paling penting, dia sudah jumpa akan gadis idamannya. Ainul Mardhiah..nama itu yang sentiasa meniti di hatinya akhir akhir ini, namun dia masih belum punya kekuatan untuk berkongsi perasaan itu dengan sesiapa pun. Takpelah, tahun depan ada lagi.

September 2003 Mata ummi daripada tadi kemerahan menahan dari mutiara jernih itu terbit. Ayah tetap tenang, duduk sambil membaca surat khabar Utusan Melayu. Zinnirah sedari tadi menempel di sebelahnya, tersenyum lebar hingga ke telinga. Apalah muslihat budak ni agaknya, Amar menduga tanpa mahu bertanya. Abang Amar.. Dah agak dah, mesti ada apa apa ni. Abang Amar Buat tak tau. Abang Amar!!!! Isy, Nur ni. Apa jerit jerit kat telinga orang ni. Pekak lah Amar nanti. Buang tebiat ke apa, Tu lah, orang panggil buat tak tau saja, Amar dengar lah. Cakap saja lah, Betul? Amar mengerling wajah ayu Zinnirah. Dia tersenyum, mungkin ini adalah detik

detik terakhir dia dapat meluangkan masa sebegini bersama adiknya itu. Suasana hingar di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang tidak menghalang mereka daripada terus berbual mesra. Sebentar tadi sudah pun terbit pengumuman untuk semua penumpang pesawat Boeng 777 MAS Airline menuju ke German supaya bersiap sedia melaporkan diri. Ada lagi 3 jam sebelum ke balai berlepas,dia melihat sepintas lalu jam tangan Casionya pemberian ummi sempena kejayaannya melanjutkan pelajaran ke luar negara ini. Dia mendapat tajaan JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Russia dalam bidang perubatan, meneruskan cita cita murni kedua ibu bapanya dahulu. Ha, apa dia? Hari tu abang Amar janji, kalau dapat study luar negara, nak bagi Nur something kan? Eh, ye ke? Mana ada? Jahatsaja saja buat tak ingat ni, Betullah, biila masa entah orang janji kat dia, Dulu masa ambil result SPM, lah, tu kalau Nur pun sekali pergi study luar negara. Tu lah, hari tu orang ajak pergi sama tak mahu. Manja dengan ummi lah tu, takut nak berpisah, Mana ada , memang Nur tak mahu pergi pun, Rugi saja dapat result lagi bagus dari Amar, Mana ada rugi, dapat saja masuk matrik Manja.. Biarlah, Tak nak pisah dengan teddy bear busuk dia kat rumah tu, Biarlah, Takut Farhan lari.. Biareh, tolong banyak ya. Tak pernah terpikir pun dalam kepala hotak Nur pasal dia. Eiii, tak mahu lah, Amar ketawa mendengar jawapan dan mimic muka Nur mengekpresskan akan ketidaksudiaannya digandingkan dengan Farhan sahabat baiknya di sekolah dulu. Farhan..Amar menghela nafas panjang. Macam manalah kau kat sana sekarang.. Sudah lah kamu berdua ni. Dah nak berpisah pun sempat lagi nak gaduh. Amar, berapa lama transit kat German nanti? Suara tenang ayah memutuskan gelak tawa mereka. Amar menyemak pamplet yang dibekalkan JPA akan butir butir perjalanan mereka nanti. Hmm.. 5 jam ayah, nanti call ummi kamu, Insya Allah, Amar letak saja kaki kat Frankfurt tu nanti, Amar cari public, call ummi terus. Bagi kat Amar duit syiling banyak banyak ya ummi. Ayat jenaka Amar disambut dengan senyuman daripada wajah ummi yang sayu. Amar mendekati wanita itu, menyandarkan kepala di bahu ummi. Dia amat sayangkan wanita ini, tidak tumpah seperti sayangnya pada ibu kandungnya dahulu. Puan Zarina mengusap lembut rambut Amar. Jaga diri baik baik kat tempat orang. Pelihara diri kau, iman tu terutamanya.

Jangan tinggal sembahyang, sebab sembahyang tu lah nanti yang akan pelihara kita. Ingat pesan ummi selalu, kalau sembahyang kita tak dapat menghindarkan diri kita daripada berbuat maksiat, bererti semakin jauhlah kita dengan Allah. Tengok balik kat mana silapnya kita. Ummi dan ayah dah tak ada, kau seorang saja kat sana, jangan gaduh dengan kawan kawan, kami sentiasa doakan kejayaan Amar nanti, Kata-kata lembut dari mulut ummi dirakamkann dengan penuh kesayuan olehnya. Dia memejamkan mata, cuba untuk mengingat detik detik terakhir ini buat selama lamanya, juga dipejamkan matanya untuk menyeka air mata yang dirasakannya semakin sukar untuk ditahan lagi. Entah bila lagi dia akan berpeluang untuk bersama mereka kembali..ummi, ayah, Zinnirahdan satu nama lagi yang selalu bermain di kotak pemikirannya..Ainul Mardhiah, teman karib Zinnirah di sekolah dahulu. Dia akan merindui nama itu. Dia pasti. Hah! Ingat sapa tu? Isy, Nur ni..apa main sergah sergah ni. Nasib baik Amar tak da sakit jantung tau. Eleh..dia yang berangan. Ingat kat Mardhiah lah tu. kasihan, dia tak dapat hantar abang Amar. Padan muka. Buat tak tau.. Kata orang manja, dia yang manja tak nak mengaku. Ni ingat cakap Nur ni. kat sana nanti, jangan dok ngurat perempuan mata biru pulak. Nur dapat tau report kat Mardhiah terus. lepas itu jangan lupa hari jadi Nur, hantar hadiah best best, Okbez problemi Eleh, cakap Russian konon. Berlagak, Amar! Jom, dah nak masuk balai berlepas ni! Hamidah Che Ali, salah seorang daripada coursematenya memanggil. Sudah tiba masanya untuk mereka bergerak ke balai pelepasan, bermaksud sudah tiba masanya untuk dia berpisah dengan mereka yang disayanginya. Amar menjabat tangan ayah, mencium sopan, dan ayah mendakap dirinya mesra. Kemudian dia mencium tangan ummi, ummi kini tidak lagi cuba menahan tangisnya,membiarkan sahaja pipinya dibasahi air mata. Amar jadi sayu. Dihulurkan pula tangannya pada Zinnirah. Tak malu menangis, kata kata Zinnirah membuatkan air matanya terus segan untuk mengalir keluar. Diangkat wajahnya menatap wajah adik angkatnya itu. Zinnirah tersenyum, namun matanya juga kemerahan seperti ummi. Dia menjabat erat tangan adik angkatnya itu. Jaga ummi baik baik. Nur pun sama, jaga diri baik-baik,study elok elok. Ada sesiapa yang nak ngorat, beri tau Amar dulu, biar Amar cek lulus ke tak nak jadi adik ipar Amar. Faham? Doakan kejayaan Amar ya?..err..kirim salam pada Ainul, Zinnirah tersenyum tanda faham. Sambil melambai sayu, Amar menarik bagasi tangannya menuju ke arah balai pelepasan, menyertai rakan-rakan seperjuangannya yang lain. Entah mengapa, dirasakan sangat berat baginya meninggalkan tanah air ini.

o Gegaran itu dirasakan semakin kuat. Para pramugari dan pramugara MAS sedaya upaya mengekalkan senyuman di muka sambil cuba menenangkan penumpang-penumpang yang nampak jelas gelisah dan bimbang akan gegaran yang dirasai semakin kuat. Pengumuman dari kokpit juruterbang beberapa kali berkumandang menerangkan akan keadaan cuaca di luar yang sangat teruk. Suara tenang kapten kapal sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi para penumpang untuk terus duduk senyap di bangku masing-masing. Hanya desas desus kadangkala kedengaran perlahan. Amar sedari tadi merenung ke luar tingkap. Namun sedari tadi juga hanya bayangan gelap sahaja yang dapat di tangkap oleh jarak pandangan matanya. Cuma sekali sekala diselangi dengan lintasan cahaya putih kelihatan di sana sini. Tenang tenang, tak da apa apa..kilat tu kat bawah saja, Dia memujuk dirinya sendiri. Walaupun riak wajahnya nampak tenang dan sentiasa membalas senyuman yang dilemparkan anak kapal kepadanya, dalam hatinya terpalit juga rasa risau yang amat. Satu satu wajah yang disayanginya terpapar di layar ingatan. Ummi, ayah, Zinnirah..seolah olah dia ternampak mereka melambai lambai ke arahnya, dengan penuh harapan dan keriangan di wajah masing masing. Kemudian wajah wajah itu kabur perlahan lahan, dan digantikan pula dengan wajah wajah sahabat-sahabatnya.Farhan,Azam..dan yang paling berbekas di hatinya-wajah manis bertudung labuh itu, sentiasa tersenyum ke arahnya, namun pandangannya tunduk ke bawah. Dia seperti ingin mengejar bayang-bayang itu, namun semakin kuat keinginannya untuk bangun, semakin cepat pula bayang Ainul Mardhiah, gadis idamannya itu hilang. Kali ini digantikan pula dengan dua bayang yang kabur kabur pada ingatannya. Namun dua wajah itu jelas tersenyum ke arahnya, kali ini melambai lambai dan semakin dekat menghampirinya. Kedua dua orang itu berpakaian serba putih yang indah berseri-seri. Lelaki dan perempuan. Berpimpin tangan penuh mesra. Amar terasa sangat bahagia. Dia tahu dia kenal wajah wajah itu. Kali ini keinginannya untuk menghampiri bayangan tersebut memuncak berbanding dengan yang sebelum sebelum ini. Dia meronta-ronta ingin bangun dari kerusi duduknya. Dia ingin segera menerpa dan memeluk kedua ibu bapa kandungnya itu. Terasa beberapa pasang tangan memengang erat tanganya, menghalang dia daripada bangkit. Namun Amar tidak peduli. Dia ingin bersama ibu dan ayahnya. Tiba-tiba..BBOOMM!! Amar lantas tersentak kehadapan, kepalanya terhantuk ke kerusi di hadapannya dek kerana daya gegaran itu, serta ditambah pula oleh daya keinginannya untuk bangun sebentar tadi. Pandangannya kini benar benar kabur. Sayup sayup kedengaran di telinganya satu suara.. Kapal ini akan melakukan pendaratan kecemasan. Para penumpang sila patuh pada.. Dan suara itu terus lenyap. Nun jauh di ceruk sebuah kampong di pekan Taiping, Puan Zarina terjaga dari

tidornya yang lena. Jantungnya tiba-tiba berdebar kencang. Suaminya juga turut terjaga, mungkin terganggu dek dengusan nafasnya yang semakin kuat. Bang, Amar bang.. UTUSAN MELAYU-PESAWAT BOEING 777 MILIK MALAYSIAN AIRLINE MENUJU KE GERMAN TERHEMPAS DI LAUT ANDAMAN. KEMUNGKINAN PENUMPANG YANG TERSELAMAT MASIH LAGI MENJADI TANDA TANYA.

S-ar putea să vă placă și