Sunteți pe pagina 1din 7

Penipuan dalam perniagaan

Dalam Islam, apa sahaja yang dilakukan dengan niat kerana Allah dan cara pelaksanaannya menepati syariah dikira sebagai ibadah dan layak mendapat pahala daripada Allah.

Untuk meraih pahala ibadah menerusi berniaga maka perlu menjaga adab dan etika yang digariskan oleh Islam. Antaranya menjaga adab dan etika apabila berurusan dengan pelanggan.

Dalam apa jua perniagaan, pelanggan adalah aset yang penting. Justeru, Islam menggariskan perlunya menjaga adab-adab dan etika-etika perhubungan semasa berurusan dengan mereka.

Hak-hak mereka sewajarnya dijaga demi mencapai kesejahteraan dan keberkatan dalam urusniaga tersebut.

Antara nilai yang perlu ada ketika bermuamalat dengan pelanggan ialah hendaklah sentiasa memastikan niat yang ikhlas ketika berurusan dengan seseorang pelanggan tanpa ada sebarang 'hidden agenda' ketika bermuamalat melainkan untuk mendapatkan keredaan Allah Taala.

Peniaga juga tidak boleh menindas pelanggan mereka dengan mengambil harta-harta mereka dengan cara yang salah (batil) seperti yang ditegaskan oleh Allah Taala menerusi firmanNya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu(an-Nisa': 29)

Peniaga juga perlu mengamalkan sikap adil dalam semua perkara apabila berutusan dengan para pelanggan. Sentiasa berlaku adil kepada setiap pelanggan ialah memberikan hak yang sepatutnya kepada mereka, menunaikan semua janji dan memastikan segala manfaat adalah halal. Ia mestilah bertepatan dengan makna adil, iaitu meletakkan sesuatu itu pada tempatnya yang betul.

Berlaku adil juga bermaksud hendaklah sentiasa bersifat amanah dan benar dalam segala urusan dan aktiviti. Membantu pelanggan semasa berurusan dengan mereka dengan penuh adab sopan, persaudaraan dan kasih-sayang.

Menunaikan setiap janji kepada pelanggan sesuai dengan kaedah bahawa "Orang-orang Islam dipegang pada janji mereka". Memastikan sumber pendapatan pelanggan adalah halal di sisi Islam.. Penindasan dalam Perniagaan

1 .Harga yang tinggi: Penjual yang meletakkan harga yang tinggi adalah dikira menindas kerana Islam menggalakkan tolak ansur dan timbang rasa (al-Musamahah). Oleh itu, Islam mengharamkan ihtikar (menyimpan barang untuk menaikkan harga) dan mengharamkanBai al-Najasyi (Ielong dengan tujuan menaikkan harga). 2. Penipuan: Sebarang jenis penipuan sama ada yang berkaitan dengan jenis barang, kualiti barang, spesifikasi (sifat) barang yang dijual atau tentang penyerahan barang adalah haram. Maka penipuan dilarang sama sekali dalam jual beli atau dalam perkongsian (syarikat). Jelasnya, mendapatkan harta orang lain dengan cara penipuan adalah haram dan dikira memakan harta orang secara batil. Untuk mengelak daripada berlakunya penipuan ini, maka Islam melarang beberapa j ual beli.

Contoh jual beli yang diharamkan kerana terdapat unsur-unsur penipuan ialah:

1 Pembeli menjual barang yang belum diterima serahan barang itu daripada penjual pertama. Ertinya pembeli sudah membeli sesuatu barang yang belum diterintanya, tetapi ia menjualnya pada pihak lain (Baial-Silah Qabla Qabdhiha). 2 Menjual sesuatu yang tidak ada pada pemiliknya ertinya menjual barang y,g tidak ada pada penjual (Bai Ma Laisa Indahu).

3 Menjual kambing atau sebagainya tanpa memerah susunya dengan tujuan untuk memperdaya pembeli bahawa kambing itu mempunyai banyak susu (Bai al-Misrah).

4 Orang bandar membeli daripada orang kampung ditengah jalan sedangkan orang kampung itu bermaksud hendak menjualkannya sendiri di bandar dan ia belum tahu harga jualan yang sebenar (Bai al-Hadhir Libadin).

5 Pada masa sekarang cara jual beli ini disebut jual bell melalui broker yang akan menaikkan harga jualan tanpa modal dan tanpa diketahui oleh penjual atau pernilik asal. Broker ini akan secara langsung memeras penjual asal dan pembeli.

3. Paksaan: Sebarang unsur pemaksaan yang berlaku dalam kontrak jual beli adalah salah dan menjadikan kontrak jual beli itu tidak sah. Seseorang itu tidak boleh dipaksa menjual atau membeli sesuatu kecuali jlka dia berhutang dan hakim memutuskan supaya hartanya dijual demi untuk menjelaskan hutangnya untuk mengelak pemaksaan, maka Islam telah meletakkan Kerelaan sebagai salah satu rukun jual beli.

4. Mengenakan tanggungan ke atas pembeli: Dalam masa sekarang, pembeli kadang-kadang dikenakan bayaran tertentu di luar hargabaranc, yang tidak sepatutnya ditanggungnya.Umpamanya pengangkutan barang atau pengurusan. Penjual kadang-kadang mengenakan kos pengangkutan dan pengurusan itu seluruhnya ke atas pembeli. Sepatutnya pembeli hanya akan dikenakan kos pengangkutan jika ingin menerima serahan barang di tempat yang berbeza dari tempat yang dipersetujui dalam kontrak-. Dalam kontrak jual beli Islam jika berlaku perkara seperti ini, maka kontrak itu boleh dibatalkan.

5. Monopoli: Monopoli barangan dengan tujuan menaikkan harga adalah haram. Sebarangjenis bentukjual beli yang mempunyai unsur ini adalah haram. Jual beli pada masa kini yang boleh dimasukkan ke dalam kategori ini ialah Jualan langsung yang mengenakan harga yang tinggl.

6. Tidak menyatakan keadaan barang yang sebenar: Perkara ini kerap berlaku dalam keadaan penjual tidak mahu memberitahu kecacatan barang. Pembeli teraniaya kerana tidak memperolehi barang seperti yang dijangkakan. Melalui perundangan Islam, ia memberi hak kepada pembeli untuk membatalkan kontrak iaitu melalui hak Khiyar al-Aib.

Di antara adab dan etika ketika berurusan dengan pelanggan juga ialah tidak menipu para dalam aktiviti perniagaannya. Islam adalah agama yang sangat mementingkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.

Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan penganiayaan sehingga menyebabkan timbulnya permusuhan serta perselisihan dalam masyarakat. Oleh yang demikian, Islam menyuruh umatnya berlaku adil kepada manusia sama ada Islam atau bukan Islam.

Kejujuran adalah merupakan elemen yang sangat penting dalam menjamin sesebuah perniagaan itu maju, berjaya dan yang lebih pentingnya ianya diberkati oleh Allah SWT. Perkara ini sejajar dengan ajaran Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW: Dua orang yang sedang melakukan jual-beli dibolehkan tawar-menawar selama belum berpisah; jika mereka itu berlaku jujur dan menjelaskan (ciri dagangannya), maka mereka akan diberi barakah dalam perdagangannya itu; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (ciri dagangannya),barakah dagangannya itu akan dihapus. (riwayat Bukhari)

Dr. Thomas Stanley, penulis buku The Millionaire Mind menyatakan bahawa antara faktor utama yang menyebabkan seseorang itu dapat memperolehi kejayaan dalam perniagaan adalah jujur dengan semua orang. Beliau memperolehi jawapan itu daripada individuindividu yang berjaya menjadi jutawan yang telah ditemu bual. Pada zaman sekarang dari segi persenjataan, Senjata-Senjata Canggih yang Wujud pula menduduki tempat tugasan menggerunkan musuh.Maka Umat Islam Mesti berusaha menyiap dan memilikinya. Di bersebelahan itu kekuatan Ekonomi juga adalah Senjata Baru Dalam membina kekuasaan di era moden. Kekuatan Ekonomi mampu membawa kepada Hasrat yang sama iaitu menggerunkan musuh. Maka membina kekuatan Ekonomi di zaman ini adalah satu tuntutan agama. Produk Muslim Malangnya kita cuai dan Alpa. Kita ketinggalan dan dihina. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Kekuatan Ekonomi kita terbengkalai. Kita Hidup di bumi Allah yang paling Strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak Galian yang tersimpan dalam perutnya dan HARTA yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan HARTA kita, tidak Bertani di bumi kita, tidak menghasilkan hasil dari bahan Galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkanNya dari bumi kita ... Jadilah kita dalam banyak rencana saja dilakukan asal maksud bukan pengeluar, pengimpot bukan Penguna Industri. Kadang kala

kita Menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun ". (Dr. Yusuf alQaradawi, Aina al-khalal, ms12-13, Beirut: Muassasah al-Risalah). Dalam keadaan sebeginilah Umat Islam dalam semua peringkat individu dan negara dituntut melahirkan sikap persaudaraan Islam. Menghasilkan produk hasil muslim yang berkualiti adalah suatu kewajipan agar kita bebas dan tidak bergantung kepada orang lain. Demikian juga membeli produk muslim, atau di Kedai dan Pasaraya yang dimiliki oleh orang Islam adalah kewajipan agar tanggungjawab tersebut berjaya disempurnakan. Bagi peringkat antarabangsa berdagang sesama negara Umat Islam adalah kewajipan Kerajaan-Kerajaan Umat Islam yang ada.

Peranan Akidah Apabila akidah muslimin Lemah, maka lemahlah seluruh kekuatan yang lain, termasuk dalam bidang Ekonomi. Kata Muhammad Qutb: (Berpunca) daripada kemunduran akidah, timbullah segala macam kemunduran yang menimpa Dunia Islam .. kemunduran ILMU, ketamadunan, Ekonomi, peperangan, pemikiran dan kebudayaan. (Muhammad Qutb, Waqi'una al-Mu'asir, ms 172, Arab: Muassasah alMadinah) Sepatutnya daripada akidah lahirnya Rasa ukhuwwah (persaudaraan) sesama muslim yang menggerakkan Ekonomi dan kekuatan Umat. Daripada akidah yang melon dapat dibentuk Sikap bertanggungjawab terhadap seluruh strategi yang diatur demi membangunkan Umat. Tanpa akidah hilanglah Ikatan persaudaraan atau ukhuwwah Islamiyyah yang menjadi Penggerak kepada Pembangunan ekonomi.

Rujukan :1. www.al azim.com 2. http://www.restu.com 3. http://www.bisnesmuslim.com

LBA 2013 FIQH AL MUAMALAT

TUGASAN INDIVIDU TAJUK:


PUNCA KEMUNDURAN EKONOMI UMAT ISLAM

Pensyarah: Ustaz Hasanul Basri b. Abdullah Pelajar: No Metrik : Siti Arija bt Buang (1112717)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH MENENGAH) DENGAN KEPUJIAN BIDANG : FAKULTI : PENDIDIKAN ISLAM ( QT 36 ) PENGAJIAN BAHASA UTAMA

SESI AKADEMIK 2011 / 2012

S-ar putea să vă placă și