Sunteți pe pagina 1din 7

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

HBEF3103

Model reka bentuk Assure merupakan reka bentuk pengajaran yang sesuai dan sering digunakan di dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran.Ianya merupakan sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik darjah.Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu A-analyze learners (menganalisis pelajar), S- state objectives (menyatakan objektif), S select methods, media and materials ( memilih kaedah, media dan bahan sumber), U utilize media and materials (menggunakan media dan bahan), R require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan E- evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian)

A- analyze learners ( menganalisis pelajar ) Rancangan Pengajaran ini telah dirancang bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Tajuk bagi pengajaran kali ini adalah tentang Adab Berpakaian.Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar Tahun 5 Gemilang seramai 22 orang iaitu 12 perempuan dan 10 lelaki dan berusia 11 tahun.Seorang daripada pelajar ini adalah dari kaum asli dan yang lainnya adalah pelajar Melayu.Rata-rata daripada ibu bapa pelajar ini bekerja kampung atau bekerja sendiri.Ciri-ciri ini dapat diketahui hasil daripada temu bual saya bersama pelajar dan daripada pemerhatian ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Sebelum memulakan pengajaran bagi tajuk ini, terlebih dahulu saya perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid. Untuk itu saya telah mengadakan ujian ringkas dan juga soal jawab secara spontan tentang pengetahuan mereka tentang adab berpakaian.Kebanyakan daripada murid ini telah mengetahui atau mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan dengan topik yang akan diajar.Pelajar yang lebih dewasa memerlukan panduan yang kurang jika dibandingkan dengan pelajar dari tahun 1 hingga 3. Bagi menarik minat pelajar untuk memberikan tumpuan terhadap tajuk ini, saya telah menggunakan pelbagai gaya atau teknik pembelajaran supaya ia lebih berkesan.Selain bersoal jawab, saya juga membuat aktiviti di dalam kumpulan yang memerlukan pelajar berkomunikasi sesama mereka serta mewujudkan keserasian ketika pembelajaran berjalan.Keadaan yang selesa akan memberikan satu suasana pembelajaran yang harmoni dan berkesan.Bagi murid yang masih lemah , saya menggunakan gambar bagi memahamkan arahan atau pengajaran pada hari itu.

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

HBEF3103

Setiap pelajar mempunyai stail pembelajaran yang berbeza. Ada yang lebih gemar mendapat maklumat dengan cara mendengar, ada yang perlu di bantu dengan visual dan ada yang gemar aktiviti-aktiviti yang memerlukan pergerakan. Pelajar sebegini selalunya tidak boleh duduk diam dalam satu-satu masa. Untuk itu, saya telah menggabungkan semua aktiviti ini dalam pengajaran ini,.

S- state objectives (menyatakan objektif) Objektif pembelajaran yang disenaraikan oleh saya ialah pelajar dapat menyatakan sekurang-kurangnya 2 cara berpakaian yang sesuai mengikut situasi, dapat mencipta pakaian mengikut kreativiti serta dapat menjawab soalan berdasarkan maklumat yang telah diberikan sebelum ini.Objektif ini dapat dicapai sekiranya pelajar dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru serta dapat menjalankan aktiviti yang diberikan dengan baik.Saya juga akan membimbing pelajar untuk mereka cipta pakaian dengan mendengar idea atau pendapat mereka di samping menambah baik apa yang perlu.Setiap pelajar juga digalakkan memberikan pendapat dan idea mereka. Objektif ini akan dikira berjaya jika pelajar dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh guru dengan baik.Disamping itu semangat bekerjasama di dalam kumpulan juga diambil kira.Objektif ini juga dikira mencapai matlamatnya jika pelajar dapat mencapai sekurang-kurangnya 2 daripada 3 objektif utama.Sebagai contoh, pelajar telah dapat menamakan dua pakaian yang sesuai mengikut situasi dan dapat menjawab soalan dengan betul mengikut maklumat atau situasi yang diberikan. Penggunaan bahan atau peralatan secara optimum juga merupakan kejayaan di dalam setiap objektif pengajaran. Pelajar juga tahu membezakan cara berpakaian dengan situasi yang sesuai. Contohnya, jika pelajar hendak bersukan dia sudah tahu apakah pakaian yang sesuai.Begitu juga jika situasi di sekolah atau di majlis perayaan. Pelajar telah dapat membezakan pakaian yang sesuai mengikut situasi.Pelajar juga telah dapat mengenal pasti dengan betul jenis pakaian mengikut situasi dengan mereka cipta pakaian mengikut kreativiti masing-masing.

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

HBEF3103

S- select methods, media and materials ( memilih kaedah, media dan bahan sumber ) Kaedah yang telah digunakan di dalam rancangan pengajaran ini adalah kaedah perbincangan.Pelajar akan disoal secara rawak berdasarkan topik yang akan diajar. Soalan yang diberikan merupakan soalan yang telah sedia diketahui oleh pelajar.Ini bagi memudahkan guru untuk mengaitkan dengan topik yang akan diajar.Untuk memudahkan pelajar memahami soalan guru, gambar-gambar tentang pakaian mengikut situasi telah dipamerkan kepada pelajar.Oleh itu, semua pelajar perlu diberi peluang untuk memberikan pendapat mereka dan peluang untuk melibatkan diri. Apabila pelajar telah mula aktif dan melibatkan diri, guru boleh memberikan soalansoalan yang lebih mencabar minda pelajar. Ini boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.Setiap soalan dan jawapan yang dibincangkan perlu menjurus ke arah topik yang dipelajari.Guru juga perlu menghargai setiap soalan, jawapan atau komen yang diberikan oleh pelajar.Cara ini akan memberikan keselesaan kepada murid untuk lebih terlibat dalam aktiviti ini.Cara ini juga akan membuat pelajar merasa bebas untuk melibatkan diri apabila idea mereka dapat memberikan sumbangan ketika perbincangan. Kaedah kedua yang digunakan di dalam pengajaran ini ialah kaedah Demonstrasi dan sedikit Sumbangsaran. Guru akan menerangkan kepada pelajar setiap langkah yang akan dijalankan oleh pelajar mengikut kumpulan.Setiap kumpulan akan diberikan tajuk yang berlainan menggunakan kad situasi yang telah diberikan oleh guru.Bahan dan peralatan yang diperlukan akan diberikan oleh guru dan ada yang perlu dibawa oleh pelajar sendiri.Untuk memudahkan aktiviti, guru akan menunjukkan demonstrasi secara ringkas tentang aktiviti yang perlu dijalankan oleh setiap kumpulan.Guru juga perlu memastikan semua pelajar memberikan perhatian ketika demonstrasi tersebut dijalankan.Guru juga akan mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan demonstrasi yang dijalankan.Selepas demonstrasi dijalankan, guru akan meminta pelajar berada di dalam kumpulan dan berbincang mengikut topik yang diberikan. Setelah tamat masa yang diberikan, pelajar diminta membentangkan hasil perbincangan yang telah dibuat menggunakan kertas sebak.Pelajar-pelajar dari kumpulan lain juga diminta memberikan pendapat tentang pembentangan rakan-rakan mereka.Diakhir perbincangan, guru akan memberi peneguhan tentang hasil pembentangan pelajar dari setiap kumpulan.
3

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

HBEF3103

Pelajar diminta berada di dalam kumpulan masing-masing dan mula membuat reka cipta pakaian menggunakan surat khabar mengikut hasil pembentangan tadi.Setiap pelajar perlu dipastikan melibatkan diri dalam aktiviti ini.Hasil kerja setiap kumpulan akan dipamerkan dan dinilai oleh guru.Pelajar juga digalakkan memberikan pendapat dan idea mereka tentang hasil kerja rakan mereka.Setiap pelajar tidak dibenarkan untuk mengkritik atau mentertawakan idea rakan-rakan mereka.Setelah selesai, guru bolehlah memilih idea atau hasil kerja yang terbaik.Hasil yang terbaik akan dipamerkan di dalam kelas.

U- utilise media and materials (Gunakan media dan bahan ) Sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan bahan-bahan yang akan digunakan akan disemak dulu oleh guru sama ada sesuai atau tidak mengikut topik yang akan diajar.Guru akan menyemak rancangan pengajaran adakah relevan dengan topik dan merujuk buku teks bagi melicinkan lagi perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan pada hari itu seperti kad gambar, kad situasi, sampul surat, kertas sebak, surat khabar, gam, gunting dan pelekat.Penyediaan awal bahan-bahan ini amat perlu supaya tidak mencacatkan pengajaran dan aktiviti yang akan dijalankan. Keselesaan tempat juga amat perlu sebelum menjalankan aktiviti.Sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru akan menyusun atur kedudukan kerusi dan meja di dalam kelas agar sesuai dengan aktiviti yang akan dijalankan.Keseleasaan tempat belajar akan memudahkan aktiviti pembelajaran dijalankan. Kesediaan pelajar untuk memulakan pelajaran juga perlu diambil kira oleh guru. Untuk itu guru menggunakan gambar-gambar di dalam set induksi untuk menarik perhatian pelajar. Gambar yang menarik akan membuatkan pelajar lebih berminat untuk memulakan pelajaran.Setelah bersoal jawab secara ringkas, guru akan menerangkan kepada pelajar apakah objektif pengajaran pada hari itu.Pelajar juga perlu tahu apakah objektif yang perlu mereka kuasai. Gambar-gambar yang ditayangkan oleh guru juga perlulah bersesuaian dan mudah difahami.Guru tidak digalakkan menunjukkan gambar yang terlalu abstrak.Ini akan melambatkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran dan akan merosakkan minat pelajar
4

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

HBEF3103

untuk membuat aktiviti.Guru perlulah tahu bagaimana untuk menarik minat pelajar untuk memulakan sesuatu pengajaran.

R- require learner participation ( memerlukan penglibatan pelajar ) Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, aktiviti berkumpulan, projek dan sebagainya.Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta-merta selepas pelajar memberi tindak balas yang betul.Pelajar perlu dilibatkan secara aktif supaya menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan.Untuk itu, di dalam topik ini, guru menggunakan teknik soal jawab dan perbincangan di dalam kumpulan. Pelajar diberi peluang untuk memberikan idea dan pendapat mereka dan diberi penambah baikan oleh guru.Setiap pelajar digalakkan memberikan komen terhadap hasil pembentangan rakan-rakan mereka. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu mengekalkan penglibatan pelajar.Penggunaan gambar, kad situasi serta aktiviti mereka cipta pakaian mengikut kreativit pelajar juga dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan aktif pelajar.Contoh penglibatan aktif pelajar di dalam pengajaran ini adalah pelajar diminta memberi pendapat dan berbincang di dalam kumpulan mengikut tajuk yang telah diberikan mengikut kumpulan.Murid digalakkan memberikan pendapat kumpulan masing-masing di dalam aktiviti pembentangan.Untuk menarik minat pelajar lagi, guru meminta setiap kumpulan membuat reka cipta pakaian menggunakan surat khabar.Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah sesuai, efektif serta menarik minat pelajar.

E- evaluate and revise ( melakukan penilaian dan pengubahsuaian ) Bagi setiap pengajaran, langkah terakhir adalah melakukan penilaian dan pengubahsuaian.Sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlulah dinilai bagi mendapat maklum balas dari pelajar dan melihat keberkesanannya.Bagi pengajaran tajuk ini, diakhir pengajaran dan pembelajaran, guru akan memberikan pelajar lembaran kerja yang berkaitan dengan adab berpakaian.Pelajar diminta menjawab setiap soalan mengikut masa yang telah diberikan.Guru dapat menilai tercapai atau tidak objektif yang dibuat berdasarkan jawapan
5

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

HBEF3103

yang telah diberikan oleh pelajar.Soalan yang diberikan kepada murid adalah soalan yang telah diajar diawal pengajaran tadi.Setelah itu, guru akan membuat rumusan atau refleksi bersama pelajar bagi memastikan pelajar-pelajar dapat memberikan respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang.Penilaian ini juga dapat membantu guru bagi mengesan adakah objektif pengajaran pada hari ini telah tercapai atau tidak.Guru juga dapat mengetahui adakah media yang digunakan dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pelajar dapat mengendalikan media tersebut dengan baik.Penilaian ini juga dapat memberikan manfaat kepada guru bagi mengetahui suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif.

Penutup Dengan menggunakan model ASSURE sebagai panduan reka bentuk pengajaran guru, pengajaran guru dapat dijalankan dengan lebih efektif dan perancangan yang rapi dan sistematik dapat dijalankan.Penggunaan model ini juga telah dapat menimbulkan minat pelajar bergerak ke bahan lain, melibatkan pelajar secara menyeluruh dan memberikan kefahaman pelajar untuk meneruskan aktiviti seterusnya.

( 1620 patah perkataan)

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

HBEF3103

RUJUKAN / REFERENSI Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah, Dr Rosini Abu (2011), HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran, Open University Malaysia Dr Ismail Zain (2010), Dunia Pendidikan dan Motivasi http://tutor.net.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=030 2&pub=DuniaPendidikan&Sec=Motivasi & pg=m0_0.htm (diambil pada 3.5.2011) Nadzimah(2009), Model Assure http://www.scribd.com/21399345/Model-Assure#archive (diambil pada 3.5.2011)

S-ar putea să vă placă și