Sunteți pe pagina 1din 25

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bab ini akan cuba menerangkan serba sedikit tentang latar belakang masalah membaca suku kata terbuka KVKV yang dihadapi murid-murid bermasalah pembelajaran di sekolah rendah di Bahagian Sibu, Negeri Sarawak. Dalam bahagian ini, penyelidik akan memperkenalkan masalah kajian dengan sedikit huraian tentang fokus utama kajian dan variabel yang terlibat dan tujuan kajian dijalankan. Penyelidik juga menyatakan tentang pernyataan masalah kajian.

Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya dikategorikan sebagai sekolah luar bandar disebabkan kedudukannya yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Sibu. Sibu Jaya merupakan bandar satelit kepada Bandar Sibu dan lebih dikenali sebagai Bandar Baru Sibu Jaya. Namun begitu infrastruktur sekolah ini tidaklah begitu jauh ketinggalan berbanding sekolah di bandar kerana ia dibina sepenuhnya di bawah rancangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) mula diperkenalkan di SK Sibu Jaya pada tahun 2006 disebabkan terdapatnya murid berkeperluan khas ini bersekolah di situ. Sehingga kini terdapat seramai 27 orang murid bermasalah pembelajaran dengan seorang Guru Penolong Kanan, 7 orang guru pendidikan khas (GPKI) dan dibantu 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pencerapan ilmu pengetahuan. Membaca melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi pengertian bahawa aktiviti membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan manusia yang akan melibatkan memahami. Zulkifley Hamid (2007), menyatakan bahawa proses menguasai kemahiran membaca dan memahami bukanlah suatu pekerjaan yang mudah berbanding dengan proses dengar-tutur. 1

Dalam proses penguasaan bahasa secara lisan, setiap individu adalah secara automatis telah dibekalkan dengan suatu alat nurani yang membolehkan mereka mengenali dan memahami simbol bahasa secara natural. Berbeza dengan penguasaan kemahiran lisan, dalam proses membaca seseorang itu perlu mengamati, mengingati dan mendengar serta dapat membezakan bunyi dengan tepat, menyebut simbol-simbol huruf yang mewakili bunyi tertentu serta menggabungkan sesuatu bunyi bagi membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang tadi kepada sistem kognitif bagi tujuan terjemahan dan pemahaman (Safiah Osman 1990).

1.2 Latar Belakang Kajian

Latar belakang kajian akan menyingkap masalah kajian yang telah dikenalpasti dan keperluan untuk menjalankan kajian ini. Di sini juga pengkaji akan cuba menerangkan keadaan semasa atau isu-isu berkaitan yang perlu ditangani dan bagaimana kajian ini akan menghasilkan penyelesaian yang diperlukan atau menjelaskan masalah-masalah yang ada. Dalam bahagian ini juga pengkaji akan menjelaskan literatur yang berkaitan dengan kajian ini dan yang menghasilkan pertemuan signifikan.

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu tahun 2006, membaca adalah satu keupayaan untuk membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan adalah diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik. Menurut fahaman terdahulu membaca semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang menyuarakan tulisan dengan lancar, adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahami. Justeru itu kemahiran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat untuk memerhati kepada kekuatan suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan oleh murid tidak dipedulikan guru yang mengajar.

Fahaman masa kini pula membaca itu bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan tahu makna dan faham apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan pada suara dengan lancar dan kuat, tetapi tidak memahami apa 2

yang disebut maka murid itu tidak boleh dianggap sebagai pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca. Dalam hal demikian, bolehlah dikatakan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Murid memperoleh kemahiran membaca ini sejak dari awal tadika sehinggalah ke peringkat sekolah rendah. Namun

keadaan kini amat mendukacitakan di mana kemahiran membaca ini menunjukkan kelemahan yang amat ketara dalam kalangan murid sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah dan ini menjadi masalah kepada para guru di peringkat sekolah menengah.

Menurut laporan Kualiti Hidup Malaysia tahun 2002 menunjukkan bahawa tahap membaca dalam kalangan murid khususnya dan masyarakat amnya, agak membimbangkan. Mengikut kadar literasi tahun 2002, sebanyak 93.8% rakyat Malaysia membaca secara purata hanya 2 buah buku setahun. Pada tahun 1996, kanak-kanak yang berumur 5 6 tahun hanya 52% boleh membaca. Di peringkat sekolah rendah murid dalam lingkungan umur 7 9 tahun sebanyak 96% boleh membaca sementara 73% mengamalkan tabiat membaca.

Kumpulan murid dalam lingkungan umur 10 tahun ke atas, sebanyak 93% boleh membaca dan hanya 87% mengamalkan tabiat membaca di dalam kehidupan seharian mereka. Di bandar sebanyak 81% dan di luar bandar pula hanya 77% yang mana kedua-dua lokasi ini sekadar 56% yang mengamalkan tabiat membaca. Jadual 1.1 : Kebolehan Membaca dan Amalan Membaca bagi Kanak-kanak Berumur 5 hingga 10 tahun. Ciri-ciri
Jumlah Jantina:Lelaki Perempuan Umur 5 - 6 tahun 7 - 9 tahun 10 tahun ke atas

Orang % taburan
100 51 49 38 62 100

Boleh membaca % insiden


79 78 80 52 96 93

Amal membaca % insiden


56 55 57 30 73 87

Sumber: Laporan Kualiti Hidup Sihat Malaysia 2002

Jadual 1.2 : Jenis bahan bacaan yang disukai ( 2002 ) Ciri-ciri


5 9 tahun 10 tahun ke atas

Surat khabar
6 79

Majalah
10 47

Buku
26 52

Komik
41 32

Sumber: Laporan Kualiti Hidup Sihat Malaysia 2002

Jadual 1.2 di atas menunjukkan bahan-bahan bacaan yang sering di baca oleh muridmurid sekolah. Merujuk kepada jadual di atas amat membimbangkan kerana amalan membaca buku akademik menunjukkan peratusan yang rendah iaitu 26 % bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun dan 52 % bagi mereka yang dalam lingkungan umur 10 tahun ke atas. Masalah tidak tahu membaca adalah salah satu punca mengapa pembacaan buku akademik menunjukkan peratusan yang rendah dalam kalangan kanak-kanak.

Perbincangan di atas menunjukkan bahawa kemahiran membaca amat penting dalam kehidupan seseorang tanpa mengira latar belakang dan status ekonomi. Masalah tidak tahu membaca ini bukan sahaja mengganggu proses pembelajaran diperingkat awal malah akan berterusan ke peringkat seterusnya sekiranya tidak dibendung dan ditangani di peringkat awal. Murid-murid yang tidak boleh membaca memberikan lebih banyak gangguan di dalam bilik darjah kerana mereka tidak faham apa yang diajarkan guru dan mereka cuba membuat perkara lain yang dapat mengisi masa luang mereka.

1.3 Pernyataan Masalah Kajian

Pernyataan masalah ditulis sebagai tujuan am kajian atau dalam bentuk persoalan kajian. Kenyataan masalah kajian ini amat spesifik dan mengandungi variabel kajian. Kegagalan membaca membawa kepada masalah keciciran murid dalam kelas (Wikipedia Bahasa Melayu:2000) Ia juga menyumbang kepada kesahan kajian masyarakat Malaysia yang kurang membaca. Dua helai muka surat setahun adalah benar (UNESCO:1999). Kaedah 4

membaca yang digunakan oleh guru memerlukan suatu bentuk pengajaran khas (berbeza daripada kaedah biasa) kerana murid LINUS adalah murid istimewa yang gagal belajar membaca mengikut kaedah pengajaran murid normal. Khadijah Rohani (1987) menjalankan kajian berdasarkan persepsi guru tentang masalah membaca, dan mendapati bahawa terdapat kira-kira 30 peratus murid-murid tahap 1 di sekolah-sekolah rendah di Malaysia masih jauh ketinggalan dalam aspek kemahiran membaca dan memahami. Dengan kata lain, mereka gagal membaca dengan baik dan berkesan dalam jangka masa yang sepatutnya ketika berada di tahun 1 persekolahan. Statistik rasmi daripada Menteri Pelajaran Malaysia Malaysia telah dilaporkan oleh Sapidin (2005) bahawa kira-kira 100,000 pelajar tempatan tidak berupaya membaca, menulis atau mengira. Perangkaan ini membuktikan bahawa satu usaha khusus harus dititiberatkan dalam mengatasi masalah buta huruf di kalangan kanak-kanak. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (2002) menunjukkan bahawa seramai 13,332 orang murid-murid di tahun 1 mempunyai masalah membaca dan memahami yang serius. Daripada angka tersebut, seramai 1,254 orang murid dikenal pasti sebagai murid yang memang menghadapi dalam pembelajaran yang berpunca daripada masalah membaca dan memahami. Daripada jumlah ini (1,254), seramai 619 murid-murid (51.3%) pula telah dikenal pasti sebagai golongan yang buta huruf. Sementara itu bakinya pula iaitu seramai 41.0 peratus adalah tergolong dalam kategori lemah dan bermasalah dalam kemahiran membaca. Pernyataan tersebut jelas membuktikan kepada kita betapa masalah membaca dan memahami sudah menjadi seperti penyakit kronik yang bakal mengundang petaka sekiranya langkah segera membasminya tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Terdapat lebih 80 ribu murid-murid sekolah di Malaysia yang masih gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis (Unit Rendah, Bahagian Sekolah, 2006). Menyedari hakikat itu Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak langkah untuk melaksanakan program Kelas Intervensi Literasi dan Numborasi (LINUS) bagi mengatasi masalah tersebut. Justeru data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) seharusnya menjadi penanda aras bagi pemasalahan ini yang kian serius dan perlu ditangani segera. Mahadzir 5

Mohd Khir, Setiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia semasa merasmikan Seminar Pendidikan Khas ke-3 telah turut mendedahkan bahawa seramai hampir 520 ribu orang murid daripada 5.1 juta murid-murid mengalami masalah membaca akibat disleksia (Utusan Malaysia, Oktober, 2006).

Kesedaran tentang fenomena masalah membaca dan menulis ini perlu ditangani segera kerana kegagalan semua pihak terutamanya pihak sekolah akan membawa risiko terhadap kualiti pendidikan secara menyeluruh. Secara tidak langsung dikatakan bahawa telah berlaku kesan negatif atau dikenali sebagai defisit akademik akibat kelemahan yang mula bertambah secara kumulatif pada peringkat rendah. Jadual 1.3 di bawah dengan jelas menunjukkan defisit akademik yang berlaku dalam kalangan murid-murid Tahap 1 di sekolah-sekolah rendah yang bermasalah dalam kemahiran 3M pada kohort 2003 dan 2004 (Jabatan Pendidikan Khas, KPM 2005).

Jadual 1.3 : Data Perbandingan Defisit Akademik (3M) Tahap 1 Sekolah Rendah

Tahun

2003 Bilangan murid %


11.1 9.1 7.3 9.1

2004 Bilangan murid


45,654 39,296 30,044 114,994

Perbezaan %
9.1 7.9 6.1 7.7

Bilangan murid
7678 2239 2571 12,497

%
2.0 1.2 1.2 1.4

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahap 1

53,341 41,535 32,615 127,491

Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, KPM 2005 Utusan Malaysia pada 9 Oktober 2006, memetik pendedahan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), N. Siva Subramaniam yang menyatakan bilangan pelajar lemah membaca adalah terlalu ramai iaitu menjangkau jumlah lebih daripada 500,000 orang pelajar yang kebanyakannya terdiri dari pelajar tahun enam. Menurut Utusan Malaysia itu lagi, jumlah ini mewakili 25% daripada 2 juta pelajar-pelajar sekolah rendah di seluruh negara. Beliau turut menyarankan agar program pendidikan pemulihan di sekolah diperhebatkan dengan mempelbagaikan pendekatan agar masalah ini dapat ditangani secara berkesan. 6

1.4 Soalan Kajian

Soalan kajian sangat penting dalam sesuatu penyelidikan. Soalan kajian ialah soalan yang dibina berpandukan kepada objektif kajian, yang mana jawapan kepada soalan ini akan membantu pengkaji untuk mencapai objektif dan tujuan kajian. Secara umumnya kajian ini ingin melihat keberkesanan kaedah pandang sebut dan kaedah latih tubi dalam membantu murid membaca suku kata terbuka. Kajian ini menetapkan 3 persoalan kajian seperti berikut:

1. Apakah punca murid-murid PPKI tidak boleh membaca perkataan suku kata terbuka KV+KV? 2. Apakah langkah-langkah kaedah pandang sebut dan latih tubi yang dijalankan oleh guru dalam pembelajaran dan pengajaran membaca suku kata terbuka KV+KV? 3. Apakah penggunaan kaedah pandang sebut dapat meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV+KV dalam kalangan murid-murid PPKI?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum sesuatu kajian dijalankan. Penyenaraian tujuan spesifik kajian ini amat mustahak kepada pengkaji sebab ia membolehkan pengkaji mengutip data yang sesuai dan jenis alat yang perlu digunakan.

Objektif Am; Di akhir kajian ini, kita akan tahu keberkesanan kaedah pandang sebut dan kaedah latih tubi dalam membantu meningkatkan kemahiran 5 orang murid PPKI SK Sibu Jaya dalam membaca perkataan gabungan dua suku kata terbuka KV+KV.

Objektif Khusus; 1. Mengenalpasti punca-punca masalah membaca suku kata terbuka KV+KV dalam kalangan murid-murid PPKI.

2. Mengetahui langkah-langkah kaedah pandang sebut dan latih tubi yang dijalankan oleh guru dalam pembelajaran dan pengajaran membaca suku kata terbuka KV+KV. 3. Membuktikan penggunaan kaedah pandang sebut dan latih tubi dapat meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV+KV dalam kalangan murid-murid PPKI.

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian bermaksud apakah pentingnya hasil kajian anda dan adakah orang akan mengambil tahu dan berminat dengan hasil kajian kita. Kepentingan kajian akan dilihat dari sudut pernahkah kajian serupa dijalankan, adakah perlu kajian ini dijalankan, siapakah yang dapat memanfaatkannya, adakah sesuai dengan trend semasa, berkait dengan masalah yang praktikal, berkait dengan populasi yang lebih besar dan berkait dengan populasi yang kritikal atau yang berpengaruh.

Kajian yang dijalankan memerlukan masa, tenaga, wang dan sumber tertentu. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan sumber sendiri iaitu masa, tenaga dan wang untuk merancang, melaksana dan mendokumentasikan hasil penyelidikan ini. Oleh hal yang demikian, kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat membantu guru-guru pendidikan khas terutamanya yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia membantu murid-murid PPKI membaca suku kata KVKV dengan lebih berkesan. Selain itu kajian ini dijangka turut membantu murid-murid lain dalam kelas pemulihan khas dan kelas perdana yang masih belum menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka KVKV.

Kajian ini juga bertujuan mendapatkan maklum balas tentang sejauh mana kaedah latih tubi memberi kesan kepada peningkatan kemahiran asas membaca dalam kalangan murid-murid PPKI. Kajian ini juga bertujuan memperlihatkan bagaimana murid-murid PPKI dapat mempertingkatkan prestasi kemahiran membaca melalui aktiviti pandang sebut yang terancang dan berperingkat.

1.7 Batasan Kajian Batasan kajian akan menjelaskan potensi-potensi kelemahan kajian dan cara-cara untuk meminimumkan kelemahan tersebut, ataupun implikasinya seperti aspek pengumpulan dan persampelan. Kajian ini lebih tertumpu kepada murid-murid kelas PPKI Amanah di SK Sibu Jaya. Selain itu kajian ini hanya tertumpu kepada kaedah pandang sebut dan kaedah latih tubi dalam pengajaran kemahiran membaca suku kata terbuka KVKV. Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan pemerhatian dan borang kaji selidik yang diambil dan diubahsuai daripada pengkaji-pengkaji yang terdahulu. Justeru itu kebolehpercayaan dapatan ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama, kejujuran dan

keikhlasan dari responden yang menjawab soalan-soalan kajian yang diberikan. Tempoh kajian akan dijalankan dalam jangka masa 4 minggu. Dalam jangka masa ini, pengkaji akan menggunakan 20 suku kata mudah. 1.8 Rumusan Dalam bab 1 ini penerangan serba sedikit tentang latar belakang dan pernyataan masalah diberikan. Selain itu objektif-objektif dan persoalan kajian turut dinyatakan. Kepentingan dan batasan kajian juga turut dijelaskan secara ringkas. Jelas menunjukkan bahawa seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka KV+KV di peringkat awal. Kemahiran yang diinginkan di sini ialah murid kenal huruf KV+KV dan tahu membunyikan huruf KV+KV tersebut. Peranan, komitmen dan usaha guru dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca murid amat penting lebih lagi kepada murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Kemampuan membaca suku kata tidak memadai sekiranya seseorang itu tidak faham akan maksud perkataan yang dibaca. Kajian ini lebih menumpukan kepada proses membaca suku kata terbuka KVKV di kalangan murid kelas Program Pendidikan Khas Integrasi di SK Sibu Jaya. Walaupun mereka adalah golongan kurang upaya dari segi pembelajaran namun mereka harus diberi peluang sama rata untuk menguasai kemahiran membaca. Ini diharapkan dapat membantu dan memudahkan mereka dalam aktiviti kehidupan seharian hari ini dan di masa hadapan. 9

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Perbincangan dalam bahagian ini berdasarkan kajian literatur yang melibatkan pembacaan buku-buku jurnal, tesis, kertas kerja dan bahan-bahan bacaan lain yang bersifat akademik. Pengkaji melaporkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembelajaran mengenal dan mengecam abjad dan keberkesanannya tahap pencapaian membaca menerusi pendapat tokohtokoh ilmuan. Bab ini membincangkan tentang konsep-konsep membaca suku kata terbuka, kaedah membaca dan pendekatan bacaan. Teori-teori dan juga kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian turut di perjelaskan untuk menyokong kajian ini.

2.2 Literatur Berkaitan

Literatur yang berkaitan merujuk kepada teori-teori dan prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji lain dalam negeri atau luar negara, yang telah menjalankan kajian dalam bidang yang sama dengan bidang kajian ini. Dalam bahagian ini, pengkaji akan didedahkan tentang keperluan untuk merujuk kepada kajian berkaitan untuk pengkaji mengetahui dapatan-dapatan dan pengkaedahan kajian yang terkini. Dalam kajian ini akan merujuk kepada kajian-kajian yang telah dijalankan dalam lingkungan 10 tahun kebelakang iaitu tahun 2001 hingga 2011. Teori-teori, prinsip-prinsip dan hasil kajian ini akan dijadikan asas, sokongan dan panduan kepada kajian ini.

Smith (1971) menjelaskan bahawa membaca adalah satu bentuk psikolinguistik yang merupakan satu langkah lanjutan dalam memproses perkembangan pembelajaran yang diterima. Aktiviti membaca adalah satu aktiviti pentafsiran dan menterjemah lambanglambang bercorak kepada bunyi-bunyi yang dimaksudkan. Oleh itu, secara keseluruhannya membaca merupakan beberapa proses yang kompleks, gabungan beberapa proses seperti 10

proses sensori, proses pengamatan, proses linguistik dan proses mental (Frie, 1963). Klien, (dalam Farida Rahim, 2005) menyatakan definisi membaca mencakupi tiga perkara. Pertama, membaca merupakan suatu proses di mana informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. Kedua, membaca adalah strategi. Manakala perkara ketiga ialah membaca merupakan interaktif.

Seseorang yang dapat membaca suatu teks yang bermanfaat, akan menemui beberapa tujuan yang ingin dicapainya. Kemahiran membaca mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), ialah murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Kemahiran membaca amat penting dalam semua aspek terutamanya aspek komunikasi. Membaca merupakan satu cara komunikasi di antara dua pihak iaitu penulis dan pembaca.

Kanak-kanak

perlu

memiliki

kemahiran

mendekod

iaitu

membatang

dan

membunyikan suku kata untuk membaca bahasa. Sekiranya kemahiran mendekod tidak dikuasai dengan baik, maka kanak-kanak tidak dapat memanfaatkan perbendaharaan lisan yang dikuasai untuk membantunya membaca perkataan yang tidak dikenali. Menurut Schickedanz (1982), ini menjelaskan kenapa murid tidak boleh menyebut perkataan yang mudah walaupun sudah menguasainya dalam bahasa lisan. Ini bermaksud ramai murid yang lancar berkomunikasi dengan orang di sekeliling gagal membaca dengan baik. Kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) dalam Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu III mengatakan bahawa masalah membaca bahasa Melayu memang wujud dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa daripada 25 buah sekolah luar bandar menunjukkan 18% ada mengalami masalah membaca.

Proses membantu murid membaca dengan lancar memerlukan strategi pembelajaran yang khusus. Strategi pembelajaran bermaksud langkah-langkah yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan, mengingat kembali dan penggunaan sumber maklumat (Abu Talib 1998). Mengikut Oxford (1990, 1993), tindakan 11

tersebut diambil bagi membantu pelajar menguasai proses pembelajaran dengan mudah, cepat, lebih menyeronokkan, lebih ke arah kendiri, lebih cekap, dan lebih mudah dipindahkan ke situasi baru. Chamot, Beard El-Dinary dan Robbins (1999) pula berpendapat strategi pembelajaran ialah teknik yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membantu tugas pembelajaran.

Strategi pembelajaran bahasa pula boleh dikaitkan sebagai langkah-langkah yang disedari atau suatu tingkah laku yang digunakan oleh pelajar bahasa dalam mencapai, menyimpan, mengingati kembali dan menggunakan semula maklumat baru (Rigney 1978; Oxford 1990). Dalam konteks pendidikan bahasa dengan ditentukan melalui pelbagai cara seperti menggunakan diari, prosedur penyuaraan berfikir dan pemerhatian (Oxford 1989). Dalam pendidikan bahasa, terdapat pelbagai strategi pembelajaran yang boleh digunakan oleh murid ketika belajar bahasa. Strategi pembelajaran yang berbeza dipengaruhi oleh faktor kognitif, metakognitif, afektif, sosial, psikologi dan lain-lain (Oxford 1990). Pemilihan strategi oleh murid perlu mengambil kira aspek seperti jantina, etnik, budaya dan sebagainya seseorang murid.

Masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membaca juga dikaji oleh Charlotte J Bolling (2008), dalam artikelnya yang bertajuk Reading Success In The Intervension Classroom. Dalam artikel tersebut beliau menyatakan masalah kegagalan membaca menjadi semakin serius jika tiada langkah sistematik dilakukan ke atas subjek (murid PPKI). Kajiannya mendapati bahawa masalah membaca memang timbul pada murid lemah. Mereka memerlukan lebih tumpuan daripada gurunya. Kajian yang dibuat oleh Holly M Menzies (2007), dalam jurnal yang bertajuk Early Intervention In Reading:From Research To Practice mendapati bahawa ada peningkatan sebanyak 75% murid semakin boleh membaca jika mereka diberikan kaedah rawatan yang betul.

12

2.3 Teori Berkaitan 2.3.1 Teori Behaviourisme Bertujuan, Tolmann (1996) Model kerangka yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan Teori Behaviorisme Bertujuan (Purposive Behaviorism)-Tolmann (1996) dalam Hasnalee Bin Tubah (2008). Teori ini menekankan kepada matlamat perilaku terarah iaitu berfokus kepada membaca. Berdasarkan kerangka Teori Behaviorisme Terarah (Tollmann 1996), struktur dalaman otak dan pemikiran murid (kognitif) mempunyai keupayaan yang terpendam dan dijangka. Keduadua bentuk pemikiran itu akan membentuk perilaku molar. Diskriminasi desakan boleh menghasilkan bentuk pembelajaran yang berdasarkan matlamat pengajaran guru. Namun guru juga boleh menjangkakan tingkah laku murid berdasarkan mod jangkaan kognitifnya.

Sumber : Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid-Murid KIA2M, Hasnalee Bin Tubah (2008) 13

2.3.2 Teori Pembelajaran Bruner Jerome Bruner yang merupakan seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Beliau telah membahagikan perkembangan mental manusia kepada tiga tahap iaitu peringkat enaktif (0-2 tahun), peringkat ikonik (2-4 tahun) dan peringkat simbolik (5-7 tahun). Pada peringkat simbolik, kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol, seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya penaakulan simbolik (Khadijah, Mahani & Ramlah, 2007). Kesimpulannya, kanak-kanak dikatakan mempunyai kemampuan simbolik semasa Tahun Satu jika didedahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2.3.4 Teori Konstruktivisme Menurut Borich & Tombari (1997), konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman binaan. Dari kenyataan-kenyataan tersebut, jelaslah bahawa mengikut teori pembelajaran konstruktivisme, murid perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Sebaliknya, murid menerima maklumat dengan aktif,

menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat (Cheek, 1992, dalam Khadijah, Mahani & Ramlah, 2002). Menurut Dewey (1966), pembelajaran bermakna (meaningful learning) melibatkan belajar dengan membuat (learning by doing), yang dapat membantu murid berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori konstruktivisme boleh dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Khadijah, Mahani & Ramlah, 2002). a) Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep. b) Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain. c) Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka. 14

d) Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pandangan mereka. e) Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. f) Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk hands on dan minds on. g) Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. h) Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. i) Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. j) Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis. k) Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar. l) Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain. m) Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar. n) Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.

2.4 Kajian Berkaitan

Terdapat beberapa kajian yang dijalankan dalam dan di luar negara dalam melihat pencapaian murid sekolah rendah dalam menyebut suku kata terbuka KVKV secara langsung dan tidak langsung. Kajian-kajian ini akan dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada kajian ini. Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca dan Memahami Dalam Kalangan Murid-Murid LINUS oleh Hasnalee Tubah dan Zulkifley Hamid (2011). Kajian dijalankan bagi meninjau sejauh mana pengaruh demografi berperanan dan mendatangkan kesan terhadap penguasaan kemahiran membaca dan memahami murid-murid LINUS.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak semua faktor demografi murid atau pun guru mempengaruhi kemahiran membaca dan memahami murid. Fenomena ini menunjukkan guru LINUS perlu mempunyai kepakaran dalam menentukan kesediaan murid, dan jelas tentang tahap bantuan (scaffolding) yang perlu diberikan kepada murid-murid LINUS. Di samping itu guru LINUS juga perlu menguasai kemahiran pengajaran secara psikolinguistik iaitu menekankan faktor keupayaan mental dan penguasaan bahasa bagi memberikan kesan yang mendalam terhadap kemahiran membaca dan memahami murid-murid LINUS. Orang 15

ramai melihat murid-murid bermasalah pembelajaran tidak mempunyai masa hadapan yang cerah, namun melalui inisiatif kerajaan menyediakan Program Pendidikan Khas Intergrasi di sekolah-sekolah terpilih sedikit sebanyak memberi ruang kepada murid ini untuk mengikuti satu sistem pembelajaran yang khas untuk membantu mereka belajar.

Diharapkan melalui kajian ini akan membantu murid-murid dan guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini jelas membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar tidak dapat dinafikan lagi telah berjaya mempertingkatkan prestasi penguasaan asas bacaan dalam kalangan pelajar pemulihan. Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar ini jelas bertepatan dengan Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran pengajaran Bahasa Malaysia.

Seperti yang dinyatakan oleh Mengantar Simanjuntak (1982), bahawa masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa sebenarnya adalah masalah psikolinguistik. Malah Ahmad Foad Hashim (1989), dalam Abdul Aziz Talib (1989), turut mengatakan bahawa jika guru ingin pengajaran dan pembelajaran membaca menjadi berjaya dan berkesan, maka perkara itu perlulah bersandar kepada teori linguistik yang mampu menerangkan sesuatu takrif bahasa, asal usulnya, cara bekerja dan cara bagaimana sesuatu bahasa itu terhasil dan dapat difahami.

2.5 Rumusan

Bab ini menyatakan tinjauan literatur yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan untuk meningkatkan kefahaman. Kajian-kajian lepas dalam dan di luar negara diambil sebagai sokongan kepada kajian ini yang telah dijalankan dan juga berkait rapat. Hasil tinjauan literatur mendapati kajian berkaitan tajuk yang dikaji ini telah dikaji terlebih dahulu oleh pengkaji-pengkaji di dalam dan di luar negara. Sehubungan dengan itu kajian ini akan menumpukan kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi di SK Sibu Jaya. 16

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan secara ringkas tentang konsep am dalam menjalankan kajian, yang meliputi langkah-langkah yang penting yang perlu diikuti semasa menjalankan kajian. Di sini juga dihuraikan tentang bagaimana prosedur-prosedur pengumpulan data dirancang dan dilaksanakan. Ini akan dijadikan panduan kepada pengkaji agar tidak melakukan kesilapan semasa menjalankan kajian, kerana ini akan merugikan masa, tenaga dan sumber kewangan pengkaji. Penyelidik turut menjelaskan tentang instrumeninstrumen yang digunakan di samping penjelasan mengenai analisis data. Seperti biasa bahagian rumusan mengakhiri bab ini.

3.2 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian yang sesuai dihasilkan daripada tinjauan kajian berkaitan yang merupakan sumber rujukan utama. Rekabentuk kajian adalah strategi untuk menjalankan kajian yang melibatkan pemilihan sampel, pembahagian sampel kepada beberapa kumpulan yang sesuai serta kaedah dan teknik pengutipan data.

Kajian dijalankan menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif iaitu rekabentuk kajian tindakan. Kajian tindakan adalah kajian yang cuba mencari penyelesaian kepada masalah atau isu spesifik berkaitan amalan profesional harian kita, modul HBEF2503 (2010). Sesuai dengan kajian ini yang ingin melihat keberkesanan kaedah pandang sebut dan latih tubi dalam membantu murid PPKI belajar suku kata terbuka KVKV. Menurut Ary, Jacobs & Razavieh (2002) dan Brown & Dowling (1998), kaedah kuantitatif adalah satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu 17

fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi. Persembahan data kuantitatif adalah berbentuk nombor dan ia lebih dipercayai oleh penyelidik dan pengguna.

Di samping itu, pengkaji ingin melihat latar belakang sosio-ekonomin keluarga, bilangan cerita pendek bahasa Malaysia yang dibaca setiap hari, sama ada ahli-ahli keluarga bertutur dalam bahasa Malaysia, persekitaran sosial dan sikap murid terhadap bahasa Malaysia. Variabel-variabel ini boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif, yang boleh digunakan untuk menentukan proses pembelajaran membaca suku kata terbuka KVKV. Kajian ini akan dijalankan di dalam bilik darjah dan juga di luar bilik darjah yang melibatkan murid PPKI sebagai sampel kajian, dan juga guru mata pelajaran Bahasa Malaysia yang juga pengkaji. Kajian ini secara langsung akan membantu meningkatkan amalan profesional pengkaji dan juga guru-guru PPKI yang lain dalam usaha membantu murid-murid PPKI mengikuti proses pembelajaran secara berkesan.

Kajian yang dilakukan adalah secara kualitatif kerana penyelidik mempunyai masa yang mencukupi untuk memerhati dan meneliti masalah sebenar di persekitaran yang sebenar juga (Marohaini, 2001). Menurut Bogdan dan Bikken (1998), kebanyakan kajian kualitatif yang dijalankan di tempat lapangan adalah bertujuan untuk mengutip data secara komprehensif. Ini selaras dengan pendapat Jorgensen (1989) dan Marohaini Yusoff (2001), yang mengatakan sesuatu data itu boleh dikutip jika ia mempunyai ciri-ciri yang sama dan tidak berubah.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Menurut Gay dan Airasian (2003), populasi didefinisikan sebagai kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digenalisasikan. Sampel kajian ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Dalam kajian ini, populasi kajian ialah murid-murid PPKI SK Sibu Jaya iaitu seramai 27 orang. Sampel kajian ini ialah 5 orang murid kelas PPKI Amanah iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran seperti yang telah disahkan oleh doktor perubatan bertauliah.

18

Murid-murid kelas PPKI Amanah dipilih oleh guru-guru PPKI berdasarkan keupayaan mereka mengurus diri, boleh berkomunikasi dengan guru dan murid lain dan mampu berdikari walaupun umur mereka yang berbeza-beza. Pemilihan responden ini adalah berdasarkan kemudahan yang diperoleh oleh pengkaji yang mengajar di sekolah ini. Ini bertepatan dengan saranan Mohd Majid Konting (2005), iaitu kebaikan pemilihan sampel adalah yang boleh mengurangkan kos, tenaga dan masa kajian tetapi tidak mendapat tentangan daripada pihak tertentu.

3.4 Alat Kajian

Pengutipan data kajian, sama ada kuantitatif atau kualitatif, memerlukan alat-alat kajian yang sesuai untuk menjawab soalan-soalan kajian. Alat kajian yang dipilih untuk digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan ujian secara lisan iaitu murid diuji melalui dua peringkat ujian pra dan ujian pasca. Murid diminta menyebut suku kata terbuka KVKV yang sama untuk kedua-dua ujian ini. Borang semakan disediakan bagi melihat maklum balas murid. Selain soalan-soalan untuk sesi temu bual bersama dengan responden juga dibina berdasarkan kepada soalan kajian dalam bab 1. Data kualitatif dikutip melalui temubual bersama responden, pemerhatian ke atas responden dan penelitian dokumen atau data kuantitatif.

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data berfokus kepada data yang mampu memberikan gambaran holistik melalui pemerhatian dan temu bual serta bukti dokumentasi yang dapat dijadikan asas dalam tempoh kajian yang dilakukan (Spradley 1980; Merriam 1988; Bogdan dan Bikken 1988; dalam Marohaini Yusoff 2001). Secara umum umumnya teknik pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik melibatkan temu bual bersama dengan responden, pemerhatian ke atas sesi pembelajaran guru ke atas murid dan membuat analisis dokumen iaitu hasil kutipan data yang terhasil semasa proses pemerhatian ke atas responden.

19

a) Ujian Pra

Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka membatangkan gabungan perkataan suku kata terbuka KVKV. Guru sendiri akan menandakan pada borang semakan yang disediakan. Sebanyak 20 suku kata disediakan dalam bentuk kad perkataan dan murid diberi masa untuk cuba menyebut suku kata yang diberikan.

b) Ujian Pasca

Ujian pasca dijalankan pada minggu keempat. Sekali lagi suku kata yang sama diberikan kepada murid untuk diuji. Pada ujian kali ini, masa akan ditetapkan kepada setiap murid untuk menghabiskan menyebut suku kata tersebut. Masa yang ditetapkan itu diambil kira daripada purata masa yang diambil oleh responden semasa ujian 1 dan ujian 2.

3.6 Kaedah Analisis Data

Prosedur pelaksanaan kajian meliputi reka bentuk dan kaedah kajian; rasional pemilihan pendekatan kajian kualitatif; penentuan dan pemilihan bahan serta informan; tempat dan tempoh kajian, dan prosedur pengumpulan dan penganalisisan data bagi menjawab soalansoalan kajian. Pelaksanaan pendekatan kualitatif tidak menetapkan suatu prosedur standard yang dapat memenuhi jangkaan dan keperluan semua pihak kerana prosedurnya banyak bergantung kepada tujuan dan konteks kajian (Merriam:1994).

Reka bentuk kajian ini berupa tinjauan deskriptif. Menurut Mohd Majid Konting (2005), kajian deskriptif merupakan kajian yang bertujuan menerangkan suatu keadaan yang berlaku. Data kajian dikumpulkan, diproses serta dianalisis dengan menggunakan Statistik Berbantukan Komputer Statical Package for the Social Sciences 7.5(aturcara SPSS 7.5 / Windows). Hasil kajian dibentangkan dalam bentuk deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai.

20

3.7 Rumusan

Bab 3 ini membincangkan proses pelaksanaan kajian ini. Bahagian ini akan menerangkan reka bentuk kajian yang digunakan selain penerangan tentang sampel kajian dan alat kajian yang digunakan. Penerangan tentang pembinaan alat-alat kajian telah diterangkan secara terperinci dalam bahagian ini. Bahagian ini merupakan bahagian terpenting kerana data yang dikumpul dianalisis sebelum dibuat intepretasi secara terperinci. Kajian yang dijalankan adalah gabungan kuantitatif dan kualitatif iaitu melalui kaedah kajian tindakan. Hasil daripada kajian ini akan membantu meningkatkan pencapaian murid-murid PPKI SK Sibu Jaya. Selain itu guru-guru akan merujuk kepada hasil kajian ini untuk menambahbaik sesi pengajaran dan pembelajaran.

21

RUJUKAN

Ary, Donald, Lucy Cheser Jacobs, and Asghar Razavieh. (2002). Introduction to Research in Education. Sixth ed. Belmont CA: Wadsworth. Brown, Andrew, and Paul Dowling. (1998). Doing Research / Reading Research: A Mode of Interrogation for Education. London; New York: Routledge/Falmer. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan:Bacaan Asas. Dewan Bahasa dan pustaka. Kuala Lumpur. Gay, L. R. & Airasian, P. (2003). Educational research: competencies for analysis and applications (7th.Ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education Inc. Hasnalee Tubah & Zulkifley Hamid. (2011). Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca dan Memahami Dalam Kalangan Murid-Murid LINUS. Jurnal Melayu (6) 2011: 29-47 Isahak Haron. (2009). Awal membaca Bahasa Melayu: Kaedah suku kata. Dimuat turun daripada http://www.kaedahsukukata.com pada 15 Oktober 2011. Jorgensen, D (1989), Exploring Topics of Consequence In Early Reading Childrens.Boston : Allyn and Bacon. Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Kaedah pengajaran kesusasteraan. Petaling jaya: Fajar Bakti Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum (Tahun 1 Tahun 6) Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Pekeliling KP/JPK/BPKPK/03/03/1(43).Jabatan Pendidikan Khas. Damansara. KualaLumpur. Koh Boh Boon. (1987). Cabaran-cabaran Yang Dihadapi oleh Guru Khas Pemulihan. Mohd. Kamal Mohd Ali. 2007. Amalan Terbaik Pelaksanaan Kelas KIA2M. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Mohd. Majid Konting. (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka Rashotte, C.A. & Torgeson, J.K 1985. Repeated reading and reading fluency in learning disabled children. Reading Research Quarterly (20):180-188. Roziah Binti Abdul Halim. (2005). Meningkatkan kemahiran membaca murid-murid tahun satu dengan latih tubi menggunakan suku kata dan gambar. Di muat turun daripada http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article32.pdf pada 19 September 2009. 22

Safiah Osman. (1990). Membaca Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Sapidin, A.M. (2005, October 12). 100,000 Murid Tahun 2 Hingga 6 Tidak Tahu Membaca. Utusan Malaysia, Arkib Tolmann J. (1996). Purposive Behaviorism In Theory of The Children DELMAR Thomson Learning, Inc. Unit Perancangan Ekonomi. (2002). Laporan Kualiti Hidup Sihat Malaysia Tahun 2002. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad. Utusan Malaysia. (2006). Murid-murid tingkatan satu tak boleh membaca. Oktober. Hal. 8. Vygotsky L.S. 1978. Mind in Society: The Development of Higher Psychological Processes. Cambridge: Harvard University Press. Zulkifley Hamid. (2007). Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca dan Memahami Dalam Kalangan Murid-Murid LINUS. Jurnal Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.

23

Lampiran 1

Suku kata KV+KV 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. ba + ba = baba be + be = bebe bo + bo = bobo bi + bi = bibi bu + bu = bubu ca + ca = caca ce + ce = cece co + co = coco ci + ci = cici cu + cu = cucu da + da = dada de + de = dede do + do = dodo di + di = didi du + du = dudu ha + ha = haha he + he = hehe ho + ho = hoho hi + hi = hihi hu + hu = huhu ga + ga = gaga ge + ge = gege go + go = gogo gi + gi = gigi gu + gu = gugu
24

26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50.

ha + ha = haha he + he = hehe ho + ho = hoho hi + hi = hihi hu + hu = huhu ja + ja = jaja je + je = jeje jo + jo = jojo ji + ji = jiji ju + ju = juju ka + ka = kaka ke + ke = keke ko + ko = koko ki + ki= kiki ku + ku = kuku la + la = lala le + le = lele lo + lo = lolo li + li = lili lu + lu = lulu ma + ma = mama me + me = meme mo + mo = momo mi + mi = mimi mu + mu = mumu

51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60. 61. 62. 63. 64. 65.

na + na = nana ne + ne = nene no + no = nono ni + ni = nini nu + nu = nunu pa + pa = papa pe + pe = pepe po + po = popo pi + pi = pipi pu + pu = pupu ra + ra = rara re + re = rere ro + ro = roro ri + ri = riri ru + ru = ruru

66. 67. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. 78. 79. 80.

sa + sa = sasa se + se = sese so + so = soso si + si = sisi su + su = susu ta + ta = tata te + te = tete to + to = toto ti + ti = titi tu + tu = tutu ya + ya = yaya ye + ye = yeye yo + yo = yoyo yi + yi = yiyi yu + yu = yuyu

25

S-ar putea să vă placă și