Sunteți pe pagina 1din 6

PENDAHULUAN Nabi Muhammad S.A.

W adalah seorang pesuruh Allah yang diutuskan ke muka bumi ini untuk umat manusia. Baginda telah mengajak manusia supaya mengagungkan Allah dan menurut segala perintah-Nya. Baginda telah berjaya menegakkan syariat Allah S.W.T, walaupun perjuangannya penuh dengan rintangan dan halangan. Cabaran yang datang ibarat air yang mengalir. Namun, cabaran tersebut diatasinya dengan kesabaran dan ketabahan sehingga mencapai kemenangan(Sharifah Fakhrudin 1996: 1). Nabi Muhammad S.A.W juga memikul tugas sebagai seorang Rasul utusan Allah, sekaligus menjadi pendidik dan pemimpin yang berjaya menegakkan agama Islam sehinggakan baginda telah berjaya melahirkan satu generasi Islam contoh yang pertama. Generasi inilah yang telah menggemparkan dunia dengan kejayaan menguasai dunia. Rasulullah juga telah berjaya mengubah manusia dari alam jahiliah kepada peribadi-peribadi soleh dan solehah yang menjalankan sistem hidup Islam yang sempurna(Sharifah Fakhrudin 1996: 1). Di samping itu, nabi Muhammad S.A.W juga merupakan seorang yang sangat pintar dan pakar dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin. Diantaranya adalah kepimpinan dalam peperangan dan Nabi S.A.W juga merupakan contoh utama (uswah hasanah) kepada

kepimpinan tentera Islam. Kepimpinan baginda pula terserlah apabila umat Islam melibatkan diri dalam peperangan demi mempertahankan diri mereka daripada ancaman pihak musuh serta kesemua ekspedisi peperangan yang disertai oleh baginda mencapai kejayaan yang mana jelas menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam merangka taktik dan strategi peperangan. DSelain itu, dengan ilmu dan pengalaman yang luas juga, baginda berjaya merangka takrif peperangan yang berkesan yang membawa kejayaan kepada tentera Islam.

Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan

i)

Bijak mengatur taktik dan strategik yang berkesan:

Nabi Muhammad s.a.w merupakan guru ilmu ketenteraan yang pertama dalam Islam yang merencanakan strategi peperangan, gerakan taktikal dan operasi ketenteraan. Baginda (s.a.w) melaksanakan perencanaan dan mencapai matlamat dengan tepat dan jaya. Musuh-musuh islam amat kagum dengan gerakan strategik Baginda(s.a.w) seperti dalam peperangan Badar,Uhud, Ahzab dan Hunain.Baginda(s.a.w) berjaya mengejutkan musuh dengan gerakan strategik pada setiap pertempuran dan tidak pernah mengulangi taktik dan strategi yang sama dalam pelbagai peperangan yang dilalui( Daud Salleh 2005: 42) Terdapat banyak taktik dan strategi yang digunakan oleh Baginda ketika memimpin pasukan perang. Di antara contohnya adalah dalam Perang Uhud, Rasulullah s.a.w meletakkan pasukan pemanah di tempat tinggi di bahagian belakang yang mana Berjaya memainkan peranan yang berkesan. Mereka berjaya memecahkan benteng pertahanan musuh sebelum angkatan infantri bergerak untuk memusnahkan saki-baki musuh. Baginda (s.a.w) Berjaya menggunakan sepenuhnya elemen strategi peperangan dan jarang-jarang pihak musuh berpeluang menghasilkan tindak balas. Selain itu, Baginda (s.a.w) juga menggunakan taktik menyerang dengan tidak pernah membenarkan musuh mengetahui kedudukan tentera Islam sehingga mereka benar-benar berada di medan pertempuran( Daud Salleh 2005: 42 43) Selain itu, Baginda (s.a.w) sering juga menggunakan taktik serangan mengejut iaitu tentera Islam diarahkan bergerak pantas agar pihak musuh sukar menjejaki kedudukan dengan tepat. Musuh sering terpedaya apabila secara tiba-tiba tentera Islam telah berada berhampiran dengan pertahanan mereka. Bagi merahsiakan pergerakan, Nabi Muhammad s.a.w mengarahkan tentera Islam mengikut jalan yang sukar bagi mengelirukan musuh. Contohnya dalam perang Khaibar peladang-peladang Khaibar yang sedang melintasi sempadan kampong berasa sangat terkejut melihat kehadiran tentera Islam lantas menjerit kea rah rakan mereka di kubu pertahanan: Muhammad telah datang! Keadaan yang mencemaskan ini menyebabkan pihak

musuh menjadi kelam-kabut dan ini membolehkan tentera Islam menyerang mereka dengan mudah( Daud Salleh 2005: 43) Nabi Muhammad s.a.w juga menggunakan gerakan strategik untuk melemahkan semangat pihak musuh dan mematahkan cita-cita dan kesungguhan mereka untuk berperang. Contohnya dalam peperangan Ahzab, apabila kepungan berlanjutan dan Bani Quraizah melanggar syarat-syarat perjanjian dengan menyertai pihak musuh, Rasulullah s.a.w merangka satu rancangan yang bijak. Baginda (s.a.w) mengutus satu tawaran damai kepada Bani Ghatafan, iaitu satu daripada sekutu Bani Quraisy dalam kepungan tersebut. Tawaran ini menarik perhatian dan mencetuskan harapan di hati mereka dan ia juga menjadi titik awal lunturnya keyakinan dan semangat untuk berperang. Walaupun selepas itu usaha perdamaian tidak terlaksana, bani Ghatafan terus tidak lagi mahu berperang( Daud Salleh 2005: 44)

ii)

Akal dan Ilmu Pengetahuan yang Sejajar sebagai seorang ketua perang:

Nabi Muhammad s.a.w ialah seorang yang amat pintar dalam mengatur taktik dan strategi ketenteraan dalam peperangan. Ini kerana Baginda s.a.w mempunyai akal fikiran yang bijak, pintar, cerdas, mantap dan banyak lagi serta ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang peperangan supaya mudah untuk merancang dan memikirkan sesuatu strategi dan taktik untuk berperang. Contohnya dalam perang Ahzab, Nabi Muhammas.a.w amat pintar dalam usaha menghalang kedua-dua pasukan tentera di antara Bani Quraizah dan Bani Ghatafan untuk bersatu tenaga bagi berperang menentang tentera Islam, walaupun terdapat juga usaha kedua-dua suku ini untuk bersatu. Tetapi Baginda (s.a.w) tetap juga akan berusaha untuk memecahbelahkannya. Dalam peperangan ini, Baginda(s.a.w) menggunakan Naim bin Masud yang telah memeluk Islam secara rahsia, untuk memecahkan sekutu-sekutu Bani Quraisy dengan cara tersendiri. Hal ini Berjaya menimbulkan keraguan dan kecurigaan di fikiran Bani Quraisy dan bani Quraizah( Daud Salleh 2005: 44 45)

Selain itu, bukti lain adalah sebelum peperangan badar juga, Nabi Muhammad s.a.w mengutuskan Talhah bin Ubaidillah dan Said bin Zaid untuk mendapatkan maklumat tentang Khalifah Abu Sufyan. Setelah Berjaya mengumpulkan maklumat yang perlu lalu kedua-duanya kembali kepada Baginda(s.a.w) di Madinah. Baginda(s.a.w) pun mara bersama para sahabat kea rah Badar. Namun, sebelum itu, Baginda(s.a.w) mengutuskan Ali bin Abi Talib, Zubir bin alAwwam dan Saad Abi Waqqas serta sejumlah anggota yang lain ke Badar untuk mendapatkan beberapa maklumat terbaru tentang orang Quraisy dan tentera mereka. Maklumat diperoleh daripada dua orang kanak-kanak lelaki yang menceritakan tentang kedudukan orang Quraisy. Begitulah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam semua peperangan seperti Uhud, Khandaq dan lain-lain. Hasil yang diperoleh sungguh mengagumkan. Pihak musuh berjaya dikalahkan tanpa melibatkan kehilangan nyawa yang banyak. Baginda(s.a.w) juga berjaya mengikat perjajian damai dengan pelbagai puak di sekitar Madinah. Antaranya perjanjian untuk pertahanan bersama, perjanjian persahabatan, perhubungan kejiranan dan seterusnya perjanjian berkecuali. Idea untuk menghasilkan gerakan strategic ini amat Berjaya, memandangkan pada masa itu umat Islam masih lemah dan mengharapkan perhubungan, persahabatan atau sikap berkecuali. Baginda menyusun tentera berdasarkan sistem berbaris atau al-saf. Contohnya adalah dalam peperangan Badar yang mana Rasulullah s.a.w menyusun tentera dalam dua barisan. Barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai sementara barisan belakang pula bersenjatakan panah dan perisai. Akan tetapi, bendera. setiap barisan didahului dengan pembawa

iii)

Menegaskan konsep Keadilan Terhadap Makhluk:

Tanpa mengira pihak kawan ataupun pihak lawan, nabi Muhammad s.a.w tetap melaksanakan konsep keadilan terhadap mereka. Keadilan yang dimaksudkan adalah baginda mengutamakan nilai kemanusiaan yang menjamin dan memelihara alam sekitar. Contohnya, baginda dan tentera islam yang lain hanya menyerang pihak musuh yang terlibat dalam peperangan sahaja, sementara orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak adalah golongan yang mendapat jaminan selamat dari senjata tentera Islam. Demikian juga larangan terhadap pemusnahan rumah-rumah ibadat, pokokpokok dan alam sekitar. Inilah yang membuktikan bahawa ciri-ciri keadilan dan kemanusiaan tetap terpelihara dalam peperangan yang melibatkan pihak tentera yang di bawah naungan dan pimpinan Rasulullah s.a.w. Contoh yang menunjukkan Nabi s.a.w seorang yang mengamalkan konsep keadilan adalah Nabi Muhammad adil mengagihkan harta-harta rampasan kepada tentera Islam dalam Perang Badar dan Perang Uhud.

iv)

Memberi kefahaman tentang konsep jihad.

Jihad merupakan suatu perkara yang amat dititik beratkan dalam Islam. Menerangkan kepada tentera Islam tentang tujuan berperang adalah untuk meninggikan syiar Islam hanya kerana Allah. menghormati peraturan-peraturan peperangan dan etika perang dalam Islam. mempraktikkan akhlak mulia kepada pihak kawan dan lawan menampilkan keberanian sebagai tentera Islam yang gagah berani
mempraktikkan taktik dan strategi dalam peperangan hingga beroleh kejayaan

V)

Menerima saranan dan pendapat serta berbincang dengan para sahabat:

Bagi yang meneliti dan mengkaji sejarah kehidupan Nabi s.a.w serta menelaah sekitar peperangan yang berlaku di masa Baginda s.a.w, maka dengan mudah ia dapat dibuat kesimpulan bahawa betapa besar kewibawaan baginda s.a.w selaku pemimpin tertinggi dan betapa pula kemahiran dalam siasat dan taktik perang serta menangani kepentingan anak buahnya. Ini juga menunjukkan baginda s.a.w tidak pernah mementingkan diri selaku ketua dalam peperangan. Nabi s.a.w sering berbincang dan meminta pendapat daripada sahabatsahabat baginda sendiri berkaitan dengan peperangan untuk menewaskan musuh-musuh Islam. Contoh yang dapat dilihat yang mana baginda s.a.w menerima saranan dan tidak

menolak segala cara yang dapat membawa kemenangan dan melemahkan kekuatan musuh dengan menimbulkan kekacauan atau melakukan tekanan-tekanan kepada mereka seperti yang terjadi pada masa perang Badar apabila seorang lelaki yang bernama Habbab bin Munzir yang datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan menyarankan supaya kedudukan tentera Islam yang telah Rasulullah s.a.w tempatkan itu haruslah dikuasai sepenuhnya agar musuh tidak dapat memanfaatkan walau sedikitpun juga kerana ia sangat memberi kepentingan di medan yang tandus itu.

S-ar putea să vă placă și