Sunteți pe pagina 1din 2

1.0 PENGENALAN Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan asas kepada pergerakan kanak-kanak.

Pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat seharusnya dititikberatkan pada pendidikan awal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti yang mencabar. Sekiranya mereka mempunyai asas pergerakan ini, berkemungkinan mereka tidak akan menghadapi masalah kelak. Namun, ibu bapa serta guru tidak seharusnya mengabaikan kepentingan pergerakan bukan lokomotor. Banyak faedah yang boleh diperolehi melalui pergerakan bukan lokomotor. Ia mengajar kanak-kanak menguasai keseimbangan tubuh badan dan sebagainya. 2.0 OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTOR Antara objektif pergerekan lokomotor dan bukan lokomotor ialah dapat memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan. membantu guru pelatih menguasai semua kemahiran pergerakan asas dengan berkesan, memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap guru pelatih bagi membentuk pergerakan yang kreatif, memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal guru dalam membuat perancangan dan strategi, dan mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai seorang bakal guru. Disamping itu, objektifnya adalah untuk meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan, melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik, bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran, mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan, melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan, sentiasa berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan, dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 3.0 MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan kerjasama, di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru. Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak, mendorong kanakkanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak. 4.0 DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Selain itu, pergerakan ini juga merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Tambahan pula, pergerakan bukan lokomotor tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Sebagai contah, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi.

Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan. 10.0 KESIMPULAN Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada kesimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini, kita dapat mengetahui dan memperolehi banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangan kanak-kanak terutama di prasekolah.

http://pergerakanlokomotor.blogspot.com/2010/03/bibliografi-admin-pjm3012-2008.html http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/pergerakan-asas-lokomotor-dan-bukan.html http://cheguabbas.blogspot.com/2011/01/pergerakan-asas.html

S-ar putea să vă placă și