Sunteți pe pagina 1din 11

Al-Qaradawi: Tokoh Tajdid

Disiarkan pada Dec 20, 2009 dalam kategori Tamadun |

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Kedatangan Dr Yusuf al-Qaradawi ke Malaysia amat dialu-alukan. Walaupun saya tidak sempat mengikuti ucapan beliau pagi semalam yang khabarnya berkaitan buku terbarunya Fiqh al-Jihad, tetapi saya telah pun membeli buku tersebut sejak dua bulan lepas. Buku tersebut merupakan karya terbesar beliau selepas Fiqh al-Zakah.

Saya antara pengkagum Dr Yusuf al-Qaradawi. Bukan kerana namanya, tetapi kerana kesarjanaannya. Buku-bukunya mempunyai nilai analisis dan kebebasan akal dari sebarang fanatik mazhab. Beliau adalah tokoh tajdid yang menyeru kepada keluasan fekah dan kemerdekaan minda dari ketaksuban pandangan tokoh kepada penilaian setiap pendapat dengan adil berteraskan al-Quran dan a-Sunnah.

Dalam buku terbarunya itu beliau menyebut tentang kaedah dalam penulisannya: Mengambil manfaat dari khazanah fekah islami dan mengiktiraf lautannya yang luas dengan tidak cenderung kepada hanya satu mazhab tanpa melihat mazhab yang lain, atau terikat dengan satu imam tanpa melihat imam yang lain. Bahkan kita menganggap peninggalan besar ini (khazanah fekah) milik setiap pengkaji untuk dia menyelami dasarnya, membongkar simpanannya, menggali setiap penjurunya, membandingkan antara satu pendapat dengan pendapat yang lain, satu dalil dengan dalil yang lain tanpa taksub kepada satu pandangan atau taklid berterusan kepada satu mazhab. Bahkan kadang-kala kita mengambil pendapat Abu Hanifah, kemudian pendapat Malik, kemudian pendapat Syafii, kemudian pendapat Ahmad, kemudian pendapat Daud (maksudnya Daud al-Zahiri-pen). Bahkan mungkin dalam beberapa perkara kecil kita keluar dari mazhab sunni kepada mazhab Zaidiyyah, ataupun Jafariyyah ataupun Ibadiyyah jika kita dapati penyelesaian masalah dalamnya.

Mungkin juga kita akan mengambil sebahagian pendapat mazhab yang hilang seperti Mazhab al-Auzai, Mazhab al-Thauri dan Mazhab al-Tabari. Bahkan kita kadang kala akan keluar dari kesemua mazhab itu pergi ke dataran luas fekah para sahabat Nabi s.a.w, tabiiin, dan atba al-tabiin yang mana mereka ini tiada mempunyai sebarang mazhab yang diikuti. Mereka seperti al-Khulafa al-Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Umar, Ibn Abbas, Aishah, Muadz, Ubai bin Kaab, Zaid bin Thabit dan para sahabat r.ahum yang lain. Demikian juga murid-murid mereka seperti mereka yang dikenali sebagai fuqaha (ahli fekah) yang tujuh di Madinah, juga selain mereka di Mekah, Kufah, Basrah, Mesir, Syam dan wilayah-wilayah yang lain yang para sahabah dan murid-murid mereka bertebaran. Antaranya; Said bin al-Musayyib, Said bin Jubair, Ikrimah, Mujahid, Ata`, Tawus, al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, Alqamah, al-Aswad, Masruq, al-Nakhai, alLaith bin Sad dan selain mereka (Fiqh al-Jihad, 1/24, Kaherah: Maktab Wahbah). Saya fikir jika ada orang yang ingin berpegang dengan keluasan mazhab atau intelektualisma yang seperti itu di Malaysia tentu akan ada yang menuduh ini puak derhaka mazhab, tidak beradab dengan jasa orangorang lama kita, keluar mazhab Syafii, rasa terlalu pandai dan berbagai lagi. Bahkan lebih trajik; wahabi dan sesat. Sebab itulah barangkali pandangan-pandangan agama kita membeku dan generasi baru tidak dapat melihat keluasan Islam akibat kesempitan jendela fikir kita. Kita kononnya ini menghormati khazanah agama di Tanah Melayu sehingga kita melarang orang lain meneliti pandangan luar mazhab, padahal kita lupa tindakan seperti itu menyebabkan kita menyisihkan sekian banyak khazanah kesarjanaan dari berbagaibagai aliran pemikiran dalam umat ini. Bukan salah bermazhab, tetapi salahnya itu fanatik mazhab sehingga menganggap setiap yang luar itu salah dan enggan menilai lagi pendapat yang dipakai hanya kerana ini mazhab kita!!.

Sebab itu Dr Yusuf al-Qaradawi ketika memperkatakan tentang Manhaj Muasir li al-Fatwa (Kaedah Semasa Dalam Fatwa) menyebut perkara pertama adalah Membebaskan diri dari fanatik dan taklid. Beliau menyebut: Pertama, membebaskan diri dari fanatik mazhab dan mengikut secara buta tuli kepada si fulan dan si fulan, samada dia dalam kalangan ulama terdahulu atau kemudian. Dikatakan tidak bertaklid itu melainkan seorang fanatik atau dungu. Aku tidak rela untuk diriku salah satu dari sifat tersebut. Membebaskan diri dari fanatik mazhab itulah sebenarnya merupakan penghormatan yang sepenuhnya kepada para imam dan fakih (ahli fekah). Tidak

bertaklid kepada mereka bukanlah merendahkan kedudukan mereka, sebaliknya itulah yang menepati jalan mereka, juga melaksanakan wasiat mereka agar tidak bertaklid kepada mereka. Kita mengambil agama dari sumber yang mereka ambil (al-Quran dan al-Sunnah). Juga tidak bertalkid kepada mereka bukanlah bererti mengabaikan fekah dan warisan mereka. Sebaliknya, sewajarnya merujuk dan mengambil faedah daripadanya, dari pelbagai aliran tanpa berat sebelah ataupun fanatik. Pendirian seperti ini tidak mensyaratkan seorang sarjana muslim yang berdikari kefahamannya itu mesti sampai ke peringkat ijtihad mutlak seperti para imam yang terdahulu. ( al-Qaradawi, al-Fatwa bain al-Indibad wa alTasaiyub, m.s 101, Beirut: al-Maktab al-Islami). Ungkapan kemerdekaan ilmu dan kebebasan diri dari kongkongan taksub amat dimusuhi oleh sesetengah pihak. Oleh kerana sejak sekian lama mereka dipayung oleh rasa fanatik lalu mereka tidak akan bertanya atau mempersoalkan lagi apa yang dilontarkan oleh guru mereka sehingga pemikiran agama menjadi longlai dan dihakiskan oleh cabaran zaman. Namun kelompok agama ini tetap ingin mewarisi takhta empayar agama yang tokoh-tokohnya tidak boleh dipersoal, atau pandangan mereka dibincang semula, maka mereka pun mengeluarkan fatwa siapa keluar mazhab dia sesat, atau siapa banyak tanya atau mengkritik pandangan kita atau kebiasaan kita dia biadap, bahkan siapa yang cuba memahami Islam di luar dari yang kita terangkan maka dia sesat dan terkeluar dari Ahlus Sunnah. Seakan bagi mereka ini para sarjana Islam dari mazhab-mazhab yang lain kesemuanya sesat dan bukan Ahlus Sunnah sehingga kita dilarang memahami dan berpegang dengan kajian mereka! Hal ini bertambah buruk apabila aliran tarekat turut berkembang dalam negara kita kebelakangan ini. Ramai dalam kalangan tarekat yang memegang tradisi jangan tanya, ikut saja amat marah melihat gerakan pembaharuan yang meminta agar fungsi akal dihidupkan dalam mengikuti agama ini. Islam adalah agama fitrah dan waras. Akal mempunyai kedudukan yang penting dalam Islam sehingga orang gila atau belum sempurna akalnya tidak diletakkan atas neraca dosa dan pahala. Ibn Taimiyyah Walaupun al-Qaradawi tidak fanatik kepada mana-mana tokoh, namun ini bukan bererti tiada tokoh kesayangan atau tokoh yang beliau kagumi. Dr al-Qaradawi pernah menyebut Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling jantung hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku (AlQaradawi, Kaif Nataamul maa al-Sunnah, m.s. 170, Mesir: Dar al-Wafa). Hampir kesemua buku-buku Dr al-Qaradawi dipenuhi nukilan dari Syeikhul Islam Taimiyyah (meninggal 728H) dan muridnya al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H). Ini kerana dua tokoh agung ini terkenal dengan usaha tajdid membangunkan semula umat dan membebaskan mereka dari daerah fanatik, jumud dan malas berfikir. Kata al-Qaradawi dalam al-Thaqafah al-Arabiyyah al-Islamiyyah: Ibn Taimiyyah dan institusinya adalah salafis. Mereka itu benar-benar tokoh tajdid (revival). Tiada seorang pun yang cuba menafikan pemikiran tajdid mereka, melainkan dia seorang yang keras kepala. (m.s 59, Kaherah: Maktab Wahbah).

Golongan fanatik mazhab seperti Ahbash membantah beliau kerana suka merujuk kepada Ibn Taimiyyah. Kata al-Qaradawi: Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, kerana seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma dalam persoalan ini dan itu... Di Malaysia, kelompok anti-Ibn Taimiyyah bersarang di sesetengah pondok, jabatan agama dan beberapa institusi yang lain. Ada yang keluar dalam TV dan akhbar menyesatkan Ibn Taimiyyah, bahkan mengkafirkannya. Jika mereka baca karya al-Qaradawi tentu tuduhan yang sama akan dikenakan kepada beliau. Maka al-Qaradawi juga tidak terlepas dari berbagai tohmahan. Beliau pernah dituduh sebagai liberalis, wahabis dan berbagai lagi. Tuduhan itu datang dari berbagai, samada kelompok fanatik mazhab, fanatik tarekat, juga yang aliran salafi jalur keras yang jumud. Bahkan ada buku yang melebelnya sebagai anjing yang menyalak. Dalam masa yang sama Barat juga melancarkan permusuhan dengan beliau. Ini kerana beliau bekerja untuk Islam, menulis, berceramah dan merancang. Sebelum al-Qaradawi menjadi gergasi dengan nama yang besar seperti sekarang, beliau juga pernah memasuki penjara. Bahkan ketika ini pun ada negeri yang tidak membenarkan beliau masuk. Demikian hari-hari yang mesti dilalui dalam melakukan agenda dakwah dan pembaharuan. Seorang tokoh itu tetap tokoh dan akan ada yang membelanya.

Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya


Disiarkan pada Jan 18, 2009 dalam kategori Tamadun |

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab. Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak. Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem Combat semasa zaman tersebut. Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri Combat tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika. Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak Nazinya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca. Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia. Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya. Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu? Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya.

Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi. Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut. Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi. Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam. Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya. Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya. Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini. Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir. Pada zaman Khalifah Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat. Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara borong dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat. Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan

tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain. Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk. Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya: Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu? Jawab mereka: Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami. Sabda Rasulullah: Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?. Jawab mereka: Allah lindunginya dari perkara tersebut. Sabda Rasulullah: Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah. Lantas mereka berkata: Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil. Kata Abdullah bin Salam: Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari). Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

Manfaatkan Kepakaran Bukan Memandulkannya


Disiarkan pada Nov 04, 2007 dalam kategori Tamadun |

Islam adalah agama yang mengiktiraf dan menghormati kepakaran atau kebolehan seseorang insan selagi mana kepakaran dan kebolehan itu tidak bercanggahan dengan prinsip-prinsipnya. Sudah pasti pula prinsip-prinsip Islam itu ditetapkan oleh Allah demi kemaslahatan manusia. Justeru itu baginda Nabi s.a.w. menyebut: Manusia bagaikan bahan galian, seperti galian emas dan perak. Mereka yang terpilih semasa jahiliah, terpilih juga semasa Islam sekiranya mereka itu memahami Islam (Riwayat al-bukhari dan Muslim). Maksudnya, bahan galian bernilai yang terpilih ketika berada dalam tanah dan lumpur, juga terpilih apabila berada di tempat yang elok. Demikianlah insan yang menganut Islam, sekiranya dia seorang yang terpilih dengan ciri-cirinya ketika belum berpegang dengan Islam, maka dia juga akan terpilih selepas menganut Islam disebabkan ciri-ciri istimewanya itu. Namun baginda s.a.w. meletakkan syarat, hendaklah dia terlebih dahulu memahami Islam. Bahkan perkataan faquhu atau faqihu yang digunakan dalam hadis tersebut menunjukkan benar-benar memahami hakikat Islam, bukan sekadar cebisannya sahaja.

Maka dalam sejarah dakwah Rasulullah s.a.w, baginda telah memanfaatkan kebolehan yang berbagai untuk kepentingan Islam dan umatnya. Insan yang seperti Umar bin al-Khattab dengan segala keberanian dan keperwiraannya yang begitu memusuhi Islam semasa jahiliahnya, tidak dimandulkan sifat itu apabila beliau menganut Islam. Sebaliknya, keberanian dan keperwiraannya itu disusun dan diatur agar bersesuaian dengan prinsip-prinsip Islam yang menguntungkan umat Islam. Demikian juga kehebatan dan ketangkasan Khalid bin al-Walid dalam bidang ketenteraan sehingga menumpaskan tentera Islam dalam peperangan Uhud, tidak disia-siakan. Walaupun beliau lewat menganut Islam dibandingkan para sahabat yang lebih awal, namun baginda s.a.w terus sahaja melantik Khalid memegang berbagai jawatan dalam peperangan. Tidak merujuk kepada soal senioriti tetapi kepada kepakaran yang dimilikinya. Begitulah juga Hassan bin Thabit, Kaab bin Malik yang mampu bersyair semasa jahiliah dimanfaatkan oleh Nabi s.a.w kebolehan mereka apabila menganut Islam. Mereka telah menyusun syair-syair yang membela Nabi s.a.w. dan perjuangan baginda, serta menjawab tohmahan yang datang dari para penyair musuh. Kata Nabi s.a.w. kepada Hassan bin Thabit: Jawablah untukku, Allah menguatkanmu dengan ruh al-qudus (Jibril). (Riwayat al-Bukhari). Maka semua kebolehan, samada; keberanian, ketangkasan, kesenian dan berbagai lagi yang sebelum ini digunakan untuk menentang Islam telah bertukar menjadi keistimewaan yang membela Islam. Demikianlah sepatutnya masyarakat Islam, mestilah pandai memanfaatkan kemahiran anggotanya, sekalipun kemahiran dan kepakaran itu dahulunya pernah digunakan dengan cara yang bercanggahan dengan Islam. Namun apabila seseorang masuk Islam atau kembali mempunyai kesedaran Islam, hendaklah disusun atur agar segala kebolehan itu benar-benar boleh dimanfaatkan. Maka adalah amat mendukacitakan, jika seorang cina yang semasa belum muslim, mahir dalam perniagaan dan mencari rezeki, tiba-tiba apabila menganut Islam segala kebolehan itu terus hilang dan terikut-ikut dengan sesetengah golongan yang hanya tidur di masjid. Atau keluar berhari-hari berdakwah kononnya- tanpa sempat memahami hakikat Islam yang sebenarnya. Atau terus melupai pembangunan diri dan keluarganya,

semata-mata hanya inginkan akhirat. Kemudian meminta-minta untuk suapan hariannya. Ini memberi imej yang buruk terhadap agama yang agung ini terutama apabila dilihat oleh saudara-saudara mereka yang belum menganut Islam. Sebab itu syarat untuk kepakaran dan ciri istimewa yang dikuasai semasa jahilliah itu digunapakai, empunya kepakaran atau sifat istimewa itu mestilah terlebih mendalami Islam yang sebenar. Memahami tuntutan al-Quran dan Sunnah. Jika tidak, hakikat sebenar Islam tidak akan menjelma menerusi kebolehan atau kelebihan yang dimiliki. Ini seperti pihak yang menyangka proses islamisasi nyanyian itu dengan memakaikan kopiah atau songkok kepada penyanyinya, lalu dinamakan nasyid. Padahal, sesetengah lirik yang mereka alunkan, tidak menggambarkan hakikat Islam yang sebenar, bahkan ada juga yang bercampur dengan khurafat atau cara fikir yang mundur. Mungkin sesetengah lagu P.Ramlee lebih islamik liriknya dibandingkan sesetengah alunan nasyid. Saya bukan memperkecilkan mereka, sama sekali tidak. Saya hargai usaha mereka. Namun, jika mereka menyatakan perjuangan nasyid mereka adalah misi dakwah, maka mereka mesti mengutamakan isi kandungannya dan kejelasan mesejnya. Jika tidak ia hanya untuk memperbagaikan penampilan gaya artis sahaja. Sama juga dengan sesetengah majlis yang diislamisasikan dengan upacara bacaan doa sebelum majlis. Selepas dari itu, isi kandungan majlis tidak pula diselaraskan dengan kehendak Islam. Seperti penceramah yang membuka ceramahnya dengan bacaan ayat itu dan ini kemudian mengisinya dengan memaki hamun secara yang diharamkan oleh syarak. Pada zaman Nabi s.a.w. dan para sahabah memang dalam ucapan mereka sering berdoa semasa majlis mereka, namun tidak di upacarakan khas doa-doa tersebut. Apa yang lebih penting, isi kandungan majlis sentiasa seiras dengan ajaran Islam. Sebab itu memahami Islam itulah syarat utama untuk menjadikan kebolehan seseorang berfungsi untuk agama yang berteraskan ilmu ini. Saya jumpa ramai orang professional bukan dalam bidang pengajian Islam, apabila timbul kesedaran Islam dalam diri mereka, mereka seolah-olah mempersalahkan latar pendidikan mereka yang bagi mereka bukan aliran Islam. Padahal mereka mampu memanfaatkan kebolehan mereka untuk umat Islam. Ini kadang-kala terhasil dari sesetengah penceramah masjid dan surau yang menyempitkan makna Islam dan keperluan ilmu Islam itu. Padahal kecuaian mereka terhadap agama bukan kerana bidang pengajian mereka, sebaliknya ketidak prihatinan diri terhadap Islam yang tulen. Ketidak prihatinan ini boleh berlaku di semua peringkat; bidang agama atau sebaliknya. Jika kita jujur dan bersungguh ingin memahami Islam yang tulen, dunia kini amat terbuka untuk itu. Saya lihat bukan sedikit para pelajar kita yang belajar di Barat atau dalam bidang bukan pengajian Islam formal tetapi berminat mendalami Islam dan lebih memahami hakikat Islam itu dari ribuan pelajar di Mesir atau beberapa negara timur tengah yang lain. Mereka lebih sensitif terhadap khurafat, karut-marut, israiliyyat, hadis palsu dan pemikiran sonsang dibandingkan sesetengah ustaz keluaran Timur Tengah itu sendiri. Bahkan ada ustaz lulusan Timur Tengah yang menjual kayu kokka atau penyebar hadis palsu, Israiliyyat dan berfalsafah dengan pemikiran yang tidak serasi dengan Islam yang tulen. Namun sesetengah yang kurang faham, oleh kerana mereka dahulu tidak sempat belajar Islam secara formal sepenuhnya, mereka seakan ingin menebus semua kesalahan itu dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama tanpa berhati-hati. Niatnya baik, malangnya sesetengah sekolah agama langsung tidak memberikan penekanan kepada keperluan akademik yang lain. Menghantar ke sekolah

agama memang baik, apatah lagi jika sekolah agama itu mampu mengujudkan iklim yang harmoni lagi islamik lalu membentuk keperibadian Islam. Namun, bukan sedikit juga sekolah agama yang belum dapat diuruskan dengan cemerlang. Maka berlaku keciciran dalam akademik dan ketinggalan dari persekitaran yang baik. Bahkan guru-guru agama yang diambil mengajar pun, ada juga yang tidak menentu kelulusannya. Akhirnya, tidak juga anaknya menjadi pakar Islam yang cemerlang, sudah pasti akan ketinggalan dalam bidang-bidang akademik yang lain. Saya bimbang suatu hari nanti mereka akan menyalahkan kesedaran Islam bapa mereka. Ini bukan rekaan, saya telah bertemu bukan sedikit yang seumpama itu. Padahal, sekolah-sekolah swasta orang lain begitu ke hadapan dalam berbagai sudut. Padahal yang sepatutnya dilakukan, apabila kita ada kesedaran Islam, kita memastikan kefahaman Islam itu diamalkan dalam kehidupan secara yang meluas. Beri kesedaran kepada anak-anak tentang perjuangan memertabatkan agama ini dalam semua bidang. Jika hendak memilih sekolah agama, hendaklah sekolah yang melambangkan kesyumulan Islam itu sendiri. Agar pendidikan Islam mampu bersaing dan tenaga muslim soleh boleh dimanfaatkan di semua bidang. Janganlah semua anak kita nak kita jadikan ustaz. Perbagaikanlah kemahiran umat ini. Dunia Islam tidak akan mampu diangkat maruahnya dengan semua orang menjadi ustaz. Tetapi maruah itu diangkat dengan umat menguasai segala bidang serta membawa mesej Islam yang sebenar. Susunlah perjuangan umat ini dengan menyusun kepakaran anak-anak kita dalam berbagai kebolehan. Jika kita lahirkan guru agama yang terbatas pengetahuannya, maka agama akan dipandang sinis. Perkataan ustaz itu sendiri begitu umum. Bahkan kadang-kala kerana boleh membaca beberapa ayat dan berpakaian arab dia dipanggil ustaz. Perkataan ustaz dalam masyarakat kita bukan semestinya melambangkan kesarjanaan. Sebenarnya, yang kita perlukan adalah pakar; pakar tafsir, pakar hadis, pakar akidah, pakar fekah dalam berbagai bidangnya dan seterusnya. Inilah keperluan kita. Mereka mesti mampu membawa kefahaman Islam yang tulen. Bukan sekadar untuk bercoleteh, atau membuat jenaka atau menyampai cerita-cerita tidak munasabah dalam ceramah yang tidak menggambarkan kematangan dan kemantapan agama yang agung ini. Barangkali itulah sebabnya P.Ramlee dalam filemnya Musang Berjanggut menamakan Menteri Agama Pura Cendara dengan gelaran Datuk Nikah Kahwin tidak dinamakan dengan Datuk Syariah atau seumpamanya. Dek sempitkan bidang yang dikuasainya atau pemikiran yang hanya terbatas dalam soal nikah kahwin sahaja. Mungkin jika Raja Alam Shah Bana melihat di Pura Cendana seseorang yang tidak mempunyai idea yang bernas dan produktif untuk kemajuan agama, sebaliknya hanya mampu mengiklan kenaikan tambang haji, maka dia akan namakannya Datuk Tambang Haji. Saya tersenyum sinis apabila ada yang mempertikaikan mufti menulis di akhbar dan berbicara di luar bidang agama. Barangkali pada pandangannya peranan mufti itu membaca doa dan berbicara hanya yang ditentukan dan simpan akalnya dalam saku. Jika minda kita sempit, kita jangan jumudkan dunia orang lain. Jika tidak agama akan sentiasa kelihatan sempit. Semua manusia yang berjuang untuk memertabatkan agama, dia ialah pejuang agama. Dalam apa bidang sekalipun. Selagi mematuhi lunas-lunas syarak. Nabi s.a.w. apabila ditanya: Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah s.a.w menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, saya begitu tertarik dengan slogan Tan Sri Dato Muhammad Ali Hashim yang cuba menjadikan perjuangannya dalam ekonomi sebagai jihad. Ya, jika cita-citanya untuk mengangkat maruah agama dan menepati prinsip Islam maka ia adalah pengorbanan dan jihad. Kadang-kala ibubapa yang menghantar anak belajar dalam bidang-bidang selain agama tidak merasai mereka juga sedang menghantar dan membiayai pejuang agama. Apatah lagi jika anak yang dihantar pun langsung tidak ada kesedaran agama dan mencerminkan identiti agama ini. Bertambah jauhlah ilmu tersebut dari daerah perjuangan agama. Demikian juga sesetengah pengurusan zakat hanya menghadkan atau menumpukan peruntukan zakat untuk yang belajar agama secara formal sahaja. Sekali lagi saya petik Dr.Yusuf al-Qaradawi ketika membahaskan tentang peruntukan zakat untuk para penuntut ilmu menyebut: Bukanlah ilmu yang dituntut itu hanya terhad kepada ilmu agama semata. Bahkan merangkumi setiap ilmu yang bermanfaat yang kaum muslimin memerlukannya di dunia ini seperti ilmu kesihatan, pengembangan ekonomi dan bangunan, peningkatan kekuatan ketenteraan mengatasi musuh dan seumpamanya. Itu semua fardu kifayah. Ini seperti mana yang diputus oleh para penganalisa hukum. Maka tidak hairan kita dapati para ahli fekah Islam menetapkan mengenai hukum zakat; bahawa ia diberikan kepada penuntut ilmu sepenuh masa, dan diharamkan kepada ahli ibadah sepenuh masa. Ini kerana ibadah dalam Islam tidak memerlukan untuk seseorang meninggal segala urusan sepenuh masa seperti mana ilmu dan pengkhususannya. Demikian juga manfaat ibadah ahli ibadah itu hanya untuk diri seoarang sahaja, sedangkan ilmu penuntut itu untuk dirinya dan seluruh manusia. Bukan setakat itu sahaja, ahli-ahli fekah Islam menyatakan: Harus untuk mereka yang fakir mengambil zakat untuk membeli buku-buku ilmu yang diperlukan yang semestinya untuk kepentingan agamanya dan dunianya. (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakah, 2/570 Beirut: Muassasah al-Risalah). Saya katakan, sesungguhnya tumpuan melahirkan saintis muslim yang beriman lebih diperlukan buat masa kini dari melahirkan seorang ustaz dalam ertikata biasa. Ini kerana jumlah ustaz sudah agak ramai, tetapi saintis muslim soleh yang mampu mengangkat wajah umat Islam di hadapan dunia masih ketandusan atau tidak mencukupi. Maka wajib bagi dunia Islam mengembelingkan segala kepakaran yang ada. Bukan ustaz itu tidak perlu, tetapi proses mengeluarkan ustaz nampaknya telah berjalan lancar dan untuk mendapat darjah kebesaran ustaz yang tidak pakar tidaklah begitu sukar. Namun untuk mencapai gelaran saintis yang sebenar, kita memerlukan pengembelingan yang lebih. Keluasan fikiran secara berprinsip itu membawa kita ke hadapan, dan kejumudan pula hanya membunuh kewarasan akal dan kematangan ilmu.

S-ar putea să vă placă și