Sunteți pe pagina 1din 33

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

SOALAN 1 Aspek pengurusan kesihatan diri dan pendidikan kesihatan keluarga amat penting dipraktikkan oleh kita semua untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan kita terjamin. Dengan bantuan pengurusan grafik (graphic organizer) yang dipilih, bincangkan kedua-dua pernyataan di atas dengan mengambil kira kepentingannya serta keutamaannya dalam kehidupan kita seharian.

1.0 KESIHATAN KUNCI KEBAHAGIAAN KELUARGA Orang tua pernah menyebut, tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sekiranya semua nikmat itu tidak dapat dinikmati apabila diri berada di dalam keadaan tidak sihat dan diserang pelbagai penyakit. Justeru, biar bagaimana sibuk sekalipun golongan wanita perlu mengutamakan kesihatan mereka. Kebahagiaan sesebuah keluarga juga boleh terancam sekiranya ibu dan isteri tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kerana sentiasa tidak sihat. Golongan wanita yang terdiri daripada seorang ibu, isteri, pegawaipegawai atau kakitangan kerajaan dan sektor swasta perlu mengamalkan penjagaan kesihatan diri sebelum dapat melahirkan keluarga yang sihat. Jika golongan wanita sentiasa kurang sihat, bagaimanakah golongan ini akan dapat melahirkan sebuah institusi keluarga yang sihat. Menurut isteri Menteri Pengangkutan, Datin Ann Chang, sesebuah keluarga juga akan merasai penderitaan sekiranya ibu atau isteri di dalam sesebuah keluarga itu tidak sihat.

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

Katanya, apa yang mungkin dilakukan untuk membantu ialah memberi sokongan moral dan berdoa agar seseorang itu cepat sembuh. "Kita sendiri perlu sedar betapa kesihatan diri itu penting dan kita juga perlu sedar bahawa menjaga kesihatan tidak sahaja bermakna kita berusaha mengelak dari penyakit berbahaya seperti barah," tambah beliau. Jelasnya, kita juga perlu mengelak daripada pelbagai penyakit biasa yang lain seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, ostereoporosis dan sebagainya untuk hidup sihat. Golongan wanita pula perlu mengamalkan corak hidup yang sihat, menjaga pemakanan dan memastikan makanan yang seimbang, melakukan senaman harian untuk menyihatkan tubuh badan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menyihatkan diri dan juga minda.

Amalan hidup sihat perlu dijadikan amalan hidup kita, supaya kesihatan sentiasa wujud di dalam diri dan keluarga kita. Di dalam era persaingan kini, kesihatan menjadi tunjang utama kepada kejayaan kita. Jika tidak sihat, tiada satu kerja pun dapat dilaksanakan dengan baik.

2.0 PENGURUSAN KESIHATAN DIRI Pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang sentiasa sempurna. Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi asset yang penting untuk hidup sihat sepanjang hayat. Antara aspek kesihatan diri yang perlu diberi perhatian adalah:

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

Pengurusan Kebersihan Pakaian Pengurusan Kesihatan Tubuh

Pengurusan Tahap Kesihatan

Aspek Pengurusan Kesihatan Diri

Pengurusan Tekanan (stress)

Pengurusan Pemakanan Yang Sihat

Pengurusan Berat Badan

2.1 PENGURUSAN KEBERSIHAN TUBUH Mermbersihkan tubuh badan adalah rutin harian yang perlu dilakukan. Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bersihkan tibuh dengan sabun dan air bersih untuk membuang kekotoran dan kuman. Amalan ini dapat menjauhkan kita daripada dijangkiti penyakit kulit seperti kudis dan badan berbau. Tangan kita adalah antara anggota yang paling banyak mengumpul kuman. Setiap kali kita mremegang tombol pintu atau diut kertas , pelbagai 3

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

kuman orang lain dipindahkan kepada tangan kita. Kita perlulah membersihkan tangan kita dengan sabun dan air yang bersih. Setiap kali sepelas ke tandas sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan. Kuku yang panjang akan menyediakan ruang masuk untuk kuman pindah ke mulut dan makanan kita. Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih. Rambut perlu dibersihkan dengan menggunakan shampoo yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala. Biasanya terdapat dua jenis kulit kepala iaitu berminyak dan kering. Pilih shampo yang sesuai dengan jenis rambut. Kutu rambut dan masalah kulit kepala adalah antara masalah kesihatan yang biasa berlaku. Jika masalah itu timbul, kita haruslah mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor. Penjagaan mulut termasuk gigi penting dalam pengurusan kesihatan diri. Gosok gigi menggunakan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai. Pastikan mulut dan gigi dibersihkan setiap kali selepas makan dan sebelum masuk tidur malam. Gunakan flos untuk membuang sisa makanan pada celah gigi. Kita mestilah mendapatkan pemeriksaaan gigi dua kali setahun. Gunakan juga alat perlindungan gigi jika terlibat dalam sukan lasak. Tubuh badan kita juga memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk memulihkan tenaga dan minda. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Kanak-kanak dan remaja memerlukan masa tidur yang lebih berbanding dengan orang dewasa. Pastikan tubuh dibersihkan sebelum tidur. 2.2 PENGURUSAN KEBERSIHAN PAKAIAN Negara kita mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Tubuh kita cepat berpeluh. Oleh yang demikian penting untuk kita menukar pakaian setiap hari. Pastikan pakaian dibersihkan sebelum dipakai semula. Kita juga perlu membersih dan menjemur bantal,selimut, tilam, dan pembiakan hama. 2.3 PENGURUSAN TAHAP KESIHATAN cadar untuk mengelak

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

Sesetengah penyakit adalah pembunuh senyap. Ada antara kita tidak mengetahui bahawa kita sedang diancam penyakit. Misalnya penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. Penyakit ini dikenal pasti sebagai salah satu daripada 10 penyebab kematian di Malaysia. Kita boleh mengurus tahap kesihatan melalui pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. Pemeriksaan kesihatan membolehkan kita mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit, misalnya melalui pemeriksaan tahap glukos darah,seseorang dapat mengetahui sama ada dirinya berisiko untuk mendapat penyakit diabetis. Antara jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan ialah seperti berikut.

Pemeriksaan Tekanan Darah Saringan Paras kolestrol Ujian Kadar Lemak

Pemeriksaan Kanser Serviks dan Payu Dara

Indeks Jisim Badan

Saringan Paras Glukos Darah

Saringan Minda Sihat

2.4 PENGURUSAN PEMAKANAN YANG SIHAT Pemeriksaan kesihatan

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

Agaknya sudah beribu kali kita mendengar atau membaca ungkapan ini, "Anda kajian sains. Setiap organ tubuh atau makanan adalah apa yang anda makanan fungsi makan". Oleh itu memilihlah oleh faedah bila makan. Kearifan orang dahulu tentang fisiologikal permakanan kini disahkan yang menggambarkan

berkhasiat mempunyai corak menyerupai

tersebut kepada seseorang yang memakannya. Adakah kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Kita

makan untuk menghidupkan fungsi organ tubuh kita. Makanan memberi segala zat yang diperlukan oleh tubuh. Adalah amat penting untuk memakan sajian seimbang untuk mendapat semua jenis zat yang diperlukan. Makanan seimbang bermaksud makanan yang terdiri dari komponen karbohidrat,protein, lemak , vitamin, dan lain-lain. Pengambilan makanan seimbang daripada setiap komponen akan memberi tenaga,membina badan dan mencegah penyakit. Pengurusan pemakanan yang sihat merujuk kepada amalan pemakanan seseorang. Tiga waktu makan utama ialah sarapan pagi, makan tengahari,dan makan malam. Kita dinasihatkan supaya wajib makan sarapan pagi. Pengambilan sarapan pagi mampu memberikan kita tenaga untuk kecergasan fizikal dan kecederdasan minda. Makan mengikut keperluan adalah salah satu daripada pengurusan amalan makan yang sihat. Pengambilan jumlah makanan aktif secara fizikal hendaklah bersesuian dengan jenis pekerjaan atau penggunaan tenaga kita. Kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar dan memerlukan jumlah makanan yang banyak. Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai petani, nelayan dan buruh. Penggunaan tenaga mereka adalah tinggi.

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

Mereka yang bekerja tanpa memerlukan penggunaan tenaga yang banyak seperti bekerja di pejabat kurang memerlukan tenaga yang banyak. Oleh yang demikian, amalan makan berlebihan akan menyebabkan badan mereka menyimpan lebih tenaga dalam bentuk lemak. Lemak yang berlebihan ini akan menyebabkan seseorang menjadi gemuk.

BIL

JENIS MAKANAN

KETERANGAN Buah terung, avokado, pear baik untuk kesihatan


NORLIZA SALIM serta fungsi rahim dan serviks wanita. Bentuk buah-

HBHE 2203 1.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

buahan tadi kelihatan seperti organ tersebut. Kajian terkini menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan dan menghindari kanser serviks. Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.

740430015186

2.

Buah ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki serta meningkatkan apa? jumlahnya dan juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai

3.

Keledek menyerupai pankreas dan ia sebenarnya dapat mengimbangkan indek glisemik pesakit kencing manis.

Buah zaitun pula baik untuk kesihatan dan dapat 4. membantu fungsi ovari.

5.

Limau grapefruit, oren dan buah-buahan sitrus kelihatan Sebenarnya seperti kelenjar mamari tersebut wanita. dapat buah-buahan

membantu kesihatan payudara dan pergerakan keluar masuk limfa dari payudara. 6. Bawang besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh menyebabkan air mata yang 8 membasuh lapisan epitelial mata.

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

2.5 PENGURUSAN BERAT BADAN Obesiti merupakan salah satu risiko untuk mendapat penyakit diabetes, jantung,darah tinggi,dan kanser. Risiko lain ialah merokok dan kurang bersenam. Di Malaysia, prevalen penyakit diabetes dalam kalangn penduduk Malaysia pada tahun 1986 ialah 6.3% dan meningkat kepada 8.3% pada tahun 1996. ( National Health and Morbidity Survey,1996 ). Fizikal yang cergas adalah satu indicator untuk kesihatan tubuh badan. Kecergasan fizikal di sini tidak merujuk kepada senaman yang tetap semata-mata. Ia meliputi segala aktiviti yang menggerakkan anggota fizikal seperti menjalankan kerja di rumah dan membersihkan kawasan rumah. Aktiviti fizikal memerlukan tenaga yang berupa pembakaran lemak secara konsisten akan menyisihkan lebihan lemak yang disimpan di dalam badan. Penyisihan lemak mengelak badan daripada lebihan lemak. Aktiviti fizikal akan meningkatkan high density lipoprotein ( HDL ) atau lemak darah berkepadatan tinggi yang baik untuk melindungi jantung. Ia adalah bahan darah yang dapat memungut kolestrol dan membantu membuangnya dari badan melalui hati. Ia dikenali sebagai kolestrol baik. 2.6 PENGURUSAN TEKANAN (STRESS) Tekanan ( stress ) adalah tindakbalas fizikal, emosi, dan mental terhadap perubahan dan cabaran. Stres boleh dialami sama ada di rumah, sekolah, dan tempat kerja. Stres yang sedikit boleh menjadi faktor motivasi kepada kita. Seseorang individu yang mengalami stress yang serius mungkin cenderung untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan alcohol. Kita mesti belajar hidup dengan stress kerana stress adalah sebahagian kehidupan. Belajar mengurus stres dapat menjauhkan kerungsingan. Pengurusan masa dan kerja secara bijak dapat membantu mengurangkan stress. Amalkan pemikiran dan komunikasi yang positif. Dapatkan bantuan jika tidak mampu menguruskan tekanan dengan sendiri.

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

3.0 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Tubuh Badan Manusia Tubuh Badan Manusia PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Kesihatan Diri dan Keluarga Kesihatan Diri dan Keluarga Nilai Moral dan Agama Nilai Moral dan Agama

3.1 TUBUH BADAN MANUSIA Tubuh badan manusia terbahagi kepada beberapa sistem. Dalam setiap sistem terdapat beberapa organ dan jaringan yang mempunyai peranan tersendiri. Sebagai sebuah sistem , setiap organ mempunyai jaringan saling bergantungan antara satu sama lain tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu mengekalkan keseimbangan.

10

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

BAHAGIAN BADAN Sistem Rangka Sistem Penghadaman Amalan Pemakanan Sistem Otot Sistem Limfatik Seimbang Sistem Edokrin Sistem Saraf Sistem Kardiovaskular Sistem Reproduktif Sistem Perkumuhan Sistem Respiratori

PERANAN Memberi sokongan, perlindungan dan struktur kepada organ-organ. Memproses makanan dan zat makanan diambil untuk digunakan oleh tubuh. Pergerakan anggota tubuh badan. Pemindahan Limfa di antara tisu dan darah. Suatu bentuk komunikasi dalam badan menggunakan Melakukan Aktiviti hormon yang dikeluarkan Senaman oleh kelenjar hormon. Dan Mengumpul , menghantar dan memproses Kecergasan Fizikal maklumat di antara otak, saraf tunjang, saraf pheriferal dan saraf. Mengepam dan menghantar darah dalam badan. Mengandungi organ reproduktif lelaki dan perempuan. Kesimbangan bendalir dalam badan, perkumuhan air kencing serta keseimbangan elektrolit. Membolehkan proses pernafasan dilakukan melibatkan organ seperti paru-paru. dengan

3.2 KESIHATAN KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

DIRI DAN KELUARGA Tunjang utama kepada kesihatan diri dan keluarga ialah amalan
cara hidup sihat. Perubahan penyakit pada masa dahulu dengan kini ialah daripada penyakit berjangkit seperti malaria, kolera, dan taun kepada penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser, dan buah pinggang. Amalan cara hidup sihat dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti ini. Amalan kesihatan diri dalam konteks sesebuah keluarga perlu melihat peranan setiap ahli dalam sesebuah keluarga. Keluarga yang sihat TIDAK MEROKOK melahirkan anak yang sihat. Amalan Kesihatan Mental Yang Baik

Kebersihan Tubuh Badan

11

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

3.2.1 KEBERSIHAN TUBUH BADAN

12

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

Kebersihan tubuh badan meliputi penjagaan kebersihan rambut, kesihatan gigi, tangan, muka, kaki dan kulit. Penjagaan kebersihan tubuh badan ialah melalui mandi, memotong kuku, memberus gigi, serta membasuh tangan. Penjagaan kebersihan tubuh badan dapat menghindar seseorang dari dijangkiti kuman. Penjagaan kebersihan diri tidak semestinya menggunakan sabun atau bahan pencuci muka yang mahal dan berjenama malah memadai menggunakan sabun biasa.

3.2.2 AMALAN PEMAKANAN SIHAT Amalan pemakanan sihat dalam sesebuah keluarga memerlukan perancangan ,penyediaan dan penyajian makanan yang seimbang untuk keluarga. Makanan yan sihat tidak semestinya makanan yang mahal. Misalnya, buah-buahan yang penuh zat tidak semestinya buah-buahan yang diimport seperti epal atau anggur tetapi buah-buahan tempatan seperti pisang dan limau. Berikut ialah panduan pemakanan sihat yang perlu diikuti berdasarkan piramid makanan.

3.2.3 MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN DAN KECERGASAN FIZIKAL

13

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

Aktiviti fizikal ialah sebaran aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan serta menggunakan tenaga. Ia amat penting untuk meningkatkan tahap kecergasan dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit disebabkan oleh gaya hidup sendiri seperti penyakit jantung, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis dan obesiti. Amalan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan setiap sesi sekurang-kurangnya selama 30 minit. Jika kita tidak dapat melakukannya kerana kesibukan di tempat kerja, jangan berputus asa tetapi amalkan tabiat berjalan kaki, berkebun, mencuci kereta atau naik tangga. Amalan ini juga merupakan salah satu bentuk senaman. 3.2.4 AMALAN KESIHATAN MENTAL YANG BAIK

KAEDAH IDEAL Prngurusan stres atau tekanan merupakan salah satu komponen KAEDAH IDEAL
kesihatan yang amat penting. Stres perlu diurus dengan bijak. Kita tidak dapat mengelakkan stres sama ada di tempat kerja atau di rumah. Amalkan pemikiran dan sikap sebagai salah satu langkah ke arah usan kesihatan mental yang baik. Berikut adalah beberapa kaedah pengurusan stres IDENTIFY THE PROBLEM (Kenal Masalah) yang dapat menjamin kesihatan mental kitaPasti sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

DESCRIBE POSSIBLE PROBLEM BERHENTI BERHENTI (Huraikan Pilihan Yang Ada) KAEDAH 3B
BERFIKIR BERFIKIR

EVALUATE PORNS AND CONS (Nilaikan Akibat Setiap Pilihan) BERTINDA


BERTINDA K K

ACT BASED ON THE BEST POSSIBLE ACTION (Bertindak Berdasarkan Pilihan Yang Paling Baik)

LEARN (Belajar Dan Semak Semula)

14

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

3.2.5 TIDAK MEROKOK

15

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

Merokok merupakan salah satu amalan yang meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit kanser, penyakit jantung dan kencing manis. Di samping itu, amalan merokok yang tidak sihat ini juga membazirkan. Merokok bukan sekadar membahayakan si perokok tetapi orang lain do sekeliling mereka. Ini dinamakan sebagai perokok pasif. Walaupun mereka tidak merokok tetapi boleh menghidu asap rokok yang dihembuskan oleh perokok. Mereka mungkin ahli keluarga seperti anak atau isteri atau mungkin rakan pejabat. Antara kebaikan yang akan diperolehi oleh seseorang yang tidak merokok serta panduan berhenti merokok.

KEBAIKANTIDAK TIDAKMEROKOK MEROKOK KEBAIKAN


Peluang anda untuk mendapat pelbagai penyakit bahaya adalah rendah. Peluang anda untuk mendapat pelbagai penyakit bahaya adalah rendah. Penampilan diri yang lebih baik, menarik, nafas tidak berbau, dan lebih Penampilan diri yang lebih baik, menarik, nafas tidak berbau, dan lebih cergas. cergas. Lebih berstamina, untuk melakukan aktiviti fizikal. Lebih berstamina, untuk melakukan aktiviti fizikal. Menjimatkan wang. Menjimatkan wang. Suasana rumah dan tempat kerja selesa kerana bebas daripada Suasana rumah dan tempat kerja selesa kerana bebas daripada pencemaran asap rokok. pencemaran asap rokok. Kesuburan kembali normal. Kesuburan kembali normal. Masalah mati pucuk kembali pulih. Masalah mati pucuk kembali pulih.

PANDUANBERHENTI BERHENTIMEROKOK MEROKOK PANDUAN


Buat keputusan untuk berhenti merokok. Buat keputusan untuk berhenti merokok. Memahami bila dan masa untuk berhenti berhenti merokok Memahami bila dan masa untuk merokok .. Tetapkan tarikh. Tetapkan tarikh. Yakinkan diri. Yakinkan diri. Buat nota peringatan. Buat nota peringatan. Katakan aku bukan perokok. Katakan aku bukan perokok. Sentiasa berfikiran positif. Sentiasa berfikiran positif. Dapatkan sokongan. Dapatkan sokongan. Dapatkan rawatan lanjut dari klinik berhenti merokok. Dapatkan rawatan lanjut dari klinik berhenti merokok. Rancang kehidupan harian tanpa rokok. Rancang kehidupan harian tanpa rokok. 16

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

3.3 NILAI MORAL DAN AGAMA Terdapat isu-isu seksualiti dan gender yang berkaitan dengan nilai moral dan agama iaitu seksualiti dan gender. 3.3.1 SEKSUALITI Isu-isu berkaitan dengan masalah kesihatan seksualiti seperti kehamilan remaja, kes membuang anak, kes rogol, pencabulan, homoseksual dan sumbang mahram sering menjadi topik hangat perbincangan. 3.3.2 GENDER Isu-isu yang berkaitan dengan peranan gender pula adalah seperti bertingkah laku melampaui batas dari nilai dan norma yang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Soalan 2 Bina SATU set rancangan pengajaran harian (RPH) yang berkaitan dengan 17

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

bagaimana untuk anda mengajarkan aspek pengurusan kesihatan diri kepada murid-murid Tahun 5.

RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN Mata Pelajaran Tarikh Masa Tahun Bil Murid Tunjang Tajuk Sub-Tajuk Hasil Pembelajaran : : : : : : : : Pendidikan Kesihatan 22 Mac 2010 8.00-9.00 pagi 5 Bestari 25 orang Kesihatan Diri dan Keluarga Pengurusan Kesihatan Cara Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Tubuh Badan : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan cara menjaga kebersihan diri. 2. Membincangkan kepentingan penjagaan kebersihan fizikal semasa remaja. 3. Meningkatkan kesedaran amalan penjagaan kebersihan diri. Kognitif Pengalaman / Pengetahuan Sedia Ada Penerapan Nilai Unsur KBKK Penggabungjalinan Bahan Bantu Mengajar Strategi Pembelajaran Perkara : Murid membersihkan diri setiap hari. : Murid pernah melihat, mendengar, membaca, serta melakukan aktiviti menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan. : Kebersihan fizikal dan mental, hormat-menghormati, kasih sayang, berdisiplin, dan baik hati. : Menjana idea, membuat kesimpulan, membanding beza. : Kesepaduan : Kad-kad rangkai kata, slaid cerita, LCD, komputer, lampiran senikata lagu dan gurindam. : Pembelajaran secara kontekstual Strategi Pengajaran/ Aktiviti Catatan / Refleksi

Fokus pembelajaran / Isi Pembelajaran

18

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

Set Induksi ( 5 minit )

1. Murid menyanyi lagu Bangun Pagi ( lampiran 1 )

1. Guru menayangkan slaid lagu Bangun Pagi dan meminta murid menyanyi bersama-sama.

LCD Laptop Slaid Lembaran senikata lagu

Langkah 1 ( 5 minit )

1. Cara-cara menjaga kebersihan tubuh badan: - menggosok gigi - mencuci muka - membasuh tangan - mandi - mencuci rambut - mengetip kuku 1. Slaid cerita bertajuk Farah Budak Sihat ( lampiran 2 )

1. Guru bersoaljawab dengan murid tentang cara-cara murid menjaga kebersihan tubuh badan setiap hari.

Langkah 3 ( 30 minit )

1. Murid menonton slaid cerita bertajuk Farah Budak Sihat. 2. Murid dalam kumpulan kecil menghasilkan peta minda cara-cara menguruskan kesihatan diri berdasarkan tayangan slaid cerita. 3. Wakil kumpulan membuat pembentangan. 4. Murid bersoaljawab tentang pembentangan hasil kumpulan.

LCD Laptop Kertas Mahjong

Penilaian ( 15 minit )

1. Membina ayat mudah mudah

1. Guru menampalkan kadkad rangkaikata pada

Kad-kad rangkaikata

19

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

berdasarkan rangkai kata: - Pemeriksaan kesihatan - Menggosok gigi - Mencuci rambut - Mengetip kuku - Menjaga kebersihan ( lampiran 3 ) Penutup (5 minit ) 1. Gurindam Menjaga kesihatan Diri. ( lampiran 4 )

papan hitam. 2. Murid membina ayat berdasarkan rangkai kata yang diberi oleh guru di dalam buku latihan.

1. Murid dan guru samasama melagukan gurindam berdasarkan tayangan slaid.

Laptop LCD Slaid Lembaran senikata gurindam

RUJUKAN

20

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

HBHE 1203 , Pedaggogi Pendidikan Kesihatan, Open University Malaysia. HBHE 1103 , Pengenalan Pendidikan Kesihatan, Open University Malaysia. HBHE 2203 , Kesihatan Diri dan Keluarga, Open University Malaysia. Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 5 Kamaruddin Hj Husin (1985), Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Penerbitan Sarjana. Mat Nor Husin bin Abd. Rahman Abd.Rashid (1987), Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Longman.

BIBLIOGRAFI http://kidshealth.org/ http://www.bygosh.com/aesop/index.htm http://www.kesihatan.biz/sakit_jantung.php

21

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

LAMPIRAN 1

BANGUN BANGUN PAGI PAGI


Bangun Bangun pagi, pagi, gosok gosok gigi, gigi, Cuci Cuci muka muka ,, terus terus mandi, mandi, Pakai Pakai baju, baju, minum minum susu, susu, Makan Makan roti roti ,, suka suka hati. hati. Pergi Pergi sekolah, sekolah, jalan jalan kaki, kaki, Jumpa Jumpa cikgu cikgu ,depan ,depan pintu, pintu, Selamat Selamat pagi, pagi, cikgu cikgu puji, puji, Good Good morning morning to to semua.. semua.. Good Good morning morning to to semua semua.. ..

22

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

LAMPIRAN 2

FARAH BUDAK SIHAT


Hai, kawan-kawan! Ini Farah. Umur Farah 10 tahun. Farah murid tahun 4 Bestari. Farah mempunyai tiga

orang adik-beradik. Farah ialah anak sulung. Farah mempunyai dua orang adik perempuan yang comel. Nama adik perempuan Farah ialah Hanisah dan Aina. Farah sayang akan adik-adiknya. Nama ayah Farah ialah Encik Halim. Nama ibunya Puan Ani . Ayah dan ibu Farah guru. Mereka mengajar di sekolah yang berlainan. Mereka sebuah keluarga yang ceria dan bahagia.

FARAH JAGA KEBERSIHAN


Mari kita lihat, apa yang Farah lakukan dalam aktiviti sehariannya. Setiap hari Farah akan bangun pada pukul 6.00 pagi. Farah seorang murid yang cergas. Dia tidak suka bangun lewat. Bangun saja dari tidur Farah terus mengemaskan tempat tidurnya. Farah sering menjaga kebersihan tempat tidurnya. Dia akan memastikan tempat tidurnya sentiasa kemas dan tidak

23

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

berhabuk.

Jika

selimut

Farah

sudah

kotor,

dia

akan

menggantikannya dengan selimut yang bersih. Selepas mengemas tempat tidur, Farah terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Mula-mula Farah akan menggosok giginya. Doktor kata kita perlu menjaga kebersihan mulut supaya gigi dan gusi kita kuat dan sihat. Kalau gigi sihat dan bersih senyuman pasti menawan. Betul tak kawan-kawan? Farah mencuci muka dan membersihkan badannya dengan menggunakan sabun. Jika badan bersih sudah tentu kulit Farah halus dan licin. Badan yang bersih sukar dijangkiti penyakit. Farah juga mencuci rambutnya dengan menggunakan syampu. Emm.. wangi sungguh rambut Farah! Kalau kulit kepala bersih sudah tentu tiada kutu. Kutu suka tinggal di atas kulit kepala yang kotor sahaja! Selesai mandi Farah mengelap badan dan kepalanya dengan menggunakan tuala yang bersih. Farah tidak suka

berkongsi tuala. Kalau suka berkongsi tuala, penyakit kulit mudah berjangkit. Hai, kawan-kawan! Farah sudah selesai mandi. Badan Farah terasa segar sekali. Sekarang Farah hendak memakai pakaian seragam sekolah yang bersih dan kemas. Farah menyikat rambutnya dengan rapi. Rambut yang bersih dan lembut sangat mudah diurus. Wah, cantiknya Farah! Farah sudah bersedia untuk ke sekolah.

24

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

MARI BERSANTAP
Ops, belum lagi!.. sebelum ke sekolah, Farah haruslah bersarapan dahulu. Sarapan penting supaya dapat memberikan Farah tenaga semasa menjalankan aktiviti di sekolah. Biasanya Farah akan makan dua keeping roti dan segelas air susu semasa sarapan. Roti mengandungi kabohidrat yang tinggi untuk membekalkan tenaga kepada tubuh Farah. Susu pula mengandungi vitamin A dan kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang Farah. Nampaknya Farah sudah selesai bersarapan. Farah mencium pipi adiknya dan bersalam dengan ibu dan ayahnya sebelum pergi ke sekolah. Ibu selalu mengingatkan Farah agar

makan makanan yang berkhasiat sewaktu rehat di sekolah. Pada waktu rehat, Farah akan membeli makanan yang bersih dan berkhasiat sahaja. Farah suka makan buah-buahan. Sebelum makan Farah akan pastikan tangannya betul-betul bersih. Oleh itu, Farah mencuci tangannya dengan sabun dan dengan cara yang betul. Alhamdullillah, Farah sudah kenyang! Selepas makan , Farah lebih suka duduk membaca buku daripada bermain-main atau berlari kerana makanan yang Farah makan masih dalam proses penghadaman.

25

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

Farah dan rakannya Alina, sedang membaca buku cerita. Tiba-tiba mereka ternampak seorang murid lelaki tahun dua menangis di kantin. Di tangannya ada sebiji kuih donat bersalut gula. Farah dan Alina mendekati murid lelaki tersebut. Murid lelaki ini Afiq namanya. Oh, Afiq sakit perut rupanya! Kasihan dia. Kawan-kawan tahu kenapa Afiq sakit perut? Afiq baru berumur lapan tahun, tetapi berat badannya melebihi had umurnya. Dia makan terlalu banyak! Afiq terlalu ikutkan nafsu. Dia makan tidak ikut peraturan. Makanannya juga banyak mengandungi kolestrol dan gula. Ini tidak baik untuk kesihatan Afiq. Loceng sudah berbunyi. Riuh-rendah sekolah Farah kerana murid-murid sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah. Pasti mereka sudah lapar apabila mengingatkan hidangan tengahari yang disediakan oleh ibu mereka. Bagaimana pula dengan hidangan tengahari Farah dan keluarganya? Aduh, letih sungguh Farah hari ini! Cuaca panas pula. Sedapnya kalau dapat minum air batu. Tapi ingat kawankawan, air batu tidak boleh diamalkan selalu. Ia kurang baik untuk kesihatan badan kita. Emm.. sedapnya lauk hari ini. Farah makan satu pinggan nasi berlaukkan sayur dan ikan. Keluarga Farah

26

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

mengamalkan makan makanan yang seimbang dan mereka lebih gemar mengamalkan makan makanan berserat. Farah suka makan sayur dan buah-buahan. Makanan tersebut mengandungi banyak vitamin C. Vitamin C penting untuk mengelakkan kita daripada dijangkiti penyakit. protein Farah yang juga tinggi. suka makan ikan. Ikan untuk

mengandungi

Protein

penting

tumbesaran Farah. Pada waktu malam pula, Farah dan keluarganya akan makan sebelum jam 9 kerana mereka tidak mahu kekenyangan sebelum tidur. Perut yang terlalu kenyang semasa tidur, akan

mengundang pelbagai penyakit dan menyebabkan kita sukar bangun pagi. Selepas makan Farah lebih suka minum air masak. Ingat, kawan-kawan! Jangan amalkan minum air yang terlalu manis. Nanti kawan-kawan boleh mendapat penyakit kencing manis. Penyakit itu bahaya kawan-kawan! Kalau kita mendapat penyakit kencing manis, mata boleh jadi rabun dan boleh juga kehilangan anggota tubuh.

27

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

FARAH BERSENAM
Haa. Sekarang sudah jam 5 petang. Ke mana pula Farah dan keluarganya hendak pergi? Nampaknya adik Farah, Aina membawa sebiji bola. Farah juga membawa tali skipping. Oh, mereka hendak pergi ke taman rekreasi rupanya! Di kawasan perumahan Farah dan keluarganya terdapat satu taman rekreasi yang dibina khas untuk penduduk di situ. Ramai orang berkunjung ke situ pada waktu petang untuk bersenam. Udaranya segar dan nyaman. Banyak pokok-pokok bunga yang cantik dan menghijau. Farah dan keluarganya sering datang ke sini. Mereka akan beriadah dan bersenam untuk menjaga kesihatan diri mereka sekeluarga. Ayah dan ibu Farah sedang berlari-lari anak sambil memimpin adiknya, Aina. Apabila mereka penat mereka berhenti seketika. Sekarang giliran Farah pula berlari. Farah berlari bersama-sama adiknya Hanisah. Kadangkadang mereka berkejaran. Setelah penat mereka berhenti

seketika sambil menyedut udara yang segar. Di dalam taman yang menghijau ini sudah tentu banyak oksigen yang dapat Farah dan keluargnya perlukan. Emm sungguh segar udaranya.

28

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

Senaman

penting

untuk

kesihatan

kita.

Peruntukkanlah masa 20 atau 30 minit sehari untuk bersenam walaupun kita sibuk. Ini menjadikan badan kita lebih sihat dan

cergas. Ingat, kawan-kawan! Bersenam bukan untuk orang yang sihat sahaja. Orang yang sakit juga perlu bersenam tetapi ada caranya dan perlulah mendapat nasihat daripada doktor. Mari, kawan-kawan! Contohilah keluarga Farah.

LETIHNYA AINA!
Selesai bersenam, mereka sekeluarga pulang ke rumah. Eh, adik Aina tertidur pula. Pasti adik Aina keletihan. Farah juga keletihan. Tetapi Farah tidak boleh terus tidur. Farah perlulah berehat untuk menyejukkan badannya. Kalau sudah tiada peluh barulah Farah mandi dan membersihnkan tubuhnya. Farah menggunakan sabun dan air yang bersih. Selesai mandi, Farah dan keluarganya menunaikan solat dan menikmati hidangan malam. Selesai makan Farah akan menyiapkan kerja sekolahnya. Sekiranya kerja-kerja sekolahnya sudah siap, barulah Farah menonton rancangan televisyen

bersama-sama keluarganya. Wah, seronok betul cerita itu tadi! Farah dan keluarganya sangat terhibur.

29

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

Eh jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Farah perlu masuk tidur sekarang. Sebagai murid sekolah, Farah perlu tidur 6 sehingga 8 jam sehari. Ini adalah waktu rehat yang paling sesuai untuk Farah dan rakan-rakan sebaya Farah. Kawankawan tidur lewat ya? Jangan tidur lewat kawan-kawan! Nanti kawan-kawan keletihan apabila bangun pagi. Farah akan mencuci muka, kaki dan menggosok gigi sebelum tidur. Farah juga akan membaca doa sebelum tidur. Oh, Farah sudah mengantuk! Selamat malam, ayah. Selamat malam, ibu. Selamat malam, adik. Selamat malam, kawan-kawan!

BERJUMPA DOKTOR
Kring! Kring! Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi. Farah masih menarik selimutnya. Bangun Farah, bangun! Farah lupa hari ini hari apa? Walaupun masih mengantuk, Farah tetap bangun tepat pada waktunya. Farah bingkas bangun lalu mengemaskan tempat tidurnya seperti biasa. Selepas itu, Farah mandi dan menggosok gigi. Farah mengelap badannya dan memakai pakaian yang kemas. Eh, Farah pakai baju baru! Ke mana Farah hendak pergi kawan-kawan?

30

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

Farah dan semua ahli keluarganya sudah bersiap-siap sejak awal pagi tadi lagi. Mereka tidak mahu terlewat. Hari ini mereka hendak pergi ke klinik panel keluarganya. Oh, Farah dan ahli keluarganya hendak membuat pemeriksaan kesihatan ruparupanya! Farah diperiksa oleh Doktor Amir. Doktor Amir baik orangnya. Sudah lama Doktor Amir memberikan perkhidmatan kepada keluarganya. Dia selalu menasihatkan Farah agar

mengutamakan kesihatan tubuh. Mula-mula dokor memeriksa gigi Farah.

Nampaknya gigi Farah dalam keadaan baik. Sudah tentulah, kawankawan! Farah menggosok giginya dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu sebelum tidur. Doktor jga memeriksa keadaan mata, telinga dan tekanan darah Farah. Emm.bagus! Farah memang seorang budak yang sihat. Ibu , ayah dan adik-adik Farah juga diperiksa oleh doktor. Mereka semua dalam keadaan sihat kecuali adik Aina. Adik Aina menghidap selsema. Doktor memberikan ubat dan meminta ibu menjaga kesihatan adik setiap waktu. Haaa kawankawan sudah pergi berjumpa doktor? Kalau belum, lebih baik kawan-kawan pergi. Pemeriksaan kesihatan sangat penting bagi memastikan diri dan keluarga kita sihat selalu. Kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

31

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

LAMPIRAN 3

KAD RANGKAI RANGKAI KATA KATA KAD

pemeriksaan kesihatan kesihatan pemeriksaan menggosok gigi gigi menggosok mencuci rambut rambut mencuci mengetip kuku kuku mengetip menjaga kesihatan kesihatan menjaga

32

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NORLIZA SALIM 740430015186

LAMPIRAN 4

GURINDAM GURINDAM KESIHATAN KESIHATAN


Membeli makanan hendaklah beratur, Membeli makanan hendaklah beratur, Pilihan selera bubur dan pengat, Pilihan selera bubur dan pengat, Makan megikut waktu teratur, Makan megikut waktu teratur, Hidup sihat sepanjang hayat. Hidup sihat sepanjang hayat.

Lemak, gula, garam dan minyak, Lemak, gula, garam dan minyak, Bahan utama masakan kita, Bahan utama masakan kita, Jika dimakan banyak, Jika dimakanterlalu terlalu banyak, Badan obes jantung derita. Badan obes jantung derita.

Karbohidrat,protein dan lemak dan vitamin, Karbohidrat,protein dan lemak dan vitamin, Hidangan disaji setiap hari, Hidangan disaji setiap hari, Makanan seimbang kasihatan Makanan seimbang kasihatanterjamin, terjamin, Banyak penyakit dapat dihindari. Banyak penyakit dapat dihindari.

Budu, cencaluk, tempoyak,belacan, Budu, cencaluk, tempoyak,belacan, Rasanya masin Rasanya masinberlebih-lebih, berlebih-lebih, Aiskrim dan gula-gula cuba kurangkan, Aiskrim dan gula-gula cuba kurangkan, Badan gemuk dan cepat letih. Badan gemuk dan cepat letih.

Membeli di Batu Pahat, Membelipengat pengat di Batu Pahat, Pengat dibeli bersama tapai, Pengat dibeli bersama tapai, Pemakanan sihat Pemakanan sihatproduktiviti produktivitimeningkat, meningkat, Negara makmur wawasan dicapai. Negara makmur wawasan dicapai.

33

S-ar putea să vă placă și