Sunteți pe pagina 1din 8

1.

0 Huraikan dasar kebudayaan dan ciri-ciri dasar kebudayaan tersebut

1.1 Pengenalan 1.2 Definisi Kebudayaan Kebangsaan Budaya adalah suatu cara hidup yang sentiasa berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok masyarakat dan diwarisi dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, alatan, pakaian, bangunan, dan karya seni. Budaya adalah sama seperti bahasa, merupakan bahagian yang tidak terpisah dari diri manusia sehingga banyak orang cenderung menganggapnya diwariskan secara genetik. Seseorang itu perlu untuk berkomunikasi dan menyesuaikan segala perbezaan yang terdapat pada beliau dan orang yang berbeza budaya itu, dan ini membuktikan bahawa budaya perlu dipelajari. Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu buddhayah, yang merupakan bentuk jamak daripada perkataan buddhi (budi atau akal) yang bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Dalam bahasa Inggris, kebudayaan disebut culture, yang berasal dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau mengerjakan. Boleh juga diertikan sebagai mengolah tanah atau bertani. Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahawa segala perkara yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Istilah untuk pendapat itu adalah Cultural-Determinism.

Herskovits memandang kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain, yang disebut sebagai superorganic. Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengandungi keseluruhan makna nilai sosial,norma sosial, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial, agama, dan lain-lain, tambahan lagi segala pernyataan intelektual dan artistik yang menjadi ciri khas suatu masyarakat.

Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan,

kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuankemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat.

Menurut Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi, kebudayaan adalah sarana hasil karya, rasa, dan cipta masyarakat.

Dari berbagai definisi tersebut, dapat diperoleh pengertian mengenai kebudayaan adalah sesuatu yang akan mempengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi sistem idea atau gagasan yang terdapat dalam fikiran manusia, sehingga dalam kehidupan sehari-hari, kebudayaan itu bersifat abstrak. Sedangkan perwujudan kebudayaan adalah bendabenda yang diciptakan oleh manusia sebagai makhluk yang berbudaya, berupa perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata, misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, religi, seni, dan lainlain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat. 2.0 Dasar Kebudayaan Kebangsaan

2.1 Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal serantau Kawasan ini merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selata Pasifik ( Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi. Kawasan ini merupakan bahagian utama kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini diketahui umum sebagai tempat pengembangan dan pemancaran kebudayaan Melayu sejak dari dahulu lagi, yang ditandai dengan bermulanya zaman kegemilangan Melaka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan ini digambarkan dengan kesamaan yang wujud berasaskan keluarga bahasa Melayu itu sendiri, iaitu Austronesia, Kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identity dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Kebudayaan asal rakyat di rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

2.2 Unsur-unsur Kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan ini unsur- unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada ketiadaan unsur percanggahan dengan perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada islam sebagai agama rasmi negara khasnya. 2.3 Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Pembentukan kebudayaan Kebangsaan Agama atau unsur kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur paling penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadian. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal.Agama Islam sememangnya perlu menjadi saah satu unsur yang diambil berat dalam proses pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara. Disamping itu wujudnya fakta sejarah dan nilai-nila Islam yang telah didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

Ciri-Ciri Budaya Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada tingkahlaku dan akal manusia :

*Dipelajari Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu: a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya. b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu. c. Umur seseorang. d. Tahap pendidikan e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

*Dikongsi Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

*Sejagat Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu: i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia. ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.

iii. sistem sosial. iv. bahasa v. kesenian vi. sistem pengetahuan. vii. agama dan kepercayaan. (Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington etc.)

*Diwarisi Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

*Berubah Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti: i. pertambahan bilangan anggota masyarakat. ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia. iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru. iv. pertembungan budaya. v. konflik yang berlaku.

vi. perubahan alam sekitar.

*Perlambanggan Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

*Pandangan Semesta Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/04Dasar_Kebudayaan_Kebangsaan.pdf http://bmus.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/Ensiklopedia-Sejarah-dan-KebudayaanMelayu.pdf

http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-kebudayaan-kebangsaan-dkk.html

S-ar putea să vă placă și