Sunteți pe pagina 1din 25

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

1.0

PENDAHULUAN

Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di sekeliling mereka.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak.Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh
PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara(fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, dayai maginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus. Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas

pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang guru seni ialah: 1) 2) Menguruskan rutin bilik darjah. Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.
2

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)

Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah. Mengurus aktiviti kumpulan. Mengurus karya dan hasil kerja murid. Mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual. Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik. Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran seni yang menyeronokkan.

10)

Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu, guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi. Pendidikan Seni dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka
PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

terhadap ciri estetik. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Ia juga menekankan perkembangan imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Pendidikan ini berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam pembelajaran berdasarkan Pendidikan Seni Visual, pembelajaran PSV ini membolehkan murid sekolah rendah : 1. 2. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, 3. 4. 5. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, 7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
5

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

9.

menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan

10.

melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

2.0

PENGURUSAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama.guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni. Sebagai seorang guru Pendidikan Seni, pengetahuan dan kemahiran mereka dalam merealisasikan objektif mengikut kehendak kurikulum PSV dapat menyediakan mereka dalam mengenalpasti dan mengetahui bahawa seseorang guru PSV itu dapat :1. menjelaskan bagaimana menguruskan bilik pendidikan seni visual; 2. menggambarkan keadaan bilik seni yang sesuai dengan menggunakan pelan bilik; 3. menjelaskan bagaimana mengendalikan buku stok dan senarai inventori bilik pendidikan seni visual; 4. menjelaskan bagaimana menjana iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif dari aspek fizikal, emosi dan sosial; 5. menyenaraikan prosedur pengurusan alat dan bahan pendidikan seni; dan
PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

6. menghasilkan contoh borang penyimpanan stok. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, anda hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.

Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: unsur seni; menggambar / melukis; warna; lukisan alam semulajadi; seni huruf dan sebagainya. Di dalam pengurusan bilik seni, anda harus beri aspek-aspek berikut perhatian yang sewajarnya: keselamatan; kebersihan; susunan perabot; pameran hasil kerja; kelengkapan bilik seni; pengagihan tugas; pengumpulan alat / bahan; dan jadual waktu penggunaan bilik seni.

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

2.0.1 PELAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan diajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang

pembelajaran, ianya merupakan persekitaran murid, guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan.

Rajah 1 : Contoh Bilik Seni

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

Lemlech (1976) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yanag mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber, penyusun persekitaran kelas yang efisyen, penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik

bermakna tindakan dan strategi untuk mengekalkan peraturan bilik, mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek pengurusan bilik seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersamasama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru

hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. hendaklah disusun mengikut jenisnya. Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru pendidikan seni visual selain daripada tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan menjaga bilik dan studio seni . Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam menguruskan bilik seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding, pencahayaan, papan pameran, bahan pameran khas / bertema, bilik / ruang kerja kerja, zon kerja, dan stor penyimpanan Bahan-bahan seni yang dipamerkan

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusun dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang

merangsang deria dan memberikan tenaga kepada minda untuk belajar. (Koster,2001 ) Rajah 2

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

10

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

Contoh pelan bilik Pendidikan seni Visual futuristik / kontemporari ( cadangan ).

Rajah 3 : Pelan Bilik Seni


PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

11

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

Berdasarkan pelan bilik seni visual, ruang atau blok pameran terletak di tengah bilik

utama.

Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh

memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semulajadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek dipamerkan di ruangan atau di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang pameran ini akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek-objek tersebut.

Rajah 4 : Murid-murid sedang melawat Ruang Galeri

Bilik-bilik / ruang khas seperti bilik cetakan, bilik / ruang tekstil dan bilik tembikar ( Ruang C, D, dan E ) adalah untuk membolehkan murid melaksanakan kerja-kerja berkaitan dengan lebih fokus dan berkesan. Bilik-bilik tersebut mempunyai alatan kerja yang bersesuaian dengan penghasilan kerja mereka.

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

12

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

Di Bilik Tekstil terdapat sinki, dapur untuk aktiviti mencanting batik, stor atau kabinet untuk meletakkan alatan kecil serta para gantung untuk menggantung tekstil dan hasilan murid. Di luar bilik terdapat papan kenyataan untuk meletakkan hasilan murid dan buletin bilik untuk membantu murid-murid mendapatkan maklumat dan melihat hasil kerja rakan-rakan mereka.

Rajah 5 : Bilik tekstil Di Bilik / ruang Tembikar ( Ruang E ) bersebelahan dengan bilik tekstil dan di dalam bilik tersebut terdapat ruang kabinet, dan yang penting mempunyai roda pemutar tembikar untuk penghasilan tembikar. Ruang ini juga mempunyai tanur elektrik dan sinki yang membolehkan kebersihan bilik dijaga. Di hadapan bilik terdapat papan

kenyataan dan sudut alam untuk meletakkan hasilan kerja murid. Ruang B atau stor adalah tempat untuk meletakkan alatan-alatan seni yang akan digunakan untuk aktiviti
PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

13

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

pengajaran dan pembelajaran. Bilik stor ini berhampiran dengan bilik pejabat guru seni untuk membolehkan guru seni menyelia dan mengurus stor alatan seni ini. Di dalam bilik stor ini terdapat Buku Stok. Pengendalian buku stok merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni dan menjadi tanggungjawab guru kanan mata pelajaran Pendidikan Seni untuk menguruskannya dengan sempurna dan kemaskini. Perkara-perkara yang anda perlu beri perhatian adalah seperti berikut: (a) Semua alat/bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini. (b) Dua buah buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat/bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat/bahan habis guna. Setiap jenis alat/bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan berbuat demikian, maka ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan. (c) Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat/bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.

Dari Aspek fizikal berdasarkan pelan di atas, guru pendidikan seni akan memastikan bilik seni ini sentiasa bersih, susunan perabotnya adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sudut seni dan papan pameran gantung untuk contoh-contoh hasil kerja murid hendaklah diurus dengan baik , menarik dan sentiasa dikemaskini. Untuk mendapatkan bilik yang menarik dan sentiasa dikemaskini ianya dapat dilakukan dengan :
PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

14

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan. (ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. (iv) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid. Bilik berhawa dingin sangat diperlukan. (v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Karen Haigh ( 1997 ) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah di ambil perhatian agar pemilihan warna untuk dinding tidak akan menafikan dan menenggelamkan hasil kerja dan karya murid-murid yang akan dipamerkan. Selain itu Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya murid selain sebagai saluran untuk menyampaikan maklumat. Papan Notis hendaklah diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik perhatian dan minat murid terhadap apa yang dipamerkan. Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan tugasan serta
PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

15

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

menghasilkan karya mereka. Bilik seni ini juga akan menggunakan lampu fluorescent atau lampu kalimantang. Selain ini keperluan terhadap pencahayaan dari luar

digalakkan. Bilik ini adalah merupakan bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin. Penghawa dingin amat perlu untuk memastikan keselesaan murid-murid semasa melakukan aktiviti pembelajaran selain memastikan alatan-alatan seni dan hasil karya seni lebih tahan lama dan tahan mutunya.

Rajah 6 : Contoh Meja Aktiviti Meja Aktiviti / meja murid merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja dan aktiviti ini diletakkan bercantum antara satu sama lain untuk menyediakan ruangan yang lebih besar dan selesa terutama apabila

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

16

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

melibatkan aktiviti kumpulan. Selain itu guru harus memastikan jarak antara kumpulan adalah sesuai untuk mengelakkan kesesakan semasa menjalankan kerja dan aktiviti.

Rajah 7 : Murid-Murid Sedang menjalankan Aktiviti Rak-rak alatan dan kabinet yang ada digunakan untuk menyimpan alatan, bahan dan hasil karya murid-murid seperti folio dan buku latihan. Kedudukan rak-rak dan kabinet perlu diselaraskan dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil.

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

17

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

Selain meletakkan hasil kerja murid, papan pameran juga akan mempamerkan contohcontoh karya agung dari

pelukis-pelukis terkenal dari dalam dan luar negara

sebagai satu pendorong dan sumber inspirasi kepada

murid-murid. Rajah 8 : Papan / Ruang Pameran

Rajah 9 : Ruang Pameran dan Penghasilan murid


PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

18

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

Setelah guru pendidikan seni mempunyai bilik seni yang cukup kondusif dan menepati ciri-ciri yang diidam-idamkan maka guru berperanan mengurus bilik dan hasil kerja murid dengan baik dan teratur. Secara umumnya , pengurusan bilik dan hasil kerja murid kita ringkaskan dengan :-

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

19

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

Panduan Keselamatan
Jadual penggunaan bilik PSV Peraturan-peraturan penggunaan bilik PSV Pandu arah jika berlaku kebakaran dan kecemasan

Etika dan Tanggungjawab


Mengikut etika perkhidmatan profesion keguruan Bertanggunjawab terhadap keadaan fizikal bilik PSV Menjaga kebersihan dan keceriaan bilik Memantau penggunaan bilik PSV Memastikan Bilik PSV sentiasa kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran PSV

Inventori
Merekod stok aset kekal dan aset semasa yang terdapat di dalam bilik PSV Membuat catatan keluar/masuk stok Menyelenggarakan stok agar sentiasa dalam keadaan boleh guna Membuat laporan kerosakan untuk aset di baikpulih membuat hapus kira bagi aset yang tidak dapat dibaiki lagi

Penyimpanan
Memastikan alat dan bahan disimpan dalam keadaan baik, kemas dan teratur dengan menggunakan rak dan almari di stor PSV Melabel pada setiap ruang penyimpanan alatan dan bahan akan memudahkan kerja untuk mendapatkannya Bahan Bantu Mengajar disusun mengikut kegiatan bidang, tahao dan tahun Bebas dari ancaman serangan perosak seperti anai-anai, lipas dan sebagainya

Walaubagaimana pun selain daripada mewujudkan bilik PSV yang Kondusif dan serba lengkap, kepentingan mewujudkan suasana sosial yang lebih baik. Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam
PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

20

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan di sinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek sosial ini akan dapat:

Rajah 10 : Situasi sosial murid semasa aktiviti seni (i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru; (ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif; (iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid; (iv) memudahkan komunikasi antara guru dan murid; dan (v) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.

Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Anda boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan:

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

21

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

Rajah 11 : Suasana emosi murid dan guru (i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria; (ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir; (iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan (iv) menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya.

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

22

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

RUMUSAN Studio atau bilik seni amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni. Ia seberapa boleh diasingkan atau dijarakkan daripada kebisingan kantin, padang dan pejabat. Situasi teraputik ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa ketenangan dan kejauhan dari kebisingan tadi dapat mewujudkan mood atau suasana pembelajaran yang memberangsangkan dan menarik minat. Sebagai guru Pendidikan Seni, anda boleh berusaha untuk mewujudkan iklim studio Pendidikan Seni yang dapat meningkatkan lagi kreativiti pembelajaran dan pengajaran. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan penyataan yang menjadi penentu arah haluan, asas serta sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Penghayatan terhadap FPK merupakan tunjang kepada

pelaksanaan program dan kegiatan pendidikan yang meliputi semua bidang kurikulum dan kokurikulum dalam institusi pendidikan khususnya sekolah. Sekolah memainkan peranan dominan dalam usaha ke arah pencapaian falsafah dan matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam FPK. Suasana persekolahan yang memberi peluang kepada pelajar mendapat pengalaman hidup dalam menghadapi masalah, bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Di samping itu, suasana bilik darjah sewajarnya boleh menarik minat dan dapat menggalakkan pelajar berfikir, menyoal serta mengeluarkan buah fikiran secara lisan dan bertulis. Perhatian yang wajar juga perlu diberikan kepada perkembangan murid secara menyeluruh dan bukannya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja secara terpisah-pisah. Kaedah ini sesungguhnya dapat membantu meningkatkan

perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar.
PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

23

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

Pengitlakkannya, semua pihak sewajarnya bersama-sama berusaha untuk mencari formula yang terbaik bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jayanya. Usahlah bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masingmasing. Sesungguhnya, sikap tidak bertanggungjawab ini akan meranapkan impian untuk menjadikan pendidikan diMalaysia sebagai satu sistem pendidikan bertaraf dunia.

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

24

April 20, 2011

[PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR]

Bibliografi
MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan standard. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP. Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN PSV KBSR

25

S-ar putea să vă placă și