Sunteți pe pagina 1din 3

Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan

faktor harta dengan faktor kekayaan walau itu boleh menjadi penyumbang tapi itu bukan segala galanya betapa ramai orang yang berada di dalam rumah yang besar tidur diatas katil yang empuk tetapi dia tidak lebih enak atau lenanya tidak nyenyak bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk kadang kadang dia lebih lena daripada kita ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat lauk pauk yang bagus tetapi lidahnya tidak enak lebih enak lagi orang yang makan kadang kadang dengan satu dua mata lauk tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya Kata Hamka, Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat

Semua orang sangka Kalau orang itu ada rumah besar ada makanan yang sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang belum tentu! Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang dia tidak boleh ditahan dengan apa apa tangan sekalipun jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah Apa yang orang rasa rugi Allah akan memberikan keuntungan

yang mana jalan jalan manusia tak sangka, tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan Kita tengoklah dunia ini, Kadang kadang, Manusia itu hilang sesuatu benda daripada dunia Kadang kadang macan dia hilang segala-galanya Berapa banyak dalam hidup kita, telah kita melalui keperitan hidup? Cuba ingat! Ketika kita didalam keperitan, Kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita Dan berada kita dalam keadaan baik Ketika kita ditimpa musibah tertentu Kita kata Habislah aku kali ini.. Tetapi usia kita telah berjalan Kita masih lagi hidup dan makan Dan menikmati kurniaan kehidupan ini Ketika kita kata Ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah.. Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu Dan kita pun lupa kadang kadang untuk bersyukur Diatas pelbagai ranjau hidup Yang telah Allah keluarkan kita daripadanya Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru Dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini Satu nikmat yang besar Kata Hamka Yang ada ini sudah harapan kita

Tetapi insan, Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada Tetapi jangan lupa yang telah ada Sebab itu Sebahagian dari para sarjana menyebut Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar Ramai orang terpaksa sabar Tetapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur

Ya Allah, apa sahaja yang aku alami, daripada nikmatMu daripada kurniaan daripada sesiapa dikalangan hambaMu tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan, bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran

Subhanallah Insan , Jika dia hendak menghitung nikmat Allah Dia tak terdaya. Ketika orang orang yang kafir itu mengeluarkan dia, Ketika dia salah seorang daripada dua, Dia dan Abu Bakar (Yakni Nabi dan Abu Bakar) Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah) Ketika dia berkata kepada sahabatnya

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

S-ar putea să vă placă și