Sunteți pe pagina 1din 19

Pendahuluan Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai mata pelajaran yang berperanan

besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mata pelajaran ini merentasi

kurikulum.Pendidikan Seni Visual(PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,memperkembang keperibadian,memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,ekspresif dan aktif.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual,imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan

pemikiran,penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting dalam membantu murid membina keyakinan diri,membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Matlamat sebenar Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis,kritis,kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga,masyarakat dan negara,selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting dalam pembangunan manusia.Malah seni itu sendiri boleh dianggap sebagai agen perubahan masyarakat.Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena pembangunan manusiawi. Kefahaman yang cetek yang mengatakan seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik perlu dikikis.Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada kita sedari atau tidak sebenarnya telah

meletakkan seni di tempat yang sewajarnya.Contohnya pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa iaitu pada zaman kanak-kanak.Ibu bapa tanpa disedari telah mendidik anak-anak mereka mengenal alat-lat permainan yang mempunyai pelbagai warna dan beraneka jenis rupa bentuk.Kanak-kanak juga suka menconteng dan kesempatan ini digunakan untuk melahirkan ideanya.Bakatmelukis ini jika dipupuk dengan sebaiknya,dibimbing dan diberi galakan akan menjadikan kanak-kanak itu seorang pereka seni yang baik. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan manusia.Antara kepentingannya ialah PSV dapat memupuk kreativiti kanak-kanak.Sifat semulajadi kanak-kanak memerlukan perhatian,belaian,sentuhan dan sebagainya.

Apreasiasi Seni Apresiasi seni merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran PSV. Apresiasi seni adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan,membuat

pertimbangan,penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni. Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap karya seni.Menjalankan proses apresiasi seni sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi penghargaan terhadap karya seni.Menurut Ecker(1966),pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan yang

menyeronokkan terhadap karya seni,dilakukan secara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni.Ia mencakupi aspek pengetahuan,penilaian,diskriminasi,dan juga kesedaran emosi terhadap karya seni. Pendekatan ini juga diperlukan untuk memberikan penilaian estetika dan artistik untuk setiap karya seni yang dihasilkan. Apabila seseorang itu menjalankan proses apresiasi seni,proses ini tidak akan menyentuh soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai karya seni,kerana tujuannya adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara lansung.Seabolt(2001) menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya

seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni. Di samping itu ,konsep dan pelaksanaan apresiasi seni juga bertujuan untuk membina tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang.Pengalaman estetik akan meningkat kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu dengan bahasa tampak yang membantu menyelami perasaan penghasil karya.Apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman(Johari Abdul Hamid,2004).Apresiasi seni terbahagi kepada enam peringkat iaitu peringkat analitikal,peringkat penerangan,konteks dan skop,aspek assosiasi,aspek kritikal dan aspek hubungan baik.

Pada peringkat analitikal,aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya,jenis karya,pereka atau seniman karya,tarikh dihasilkan,asal-usul karya,gaya,medium yang digunakan,teknik dan fungsi karya.Pada peringkat penerangan pula,terdapat tiga peringkat.Peringkat penerangan Literari digunakan ke atas karya seperti potret,lanskap,lukisan objek dan lain-lain. Sesungguhnya,peranan apresiasi seni dalam PSV sangat penting.Apresiasi seni juga memberi pengalaman kepada pelajar mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.Tanpa apresiasi seni,pelajar tidak dapat membuat pertimbangan yang penting apabila melihat karya seni sama ada seni lukis,seni reka atau bidang seni visual yang lain.Apresiasi seni juga dapat membantu seseorang daripada membuat penilaian yang singkat atau yang pendek sebelum membuat penilaian atau kritikan yang munasabah. OBJEKTIF APRESIASI

a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni

b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan c) Menghasilkan karya (produk seni) d) Memahami seni dan hubungannya e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni Pendekatan apresiasi dan kritikan seni. Mengikut John A. Michael dalam bukunya art and adolescence ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu: a) Pendekatan secara logik b) Pendekatan secara psiklogi

PENDEKATAN SECARA LOGIK Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut: Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilainilai estetika dan pengaruh Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar- gambar Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran Secara penghasilan - Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: 1. Secara perbincangan dan perbandingan 2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery) 3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni 4. Secara menyediakansetting/set induksi 5. Secara membesarkan gambar 6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar 7. Secara aktiviti permainan seni 8. Secara lawatan/pameran 9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

KAEDAH MELIHAT SENI Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah: a) Hedonistic b) Kontekstualistik c) Organistik d) Normistik e) Elektik

a. KAEDAH HEDONISTIC Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: Suka/tidak Tertarik/tidak Pernyataan spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi,hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

c. KAEDAH ORGANISTIK Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

d. KAEDAH NORMISTIK

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenarkan dalam budaya dan agama.

e. KAEDAH ELEKTIK Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

PROSES APRESIASI SENI Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

a) Menggambarkan b) Menganalisa c) Tafsiran d) Penilaian

A. MENGGAMBARKAN Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur \

B. MENGANALISA i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana iii. Menghauraikan stail sesuatu karya

C. TAFSIRAN i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

D. PENILAIAN i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

Menurut kebanyakkan penyelidik berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali dikaitkan dengan kanakkanak, hal ini kerana kanak-kanak biasanya bermain dengan idea dan mempamerkan ciri-ciri kreatif secara berperingkat pada individu kanak-kanak ini. Albert Einstien ( Schilpp 1949), pemikir sainstifik terkenal, menyatakan perkara yang paling kreatif pada diri kanak-kanak adalah apabila mereka bermain dengan fikiran. E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap paling kreatif pada usia empat tahun. Sekiranya perkara yang dinyatakan ini benar, perkara ini mungkin menarik untuk kita mengklasfikasikan ciri-ciri kanak-kanak yang menunjukan kreativiti yang ada pada diri mereka. apakah sifat-sifat istimewa yang mereka miliki yang boleh membantu kita memahami cara yang unik mereka mengalami dunia? Kebanyakkan pada kanak-kanak yang berusia empat tahun; a) Bebas b) Seronok mempelajari perkara baru c) Sifat ingin tahu d) Suka bermain/ keseronokkan e) Peserta yang aktif Kebanyakkan kanak-kanak, yang baru mengenali dunia ciri-ciri kreativiti mereka lebih terpengaruh dengan keaadaan sekeliling. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini bersifat, mengikut, meniru, apa yang mereka lihat dengan kerap kalinya, terutamanya sifat orang dewasa. Dan sifat kreatif ini kemungkinan akan hilang sekiranya perkara yang ditunjuk oleh ibu bapa berbeza.

Seni dan Kreativiti kanak-kanak Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kreatif( Lowenfeld 1975). Menurut Guilford (1964) menerangkan bahawa intelektual atau minda mempunyai lima bentuk operasi yang terdiri daripada; a) kognitif, yang menerima dan memproses maklumat b) memori, yang menrima dan menyimpan maklumat c) pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus d) pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atu bercapah yang selari dengan pemikiran kreatif e) penilaian, yang merupakan hsil pertimbangan sesuatu tindakkan.

Sementara pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah rendah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik. Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini. Seni dan Psikologi Kanak-kanak Seni telah berkembang sejak awal ketamadunan manusia mulai zaman purba (Zaman Batu, 25,000 SM) sehingga zaman Renaissance dan Baroque-Rokoko (Abad ke 16-17) kemudiannya di abad 18-19 seni telah diklasifikasi dengan istilah `isme` seperti Kubisme, Realisme, Romantisme, Ekspresionisme dan sebagainya. Seni terawal (25,000 SM), dihasilkan atas dasar sebagai kuasa magis dan pertahanan diri, keagamaan, politik, refleksi kehidupan seharian, seni dan hubungannya dengan alam, luahan imaginasi dan fantasi serta lambang kelahiran, perkahwinan dan kematian. Kesemua faktor tersebut akan mewujudkan tiga kelompok besar penyumbang seni iaitu peranan pencipta (seniman), peranan pengguna (pengumpul seni) dan peranan pemerhati (penonton, galeri, muzium).

Seni ialah keupayaan untuk menghasilkan sesuatu, termasuk tujuan dan sebab -Aristotle Ini secara keseluruhannya menggambarkan bahawa seni itu sangat mempengaruhi tingkah laku dan peradaban manusia sejak dari awal hingga zaman kini. Seni melalui penggunaan simbol-simbol atau menggambarkan sesuatu pernyataan adalah merupakan suatu kaedah berinteraksi secara langsung dan tidak langsung. Unsur-unsur dan prinsip seni boleh membawa makna dan perlambangan yang bersifat

universal atau bersifat setempat. Sejak Zaman Batu hingga kini, perlambangan dan simbol dapat menjelaskan maksud dan makna bersesuaian dengan masa dan keadaan. Melalui pengetahuan seni, kefahaman terhadap nilai dan makna dapat dipertingkatkan.

Untuk melihat kesan psikologi pelajar menjurus kepada Pendidikan Seni Visual, kita perlu melihat perkembangan minda kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti mereka seharian yang berkaitan perkembangan tahap kreativiti mereka. Kanak-kanak biasanya sangat suka meconteng dinding, lantai atau di mana-mana sahaja. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah proses kreativiti dan penyuburan diri serta emosi kanak-kanak. Kecenderungan melakukan perbuatan tersebut samalah seperti kecenderungan untuk menangis atau ketawa bagi menggambarkan perasaan hati mereka. Perbuatan itu dilakukan sebagai suatu pernyataaan tentang apa yang dilihat dan dirasa mengikut persepsi mereka di samping rangsangaan tindakan biologi pembesaran dan kematangan psikomotor mereka. Ini menurut pakar psikologi kanakkanak, Viktor Lowenfeld.

Berdasarkan aspek psikologi pelajar untuk menarik minat dalam Pendidikan Seni Visual, suatu kurikulum dan perancangan berobjektif sangat diperlukan untuk membimbing pelajar mengenali potensi diri dan mengekspresi seni yang telah sedia wujud dalam diri mereka. Selain dari perkembangan minat dan bakat, seni juga dapat mendorong dan mendidik pelajar-pelajar melahirkan idea-idea kreatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga berpeluang melihat dan belajar daripada sejarah dan peradaban bangsa tentang hasilan seni kreatif tinggalan nenek moyang mereka seperti barangan kraf di samping belajar daripada sikap dan pemikiran serta persepsi mereka tentang makna kehidupan.

Kanak-kanak memerlukan peluang untuk mencipta seni kerana penting untuk pertumbuhan minda mereka. Kanak-kanak in tidak boleh dipisahkan dari kesenian terutama dalam kegiatan harian mereka. Ujian dengan menggunakan karayon memaksa kanak-kanak untuk cuba naik ke satu peringkat ke satu peringkat, hasilnya biasanya akan bertambah baik. Hal ini boleh menjelaskan eksperimen yang menunjukan percubaan makanisme dalaman yang ditunjukan oleh mereka. Berikut merupakan satu contoh lukisan yang telah disiapkan oleh kanak-kanak, dan melalui lukisan yang telah disiapkan, guru boleh melakukan apresiasi seni dan dapat menilai malah mengetahui perasaan serta psikologi murid pada ketika itu :

Lukisan diatas merupakan karya seorang murid yang dihasilkan semasa berada didalam kelas pendidikan Seni Visual, apa yang dapat diperhatikan melalui lukisan ini secara umumnya adalah sebuah

pemandangan suasana perkampungan, yang terdapat bukit bukau, sawah padi, rumah, pokok, dan orang yang sedang menjala, melalui impresi pertama, apa yang dapat diketengahkan disini adalah murid ini sedang berimiginasi mengenai sebuah suasana kampung, apabila imiginasi tersebut keluar, maka lebih elok jika diinterpretasi melalui psikologinya terlebuh dahulu. Menurut teori Konstruktivisme, kanak-kanak belajar melalui konstruksi idea yang dibentuk pada asasnya oleh guru, kemudian dijana dan dicipta melalui pelbagai medium imiginatif oleh murid itu sendiri. Contohnya guru memberikan satu tajuk atau tema seperti Kampung, maka murid akan menjana idea mereka melalui pelbagai sumber termasuklah kontekstual yang mereka miliki, hasil daripada janaan idea pelbagai sumber, maka akan terbina satu idea besar tentang elemen-elemen yang sesuai diterapkan didalam lukisan yang bakal dilukis. Dari segi penggunaan warna, jika dilihat berdasarkan lukisan kanakkanak itu tadi, hampir ke semua ruang dipenuhi dengan warna kecuali ruang bahagian awan yang dibiarkan putih kerana kebergantungan terhadap emosi kanak-kanak pada ketika dia melukis mewujudkan senario berfikir secara logik, menurut Buckingham (2006), elemen warna merupakan petunjuk kepada emosi kanak-kanak, penggunaan warna yang ceria memperlihatkan bahawa pada ketika itu emosi kanakkanak berada ditahap yang stabil dan gembira. Menurut Vygotsky (1973) pula, apabila murid sudah berada di dalam zon proksimal, maka keupayaan untuk berfikir atau menjana idea itu agak terbatas dan memerlukan bantuan guru untuk menjana idea itu kembali, berkaitan dengan kenyataan itu, jika dilihat pada lukisan terdapat dua bentuk matahari yang dilukis, ini menunjukkan perubahan idea murid apabila murid itu sudah berada pada zon proksimal, realistik terhadap sesuatu kejadian itu akan semakin kabur, dan kemudian muncul guru sebagai pembimbing, menjana idea murid melalui pelbagai medium seperti kontekstual bagi menimbulkan semula unsur logik didalam penghasilan karya seseorang murid itu. Melalui aspek kreativiti murid, berdasarkan lukisan yang ditunjukkan, ternyata kreativiti murid ini berada disatu tahap yang agak tinggi, menurut Gagne (1976), kreativiti itu dilihat pada seorang kanakkanak jika dia mampu berfikir sesuatu yang kita tidak terfikir tetapi mempunyai alasan yang munsabah untuk difikirkan, sebagai contoh didalam lukisan terdapat kawasan sawah padi yang terus berada

disebelah sungai/laut, murid ini beranggapan bahawa kehidupan kampung adalah sebuah kehidupan yang bergantung pada perikanan dan pertanian, maka set minda itu telah mewujudkan sesuatu yang tidak terfikir oleh manusia biasa kerana ia diluar kebiasaan hukum alam, tetapi berdasarkan fakta yang dipunyai oleh kanak-kanak ini, dengan keterbatasan ruang kertas lukisan, dia menterjemahkan idea dan fakta itu kepada sesuatu yang difikirkannya logik atas alasannya yang tersendiri. Ini adalah satu kreativiti yang tidak boleh ditolak, penjanaan kreativiti yang ditunjukkan pada lukisan terutamanya dari segi penggabungjalinan warna menjadikan lukisan ini mempunyai nilai artistikanya yang tersendiri, untuk seseorang kanak-kanak berfikir. Jika dilihat secara jelas pada lukisan, kanak-kanak ini sebenarnya cuba membina sebuah cerita tanpa kronologi, yang bermaksud apabila orang melihat lukisannya, maka orang lain akan faham keadaan kampungnya yang cuba digambarkan dalam bentuk lukisan, perilaku atau tindakan melalui pemikiran kreatif seperti ini menunjukkan bahawa pengaruh seni ini benar-benar dapat membina kreativiti seornag kanak-kanak. Pengekspresian ke dalam bentuk karya menjadikan kanak-kanak ini mempunyai nilai kreatif yang tinggi mendasari kemampuan dirinya yang belum pernah diketahui olehnya sendiri.

RUMUSAN Seni merupakan sebuah ekspresi, kepentingannya terhadap murid kadang-kala dipandang sunyi, seni dianggap sebagai sesuatu yang tidak perlu dikuasai, cukup sekadar diketahui, sedangkan hakikatnya pada senilah wujudnya luahan perasaan, pada senilah wujudnya kreativiti luar jangkaan. Melalui tugasan yang telah disiapkan, banyak pengetahuan serta pengajaran yang dapat dirangkumkan, seni sebenarnya sebuah latihan untuk menjadikan manusia itu serba boleh dan mampu beradaptasi dengan pelbagai keadaan serta masalah menggunakan kaedah atau penyelesaian yang lebih bijak, tetapi hakikatnya hari ini masih kurang diantara rakyat Malaysia yang mengerti akan fungsi dan keperluan pendidikan Seni Visual terutamnya kepada kanak-kanak. Kepentingan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sememangnya tidak dapat disangkal lagi.Ianya bukan sekadar keperluan dalam meningkatkan kreativiti murid-murid malahan mampu memberikan sumbangan untuk pembangunan negara dengan menghasilkan ramai tenaga profesional seperti jurutera,arkitek,doktor,saintis atau seniman yang mempunyai daya kreativiti yang

tinggi.Tambahan pula,dengan lahirnya guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mempunyai bakat serta efektif,proaktif dan mempunyai kualiti peribadi yang tinggi akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.Keterampilan,kewibawaan dan komitmen guru merancang,mengurus,melaksana,menilai dan membuat penambahbaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.

Bibliografi Hassan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidikan, Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Langsing, Kennet M. (1971). Art, Artists and Art Education. New York: Mc Grraw-Hill Book Company. Laniear, Vincent (1975). Objektives of Art Education. The Impact of Trans: Peabody Jurnal of Education. Lowenfeld, Victor and Brittain W. Lambert (1970). Creative and Mental Growth. 5 th. ed. New York: Macmillan Company. Mc Fee, June King (1972). Preparation For Art. San Francisco: Wadswath Publishing Company, Incorperation. Raja Zalabuddin Raja Yaakub (1985). Bukankah Seni Untuk Masyarakat. Dewan

S-ar putea să vă placă și