Sunteți pe pagina 1din 12

1.0 DEFINISI PEMULIHAN Pemulihan adalah sesuatu yang sudah biasa dilihat oleh kita semua.

Sama ada kita melihatnya di papan tanda jalan atau juga di tanda nama sesuatu bangunan atau kawasan. Tetapi,semua yang telah kita baca atau lihat di sepanjang perjalanan kita adalah sesuatu yang sudah tentunya baik. Maka pemulihan ini merupakan sesuatu perkara yang positif dan akan benar-benar membantu kita dalam memotivasikan diri. Menurut Aman Mohd, M.A, Abdullah Hassan di dalam buku Tesaurus Bahasa Melayu Edisi Kedua, pemulihan bermaksud pembaharuan, peremajaan, inovasi, reformasi, permodenan, pembaikan, regenerasi. Semua benda yang dimaksudkan ini ialah sesuatu yang positif dan membawa kepada sesuatu yang menambahbaik dan membawa perubahan bagi sesuatu benda mahupun diri kita. Jadi, apa yang dapat dinyatakan ialah, pemulihan ini adalah sesuatu perkara yang akan benar-benar membantu diri kita sama ada dari segi zahir mahupun batin. Pulih ialah berkeadaan seperti biasa, kembali seperti sedia kala ( Hj. Hassan Hj. Hamzah, 2004 ). Jadi, apa yang dapat diperkatakan ialah pemulihan ini ialah sesuatu yang akan dapat mengubah sesuatu daripada baik kepada yang lebih baik dan perkara ini akan menjadi semakin baik. Pendidikan pemulihan ialah suatu cara pendidikan yang khusus untuk menolong pelajar yang bermasalah proses pembelajarannya ( Jais Sahok, Mat Nor Husin, Pendidikan Pemulihan 1990 ). Jadi, apa yang dapat dinyatakan disini ialah pemulihan adalah sesuatu yang berkaitan dengan diri seseorang itu. Ianya adalah sesuatu yang akan memberi kebaikan dan perkara yang positif. Perkara ini dapat dilihat dari segi aspek pencapaian kademik seseorang pelajar. Andaikata seseorang itu adalah lemah dalam matapelajaran, sudah pastinya dia akan dimasukkan ke dalam kelas bagi mengikuti proses pemulihan. Pemulihan juga adalah sesuatu yang amat-amat dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Sewaktu kita meniti rodea kehidupan seharian,dapat juga kita lihat pelbagai perkara yang menayatakan tentang pemuihan dan setiap perkara yang kita

namapak atau lihat itu adalah sesuatu yang dianggap dan dijadikan sebagai perkara baik. Pernah juga kita melihat papan tanda yang bertulis Pusat Pemuliahn Akhlak dan juga Pusat Pemulhan Bagi Penagih Dadah. Jadi memang ternyata benarlah perkara yang telah dinyatakan ini. Setiap buku yang memberi makna dan menyatakan tentang pemulihan adalah sesuatu yang baik dan positif. Pemulihan ini adalah seuatu anjakan paradigm yang pasti dan tentunya akan membantu menjadikan sesuatu ataupun seseorang itu menjadi lebih baik. Pemulihan juga, dapat dilihat bagi pelajar apabila dia lemah dalam sesuatu pelajaran. Guru akan pastinya membimbing pelajar itu bagi meneruskan pembelajaran dan mengikuti sesuatu subjek dengan lancar dan teratur. Sebagai contoh, ada pelajar yang begitu lemah dan memerulukan bantuan bagi subjek maematik. Perkara ini sudah seperti menjadi perkara biasa di negara kita Malaysia ini. Jika dilihat dari sudut persekolahan, aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong murid-murid lembab untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi semasa aktiviti pengajaran secara kelas. Dengan adanya aktiviti pemulihan ini, adalah diharapkan bahawa murid-murid lembab akan dapat mencapai peringkat pembelajaran mereka yang diharapkan. Pada kebiasaannya, murid-murid yaNg tidak dapat menguasai kemahiran matematik tertentu kerana kurang faham atau salah konsep dan kemahiran matematik yang diajarkan secara kelas dan kurang terdaya mengikut kadar penyampaian guru ( Mok Soon Sang, 1996 ). Ada juga pelajar yang amat-amat dan terlalu memerlukan bimbingan daripada guru. Semua ini terletak pada pada gaya dan cara sesuatu kelas pemulihan itu diadakan. Ianya akan memudahkan seseorang pelajar itu andaikata kelas pemulihan yang dia ikuti adalah membantu dan selalunya perkara ini adalah sudah menjadi kebiasaan bagi guru bagi membantu pelajar yang lemah itu.

2.0 PEMULIHAN BACAAN

Pengenalan Pemulihan bacaan adalah satu program yang dijalankan bagi mengatasi masalan bacaan para murid. Jika ditinjau dari sudut perkembangan, setiap kanak-kanak melalui peringkat prabacaan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menolong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Namun, masih juga terdapat segelintir murid yang mengalami masalah prabacaan. Pada zaman teknologi ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di

sekolah ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain diasingkan, dan seorang guru pemulihan ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Beberapa waktu pelajaran telah diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid inI.

2.1 Faktor-faktor Murid Pemulihan Bacaan

Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak boleh membaca. Faktor yang pertama ialah faktor yang terdapat pada diri murid itu sendiri. Faktorfaktor ini seperti kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan dan juga pengalaman yang sedia ada dalam diri murid berkenaan. Faktor yang kedua pula ialah faktor yang ada pada bahan bacaan. Faktor yang tergolong dalam bahagian ini meliputi perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kandungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik.

2.2 Aktiviti Pemulihan Bacaan Aktiviti pemulihan bacaan yang utama ialah pengajaran fonetik yang betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penghasilan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, konsonan dan diftong juga perlu ditekankan bagi menghasilkan pembacaan yang betul. Oleh itu, setiap guru pemulihan harus mengajarkan alat-alat sebutan bunyi terlebih dahulu seperti bibir, gigi, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, lidah, anak tekak, rongga tekak dan juga rongga mulut. Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, guru haruslah bersikap kreatif dan kritis bagi menjalankan aktiviti pemulihan bacaan yang menarik minat murid. Guru pemulihan boleh menjalankan aktiviti seperti menyanyikan lagu ABC, menayangkan setiap huruf satu persatu kepada murid, membuat padanan abjad dan menyebut huruf satu persatu secara berulang kali. Guru juga boleh menjalankan aktiviti pandang dan sebut. Murid akan melihat keadaan sekeliling dan menyebut apakah benda yang telah dilihatnya. Guru juga boleh menggunakan gambar bagi merangsang murid-murid supaya bertutur. Ini juga merupakan aktiviti asas yang perlu diajarkan oleh guru kepda murid-murid pemulihan. Guru juga boleh menjalankan aktiviti permainan bahasa bagi menarik minat murid menguasai kemahiran membaca. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru ialah seperti melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan, permainan respon terhadap bunyi huruf, permainan bagi membentuk perkataan-perkataan mudah seperti saya, buku, meja dan sebagainya. Bahan bantu mengajar yang menarik juga amat ditekankan dalam aktiviti pemulihan bacaan. Ini kerana murid-murid suka akan perkara-perkara yang cantik dan menarik. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam memilih bahan-bahan bantu mengajar yang menarik.

2.3 Analisis Pemulihan Bacaan Menjawat jawatan sebagai guru Pemulihan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng oleh masyarakat. Ini kerana guru pemulihan yang banyak membantu murid-murid yang tidak boleh menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan juga mengira. Oleh itu, tanggungjawab yang harus digalas amatlah berat. Guru pemulihan seharusnya mempunyai bakat yang berbeza berbanding guru biasa, ini kerana murid-murid pemulihan tidak seperti murid normal yang lain. Oleh itu, guru pemulihan haruslah mempunyai teknik yang berkesan bagi menarik minat murid-murid pemulihan untuk belajar. Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar yang menarik haruslah dititikberatkan oleh guru pemulihan. Dengan menggunakan bahan-bahan yang maujud, murid pemulihan akan dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran dengan lebih cepat. Guru haruslah menggunakan teknik, pendekatan dan kaedah yang sesuai bagi membolehkan murid pemulihan menguasai kemahiran asas dalam berbahasa iaitu membaca.

3.0 KEMAHIRAN PRABACAAN

2.1

PRABACAAN

3.0PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS

3.1PRATULISAN Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awalawal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambanglambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihanlatihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.

Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus

dengan bebas.

3.2 PERINGKAT TULISAN MEKANIS Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambanglambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada lembaran satu garis. Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam. Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu guru haruslah memberi perhatian kepada kanak untuk menulis dengan mengeja dan menyebut namanama huruf. Latihan juga dilakukan dengan menggunakan kertas yang dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yang bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik , baruah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis mengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat-ayat yang

mudah dan sebagainya.

3.3 Contoh-contoh kemahiran pratulisan


a) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis. b) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, ma=eramas-ramas jari dan sebagainya. c) Latihan membentuk garisan lurus. d) Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebas. e) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.

S-ar putea să vă placă și

  • Kata Arah
    Kata Arah
    Document1 pagină
    Kata Arah
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • TARIKH
    TARIKH
    Document1 pagină
    TARIKH
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Celek Baca Linus
    Celek Baca Linus
    Document3 pagini
    Celek Baca Linus
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • BM Tulang Belakang
    BM Tulang Belakang
    Document5 pagini
    BM Tulang Belakang
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Menjaga Kesihatan Sistem Penghadaman
    Menjaga Kesihatan Sistem Penghadaman
    Document4 pagini
    Menjaga Kesihatan Sistem Penghadaman
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Pantun Dua Kerat 4 Pantun
    Pantun Dua Kerat 4 Pantun
    Document5 pagini
    Pantun Dua Kerat 4 Pantun
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Borang Kolaborasi
    Borang Kolaborasi
    Document1 pagină
    Borang Kolaborasi
    Iqmal Hizazi
    Încă nu există evaluări
  • Borang Soal Selidik
    Borang Soal Selidik
    Document1 pagină
    Borang Soal Selidik
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Media Sosial Dan Etika Muslim
    Media Sosial Dan Etika Muslim
    Document2 pagini
    Media Sosial Dan Etika Muslim
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • RPTBMTHN 3
    RPTBMTHN 3
    Document55 pagini
    RPTBMTHN 3
    Anonymous bv1RHF
    Încă nu există evaluări
  • Media Sosial Dan Etika Muslim
    Media Sosial Dan Etika Muslim
    Document2 pagini
    Media Sosial Dan Etika Muslim
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Sistem Integumentari
    Sistem Integumentari
    Document2 pagini
    Sistem Integumentari
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Borang Kolaborasi
    Borang Kolaborasi
    Document1 pagină
    Borang Kolaborasi
    Iqmal Hizazi
    Încă nu există evaluări
  • Senarai Nilai Murni
    Senarai Nilai Murni
    Document1 pagină
    Senarai Nilai Murni
    Andi Haslinda Andi Sikandar
    Încă nu există evaluări
  • Tajuk 3
    Tajuk 3
    Document1 pagină
    Tajuk 3
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • RPH Sejarah Tahun 4
    RPH Sejarah Tahun 4
    Document5 pagini
    RPH Sejarah Tahun 4
    vimalah
    Încă nu există evaluări
  • Anatomi&amp Fisiologi STPM
    Anatomi&amp Fisiologi STPM
    Document3 pagini
    Anatomi&amp Fisiologi STPM
    Mohd Nasa'i
    Încă nu există evaluări
  • Aku Sebuah Basikal
    Aku Sebuah Basikal
    Document3 pagini
    Aku Sebuah Basikal
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • He Tajuk 4
    He Tajuk 4
    Document50 pagini
    He Tajuk 4
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Sistem Otot Manusia
    Sistem Otot Manusia
    Document2 pagini
    Sistem Otot Manusia
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Plasenta Abrupsi
    Plasenta Abrupsi
    Document7 pagini
    Plasenta Abrupsi
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Sistem Otot Manusia
    Sistem Otot Manusia
    Document2 pagini
    Sistem Otot Manusia
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • HTTP
    HTTP
    Document6 pagini
    HTTP
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • PERIODISASI
    PERIODISASI
    Document27 pagini
    PERIODISASI
    Norazah Hashim
    Încă nu există evaluări
  • He Tajuk 4
    He Tajuk 4
    Document50 pagini
    He Tajuk 4
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Kinesiologi Dan Lakuan Motor
    Kinesiologi Dan Lakuan Motor
    Document5 pagini
    Kinesiologi Dan Lakuan Motor
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Etika Profesional TM - Slide
    Etika Profesional TM - Slide
    Document6 pagini
    Etika Profesional TM - Slide
    meeeeow
    Încă nu există evaluări
  • 09 Bahan Bacaan 3104 Merge Terkini 3
    09 Bahan Bacaan 3104 Merge Terkini 3
    Document82 pagini
    09 Bahan Bacaan 3104 Merge Terkini 3
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Kuliah 7 Autisme
    Kuliah 7 Autisme
    Document12 pagini
    Kuliah 7 Autisme
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • Susun Perkataan Jadi Ayat Yang Betul
    Susun Perkataan Jadi Ayat Yang Betul
    Document2 pagini
    Susun Perkataan Jadi Ayat Yang Betul
    اشرف يوسف
    Încă nu există evaluări
  • De la Everand
    Încă nu există evaluări
  • De la Everand
    Încă nu există evaluări