Sunteți pe pagina 1din 18

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

NAMA NO K/P KUMPULAN KOD M/PELAJARAN TARIKH SERAHAN

: AZHAM KHAN BIN AZIZUDDIN KHAN : 671116-07-5539 : PPG PJM(B) : PJM3111 : 23/3/2013

NAMA PENSAYARAH : EN. ROSLEY BIN ABDULLAH

1.1 PENGENALAN
Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran bermaksud arah atau hala tuju yang diambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Ianya berfungsi sebagai aspek belakang tabir iaitu sama kedudukannya dengan strategi dalam membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan terbahagi kepada 4 iaitu: 1. Induktif 2. Deduktif 3. Eklektik 4. Komunikatif

PENDEKATAN INDUKTIF
Ganjakan daripada sesuatu yang khusus kepada sesuatu yang umum. Contohnya dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan bergerak ke depan dalam sesuatu generalisasi. Ciri ciri pendekatan Induktif ialah: Menggunakan pengalaman deria untuk peroleh pengetahuan Penekanan kepada pengajaran bebentuk konkrit Kekerapan membuat ulangan dalam pelbagai konteks kemahiran Menekankan aspek latihan Murid belajar sepenuhnya dibawah bimbingan guru Menekankan penglibatan murid yang aktif Bersifat saintifik iaitu wujud suasana pembelajaran menarik dan berkesan

KELEBIHAN INDUKTIF: menggalakkan penglibatan murid yang aktif murid mendapat bimbingan sepenuhnya daripada guru. penggunaan bahan bantu mengajar secara maksimum murid berpeluang mengemukakan contoh sendiri.

KELEMAHAN INDUKTIF : sukar mendapat kerjasama daripada murid- murid masa yang digunakan terlalu lama untuk selesaikan masalah guru terbeban kerana banyak persediaan yang perlu dibuat tidak sesuai untuk murid yang pandai/ aktiv .

PENDEKATAN DEDUKTIF
Guru memulakan sesuatu pembelajaran dengan melihat sesuatu itu secara keseluruhan sebelum kesimpulan secara spesifik dibuat. Ciri ciri pendekatan deduktif ialah: Mementingkan pengetahuan yang diperoleh dan bukan kebiasaan Bersifat idealisme untuk peroleh pengetahuan Isi disusun bermula dengan keseluruhan kepada yang lebih kompleks Struktur isi dan kognitif dapat memudahkan murid belajar Menekankan kefahaman terhadap sesuatu yang dipelajari Mengutamakan aspek tulisan berbanding kemahiran lain

KELEBIHAN : cara mudah dan sesuai untuk sampaikan isi pelajaran guru tak perlu buat banyak persediaan bermanfaat kepada murid- muird yang pandai sesuai digunakan guru- guru dalam pengajaran mereka murid berpeluang meniru dan menghafaz contoh yang diberikan guru kemudian membentuk contoh lain melalui latihan KELEMAHAN: Tidak sesuai untuk murid lemah Mengutamakan pengetahuan sedia ada Guru perlu kuasai konsep dan contoh yang betul, tepat dan jelas sebelum melaksanakannya.

PENDEKATAN EKLEKTIK
Pendekatan elektrik menggabungkan kedua2 pendekatan ( induktif dan deduktif) Ciri-ciri : Satu cara mengajar pendidikan jasmani yg menggunakan pelbagai kaedah memberi peluang guru menggunakan usaha dan kreativiti sendiri guru berpeluang mengajar mengiikut kebolehan dan kemampuan murid membolehkan murid berfikir secara terus apa yang sedang dipelajari

pendekatan ini banyak menggunakan latihan dalam pengajarannya

KELEBIHAN : sesuai dilaksanakan untuk murid yang mempunyai pelbagai kebolehan murid2 berpeluang belajar dalam suasana yang lebih meyakinkan pengambilan ciri2 baik daripada beberapa pendekatan lain, boleh mengimbangkan kelemahan yang ada dalam pendekatan tersebut memudahkan guru mentadbir pengajaran mereka sekaligus meningkatkan

pemahaman murid. KELEMAHAN: Sukar memilih pendekatan yang hendak digunakan Tugas guru bertambah kerana terpaksa menyediakan banyak latihan Tidak sesuai untuk murid lemah

PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Pendekatan ini berfokus kepada bentuk- bentuk komunikatif seperti permohonan maaf, penceritaan, pelaporan, dan lain lain. Pendekatan ini mengunakan struktur bahasa yang sesuai untuk ikut tujuan komunikasi dan mengambil kira makna sosial dalam penggunaan bahasa. CIRI CIRI: mementingkan makna, konteks, dan situasi tumpuan kepada fungsi komunikatif matlamat belajar adalah untuk keupayaan berkomunikasi

Murid-murid digalakkan menyampaikan idea baharu secara lisan. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid untuk belajar.

Bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran muridmurid.

Latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan.

KELEBIHAN: Murid mengetahui bahawa keadaan sosial masyarakat akan mewujudkan variasi dan kelainaan dalam pendidikan jasmani. Permainan sangatlah penting kerana mempunyai aktiviti komunikasi. Pelajar seharusnya diberi peluang untuk meluahkan idea dan pendapat mereka. Satu daripada tangungjawab guru adalah meyediakan situasi pembelajaran yang menggalakkan komunikasi. KELEMAHAN: guru sukar menyediakan pelbagai murid- muird yang berbeza peringkat kebolehan dan kecerdasan sukar dilaksanakan kepada murid-murid yang lemah.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bola tampar dan bola baling pada saya pendekatan yang paling sesuai ialah dengan menggunakan pendekatan induktif dan deduktif. Ini kerana pendekatan tersebut yang paling sesuai untuk sesi pengajaran tentang kemahiran yang terdapat dalam permainan bola baling dan bola tampar. Dalam pendekatan indukti murid akan menggunakankan pengalaman yang sedia ada untuk menajamkan lagi kemahiran yang terdapat didalam permainan bola tampar dan bola baling. Melalui pendekatan ini sesi pengajaran akan bejalan dengan lebih mudah dan kemahiran yang akan

diajar menjadi lebih mudah. Namun jika dilihat dari kedua- dua pendekatan tersebut kita lebih menjurus kepada menajamkan aspek kemahiran yang terdapat dalam permainan bola baling dan bola jaring secara tradisional. Ianya berbeza dengan penggunaan kemahiran manipulatif yang mana guru boleh terus mengajar kemahiran tanpa menumpukan kepada satu- satu kemahiran sahaja. Kerana dalam kemahiran manipulative ianya menekankan cara permainan yang sebenar secara simulasi. Kita akan melihat apa itu kemahiran manipulatif yang banyak digunakan pada masa kini. Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan mengendalikan objekobjek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya. Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :I. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul mengumpan dan merejam II. III. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul

Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan. Perkembangan kemahiran manipulatif seseorang bermula sejak mereka lahir seiring dengan perkembangan motor halus dan motor kasar. Kemahiran manipulatif merupakan pengembangan dari kemahiran motor halus dan motor kasar. Kemahiran manipulatif adalah merupakan kebolehan seseorang untuk menggunakan dan mengawal anggota anggota badan untuk mengendalikan sesuatu alatan atau objek, contohnya seperti menendang bola, menyambut bola dan sebagainya. Kemahiran manipulatif melibatkan koordinasi mata dan lain lain anggota badan. Dalam permainan bola baling dan bola tampar, terdapaat kemahiran manipulatif yang berbeza dari segi perlakuan dan penggunaan motor halus dan

motor kasar. Di bawah merupakan contoh kemahiran manipulatif yang boleh disuaikan untuk permainan bola baling dan bola tampar.

BOLA BALING Kemahiran membaling Guru boleh menggunakan alatan seperti bola getah, bola span kecil, pundi kacang atau lain- lain alatan yang sesuai bagi kemahiran ini. Fokus yang yang kepada betul. hanya Guru kemahiran juga boleh kecil membaling alatan mengikut tknik merancan satu permainan kemahiran mmbaling sahaja.

BOLA TAMPAR Kemahiran melambung. Melambung objek kepada rakan atau dalam kumpulan. Guru boleh menggunakan bola, pundi kacang, bola getah dan lain- lain.

meenggunakan

Kemahiran melontar. Sama seperti kemahiran diatas

Kemahiran menyambut Menyambut sesuatu objk yang di lambung oleh rakan atau secara bersendirian.

tetapi terdapat sedikit perbezaan antara 2 kemahiran ini.

Kemahiran menangkap. Perlakuan menangkap akan berlaku secara kemahiran automatik melontar apabila atau

kemahiran menampar. Pelbagai dapat Seperti kaedah menampar yang bola menarik guru. getah

dilaksanakan

oleh

membaling dijalanan. Guru perlu memberi perhatian kepada teknik menangkap yang betuk untuk

dengan menggunakan bat ping pong, atau sarung tangan yang dibuat sendiri dari surat khabar.

mengelakkan kecederaan.

belakunya

Kemahiran melantun. Dalam berlaku, permainan melantun guru bola bola baling akan perlulah

Kemahiran menimbang. Kemahiran dilakukan kaki. kemahiran menimbang dengan yang untuk boleh mengajar pada

kemahiran

menggunakan terdapat

Namun

menyesuaikan kaedah pengajaran yang berkaitan dengan kemahiran melantun. dan saiz. Guru boleh menggunakan belbagai jenis bola

permainan bola baling, guru harus merancang permainan dengan lebih kepada penggunaan tangan. Murid boleh menimbang belon atau bola getah pelajari. dengan tangan supaya kemahiran menimbang dapat di

Kemahiran menggelecek. Guru boleh mereka satu bermainan yang murid akan bergerak serentak dalam kawasan yang kecil tanpa berlanggar dengan rakan. Guru juga boleh mereka satu permainan kecil dengan menggunakan alatan seperti bola span, belon atau lainlain lagi.

Kemahiran merejam. Kemahiran ini dipraktikkan apabila perlakuan ini untuk menjaring gol. Guru boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai seperti batang kayu,bola , pundi kacang dan lain.

Kesemua perkara yang disenaraikan di atas merupakan kemahiran manipulatif bagi permainan bola tampar dan bola baling.

Apa yang dapat dilihat dari perbandingan pendekatan dan kemahiran manipulatif adalah dari segi cara penyampaian guru kepada murid tentang sesuatu kemahiran yang akan diajar. Jika mengikut pendekatan yang dipilih iaitu induktif dan deduktif ianya lebih kepada mendapatkan kemahiran dengan cara bantuan guru atau pengalaman lepas. Ianya berbeza dengan penerapan kemahiran manipulatif yang mana dalam kemahiran manipulatif ianya menekankan kepada aspek terus main. Guru akan bertindak sebagai fasilitator dan memberi teguran apa bila berlaku kesilapan semasa permainan tersebut berlangsung.

1.2 TGFU Teaching Games for Understanding (TgfU) merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGfU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee) TGfU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGfU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGfU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGfU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara pelajar. Melalui TGfU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGfU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGfU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. Dengan menggunakan pendekatan TGFU ini ianya lebih memudahkan guru dalam mengajar cara permainan yang betul melalui pengalaman bermain permainan yang seakan akan permainan asal.

Sebagai contoh untuk mengajar permainan bola tampar seorang guru perlu menggunakan satu permainan yang berkaitan dengan permainan asal. Guru boleh cipta satu permainan yang seakan bola tampar. Kanak- kanak akan menunjukkan minat untuk bermain. Guru boleh menggunakan permainan yang mirip kepada permainan sebenar. Undang- undang juga perlu di permudahkan supaya ianya tidak menjadi.penghalang kepada Keseronok bermain murid- murid. Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah menkategorikan permainan kepada 4 kategori utama: Sasaran (Target) - menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Murid-murid mempunyai sasaran tertentu dan permainan ini berfokus terhadap tempat sasaran itu. Contoh permainan adalah seperti bowling, achery dan golf Striking/ Fielding - perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan striking dan pasukan fielding. Pasukan striking akan bermain dengan bersungguh untuk mendapat markah manakala pasukan fielding akan cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan striking mendapat lebih markah. Mata dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan. Contoh permainan adalah seperti baseball, softball dan criket. Jaring/ dinding (net/wall) - permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Kedua-dua pihak bermian dengan suatu alat manipulasi seperti bola. Mata dikumpul melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam kawasan gelanggang. Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan table tennis.

serangan (Invasion)

- Permainan berpasukan. Dalam jangkaan masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata. Contoh permainan seperti bola sepak,hoki, bola keranjang dan bola baling.

1.3 PENGLIBATAN DAN KESERONOKAN KANAK- KANAK TERHADAP TGFU Dengan wujudnya TGFU maka guru boleh merancang dapat memberi peluang kanakkanak meneroka permainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat. TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. Ianya juga dapat memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat. Kaedah TGFU menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa bermain. Ianya menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan dengan memberi ruang dan peluang meneroka dan belajar dalam pergerakan kemahiran fizikal dalam lingkungan konteks aktiviti fizikal, mengekalkan minat untuk belajar dan menimbulkan keseronokan semasa bermain. TGfU mencadangkan cara murid mampu menghargai keseronokan bermain ke arah membina daya usaha atau kesungguhan belajar teknik kemahiran untuk meningkatkan permainan. Disamping itu TGFU menyediakan persekitaran pembelajaran holistik dan konstruktif melalui beberapa soalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain. Meningkatkan aras domain pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan taktikal dan penyelesaian yang mengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai permainan dan pendekatan sebagai tulang belakang. Pelajar bukan sahaja memahami apa yang mereka patut tahu untuk berjaya dalam permainan, tetapi yang lebih penting bila dan mengapa untuk membuat keputusan dalam konteks permainan

yang dinamik dan pelbagai. Perkara yang lebih penting ialah TGfU memberi fokus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk membantu pelajar perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki supaya dapat mengambil bahagian dalam sukan tertentu. TGfU juga menyediakan pelajar kepada peluang memikul tanggungjawab ke atas pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain, kemahiran sosial, bersikap positif dan nilai. Membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman belajar melalui alam penerokaan dan mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam bidang perkembangan pergerakan kognitif. Bermula dari aktiviti memanaskan badan murid akan melakukan aktiviti memanaskan badan dengan permainan yang telah dirancang oleh guru. Ini mendatangkan keseronokkan tanpa menyedari mereka sedang melakukan aktiviti memanaskan badan. Guru juga harus bijak menyelitkan aktiviti regangan otot semasa permainan berjalan. Ianya akan berturut dengtan langkah perkembangan dan seterusnya penutup dengan permainan kecil. I ni bermakna dengan pndekatan TGFU murid akan terdedah dengan permainan yang menyerupai bentuk permainan yang sebenar tanpa memikirkan perlakuan atau ansur maju kemahiran sesuatu permainan. Dengan kaedah tradisional mungkin akan mendatangkan kebosanan kepada murid apabila isi pengajaran akan disampaikan oleh guru secara satu persatu. Edua- dua pihak akan berasa bosan dengan kaedah yang mengambil masa yang agak lama untuk mempelajari ssuatu kemahiran. Namun apa yang penting ialah perancangan guru itu perlu bijak dan mengetengahkan permainan baharu yang menyerupai permainan sebenar.

1.4. UNSUR- UNSUR YANG DAPAT MENARIK MINAT KANAK- KANAK TERHADAP PERMAINAN BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING. Permainan bola baling dan bola tampar merupakan satu sukan yang dipertandingkan di peringkat MSSM. Saban tahun pertandingan ini dijalankan bagi menaikan martabat sukan bola baling dan bola jaring. Namun sekiranya ditanya kepada murid- murid dari peringkar sekolah rendah hinggalah menengah tentang bola baling dan bola tampar

saya percaya ianya tidak lah se popular seperti bola sepak, bola jaring dan lain- lain sukan yang boleh dikelaskan sebagai sukan teras. Dengan adanya kaedah TGFU sukan bola baling dan bola tampar dapat menarik minat murid- murid untuk menjadikan sukan bola baling dan bola tampar kepada sukan yang popular. Guru harus bijak mengubahsuai permainan bola baling dan bola jarting supaya ianya dapat menarik minat murid- murid. Saya Menyenaraikan 5 perkara yang dapat menarik minat murid- murid terhadap pengubahsuaian permainan bola baling dan bola tampar. 5 perkara tersebut ialah : I. II. III. IV. V. Bentuk permainan kecil (TGFU) Penggunaan alatan Undang- undang permainan Penerapan kemahiran Ganjaran.

1.4.1 BENTUK PERMAINAN KECIL (TGFU) Permainan kecil amat penting dalam partumbuhan kanak-kanak. Ianya merupakan hal yang meyeronokkan dan mencergaskan minda. Hal ini kerana program seperti permainan kecil ini menolong dalam pembangunan kemahiran asas motor seperti berlari dan melompat. Ianya juga meninggkatkan daya kemahiran khusus sukan seperti melontar, menangkap dan menyepak. Tambahan pula, menurut Eisen (1998), kanakkanak jika ditinggal akan bersendirian dengan apa sahaja alat permaianan, mereka akan bermain dengan alat-alat tersebut. Permainan kecil ini perlu diawasi oleh guru dan ianya juga berlaku dalam keadaan berkelompok. Bagi menarik minat murid dalam memperkenalkan bola baling dan bola tampar guru boleh bermula dengan aktiviti permainan kecil yang menyerupai permainan sebenar bola baling dan bola tampar. Dalam merancang permainan kecil guru perlu mengambil kira beberapa perkara yang penting iaitu: I. Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.

II. III. IV. V. VI. VII.

Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum. Sedikit atau tiada alat yang digunakan. Tidak menggunakan masa yang panjang. Ruang permainan yang sederhana atau kecil. Perjalanan permainan data diubahsuai. Senang untuk dijalankan.

Guru perlu merancang permainan yang boleh menyeronokkan murid sekaligus dapat menarik minat murid untuk terus bermain. Sekiranya permainan yang dirancang terlalu menjurus kepada permainan sebenar mungkin akan menyebabkan murid menjadi bosan.

1.4.2 PENGGUNAAN ALATAN Bagi menarik minat murid seorang guru perlu menggunakan alatan yang menarik, mudah dan selamat. Seperti kita sdia maklum bawaha permanian bola baling dan bola tampar ini memerlukan murid bermain dengan menggunakan bola. Dalam permainan kecil guru boleh menggantikan bola baling atau bola tampar dengan sesuatu yang lebih mudah seperti bola span, bola getah ataupun belon. Namun ini perlulah mengikut ksesuaian kemahiran yang hendak di beri penekanan oleh guru tersebut. Alatan juga perlulah dalam keadaan yang baik dan tidak rosak. Alatan yang rosak boleh menyebabkan kecederaan kepada murid- murid. Jika mereka tecedera saya percara ianya akan mendatangkan ketakutan dan seterusnya melupakan permainan bola baling dan bola tampar.

1.4.3 UNDANG- UNDANG PERMAINAN Dalam merancang sesuatu permainan sorang guru harus terlebih dahulu menyatakan undang- undang yang akan digunakan semasa permainan kcil dilaksanakan. Guru boleh

menyatakan apakah kemahiran yang akan dilihat dan permainan kecil sebolehnya menjurus kepada kemahiran yang hendak diberi perhatian oleh guru. Contohnya guru ingin melihat murid mengaplikasikan kemahiran balingan aras dada, maka guru tersebut sepatutnya menyediakan permainan yang boleh mengaitkan kemahiran balingan aras dada disamping kemahiran yang lain. Apabila undang- undang yang ditetapkan telah dilanggar maka guru boleh mengenakan denda atau potong mata atau lain- lain. Namun diingatkan kepada guru- guru bentuk denda yang akan dikenakan biarlah berbentuk ilmiah tanpa menurut amarah diri. Sekiranya undang- undang permainan tidak diberi penekanan akan mendatangkan masalah kepada guru seperti murid melakukan aktiviti dengan keadaan tidak teratur dan berkemungkinan terdapat murid yang akan tecedera.

1.4.4 PENERAPAN KEMAHIRAN Guru perlu merancang satu permainan yang menyerupai permainan yang sebenar. Semasa murid sedang bermain guru bolehlah memberikan tunjuk ajar kepada murid yang mempunyai masalah untuk menguasai sesuatu kemahiran. Guru boleh menegur berkaitan kemahiran yang dirasakan mempunyai masalah. Dalam permainan bola baling dan bola tampar terdapat beberapa kemahiran yang amat penting dalam kedua- dua permainan.

1.4.5 GANJARAN. Dalam memberikan ksronokkan kepada murid semasa sesi p&p, seorang guru perlu bijak merancang dan melaksanakan p&p yang berkesan. Tidak lupa juga kepada unsur dalaman murid iatu penghargaan. Guru boleh memberi ganjaran seperti hadiah, tepukan dari rakan sekelas dan lain- lain lagi. Ganjaran bukan bertujuan untuk membuatkan murid menjadi riak tetapi lebih kepada memberikan galakan unutk mereka lebih bersemangat pada sesi yang akan datang. Guru boleh menetapkan cara bagai mana untuk memilih pemenang berdasarkan permainan yang direka oleh guru.

1.5 PANDANGAN MENGENAI TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM PERMAINAN BOLA BALING DAN BOLA TAMPAR. Kemahiran manipulatif merupakan satu kemahiran yang mementingkan asas kepada sesuatu kemahiran permainan yang mengabungkan pergerakan motor halus dan pergerakan motor kasar seseorang murid. Tanggungjawab ini perlu digalas oleh seorang guru dalam melahirkan murid- muriod yang mampu untuk melakukan sesuatu kemahiran yang terdapat dalam permainan bola baling dan bola tampar. Namum terdapat juga segelintir guru yang memandang remeh perkara ini. Kita bukan mahu melahirkan seorang atlit tetapi kita berkeinginan melahirkan seorang murid yang mampu untuk menggunakan kemahiran- kemahiran asas yang terdapat didalam permainan bola baling dan bola tampar khasnya. Sekiranya kemahiran- kemahiran ini tidak di latih dengan bantuan kemahiran manipulatif saya percaya murid- murid tidak dapat merasai keseronokkan dalam permainan bola baling dan bola tampar. Saya mndapati muridmurid disekolah saya lebih menyukai permainan bola baling berbanding bola tampar, mengapa ini berlaku? Hasil dari soal selidik yang saya lakukan saya dapati ianya berkait rapat dengan cara kemahiran itu sendiri diajar dan bagaimana ianya diajar. Alasan utama yang membuatkan mereka tidak minat kepada permainan bola tampar ialah merasa sakit pada tangan apabila menggunakan boala tampar untuk berlatih kemahiran dalam bola tampar. Lantaran itu saya sediakan bola getah yang lebih lembut dan dengan cara itu saya dapati mereka mula berasa selesa dengan penggunaan bola getah. Cara penyampaian kemahiran diubah dengan lebih kepada permainan kecil tanpa murid sedar bahawa permainan yang mereka sedang main itu mirip kepada permainan bola tampar. Disini saya dapat simpulkan bahawa kemahiran manipulatif itu telah wujud dalam diri murid- murid namun perkaitan antara kemahiran dalam bola baling dan bola tampar itu munkin masih kabur. Sekiranya guru lebih memberi penekanan kepada kemahiran manipulatif dan permainan kecil saya percaya kemahiran manipulatif dikalangan murid-

muird akan lebih meningkat terutamanya kemahiran yang terdapat pada permainan bola baling dan bola tampar.

S-ar putea să vă placă și