Sunteți pe pagina 1din 10

1.

Pengenalan Di Malaysia, usaha-usaha memupuk perpaduan yang harmoni antara pelbagai etnik sentiasa dilaksanakan dalam setiap lapisan masyarakat, terutamanya di kalangan para pelajar melalui sistem pendidikan sedia ada. Bagi membina suatu kefahaman yang lebih mendalam, usaha ini mestilah didahului dengan memperkenalkan beberapa konsep-konsep asas yang mendasari hubungan etnik. Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu Bangsa, Masyarakat dan Negara. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang multiracial dan multiculture yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Kita perlu memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain selain hidup bermasyarakat. Keperluan memehami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain. Manusia perlu memupuk kerjasama didalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Kesedaran tentang sifat dan ciri masyarakat perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat adalah sesuatu yang dinamik. 2. Konsep Etnik Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Dari segi bahasa etnik membawa kepada kaum atau bangsa. Dari segi istilahnya pula etnik menerangkan suatu kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Etnik ialah berkenaan bangsa manusia, ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum.Etnik boleh diterangkan dalam tiga jenis iaitu Etnisiti, Etnosentrik & Etnosentrisme. Etnisiti merupakan rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Etnosentrik adalah menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan dianggap ganjil, berada di tahap rendah atau tidak bermoral. Manakala Etnosentrisme menerangkan kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dikalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

3. Tahap-tahap Hubungan Etnik Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Tahap-tahap di trangkan kepada lima tahap iaitu akomodasi, amalgamasi, akulturasi, asimilasi, dan segregasi. Tahap akomodasi : Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantung. Switzerland adalah contoh negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka untuk hidup dalam sesebuah Negara. Tahap amalgamasi : Ia menjangka bahawa semua kebudayaan akan cair dan dijadikan satu keseluruhan bersama. Ia juga merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Bagi membentuk budaya dan ras yang baru, golongan dominan hendaklah membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minority sudi atau dipaksa berbuat demikian. Kumpulan majority sanggup melepaskan hak-hak dan keistimewaan mereka yang sedia ada. Walaubagaimnapun perkara ini jang berlaku. Kebiasaannya ia terjadi melalui perkhawinan campur antara etnik.
A + B + C =D A + B + C =A + B + C

Tahap akulturasi : Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpow, makanan, hiburan dan sebagainya. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat. Unsur tidak bersifat kebendaan seperti ideologi dan pemikiran lebih sukar untuk diterima. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima. Tahap asimilasi : Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identity. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, merupakan antara contoh berlakunya proses asimilasi.
A + B + C =A

Tahap segregasi : Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.

4. Hubungkait antara etnisiti dan Ekonomi zaman kolonial British. Dalam melihat asal-usul kewujudan kepelbagaian kumpulan etnik di Malaysia, kita perlu melihat keadaan dan perubahan yang berlaku di Semenanjung Malaysia pada zaman pra-kolonial dan zaman colonial. Sepertima yang kita sedia maklum, pada zaman colonial Semanjung Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu atau Malaya sehinggalah tahun 1963 yang mana ianya mula dikenali sebagai Malaysia. Semenanjung Tanah Melayu mempunyai kedudukan strategic yang berfungsi sebagai perantara bagi hubungan perdagangan timur dan barat telah mengundang pedagang daripada segenap pelusuk dunia. Di kalangan mereka ini turut disertai oleh golongan para alim-ulamak dan cerdik pandai. Mereka ini terdiri dari pelbagai kumpulan etnik seperti China, Vietnam, Siam, Indonesia, India, Arab, dan juga Eropah yang telah mewujudkan penempatan serta koloni-koloni mereka di sini dalam bentuk penempatan sementara mahupun tetap. Menurut Nagata (1979:6), para pedagang yang kekal lama disini kadang kala akan mewujudkan wilayah mereka yang tersendiri dan mereka ini akan

mempamerkan pelbagai bentuk interaksi. Melihat kepada aspek perkembangan sisoal masyarakat para pedangang yang wujud ini, keadaan yang serupa turut wujud di kawasan tumpuan perdagangan penting yang lain seperti di Palembang, Surabaya, Bantam, Brunei, Pattani dan Acheh. Pengaruh budaya awal di Semenanjung Tanah Melayu adalah dari benua kecil India semenjak dari kurun kelima dan keenam ataupun mungkin lebih awal daripada itu yang mana bukti kewujudannya terselah dengan adanya bukti-buktiarkeoligi dan prasejarah. Elemen agama dan budaya india adalah elemen utama yang disebarkan ke seluruh Semenanjung dan Indonesia.sehingga kini kesan pengaruh budaya masyarakat India asih dapat dilihat dengan jelas di dalam budaya masyarakat Melayu sendiri sama ada di peringkat rakyat biasa mahupun melalui upacara-upacara rasmi yang melibatkan kesultanan atau pembesar-pembesar Melayu (Nagata, 1979:6-7) Ini disusuli dengan kedatangan para pedagang dan mubaligh dari China, Arab yang membawa dan mengembangkan ajaran Buddha dan Islam. Semenanjung Tanah Melayu di zaman pra-kolonoal ini tidak mempunyai sebarang sempadan dalam konteks moden sehingga kewujudan penjajah danpemenrintahan oleh kuasa colonial. Daripada

aspek politik pula, julas Semenanjung Tanah Melayu merupakan satu kawasan terbuka yang tiada sempadan, tanah untuk para perintis dan juga untuk pelbagai kaum. Segala hakmilik adalah berdasarkan kepercayaan dan warisan dan tanpa campur tangan dari pihak-pihak lain. Keadaan ini terus wujud untuk beberapa kurun berikutnya sehinggalah Portugis mula bertapak pada tahun 1511 yang kemudiaannya telah menjadi pelopor pemerintahan colonial Eropah yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu, diikuti oleh kehadiran British di Pulau Pinang pada tahun 1786. Walaubagaimanapun Perjanjian Pangkor 1874 telah diikhtiraf sebagi permulaan bertapaknya colonial British di Semenanjung Tanah Melayu. Penguasaan British terhadap kuasa politik sultan dan pembesar Melayu adalah satu proses yang beransur dan perlahan-lahan. Penguasaan politik oleh British berterusan selama beberapa dekad dalam sektor ekonomi dan campurtangan dalam arena politik pula semenjak daripada akhir kurun kelapan belas. Pada ketika ini, etnisiti kurang penting sebagai satu asas identity tetapi sebaliknya merujuk kepada aspek yang lebih luas iaitu seperti dalam pertimbangan ekonomi dan politik. Ini merupakan tapak bagi kewujudan perbezaa etnik. Kepentingn pembangunan berterusan oleh pihak British telah mewujudkan garisan antara kumpulan etnik dari segi pembahagian kerja iaitu orang Melayu dalam sector kerajaan dan pertanian, orang Cina sebagai pelombong dan peniaga. Manakal orang India pula bekerja sebagai pekerja estet dan lading. Pada ketika ini isu etnik, ekonomi, politik dan perundangan mula disamaratakn dan isu sempadan semakin tegar. Situasi yang wujud ini dapat diterangkan dari perspektif Karl Marx mengenai kolonisasi yang dijelaskan dalam teori stratifikasinya. Menurut Karl Marx, masalah hubungan ras wujud apabila penjajah bertapak di satu-satu kawasan atau ke atas suatu Negara dan rakyat, sama ada di tanah air mereka sendiri mahupun di tempat lain dengan tujuan untuk mengeksploitasi hasil alam yang diperolehi melalui penaklukan ataupun penemuan. Akhirnya akan wujudlah dua kelas utama iaitu kelas dominan (atasan) san kelas pekerja (bawahan). Menurut beliau lagi, kelas yang lebih superior ini akan mendapat kesenangan samada dari segi ekonomi mahupun politik da akhirnya mewujudkan budaya mereka yang tersendiri(Bowker dan Carrier, 1976:10)

Pendapat yang serupa turut dikemukakan oleh Stockwell(1983), Abraham (1983) dan Hirscham (1987), yang mana menurut mereka, antara factor yang menyumbang kepada perbezaan etnik adalah kolonisasi dan jika dilihat secara strategiknya, eksploitasi yang dilakukan memerlukan campurtangan politik yang akan mempergunakan pembahagian kerja antara kumpulan etnik untuk mengendalikan masyarakat dan hakmilik. Ekonomi kumpulan politik colonial berterusan dan mewujudkan ideology-ideoligi etnik yang memastikan pengekalan dan kesinambungan dominasi British (Lee dan Ackerman, 1997:20) Kedatangan pendatang Cina dan India digalakkan sehinggalah pada zaman kemelesetan iaitu di awal tahun 1930-an apabila berkurangnya permintaan bagi bijih timah dan getah. Walaupun imigrasi ini tidak dibenarkan sekitr 1981-an, mereka yang telah memasuki Semenanjung Tanah Melayu ingin terus kekal di sini. Kesan daripada itu, kita dapati bahawa ratio komposisi etnik telah wujud dan ratio ini tidak banyak berubah sehinggalah ke hari ini.

REFLEKSI MOHD ZAKI BIN JANHARI 810305-05-5155 Semasa menjalankan tugasan ini, saya dan rakan membuat pemerhatian ke atas bahan-bahan yang berkaitan dengan konsep-konsep akomodasi,

amalgamasi, akulturasi, dan segregasi dalm konteks masyarakat Malaysia pada hari ini.. Pemilihan bahan yang baik dari buku dan internet dapat memberikan gambaran yang leas tentang konsep -konsep yang sedang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Kerja kursus pendek ini juga memberikan implikasi yang mendalam kepada saya kerana memberikan saya penjelasan yang lebih baik dalam memahami pembentukan budaya dan masyarakat khususnya Negara

Malaysia yang mempunyai bangsa , agama dan adat resam yang pebaga i. Melalui kerja kursus ini juga, saya sedar bahawa bagi membentuk sebuah Negara yang aman terutamanya masyarakat yang berbilang kaum

memerlukan satu perpaduan dan tolak ansur. Saya juga dapat melihat kwujudan dan perkembangan sesebuah negara bukan sekadar bergantung keapda ekonomi dan politik sahaja malah konsep penerim aan dan

penambahbaikan dari semasa ke semasa akan membantu sesebuah negara tersebut menjadi lebih maju walaupun ia perlu melalui penaklukan dari bangsa asing. Hasil perbincangan bersama rakan dan pensyarah banyak membantu saya dalam melaksankan tugasan ini dengan lancar. Kerja kursus ini secara lansung dapat menambahkan pengetahuan dan memb erikan kesedaran kepada saya betapa pentingnya masyarakat disekeliling bermuafakat dalam mengekalkan keamanan dan memajukan negara walaupun mempunyai asal usul yang berlainan. Dari itu, saya berterima kasih dan bersyukur kerana dengan adanya kerja kursus pendek ini saya semakin memahami dan secara tidak lansung akan sentiasa ingin memajukan diri serta menghargai keadaan negara yang sentiasa dalam aman dan sejahtera.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN NEGERI SEMBILAN KERJA KURSUS PENDEK (KKP) ________________________________________________________________

HUBUNGAN ETNIK WAJ3106


________________________________________________________________ NAMA NO. K/P NAMA NO. K/P NAMA NO. K/P KUMPULAN / UNIT : : : : : : : MOHD NORSUHAIMI BIN MOHD SUNAN (810525-05-5093) MOHD ZAKI B JANHARI (810305-05-5155 ) CHE SHAZUANDY BIN CHE MOHD YASIN (811112-03-5013 ) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2011 KOD / MATA PELAJARAN : PENSYARAH PEMBIMBING : TARIKH SERAHAN : WAJ 3106 / HUBUNGAN ETNIK EN. MURAD BIN HASHIM 01.09.2012

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS NAMA PELAJAR : MOHD ZAKI BIN JANHARI / MOHD NORSUHAIMI BIN MOHD SUNAN / CHE SHAZUANDY BIN CHE MOHD YASIN KUMPULAN KURSUS : PJMA PPG AMBILAN JUN 2011

: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH

PENSYARAH PEMBIMBING MATAPELAJARAN TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN

: EN. MURAD BIN HASHIM : HUBUNGAN ETNIK CATATAN TANDATANGAN

23/6/2012 Membincangkan dan memberi penjelasan tentang tugasan 24/6/2012 Berjumpa rakan dalam kelas untuk perbincangan tentang pemilihan tajuk.

28/7/2012 Perjumpaan Murad

dengan

En.

untuk

memberi

penerangan cara menyiapkan tugasan. 29/7/2012 Mengumpulkan maklumat dari sumber rujukan 11/8/2012 Melengkapkan diberi. tugas yang

1/9/2012

Menghantar kerja kursus

RUJUKAN Buku Rujukan Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Budi Anto Mohd Tamring (2011). Hubungan Etnik : Kelansungan Pembinaan Negara Bangsa.; Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Laman web : www.ums.edu.my ml.scribd.com/doc

S-ar putea să vă placă și