Sunteți pe pagina 1din 2

PENDAHULUAN: Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.

Keadaan ini telah membawa kita mendepani realiti dunia baru yang pantas berubah dan berkembang. Namun,sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru isu kemalangan jalan raya kini dilihat tiada kesudahannya. Malah menurut satu kajian yang dijalankan oleh sebuah badan swasta menunjukkan bahawa kadar peratusan kemalangan jalan raya meningkat sebanyak lima peratus dari tahun ke tahun. Bukti yang boleh dilampirkan sebagai sokongan kepada fakta ini ialah, hampir setiap akhbar memaparkan mengenai kes-kes kemalangan jalan raya sebagai tajuk besar di halaman hadapan dada-dada akhbar. Lantaran itu,cuba kita renung sejenak,sudah berapa banyak nyawakah yang terkorban akibat kelalaian diri mahupun pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam kemalangan jalan raya di negara kita,dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini? Bilangannya pasti tidak terkira. Namun begitu,setiap penyakit pasti ada penawarnya. Begitu juga dengan kes-kes sebegini. Pelbagai langkah yang pragmatik lagi sistematik dapat dijalankan oleh semua pihak bagi menangani masalah kemalangan jalan raya yang sudah begitu lama berlaku di negara kita. 1. Bagi mengorak langkah menangani kemalangan jalan raya ini setiap individu di Malaysia haruslah melaksanakan anjakan paradigma dengan mengamalkan ciri pemanduan berhemah semasa di jalan raya. 2. Selain itu, kerajaan perlu sama memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini. Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. 3. Tambahan lagi, kerajaan juga mestilah memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu kenderaan. 4. Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasa membiayai perbelanjaan untuk mengadakan pelbagai kempen kesedaran. 5. Pihak swasta seperti syarikat bas haruslah memberikan perkhidmatan bas yang terbaik agar bilangan kemalangan yang semakin meningkat dapat dikurangkan. Antara prakarsa yang dapat dilaksanakan oleh syarikat bas tersebut ialah dengan mengambil pemandu bas yang cermat dan berhemah untuk bekerja. 6. Pihak media massa sama ada media cetak seperti Berita Harian atau media elektronik seperti Media Prima haruslah menguar-uarkan mengenai isu-isu kemalangan jalan raya agar isu yang diiklankan di kaca televisyen dan di dada akhbar itu menjadi pengajaran kepada orang ramai mengenai bahayanya pemanduan yang tidak berhemah. 7. Di samping itu,media massa juga boleh melaksanakan program pendidikan keselamatan jalan raya di Malaysia secara formal yakni kurikulum di sekolah dan institusi memandu dan secara tidak formal yakni melalui kempen-kempen bagi melahirkan pengguna jalan raya bertaraf lima bintang. 8. Bukan itu sahaja,pihak media massa juga mestilah mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutamanya sempena musim-musim perayaan. Hal ini demikian kerana kejadian kemalangan jalan paling kerap berlaku semasa musim-musim seperti ini. 9. Kemalangan jalan raya juga boleh dielakkan sekiranya masyarakat turut sama memainkan peranan. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan jalan raya di sesebuah kawasan taman perumahan, haruslah terdapat seseorang di dalam komuniti tersebut yang peka terhadap kesulitan tersebut dan berusaha melaporkannya kepada pihak yang berwajib.

10. Oleh hal yang demikian,masyarakat haruslah bekerjasama dengan pihak polis sekiranya mereka mendengar, melihat mahupun terlibat dengan kemalangan di jalan raya serta jenayah-jenayah di jalan raya yang boleh mencetuskan kemalangan seperti aktiviti lumba haram atau pemanduan tidak berhemah. PENUTUP: Intihanya, kemalangan jalan raya merupakan polemik semasa yang tiada kesudahan. Jika kita berhasrat untuk menangani kemalangan jalan raya yang semakin hari semakin serius ini,langkah-langah yang proaktif dan konkrit haruslah dilaksanakan kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kemalangan jalan raya mampu dielakkan sekiranya semua pihak tidak kira individu, masyarakat , pihak kerajaan serta serta pihak bukan kerajaan bersatu hati menggembleng tenaga dan usaha yang berkesan menangani isu kemalangan jalan raya . Kadar kemalangan yang sedikit mampu menaikkan martabat dan imej negara di pentas dunia agar negara kita dihormati dan dipandang tinggi serta dilabel sebagai negara yang mengamalkan undang-undang jalan raya yang berkesan . Oleh hal yang demikian , cegah sebelum parah, ingatlah orang yang tersayang, maka pandulah dengan berhati-hati di jalan raya.

S-ar putea să vă placă și