Sunteți pe pagina 1din 2

Benarkah dengan mengingatkan anak-anak kepada kegagalan mereka dalam peperiksaan lepas akan menaikkan semangat dan motivasi

diri mereka untuk belajar dengan lebih rajin? Antara perkongsian dalam Secret Group Anakku SmartStudy hari ini. ************************************************************ (Jika tuan-tuan dan puan-puan, ibu bapa, guru atau pensyarah yang ingin turut sama membaca perkongsian percuma di page ini, boleh 1. Klik link di bawah ini. 2. Di Page Anakku SmartStudy 'KLIK JOIN Group' dan saya akan approvekan. https://www.facebook.com/groups/anakkusmartstudy/ ************************************************************ Seperti yang telah saya ceritakan dalam kisah eksperimen kutu, halangan minda adalah sejenis halangan dalam minda anak-anak yang menyekat kebolehan sebenar diri mereka. Biasanya halangan minda wujud akibat kegagalan anak-anak kita pada masa lepas atau disebabkan mereka telah ditakut-takutkan oleh orangorang di sekeliling mereka. Ia umpama satu tembok batu yang memisahkan anakanak kita daripada potensi sebenar yang tersimpan di dalam diri mereka. Persoalannya, jika anak-anak sudah ada halangan minda dan takut untuk mencuba dan berusaha, apakah yang boleh kita lakukan? Saya akan kongsikan beberapa tips bagi menghapuskan atau mengurangkan halangan minda ini. Tips 1: Tidak perlu TERLALU INGATKAN anak-anak pada kegagalan yang lepas. Selalunya, dalam usaha ibu bapa mahu meningkatkan motivasi anak-anak untuk berusaha dan belajar, ibu bapa akan INGATKAN anak-anak pada kegagalan mereka yang lepas dengan berkata lebih kurang begini: "Belajar betul-betul Kak, nanti dapat gred D macam bulan lepas Mak tak tau...." (Gaya bercakap untuk menakut-nakutkan.) "Abang tak buat ulangkaji lagi ke? Abang tak takut ke dapat gred C lagi subjek ni? Malu tau...." "Adik ingat tak masa gagal dalam exam Matematik hari tu apa rasanya? Malu kan? Satu kelas ketawakan adik. Nak jadi lagi macam tu ke?" Mengingatkan anak-anak tentang kegagalan lepas dengan tujuan menaikkan semangat mereka untuk belajar adalah TIDAK SALAH. Malah ia adalah salah satu cara yang berkesan untuk membuat anak-anak rajin berusaha. Namun apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah elakkan daripada TERLALU INGATKAN mereka tentang kegagalan tersebut. Apabila anak-anak asyik diingatkan tentang kegagalan lepas berulang-ulang kali, imej kegagalan itu akan melekat dalam minda mereka. Mereka akan sentiasa ingat yang mereka telah gagal. Jika mereka sentiasa ingat yang mereka telah gagal, dibimbangi mereka akan mula terasa bahawa mereka tidak ada potensi untuk berjaya dan kalau boleh berjaya pun, ia adalah terlalu sukar. Ini bermaksud, kita boleh ingatkan anak-anak tentang kegagalan lepas, sekadar untuk membuat mereka sedar tentang apa yang ingin dicapai pada masa akan datang. Namun jangan gunakan teknik ini (ingatkan tentang kegagalan lepas) sebagai teknik utama dalam memotivasikan anak-anak. Ia boleh mendatangkan kesan sebaliknya. Saya beri satu contoh dalam pengucapan awam (public speaking). Jika tuan-tuan dan puan-puan pernah berucap di hadapan khalayak ramai, pernahkah alami pengalaman di mana selepas berucap, kita duduk seorang diri dan mula rasa tidak puas hati tentang apa yang kita lakukan sebentar tadi? Contohnya:

a) Kita tidak puas hati tentang kegagalan kita untuk menarik perhatian audiens. b) Kita tidak puas hati kerana terlupa apa yang hendak diucapkan. c) Kita rasa kecewa kerana ada bahagian yang kita tergagap-gagap atau tersasul untuk diucapkan. Menurut kajian psikologi, mengimbas kembali kegagalan semasa membuat pengucapan awam akan membuat kegagalan itu BERULANG semula pada masa akan datang. Maksudnya, jika kita asyik fikir "kenapalah aku tergagap-gagap tadi?", masalah gagap itu akan berulang semula dalam ucapan kita yang akan datang. Mengapa? Ia disebabkan jika kita asyik ulang memori tentang kegagalan dalam minda, ia akan menjadi SEMAKIN MUDAH UNTUK DIULANG SEMULA. Banyakkan berfikir tentang gagap semasa berucap, masalah itu akan menjadi semakin senang untuk diulang semula dalam ucapan akan datang. Jadi dalam ucapan akan datang, kita mungkin akan terus tergagap-gagap lagi. Sama seperti anak-anak. Semakin banyak kita ulang memori kegagalan dalam minda mereka, semakin mudah untuk mereka mengulangi kegagalan yang sama dalam peperiksaan yang akan datang.

S-ar putea să vă placă și