Sunteți pe pagina 1din 30

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN Pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan konsep penting dalam bidang pendidikan yang tidak boleh dipisahkan dalam penilaian terhadap pencapaian pelajar. Ketiga-tiga konsep ini berjalan seiring antara satu sama lain, tanpa salah satu konsep ini, maka tidak sempurnalah sesuatu penilaian itu dibuat. Dengan kata lain, pengujian adalah cara menilai, kemudian, pengukuran merupakan sebagai alat yang menentukan tahap penguasaaan pelajar dan akhirnya penilaian dibuat berdasarkan dua konsep tersebut. Konsep ini dapat menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap pembelajaran yang telah diajarkan oleh guru mereka. Justeru, ianya juga adalah untuk menentukan kesesuaian pengajaran guru kepada pelajarnya agar boleh diperbaiki pada semasa ke semasa, namun, faedahnya juga adalah untuk pelajar supaya mereka dapat menguasai sepenuhnya matapelajaran yang diajarkan dengan lebih mudah dan cepat. Membina Jadual Penentu Ujian ( JPU) sangat penting bagi memastikan soalan yang dibina berkualiti dan mampu memberi ukuran yang tepat bagi penguasaan pelajar. Setiap guru perlu mengetahui cara-cara untuk membina JPU ini. Hal ini penting bagi guru untuk menentukan tahap penguasaan sebenar pelajar dalam setiap topik.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 1

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Penilaian / pencapaian pada tahap eksplisit Perubahan tingkah laku yang nyata, menjawab secara lisan atau bertulis. Peringkat pengujian : 1) Persediaan. 2) Pelaksanaan. 3) Pemeriksaan. KONSEP PENTAKSIRAN Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Proses Penghakiman merupakan Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar bertujuan memastikan Produk berpengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Aktiviti yag bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 2

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU


Dalam langkah-langkah pembinaan JSU, kita perlu membuat empat langkah, iaitu:

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran Kita perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingansetiap tajuk kandungannya. Aspek-aspek yang perlu dikaji ialah: skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk; pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk; kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain; kompleksiti sesuatu tajuk; dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama,iaitu:

i. Kandungan Paksi Objektif Pengajaran: A . Kandungan Pengetahuan Tajuk Tajuk kecil Objektif Kognitif B. Kandungan Kemahiran Tajuk Tajuk kecil Objektif Psikomotor
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357 Page 3

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

ii. Kandungan Afek/Perasaan Tajuk Tajuk kecil Objektif Afektif Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan,yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.

4. Menentukan Bilangan Soalan Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 4

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF


Ujian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana pelajarpelajarnya memahami apa yang mereka pelajari. Jika ujian ini dibina dengan baik, ia boleh diguna untuk membandingkan pencapaian antara pelajar-pelajar atau

membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah. Biasanya, ujian pencapaian yang digunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri oleh guru-guru mata pelajaran tertentu. Bagaimanapun, ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri adalah lebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab ujian ini hanya ditumpukan kepada kandungan pelajaran yang diajar guru. Seperti yang kita sedia maklum, item/soalan objektif bermaksud seperti item item/soalan betul-salah, yang aneka mempunyai pilihan, jawapan atau

tepat/tertentu/spesifik,

padanan

pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul.

Pembinaan Item Beraneka Pilihan

Item/soalan yang sering digunakan dalam ujian pencapaian; di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau institut pengajian tinggi; ialah item beraneka pilihan. Item ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu stimulus, stem / badan soalan dan jawapan pilihan. Stimulus adalah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan. Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan. Jawapan Pilihan adalah bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yang biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 5

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar, tetapi mudah diperiksa (boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang OMR). Pelajar mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbanding soalan jenis esei, sebab mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat. Berikut adalah 9 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk beraneka pilihan.

1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang betul Atau paling tepat/terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul. 2. Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya. 3. Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan. 4. Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap jawapan Yang Diberikan adalah munasabah. 5 .Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut system tertentu,untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan betul.

6. Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak member petanda kepada pelajar tentang jawapan betul. 7. Jawapan berbentuk Semua di atas atau Tiada satu pun di atas sebagai Jawapan pilihan perlu dikurangkan, supaya pelajar tidak mudah memilih jawapan betul. 8. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti kurangkan jawapan pilihan Seperti supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama. 9. Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud satu system susunan jawapan pilihan.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 6

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Pembinaan Item Betul-Salah

Seperti juga item beraneka pilihan, item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus (jika ada), pernyataan dan jawapan pilihan yang berbentuk Betul atau Salah. Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu. Berikut adalah 8 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk betul-salah: 1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda ()/A bagi jawapan yang betul atau B/(X) bagi jawapan yang salah. 2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga -bunga, Supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya. 3 Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut System tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan. 4 Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti panjang dan maksud pernyataan),supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama. 5 Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelas salah. 6 Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, Untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan. 7 Elakkan daripada menggunakan perkataan selalu atau tidak pernah dalam pernyataan, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan. 8 Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 7

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong

Item ini terdiri daripada dua (2) bahagian, iaitu stimulus (jika ada) dan pernyataan yang mengandungi ruang kosong untuk diisi pelajar. Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat. Berikut adalah enam prinsip menyediakan soalan berbentuk mengisi ruang kosong: 1 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan. 2 Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga bunga, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik. 3 Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti bilangan perkataan dalam ruang kosong), supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.

4. Perkataan yang dikosongkan terdiri daripada perkataan yang penting sahaja. 5 Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan/ayat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah. 6 Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan/ayat,m supaya perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.

Pembinaan Item Padanan

Item ini terdiri daripada dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar. Keduadua set maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan. Pembina item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/ hubungan dengan maklumat dalam set kedua. Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta dan konsep. Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa padanan yang melibatkan dua (2) set maklumat ini menjadikan item padanan sebagai item banyak soalan dalam satu soalan, yang bergantung kepada bilangan perkaitan yang ada. Justeru, guru perlu memberikan markah yang setimpal dengan bilangan perkaitan ini. Berikut adalah enam prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk padanan

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 8

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

1 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat padanan satu -ke satu atau padanan yang lain seperti membuat padanan yang wujud sahaja. 2 Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga bunga, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik. 3 Aras kesukaran bagi setiap perkaitan perlu setara (seperti bilangan perkataan), Supaya setiap perkaitan mempunyai aras kesukaran yang sama. 4 Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya supaya pelajar dapat mengenal pasti padanan tersebut. 5 Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat, Supaya soalan tidak menjadi terlalu susah. 6 Bilangan padanan tidak terlalu banyak (mungkin maksimum 5 padanan), supaya Pelajar tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk mencari padanan.

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF


Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item subjektif ini membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki. Justeru, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan

menganalisis,mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek jawapan tersebut

Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif

Item subjektif ini biasa berbentuk esei, sama ada berjawapan pendek, sederhana atau panjang. Justeru, prinsip penyediaan item jenis esei ini adalah sama bagi ketiga-tiga kategori soalan tersebut. Berikut adalah tujuh prinsip am untuk menyediakan soalan berbentuk esei:

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 9

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Prinsip

Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran. Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan.

Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga -bunga,supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi markah yang sama,mempunyai aras kesukaran yang sama juga. Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan. Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item/soalan.

Kata Tugas Item Subjektif

Sebelum kita membina item subjektif, kita perlu memahami jenis kata tugas yang sesuai digunakan untuk membina item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Oleh itu, pemilihan kata tugas yang sesuai untuk sesuatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan jawapan seperti yang ditentukan dalam peraturan memberi markah.
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 10

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Kata tugas mempunyai kaitan yang rapat dengan tujuan ujian yang menggunakan item berkenaan. Bagaimanapun, sesuatu kata tugas itu tidaklah unik bagi satu tujuan ujian sahaja, kerana kata tugas yang sama boleh menghasilkan jawapan yang berlainan. Terdapat kata tugas yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menyatakan kehendak soalan. Bagaimanapun, terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan daripada beberap perkataan lain untuk menjadikan kehendak soalan itu lebih jelas. Jadual berikut menunjukkan beberapa kata tugas dan jawapan yang diharapkan.

* Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan. * Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkan dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu. *Apakah Memberi maklumat yang khusus atau spesifik. * Bagaimanakah Memperihalkan, memberi penerangan tentang keadaan langkah atau kejadian. * Bandingkan Menyatakan * Berapakah Memberi kuantiti. * Bezakan Menyatakan * Bilakah Menyatakan masa atau waktu. * Binakan Membuat sesuatu dengan menggunakan kaedah atau alat tertentu. * Bincangkan Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

persamaan

dan

perbezaan

antara

dua

atau

lebih

perkara.

kelainan,

ketidaksamaan

antara

dua

atau

lebih

perkara.

Page 11

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF

Pembinaan Item Esei Berjawapan Pendek

Item jenis ini memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan) yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri. Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi/penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir. Soalan esei berjawapan pendek ini boleh dibina supaya jawapannya menjadi lebih objektif (lihat contoh) daripada soalan esei berjawapan terbuka. Dengan jawapan yang terbatas ini, pemeriksaannya dapat diselaraskan dengan mudah, dan ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan soalan tersebut. Di sini, walaupun jawapannya lebih objektif daripada jawapan esei terbuka, jawapan esei pendek masih lagi agak

subjektif/pelbagai. Oleh kerana jawapan esei pendek ini masih pelbagai, maka pembina soalan perlu menyediakan skema jawapan yang merangkumi semua jawapan yang mungkin.

Pembinaan Item Esei Berjawapan Terbuka Item bentuk ini membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan secara bebas, justeru, mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada mereka. Misalnya, pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, memberikan penilaian terhadap sesuatu pemikiran atau mengaitkan pemikiran dengan perasaan. Oleh itu, jenis item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Item jenis ini juga membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif. Pelajar juga akan menghadapi masalah semasa menjawab soalan berjawapan terbuka ini, sebab mereka perlu mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada

pengetahuan sendiri, menyusun isi-isi dan idea-idea ini, dan seterusnya, menulis
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 12

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

dengan cara yang logik supaya isi-isi dan idea-idea ini dapat dikomunikasikan dengan baik. Oleh sebab jawapannya yang amat terbuka, yang mengandungi isi-isi, idea-idea dan kreativiti tertentu, maka pembina item bentuk ini perlu menyediakan skema/ peraturan pemarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh, agar penilaian pencapaian pelajar dapat dibuat sewajarnya.

Walaupun item berjawapan terbuka ini sukar dijawab dan juga diperiksa, ia mempunyai kekuatan tersendiri, iaitu dapat menggalakkan pelajar: menerokai pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan masalah; membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat; mempamerkan sesuatu idea yang asli mereka; mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat; mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk komunikasi bertulis.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 13

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

PERANCANGAN AWAL PEMBINAAN JPU

MATA PELAJARAN: KEMAHIRAN HIDUP TAHUN TUJUAN UJIAN :4 : UJIAN BULAN FEBRUARI

BIL

PERKARA

BAHAGIAN A

BAHAGIAN B

Jenis Instrumen

Ujian Objektif

Ujian Subjektif Gabungan / Padanan / Isi Tempat Kosong

Jenis Item

Aneka Pilihan

Bilangan Soalan

20 soalan

5 soalan

Jumlah Markah

40 markah

10 markah

Pemberatan

40%

10%

Tempoh Ujian

40 minit

20 minit

Cakupan Konteks

2 topik dari tahun 4

2 topik dari tahun 4

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 14

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Aras Kesukaran:

Rendah 5 Sederhana 3

Rendah 5 Sederhana 3 Tinggi 2

Rendah 9 Sederhana

Tinggi

Keseluruhan R:S:T=5:3:2

Tinggi

10

Alatan Tambahan

Tiada

Tiada

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 15

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Aras pengetahuan Kefahaman Jenis latihan Penilaian Aplikasi Analisis Sintesis

Bil .

Kandungan

Jumlah Item

1. REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI a. Keselamatan dan Organisasi Bengkel Objektif Subjektif 3 1 3 1 2 1 1 10 2

b. Kreativiti dan Reka Cipta i. Pengenalan Kreativiti ii. Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian Produk iii. Pendokumentasian Jumlah Item

3 Objektif 1 Subjektif

10

2 24

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 16

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN A (Markah penuh 40)

Jawab semua soalan-soalan berikut. Setiap soalan diikuti oleh empar pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Pilih satu jawapan yang betul.

1. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid-murid sebelum masuk ke bengkel Kemahiran Hidup? A. Membaca peraturan bengkel B. Bersedia dengan alatan tangan masing-masing C. Beratur dalam barisan di luar bengkel D. Tukar pakaian (aras pengetahuan) 2. Murid-murid digalakan memakai apron semasa aktiviti bengkel, ini bertujuan untuk . A. Mengelakkan pakaian sekolah menjadi kotor B. Kelihatan lebih segak C. Mengelakkan daripada kemalangan D. Melakukan aktiviti dengan lebih mudah (aras pengetahuan)

3. Fungsi kit pertolongan cemas ialah A. memadamkan kebakaran B. merawat kecederaan dan kemalangan semasa di bengkel. C. mengesan kebakaran D. memadamkan kebakaran yang berlaku di luar bengkel.

(aras pengetahuan)

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 17

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

4. Antara objek yang berikut, yang manakah mempunyai persamaan dengan bentuk silinder?

i-botol A. i,ii dan iii B. I,iii dan iv

ii-pensel

iii-tin minuman C. ii,iii dan iv D. I,ii,iii dan iv

iv-bola

Aras kefahaman

5.

Apakah kelebihan cawan bertanda II berbanding dengan cawan yang bertanda I ? I. Ringan II. Cawan mudah dipegang III. Air di dalam cawan tidak tumpah IV. Tidak mudah pecah A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV aras kefahaman

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 18

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

6. Apakah bentuk utama yang terdapat pada sebatang pensel mekanikal di atas? I. Silinder II. Kuboid III. Kon IV. Kubus A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV aras kefahaman

7. Bentuk asas bulat dan segi empat tepat di atas mungkin sekali membentuk objek.

A. Tayar B. papan tanda

C. jam tangan D. periuk nasi

(aras aplikasi)

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 19

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

8. Manakah alatan yang berikut sesuai digunakan untuk melonggarkan pengikat X?

A.

C.

B.

D Aras aplikasi

9. Apakah bentuk-bentuk asas yang terdapat dalam lakaran di atas? A. Bulat, segi tiga dan segi empat B. Bulat, segi empat dan silinder C. Bulat, segi tiga dan silinder D. Bulat, segi empat, segi tiga dan silinder (aras analisis)
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 20

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

10. Siapakah yang bertanggungjawab menjaga kebersihan bengkel kemahiran hidup? I formen II ketua kumpulan III ahli kumpulan IV penolong formen A. I dan II B. I, II dan III C. I, II dan IV D. I,II, III dan IV Aras kefahaman

11. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tugasan murid di dalam bengkel? A. Bergurau-senda dengan kawan di dalam bengkel B. Menyepah alatan dan bahan di dalam bengkel C. Membawa masuk beg sekolah ke dalam bengkel D. menyapu lantai selepas selesai menyiapkan tugasan

Aras kefahaman

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 21

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

12 Setiap produk yang dihasilkan mempunyai kegunaan yang tertentu. Apakah fungsi produk di atas? A. Tempat membuang sampah B. Tempat menyimpan air C. Tempat menyimpan makanan D. Dijadikan bekas minuman Aras pengetahuan 13. Antara gambar di bawah, yang manakah menunjukkan reka cipta barang terbaru yang ada di pasaran?

Aras pengetahuan

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 22

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

14. Antara rajah di bawah, yang manakah pyramid?

Aras pengetahuan

15. antara pernyataan berikut, yang manakah salah? A. tutup semua tingkap sebelum kamu meninggalkan bengkel. B. labelkan semua alatan tangan C. gunakan alatan tangan yang tajam tanpa pengawasan D. keringkan tangan sebelum membuka suis elektrik

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 23

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

1 6 . A p a k a h y a n g d i m a k s u d k a n d e n g a n o r g a n i s a s i bengkel? A.Sistem menyimpan alatan dengan kemas dan teratur B.Sistem pengurusan yang memerlukankerjasama antara pelajar dan guru C.S i s t e m t u g a s a n y a n g m e n y e n a r a i k a n t u g a s pelajar dan pembantu bengkel D.Cara-cara mengemas kini keadaan di dalam bengkel

17.

Semua bentuk produk yang dihasilkan mempunyai fungsi yang tertentu. Antara yang pernyataan yang berikut, manakah yang berkaitan dengan bentuk produk di atas? A. Digunakan untuk mengisi cecair. B. Produk di atas dibuat daripada plastik. C. Bahagian yang berlekuk memudahkan botol dipegang. D. Penutup botol perlu dibuka untuk mengeluarkan isinya.

18.Kenapakah bengkel perlu sentiasa dalam keadaaan kemas dan teratur? A. Untuk menjaga kebersihan B. Untuk mengelakkan kemalangan C. Supaya semua kerja boleh dilakukan dengan cepat. D. Supaya hati kita sentiasa tenang ketika membuat kerja.
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357 Page 24

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

19. Perkakas manakah tidak memerlukan tenaga elektrik? I. dapur II. cerek elektrik III. pengasah pensel IV. penyedut hampa gas A. I, II dan III C. II, III dan IV B. I, III dan IV D. I , II, III dan IV

20. Tindakan yang harus dilakukan apabila rakan anda mengalami kecederaan sewaktu menjalankan aktiviti ialah A. menutup suis utama bekalan elektrik B. melaporkannya kepada guru C. menarik badan rakan kamu supaya menjauhi tempat kemalangan D. pergi jumpa doktor

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 25

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN B

1.Susun semula proses urutan dengan betul tentang cara menggunakan alat pemadam api. 1. Tekan picu bahan pemadam api sehingga terpancut keluar. 2. Semburkan bahan pemadam api kea rah semua punca api sehingga api padam. 3. Halakan muncung hos pemadam api ke arah punca api. 4. Letakkan alat pemadam api di tempat yang rata. 5. Tanggalkan pin picu dari alat pemadam api sambil berdiri dengan jarak kira-kira 2.5 meter dari punca api.

5 markah

1. Namakan alat di bawah serta nyatakan kegunaannya. Kemudian tuliskan bentukbentukasas yang terdapat pada alat tersebut. a) Nama alat : ________________________________ b) Kegunaan : ________________________________ c) Bentuk asas : _______________________________

3 markah
WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 26

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

2. Perhatikan gambar di bawah ini dan tulis akibat yang mungkin terjadi jika perbuatan berikut dilakukan di dalam bengkel.

________________________________________________________________________

1Markah

b)____________________________________________________________

1markah

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 27

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

KESIMPULAN Dalam menyediakan ujian yang baik dan berkesan, guru merupakan penggerak utama.Hal ini demikian kerana guru yang lebih arif tentang bidang yang telah diliputi sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ujian yang dilaksanakan oleh guru dapat memberikan tentang kesan pembelajaran untuk tempoh yang pendek mahupun jangka waktu yang lebih panjang. Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui satu proses membuatpemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ia agaknya rumit dan susah, begitu juga dalam membina item tersebut. Dengan adanya Jadual Spesifikasi Ujian(JSU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan atau jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar..Dalam pembinaan soalan mengikut aras, guru perlu memahami dan mengetahui aras kemahiran yang terdapat dalam Taksonomi Bloom. Ia dapat memudahkan guru dalam membina dan menganalisis soalan dari aras rendah ke aras tinggi. Bagi soalan objektif kebanyakannya menggunakan aras yang rendah dan sederhana, manakala soalan esei lebih kepada aras lebih tinggi seperti sintesis dan penilaian. Pembinaan Jadual spesifikasi Ujian penting kepada guru supaya dapat menstabilkantaraf, mutu dan aras kesukaran sesuatu ujian dari semasa ke semasa walaupun ianyadibina oleh orang yang berlainan. Ia juga boleh digunakan untuk menentukan kesahandan kebolehpercayaan ujian dari segi kandungan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapatmemastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh agar selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan.

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 28

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

http://hidayanihamin.blogspot.com/2010/09/set-soalan-akhir-tahun.html http://gudangsoalan.blogspot.com/p/soalan-tahun-4.html M o h a m m a d H a f i z i Z a i n i ( 2 0 0 6 ) .Jadual Spesifikasi Ujian . http://mohammadhafizizaini-bmm.blogspot.com/ Mohamad Sahari Nordin. (2002).Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan makmal. Gombak: UniversitiIslamAntarabangsa Malaysia. Mohd. Najib Abdul Ghafar. (1997).Pembinaan dan A n a l i s i s U j i a n B i l i k k u l i a h d a n makmal.Skudai: UniversitiTeknologiMalaysia .Mokhtar Ismail. (1995).P e n i l a i a n d i B i l i k k u l i a h d a n m a k m a l . K u a l a L u m p u r : D e w a n BahasadanPustaka .Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujianBahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah . KualaLumpur: DewanBahasadanPustaka .Siti Rahayah Ariffin. (2003).Teori,KonsepdanAmalan DalamPengukuran danPenilaian .P u s a t Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit

Universiti K e b a n g s a a n Malaysia.http://www.ppdhl.net/v2/images/fbfiles/files/pengujian_pengukuran_penilaian.pdf

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 29

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

WAN MUHD NAZARI B.WAN AWANG 670613-11-5357

Page 30

S-ar putea să vă placă și