Sunteți pe pagina 1din 21

1.

0: PENGENALAN

Dewasa ini, kita sering mendengar pelbagai permasalahan yang timbul dalam diri seorang insan yang bergelar pendidik. Latihan perguruan yang selama ini dijalani di Institut Pendidikan Guru Malaysia kadang kala menimbulkan persoalan sama ada latihan yang diberikan itu berkualiti ataupun tidak. Hal ini kerana terdapat guru-guru yang sekarang ini menganggap bahawa profesion keguruan ini sebagai satu bidang kerjaya yang membosankan dan memenatkan walaupun pada permulaannya mereka tidak beranggapan sedemikian. Maklumlah, apabila seseorang itu sudah mengalami situasi sebenar tentang keadaan sekolah, bilik darjah, rakan sejawat dan anak-anak murid barulah mereka sedari realiti serta hakikat sebenar betapa sukarnya kehidupan sebagai seorang guru.

Selain itu, ada juga dalam kalangan guru yang tidak menunjukkan ciri-ciri guru yang berkaliber kerana segelintir guru ini tidak memiliki emosi yang stabil. Contohnya, pada tahun 2007 yang lalu, kita telah digemparkan dengan berita seorang guru perempuan di Kuala Nerang, Kedah telah mengetuk kepala pelajar tahun empat dengan kasut tumit tinggi sehinggakan kepala pelajar terbabit menerima jahitan gara-gara guru tersebut terlalu marah. Perkara seperti ini jelas menggambarkan kepada kita bahawasanya tahap emosi guru masih lagi berada pada tahap yang goyah.

Oleh sebab itu, dalam tugasan kali ini, kami telah didedahkan dengan keadaan Najibah yang merupakan seorang guru yang sedang mengalami kejutan realiti dalam profesion keguruan. Pendedahan permasalahan Najibah ini

merupakan gambaran sebenar akan situasi yang bakal dilalui oleh seorang guru apabila berada di sekolah kelak.

Justeru, pengurusan emosi dan kendiri merupakan aspek utama dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran di medan pendidikan.

2.0: KONSEP KECERDASAN EMOSI

Konsep kecerdasan emosi merupakan bidang yang mengandugi aspek yang luas serta berkaitan dengan kesedaran ke atas emosi dan perasaan. Salovey dan Mayer mengatakan bahawa kecerdasan emosi mengumpulkan kecerdasan

interpersonal dan kecerdasan intrapersonal

manakala Gardner mengatakan

bahawa kecerdasan emosi boleh dikategorikan kepada lima perkara iaitu kesedaran diri, pengurusan emosi, motivasi diri, empati dan mengendalikan hubungan.

Menurut Young, istilah kecerdasan emosi didefinisikan sebagai kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau dan membuat diskriminasi di antara emosi sendiri dan emosi orang lain, di samping memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan seseorang itu. Selain daripada itu, ada juga pandangan yang mengatakan bahawa kecerdasan emosi adalah sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kebolehan untuk mengawasi diri sendiri dan juga orang lain serta boleh membezakan diri dengan orang lain. Ia juga menggunakan maklumat untuk membimbing ke arah satu pemikiran dan juga tindakan.

Kesedaran diri merupakan satu pemerhatian terhadap diri dan mengakui suatu perasaan sebagai satu kejadian. Pengurusan emosi pula merupakan satu pengendalian perasaan di mana ia boleh disesuaikan, menyedari sesuatu perkara di sebalik emosi, menemui cara mengendalikan perasaan bimbang dan takut, perasaan marah dan juga sedih.

Motivasi diri pula merupakan satu penyaluran perasaan ke arah satu matlamat, mengawal emosi kendiri, melewatkan ganjaran dan menyekat dorongan. Empati pula merupakan satu perasaan atau kemampuan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Sementara mengendalikan hubungan pula adalah satu pengurusan perasaan, kecekapan dan kemahiran sosial.

Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya

ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain.

Konstruk yang kedua pula adalah motivasi atau kesedaran diri. Aspek ini merujuk kepada usaha dan daya ketahanan seseorang untuk mencapai matlamat hidup. Konstruk yang seterusnya adalah pengurusan emosi. Pengurusan emosi merujuk kepada kemahiran menguruskan perasaan dan pembentukan konsep atau menyanjung diri. Konstruk yang terakhir adalah kemahiran sosial. Ia merujuk kepada kemahiran menjalinkan perhubungan atau persahabatan dengan orang lain seperti kemahiran komunikasi dan kemahiran berunding.

Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain. Sementara individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup yang kurang jelas. Selain itu juga, individu tersebut kurang mahir mengurus perasaan negatif serta kurang mahir dalam menjalinkan persahabatan dengan orang lain.

Secara keseluruhannya, kecerdasan emosi menekankan tentang ciri sahsiah yang dimiliki oleh seseorang individu itu. Kemahiran sosial dan emosi adalah lebih penting dalam kejayaan hidup daripada kebolehan intelektual semata-mata.

Bagaimanapun, setakat ini tidak ada ujian yang tepat bagi mengukur kecerdasan emosi seperti yang dilaksanakan untuk menguji dan mengukur kecerdasan intelektual. Menurut Elaine de Beauport57, terdapat tiga belas darjah kecerdasan. Tiga belas darjah kecerdasan ini dirangkumkan kepada tiga teori susunan otak (the tribune brain theory) iaitu neokorteks, sistem limbik dan reptilian kompleks yang mempunyai darjah kecerdasan yang berbeza di antara satu sama lain.

3.0:

ANALISIS

KELEMAHAN

NAJIBAH

DALAM

KAITANNYA

DENGAN

EMOTIONAL INTELLIGENCE (EQ)

AnalIsis kelemahan Najibah terhadap senario yang telah dikemukakan akan mengandungi isu yang dikemukakan oleh soalah kemudiannya diikuti dengan sebab tercetusnya isu tersebut kemudian dipadatkan dengan penyelesaian bagi isu yang telah ditimbulkan. Najibah seorang guru yang masih baharu dalam profesyen perguruan. Dia ditempatkan di sebuah sekolah selepas selesai menuntut di sebuah institut peguruan. Dia mengalami kejutan realiti akibat tidak dapat menyesuaikan diri dengan kerjayanya ini. Najibah mula merasakan tekanan di tempat kerjanya dan Najibah mula mengubah cara pengajarannya daripada berpusat kepada autoritatif. Isu ini timbut kerana pelajar tidak dapat memahami apa yang ingin dia ajarkan kepada muridmuridnya seterusnya para pelajar tidak memberi perhatian kepada pengajaran Najibah. Najibah boleh menyelesaikan masalah ini dengan mempelbagaikan cara pengajarannya supaya pelajar tidak cepat bosan. Mencari cari pengajaran yang alternatif tetapi interaktif dapat meningkatkan emosi murid-muris seterusnya menarik minat mereka untuk memberi tumpuan kepada proses pengajaran yang disampaikan Najibah. Seterusnya, sikap Najibah yang menunjukkan konsep kendiiri yang negatif pada para pelajarnya turut menjadi isu kepada masalah Najibah. Masalah ini timbul kerana Najibah mengalami tekanan kerana cara pengajarannya tidak dapat diterima oleh para pelajar serta para pelajarnya menghadapi masalah untuk memahami isi pengajaran yang cuba Najibah sampaikan. Hal ini telah menjadikan emosi Najibah tidak seimbang dan lebih banyak perasaan negatif telah mempengaruhi Najibah. Oleh hal yang demikan, Najibah harus berusaha untuk membebaskan diri daripada masalah konsep kendiri yang negatif dengan jalan penyelesaian yang tepat. Najibah harus bertanyakan kepada guru yang lebih berpengalaman tentang cara untuk menangani masalah emosinya yang negatif dan bagaimana untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik.

Situasi agak buruk bagi Najibah kerana dia berhadapan dengan masalah birokratik sekolah yang menjadikan proses untuk memohon kemudahan untuk mengajar menjadi sulit dan sukar serta bahan mengajar yang terhad. Hal ini 4

berpunca daripada masalah kewangan yang dihapi oleh pihak sekolahnya. Untuk menangani masalah ini, Najibah boleh membuat alat bantu mengajar sendiri menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan tidak memakan belanja yang mahal. Dia boleh menjadikan alat bantu mengajar itu lebih fleksibel mengikut kehendak pelajarnya. Isu seterusnya yang timbul dalam senario kehidupan Najibah ialah beban tugas sebagai seorang pendidik akibat daripada pelbagai tugas yang harus dilengkapkan olehnya. Aktiviti kokurikulum dan aktiviti persatuan yang memerlukan Najibah untuk menjadi guru pembimbing serta anli jawatankuasa telah menjadi penyebab kepada isu ini. Najibah harus bijak dalam menguruskan masanya supaya jadual kerjanya menjadi lebih teratur dan secara tidak langsung dapat menyelesaikan isu ini. Dia juga seharusnya bersikap lebih profesional agar perkara ini tidak mempengaruhi emosi intrapersonal dan interpersonalnya.

Perasaan yang dirundum kesunyian kerana berjauhan dengan ahli keluarga turut menjadi isu dalam kehidupan Najibah. Isu ini timbul kerana, Najibah kurang bersosial dengan rakan-rakan sejawat yang lain kerana dia bersikap pemalu. Selain itu, Najibah turut mempunyai masalah dalam kemahiran bersosial yang

memburukkan lagi keadaan. Najibah harus menyelesaikan isu ini dengan mencuba untuk mengubah perangainya yang pemalu kepada lebih peramah. Najibah sepatutnya lebih kerap bertegur sapa dengan rakan sejawatnya supaya rakan sejawatnya memberi persepsi yang baik kepadanya. Dengan ini, Najibah bukan sahaja dapat menambah kenalan, malah dapat mengatasi masalah kesunyian dan memperbaiki kelemahannya dalam kemahiran bersosial agar emosi kendiri Najibah akan senantiasa positif.

Karenah pelajar yang berbagai-bagai ditambah pula dengan kebolehan menguasai pembelajaran yang rendah, telah menjadikan emosi Najibah mula goyah. Masalah ini turut melibatkan kegagalannya dalam mengawal disiplin pelajar dalam bilik darjah. Masalah ini berpunca daripada Najibah sendiri kerana dia merupakan guru baharu dan masih kurang berpengalaman dalam mengajar. Antara opsyen bagi menyelesaikan masalah ini adalah menyertai seminar dan kursus yang dianjurkan bagi menambah ilmu pengetahuan dan mengetahui cara untuk mengawal kelas dengan baik. Selain itu, merujuk kepada guru yang lebih berpengalaman adalah opsyen lain bagi masalah ini. Tidak bersedia dan gagal memberi respon yang baik 5

kepada para pelajar turut menjadi isu buat Najibah. Hal ini kerana, dia masih belum matang dalam membuat keputusan dan masih baharu dalam profesyen perguruan ini. Sebagai jalan keluar bagi masalah ini, Najibah seharusnya membuat rujukan kepada guru pakar serta cuba meluangkan masa menelaah semula buku-buku berkenaan dengan masalah yang dihadapi supaya masalah dapat diselesaikan dengan baik dan emosinya tidak terganggu.

Najibah tidak dapat meluangkan masa untuk berjumpa dengan ibu bapa pelajar yang bermasalah. Penyebab kepada masalah ini adalah kerana Najibah kurang prihatin dan bersikap sambil lewa dalam melakukan kerja. Oleh yang demikian, Najibah harus menyusun atur jadualnya dan cuba meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan ibu bapa pelajar yang bermasalah ataupun memanggil ibu bapa pelajar hadir ke sekolah untuk membincangkan permasalahan yang berlaku. Hubungan dengan pihak pengurusan dan rakan sejawat yang bermasalah turut menjadi isu dalam senario kehidupan Najibah. Semua ini tercetus kerana Najibah adalah seorang yang pemalu dan kurang berinteraksi dengan pegawai pentadbiran sekolah. Untuk menyelesaikan masalah ini, Najibah harus mengubah sikap dan perangainya serta cuba untuk bertoleransi dalam melakukansebarang gerak kerja. Hubungannya akan lebih baik sekiranya Najibah cuba untuk beramah mera dengan kakitangan skolah dan rakan sejawatnya. Tidak memperbesarkan perkara yang remeh turut menjadi penawar kepada masalah ini.

Isu terakhir yang dibangkitkan oleh Najibah ialah dia cuba mencari jalan keluar yang mudah untuk segala masalah yang dihadapinya dengan mengambil keputusan untuk bersara awal. Faktor penyebab kepada isu ini ialah Najibah tidak dapat mengawal kemahiran emosinya dan sudah berputus asa akibat kurang keyakinan diri. Bagi menyelesaikan isu ini, Najibah harus belajar untuk mengawal emosinya tidak kira sama ada dari kemahiran intrapersonal ataupun kemahiran interpersonal supaya dia tidak merasakan tekananyang terlalu kuat pada emosinya. Najibah juga seharusnya belajar untuk menyayangi pelajarnya supaya dia akan gembira sepanjang proses pengajaran berlaku.

Konklusinya,

Najibah

harus

pandai

dalam

menguruskan

kompetensi

kemahiran emosi, supaya dia dapat memberi persepsi emosi yang seimbang dan 6

positif. Selain itu,penggunaan emosi yang betul pada situasi yang betul turut memainkan peranan yang penting dalam membuat keputusan. Kefahaman emosi yang mendalam membolehkan Najibah memahami maksud emosinya dan memilih emosi yangsesuai dalam mengendalikan setiap permasalahan yang datang.akhir sekali, kebolehan menguruskan emosi dapat meningkatkan aspek personal dan sosial Najibah.

4.0: NILAI-NILAI MURNI YANG SEPATUTNYA DIMILIKI SEORANG GURU YANG MEMPUNYAI EQ

Kecerdasan emosi didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, manfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.

Nilai-nilai murni yang sepatutnya dimiliki seorang guru yang mempunyai kecerdasan emosi ialah optimis. Optimis bermaksud sentiasa berfikir kearah yang positif. Contohnya, seorang guru mempunyai pelayang yang lemah dalam subjek yang diajarnya. Jika guru itu optimis, dia akan berusaha mengajar pelajar yang lemah tadi dengan memberikan latihan yang mencukupi dan member tumpuan yang lebih kepada pelajar yang lemah itu. Dia tidak akan mendiskriminasikan pelajar terbabit dan dia tidak akan berputus asa jika pelajar itu masih tidak memahami apa yang diajarnya. Sebaliknya dia akan sentiasa berfikiran positif dan berusaha melakukan pelbagai cara serta kaedah pengajaran agar pelajar yang lemah tadi dapat memahami subjek yang diajarnya. Inilah dikatakan sebagai guru yang optimis.

Selain itu, seorang guru yang mempunyai kecerdasan emosi ialah guru yang mempunya kesedaran emosi. Hal ini bermaksud guru tersebut sedar akan perubahan emosi yang dialaminya dan perubahan tersebut tidak menganggu tugasnya sebagai seorang guru. Guru itu juga perlu mempunya kawalan emosi kendiri yang tinggi agar dia tidak melepaskan emosi negatifnya kepada para pelajar. Kesedaran emosi dan pengawalan emosi kendiri penting agar guru itu tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh mencemarkan profesion perguruan. Contohnya, jika guru-guru mempunyai kesedaran emosi dan kawalan emosi yang tinggi, kes-kes seperti memukul pelajar sehingga mencederakan pelajar yang sering dipaparkan di dada akhbar tidak akan berlaku. Oleh itu, amat penting sekali bagi seorang guru untuk mempunyai kesedaran emosi dan kawalan emosi kendiri yang tinggi.

Seorang guru perlu mempunya daya usaha yang tinggi. Dalam satu-satu pekerjaan yang dilakukan oleh seorang guru hendaklah bersungguh-sungguh dan 8

mempunyai daya usaha yang tinggi agar pekerjaan yang dilakukan berkualiti. Seorang guru harus membuang perasaan malas berusaha kerana jika perasaan malas menguasai diri, pekerjaan yang dilakukan tidak sempurna dan mempunyai kualiti yang rendah. Sikap membuat kerja sambil lewa juga harus dielakkan oleh seorang guru kerana sikap ini sebenarnya bukan sikap seorang guru yang sejati. Guru juga perlu menjaga kualiti pekerjaan yang dihasilkan dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar tidak di pandang enteng oleh masyarakat.

Seterusnya, seorang guru harus mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Guru perlu membuang segala perasaan malu apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Apabila perasaan malu ini dikawal oleh seorang guru, maka guru tersebut berani meluahkan pendapat dan berkenalan dengan masyarakat sekelilingnya supaya hubungan social guru terbabit dapat diperluaskan. Guru juga perlu berani melontarkan segala idea serta bauh fikiran bagi memajukan masyarakat setempat. Justeru itu, perasaan malu bagi seorang guru biarlah bertempat. Jangan biarkan perasaan malu yang keterlaluan mempengaruhi hubungan social seorang guru dengan masyarakat sekelilingnya. Sebagai contoh, seorang guru yang baru posting di sebuah sekolah yang asing baginya perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dialaminya. Jika guru tersebut mempunyai perasaan malu yang keterlaluan dan rendah diri, bagaimanakah guru tersebut dapat mengadaptasikan keadaan sekeliling yang baru dengan dirinya. Tentu sekali guru itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat dan seterusnya guru tersebut akan tertekan kerana tidak mempunyai kenalan di tempat yang baru. Oleh itu, wajarlah bagi seorang guru mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak mempunayi perasaan malu yang keterlaluan agar guru tersebut dapat memulakan hubungan sosial dengan masyarakat setempat yang asing baginya dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baru dan guru-guru yang baru dikenalinya.

Guru juga perlu mempunyai sikap iniasiatif. Inisiatif bermaksud mempunyai pelbagai cara dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dan tidak terhad kepasa satu jalan keluar sahaja bagi sesuatu permasalahan. Contohnya, seorang guru yang mempunyai masalah dalam menangani disiplin para pelajar. Guru tersebut harus mempunyai inisiatif dengan cara mempelbagaikan kaedah 9

dalam menyelesaikan masalah terbabit. Pertama sekali , guru tersebut boleh memberikan hukuman kepada para pelajar yang bermasalah dengan tujuan untuk mengajar mereka. Jika tidak berjaya, guru boleh berbincang tentang permasalahan pelajar dengan ibu bapa mereka dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian. Selain itu, guru juga boleh menghantar pelajar yang bermasalah untuk menerima bimbingan kaunseling dari kaunselor skeolah. Jika tidak berjaya juga, guru boleh menghantar pelajar yang bermasalah untuk menyertai kem-kem kaunseling yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran.

Selain itu, guru juga boleh memahami tentang permalahan pelajar dengan bergaul dengan rakan-rakan sekeliling peljar yang bermasalah tadi dan memberikan perhatian kepada pelajar yang bermasalah dan cuba untuk menyelesaikan sebab kenapa pelajar tersebut suka melakukan masalah. Contoh yang diberi menunjukkan pelbagai cara yang dapat dilakukan oleh seorang guru dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapinya. Hal ini menunjukkan keperluan seorang guru untuk mempunyai sikap inisiatif dalam menyelesaikan permasalahan.

Penghormatan kendiri merupakan salah satu nilai murni yang sepatutnya dimiliki oleh seorang guru yang mempunyai kecerdasan emosi. Konsep kendiri adalah bertindak atau bertingkah laku berdasarkan kepercayaan. Seorang guru

haruslah menhormati pendiriannya dan mempercayai apa yang difikirkannya serta berani melontarkan pendiriannya terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, seorang guru yang menghadiri mesyuarat perlu mempunyai penghormatan kendiri. Guru yang mempunyai penghormatan kendiri berani meluahkan pendapatnya kepada ora ang lain dan tidak takut memikirkan pendapatnya diterima oleh orang lain atau tidak. Justeru itu, segala idea yang difikirkan oleh seorang guru harus dilontarkan dan dikongsi oleh orang lain tanpa perlu menghiraukan pandangan atau persepsi negative orang lain terhadap diri kita. Hal ini kerana setiap idea yang dilontarkan tidak semestinya tidak berguna dan sesetengah idea yang lahir dari seorang guru amat berguna dan member manfaat kepada orang lain.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi nilai-nilai murni yang sepatutnya dimiliki oleh seorang guru yang mempunyai kecerdasan emosi yang tidak dapat diungkapkan dalam karangan ini. Di harap agar setiap guru menghayati nilai-nilai 10

murni yang dipaparkan dalam karangan ini agar menjadi seorang guru yang berkualiti dan mempunyai kecemerlangan emosi bagi melahirkan pelajar yang berkualiti.

11

5.0: KEMAHIRAN EQ YANG PERLU DIKUASAI OLEH SEORANG GURU YANG BAIK

Guru yang juga dikenali sebagai agen pembangunan negara bukan sahaja perlu memiliki sikap tanggungjawab, nilai-nilai moral dan agama, malah perlu menguasai kemahiran-kemahiran kecerdasan emosi atau EQ supaya mampu melahirkan modal insan yang berguna kepada masyarakat serta menghadapi pelbagai cabaran yang berasaskan pendidikan.

Kemahiran EQ atau kemahiran kecerdasan emosi merangkumi aspek-aspek seperti kebolehan individu berfikiran positif, mengendalikan diri, bersemangat dan memiliki tenaga serta berkemampuan memotivasikan diri bagi menghadapi sesuatu situasi dalam kehidupan dan sebagainya. Sebagai seorang guru yang baik, kemahiran EQ seperti ini perlu dimiliki.

Secara spesifiknya, mengendalikan emosi merupakan salah satu kemahiran EQ yang perlu dikuasai oleh seorang guru yang baik. Kebolehan mengendalikan emosi merupakan tunas yang penting dalam menentukan kejayaan dalam kehidupan. Perasaan seperti tekanan, kesedihan, kemarahan dan kemurungan harus dikendalikan dan diurus dengan bijaksana terutama dikalangan para guru yang sentiasa berdepan dengan pelbagai isu yang berteraskan pendidikan. Seseorang guru yang berkebolehan mengendalikan emosi dengan baik, akan membuat sesuatu keputusan dengan bijak dan tidak bertindak secara membuta tuli. Namun begitu, terdapat juga golongan yang menganggap bahawa kejayaan akademik memadai untuk menggambarkan kejayaan seseorang. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus melatih diri mereka dalam pengurusan atau pengendalian emosi sendiri supaya menjadi seorang guru yang baik.

Selain itu, seorang guru yang baik juga perlu menguasai kemahiran EQ yang dikenali sebagai empati. Empati merupakan kebolehan menyedari dan memahami perasaan orang lain. Integrasi antara komunikasi verbal dan bukan verbal dengan persekitaran dan situasi adalah kaedah yang digunakan untuk menerapkan unsur empati dalam diri kita. Bagi seorang guru , empati membolehkan dirinya mengenali dan memahami perasaan pelajar yang menghadapi sesuatu masalah. Dengan ini, 12

guru itu boleh memberi perhatian yang lebih kepada pelajar tersebut untuk membincang dan mengatasi masalahnya.

Di peringkat pendidikan, guru yang baik adalah guru yang bijak memantau dirinya sendiri. Pemantauan kendiri merupakan kemahiran EQ atau kemahiran kecerdasan emosi yang penting untuk menilai diri sendiri dari semua aspek. Seorang guru yang baik perlu menilai diri sendiri dari aspek ketepatan masa, pelaksanaan tanggungjawab, penampilan diri dan sebagainya. Dengan adanya kemahiran ini, seseorang guru boleh mengawal dirinya daripada tidak melanggar peraturan atau kod etika guru dan dapat meningkatkan prestasi kerjayanya dari masa ke semasa.

Mengendalikan emosi, empati, dan pemantauan kendiri merupakan elemen yang menjadi pemangkin dalam membangun dan membina kemahiran bersosial. Kemahiran bersosial adalah salah satu unsur utama dalam komunikasi antara guru dengan pelajar dalam proses pembelajaran mahupun luar pembelajaran. Kemahiran ini adalah penting bagi seorang guru supaya memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain itu, kemahiran bersosial juga akan mewujudkan satu suasana yang bekerjasama dan tolong-menolong dikalangan guru dan para pelajar.

Secara ringkasnya, kemahiran-kemahiran EQ ini merupakan suatu penjana dikalangan golongan pendidik supaya menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang dari aspek pengajaran serta sosial. Setiap golongan pendidik wajar memiliki dan mempelajari kemahiran-kemahiran EQ ini untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik serta sosial untuk menjamin kemajuan negara.

13

6.0: REFLEKSI TERHADAP TAHAP KOMPETENSI EQ SEORANG GURU DAN CARA MENGURUSKAN EMOSI DALAM SITUASI MENCABAR

Kompetensi Kemahiran Emosi (EQ) terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu personal dan sosial. Bahagian pertama iaitu bahagian personal menerangkan tentang pengurusan diri dan pengurusan emosi seseorang. Menurut pemerhatian dari soalan yang dikemukakan, Najibah didapati gagal untuk menguruskan diri dan emosinya. Najibah amat tertekan dengan keadaan sekelilingnya memandangkan dia baharu sahaja memulakan profesyen perguruan dan masih kurang berpengalaman. Selain itu, Najibah gagal mengurus masa personalnya dan disiplin kelas.

Bagi mengatasi masalah ini, Najibah perlu pandai menguruskan masa serta merancang aktiviti hariannya. Jadual yang fleksibel amat perlu bagi Najibah supaya dia dapat menguruskan diri dan emosinya dengan lebih teratur dan bijak. Dia sepatutnya bertanyakan pendapat kepada guru yang lebih berkemahiran dan

berpengalaman bagaimana untuk menguruskan disiplin pelajar dalan kelas. Dengan cara ini, dia dapat menguruskan kelas dengan baik dan mengelakkan daripada emosinya terganggu. Menyertai seminar serta kursus untuk memantapkan jati diri dan menambah ilmu pengetahuan tencang sebarang perkara berkaitan dengan profesyen perguruan.

Seterusnya, bahagian Kompetensi Kemahiran Emosi yang kedua iaitu bahagian sosial. Kemahiran sosial ini berkait rapat dengan cara seseorang itu menguruskan diri dengan individu di sekelilingnya. Najibah gagal dalam

mempamerkan kemahirannya dalam menguruskandiri dan persekitarannya. Dia mempunyai masalah dengan rakan sekerja, pihak pengurusan dan ibu bapa pelajar itu sendiri. Hal ini kerana, Najibah bersikap pemalu dan enggan menegur orang lain dan secara tidak langsung mengganggu emosinya serta prestasi kerjanya yang semakin menurun. Dia juga tidak berkesempatan untuk meluangkan masa bagi berjumpa dengan ibu bapa pelajar untuk menyelesaikan masalah pelajar itu sendiri . Untuk menyelesaikan masalan ini, Najibah seharusnya cuba melibatkan diri dengan masyarakat di persekitarannya. Dia juga harus mengubah sikapnya yang enggan menegur sapa dengan rakan sejawatnya supaya merka akan mengubah 14

persepsi mereka kepada Najibah dan Najibah akan berasa lebih tenang dan tidak malu lagi untuk memohon tunjuk ajar daripada mereka. Begitu juga dengan pihak pengurusan, Najibah harus berusaha untuk mengenali pekerja lain yang mungkin akan membantunya dalam menyelesaikan sebarang masalah yang di hadapinya. Najibah juga perlu meluangkan masa untuk berjumpa dengan ibu bapa pelajarnya supaya hubungan erat dapat diwujudkan antara guru dan ibu bapa.

Hal ini amat penting kerana profesyen perguruan adalah meliputi setiap aspek penting dalam kehidupan dan memerlukan Najibah untuk bijak dalam menguruskan emosinya. Kemahiran personal dan sosial ini dapat meningkatkan keyakinan dirinya secara tidak langsung membantu Najibah memilih ekspesi emosi yang sesuai dan positif. Kemahiran ini turut membantu Najibah mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat sekelilingnya dan membantu meningkatkan prestasi kerja Najibah .

15

7.0: PENUTUP

Menurut kajian yang telah dijalankan terhadap masalah yang dihadapi oleh Najibah, jelaslah bahawa penguasaan kecerdasan emosi merupakan kata kunci kepada penyelesaiannya. Sebagai seorang pendidik, Najibah tidak dapat

menyesuaikan dirinya dengan perubahan yang dialami setelah dia ditempatkan di sebuah sekolah yang sederhana kemudahannya serta anak murid yang mempunyai pelbagai karenah. Tekanan yang dihadapi oleh Najibah semakin bertambah apabila tugasnya bertambah. Hal ini adalah kerana, Najibah tidak menghargai

tanggungjawabnya terhadap pelajar serta pihak pentadbiran sekolah disebabkan oleh tekanan yang dihadapinya. Usaha untuk memotivasikan pelajaryang

bermasalah hanya menemui kegagalan kerana Najibah boleh dikatakan tidak memahami emosi pelajarnya tersebut.

Dalam konteks profesionalisme keguruan, para pendidik perlu sentiasa memelihara kestabilan emosinya melalui kesediaan mereka menerima segala hakikat dan cuba untuk mencari jalan penyelesaiannya dengan cara yang betul serta meningkatkan kemahiran bersosial. Kemahiran bersosial merupakan satu amalan yang penting bagi golongan pendidik supaya mewujudkan satu tahap komunikasi yang berkesan di antara guru dengan pelajar. Najibah tidak menguasai kemahiran bersosial, akibatnya menghadapi masalah dari segi perhubungannya dengan pelajar, ibu bapa pelajar dan pihak pentadbiran sekolah.

Para pendidik perlulah menyelitkan pembelajaran sosial dan emosi dalam kehidupan sehariannya sebagai seorang guru.Contohnya, sesi suaikenal pada hari pertama persekolahan, menggalakkan para pelajar berkenalan dengan guru mereka supaya dapat mewujudkan komunikasi dua hala .Hal ini adalah penting supaya pelajar dapat membincang masalahnya kepada guru dengan cara yang mudah.

Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa pentingnya elemen kecerdasan emosi bagi seorang pendidik setelah mengkaji situasi Najibah yang berdepan dengan cabaran dalam bidang pendidikan alaf baru. Golongan bakal guru perlu menitikberatkan kemahiran-kemahiran serta kompetensi kecerdasan emosi kerana

16

ia merupakan salah satu aspek yang penting untuk menjadi seorang guru yang profesional.

17

8.0: REFLEKSI INDIVIDU

8.1: ABDUL HANNAN BIN ABDUL RAHMAN

Selepas mendapat taklimat berkenaan dengan kerja kursus Kompetensi Kemahiran Emosi, undian telah dijalankan bagi menentukan kumpulan masingmasing. Setelah undian selesai dijalankan, saya mendapati saya berada dalam kumpulan yang sama dengan Naiem, Wan Nur Hafizah dan Silverlingam. Saya hanya tahu selepas saya datang semula ke IPGM bagi mengikuti semula kuliah memandangkan saya tidak hadir pada hari kerja kursus diedarkan kerana saya terlibat dengan kemalangan.

Naiem kemudiannya memberi taklimah ringkas tentang kerja kursus yang perlu disiapkan ini kepada saya. Saya agak kaget kerana saya agak sukar untuk memahami soalan yang diberikan. Setelah berulangkali membaca soalan dan membuat catatan, saya mula faham dan mula membelek semula buku Kompetensi Kemahiran Emosi untuk mencari jawapan dan perkaitan antara masalah Najibah, watak yang terdapat dalam senario soalan kerja kursus yang diedarkan dengan Kompetensi Kemahiran Emosi.

Saya diarahkan untuk menyiapkan bahagian analisis dan saya agak pening dengan kehendak soalan. Oleh yang demikian, saya cuba bertanyakan kepada rakan-rakan dan berkolaborasi dengan pensyarah. Pada mulanya, analisis yang saya siapkan tidak mengikut kehendak soalan, melalui kolaborasi yang telah dijalan dengan pensyarah, saya sudah sedar akan kesalahan saya dan saya mula memperbaiki bahagian yang berkenaan. setelah selesai, saya menyerahkan kepada rakan saya untuk disusun dan digabungkan. Akhirnya selepas selesai semuanya, saya bersyukur kerana sempat menyiapkan kerja kursus ini bersama dengan ahli kumpulan yang lain. Diharap kerja kursus ini dapat memenuhi kehendak soalan.

18

8.2: Wan Nur Hafizah binti Wan Hussain

Alhamdullilah , syukur ke Hadrat Illahi dengan limpah kurnianya dapat saya siapkan kerja khusus Kecerdasan Emosi dengan jayanya. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru, ibu bapa serta rakanrakan sekumpulan saya yang terlibat dalam menyiapkan kerja khusus ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, En. Kalaiselvan a/l Pachayapan di atas penerangan yang jelas tentang kerja khusus ini. Ilmu yang dicurahkan oleh beliau amat bermakna kepada saya untuk digunakan bagi menguruskan emosi yang dialami oleh saya.

Pada mulanya, tugasan ini agak sukar bagi saya kerana saya tidak memahami soalan tentang cerita Najibah. Namun, selepas berbincang dengan rakan sekumpulan saya dapat mengetahui tentang segala permasalahan yang berlaku pada Najibah. Seterusnya, saya mencari jalan penyelesaian bersama rakan-rakan sekumpulan tentang isu yang timbul dari cerita Najibah.

Tugasan saya dalam kerja khusus ini adalah membuat karangan mengenai nilai-nilai guru yang perlu ada bagi seorang guru yang mempunyai kecerdasan emosi. Syukur kerana saya dapat membuatnya dengan membuat rujukan di internet dan buku-buku kecerdasan emosi. Tugasan yang perlu dilakukan oleh saya sedikit sebanyak menyedarkan saya tentang kepentingan nilai-nilai murni bagi seseorang guru yang perlu ada. Di harap saya dapat mengaplikasikan nilai-nilai ini apabila saya keluar dar IPGM ini kelak.

19

8.3: Silverlingam A/L Paramanathan

Penghasilan kerja kursus kecerdasan emosi ini meliputi pengalaman yang berharga setelah berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan dalam aspek tertentu. Bahan- bahan yang dicari berkenaan dengan kerja kursus ini rumit dan mengambil masa yang panjang untuk meneroka dan memahaminya. Sebahagian besar bahan daripada internet tidak meliputi elemen atau kehendak soalan, maka kumpulan kami meluangkan masa yang lebih banyak untuk mencari bahan daripada internet.

Pembahagian tugas dan pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan setiap tugasan individu telah dilaksanakan mengikut perbincangan ahli-ahli kumpulan. Kerjasama kumpulan kami agak menyerlah dalam melaksanakan tugasan yang diberi.

Dalam konteks ini, saya juga telah memperoleh pelbagai maklumat tentang kemahiran-kemahiran kecerdasan emosi dan menghayatinya sepanjang

pelaksanaan kerja kursus ini. Dalam kata lain, saya telah meningkatkan kestabilan emosi saya serta mempelajari kaedah-kaedah untuk mengawal emosi tertentu supaya kita dapat Berjaya dalam kerjaya kita sebagai seorang guru. Tambahan pula, saya juga telah mempelajari elemen yang penting dalam kecerdasan emosi iaitu kemahiran bersosial. Kemahiran ini adalah satu unsur yang penting bagi seorang guru. Hal ini adalah kerana, kemahiran berkomunikasi merupakan suatu kelayakan yang penting bagi seorang guru untuk meneroka kehidupannya sebagai seorang guru yang professional.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan kerja kursus ini mendatangkan pelbagai faedah kepada diri saya dan saya juga berharap bahawa rakan-rakan saya telah menghayati segala unsur-unsur yang terkandung dalam kemahiran kecerdasan emosi ini.

20

8.4: Muhammad Naiem Bin Noordin

Alhamdulillah, akhirnya saya, Muhammad Naiem Bin Noordin berjaya juga menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) ini bagi subjek Kecerdasan Emosi dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing kami iaitu En. Kalaiselvan A/L

Patchacapan atas segala tunjuk ajar sepanjang kumpulan saya menjalankan kerja kursus ini.

Sepanjang kumpulan saya melaksanakan kerja kursus ini saya dapat bekerjasama dengan sesama ahli kumpulan tanpa sebarang masalah walaupun pada permulaannya, saya menghadapi masalah kesihatan yang agak serius iaitu saya menghidap demam panas. Sungguhpun demikian, saya tetap juga memberi komitmen yang jitu terhadap diri sendiri dan juga terhadap ahli kumpulan tanpa sebarang kompromi. Tugasan ini memberikan kumpulan saya peluang berdikari kerana kami dapat menyiapkan kerja ini dengan usaha kami sendiri dan berkat bantuan pensyarah dan rakan-rakan.

Disamping itu, melalui kerja kursus ini saya juga dapat menambah pengetahuan yang sedia ada tentang ilmu yang berkaitan dengan cara pengurusan emosi dan kendiri ketika menghadapi situasi sebenar di kelas.

Justeru saya berharap agar tugasan ini dapat meemberikan 1001 sumber rujukan berguna kepada pembaca dalam mengendalikan peri laku dan emosi diri supaya kelak nanti seorang guru yang dilahirkan adalah benar-benar berkualiti dari segi pengurusan emosi dan kendiri.

21

S-ar putea să vă placă și