Sunteți pe pagina 1din 4

KERJA KURSUS

Markah : 30 %
Tarikh Serah : Minggu ke 8 kuliah

Panduan esei :

i. 20 – 30 halaman bercetak
ii. Fond 12 – Times New Roman
iii. Langkau baris 1.5
iv. Sumber Rujukan
 Sekurang-kurangnya 8 buah buku berkaitan
 Sekurang-kurangnya 1 buah journal berkaitan
 Sekurang-kurangnya 5 laman web berkaitan

Senarai semak sebelum penyerahan hasil tugasan:

i. Pastikan pada muka hadapan tugasan dimuatkan perkara-


perkara berikut:
 Kod dan Nama Kursus (KPP5022 Aplikasi Psikologi
Pendidikan)
 Tajuk Esei
 Kumpulan Kuliah (Hari dan masa)
 Nama, nombor matrik, program & semester
 Nama pensyarah

ii. Senarai isi kandungan esei


iii. Kandungan Esei (pendahuluan, isi, penutup)
iv. Rujukan mengikut format APA (American Psychology
Association) versi 4.0
v. Simple Binding

PERINGATAN:

Serahan lewat tidak akan dilayan sama sekali untuk pertimbangan


markah. Serahan awal amat dialu-alukan
TAJUK-TAJUK TUGASAN (KPP 1033)

1. Berdasaran Teori Perkembangan Gesell dan Havighurst, bincangkan


bagaimana pemahaman terhadap perkembangan fizikal diperingkat umur
tertentu membantu guru menjalankan tugas pengajaran dengan berkesan di
dalam bilik darjah.

2. Berdasaran Teori Perkembangan Gesell dan Havighurst, bincangkan


bagaimana pemahaman terhadap perkembangan sosial dan emosi
diperingkat umur tertentu membantu guru menjalankan tugas pengajaran
dengan berkesan di dalam bilik darjah.

3. Bincangkan isu-isu moral atau tingkah laku negatif dalam konteks bilik
darjah. Cadangkan cara untuk guru menanganinya dengan bantuan Psikologi
Pendidikan.

4. Berdasarkan teori perkembangan bahasa oleh Vygotsky, cadangkan cara


untuk menggalakkan pembelajaran dan penguasaan bahasa di kalangan
kanak- kanak.

5. Bincangkan aplikasi prinsip perkembangan kognitif Piaget dalam konteks


pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

6. Bincangkan tentang maksud dan perkembangan konsep kendiri, dan


sebagai seorang guru, nyatakan apakah cara-cara yang boleh digunakan
untuk membantu membina konsep kendiri yang positif di kalangan pelajar
sekolah.

7. Bincangkan bagaimana pemahaman dan penghayatan guru terhadap


personaliti pelajar-pelajarnya dapat membantu melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

8. Bincangkan sejauh mana teori pembelajaran sosial boleh digunakan untuk


mengatasi masalah tingkah laku pelajar remaja di sekolah menengah.
Jelaskan jawapan anda dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.
9. Terangkan pandangan Gardner mengenai teori kecerdasan pelbagai dan
bagaimanakah teori itu dapat membantu guru di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah.

10. Kesediaan psikomotor, kognitif, emosi dan sosial merupakan faktor-


faktor yang penting di dalam membantu guru melaksanakan strategi
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Bincangkan

11. Jelaskan maksud pembelajaran afektif. Pada pendapat anda


bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk menerapkan pendidikan
afektif.

12. Berdasarkan pendekatan Behavioris, bincangkan bagaimanakah cara


guru dapat menggunakan motivasi ekstrinsik dan intrinsik terhadap pelajar-
pelajar mereka di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

13. Siapakah pelopor teori pembelajaran inkuiri-penemuan dan terangkan


dengan jelas kebaikan dan kelemahan cara pembelajaran inkuiri-penemuan
ini apabila diaplikasikan ke dalam bilik darjah.

14. Dengan merujuk contoh-contoh yang sesuai, bincangkan cara untuk guru
memanfaatkan pendekatan pemprosesan maklumat di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

15. Jelaskan apakah dia pemikiran kritis dan kreatif. Bincangkan cara-cara
atau aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk menyebatikan
kemahiran KBKK ini di dalam pengajaran dan pembelajaran.

16. Terangkan dengan jelas model pembelajaran kooperatif dan bincangkan


bagaimana model ini dapat diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

17. Dengan memberi contoh-contoh yang sesuai, bincangkan aplikasi


Konstruktivism di dalam membantu guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
18. Huraikan teori Dua Belah Otak (HOKA & HOKI) oleh Sperry.
Bincangkan bagaimana guru boleh menggalakkan penggunaan HOKA dan
HOKI di dalam pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan beberapa
contoh.

19. Terangkan Teori Keperluan Maslow dan bincangkan alternatif-alternatif


yang guru boleh fikirkan untuk memotivasikan pelajar berisiko dengan
menggunakan teori tersebut.

20. Jelaskan konsep ’bermain’ (play) dalam proses pengajaran dan


pembelajaran. Bincangkan beberapa contoh pendekatan bermain di dalam
satu subjek yang anda pilih. Jelaskan juga faedahnya dan prinsip pengajaran
dan pembelajaran yang tersirat di dalamnya.

S-ar putea să vă placă și