Sunteți pe pagina 1din 12

Syair Definisi Orang Berakal

Orang berakal sangatlah mulia, Pakaian anbia dan aulia, Barang siapa mengikut dia, Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam, Menjadi kepala bela bermacam, Jikalau mata melihat kekejaman, Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat, Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, Tiada mengasihi orang yang jahat, Takut akhirnya menjadi fazihat.

Sebagai lagi tanda berakal, Perintah syarak tidak menyangkal, Menjauhkan tamak hendak tawakal, Ibanya tahu dunia tak kekal.

Jika ia dikasihi raja, Tiadalah ia melanja-lanja, Tiadalah menyombong pada bekerja, Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Apabila raja kasih sangat, Makin itu, makin ia ingat, Segala taulannya hatinya dihambat, Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu, Tanda berakal kasihan ilmu, Suka mentelaah tiadalah jemu, Mencari kupasan jangan tersemu.

Huraian Bentuk

1. Syair ini merupakan sejenis puisi Melayu tradisional 2. Dari segi binaan, syair ini terdiri daripada empat baris serangkap. Kempat-empat baris ini mempunyai makna yang membina. Maksudnya, semua baris mencipta kesatuan yang memberi suatu maksud. 3. Dari segi penggunaan perkataan, setiap baris terdiri daripada empat patah perkataan. Terdapat juga yang mempunyai lima patah perkataan. Hal ini tidak menjadi satu kesalahan kerana bilangan suku katanya masih dalam linkungan 9-13 suku kata. Bilangan ini merupakan bilangan yang dianggap sempurna dalam gubahan syair. 4. Seluruh syair Syair Definisi Orang Berakal ini terdiri daripada tujuh rangkap. Semuanya mengemukakan satu tema.

Huraian Maksud

Rangkap 1 Rangkap ini menerangkan kedudukan orang yang berakal, iaitu sangat mulia. Berakal itu diibaratkan pakaian para anbia dan aulia. Dengan itu, sesiapa yang mencontohi mereka akan beroleh kebahagiaan dalam hidup. Rangkap 2 Rangkap ini memperihalkan ketajaman akal mereka itu. Orang-orang yang berakal juga bersifat pembela. Kalau melihat sesuatu perkara yang kejam, maka orang-orang berakal inilah yang berada di barisan hadapan untuk membuat pembelaan. Rangkap 3 Orang-orang berakal ini cara berfikirannya tajam dan penuh dengan kebijaksanaan. Selain itu, dia mengasihi ketuanya, termasuk sahabat. Namun, tidak sedemikian terhadap orang-orang yang jahat kerana takut akan mengaibkan dirinya sendiri. Rangkap 4 Sifat-sifat orang yang berakal yang lain ialah mentaati hukum syarak. Mereka tidak tamak, sebaliknya bersifat tawakal ataupun menyerah kepada Tuhan serta menyedari betapa dunia ini tidak kekal.

Rangkap 5 Bagi orang-orang yang berakal, seandainya mereka dikasihi raja, mereka tidak akan menghabiskan masa sebegitu sahaja dengan merayau-rayau tanpa tujuan. Sementara itu, mereka tidak sombang tatkala menjalakan tugas atau kewajipannya. Bagi mereka, kedudukannya setaraf sahaja dengan sahabat-sahabatnya.

Rangkap 6 Orang-orang yang berakal sebenarnya sangat mencintai ilmu pengetahuan. Mereka mentelaah ilmu tanpa jemu-jemu. Mereka akan membuat analisis secara mendalam.

Tema

1. Bertemakan sifat-sifat orang yang berakal. 2. Selain itu, isi syair ini juga berkaitan: (a) Sangat mulia (rangkap 1) (b) Mempunyai akal yang tajam dan bersih (rangkap 2 dan 4) (c) Setiap penilaiannya (telek pandang) jitu (rangkap 3) (d) Berhemah (rangkap 5) (e) Berpekerti terpuji (rangkap 6) (f) Mencintai ilmu (rangkap 7)

Gaya Bahasa

1. Asonansi - Menjadi kepala bela bermacam - pengulangan vokal e 2. Aliterasi - Menjauhkan tamak hendak tawakal - pengulangan konsonan k 3. Sinkope Ibanya tahu dunia tak kekal 4. Anafora - Tiadalah ia melanja-lanja - Tiadalah menyombong pada bekerja 5. Penggunaan kata klasik - tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu

Persoalan 1. Sesiapa yang mendampingi orang yang berakal akan beroleh kebaikan daripadanya. Contoh, beroleh kebahagiaan. 2. Setiap orang perlu memiliki akal yang tajam untuk menghindari kekejaman. 3. Dalam pergaulan, kita perlu mengasihi sahabat, tetapi menjauhi orang-orang jahat. 4. Manusia wajib beriman. 5. Keikhlasan mengatasi darjat dan pangkat. 6. Persahabatan penting dalam kehidupan manusia. 7. Manusia tidak boleh bermegah-megah. 8. Ilmu amat penting dalam kehidupan.

Nilai

1. Bijak Bijak merupakan satu sifat yang menguntungkan, misalnya bijak itu mencontohi orang-orang yang berakal. 2. Bertanggungjawab Amalan bertanggungjawab sangat perlu dalam membela kekejaman. 3. Kasih sayang - Sifat dan amalan ini diperlukan dalam sebuah persahabatan supaya setiap orang yang beroleh faedah dan kebaikan. 4. Merendah diri Seseorang yang dikasihi raja tidak berfoya-foya sesuka hati. 5. Menggunakan masa hadapan yang berfaedah Misalnya menelaah ilmu.

Pengajaran 1. Kita mestilah berusaha menjadi yang dikategorikan mulia seperti memiliki ilmu yang luas, akal fikiran yang cergas dan bijak. Hal ini amat berguna demi keharmonian hidup sama ada diri kita ataupun orang-orang sekeliling. 2. Kita perlulah mencontohi orang-orang yang berakal atau orang-orang bijak kerana mereka melakukan sesuatu yang baik dan betul. 3. Kita hendaklah menyemai sikap membenci kekejaman. 4. Kita sewajarnya menyayangi sahabat kita dengan cara menghargai dan menghormati mereka. 5. Kita tidak sepatutnya mendekati orang yang jahat kerana ia mampu memudartkan kehidupan kita. 6. Kita wajib mentaati perintah syarak atau hukum agama, antaranya tidak bersikap tamak, selalu tawakkal, dan sentiasa menyedari bahawa dunia ini sememangnya tidak kekal lama. 7. Kita seharusnya menghargai kepercayaan yang diberikan oleh orang lain. Misalnya kepercayaan yang diberikan oleh raja, dengan tidak berjalan-jalan atau merayau sesuka hati selain sikap tidak sombong dan tidak membeza-bezakan antara sahabat. 8. Kita sepatutnya sentiasa mengamalkan sikap rendah diri. 9. Kita perlu menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

Syair Siti Sianah

Setengahnya perempuan terlalu janggalnya, Roma di muka pula dicukurnya, Seperti taji berandam di keningnya, Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka, Melihat laki-laki ditampakkan muka, Supaya laki-laki boleh menyangka, Ianya elok tiada berhingga.

Setengah perempuan sangat pesolek. Berhias berdandan berpakai molek, Di dalam cermin muka ditelek, Kanan dan kiri dibelek-belek.

Meskipun tiada berapa eloknya, Ada yang setengah kembang hidungnya, Serta kepik pula batangnya, Seperti buaya besar mulutnya.

Setengah perempuan perangainya cela, Habis dipenuhi rambut kepala, Rambut yang sikit disiputnya pula, Memakai cemara berjela-jela.

Terkadang muka ditumbuhi pupuri, Kaki dan tangan, lengan dan jari, Jadilah rupanya putih berseri, Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat, Memakai gelang bertingkat-tingkat, Memandang laki-laki matanya lekat, Dengan jantan suka berdekat.

Kaki dan tangan dinaikkan pula, Pura-pura dikatakan ubat segala, Hakikatnya diketahui Allah Taala, Supaya laki-laki berhati gila.

Berlindunglah kita kepada Allah, Daripada perbuatan yang amat salah, Mudah-mudahan dilepaskanlah, Jangan menjadi betina sempolah.

Setengahnya suka bermain judi, Inilah perangai yang banyak terjadi, Habislah tergadai intan serudi, Kerana perangai sudah membadi.

Laki-laki perempuan bertindih lutut, Banyaklah kelakuan yang tidak patut, Sembahyang ibadat sudahlah bantut, Kerana syaitan duduk di buntut.

Huraian Bentuk

1. Terdiri daripada sebelas rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata. - mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan) - kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan) 4. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata. - Ianya elok tiada tandingnya (9 suku kata) - Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11 suku kata) 5. Rima akhir syair ini ialah aaaa 6. Syair ini adalah puisi terikat.

Huraian Maksud

Rangkap 1 Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka, membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya. Rangkap 2 Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya. Rangkap 3 Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka. Rangkap 4 Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias. Rangkap 5 Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu. Rangkap 6 Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.

Rangkap 7 Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki. Rangkap 8 Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah. Rangkap 9 Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.

Rangkap 10 Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini. Rangkap 11 Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.

Tema Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri.

Persoalan

1. 2. 3. 4.

Persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak. Persoalan ketaaatan kepada Allah. Persoalan kesan buruk perjudian. Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Gaya Bahasa 1. Asonansi - Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan perangainya cela pengulangan vokal e. 2. Aliterasi - Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan konsonan ki. 3. Kata ganda - dibelek-belek, berjela-jela. 4. Simile - Seperti taji berandam di keningnya . - Seperti buaya besar mulutnya. 5. Bahasa klasik - molek, cemara, intan serudi dan sempolah. 6. Peribahasa - makan angkat.

Nilai 1. Nilai kesopanan Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai. 2. Nilai kesederhanaan Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri. 3. Nilai ketaatan pada agama. Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama. 4. Nilai kesyukuran. Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.

Pengajaran 1. Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain. 2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah. 3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran. 4. Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat.

S-ar putea să vă placă și