Sunteți pe pagina 1din 4

Analisis pemarkahan

Melalui perntaksiran yang saya lakukan , kita dapat lihat bahawa Ilmu dalam penghasilan karya yang mengikut tema dan penggunaan bahan media yang pelbagai . Ini adalah kerana murid menggunakan warna yang berbeza dengan murid-murid yang lain. Murid ini menggunakan warna kuning , merah jambu dan hitam . Ini merupakan satu kelainan berbanding dengan murid yang lain yang menggunakan warna-warna asas sahaja. Gabungan warna hitam dan merah jambu juga merupakan satu gabungan warna yang menarik dan boleh dibanding beza. Selain daripada itu , hasil tiupan juga amat baik kerana jalur tiupan yang menjadi dan terhasillah hasil kerja yang baik. Teknik yang betul juga menjadikan hasil karya tersebut boleh dikategorikan sebagai CEMERLANG. Tambahan pula, hasil kerja ini sangat kemas dan tiada kesan-kesan kotoran yang dapat kita lihat. Murid juga menunjukkan sahsiah yang baik sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Di dalam hasil karya murid ini, murid mengikut tema yang ditetapkan iaitu bebas. Warna yang digunakan di dalam hasil karya ini adalah warna asas sahaja. Tambahan pula, murid menggunakan media yang sesuai iaitu dengan menggunakan straw untuk melakukan aktiviti ini. Di dalam pengolahan idea pula, proses penghasilan dilakukan mengikut urutan yang diberikan oleh guru. Murid ini juga mempunyai daya kreativiti yang baik dengan kepelbagaian warna di dalam aktiviti yang dijalankan iaitu dengan meletakkan jenis warna asas di pelbagai sudut. Tugasan kurang kemas, kurang bersih dan kurang teliti. Gubahan yang dihasilkan juga mempunyai satu gubahan sahaja dan bentuk kurang menyerupai kepada teknik tiupan bebas yang telah ditugaskan.

Melalui pentaksiran yang telah saya jalankan, saya dapati bahawa, Mengandungi 1 jenis unsur seni daripada 6 unsur seni. Hasil kerja yang dilakukan oleh murid ini kurang menarik dan tidak kelihatan seperti teknik tiupan. Ia kelihatan seperti teknik capan dan nampak seperti melakukan aktiviti capan. Pemilihan Dan Penyediaan Bahan yang ditunjukkan juga menunjukkan murid ini Kurang kreatif dengan melakukan bentuk yang serupa. Tambahan pula, murid menggunakan media yang sesuai iaitu dengan menggunakan straw untuk melakukan aktiviti ini. Di dalam pengolahan idea pula, proses penghasilan dilakukan tidak mengikut urutan yang diberikan oleh guru.

Sebalikkanya, pelajar ini memasukan warna kedalam straw dan tidak diletakkan di atas kertas lukisan. Ini merupakan teknik yang salah walaupun acap kali ditegur oleh guru.

Di samping itu juga hasil kerja yang dipertunjukkan juga tidak kemas, kurang bersih dan kurang teliti. Ini kita dapat lihat melalui hasil kerja yng comot dan tidak menggunakan teknik yang betul di dalam teknik tiupan.Selain daripada itu, Menunjukkan sahsiah yang tidak baik sepanjang aktiviti. Ini adalah kerana murid ini mempunyai masalah tingkah laku iaitu pelajar ADHD .

S-ar putea să vă placă și