Sunteți pe pagina 1din 26

Tajuk: Konflik Cinta Antara 2 Benua

PENGENALAN
Menurut Valone (1991), beliau menyatakan Professor Soper traces the development of humanism as well as its demise.She resurrects its authentic meaning by situating its roots in the philosophical tradition beginning with Hegel and followed by

Marx,Hussers,Heidegger and Existentialism. Menurut Devito (2003), setiap hubungan yang terjalin mempunyai kepentingan tertentu. Antaranya ialah memenuhi kehendak insani, mewujudkan hubungan bermakna, mengawal keadaan, melaksanakan sesuatu tugas, mengawal konflik dalam hubungan dan mengubah sikap dan tingkah laku. Isu perkahwinan campur terutamanya dengan pasangan yang berasal dari luar negara adalah suatu keadaan yang bukan janggal di kalangan masyarakat Malaysia hari ini.Perkahwinan campur sebenarnya dapat mewujudkan hubungan yang bermakna kepada suami isterinya dan seluruh kaum keluarga kerana dapat mengenali dan mempelajari budaya dan adat yang berlainan. Lihat sahaja kepada penyanyi Anita Sarawak yang memilih lelaki berketurunan Amerika Syarikat sebagai suaminya namun berkekalan sehingga ke hari ini tanpa wujudnya sebarang masalah.Namun begitu, jika dilihat perkahwinan antara Maya Karin dan suaminya yang berketurunan Australia pula kecundang di tengah jalan dengan mengambil keputusan untuk berpisah kerana tiada persefahaman. Oleh itu,setiap pasangan suami isteri harus saling saling bekerjasama dalam setiap urusan keluarga ke arah hidup yang lebih sejahtera dan bermakna.

SINOPSIS CERITA
Pengenalan
Sekitar 5 Disember 2003, Kota London dilanda ribut salji yang kuat.Sejuknya pula menusuk ke tubuh Aizat Hakimi.Pemuda tersebut berumur 21 tahun.Beliau sedang menuntut di Universiti London, United Kingdom dan merupakan seorang pelajar jurusan undangundang.Beliau memulakan pengajiannya pada 2 Disember 2003 dan tempoh pengajian beliau adalah selama 3 tahun.Cita-citanya hanya satu iaitu ingin mengejar impian dan cita-citanya untuk menjadi seorang peguam.

Pertengahan
Pada suatu pagi yang indah, iaitu pada 30 Disember 2003, beliau sedang duduk termenung di tepi jendela kamarnya sambil memerhatikan keindahan alam di sekitar kampusnya.Matanya terpesona melihat keindahan panorama alam sekitar yang sungguh hijau.Tiba-tiba hatinya terpikat pada seorang gadis Inggeris yang sedang melintas melewati kawasan rumah kediamannya.Hatinya tiba-tiba berdebar kencang dan seakan wujud perasaan cinta kepada wanita tersebut. Sejak daripada hari tersebut, beliau sering bertemu dengan gadis itu semasa dalam perjalanan pergi ke kuliah.Mereka akhirnya berkenalan dan mula menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.Gadis tersebut bernama Uereka Isabell dan berasal dari Austria.Mereka bercinta selama 2 tahun. Aizat Hakimi dan Uereka Isabell bertemu untuk kali pertama di dalam satu program amal anjuran Universiti London yang mana masing-masing menjadi AJK untuk Biro 3

Protokol.Pada permulaan pertemuan, mereka kurang berkomunikasi dan tidak mengetahui mengenai latar belakang diri masing-masing.Apabila Aizat bertanya tentang kisah peribadinya kepada Uereka, beliau seolah-olah enggan menceritakan kisahnya kepada Aizat.Namun atas sebab tugasan, mereka sering bertemu. Berlaku banyak proses komunikasi pada tahap ini.Pada permulaanya komunikasi yang berlaku mungkin berbentuk formal dan lebih banyak berkisar tentang tugasan sahaja. Namun keadaan itu boleh berubah, apabila semakin kerap mereka bertemu komunikasi yang berlaku juga akan berubah dan lebih tertumpu kepada komunikasi interpersonal dan menjadikan hubungan antara mereka lebih intim. Selepas menamatkan pengajian, pada tanggal 15 Mac 2006 mereka akhirnya

disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam majlis yang ringkas di Malaysia.Nama islamnya ialah Nur Atikah Imana.Namun, di awal usia perkahwinan, pelbagai masalah komunikasi yang dialami seperti tentangan daripada keluarga Uereka.Ibu bapa beliau sangat marah kepadanya kerana telah menderhaka kepada ibu bapa dan agama.Hubungan mereka semakin renggang dan komunikasi yang berlaku antara mereka agak negatif dan pasif. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh Nur Atikah Imana juga ialah untuk bertutur dalam bahasa melayu.Masalah ini merupakan masalah yang paling berat dialami oleh beliau.Beliau banyak menggunakan bahasa isyarat apabila bertutur dengan

mertuanya.Kadang-kadang bahasa isyarat yang digunakan disalah tafsir oleh mereka dan perkara ini amat memalukan bagi Nur Atikah.Contohnya, apabila ibunya bertanya kepada beliau samada beliau sudah solat atau belum, beliau hanya mampu mengganguk sahaja sebagai tanda jawapannya bahawa beliau sudah solat. Seterusnya , masalah yang dihadapi oleh Nur Atikah Imana juga ialah masalah untuk menyesuaikan diri dengan adat dan tatacara hidup sebagai orang melayu.Masalah yang paling besar dialami oleh Nur Atikah ialah untuk makan dengan menggunakan tangan dan makan

masakan melayu yang agak pedas.Suasana menjadi semakin kecoh dan gamat dengan tawa ria ahli keluarga suaminya apabila mereka menjamah makanan.Mana tidaknya, apabila Nur Atikah cuba untuk menyuapkan nasi ke mulutnya, tiba-tiba nasi tersebut jatuh ke atas meja.Beliau juga cuba untuk makan masakan seperti sambal belacan yang dicicah bersama dengan ulam-ulaman.Namun, tidak sempat untuk menguyah, beliau memuntahkannya semula. Selain itu, beliau juga menghadapi masalah dengan cuaca di Malaysia.Beliau tidak tahan dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.Kulitnya amat sensitif kepada cahaya sehingga terpaksa menggunakan krim pelindung cahaya matahari apabila mahu keluar dari rumahnya.

Klimaks/Penutup
Kesimpulannya, beliau akhirnya cuba untuk mengatasi masalah yang beliau hadapi dengan menghadiri kelas tambahan yang mengajar Bahasa Melayu.Selain itu, Atikah juga telah cuba untuk menyesuaikan diri dengan adat melayu seperti makan menggunakan tangan dan cuba untuk makan masakan melayu yang pedas.Disamping itu, beliau juga cuba untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.Hubungan komunikasi antara kedua belah pihak juga semakin erat dan utuh.

PENERANGAN TEORI/KONSEP
Teori yang dikaitkan dengan tajuk ini:
Teori Penembusan Sosial
Saya memilih Teori Penembusan Sosial kerana teori ini sangat relevan dengan dengan kes perkahwinan campur antara 2 benua yang berbeza.Apabila semakin lama kita melakukan komunikasi interpersonal, maka semakin banyak kita mengetahui tentang isi hati pasangan masing-masing.Hal ini amat bersesuaian dengan konsep perkahwinan campur kerana walaupun berlaku perbezaan dari segi agama, budaya, bahasa dan adat serta peraturan hidup antara Islam dan Kristian, namun akhirnya melalui proses komunikasi yang lama dan berterusan, maka semua masalah dapat diatasi kerana masing-masing sudah mengenali hati dan budi masing-masing. Melalui teori ini, konsep utamanya ialah personaliti diri seperti bawang besar yang mempunyai lapisan luar atau kulit yang nipis, diikuti dengan lapisan-lapisan lain yang semakin ke dalam semakin kuat dan padat.Ini bermakna semakin lama kita berkenalan atau melakukan komunikasi interpersonal maka semakin kita mengetahui isi hati kenalan kita itu. Semakin banyak kita berkomunikasi dan semakin banyak yang kita ketahui mengenai pasangan kita, maka komunikasi akan menjadi lebih

peribadi.Ini juga bermaksud, semakin lama k i t a m e n g e n a l i p a s a n g a n k i t a m a k a s e m a k i n m e n d a l a m m e n g e n a i d i r i n y a y a n g k i t a k e t a h u i . Biasanya perkara luaran lebih mudah untuk diceritakan kepada orang yang baru dikenali,seperti berasal daripada mana d a n apa yang kenalan anda min at.Semakin ke dalam

t e m b u s a n d i r i n y a m e n j a d i s e m a k i n sukar, seperti kulit bawang.Bahagian dalam kulit semakin sukar untuk ditembusi. Biasanya tembusan berlaku dengan dengan cepat pada peringkat awal perkenalan, namun akan menjadi semakin lambat setelah sampai ke lapisan yang lebih tengah atau dalam.Sebagai contoh, masalah peribadinya, kisah hidupnya atau sikap yang tersembunyi dalam dirinya.Proses yang terakhir mungkin berlaku adalah kebalikan tembusan yang merupakan proses penarikan diri daripada satu lapisan ke satu lapisan seperti pada peringkat tembusan. Contohnya, teori ini ternyata benar apabila hubungan antara Aizat Hakimi dan

Eureka Isabell semakin erat walaupun terdapat banyak perbezaan dari segi agama, bahasa adat dan budaya.Dek kerana sudah mengenali isi hati pasangan masing-masing yang mengambil masa selama 2 tahun telah cukup untuk membuatkan mereka untuk saling mengerti dan memahami peribadi masing-masing. Selain itu, menurut teori ini juga, tembusan berlaku dengan cepat pada peringkat awal perkenalan, tetapi menjadi lambat setelah sampai ke lapisan yang lebih tengah.Hal ini terbukti melalui kes perkahwinan campur antara Aizat Hakimi dan Uereka Isabell.Tempoh perkenalan mereka yang amat singkat dan pendek iaitu seminggu selepas Aizat Hakimi terpandang wajah Uereka Isabell, beliau terus jatuh hati kepada gadis itu dan terus meminta kebenaran Uereka untuk menjadikan beliau sebagai kekasihnya. Namun begitu, menurut teori ini, tembusan akan menjadi semakin lambat

setelah sampai ke lapisan yang lebih tengah atau dalam seperti yang digambarkan seperti kulit bawang.Hal ini jelas dapat dilihat apabila hubungan kekeluargaan antara Uereka dan ibu bapanya menjadi semakin renggang.Ibu bapa Uereka tidak bersetuju dengan tindakan anaknya yang telah bertindak menukar agama dari seorang Kristian kepada Islam.Ayahnya berasa sangat kecewa dengan tindakan

itu.Beliau berasa amat malu kerana beliau merupakan seorang paderi di gereja yang mana amat kuat pegangannya terhadap agama Kristian namun tidak mampu untuk mendidik anak untuk menjadi seorang penganut Kristian yang baik.Pada tahap ini, komunikasi antara Uereka dan ibu bapanya berada di tahap yang kritikal dan hampir setahun mereka tidak bertanya tentang khabar masingmasing. Te o r i p e n e m b u s a n s o s i a l m e n u n j u k k a n k e b e n a r a n y a p a d a t a h a p i n i . I n i k e r a n a p a d a permulaanya mereka tidak mengenali antara satu sama lain.Namun mereka berubah menjadi lebih rapat.Komunikasi interpersonal yang berlaku mungkin wujud antara Aizat Hakimi dan Uereka Isabell . P e r t e m u a n d e m i pertemuan dan semakin banyak mereka berkomunikasi akan membuatkan hubungan mereka lebih intim dan mesej yang disampaikan juga boleh menjadi kepada mesej personal.Sudah pasti pada permulaan pe r k e n a l a n antara mereka satu pasti sama

mempunyai

persepsi

masing-masing

l a i n . Mereka hanya boleh mempunyai tanggapan mereka dari pandangan mereka yang pertama terhadap personaliti masing-masing. Pada pendapat saya, setiap individu mempunyai cara mereka yang tersendiri apabila mula u n t u k m e n d e k a t i a n t a r a s a t u s a m a l a i n . A d a y a n g b e r s i f a t t e r t u t u p dan agak perahsia untuk berkongsi kisah hidup mereka dengan rakan yang baru yang dikenali.Hal ini tenyata benar apabila walaupun baru beberapa hari tempoh perkenalan antara Aizat Hakimi dan Uereka Isabell, mereka sudah mula mengenali personaliti diri masing-masing dan akhirnya mengambil keputusan untuk bergelar pasangan kekasih. N a m u n t e r d a p a t j u g a golongan yang mudah untuk dikenali dan bersifat terbuka mengenai kisah hidup mereka.Mungkin k e r a n a m e r e k a b e r a s a l e b i h s e l e s a u n t u k

b e r k o n g s i m a s a l a h m e r e k a d e n g a n o r a n g l a i n d a n d a p a t membantu mereka mengurangkan kegusaran perasaan mereka apabila dapat berkongsi masalah mereka dengan individu lain. Jadi, Teori Penembusan Sosial amat sesuai untuk diaplikasikan dalam kes perkahwinan campur antara 2 budaya yang berbeza.

Teori Pengurangan Ketidakpastiaan


Teori ini telah diperkenalkan oleh Charles Berger pada 1987.Teori ini memperkatakan dengan memberi fokus terhadap pengunaan komunikasi manusia bagi memperoleh pengetahuan selain membentuk persefahaman atau persamaan antara satu sama lain apabila saling berkomunikasi.Lazimnya, semasa kita berkomunikasi dengan seseorang, kita berpotensi untuk mengetahui mengenai dirinya, berasal dari mana dan pelbagai persoalan lagi yang timbul dalam fikiran kita. Teori ini menyebutkan bahawa jika kita pertama kali bertemu dan berkomunikasi dengan seseorang. maka kita akan berasa tidak pasti dan kebiasaanya akan berlaku dua jenis ketidakpastian, iaitu ketidakpastian perlakuan yang boleh diatasi dengan melalui cara-cara tertentu dan ketidakpastian kognitif yang boleh diatasi dengan mencari maklumat yang kita mahukan.Selain itu, apabila tahap komunikasi bukan verbal meningkat, maka tahap ketidakpastian berkurangan.Kekurangan ketidakpastian menyebabkan bertambahnya

komunikasi bukan verbal. Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi akan menyebabkan kita kurang meminati, manakala kurangnya ketidakpastian akan menyebabkan kita lebih menyukainya Sebagai contoh situasi bagi memudahkan pernyataan saya adalah apabila Aizat Hakimi dan Uereka Isabell bertemu untuk kali pertama di dalam satu program amal anjuran Universiti London yang mana masing-masing menjadi AJK untuk Biro Protokol.Pada 9

permulaan pertemuan, mereka kurang berkomunikasi dan tidak mengetahui mengenai latar belakang diri masing-masing. Namun atas sebab tugasan, mereka sering bertemu.Berlaku banyak proses komunikasi pada tahap ini.Pada permulaanya komunikasi yang berlaku mungkin berbentuk formal dan lebih banyak berkisar tentang tugasan sahaja. Namun keadaan itu boleh berubah, apabila semakin kerap mereka bertemu komunikasi yang berlaku juga akan berubah dan lebih tertumpu kepada komunikasi interpersonal dan menjadikan hubungan antara mereka lebih intim.Pada tahap inI mungkin mereka masih boleh menjalankan tugas mereka sebagai seorang penuntut universiti.

Komunikasi Bukan Lisan


Komunikasi bukan lisan adalah komunikasi yang berlaku bertujuan untuk menyampaikan mesej atau maklumbalas tanpa perkataan. Contohnya, suara yang sebak, nada suara, cara berpakaian, cara duduk, jarak antara seseorang yang lain mengukuhkan mesej dalam berkomunikasi.Dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk berkomunikasi, komunikasi bukan lisan ini dinilai oleh sesuatu budaya yang berbeza penerimaan, pentaksiran ,persepsi dan sebagainya. Alat komunikasi bukan lisan itu berbeza-beza dari budaya ke budaya, satu di antaranya ialah komunikasi kinesiks.Cara menggerakkan badan dan menentukan kedudukan badan kita termasuk cara duduk, gerakan tangan, anggukan badan dan pergerakan kaki dipanggil kinesiks.Mesej pergerakan ini sebenarnya bergantung dan diaplikasikan dengan persepsi yang berbeza mengikut sesuatu budaya. Jenis pergerakkan badan yang digunakan oleh Nur Atikah Imana untuk berkomunikasi dengan mertua dan sanak-saudaranya ialah emblem. Ia menterjemahkan secara telus dan digunakan untuk menggantikan perkataan. Contohnya, Nur Atikah Imana

10

akan menganggukkan kepala menunjukkan bahawa jawapannya adalah ya kepada pertanyaan ibunya samada beliau sudah solat atau belum. Selain itu, jenis pergerakkan badan yang berikutnya ialah paralinguistik.Komunikasi ini merujuk kepada elemen lisan yang terkeluar daripada mulut tetapi tidak dalam perkataan. Ini termasuk bunyi keluhan, mengerang, ketawa, dan lain-lain.Dalam masyarakat kita, komunikasi vokalik digunakan bertujuan untuk mengukur nilai seseorang dalam situasi tertentu samada dalam keadaan marah atau sebaliknya Hal ini berlaku apabila mereka sekeluarga sedang menjamah makanan dimeja makan.Suasana pada ketika itu penuh dengan tawa ria apabila Nur Atikah Imana dengan tidak sengaja menumpahkan nasi ke atas meja dek kerana tidak pandai makan dengan menggunakan tangan.Semua orang tergelak menyaksikan gelagat beliau.

Komunikasi Interpersonal Dalam Perhubungan


Saya juga telah memilih konsep komunikasi interpersonal dalam perhubungan.Hal ini kerana terdapat beberapa kepentingan dalam perhubungan antara suami dan isteri. Mengapa manusia membina hubungan?.Jawapannya ialah untuk mengurangkan kesunyian, sebagai rangsangan untuk manusia, intelek, fizikal & emosi, pengetahuan tentang diri (konsep diri) dan untuk berkongsi suka & duka. Komunikasi interpersonal juga dipanggil dyadic communication.Komunikasi ini tidak semestinya one-to-one tetapi boleh boleh juga berlaku dalam kumpulan.Menurut Devito (2006) pula ialah merupakan komunikasi antara dua individu yang melibatkan mesej personal dan intim. Menurut Beebe dan Redmond (1999), komunikasi interpersonal akan berlaku apabila seseorang melakukan interaksi secara serentak dengan orang lain dan saling mempengaruhi dengan tujuan mengawal proses komunikasi tersebut.Sebagai contoh, jika kita mempunyai 11

seorang kawan yang baru dikenali kita harus berkomunikasi denganya agar kita dapat mengenalinya dengan lebih mendalam lagi. Hubungan yag baik akan terjalin apabila kita selalu berinteraksi dan memahami antara satu sama lain Berikut adalah Model Enam Peringkat Hubungan yang diperkenalkan oleh Devito (2003). Model Enam Peringkat Hubungan Menurut (Devito, 2003)

Konteks/cont act

Keluar/ exit

Penglibatan/ involvemen

Keluar/ exit

Keintiman/ intimacy

Pembaikan/ repair

Keretakan/ Deterioration

Putus/ dissolutioan

Keluar/ exit

12

Jika dilihat dari segi konteks, terdapat first perceptual contact iaitu persepsi pertama kita apabila melihat seseorang yang baru dikenali atau kita tercium sesuatu bau yang belum pernah kita bau.Daripada persepsi ini anda akan mendapat gambaran fizikal tentang jantina seseorang, umur, ketinggian dan sebagainya.Hal ini dapat dilihat apabila Aizat Hakimi terpandang wajah Uereka Isabell pada pandang pertama dan lalu sudah dapat mengetahui bahawa beliau merupakan seorang perempuan Inggeris dan lalu jatuh hati padanya disebabkan wajahnya yang ayu. Komunikasi interpersonal juga sering digunakan oleh Aizat Hakimi dan Nur Atikah Imana.Mereka saling bercerita dan berkongsi masalah bersama dan cuba untuk menyelesaikan masalah yang wujud antara mereka.Hal ini menyebabkan hubungan mereka semakin utuh walaupun menghadapi masalah yang banyak di awal usia perkahwinan mereka.

13

PENERANGAN KES / SITUASI KOMUNIKASI


Berikut adalah penerangan saya tentang kes konflik perkahwinan campur antara 2 benua yang berlaku antara Aizat Hakimi dan Uereka Isabella atau nama islamnya ialah Nur Atikah Imana.

Situasi 1
Pada awal perkenalan, hubungan berahsia. I. Pada permulaanya, Uereka agak berahsia dan banyak bermain dengan teka teki mengenai keluarganya dan hal peribadinya kepada Aizat. II. Aizat cuba untuk bertanya kepada beliau mengenai kisah peribadinya namun Uereka agak berahsia kerana kurang yakin dengan Aizat dan beliau tidak mahu berkongsi ceritanya kepada orang yang tidak dikenalinya. III. Namun, oleh kerana setiap hari bertemu, maka hubungan menjadi semakin rapat kerana masing-masing sudah mengenali hati dan budi masing-masing. IV. Hubungan mereka menjadi semakin intim. Aizat Hakimi dan Uereka Isabell dilihat agak

Situasi 2
Aizat Hakimi memberanikan diri bertanya kepada Uereka Isabell samada beliau mahu menjadi kekasihnya atau tidak walaupun hanya seminggu berkenalan. I. Pelawaan Aizat Hakimi itu diterima oleh Uereka Isabell dengan hati yang terbuka kerana beliau sudah jatuh hati dan terpikat kepada keperibadiaan Aizat yang penyanyang dan lemahlembut. II. Komunikasi ini berlaku secara spontan dan keputusan dibuat dengan cepat pada tahap ini. 14

III.

Hal ini terbukti apabila selepas Program Amal anjuran Universiti London tamat, mereka berjumpa di sebuah taman bunga.Aizat telah mengajak Uereka ke situ kerana beliau ingin memberitahu bahawa beliau ingin Uereka menjadi kekasihnya dan Urerka bersetuju dengan perlawaan itu.Ini dapat dilihat sebagai tindakan yang drastic kerana walaupun tempoh perkenalan hanya seminggu, mereka sudah mengenali hati masing-masing.

Situasi 3
Ibu bapa Uereka Isabell membantah tindakan anaknya kerana telah memeluk agama islam. I. Uereka Isabell dianggap sebagai anak yang derhaka kerana telah memeluk agama islam dan meninggalkan ajaran agama Kristian. II. Situasi ini berlaku di Austria iaitu di kediaman Uereka Isabell dimana ayahnya tidak mahu menerima Aizat Hakimi sebagai menantunya.Ayahnya turut memaki hamun mereka. III. Ibu bapa beliau berkecil hati dengan tindakan beliau dan mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan antara mereka. IV. V. Hal ini menyebabkan beliau menerima tekanan yang amat hebat dalam hidupnya. Komunkasi antara mereka semakin hari semakin renggang untuk satu tempoh yang agak lama. VI. Akhirnya mereka berbaik semula kerana wujudnya komunikasi yang baik dan berkesan dalam perhubungan mereka.

15

Situasi 4
Uereka Isabella atau nama islamnya Nur Atikah Imana berkomunikasi dengan mertua dan sanak-saudaranya menggunakan komunikasi bukan lisan.

I. II. III.

Mertuanya tidak boleh berkomunikasi menggunakan bahasa inggeris. Jadi, mereka banyak menggunakan bahasa isyarat untuk bertutur. Uereka menggunak komunikasi bukan lisan iaitu menggunakan komunikasi dari jenis kinesiks iaitu komunikasi yang menggunakan pergerakkan badan.

IV.

Komunikasi kinesik yang digunakan oleh beliau ialah dikenali sebagai Emblem yang mana menterjemah secara halus dan digunakan untuk menggantikan perkataan.

V.

Contohnya, beliau menganggukkan kepala sebagai jawapan ya kepada ibunya apabila ditanya samada beliau sudah solat atau belum.

Situasi 5
Eureka menghadapi masalah untuk makan menggunakan tangan dan makan masakan melayu yang pedas. I. Uereka Isabell selalu menumpahkan nasi yang cuba disuapkannya ke mulut ke atas meja makan. II. Beliau cuba mencari ruang yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri.Beliau juga tidak boleh menjamah masakan yang terlalu panas. III. Buktinya beliau pernah mencuba untuk makan ulam-ulaman bersama dengan sambal belacan namun belum sempat untuk mengunyah memuntahkannya semula. makanan tersebut, beliau

16

Situasi 6
Uereka Isabella atau nama islamnya Nur Atikah Imana cuba mengatasi masalah yang beliau hadapi. i. Beliau akhirnya cuba untuk mengatasi masalah yang beliau hadapi dengan menghadiri kelas tambahan yang mengajar Bahasa Melayu.Selain itu Nur Atikah Imana juga telah cuba untuk menyesuaikan diri dengan adat melayu seperti makan menggunakan tangan dan cuba untuk makan masakan melayu yang pedas. ii. Setiap hari beliau akan makan menggunakan tangan untuk memastikan beliau benarbenar mahir. iii. Disamping itu, beliau juga cuba untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.Hubungan komunikasi antara kedua belah pihak juga semakin erat dan utuh.

Situasi 7
Ibu bapa Uereka Isabell menerima semula beliau sebagai anaknya setelah sekian lama memutuskan perhubungan kerana terlalu rindu akan anaknya. i. Setelah sekian lama tidak bertemu , akhirnya ayahnya menelefon beliau untuk meminta maaf darinya kerana telah memulaukan beliau untuk sekian lamanya. ii. iii. iv. Ayahnya telah menggungkapkan perkataan maaf kepadanya. Perasaan mereka pada waktu itu gembira bercampur sedih. Ayahnya juga telah datang ke Malaysia secara spontan untuk menziarahi mereka sekeluarga tanpa pengetahuan mereka sekeluarga. v. Tergambar ekpresi kegembiraan di wajah Uereka melihat ayahnya yang sudi menerima suaminya yang berlainan agama.

17

KRITIK TEORI/KONSEP
Menurut kepada pemerhatian saya, didapati bahawa: Terdapat kelemahan didalam Teori Penembusan Sosial Teori ini menerangakan bahawa tembusan lapisan ke bahagian dalam seperti kulit bawang yang kulitnya luar dan dalam adalah nipis dikatakan akan menjadi semakin sukar.Namun, mengikut kepada kes perkahwinan campur ini, hubungan suami isteri antara Aizat Hakimi dan isterinya Nur Atikah Imana bersifat lebih terbuka. Hal ini kerana Aizat Hakimi menerima dengan hati yang terbuka walaupun terdapat banyak kekurangan dan kelemahan isterinya walaupun sudah agak lama berkahwin dan menganut agama islam.Beliau tidak cepat melenting dan berputus asa dalam mengajar dan mendidik Nur Atikah untuk menjadi seorang muslim yang baik.Begitu juga halnya dengan mertuanya, tidak pernah merungut malah sedia menerima dengan hati yang terbuka. Menurut teori ini, tembusan berlaku dengan cepat pada peringkat awal perkenalan.Hal ini terbukti melalui kes perkahwinan campur antara Aizat Hakimi dan Uereka Isabell.Tempoh perkenalan mereka yang amat singkat dan pendek iaitu seminggu selepas Aizat Hakimi terpandang wajah Uereka Isabell, beliau terus jatuh hati kepada gadis itu dan terus meminta kebenaran Uereka untuk menjadikan beliau sebagai kekasihnya. Kebenaran Teori Penembusan Sosial Teori penembusan sosial menunjukkan kebenaranya pada tahap ini.Ini kerana pada permulaanya mereka tidak mengenali antara satu sama lain.Namun mereka berubah menjadi lebih rapat.Komunikasi interpersonal yang berlaku mungkin wujud antara Aizat Hakimi dan Uereka Isabell.Pertemuan demi pertemuan dan semakin banyak mereka berkomunikasi akan membuatkan hubungan merekalebih intim dan mesej yang disampaikan juga boleh menjadi kepada mesej personal.

18

Sudah pasti pada permulaan perkenalan mereka pasti mempunyai persepsi masingmasing antara satu sama lain.Keadaan ini berlaku apabila mereka tidak banyak melakukan komunikasi interpersonal.Mereka hanya boleh mempunyai tanggapan mereka dari pandangan mereka yang pertama terhadap personaliti masing-masing. Pada pendapat saya, setiap individu mempunyai cara mereka yang tersendiri apabila mula untuk mendekati antara satu sama lain.Ada yang bersifat tertutup dan agak perahsia untuk berkongsi kisah hidup mereka dengan rakan yang baru yang dikenali.

Kelemahan Teori Pengurangan Ketidakpastian Namun begitu teori ini terdapat juga kelemahanyaa apabila digunakan dalam komunikasi interpersonal.Dalam teori ini Charles Berger (1987) menyatakan komunikasi antara sesama manusia untuk mewujudkan persamaan dan persefahaman. Namun dalam keadaan tertentu teori ini tidak relevan.Ini kerana hubungan intim yang amat rapat boleh menyebabkan ketidaksefahaman timbul dalam komunikasi antara hubungan suami dan isteri.Ini kerana dalam komunikasi kumpulan kecil, menurut DeVito (1997), kumpulan merupakan himpunan individu yang berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama. Berdasarkan kepada pandangan saya, komunikasi dan perfahaman berjaya dicipta diantara antara satu sama lain pasti masalah yang mengundang dapat diatasi dengan baik tanpa mewujudkan konflik diantara satu sama lain. Setiap orang ada peranan yang tersendiri dalam menyampaikan mesej yang positif diantara satu sama lain begitu juga dalam konflik yang berlaku seperti di situasi 1, kegagalan komunikasi berfungsi sepenuhnya telah merenggangkan hubungan antara Uereka Isabell dan ibu bapanya.

19

APLIKASIKAN TEORI KEPADA SITUASI


Terdapat 4 peringkat yang terdapat di dalam Teori Penembusan Sosial.Berikut ialah peringkat-peringkatnya:

Peringkat 1-Orientasi
Pada peringkat ini, orang atau pasangan yang berkomunikasi untuk pertama kali akan mendedahkan sedikit sahaja maklumat berkaitan dengan diri mereka kepada orang lain.Peringkat ini merupakan peringkat yang paling awal dalam sesuatu proses perkenalan.Pada peringkat ini juga, persamaan berada pada tahap yang agak klise dan menggambarkan aspek individu yang superficial. Contonhnya, ia dapat dilihat apabila Aizat Hakimi Pada peringkat awal perkenalan, hubungan Aizat Hakimi dan Uereka Isabell dilihat agak berahsia. .Pada permulaan

pertemuan, mereka kurang berkomunikasi dan tidak mengetahui mengenai latar belakang diri masing-masing.Apabila Aizat bertanya tentang kisah peribadinya kepada Uereka, beliau seolah-olah enggan menceritakan kisahnya kepada Aizat Hakimi. Pada permulaanya, Uereka agak berahsia dan banyak bermain dengan teka teki mengenai keluarganya dan hal peribadinya kepada Aizat.Aizat cuba untuk bertanya kepada beliau mengenai kisah peribadinya namun Uereka agak berahsia kerana kurang yakin dengan Aizat dan beliau tidak mahu berkongsi ceritanya kepada orang yang tidak dikenalinya. Namun, oleh kerana setiap hari bertemu, maka hubungan menjadi semakin rapat kerana masing-masing sudah mengenali hati dan budi masing-masing.Hubungan mereka menjadi semakin intim.

20

Peringakat 2-Penerokaan Pertukaran Afektif


Pada peringkat ini, bermulalah kemunculan personaliti seseorang individu.Pada peringkat ini, orang atau pasangan yang berinteraksi akan berhati-hati untuk mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang diri mereka antara satu sama lain.Komunikasi lisan dan bukan lisan juga digunakan pada tahap ini. Contohnya dapat dilihat apabila Aizat Hakimi mula unyuk bertanyakan soal keluarga dan hal peribadi Uereka Isabell di awal perkenalan mereka.Beliau keberatan pada mulanya untuk menjawab pertanyaan itu.Namun apabila sudah banyak kali bertemu, beliau memberanikan diri untuk menceritakan hal peribadi beliau kepada Aizat Hakimi. Jika dilihat pada situasi 4, Uereka Isabell atau nama islamnya Nur Atikah Imana menggunakan komunikasi bukan lisan bertutur dengan mertua dan sanak-saudaranya yang lain.Contohnya, apabila ibunya bertanyakan soalan kepadanya samada sudah sembahyang atau belum beliau akan megnanggukkan kepalanya sebagai jawapan ya kepada persoalan ibunya.

Peringakat 3-Pertukaran Afektif


Komunikasi pada peringkat ini berlaku secara spontan dan agak berada dalam keadaan selesa untuk sesuatu perhubungan.Komunikasi pada peringkat ini juga dikategorikan sebagai perhubungan yang rapat dan intim.Pertukaran afektif melambangkan komitmen yang lebih kepada individu yang lain dan interaksi berlaku antara satu sama lain dalam keadaan yang selesa. Contohnya dapat dilihat pada situasi ke 2 apabila Aizat Hakimi memberanikan diri bertanya kepada Uereka Isabell samada beliau mahu menjadi kekasihnya atau tidak walaupun hanya seminggu berkenalan.Pelawaan Aizat Hakimi itu diterima oleh Uereka Isabell dengan hati yang terbuka kerana beliau sudah jatuh hati dan terpikat kepada keperibadiaan Aizat 21

yang penyanyang dan lemahlembut.Komunikasi ini berlaku secara spontan dan keputusan dibuat dengan cepat pada tahap ini. Hal ini terbukti apabila selepas Program Amal anjuran Universiti London tamat, mereka berjumpa di sebuah taman bunga.Aizat telah mengajak Uereka ke situ kerana beliau ingin memberitahu bahawa beliau ingin Uereka menjadi kekasihnya dan Uereka Isabell bersetuju dengan perlawaan itu.Ini dapat dilihat sebagai tindakan yang drastik kerana walaupun tempoh perkenalan hanya seminggu, mereka sudah mengenali hati masingmasing.Hubungan mereka mula menjadi intim.

Peringkat 4-Pertukaran yang Stabil


Pada peringkat ini, komunikasi yang berlaku bersifat efisien dimana berlakunya system komunikasi yang bersifat peribadi.Komunikasi yang kerap dan spontan berlaku pada tahap ini dan individu akan membuat keputusan yang cepat pada tahap ini.Nuansa hubungan juga menjadi unik dimana senyuman mungkin digantikan dengan perkataan saya faham. Contohnya dapat dilihat pada situasi 2 dimana apabila Aizat Hakimi meminta Uereka Isabell untuk menjadi kekasihnya walaupun baru seminggu kenal dilihat sebagaia satu keputusan yang cepat dan drastik. Hal ini terbukti apabila selepas Program Amal anjuran Universiti London tamat, mereka berjumpa di sebuah taman bunga.Aizat telah mengajak Uereka ke situ kerana beliau ingin memberitahu bahawa beliau ingin Uereka menjadi kekasihnya dan Uereka bersetuju dengan perlawaan itu.Ini dapat dilihat sebagai tindakan yang drastik kerana walaupun tempoh perkenalan hanya seminggu, mereka sudah mengenali hati masing-masing.

22

Peringkat 5-Pertukaran Stabil


Pada peringkat ini, hubungan yang terjadi adalah secara spontan untuk setiap perhubungan.Lebih banyak juga ungkapan yang terbuka, jujur dan hubungan menjadi semakin rapat.Hal ini juga membolehkan segala ekspresi seperti pemikiran, perasaan dan sikap diungkapkan.Setiap pasangan yang pasti akan mempunyai perasaan yang tidak dapat diungkapkan jika tidak bertemu untuk satu tempoh yang lama. Contohnya dapat dilihat pada situasi Situasi 7 dimana ayah Uereka Isabell menerima semula beliau sebagai anaknya setelah sekian lama memutuskan perhubungan kerana terlalu rindu akan anaknya.Setelah sekian lama tidak bertemu , akhirnya ayahnya menelefon beliau untuk meminta maaf darinya kerana telah memulaukan beliau untuk sekian lamanya.Ayahnya telah menggungkapkan perkataan maaf kepadanya. Perasaan mereka pada waktu itu gembira bercampur sedih. Ayahnya juga telah dating ke Malaysia secara spontan untuk menziarahi mereka sekeluarga tanpa pengetahuan mereka sekelusrga.Tergambar ekpresi kegembiraan di wajah Uereka melihat ayahnya yang sudi menerima suaminya yang berlainan agama.

23

RUMUSAN
Secara ringkasnya, komunikasi interpersonal memainkan peranan yang penting dalam menjalinkan dan pengekalan hubungan. Setiap orang perlu mengaplikasikan kemahiran komunikasi interpersonal untuk mengukuhkan hubungan dengan orang lain. Semua orang mempunyai keinginan untuk menjalin hubungan yang intim dengan individu lain. Hubungan mempunyai peringkat-peringkat perkembangannya yang bersifat preskriptif. Malahan, terdapat dua bentuk hubungan dan setiap hubungan yang terjalin mempunyai kepentingan tertentu. menerangkan cara mengurukan konflik dalam hubungan. Selain itu, penggunaan teori dijelaskan dan ia boleh diaplikasikan mengikut konteks hubungan. Jika kita lihat senario hari ini perkahwinan campur merupakan satu tekanan besar terhadap pasangan serta keluarga masing-masing dan memerlukan sikap toleransi semua pihak yang terlibat, bukan hanya suami dan isteri berkenaan sahaja. Oleh yang demikian, kahwin campur mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

24

BIBLIOGRAFI
Buku Rujukan: 1. West Richard,Turner Lynn.H.(2010).Introducing Communiacation Theory-Analysis and Aplication.Singapore:The McGraw Hill 2. Samovar,L.A,Porter,R.E,McDaniel,E.R.(2009).Communication Between Culture.United State of America:Wadsworth Cengage Learning 3. Devito,J.A.(2009).Human Communication-The Basic Course.United State of America:Pearson

Jurnal: 1. Valone James.J (1991).Humanism Revisited:A Review of Kate Sopers Humanism and Anti-Humanism.Human Studies-A Journal for Philosophy and The Social Sciences,Siri 14,ms.67. 2. McCall Lauren.W (2009).Cultural Adaptations After Progressionism.Cross Cultural Research-Thr Journal of The Comparative Social Science Journa,Siri 43,ms.62.

25

26

S-ar putea să vă placă și