Sunteți pe pagina 1din 13

SEM MAY 2013

ABCR 3103
COMMUNICATION CAMPAIGN

MATRICULATION NO

RF166855002

IDENTITY CARD NO.

RF166855

TELEPHONE NO.
E-MAIL
LEARNING CENTRE

: 017-9925118
:

cqane52@yahoo.com

OUM PAHANG

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKASURAT

PENGHARGAAN

PENGENALAN

KEMPENTAK NAK

FAKTOR MEROKOK

STRATEGI TAK NAK

KESIMPULAN

10

RUJUKAN

11

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi kerana


dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh
jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Norzimah Binti Kasran Pensyarah
Matapelajaran Communication Campaign (ABCR3103) di atas kesudian beliau memberi tugasan ini
kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini
berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu
saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan
anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswi khususnya
bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada
dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa
pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang
yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri
terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.
Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

1
PENGENALAN

Amalan merokok di kalangan orang dewasa sememangnya sudah menjadi lumrah di dalam
kehidupan seharian.Pada kebiasaannya golongan Adam merupakan golongan yang paling banyak
merokok jika dibandingkan dengan golongan Hawa.Namun begitu di dalam keghairahan kita
menuju alaf baru ini,amalan merokok telah menular pula di kalangan pelajar sekolah dan ia menjadi
semakin meruncing dari sehari ke sehari.
Rokok merupakan silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi
bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang
telah dicincang. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya
dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat
daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat
dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut
juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya
kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka
merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua
Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian
membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan
bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang
Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol
membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

KEMPEN ANTI-MEROKOK, "TAK NAK"

Kempen "Tak Nak" telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
pada Februari 2009.

Kempen itu memberi tumpuan terhadap faktor yang mempunyai kaitan dengan tingkah laku
perokok. Kempen ini berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya merokok.
Kempen ini lebih kepada golongan belia yang meningkat remaja serta pelajar-pelajar sekolah
menengah dan rendah.

Aktiviti Yang Dilaksanakan


Antara usaha dan program yang dilakukan Kementerian:

Quitline sedia ada di Pusat Racun Negara USM (04-6572924),

Pelancaran hotline (03-88894876) bagi perokok mendapat nasihat untuk menghentikan tabiat

buruk mereka itu.

Jumlah Klinik Berhenti Merokok kerajaan pula telah ditambah daripada 167 pada 2009 kepada

lebih 200 pada tahun 2010.

280 kakitangan Kementerian telah dilatih bagi membuat penilaian, memberi kaunseling dan

merawat perokok yang ingin meninggalkan tabiat itu.

Mengikut kajian yang telah dibuat di Malaysia, mendapati bahawa :


Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah perokok
Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan
dengan merokok

Faktor utama seseorang pelajar atau remaja itu merokok ialah pengaruh yang kuat daripada
rakan sebaya. Saya mengatakan demikian kerana masa seharian pelajar banyak dihabiskan bersama
rakan-rakan. Oleh itu apabila pelajar tersebut berkawan dengan remaja yang merokok maka dengan
mudahnya pelajar yang tidak merokok tadi akan turut menjadi seorang perokok. Sememangnya
tidak dinafikan terdapat segelintir pelajar yang masih mampu mengawal diri walaupun rakanrakannya yang lain adalah seorang perokok. Namun dapatkah kesabaran itu terus bertahan
sekiranya pelajar itu dicabar oleh rakan-rakannya yang lain ?. Maka pelajar itu juga akan turut
terjerumus ke kancah pembaziran tersebut.

Selain itu faktor keadaan hidup dan persekitaran juga merupakan salah satu sebab mengapa
pelajar boleh terlibat dengan amalan merokok.Contohnya ialah keruntuhan sebuah institusi keluarga
dan timbulnya masalah percintaan di kalangan remaja. Apabila pelajar menghadapi masalah
tersebut mereka akan menghadapi tekanan emosi dan mula merokok kerana menganggap tabiat
merokok dapat mengurangkan tekanan, menghilangkan rasa bosan dan menjadi penyelesai
masalah . Sungguhpun tanggapan tersebut adalah salah sama sekali, namun itulah yang terjadi di
kalangan pelajar kini . Terdapat segelintir pelajar juga yang mengatakan bahawa asap rokok yang
dihembus keluar itu akan memberi ketenangan kepada mereka dan tanpa mereka sedari asap
tersebut akan menjejaskan kesihatan diri.
Bukan itu sahaja, pengaruh media massa juga menyebabkan seseorang pelajar itu terjerumus
ke dalam kancah negatif ini. Iklan-iklan rokok sering ditayangkan di televisyen dan apabila pelajar
menonton iklan itu maka akan timbullah sikap ingin mencuba di dalam naluri pelajar tersebut.
Mereka akan mula menjinakkan diri di dalam tabiat merokok . Walaupun pada mulanya mereka
sekadar ingin mencuba sahaja, namun lama-kelamaan mereka akan berasa ketagih dengan
kenikmatan negatif rokok tersebut. Contoh iklan rokok yang amat jelas boleh mempengaruhi pelajar
ialah iklan rokok Peter Stuyvesant dan juga Benson & Hedges. Motto Gaya Hidup Masa Kini
yang cuba ditonjolkan di dalam iklan tersebut amat mudah mempengaruhi pelajar yang masih
mentah kerana mereka menganggap tabiat merokok adalah satu gaya hidup yang baik dan perlu
diikuti.
Faktor yang seterusnya ialah berdasarkan latar belakang keluarga iaitu apabila terdapat ahli
keluarga yang merokok maka remaja atau pelajar tersebut akan mudah untuk menjadi seorang
perokok. Pelajar akan mudah untuk mendapatkan rokok tanpa membelanjakan wang saku harian
kerana mereka boleh mengambil rokok bapa atau abang mereka. Ibarat kata pepatah Melayu ,
Bapa borek anak rintik , maka begitulah juga dengan pelajar yang bapanya merupakan seorang
perokok. Mereka merokok kerana mencontohi sikap bapanya yang mengamalkan tabiat tersebut.

Tabiat merokok akan mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada pelajar tersebut.
Contohnya, amalan merokok akan menjejaskan kesihatan dan sekaligus menjejaskan prestasi

akademik pelajar. Selain itu merokok juga boleh mencemarkan maruah dan harga diri sebagai
seorang pelajar kerana apabila seseorang pelajar itu merokok di kawasan awam dengan memakai
uniform sekolah maka maruah sebagai seorang pelajar telah hancur dan musnah ibarat kaca
terhempas ke batu. Amalan merokok juga akan menjerumuskan diri ke dalam kancah jenayah
seperti mencuri dan penagihan dadah. Ini adalah kerana merokok itu merupakan tangga untuk
seseorang pelajar itu terjerumus ke kancah sosial yang berunsurkan negatif. Semakin tinggi tangga
tersebut maka semakin banyaklah masalah yang akan timbul. Pada pendapat saya, langkah utama
untuk mengatasi amalan merokok di kalangan pelajar ialah memupuk kesedaran dan keinsafan
dalam diri sendiri kerana tiada sesiapa yang boleh mengubah hidup pelajar melainkan diri pelajar
itu sendiri. Bak kata pepatah, Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih, dan begitulah juga
dengan diri pelajar tersebut.
Justeru itu amalan merokok di kalangan pelajar wajarlah dihentikan dengan segera kerana
barah sosial yang kian meruncing kini akan menjadi pembunuh utama kepada kemajuan
pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara kita, memandangkan remaja adalah tonggak
harapan bangsa.

Kempen tak nak merokok ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran kepada orang
ramai bahawa pentingnya menjaga kesihatan. Asap yang dihembuskan oleh seorang perokok boleh
mengundang pelbagai penyakit kepada yang menyedutnya tanpa mengira usia. Rakyat sihat adalah

penting bagi kesejahteraan Malaysia. Di samping itu juga bagi mengelakkan lahirnya perokokperokok yang baru dikalangan belia dan pelajar sekolah. Ini kerana mereka adalah bakal
pemimpin, tenaga profesional, ibu bapa dan penjaga kepada generasi masa depan. Justeru itu,
mereka perlu diberi kesedaran mengenai akibat tabiat merokok yang amat membahayakan kesihatan
dan kesejahteraan mereka. Justeru itu dalam jangka masa yang panjang dapat mewujudkan sebuah
masyarakat yang bebas dari rokok. Dimana kita akan sukar untuk bertemu dengan golongan
perokok di merata tempat.Kita juga dapat menyimpan duit yang dibelanjakan untuk membeli rokok
kepada benda yang lebih berfaedah atau untuk kegunaan pada masa yang akan datang. Kewangan
akan menjadi lebih teratur dan tersusun. Persekitaran akan menjadi lebih bersih dan udara yang
disedut oleh setiap manusia adalah lebih segar. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan
berlakunya pembakaran secara terbuka disebabkan oleh putung rokok.
Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang telah dilancarkan oleh jabatan kerajaan bagi
memastikan kempen tak nak kepada masyarakat antaranya adalah melalui poster yang ditampal di
tempat-tempat awam bagi membuka mata masyarakat mengenai kesan akibat daripada merokok.
Dengan adanya jabatan penguatkuasaan telah mewartakan kawasan larangan merokok. Setakat ini
21 kawasan larangan merokok diwartakan dibawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
(PPKHT) 2004.Pesalah boleh didenda sehingga 10ribu ringgit atau dipenjara sehingga dua tahun.
Pemilik premis yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok yang mudah dilihat serta gagal
memastikan peraturan ini dipatuhi, juga boleh berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi 5
ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih setahun.

8
Operasi penguatkuasaan larangan merokok patut diteruskan di kawasan strategik yang
melibatkan kepentingan orang ramai seperti kompleks membeli-belah, premis kerajaan, tempat
kerja dengan sistem pendingin hawa berpusat serta di dalam dan hentian pengangkutan awam.
Kempen ini juga dibuat melalui pihak media termasukla media cetak, media elektronik dan
sebagainya. Secara tidak langsung juga pihak kerajaan juga telah mengadakan seminar-seminar

yang berkaitan dengan tak nak merokok kepada golongan belia tanpa mengenakan apa-apa
bayaran.
Selain dari itu jabatan kerajaan juga telah meningkatkan pelbagai kaedah strategi bagi
menjayakan kempen tak nak antaranya melalui strategi pujukan , kreativiti dan media. Strategi
melalui pujukan adalah dilakukan dengan mengadakan ceramah-ceramah berkaitan tak nak
merokok di sekolah-sekolah dan universiti-universiti untuk menambahkan kesedaran mengenai
bahayanya merokok. Disamping itu juga mengadakan seminar tentang rokok,diselitkan dengan
aktiviti seminar kesihatan dan senam erobik. Yang paling banyak yang digunakan adalah melalui
media iaitu media massa, media elektronik serta media cetak. .Usaha juga dibuat dengan
melabelkan gambar gambar mengerikan di kotak rokok sebagai peringatan kepada perokok akan
bahaya yang menanti. Juga di lekatkan poster-poster di tempat-tempat yang sepatutnya. Media
elektronik digunakan melalui iklan-iklan di radio serta di television

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibuat melalui hasil kajian di atas didapati kempen yang dijalankan
adalah kurang berkesan. Ini dapat dilihat kadar perokok baru makin meningkat dari tahun ke tahun
tanpa mengira faktor usia dan kesannya kepada diri sendiri dan orang ramai. Di samping itu juga

lahirnya perokok baru ini dari kalangan pelajar-pelajar sekolah dimana timbulna perasaan ingin
mencuba. Ini kerana tiada tindakan tegas yang diambil oleh pihak yang berkenaan keatas pembeli
yang di bawah umur 18 tahun serta pemilik kedai yang tidak mempunyai kesedaran sivik
terhadapnya dengan menjual rokok. Kadar penjualan rokok juga tidak terjejas malah harganya
semakin meningkat dari hari ke hari.
Oleh itu, semua pihak yang terlibat hendaklah memainkan peranan yang penting serta
bekerjasama bagi menjayakan kempen ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Mengadakan
kempen yang lebih banyak serta memberi kesan kepada perokok-perokok yang tegar ini.
Memperbanyakkan lagi poster-poster, print, broadcast dan sebagainya.

10

RUJUKAN

I.

Book of Communication Campaign (oum malaysia)

II.

ms.wikipedi.org/wiki/roko/

III. https://sites.google.com/site/rokok
IV. www.harian.metro.online

V.

berita.rtm.gov.my

VI. www.yahoo.com
VII. www.google.com
VIII.

master.com.my/berita

11

S-ar putea să vă placă și