Sunteți pe pagina 1din 5

KESIHATAN & PROMOSI KESIHATAN

TAJUK :-

MEROKOK

FAKULTI PERUBATAN DIPLOMA KEJURURAWATAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TAHUN 2 SEMESTER 1

SESI 2009/2010

DISEDIAKAN OLEH :-
NOOR ALIFFAH NABILA BINTI ROZLI (A121547)

DISEDIAKAN UNTUK :-
PN. SITI PAYATI BINTI KASRI

1
ISI KANDUNGAN
NO TAJUK M/SURA
T

1 PENGHARGAAN

8
9
10

2
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur kehadrat Allah, dengan limpah kurnia serta hidayahNya, akhirnya dapat
juga saya menyiapkan tugasan Kesihatan dan Promosi Kesihatan ini bagi
memenuhi sebahagian daripada syarat untuk memperolehi markah bagi subjek
kesihatan dan promosi kesihatan ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas


dan terima kasih kepada Puan Siti Payati Binti Kasri selaku pengajar tugasan ini
di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan
tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga kepada Kementerian Kesihatan Malaysia serta


Kementerian Pendidikan Wilayah Persekutuan kerana menyediakan risalah dan
pamphlet berkaitan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu dan ayah serta
sahabat-sahabat yang sering member sokongan dan galakan kepada saya. Jutaan
terima kasih saya ucapkan.

Akhirnya kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung,
didoakan semoga sumbangan ikhlas anda diberkati dan dirahmati Allah dunia
dan akhirat.

3
PENGENALAN

Tabiat merokok merupakan suatu fenomena masyarakat di mana kewujudannya boleh


ditafsir dari pelbagai aspek. Antaranya adalah aspek hubungan sosial, risiko persekitaran,
risiko kebergantungan, risiko kesihatan dan lain-lain lagi. Kita dapat melihat orang merokok
di merata tempat sama ada di kampung atau di bandar. Dari aspek sosiobudaya, masyarakat
menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup, iaitu merokok dijadikan ukuran status
kedewasaan, kematangan, dan kesediaan memikul tanggungjawab khususnya dalam kalangan
orang lelaki.
Terdapat remaja lingkungan belasan tahun yang tidak segan silu merokok secara terbuka di
tempat awam. Fenomena ini biasa kita lihat dalam pelbagai situasi dan sesetengahnya lengkap
berpakaian sekolah. Pelbagai kempen dijalankan oleh kerajaan bagi mencegah remaja
daripada terjebak kedalam tabiat merokok. Kempen ini dijalankan sama ada media cetak,
media elektronik, dan melalui penyebaran risalah dan poster. Ini menunjukkan seriusnya
masalah merokok dalam kalangan remaja sekarang. Remaja juga merokok tanpa
menghiraukan papan tanda larangan merokok sama ada di institusi pengajian atau di tempat
awam. Tabiat ini wajar dihentikan bagi membentuk golongan remaja yang sihat demi untuk
pembangunan negara pada masa akan datang.

Info mengenai rokok


Rokok mengandung kurang lebih 4000 elemen-elemen, dan setidaknya 200
diantaranya dinyatakan berbahaya bagi kesihatan. Racun utama pada rokok adalah
tar, nikotin, dan karbon monoksida. Tar adalah substansi hidrokarbon yang bersifat

4
likat dan menempel pada paru-paru. Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi
saraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen dan boleh menyebabkan
kanser paru-paru yang mematikan. Karbon monoksida adalah zat yang mengikat
hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.

Dadah jenis nikotin yang memberi rasa ‘umph’ pada rokok. Dalam sebatang
rokok terdapat 0.5 hingga 2.0 mg nikotin dan ini bergantung kepada cara ia diproses.
Nikotin boleh menyebabkan ketagihan lebih berbanding dengan alkohol (arak) atau
dadah kokain. Nikotin juga turut mempengaruhi perilaku seseorang sehingga
merosakkan individu dan masyarakat dari segi kesihatan atau sebaliknya. Tambahan
pula merokok atau penggunaan tembakau menepati beberapa ciri pergantungan.

Mengikut satu kajian, dalam masa tiga bulan 70 peratus daripada mereka
yang berhenti akan ketagihan semula. Keadaan ini juga sama dengan penagihan
heroin atau alkohol. Laporan daripada Centres for Disease Control and Prevention di
Amerika Syarikat pada tahun 1994, mendapati lebih kurang 70% daripada penduduk
negara itu berhasrat untuk berhenti merokok manakala satu pertiga cuba untuk
berhenti setiap tahun. Namun hanya 2.5% sahaja daripada perokok yang berjaya
menghentikan tabiat tersebut. International Union Against Cancer pula melaporkan
bahawa paling kurang 30% yang berhenti merokok telah mengulangi tabiat merokok
mereka. Kegagalan ini berlaku disebabkan pergantungan kepada dadah nikotin.

S-ar putea să vă placă și