Sunteți pe pagina 1din 4

1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah Negara yang membangun.

Sehubungan dengan itu Malaysia telah menjalinkan hubungan dua hala dengan negara-negara di seluruh dunia. Justeru itu dasar luar negara telah lama diamalkan dan memainkan peranan yang penting serta berkesan dalam politik antarabangsa. Hubungan luar atau hubungan antarabangsa merupakan satu kajian berkenaan hubungan atau interaksi yang melepasi sempadan negara. Hubungan yang melangkaui sempadan ini bukan sahaja melibatkan negara sesama negara malahan melibatkan entiti-entiti atau organisasi serta institusi antarabangsa, syarikat-syarikat multinasional serta orang perseorangan. Kerajaan Malaysia telah merancang dasar luar yang dinamik. Dasar luar yang dirangka dan dilaksanakan oleh Malaysia bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang erat bersama-sama dengan negara luar bagi mengekalkan keselamatan, kedamaian, keharmonian serta kesejahteraan aspek ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Di samping itu juga peranan Malaysia dipentas antarabangsa mengenai isu-isu kemanusiaan tidak kurang hebatnya. Pelbagai pandangan, bantuan serta perkhidmatan yang telah diberikan oleh kerajaan dalam menangani isu-isu kemanusiaan ini. Pelbagai pertubuhan telah disertai oleh Malaysia demi mewujudkan satu kerjasama dalam membentuk pakatan yang boleh memberikan bantuan atau pandangan kepada negara-negara yang memerlukan.

2.0 Dasar Luar Negara 2.0.1 Latar Belakang Sejarah Dasar Luar Negara Dasar luar negara telah lama wujud iaitu semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pada ketika itu kerajaan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan beberapa negara seperti India, China, Arab, Parsi, Siam, Jepun serta negara-negara kepulauan melayu. Sehingga kini kerjasama dan dasar luar negara itu masih dilaksanakan. Dasar luar negara Malaysia telah dibentuk sejak merdeka telah melalui lima tahap serta pemimpin-pemimpin yang berbeza. Semasa pemenrintahan Tunku Abdul Rahman ( 1957-1970) dasar luar negara lebih bercorak anti-komunis dan probarat. Hal ini disebabkan pada masa itu negara baru sahaja mencapai kemerdekaan serta ancaman komunis yang masih kuat. Zaman Tun Abdul Razak Hussien ( 1970-1976 ) dasar luar negara menitikberatkan pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan hubungan diplomatic dengan semua negara tanpa mengira ideology politik. Berbeza dengan zaman Tun Hussien Onn ( 1976 1981 ) penekanan dasar luar berdasarkan kerjasama pertahanan dan keselamatan negara. Tun Dr. Mahathir Mohamad ( 1981- 2003) lebih mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar luar sebelumnya. Pada zaman pemerintahan beliau, soal keamanan serta keadilan masyarakat antarabangsa menjadi agenda yang penting. Beliau juga memperkenalkan dasar pandang ke Timur. Pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi ( 2003- 2009) pula, beliau memperbaiki hubungan dua hala dengan semua negara tetapi terdapat satu negara yang dikecualikan iaitu, Israel. Beliau juga mengamalkan dasar luar secara berprinsip, pragmatik serta bebas.

2.1 Faktor Pembentukan Dasar Luar 2.1.1 Kedudukan Geostrategik Kedudukan Malaysia yang berada di antara persimpangan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi menjadikan Malaysia sebagai laluan utama bagi rantau Asia Tenggara. Kebanyakkan pedagangan antara Timur Jauh dengan Timur Tengah melalui perairan Selat Melaka. Justeru factor-faktor ini menyebabkan perlunya Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara luar bagi memastikan wilayah ini bebas, aman dan terhindar daripada ancaman luar. 2.1.2 Struktur Politik Negara Struktur politik negara sangat mempengaruhi pembentukan dasar luar ini. Konsep demokrasi yang diamalkan Malaysia menyokong penuh kebebasan manusia dan kemakmuran rakyat. Dalam hal ini, jelas membuktikan Malaysia memperjuangkan dasar yang tidak adil yang dilaksanakan sesebuah negara contoh seperti di Afrika Selatan yang melaksanakan dasar Apartheid dan penjajahan Israel ke atas negara berdaulat Palestin. 2.1.3 Undang- undang Antarabangsa Prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) dan undang-undang yang ditetapkan oleh pertubuhan antarabangsa lain di hormati oleh Malaysia. Badan perundangan antarabangsa telah menetapkan undang-undang tentang diplomasi, menghormati keutuhan negara lain, komunikasi dan mekanisme untuk menyelesaikan sebarang pertelingkahan. Malaysia juga sentiasa aktif dalam semua perbincangan yang berkaitan dengan usaha-usaha kea rah keamanan dunia. 2.1.4 Faktor Globalisasi Perubahan dunia kini menyebabkan setiap negara yang wujud tidak boleh mengasingkan diri. Malaysia tidak terkecuali dalam konteks ini. Keadaan negara luar yang bergolak pastinya sedikit sebanyak menyebabkan berlaku perubahan pada negara ini. Justeru itu, Malaysia perlu bersiap sedia dan tidak membiarkan hala tuju negara ditetapkan oleh pihak asing. Malaysia seharusnya juga berupaya menangani pelbagai isu yang berlaku dan meminimumkan pendedahan kepada

ketidak kestabilan dunia. Dasar luar negara yang proaktif dan bervisi adalah mustahak untuk menjamin kepentingan dan kedaulatan negara. 3.0 Peranan Malaysia Di Pentas Antarabangsa

S-ar putea să vă placă și