Sunteți pe pagina 1din 10

1

SEMINAR BERPEGANG KEPADA AL QURAN DAN AS SUNNAH 2011

GERAKAN ISLAH DAN TAJDID: CABARAN DAN KEPERLUAN Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kehendak kepada pembaharuan atau tajdid merupakan satu fonomena biasa dalam kehidupan manusia. Ia berlaku terutama apabila sesuatu keadaan menjadi tepu, atau keadaan yang sedia ada sudah tidak sesuai, atau keadaan yang ada itu salah atau tersasar dari landasan yang sepatutnya. Pembaharuan adalah proses yang sentiasa berterusan dalam kehidupan manusia. Ia berlaku dalam pelbagai bidang kehidupan, dari jenis makanan, pakaian, tempat tinggal, muzik, teknologi dan sebagainya. Manusia sama suka atau tidak, sedar atau tidak, rela atau tidak pembaharuan akan terus berlaku. Ia berlaku dalam urusan kehidupan harian (daily life) dan juga dalam urusan keagamaan. Ia tidak terbatas kepada sempadan bangsa atau agama tertentu sahaja, tetapi adalah yang rentas sempadan bangsa, agama dan tempat. Maka proses pembaharuan, biasanya tidak dapat ditentang. Cumanya, proses itu kadang-kala mengambil masa yang singkat, kadang kala mengambil yang lama. Di sinilah datang peranan golongan mujaddid atau revivalist dalam menyegerakan dan memimpin proses pembaruan dalam pelbagai bidang. Perkembangan teknologi juga telah membantu manusia melakukan perubahan dalam banyak perkara. Kuasa internet; website, blog, facebook juga twitter telah dimanfaatkan oleh banyak pihak dalam menyalurkan idea dan cita-cita mereka. Dunia Arab yang tegar dan degil untuk berubah telah dipaksa berubah dengan menggunakan kekuatan teknologi. Seperti kata Fareed Zakaria: The combination of youth and technology is driving a wave of change1. Namun, teknologi tidak mampu bertindak dengan sendiri, ia tetap memerlukan para revivalist yang menyalurkan idea melaluinya. Ertinya, pada zaman ini mereka yang gagal memanfaatkan teknologi akan ketinggalan dalam usaha atau proses pembaharuan yang diharapkan.

Dua Pembaharuan Yang Sukar Setiap pembaharuan biasa mendapat tentangan dari pengamal tradisi atau pegangan yang sedia wujud dalam sesuatu masyarakat. Namun, dalam urusan kehidupan biasa tidaklah begitu ditentang kerana biasanya ia tidak banyak mencabar kepentingan pihak lain.
1

Time, February 2011

2
SEMINAR BERPEGANG KEPADA AL QURAN DAN AS SUNNAH 2011

Pembaharuan dalam reka bentuk pakaian (fashion design) umpamanya, tidak akan mendapat tentang yang banyak. Ia lebih kepada soal pilihan peribadi yang bukan bersifat prinsip. Cumanya, samada reka bentuk yang baru itu mendapat tempat atau tidak, ia membabitkan soal kehendak pelanggan atau market-demand. Ini selagi mana ia tidak membabit soal pengaruh dan kuasa politik pihak lain. Namun perubahan yang paling sukar adalah dalam dua bidang; pertama, dalam bidang keagamaan. Kedua, dalam bidang politik. Ini kerana kedua bidang ini membabitkan kepentingan pihak yang berkuasa dan mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat yang sukar untuk dipisahkan. Sebab itu dalam sejarah semua bangsa dan agama, usaha pembaharuan dalam dua bidang ini sering memakan korban yang banyak. Jika kita baca cabaran usaha pembaharuan yang dilakukan oleh Martin Luther (1482-1546M)1 yang mengasaskan Mazhab Protestan dalam Kristian, amat besar dan hebat. Kebangkitan beliau mencabar ajaran dan kuasa Pope atau Katholik mendapat tidak balas yang menakutkan. Gerakan pembaharuan yang dikenali sebagai Protestant Reform dianggap sebagai Christian Reform Movement yang terbesar dalam sejarah Kristian dan Eropah. Ramai yang menjadi korban dan Martin Luther sendiri hampir dibunuh. Demikian juga pembaharuan dalam politik. Ramai yang menjadi mangsa atau terkorban. Mereka itu sekalipun bukan muslim, tetapi terpaksa juga membayar harga pembaharuan dengan bayaran yang mahal. Pengorbanan hidup dan keperitan perjuangan terpaksa direntasi. Orang yang seperti Nelson Mandela sanggup dipenjarakan demikian lama untuk mengubah lanskap politik negaranya. Dalam bukunya Long Walk to Freedom mencatatkan misi dan kepayahan perjuangannya.
2

beliau

Beliau adalah theologian Kristian di German. Professor theology di Wittenberg. Bangkit menentang apa yang disifatkan penyelewengan, bidah, salahguna kuasa dan pelbagai kesalahan lain yang merebak dalam ajaran Kristian ketika zamannya. Sehingga akhirnya, terasasnya Mazhab Protestan.
2

Antara yang menarik beliau sebut: It was during those long and lonely years that my hunger for the freedom of my own people became a hunger for the freedom of all people, white and black. I knew as well as I knew anything that the oppressor must be liberated just as surely as the oppressed. A man who takes away another man's freedom is a prisoner of hatred, he is locked behind the bars of prejudice and narrow-mindedness. I am not truly free if I am taking away someone else's freedom, just as surely as I am not free when my freedom is taken from me. The oppressed and the oppressor alike are robbed of their humanity. (Mandela, Long Walk to Freedom, 617. South Africa: Macdonald Purnell).

3
SEMINAR BERPEGANG KEPADA AL QURAN DAN AS SUNNAH 2011

Ramai lagi mereka yang bukan muslim sanggup berkorban atas prinsip-prinsip kemanusiaan yang mereka yakin. Maka, apakah wajar kita yang muslim tidak menyumbang kea rah tajdid atau pembaharuan yang sememangnya merupakan titah Allah dan rasulNya. Gabungan Kuasa Agama Dan Politik Untuk menahan arus perubahan atau reform yang boleh menjejaskan kepentingan kuasa dan pengaruh yang dimiliki, maka dalam sepanjang sejarah golongan agama dan politik saling bergantung antara satu sama lain dalam memastikan survival kuasa dan aliran yang dipegang. Maka, sering kali orang politik menggunakan orang agama untuk mengukuhkan kuasa mereka, dan golongan agama pula menggunakan orang politik untuk mengukuhkan pengaruh, kedudukan dan sekaligus aliran kefahaman yang dipegang. Saya pernah jelaskan, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila iman rakyat dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan Tuhan atau pegangan agama adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin. Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai tuhan atau jelmaan Tuhan adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai iman rakyat. Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadang-kala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau Tuhan, tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya. Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian dari kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian penguasaan politik atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya. Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang senior tidak mahu memberi laluan kepada imam junior di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampong. Walaupun kadang-kala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun pengaruh

4
SEMINAR BERPEGANG KEPADA AL QURAN DAN AS SUNNAH 2011

politik agama amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampong, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar?! Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea atau pemikiran semata, tetapi kerana kemaruk kuasa seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka. Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H):

Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya1. Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat. Perkongsian Dan Pertarungan Kuasa Seperti mana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan, kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara satu sama lain. Tujuannya ; sama ada demi mematuhi perintah agama, ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain. Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini ; kuasa politik dan kuasa agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh pengaruh agama.

Al-Zahabi, Siyar Alam al-Nubala, 7/262, Beirut : Muassasah al-Risalah.

5
SEMINAR BERPEGANG KEPADA AL QURAN DAN AS SUNNAH 2011

Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang zalim di zaman mereka. Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti satti yang membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati. Berbalik kepada proses pembaharuan, jika kedua pihak ini merasa terancam, merekalah yang akan menjadi penentang utama kepada sebarang gerakan pembaharuan. Mereka akan tentang secara gabungan, jika tidak mereka akan tentang secara bersendirian. Tujuannya, bagi mengekal daerah kuasa dan pengaruh.

Gerakan Pembaharuan Umat Islam Tajdid atau pembaharuan (renewal) adalah satu keperluan. Jika tidak kerana gerakan atau usaha tajdid sepanjang sejarah umat ini tentulah Islam menjadi begitu lemah dan hilang kemampuannya. Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud menyebut:
1

Sesungguhnya Allah akan membangkitkan pada kepala setiap seratus tahun sesiapa yang akan membaharukan untuk umat ini agama mereka. Sepanjang sejarah, tokoh-tokoh atau gerakan tajdid muncul melaksanakan berbagai usaha dan menghadapi berbagai cabaran. Berbagai-bagai bidang tajdid dilakukan demi kebaikan umat. Khalifah Umar bin Abd al-Aziz ialah tokoh tajdid (mujaddid) yang disepakati umat. Kemudian muncul berbagai tokoh lain yang dianggap mujaddid; seperti al-Imam alSyafii (meninggal 204H), al-Imam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dan lain-lain. Perkataan man atau sesiapa dalam hadis di atas mencetuskan berbagai tafsiran di kalangan sarjana. Mereka membahaskan apakah ia bermaksud seorang setiap kurun, atau ramai tetapi bertebaran di berbagai tempat dan negeri yang berbeza, atau ia bermaksud gerakan dan seumpamanya2. Apapun yang penting, hadis ini menceritakan tajdid dalam Islam adalah

Hadith riwayat Abu Daud, sahih (lihat: Silsilah al-Sahihah) Al-Imam Ibn Athir (w. 606H) membuat ulasan yang menarik, kata:

6
SEMINAR BERPEGANG KEPADA AL QURAN DAN AS SUNNAH 2011

keperluan. Tanggungjawab kita membantu dan meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh para pejuang. Tajdid bukan bererti mendatangkan agama baru. Di sini dua maksud tajdid boleh diberikan; pertama, tajdid bermaksud mengembalikan wajah asal agama seperti kita membaharukan semula sesuatu yang telah menjadi buruk atau akan luput tarikhnya. Pembaharuan atau tajdid bererti yang asal itu wujud, tetapi keadaan dan masa menuntut ia dibaharukan. Contoh yang praktikal adalah kita membaharukan lesen memandu atau selainnya. Lesen asal itu ada, tetapi dipembaharuan dibuat disebabkan ia menjadi lama atau luput. Kedua, tajdid juga boleh bermaksud benar-benar mendatang sesuatu yang baru disebabkan kerana keperluan dan tuntutan yang baru yang tiada pada zaman sebelumnya seperti manusia mengadakan kenderaan moden, tetapi atas asas yang sama iaitu kehendakan manusia untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Maka dalam konteks Islam, sesuatu yang baharu itu hendaklah tidak mengubah agama, sebaliknya tafsiran atau pandangan yang baru disebabkan tuntutan keadaan, namun ia tetap tidak lari dari maksud dan kehendak nas al-Quran dan al-Sunnah. Dalam ertikata lain, pembaharuan Islam bermaksud mengembalikan umat kepada wajah asal Islam yang telah tercemar dan dilupai disebabkan keadaan dan zaman, atau mengadakan tafsiran dan pandangan baru atas keperluan semasa tetapi tetap berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Ertinya, pembaharuan agama bukan bermaksud membawa agama yang baru, sebaliknya membaharukan semula sikap umat dalam beragama apabila menjadi buruk dan lemah akibat perubahan zaman dan keadaan yang melanda. Islam yang diturunkan Allah sesuai untuk sepanjang zaman dan setiap tempat. Namun, pemahaman umat kadang-kala tersasar, sikap mereka kadang-kala jauh menepati kehendak wahyu, juga tokoh-tambah yang salah dan bidaah yang masuk ke dalam agama menyebabkan rupa agama menjadi buruk. Imej agama menjadi suram dan muram. Umat berada dalam kekeliruan. Maka, Allah bangkitkan bagi

7
SEMINAR BERPEGANG KEPADA AL QURAN DAN AS SUNNAH 2011

setiap seratus tahun tokoh-tokoh yang akan akan melakukan gerakan tajdid atau pembaharuan.

Tugasan Tajdid Dalam hadis yang selalu kit abaca, Nabi s.a.w bersabda:
1

Hendaklah membawa ilmu ini mereka yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi); mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong golongan yang batil dan takwilan golongan yang jahil . Ringkasan daripada hadis ini ialah tugasan para pejuang Islam yang adalah memelihara Islam daripada ancaman-ancaman berikut: Satu, Penyelewengan Golongan Yang Melampau: Golongan ini melampau atau menyusah-nyusah dalam beragama melebihi apa yang diajar oleh al-Quran dan al-Sunnah. Kedua; Dakwaan Palsu Golongan Yang Batil: Golongan ini membuat dakwaan-dakwaan palsu atas agama. Sama ada mereka mengada-adakan hadis-hadis palsu, atau menokok tambah ajaran agama tanpa dalil yang mengizinkan. Ketiga; Takwilan Golongan Yang Jahil: Golongan yang jahil menakwilkan nas-nas agama tidak berdasarkan kaedah disiplin ilmu Islam yang betul. Keseluruhan hadis ini menggesa agar ilmuwan Islam yang sebenar bekerja memelihara Islam dan minda umat agar tidak terjerumus ke dalam krisis pemikiran yang membawa keruntuhan tamadun dan sikap.

Kata al-Imam Ahmad bin Hanbal-dengan meriwayat hadith melalui sanadnya-:

Sesungguhnya Allah menentukan untuk manusia pada permulaan setiap seratus tahun sesiapa yang mengajar mereka sunnah, dan membuang pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w. Kami perhatikan, kami dapati pada awal keseratus tahun, Umar bin Abd al-Aziz dan pada awal kedua ratus tahun al-Syafii. Jelas sekali, pembaharuan dan gerakan pembaharuan adalah suatu keperluan bagi umat ini. Sekalipun gerakan pembaharuan itu sering ditentang oleh golongan yang berkepentingan, namun ia adalah kewajipan yang mesti dihidupkan. Dahulu dalam
1 2

Riwayat al-Bazzar, al-Baihaqi dan al-Uqaili. hasan Al-Zahabi, Siyar Alam al-Nubala 10/46

8
SEMINAR BERPEGANG KEPADA AL QURAN DAN AS SUNNAH 2011

masyarakat melayu ketika tokoh-tokoh pembaharuan menentang penindasan terhadap wanita, mandi safar, tepung tawar, kepercayaan khurafat yang dikaitkan dengan agama dan berbagai lagi mereka dicop sebagai kaum muda, wahhabi dan berbagai gelaran yang lain. Namun hari ini, umat menikmati hasil pembaharuan yang mereka lakukan. Gerakan pembaharuan terus diperlukan apabila umat berada dalam krisis dan kejatuhan. Umat Islam sedunia memerlukan gerakan pembaharuan yang berkesan. Di negara kita, kita perlukan tajdid atau pembaharuan dalam politik, ekonomi, sosial dan lainlain. Akar utamanya adalah tajdid dalam pemikiran agama agar kembali segar dan menampilkan imej Islam yang tulen yang dapat menghadapi cabaran zaman dan perubahan minda umat.

Tujuan Tajdid Saya tertarik dengan nasihat yang pernah al-Syeikh Abu al-Hasan Ali al-Nadwi tujukan kepada al-Ikhwan al-Muslimin. Walaupun al-Nadwi bukan dari jamaah tersebut, tetapi beliau telah memberikan nasihat yang mendalam berkesan. Katanya :Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur. Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam jantung hati dan jiwa, akidah dan akal...istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikirkan kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka. Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupanWahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah

9
SEMINAR BERPEGANG KEPADA AL QURAN DAN AS SUNNAH 2011

yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya..Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia dengan izin Allah- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kasihan kepada insan yang terseksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam redha Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah1.

Al-Qaradawi, Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam

10
SEMINAR BERPEGANG KEPADA AL QURAN DAN AS SUNNAH 2011

Penutup Walaupun usaha-usaha islah pembaharuan sesuatu yang terpaksa menghadapi rintangan dan cabaran, namun, kita tiada pilihan melainkan terpaksa meneruskannya demi menggalas tugasan dakwah. Walaupun usaha pembaharuan dan islah sentiasa dipandang asing atau pelik, tetapi ia adalah kebaikan yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. :

Islam itu bermula dalam keadaan yang asing, dan akan kembali asing maka beruntung mereka yang asing. Ditanya baginda: Siapakah mereka wahai Rasulullah!. Jawab baginda: Mereka yang membaiki ketika manusia rosak. (Riwayat Ahmad, sahih).

16 Apri 2011 (jam 12.00pm)

S-ar putea să vă placă și