Sunteți pe pagina 1din 6

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Sekalung budi pengacara majlis Kombinasi barisan para hakim yang berkarisma Seterusnya sidang

hadirin yang saya muliakan Salam ukhwah dan salam 1 malaysia (Lagu) Ahlan Wasahlan Ucapan di beri Tenangkan diri berikan tumpuan Kisah dari Al-Quran, mari hayati Kisah tujuh orang pemuda yang beriman Hadirin sekalian, Pada zaman dahulu, Di negeri rom, terdapat seorang raja yang zalim. Raja tersebut bernama Daqyanus. Raja tersebut memerintahkan rakyatnya menyembah berhala. Jika ada yang ingkar,hukuman berat pasti dikenakan. Pada masa yang sama, ada tujuh orang pemuda yang kuat beriman kepada Allah. Mereka sama sekali menafikan berhala itu. Malah mereka sedikit pun tidak gentar dengan ancaman raja yang zalim itu. Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat : 13

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

(Pantun) Ashaabul kahfi pemuda beriman Demi aqidah nyawa dipertaruhkan Ayuhlah kawan ambil pengajaran Itulah contoh mukmin pilihan

Ye kawan-kawan Kerapuhan iman masyarakat kini amat membimbangkan. Pelbagai gejala sosial di laporkan di media massa. Malah, ajaran sesat seperti ajaran ayahpin dan tuhan Harun ada di Malaysia! MasyaAllah! Takutlah dengan kita dengan azab Allah yang pedih. janganlah kita terpengaruh dengan perkara-perkara yang mungkar.

Hadirin sekalian, Kisah keimanan mereka kepada Allah akhirnya sampai ke pengetahuan raja Daqyanus. Dengan murka, baginda bertitah tangkap dan penjarakan mereka. Lihatlah rakan, betapa seorang yang ingin membuat kebaikan, mendapat ancaman bila mana hidup dibawah pemimpin yang tidak mengenali Tuhan. Kita seharusnya bersyukur dapat tinggal di Malaysia. Perintah Raja Daqyanus tersebar ke seluruh negeri. Oleh kerana sayangkan aqidah dan agama mereka , mereka bermesyuarat untuk mencari penyelesaian.

(Nasyid) TERCATAT SUDAH DALAM SEJARAH TUJUH PEMUDA YANG BERIMAN MELARIKAN DIRI KEDALAM GUA DEMI MENYELAMATKAN IMAN

Kawan-kawan Tindakan yang diambil oleh tujuh pemuda ini amatlah tepat. Apabila kita berhadapan dengan sesuatu kemungkaran, jika kita tidak mampu mengubahnya, maka Kita hendaklah berhijrah demi menjauhi perkara yang mungkar tersebut. Dewasa ini, kita lihat masyaraKat sanggup menggadai diri dan iman untuk kepentingan duniawi.

(sajak) Ayuh umat Islam, sedarlah dari lenamu. Bangunlah dari kelalaianmu dan kelekaan nafsumu. Ingat dan takutlah akan Allah! Lihatlah di kala kita bersenang lenang di sini, umat islam di palestin, Syria dan rohingya sedang menderita. (Lagu) 7 pemuda.melangkahkan kaki Melarikan diri.mencari perlindungan Seekor anjing.turut mengekori Dibiarkan sahaja.. ikut berjalan

Hakawan-kawan nak tahu tak? Anjing yang mengekori itu bernama Qitmir. sahabat, nampaknya ada seekor anjing mengekori kitakata seorang pemuda. Pada mulanya mereka ingin mengusir anjing itu, tetapi anjing itu tetap mengekori, lalu mereka membiarkan sahaja ia ikut bersama. Akhirnya mereka sampai di sebuah gua yang selamat untuk didiami. Mereka tekun beribadah dan berdoa kepada Allah. Kawan-kawan Akhirnya Allah tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti Tahun Firman Allah dalam surah al-kahfi ayat 25; Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi).. Lamakan kawan-kawan. (Syair) Pemuda beriman. di perut gua Tidurlah diri.. lenalah mereka Qitmir si Anjing. di pintu gua Umpama pengawal.. kepada mereka

Ye kawan-kawan, kita hendaklah menunjukkan kasih sayang sesama makhluk. Kita tidak boleh bertindak zalim walaupun terhadap haiwan. Tahukah kawankawan, bahawa dalam dunia moden hari ini, anjing telah dilatih untuk membantu pihak polis dalam mengesan kegiatan jenayah seperti dadah dan pembunuhan. Hadirin sekalian, (Lagu) Begitulah kuasa Ilahi Kepada ashabul kahfi Tiada mustahil di dunia ini Jika kita beriman dan bertakwa

Kawan-kawan tentu hairankan bagaimana ianya boleh berlaku bukan? Ha...sebenarnya tiada apa yang mustahil bagi Allah. Cuba kita ingat semula banjir besar tsunami yang berlaku di acheh pada tahun 2004. Subhanallah! Ajaibnya! masjid dan mashaf al-Quran yang ada disana terselamat daripada kemusnahan, sedangkan kawasan di sekitarnya rosak binasa. Keimanan mereka sangat tinggi. Allah telah menghidupkan mereka semula dalam keadaan yang sempurna. Setelah terjaga, 7 orang penghuni gua itu merasa sangat lapar. Lalu mereka menghantar seorang wakil yang bernama Tamlika ke pasar untuk membeli makanan. Sepanjang perjalanan, Tamlika kehairanan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Terdetik di hatinya : eh...semalam baru sahaja aku keluar dari pekan ini, bagaimana pula hari ini segalanya berubah

Dia tiba di sebuah gerai. Ketika hendak membayar makanan, jurujual merasa hairan eh wang apakah ini?Bukankah ini mata wang lama? Tamlika berasa sangat terkejut dengan apa yang didengarnya. Ini bermakna, wang yang digunakan sudah berusia ratusan tahun. Kisah permuda ini telah sampai ke pengetahuan raja yang beriman. Baginda menjemput mereka ke istana.

(Syair) Bertemu sudah...raja di istana Diceritanya kisah...penyembunyian rahsia Maka hairanlah....semua mendengarnya Kebenaran disiasat..membuktikan cerita

Lantas, Raja tersebut menitahkan agar sebuah masjid dibina bersebelahan dengan gua tersebut bagi mengingati kisah 7 pemuda yang beriman itu. Ye kawan-kawan, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Pada 24 Februari yang lalu, 2 beradik dalam perjalanan ke sekolah maut setelah motor mereka di rempuh oleh sebuah kereta. Innalillahiwaiinna ilaihi raajiun! Allah Maha berkuasa Menghidupkan jua mematikan Berakhirlah sudah cerita saya Semoga kita mendapat pedoman Sekian, terima kasih.

S-ar putea să vă placă și