Sunteți pe pagina 1din 25

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS

Oleh Munirah Binti Abd Razzak* Nik Mohd Zaim Bin Ab Rahim**

Abstract
Islam places great emphasis on cleanliness, in both its physical and spiritual aspects. On the physical side, Islam requires the Muslim to clean his body, his clothes, his house, his surrounding, and he is rewarded by Allah for doing so. While people generally consider cleanliness a desirable attribute, Islam insists on it. As making it an indispensible fundamental of the faith. Every muslim who has respect for both himself and the society should be clean at least by taking a shower in a day, doing ablution before praying, istinja and tayammum in order to be clean. Therefore, this article focuse on these four types of cleanliness of muslim physical body according to al-Quran and scientific evident to show it significant for Muslim life.

Pendahuluan
Islam adalah agama yang amat mementingkan kesihatan. Melalui syariatnya, ia telah mendidik umatnya supaya suka dan gemarkan kepada penjagaan kesihatan, selari dengan naluri manusia yang menginginkan hidup yang sihat. Kesihatan pada umumnya berpunca daripada kebersihan. Dengan itu, umat Islam disarankan agar sentiasa berada dalam keadaan suci bersih terutamanya ketika beribadat kepada
Pensyarah di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. ** Pensyarah di Kolej Sains dan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia City Campus, Kuala Lumpur.
*

75

Al-Bayan 8.indb 75

11/1/2010 12:47:58 PM

AL-BAYAN (BIL. 8)

Allah. Peraturan-peraturan seperti istinjak, wuduk, mandi junub, tayammum, samak dan lain-lain, adalah secara hakikinya membawa kepada kebersihan dan kesucian lahiriah. Justeru artikel ini akan menonjolkan aspek penjagaan kebersihan diri dari dimensi saintifik sebagai tambahan panduan yang dikemukakan oleh al-Quran dan alSunnah.

Pengertian Bersih
Perbincangan tentang pengertian bersih akan dilihat dari segi aspek bahasa dan istilah. Oleh kerana artikel ini tertumpu kepada nas-nas daripada al-Quran dan hadith, maka ia lebih merujuk kepada perkataan yang datangnya dari bahasa Arab.

Pengertian Bersih Dari Segi Bahasa


Perkataan bersih dalam bahasa Melayu bermaksud tidak kotor, bebas daripada pencemaran, jujur dan ikhlas, suci, murni, bebas daripada amalan yang tidak baik seperti rasuah dan penyelewengan serta bebas daripada anasir yang tidak baik. Sementara perkataan kebersihan pula, berupa kata nama daripada kata kerja bersih, yang menggunakan imbuhan ke...an membawa maksud satu keadaan atau perihal bersih sama ada dari aspek fizikal mahupun mental.1 Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang memberikan makna bersih disebut sebagai clean (bersih dan cuci), neat (kemas) dan tidy (elok, rapi dan kemas).2 Manakala dalam bahasa Arab, perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada makna kebersihan dalam bahasa Melayu ialah al-Taharah dan al-Nazafah. Oleh itu, perkataan alTaharah secara etimologinya merujuk kepada makna bersih, bebas dan suci daripada najis (najis hissi seperti air kencing dan manawi seperti keaiban dan maksiat).3 Sementara perkataan al-Nazafah dari sudut etimologi pula bermaksud penyucian.4 Dalam hal ini, kedua1

2 3

Kamus Dewan (1994), ed. 3, c. 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 146-147. Oxford Dictionary of English, h. 320, 1175 dan 1844. Asal perkataan dari tahara rujuk Ibn Manzur, Lisan al-Arab, j. 5, h. 652; Ibrahim Mustafa et. al., Al-Mujam al-Wasit, j. 2, h. 568. Ibn Manzur, op.cit., j. 8, h. 608.

76

Al-Bayan 8.indb 76

11/1/2010 12:47:58 PM

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS

dua perkataan al- Taharah dan al-Nazafah telah digunakan bagi memberikan maksud kepada kebersihan dalam bahasa Melayu.

Pengertian Bersih Dari Segi Istilah


Sebagaimana dalam perbincangan terdahulu, terdapat dua perkataan yang dirujuk bagi maksud kebersihan iaitu al- Taharah dan al-Nazafah. Dalam konteks ini, perkataan taharah dari sudut istilah ditakrifkan sebagai menghilangkan sesuatu atau bersih daripada segala hadas atau najis.5 Al-Shawkani pula mentakrifkan taharah sebagai sifat hukmiyyah yang menetapkan bagi manusia keharusan untuk mendirikan solat.6

Taharah terbahagi dua, taharah hukmiyyah iaitu suci daripada hadas khususnya badan manakala taharah hissiyyah adalah suci daripada kekotoran yang biasanya ada pada badan, baju dan tempat.7 Bersuci dari sudut kesihatan akan mencegah bakteria-bakteria, parasitparasit yang membawa penyakit dan telur-telur cacing daripada menjangkiti manusia.8
Seterusnya, taharah maknawiyyah pula bermaksud membersihkan diri dari segala jenis dosa seperti kemaksiatan, syirik atau kufur. Cara membersihkan kekotoran ini adalah dengan cara bertaubat, zikir dan lain-lain.

al-Qadi Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ahmad bin Rushd al-Qurtubi al-Andalusi Ibn Rushd (t.t.), Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, T.tp: Dar al-Fikr, j, 1, h. 5; Abu Zakariya Yahya bin Sharf al-Nawawi al-Dimashqiyyi al-Nawawi (1992), Rawdah al-Talibin, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah: Beirut, j. 1, h. 115; Abdul Karim Zaidan (1997), Ensaiklopedia Fiqh Wanita, Bandar Baru Bangi: As-Syabab Media, j. 1, h. 27. Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Shawkani (2003), Nayl al-Awtar Sharh Muntaqa al-Akhbar min Ahadith Sayyid al-Akhyar, Tahqiq Anwar alBaz, c. 2, j. 1, Mansurah: Dar al-Wafa, h. 35; Mustafa al-Khin et. al (1998), Al-Fiqh al-Manhaji ala Madhhab al-Imam al-Shafii, c. 3, j. 1, Dimashq: Dar al-Qalam, h. 27. Qasim Suwaydani (1999), Al-Tibb Minbar al-Islam, Beirut: Dar al-Albab, h.186-187. Ibid., h.192.

77

Al-Bayan 8.indb 77

11/1/2010 12:47:59 PM

AL-BAYAN (BIL. 8)

Sementara, pembahagian kebersihan menurut Imam al-Ghazali pula terbahagi kepada empat bahagian iaitu menyucikan zahir dari segala hadas, kotoran dan benda yang menjijikkan, kedua mensucikan anggota badan dari segala perbuatan jahat dan dosa, ketiga menyucikan hati dari segala pekerti yang tercela dan keempat menyucikan sirr (rahsia dan batin) dari sesuatu yang lain, selain daripada Allah.9 Berdasarkan kepada pengertian-pengertian yang dikemukakan di atas, maka dapat disimpulkan bahawa perkataan taharah dari segi istilah ialah kebersihan yang merangkumi kebersihan jasmani dan rohani. Kebersihan jasmani terdiri daripada kebersihan diri, pakaian, pemakanan, tempat tinggal, masjid, alam sekitar dan kebersihan rohani pula terdiri daripada kebersihan jiwa (hati) dan nafsu.

Kebersihan Diri Menurut al-Quran Dan al-Sunnah


Menerusi penelitian dan pemilihan pada ayat-ayat al-Quran yang membicarakan aspek ini, didapati perkataan al-Taharah dan perkataan pecahannya10 disebut sebanyak 31 kali, namun daripada ayat-ayat tersebut, hanya aspek kesihatan diri yang difokuskan. Malah Islam amat menyukai mereka yang cintakan kebersihan dan menjaga kebersihan dirinya. Kebersihan diri akan melahirkan keluarga yang sihat dan sejahtera. Berikut adalah beberapa cara pembersihan tubuh badan: 1. Kebersihan dengan istinjak Sebelum melakukan wuduk dan mandi, Islam telah mensyariatkan beristinjak untuk menyempurnakan kebersihan pada manusia. Istinjak dari segi bahasa bermaksud membasuh kekotoran dengan air atau menyapu dengan batu-batu. Ia juga bermaksud pembersihan dengan
9

10

Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad al-Ghazali (2005), Ihya Ulum al-Din, j. 1, Kaherah: Dar al-Tawzi wa al-Nahsr al-Islamiyyah, h. 186. Iaitu di dalam surah al-Baqarah 2: 25, 222, 232; Ali Imran 3: 15, 42, 55; alNisa 4: 43, 57; al-Maidah 5: 6, 41; al-Araf 7: 82; al-Anfal 8:11; al-Tawbah 9: 103, 108; Hud 11: 78; al-Furqan 25: 48; al-Naml 27: 56; al-Ahzab 33: 33; al-Waqiah 56: 79; al-Mujadalah 58:12; al-Mudaththir 74: 4; al-Insan 76: 21; Abasa 80: 14; al-Bayyinah 98: 2. Rujuk al-Himsi, Muhammad Hasan, Quran Karim Faharis Kamilah li al-Mawadi wa al-Alfaz, Beirut: Dar alRashid, h. 137-138.

78

Al-Bayan 8.indb 78

11/1/2010 12:47:59 PM

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS

tanah kering atau dengan air11 serta bersih dari sesuatu benda.12 Manakala dari segi istilah ialah menghilangkan atau membersihkan bekas benda-benda yang keluar dari qubul atau dubur dengan air, batu dan seumpamanya.13 Selain itu, istinjak juga bererti menghilangkan najis atau mengurangkan daripada tempat keluar air kencing atau air besar. Perkataan istinjak diambil daripada perkataan al-Naja iaitu selamat dan terhindar daripada penyakit atau diambil daripada perkataan alNajwah iaitu tanah yang tinggi atau daripada al-Najw iaitu sesuatu yang keluar daripada dubur. Ia dinamakan istinjak di sisi syarak kerana orang yang beristinjak berusaha untuk melepaskan dirinya daripada sesuatu yang menyakitkan.14 Pada kebiasaannya ia dilakukan di tempat yang tertutup seperti di belakang tanah yang tinggi dan seumpamanya.15 Pensyariatan berhubung dengan istinjak dapat dilihat dalam firman Allah di bawah:

.
Maksudnya: Janganlah engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (menyucikan) dirinya;
11 12 13

14 15

Asal perkataan dari najaa rujuk Ibn Manzur, op.cit., j. 8, h. 475. Mustafa et. al., op.cit., j. 2, h. 905. Abd al-Halim Uways (2005), Mawsuah al-Fiqh al-Islami al-Muasir, Mansurah: Dar al-Wafa, j. 1, h. 227. Rujuk juga al-Ali, Husayn Abd Allah (2004), Khisal al-Fitrah fi al-Fiqh al-Islami Dirasah Muqaranah Ma`a alTibb al-Hadith, Kuwait: Dar al-Diya, h. 62. al-Nawawi, op.cit., j. 1, h. 175. Mustafa al-Khin et. al., Al-Fiqh al-Manhaji ala Madhhab al-Imam alShafii, j.1, h. 45.

79

Al-Bayan 8.indb 79

11/1/2010 12:47:59 PM

AL-BAYAN (BIL. 8)

dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).16 Menurut al-Qurtubi,17 ayat ini diturunkan untuk menceritakan keadaan lelaki yang berada di dalam masjid Quba. Mereka ini sentiasa bersuci dengan cara beristinjak dengan air, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:18

) ( .
Maksudnya: Ayat ini diturunkan kerana menjelaskan keadaan ahli Quba yang mana mereka telah beristinjak dengan air maka turunlah ayat ini. Hukumnya wajib menurut pandangan al-Maliki, al-Shafii dan al-Hanabilah.19 Berdasarkan dalil dari hadith-hadith Nabi s.a.w. iaitu antaranya:


16 17

18

19

al-Quran, al-Tawbah 9: 108. Abi Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi (t.t.), Al-Jami li Ahkam al-Quran, Tahqiq: Imad Zaki al-Barudi dan Khawri Said, j. 8, Kaherah: al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, h. 224. Rujuk juga Imad al-Din, Abu al-Fida, Ismail al-Qurshiyi al-Dimashqi Ibn Kathir (2002), Tafsir alQuran al-Azim, Kaherah: Dar al-Hadith, j. 4, h. 228. Wahbah al-Zuhayli (1998), al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Shariah wa al-Manhaj, c. 2, j. 11, Beirut: Dar al-Fikr al-Muasir, h. 42. Abu Dawud, Kitab al-Taharah, Bab fi al-Istinja bi al-Ma, no. hadith 44, j. 1, h. 11; Tirmidhi, Kitab al-Taharah, Bab al-Istinja bi al-Ma, no. hadith 3100, j. 5, h. 262; Ibn Majah, Kitab al-Taharah wa sunaniha, Bab al-Istinja bi al-Ma, no. hadith 357. Husayn Abd Allah al-Ali, op.cit., h. 63.

80

Al-Bayan 8.indb 80

11/1/2010 12:47:59 PM

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS

.
Maksudnya: Nabi s.a.w. apabila keluar untuk qadak hajatnya, aku dan hamba sahaya akan mendatangkan air untuk Nabi beristinjak dengannya. 20

.
Maksudnya: Nabi s.a.w. merasa untuk membuang air besar lalu disuruh aku bawa kepadanya tiga biji batu. Namun aku hanya mendapat dua sahaja, lalu aku cari yang ketiga tetapi tidak ada. Oleh itu aku ambil tahi kering dan membawanya kepada Nabi. Maka ketika itu Nabi mengambil dua batu tersebut dan membuang tahi kering dan berkata ini kotor. 21 Padar dasarnya, hukum asal dalam menyucikan najis adalah dengan air. Walau bagaimanapun, Imam al-Nawawi telah meletakkan tiga syarat apabila beristinjak dengan selain daripada air. Pertamanya ialah ia bersih dan suci, kedua ia kering dan dapat membuang najis seperti arang atau tanah yang keras; serta ketiga ialah benda yang bukan dihormati seperti roti dan tulang.22 Ini sebagaimana yang telah
20

21

22

Sahih Bukhari, kitab al-Wudu, no. hadith 146; Sahih Muslim, kitab alTaharah, no. hadith 399 dan 400; Sunan Nasai, kitab al-Taharah, no. hadith 45; Sunan Abu Dawud, kitab al-Taharah no. hadith 39. Sahih Bukhari, kitab al-Wudu, no. hadith 152; Sahih Muslim, kitab alTaharah, no. hadith 17. Sunan Nasai, kitab al-Taharah, no. hadith 42; Sunan Ibn Majah, kitab al-Taharah wa sunaniha, no. hadith 310. al-Nawawi, op.cit., j. 1, h. 180. Rujuk juga Abi Abd Allah Muhammad bin Idris al-Shafii (1993), Al-Umm, Takhrij Mahmud Matraji, Dar al-Kutub alIlmiyyah: Beirut, j. 1, h. 73; Abi Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf al-Fayruz Abadi al-Shirazi (t.t.), Al-Muhadhdhab fi Fiqh Madhab al-Imam al-Shafi`i,

81

Al-Bayan 8.indb 81

11/1/2010 12:47:59 PM

AL-BAYAN (BIL. 8)

dimaklumkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadith sebelum ini. Oleh itu, pada pandangan penulis, istinjak juga boleh mengunakan semua benda yang keras lagi kesat (tidak merbahaya) yang boleh menghilangkan najis seperti batu, daun, kertas tisu, tembikar, tanah keras, rumput kering dan sebagainya. Oleh itu, apabila seseorang itu ingin melepaskan hajat, adabadab ketika beristinjak hendaklah dipatuhi. Pertama, tidak beristinjak dengan tangan kanan, terlindung dari pandangan manusia, tidak mengadap kiblat sekiranya dia berada di tempat yang lapang dan ada pendinding yang tinggi yang dapat menutup auratnya, beristibrak,23 merenjis air pada kemaluan atau pakaian untuk menghapuskan syak atau was-was syaitan24 serta tidak membuang air di jalan orang ramai atau tempat berkumpul, atau pada lubang, atau di bawah pokok yang berbuah atau pada air yang tenang dan bertakung.25 Dari segi perubatan, air kencing mengandungi bahan beracun yang dibebaskan oleh badan manusia. Bahan beracun ini adalah bahan kimia yang mengandungi banyak kekotoran. Justeru apabila badan manusia dan pakaian mereka tercemar dengan air kencing, maka mereka juga turut terdedah dengan kuman-kuman dan bahan beracun yang dikeluarkannya.26 Tegasnya melalui istinjak dan mengamalkan adab-adabnya akan menghindari seseorang dari penyakit berjangkit, pencemaran kepada kuman-kuman dan parasit-parasit yang merbahaya.27 Manakala pembuangan najis yang betul akan mencegah merebaknya penyakitMatbaah Isa al-Babi al-Halabi wa Sharikah, j. 1, h. 28. Asal perkataan dari baraa dan maksudnya pada bahasa ialah terpelihara atau bebas. Manakala pada istilah pula ialah bebas atau kosong dari tinggalan baki air kencing dan suci tempat salirannya sama ada dengan cara mengerakkan zakar atau genggam dengan kuat dan seumpama dengannya. Rujuk Ibn Manzur, op. cit., j. 1, h. 367. Husayn Abd Allah al-Ali, op.cit., h. 88-90. Mustafa al-Khin et. al., op.cit., h. 48-49. Ahmad Abd al-Rahim al-Sayih & Ahmad Abduh Iwad (2004), Qadaya al-Biah min Manzur Islami, Kaherah: Markaz al-Kitab li al-Nashr, h. 216. Muhammad Nazar al-Daqar(1999), Rawai al-Islami- al-Adab al-Islami wa Atharuha fi Sihhah al-Fard wa al-Mujtama, j. 4, Damshiq: Dar al-Maajim, h. 97.

23

24 25 26

27

82

Al-Bayan 8.indb 82

11/1/2010 12:48:00 PM

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS

penyakit berjangkit seperti taun, demam kuning, demam kepialu dan sebagainya.28 2. Kebersihan dengan wuduk Wuduk adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tidak ada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk dari segi bahasa ialah keelokkan.29 Sementara dari segi syarak, wuduk ialahmembasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.30 Dalil pensyariatannya adalah sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Maidah (5) ayat 6:


Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhkanlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali... Menurut Ibn Kathir, ayat ini adalah suatu perintah supaya melakukan wuduk ketika ingin menunaikan solat. Namun bagi orang yang berhadas, ia adalah wajib dan bagi orang yang ingin bersuci ia adalah sunat serta amat digalakkan. Dikatakan perintah berwuduk setiap
28

29 30

Danial Zainal Abidin (1988), Konsep Perubatan Islam, Pulau Pinang: Pustaka Nahnu, h. 30. Asal perkataan dari tawadda rujuk Ibn Manzur, op.cit., j. 9, h. 326. Mustafa et. al., op.cit., j. 2, h. 1038. Rujuk juga Qasim Suwaydani (1999), Al-Tibb minbar al-islam, Beirut: Dar al-Albab, h.198. Abd al-Rahman Ibn Muhammad Iwad al-Jaziri (t.t), Kitab al-Fiqh ala al-Madhahib al-Arbaah, j. 1, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, h. 49. Rujuk juga Ahmad Shawqi Ibrahim (2002), Al-Muharramat wa Sihhah al-Insan wa al-Tibb al-Wiqai, j. 3, Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi, h. 234.

83

Al-Bayan 8.indb 83

11/1/2010 12:48:00 PM

AL-BAYAN (BIL. 8)

kali solat adalah wajib pada permulaan Islam kemudian ia telah dinasakh.31 Ini kerana ia membebankan lalu dibolehkan berwuduk sekali sahaja untuk semua solat selama mana seseorang itu tidak berhadas. Sementara itu, ulama juga telah menetapkan berwuduk wajib disertai dengan niat. Kemudian digalakkan seseorang menyebut nama Allah sebelum membasuh muka dan membasuh dua tapak tangan sebelum memasukkannya ke dalam bekas air. 32 Semua ini boleh didapati dalam kebanyakan hadith tentang wuduk. Dari itu, dapat difahami bahawa wuduk disyariatkan apabila setiap kali seseorang ingin menunaikan solat. Seseorang boleh melaksanakan solat dengan sekali sahaja wuduk selama mana dia tidak berhadas dan boleh menyapu kedua khuf33nya untuk memperbaharui wuduk. Pensyariatan wuduk diperkukuhkan lagi menerusi hadith-hadith nabi s.a.w., antaranya apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah: 34

.
Maksudnya: Tidak diterima solat seseorang yang berhadas sehingga dia berwuduk. Lalu berkata seorang lelaki dari Hadramaut apa yang dimaksudkan dengan hadas wahai Abu Hurayrah? Maka Abu Hurayrah berkata ia adalah angin atau kentut.

31

32 33

34

Ibn Kathir, op.cit., j. 3, h. 55. Rujuk juga al-Zuhayli, Tafsir al-Munir fi alAqidah wa al-Shariah wa al-Manhaj, j. 6, h. 102-103. al-Qurtubi, Al-Jami li Ahkam al-Quran, j. 6, h. 71-72. Ibn Kathir, op.cit., j. 3, h. 59. Khuf adalah kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi buku lali kedua-dua kaki. Ibn Manzur, op.cit., j.3, h. 159. Sahih Bukhari, kitab al-Wudu, no. hadith 132; Sahih Muslim, kitab alTaharah, no. hadith 330; Sunan Tirmidhi, kitab al-Taharah, no. hadith 71; Sunan Abu Dawud kitab al-Taharah no. hadith 55.

84

Al-Bayan 8.indb 84

11/1/2010 12:48:00 PM

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS

Sementara dalam menerangkan cara berwuduk, sabda Nabi s.a.w.:

.
Maksudnya: Sesungguhnya Uthman bin Affan35 r.a. minta diambilkan air wuduk. Maka dia membasuh kedua telapak tangannya sebanyak tiga kali. Setelah itu dia berkumur dan memasuk dan mengeluarkan air melalui lubang hidung. Kemudian Uthman membasuh wajahnya sebanyak tiga kali, membasuh tangan kanannya sampai ke siku sebanyak tiga kali, membasuh tangan kirinya seperti itu, mengusap kepalanya, membasuh kaki kanannya sampai ke buku lali sebanyak tiga kali dan setelah itu membasuh kaki kirinya juga seperti itu. Kemudian Uthman bin Affan berkata, Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. berwuduk seperti wudukku ini. Setelah itu Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwuduk sepertiku, kemudian

35

Nama penuh beliau adalah Uthman bin Affan bin Abi al-As bin Umayyah (m.35H). Seorang sahabat yang mempunyai martabat tinggi dalam periwayatan iaitu adil lagi thiqah. Berketurunan al-Qurashi al-Umawi dan panggilannya adalah Abu Amru. Meriwayatkan hadith dari Nabi, Umar dan Abu Bakr. Antara anak murid beliau adalah Aban bin Uthman anaknya, Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Awf, Abu Iyad dan banyak lagi. Menetap di Madinah dan wafat pada tahun 35H di Madinah juga. Rujuk Ibn Hajar al-Asqalani (1993), Tahdhib al-Tahdhib, j. 4, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, h. 91-92.

85

Al-Bayan 8.indb 85

11/1/2010 12:48:00 PM

AL-BAYAN (BIL. 8)

melakukan rukuk sebanyak dua kali dan tidak bercakap maka dosanya yang lalu telah diampuni Allah.36 Manakala hadith lain yang menerangkan cara berwuduk juga ialah apa yang diriwayatkan oleh Abd Allah bin Zayd37 iaitu sabda Nabi s.a.w.:38

36

37

38

Sahih Bukhari, kitab al-Wudu, no. hadith 159; Sahih Muslim, kitab alTaharah, no. hadith 331-332 dan 336; Sunan Nasai, kitab al-Taharah, no. hadith 83-84 dan kitab al-Imamah no. hadith 847; Sunan Abu Dawud, kitab al-Taharah no. hadith 96-98 dan Sunan Ibn Majah, kitab al- al-Taharah wa sunaniha, no. hadith 281. Nama penuh beliau adalah Abd Allah bin Zayd bin Asam bin Kaab al-Ansari al-Mazani (7 SH-63H/616M-683M). Seorang sahabat yang mempunyai martabat tinggi dalam periwayatan iaitu adil lagi thiqah. Berketurunan alMazani dan panggilannya adalah Abu Muhammad. Meriwayatkan hadith dari Nabi dan di antara anak murid beliau adalah Said bin Musayyab, Ibad bin Tamim, Wasi bin Hibban, Yahya bin Imarah dan banyak lagi. Menetap di Madinah dan wafat pada tahun 63H di Hirrah ketika berumur 70 tahun. Meriwayatkan 48 hadith daripada Nabi s.a.w. Rujuk al-Zirikli, Khayr alDin (1999), Al-Alam, c. 4, Beirut: al-Dar al-Ilm al-Malayin, j. 4, h. 88. Ibn Hajar al-Asqalani, op.cit., j. 3, h. 147. Sahih Bukhari, kitab al-Wudu, no. hadith 179; Sahih Muslim, kitab alTaharah, no. hadith 346; Sunan Tirmidhi, kitab al-Taharah, no. hadith 30; Sunan Nasai, kitab al-Taharah, no. hadith 96-97. Sunan Abu Dawud, kitab al-Taharah no. hadith 103 dan Sunan Ibn Majah kitab al-Taharah wa sunaniha, no. hadith 428.

86

Al-Bayan 8.indb 86

11/1/2010 12:48:00 PM

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS

Maksudnya : Seorang lelaki berkata kepada Abd Allah bin Zayd dan dia adalah datuk Amru bin Yahya: Adakah boleh kamu perlihatkan kepadaku bagaimana cara Rasulullah s.a.w. berwuduk? Maka kata Abd Allah bin Zayd: Ya. Lantas dia meminta air dan meletakkan di atas kedua tangannya dan membasuh sebanyak dua kali. Kemudian selepas itu dia berkumur-kumur, menghirup air ke dalam hidung sebanyak tiga kali. Selepas itu, dia membasuh muka tiga kali, kedua tangannya sampai ke siku dua kali dan menyapu kepala dengan tangannya dari depan ke belakang hingga ke hujungnya dan kembali mengulangi seperti permulaan tadi. Akhirnya dia membasuh kedua kakinya. Oleh yang demikian, daripada hadith-hadith tersebut dapatlah difahami bahawa fardu wuduk ada enam perkara39 iaitu niat, membasuh muka, membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku, menyapu sebahagian kepala,40 membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali dan tertib sebagaimana yang kita fahami dari ayat sebelum ini. Untuk mendapatkan wuduk yang lebih sempurna seseorang dikehendaki melakukan sunat-sunat wuduk seperti membaca basmalah, membasuh dua tapak tangan sebanyak tiga kali, menggunakan siwak, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung, menyelati janggut yang tebal, menyapu semua kepala, menyelati antara celah-celah jari keduadua belah tangan dan kaki dengan air,41 menyapu kedua telinga luar dan
39 40

41

al-Nawawi, op.cit., j.1, h. 157-167. Ubun-ubun kepala ialah bahagian depan kepala dan ia satu bahagian daripada kepala. Memadai menyapu di atasnya adalah dalil yang menunjukkan bahawa menyapu satu juzuk daripada kepala itulah yang dituntut. Dan maksud menyapu kepala itu akan berhasil dengan disapu pada mana-mana bahagian kepala. Mustafa al-Khin et. al., op.cit., j. 1, h. 55. Menyelati antara jari-jari tangan ialah dengan memasukkan jari kedua-duanya antara satu sama lain. Manakala menyelati jari-jari kaki pula ialah dengan digosok oleh jari kelingking tangan kiri, bermula dari jari kelingking kaki kanan dan berakhir pada jari kelingking kaki kiri. Rujuk Muhammad Adib Kalkal (1995), al-Fiqh al-Mubassat fi al-Madhhab al-Shafii, c. 5, Suriah: Tawzi al-Maktabah al-Arabiyyah, h. 61. Rujuk jugaAbd al-Wahhab Abd al-Salam Tawilah (2006), Fiqh al-Albisah wa al-Zinah, Kaherah: Dar al-

87

Al-Bayan 8.indb 87

11/1/2010 12:48:01 PM

AL-BAYAN (BIL. 8)

dalam, mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan, mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak tiga kali, menggosok iaitu melalukan tangan ke atas anggota ketika membasuhnya, berturut-turut dengan tidak putus, melebihkan membasuh bahagian kepala, atas siku dan buku lali dan bersederhana ketika menggunakan air, mengadap kiblat, tidak bercakap-cakap dan tashahhud setelah selesai berwuduk dan berdoa.42 Wuduk yang dilakukan beberapa kali sebelum menjalankan ibadah solat mempunyai kesan dan faedah-faedah kesihatan. Umpamanya menjaga dari berlakunya pemindahan penyakit melalui tangan yang kotor, melancarkan perjalanan darah, mencergaskan badan serta membebaskan bahagian tubuh yang terdedah dari kekotoran yang sentiasa melekat di badan.43 Pengulangan sebanyak tiga kali dalam wuduk akan dapat membersihkan anggota-anggota badan yang terdedah dengan habuk, debu malah kuman-kuman yang membawa penyakit kepada manusia. Kenyataan ini disokong dengan kajian yang telah dijalankan bahawa kebanyakan kanser kulit berlaku kerana terdedah kepada bahan kimia yang pelbagai khasnya kepada pekerja di kilang petrol. Oleh yang demikian, cara yang paling baik untuk mencegah kanser kulit ini adalah dengan menghilangkan bahan-bahan kimia yang melekat di atas permukaan kulit dengan membasuhnya berulang-ulang kali sehingga hilang dari sel-sel kulit tersebut.44 Tambahan pula ketika berwuduk, seseorang itu dikehendaki mengosok-gosok anggota-anggota yang mana ia akan melancarkan aliran darah dan mengaktifkan kelancaran anggota khasnya dan tubuh badan amnya. Manakala penggunaan air sejuk adalah lebih berkesan dari air panas kerana ia mencergaskan proses penghadaman

42 43

44

Salam, h. 263. Mustafa al-Khin et. al., op.cit., j. 1, h. 56-60. Abd al-Hamid Diyab & Ahmad Qarquz (1982), Ma`a al-Tibb fi al-Quran al-Karim, c. 2, Dimashq: Muassasah Ulum al-Quran, h. 121-122. Rujuk juga Abd Allah bin Abd al-Aziz al-Muslih & Abd al-Jawad al-Sawi (2008), Al-Ijaz al- Ilmi fi al- Quran, Beirut: Dar al-Jiyad li al-Nashr wa al-Tawzi`, h. 264. Qasim Suwaydani (1999), Al-Tibb Minbar al-Islam, Beirut: Dar al-Albab, h. 201-202.

88

Al-Bayan 8.indb 88

11/1/2010 12:48:01 PM

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS

sebagaimana ia melancarkan fungsi buah pinggang dalam membuang sisa-sisa racun dalam badan.45 Begitu juga di dalam wuduk, amalan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung turut disunatkan. Berkumur adalah memasukkan air ke dalam mulut untuk mengeluarkan sisasisa makanan yang masih melekat di celah-celah gigi. Amalan ini akan dapat menghindarkan bau busuk akibat tindakbalas kimia oleh bakteria-bakteria yang berkumpul di dalam mulut dan menjaga kesegarannya. Manakala memasukkan air ke dalam hidung akan mengeluarkan debu atau habuk yang melekat di dalamnya. Justeru, sistem pernafasan dapat berjalan dengan lancar.46 3. Kebersihan dengan mandi Mandi pada bahasa adalah mengalirkan air pada seluruh badan.47 Pada syarak pula, mandi bermaksud mengalirkan air pada seluruh badan dengan niat tertentu.48 Pensyariatan mandi ini dapat dilihat dalam firman Allah S.W.T. yang berikut:

.
Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan
45

46

47

48

Ibid., rujuk juga Abd al-Muti Amin Qalaji (2006), Al-Tibb al-Nabawi wa al-Tatbiqat al-Muasirah, Halab: Dar al-Way, h. 192. Muhammad Nazar al-Daqar, op.cit., j. 4, h. 95. Rujuk juga Adnan al-Sharif (2001), Min Ilm al-Tibb al-Qurani, c. 5, Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayin, h. 245. Ibn Manzur, op.cit., j. 6, h. 625 yang asal perkataannya adalah ghasala. Rujuk juga al-Nawawi, op.cit., j. 1, h. 192-193. al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj ila Marifah Maani Alfaz al-Minhaj, j. 1, h. 68. Rujuk juga Mustafa al-Khin et. al., op.cit., j. 1, h. 71.

89

Al-Bayan 8.indb 89

11/1/2010 12:48:01 PM

AL-BAYAN (BIL. 8)

(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.49 Dalam ayat tersebut, Allah menyuruh hamba-Nya mandi kerana haid. Menurut Ibn Kathir, ulama bersepakat bahawa wanita yang telah suci dari haid boleh disetubuhi apabila dia mandi dengan air atau bertayammum.50 Manakala al-Qurtubi juga berpendapat demikian namun turut membawa pendapat Mujahid, Ikrimah dan Tawus iaitu apabila seorang wanita suci daripada haid maka suami boleh bersetubuh dengannya namun hendaklah berwuduk terlebih dahulu.51

...
Maksudnya: ...dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib...52 Dalam ayat ini al-Qurtubi menerangkan ia adalah perintah agar mandi dengan air. Sebagaimana pendapat Umar dan Ibn Masud r.a. Perkataan junub adalah lafaz yang digunakan untuk mufrad, muthanna, jama, mudhakkar dan muannath. Manakala janabah dari segi makna syarak ialah menjauhi solat, tidak membaca al-Quran, tidak menyentuh mashaf, tidak masuk masjid sehingga seseorang itu mandi junub (wajib). Sebab-sebab janabah ada dua iaitu keluarnya air mani dan bertemu dua alat kelamin.53 Firman Allah S.W.T:54


49 50 51 52 53 54

al-Quran, al-Baqarah 2: 222. Ibn Kathir, op.cit., j. 1, h. 565. Rujuk juga al-Zuhayli, op.cit., j. 2, h. 299. al-Qurtubi, Al-Jami li Ahkam al-Quran, j. 3, h. 78. al-Quran, al-Maidah 5: 6. al-Qurtubi, op.cit., j. 6, h. 94. Rujuk juga al-Zuhayli, op.cit., j. 6, h. 108. al-Quran, al-Nisa 4: 43.

90

Al-Bayan 8.indb 90

11/1/2010 12:48:01 PM

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS


Maksudnya: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar)- kecuali kamu hendak melintas sahaja- hingga kamu mandi bersuci... Manakala ayat di atas pula menjelaskan, orang yang berjunub hendaklah mandi wajib atau bertayammum sekiranya tidak terdapat air atau tidak dapat menggunakan air.55 Menurut Dr. Wahbah alZuhayli, ayat ini melarang seseorang menghampiri solat dalam keadaan berjunub kecuali jika dia ingin melintas di dalam masjid sahaja. Sementara bagi al-Qurtubi, maksud abiri sabil ialah musafir menurut Ali, Ibn Abbas, Ibn Jubayr, Mujahid dan al-Hakam. Sesungguhnya tidak sah melakukan solat kecuali selepas seseorang itu mandi. Adapun orang yang musafir, dia dibolehkan bertayammum sekiranya tidak ada air.56 Dari itu dapat difahami daripada keterangan di atas, suruhan mandi pada ketiga-tiga ayat ini adalah wajib kerana sebab haid dan berjunub. Selain itu, dapatlah disimpulkan bahawa, mandi terbahagi kepada dua iaitu mandi yang diwajibkan dan mandi yang disunatkan. Mandi yang diwajibkan adalah kerana janabah seperti bersetubuh, haid, melahirkan anak (wiladah) dan mati.57 Sementara mandi yang disunatkan ialah mandi yang solat tetap sah walaupun tanpanya seperti mandi hari jumaat, mandi pada dua hari raya, mandi gerhana matahari dan bulan dan sebagainya. Oleh itu, pensyariatan mandi sunat dan mandi wajib adalah sebagaimana hadith di bawah:


55 56 57

Ibn Kathir, op.cit., j. 2, h. 348. Rujuk juga al-Zuhayli, op.cit., j. 5, h. 83. al-Qurtubi, op.cit., j. 5, h. 179. al-Nawawi, op.cit., j. 1, h. 193.

91

Al-Bayan 8.indb 91

11/1/2010 12:48:01 PM

AL-BAYAN (BIL. 8)

.
Maksudnya: Menjadi tanggungjawab ke atas setiap orang Islam untuk mandi sehari dalam tujuh hari. 58 Sementara, hadith59 yang diriwayatkan oleh Umm al-Muminin Maymunah r.a pula menerangkan bagaimana cara mandi wajib:

.
Maksudnya: Aku meletakkan air untuk Rasulullah s.a.w. mandi wajib. Baginda menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya baginda menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, baginda menyapu tangannya ke tanah, kemudian baginda menyedut air ke dalam hidung dan mengumur mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya baginda membasuh mukanya dan kedua tangannya dan menyapu kepalanya tiga kali. Selepas itu, baginda menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda s.a.w. berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. Justeru, ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah pertama niat. Kedua membaca bismillah, ketiga mencuci tangan sebanyak tiga kali, keempat mencuci kemaluan dengan tangan kiri, kelima menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun. Keenam berwuduk. Wuduk
58 59

Sahih Bukhari, kitab al-Jumah, no. hadith 248. Sahih Bukhari, kitab al-Ghusl, no. hadith 257.

92

Al-Bayan 8.indb 92

11/1/2010 12:48:01 PM

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS

boleh dilakukan seperti wuduk untuk solat ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi. Ketujuh menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya tiga kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Kelapan memulakan dengan bahagian kanan tubuh, kesembilan meratakan air ke seluruh tubuh dan ia meliputi lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis Aisyah. Akhirnya beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki. Pakar sains perubatan telah menjalankan kajian bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma. Mikroorganisma akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma apabila setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan dengan isterinya. Apabila seseorang itu keluar berurusan tanpa mandi janabah (wajib) terlebih dahulu maka kekotoran dan mikroorganisma ini akan menjangkiti orang lain. Oleh itu, hikmah diwajibkan mandi wajib ini adalah untuk tujuan pembersihan diri. Dari segi sainsnya pula, bakteria yang terkena air akan mati, akibat tekanan osmosis di dalam badan yang tinggi daripada tekanan osmosis di luar badan sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badannya lalu bakteria mati kerana mengalami overhydration.60 Selanjutnya pendedahan yang memeranjatkan telah dijalankan oleh Martin J. Blaser iaitu profesor dalam bidang mikrobiologi di Universiti Perubatan, New York. Beliau menyatakan bahawa kulit manusia adalah rumah zoo kepada mikroorganisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Lanjutan daripada hasil kajian beliau, didapati 182 spesis bakteria ditemui di atas kulit.61 Dengan menyedari hakikat ini, kepentingan mandi dilihat, dapat menghindarkan kulit terkena jangkitan kuman. Sebagaimana
60

61

Jamnul Azhar bin Haji Mulkan (1995), Al-Quran dan Sains, c. 2, T.tp: Percetakan Selaseh, h. 105-106. The Canadian Broadcasting Corporation, 2007, Human skin crawling with bacteria, http://www.cbc.ca/health/story/2007/02/06/skin-bacteria.html., 29hb. Januari 2008. Rujuk juga Heather Brannon, 2007, Normal skin is teeming with bacteria. http://dermatology.about.com/b/2007/02/11/normalskin-is-teeming-with-bacteria.html., 29hb. Januari 2008. Rob Stein, 2007, Close look at human arm finds host of microbes, http://www.washingtonpost. com/wp-dyn/content/article/2007/02/11/AR2007021100932.html., 29hb. Januari 2008.

93

Al-Bayan 8.indb 93

11/1/2010 12:48:02 PM

AL-BAYAN (BIL. 8)

yang diketahui, kulit adalah organ manusia yang paling besar dan mempunyai tujuh fungsi. Antaranya kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaran luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Lapisan epidermis atau lapisan terkematu merupakan lapisan perlindungan daripada kemasukan bakteria, ini merupakan perlindungan tahap pertama. Lapisan berkematu yang sentiasa gugur, menyebabkan bakteria sukar membiak dan bertapak tetap pada kulit.62 Malah menurut satu kajian yang telah dijalankan, kulit yang kering kurang sesuai untuk pembiakan mikroorganisma berbanding kulit yang lembap atau berpeluh. Ini kerana, ia menyediakan tempat yang sesuai untuk mikroorganisma hidup.63 Pengeluaran peluh, minyak, debu, habuk dan kekotoran yang terkumpul pada kulit akan meracuni lapisan kulit tadi, lantas memudaratkan keseluruhan badan. Justeru, mandi dan berulang-ulang melakukannya dapat membersihkan semua ini dan menghilangkan bau busuk akibat berpeluh. Kajian terkini pula membuktikan bahawa, mandi selepas melakukan persetubuhan akan dapat menyegarkan kembali fikiran, tubuh badan yang penat, mencergaskan jaringan saraf reseptor, saraf tunjang dan mengembalikan keseimbangan aliran darah badan.64 Lantaran itu, walaupun mandi bukan menjadi syarat atau kefarduan bagi umat Islam menunaikan ibadat solat, namun ia membuktikan bahawa Islam amat menekankan aspek kebersihan diri kerana ia melambangkan ketinggian dan keunggulan Islam dan peradaban manusia. 4. Kebersihan dengan tayammum Dalam melakukan ibadat solat, tawaf, mandi wajib, menyentuh alQuran dan membawanya, seorang muslim dikehendaki mengambil wuduk. Namun apabila ketiadaan air untuk berwuduk, Allah telah memudahkan umat Islam dengan bertayammum.
62

63

64

Ann Senisi Scott & Ellizabeth Fong (2004), Body Structures & Functions, ed. 10th, New York: Thomson Delmar Learning, h. 66. Digital learning centre for microbial ecology, http://commtechlab.msu.edu/ sites/dlc-me/zoo/zahmain.html#top. , 6hb. Februari 2008. Qasim Suwaydani(1999), Al-Tibb Minbar al-Islam, Dar al-Albab: Beirut, h. 223-225. Rujuk juga Nazar Ahmad al-Faruh et. al. (1992), al-Tibb alWiqaI fi al-Islam, Damshiq: Jamiah Dimashq, h. 15-16.

94

Al-Bayan 8.indb 94

11/1/2010 12:48:02 PM

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS

Tayammum pada bahasa ialah qasad atau tuju. Manakala dari segi istilah ialah menyapu debu ke muka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu yang suci dengan beberapa syarat.65 Manakala dari segi syarak66 ia adalah menggunakan tanah yang bersih dan suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan syarak sebagai pengganti wuduk atau mandi wajib (mandi janabah). Dengan tayammum seseorang hanya boleh mengerjakan satu ibadah yang fardu saja dan ditambah dengan ibadah yang sunat. Tayammum disyariatkan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Allah S.W.T berfirman, dalam surah al-Nisa(4) ayat 43 dan surah alMaidah (5) ayat 6 seperti di bawah ini:

... .
Maksudnya: Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah-debu, yang suci, iaitu sapulah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.


65

66

al-Nawawi, op.cit., j. 1, h. 205. Rujuk juga Mustafa al-Khin et. al., op.cit., j. 1, h. 92. Muhammad bin Ahmad al-Ramli (1938), Nihayah al-Muhtaj ila Sharh alMinhaj, j. 1, Mesir: Matbaah al-Babi al-Halabi, h. 263.

95

Al-Bayan 8.indb 95

11/1/2010 12:48:02 PM

AL-BAYAN (BIL. 8)

Maksudnya: ... Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau menyentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah-debu yang bersih, iaitu sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah-debu itu, Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan),... Melalui ayat pertama, Ibn Kathir menyebut bahawa fuqaha telah berpendapat bahawa tayammum kerana ketiadaan air hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu sudah berusaha mencari air terlebih dahulu.67 Sementara al-Qurtubi68 menerangkan perkataan saida adalah apa yang naik di atas permukaan bumi dan ia termasuklah tanah, pasir, pokok, batu, galian, paya dan tumbuhan sebagaimana yang dinukilkan dari Malik, Abu Hanifah al-Thawri dan al-Tabari. Manakala mazhab Hanafi berpendapat ia adalah jenis-jenis tanah khasnya debu, pasir, arsenik dan batu kapur. Bagi Imam al-Shafii, beliau berpendapat ia adalah debu sahaja.69 Sementara Dr. Wahbah al-Zuhayli menyatakan bahawa frasa fatayammamu menunjukkan pensyariatan bertayammum dan ia adalah keistimewaan umat Islam.70 Dalam surah al-Maidah ayat enam pula, ia menerangkan Allah tidak mahu membebankan manusia dengan mensyariatkan tayammum. Bahkan Dia meringankan, memudahkan, bermanfaat dan memberi kebaikan pada manusia.71 Di antara hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang membicarakan aspek tayammum ialah:
67 68

69

70 71

Ibn Kathir, op.cit., j. 2, h. 353. al-Qurtubi, op.cit., j. 5, h. 206. Rujuk juga Ibn Kathir, op.cit., j. 2, h. 354; al-Zuhayli, op.cit., j. 5, h. 92. al-Shafii, Al-Umm, j. 1, h. 114; Abu Jafar Muhammad bin al-Hasan bin Ali al-Tusi (1980), Al-Nihayah fi Mujarrad al-Fiqh wa al-Fatawa, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, h. 49. al-Zuhayli, op.cit., j. 5, h. 89. al-Zuhayli, op.cit., j. 5, h. 111.

96

Al-Bayan 8.indb 96

11/1/2010 12:48:02 PM

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS

72 .
Maksudnya: Tanah debu yang bersih adalah air wuduk seorang muslim jika tidak mendapatkan air sekalipun selama sepuluh tahun.73

.
Maksudnya: Rasulullah s.a.w. nampak seorang lelaki duduk berasingan tidak solat bersama sekumpulan manusia. Maka Nabi bertanya: Wahai fulan apakah yang menghalangnya kamu daripada melakukan solat?, lantas lelaki tersebut berkata: Aku janabah dan tidak ada air untuk mandi. Justeru Nabi berkata: Tayammumlah dengan debu sesungguhnya ia mencukupi bagimu.74 Sebab-sebab dibolehkan bertayammum ialah pertama, ketiadaan air sama ada secara hissi (zat air itu sendiri) atau secara syarie iaitu air ada tetapi hanya cukup untuk diminum dan seumpamanya. Kedua, air terlalu jauh jaraknya lebih daripada separuh farsakh menyamai 2 1/2km, maka tidak wajib berusaha mendapatkan air itu kerana ia membebankan. Ketiga, tidak boleh menggunakan air secara hissi seperti air itu dikawal oleh musuh yang ditakuti atau secara shari
72

73 74

Nama penuh beliau adalah Jundub bin Janadah al-Ghifari Seorang sahabat yang mempunyai martabat tinggi dalam periwayatan iaitu adil lagi thiqah. Berketurunan al- Ghifari dan panggilannya adalah Abu Dhar. Meriwayatkan hadith dari Nabi s.a.w dan antara anak murid beliau adalah Abu al-Awhas, Bilal bin Yahya, Abu Zurah, Anas bin Malik dan banyak lagi. Menetap di Madinah dan wafat pada tahun 32H di al-Rabdhah. Rujuk Ibn Hajar alAsqalani, op.cit., j. 6, h. 350; al-Zirikli, op.cit., j. 2, h. 140. Sunan Nasai, kitab al-Taharah, no. hadith 323. Sunan Nasai, kitab al-Taharah, no. hadith 322.

97

Al-Bayan 8.indb 97

11/1/2010 12:48:02 PM

AL-BAYAN (BIL. 8)

seperti rasa bimbang dan takut terkena penyakit, atau bertambah lagi sakitnya atau lambat sembuh jika menggunakan air. Keempat, cuaca terlalu sejuk dan seseorang itu tidak mampu memanaskan air.75 Sementara rukun ada tiga iaitu niat, menyapu muka, menyapu tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk.76 Dari segi kesihatan, dengan bertayammum, manusia tidak akan ditimpa penyakit kerana bakteria yang terdedah kepada keadaan yang terlalu kontang dengan sapuan debu tayammum akan mati setelah air badannya keluar akibat tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan manusia. Atau dengan kata lain, bakteria mati akibat kekontangan fisiologi badan.77 Selain itu, sains perubatan telah membuktikan bahawa debu yang suci dan tidak tercemar adalah selamat dari kuman yang kebanyakannya tidak boleh hidup di dalamnya. Ini disebabkan debu tersebut dijaga oleh hidupan seni yang merupakan musuh bagi kuman yang merbahaya. Sebagai contoh, badan mayat yang mengandungi berjuta-juta dan berbilion-bilion kuman apabila dikebumikan di dalam tanah, hidupan seni yang ada pada debu itu akan segera memulakan proses asimilasinya dan akan memusnahkan kuman yang ada pada mayat tersebut.78 Oleh itu, amatlah penting bagi seseorang untuk memastikan debu yang digunakan untuk tayammum tidak diambil dari kawasan yang tercemar dengan kekotoran dan menjadi laluan jalan kerana pada kebiasaannya debu tersebut kekal berada dalam keadaan bersih dan suci.

Kesimpulan
Al-Quran dan al-Sunnah menjadi panduan utama umat Islam dalam mengurus kehidupan seharian. Ajaran yang dibawa di dalamnya merupakan keperluan untuk keseimbangan antara fizikal, mental dan emosi. Aspek penjagaan kebersihan diri secara luar dan dalam, adalah
75 76

77 78

Mustafa al-Khin et. al., op.cit., j. 1, h. 93. al-Shirazi, al-Muhadhdhab fi Fiqh Madhab al-Imam al-Shafi, j. 1, h. 32. Rujuk juga Mustafa al-Khin et. al., op.cit., j. 1, h. 94. Jamnul Azhar bin Haji Mulkan, Al-Quran dan Sains, h. 109. How can Tayammum be performed in soil contaminated by germs? http:// www.al-islam.org/falsafa/33.htm , 2hb. Mac 2010.

98

Al-Bayan 8.indb 98

11/1/2010 12:48:02 PM

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI MENURUT DIMENSI ISLAM DAN SAINS

antara ajaran yang diberi penekanan supaya badan dan minda bebas dari penyakit. Kebersihan di sisi Islam bukanlah sekadar slogan semata-mata. Tetapi kebersihan adalah amalan yang mesti dipraktikkan oleh manusia sepanjang masa. Malah, kebersihan dalam Islam memberi impak keimanan kepada Allah S.W.T. Dalam rangka inilah, Islam menghubungkan kebersihan dengan amalan ibadah seperti istinjak, wuduk, tayammum dan mandi. Hasilnya, kebersihan menerusi empat aspek ini terbukti menjadikan seseorang bersih, suci dan terhindar dari serangan pelbagai penyakit yang merbahaya. Justeru dengan memaparkan kajian-kajian sains terhadap aspek berikut, mengukuhkan lagi akan kepentingannya dalam kesihatan fizikal manusia.

99

Al-Bayan 8.indb 99

11/1/2010 12:48:02 PM

S-ar putea să vă placă și