Sunteți pe pagina 1din 8

Pendahuluan - TAR : Looking Back (umum) Tarikh 16 September 1963 sememangnya memberi perubahan kepada negara khususnya dalam

penyatuan 14 buah negeri sebagai Malaysia yang terdiri daripada 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak di samping jumlah penduduknya yang menjangkau 10 juta orang. Usul pembentukan Persekutuan Malaysia telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dalam satu ucapan penting pada 27 Mei 1961 di Singapura. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa Gagasan Malaysia ini akan mangeratkan lagi kerjasama politik dan ekonomi di antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam ucapan tersebut, beliau telah mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu,Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunai digabungkan dalam satu kesatuan atau satu negara yang disebut sebagai Malaysia. Kata Tunku dalam ucapannya, Persekutuan Tanah Melayu tidak mampu wujud secara bersendirian tanpa kerjasama politik dan ekonomi dengan Singapura, Sabah dan Sarawak. Tambahnya lagi, Lambat laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah terlalu awal untuk saya menyebut untuk cara persefahaman itu dapatdicapai, namun kita perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan supaya wilayahwilayah inidapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat. Berdasarkan ucapan tersebut, menunjukkan ajakan itu bersifat halus dan tidak bersifat memaksa. Kesan dari ucapan beliau di Singapura itu telah mewujudkan reaksi positif dan negatif di Asia Tenggara termasuk di wilayah-wilayah yang terlibat. Ancaman komunis di Sarawak pula semakin serius kerana terdapat kegiatan pengganas parti komunis Kalimantan Utara. Oleh itu melalui gabungan politik dan ekonomi antara rakyat Sabah dan Sarawak akan dapat mencapai kemerdekaan melalui Malaysia dan seterusnya masa depan mereka akan lebih terjamin. Internet : TAR

1.0 Tentangan dari Negara Walaupun telah diisytiharkan penubuhan Malaysia, namun terdapat juga reaksireaksinegatif daripada beberapa pihak. Antaranya, tentangan-tentangan dari dalam negara sendiri, Kerajaan Brunei, Kerajaan Filipina, dan Kerajaan Indonesia. Kita akan teliti dengan lebih lanjut reaksi-reaksi tersebut. 1.1 Negara Borneo Pada awalnya, wilayah Borneo tidak berhasrat untuk menyertai persekutuan kerana bimbang dengan masa depan yang belum dijamin. Bagi menyelesaikan masalah ini, Tunku telah bersetuju memberi beberapa konsesi kepada mereka, antaranya: Negara tersebut akan diberi kuasa atas imegresen termasuk mengenai warganegara Malaysia dari negeri-negeri lain. Bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris akan tetap digunakan sebagai bahasa pengantar dan sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan negeri sehinggalah Dewan Undangan Negeri memutuskan sebaliknya. Agama Islam akan menjadi agama rasmi namun agama lain masih boleh dikembangkan . Rakyat dari negeri tersebut boleh menikmati hak-hak istimewa seperti mana yang dinikmati oleh orang Tanah Melayu. Peraturan-peraturan kewangan akan ditubuhkan bagi menjamin dana persekutuan untuk pembangunan ekonomi. Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi negeri itu akan ditubuhkan supaya pegawai-pegawai dagang boleh dikekalkan sehingga terdapat pegawai tempatan yang cukup terlatih untuk menggantikan pegawai dagang itu. 1.1.1 Sarawak (Mula-mula tentang, kemudian nampak SC) Cadangan penubuhan Malaysia telah mendapat reaksi yang berbagai-bagai dari banyak pihak. Pada peringakt awal, banyak pihak menentang kerana mereka melihat tiada faedah ekonomi serta-merta yang dapat diperoleh daripada percantuman ini. Di Sarawak, parti-parti politik wujud sebelum Gagasan Malaysia diumumkan. Parti yang menentang ialah Parti Negara Sarawak (PANAS) pada awalnya. Parti Rakyat Bersatu Sabah (SUPP) terbuka kepada pelbagai kaum, namun majoriti ahlinya terdiri daripada kaum cina. 2

SUPP diketuai oleh Ong Kee Hui. SUPP menjadi parti yang menentang Gagasan Malaysia. Bagi parti ini, mereka beranggapan bahawa Malaysia hanya sebgai pemindahan kuasa British kepada negeri lain. Selain itu, mereka juga enggan menerima beberapa terma Gagasan Malaysia seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Parti SNAP dianggotai oleh orang Iban dan diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan turut menentang pembentukan Malaysia. Kebanyakkan pihak lebih cenderung untuk memperolehi kemerdekaan sendiri terlebih dahulu sebelum membentuk penggabungan dengan Malaysia. Kesemua parti politik di Sarawak ini akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia walaupun pada peringkat awalnya mereka menentang kerana mereka menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu. Hanya SUPP yang terus menentang. Pada bulan Oktober 1962, lima buah parti, iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan PESAKA telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak. Gabungan parti ini telah berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia dan berusaha menyekat pengaruh SUPP. Akhirnya parti-parti ini bersetuju dengan menyertai penggabungan dengan syarat diberi pemerintahan sendiri. Penggabungan ini berjaya pada tahun 1963 oleh Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Sabah dan Sarawak. 1.1.2 Sabah (Mula-mula tentang, kemudian nampak SC)

Sementara itu, di Sabah, telah wujud beberapa parti yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan kaum masing-masing. Antara parti yang terdapat di Sabah adalah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) manakala parti yang menentang ialah Pasok Momogun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik. UNKO dan Pasok Momogun telah menentang Malaysia pada peringkat awal ia diisytiharkan. Namun mreka akhirnya menerima Malaysia ekoran kebimbangan terhadap perluasan kuasa Indonesia seperti yang berlaku di Irian Barat. 3

Selain itu, Parti Bersatu dan Parti Demokratik bersetuju dengan penggabungan tersebut tetapi mereka mahu Sabah mempunyai kerajaan mereka sendiri . 1.1.3 Brunei (menarik diri, \kenapa tarik diri, sbb institusi pemerintahan; 1. Pemerinthan, 2. Kekayaan, x nk share) Reaksi penentangan juga datang dari Brunei yang pada peringkat awalnya menyokong malah menunjukkan minatnya untuk bersama-sama Sabah dan Sarawak, serta Singapura untuk menyertai Malaysia. Persetujuan ini lahir dari pertimbangan Sultan Brunei, Sultan Ali Sarifuddin yang memikirkan bahawa negara Brunei adalah sebuah negara yang kecil dan memerlukan perlindungan. Selain itu, beliau juga beranggapan bahawa Malaysia dalah jambatan bagi merapatkan perhubungan agama, adat resam, dan kebudayaan Antara negeri di samping sebagai langkah untuk meningkatkan kekuatan pertahanan negeri-negeri berkenaan. Namun begitu, usaha murni untuk menuju kepada penubuhan sebuah negara baru Malaysia terhalang apabila berlaku pemberontakan yang dilakukan oleh A.M. Azahari. pada 8 Disember 1962. Beliau secara keseluruhannya menentang Gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Bagi beliau, cadangan Tunku itu memerlukan kajian teliti dan mendalam yang boleh mendatangkan manfaat kepada wilayah-wilayah Borneo. Faktor utama yang menyebabkan beliau dan parti di bawah pimpinananya mengambil tindakan sedemikian didorong oleh keinginan menyatukan semula Sarawak dan Sabah di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Selain itu, beliau berhasrat membentuk wilayah yang lebih luas bersama Indonesia dan Filipina sebagai Melayu Raya. Justeru, Gagasan Malaysia dilihat sebagai penghalang bagi beliau merealisasikan matlamat tersebut. Di samping itu, A.M. Azahari juga menentang Gagasan Malaysia kerana beliau menganggap penubuhan gagasan tersebut tidak mampu menghalang perluasan pengaruh komunis di rantau ini. dalam usaha menentang Gagasan Malaysia, beliau telah menjalinkan hubungan dengan partiparti yang turut menentang Gagasab Malaysia di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Justeru, Kesultanan 4

Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan tersebut. Tentangan rakyat Brunei yang diwakili oleh Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari menyebabkan Sultan menolak pelawaan untuk menyertai Malaysia. Tentangan kuat yang diberikan oleh Parti Rakyat Brunei ini juga mendapat sokongan dari Partai Komunis Indonesia. Parti Rakyat Brunei telah melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan Brunei dan mencadangkan penubuhan Kerajaan Borneo Utara bagi menggantikan penubuhan Malaysia. Pada pandangan pemerintah Brunei, sekiranya menyertai Malaysia dibimbangi pemberontakan akan lebih merebak. Walau bagaimanapun, pemberontakan akhirnya berjaya ditumpaskan oleh kerajaan Brunei dengan bantuan Britain. Faktor lain ialah keengganan Sultan Brunei untuk membayar cukai ke atas pendapatannya hasil dari petroleum seperti yang dicadangkan oleh kerajaan Persekutuan, iaitu Brunei hanya berhak sepenuhnya ke atas pendapatan petroleum untuk jangka masa sepuluh tahun. Sebaliknya, kerajaan Brunei menuntut untuk menguasai sepenuhnya hasil petroleum tersebut. Selanjutnya, Sultan Brunei menolak kedudukannya dalam senarai raja-raja yang akan menjadi Yang Di Pertuan Agong. Baginda mahukan kedudukan yang lebih tinggi dan tempoh pemerintahan yang lebih lama, iaitu sejak pemerintahannya di Brunei dan bukannya sejak Brunei menyertai Malaysia.

1.2 Filipina (pecahan : 1. tuntutan filipina; 2. Hubngan dgn MAS; 3. Tgk pd... - Yakin Sabah milik Pilipina. Beri sbb &pandangan mereka yg kata Sabah milik Pilipina)

Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada Filipina berdasarkan sejarah Kesultanan Sulu. Menurut Filipina, asal pemindahan wilayah Borneo Utara dari Kesultanan Sulu 1978(sekarang sebahagian daripada Filipina) adalah dalam bentuk pajak dan bukan jualan.1 Ini nyata dibuktikan dengan adanya pembayaran tahunan secara tetap oleh Compony kepada Sultan Sulu. Kini sudah sampai masanya, mereka mahu mengambil kembali Sabah. Namun, tuntutan ini ditolak oleh British. 5

Menurut British, dokumen-dokumen dahulu menyatakan Sultan Sulu menyerahkan Sabah buat selama-lamanya kepada British.21 Oleh itu, Filipina tidak mempunyai hak terhadap Sabah. Walaubagaimanapun, Filipina tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan terus mengancam Sabah. Jadi dapat disimpulkan di sini bahawa penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia sedikit sebanyak dapat melindungi negeri daripada ancaman Filipina.

1.3 Indonesia ( lihat laman web indoonesia - ahmad bostamam : pembentukan MAS) Selepas Tunku Abdul Rahman mengumumkan hasrat beliau bersama British ingin menubuhkan Persekutuan Malaysia, pelbagai reaksi telah diterima daripada negara jiran. Pada peringkat awal Indonesia pernah menyatakan bahawa mereka tiada apa-apa halangan terhadap penubuhan Malaysia kerana tidak melibatkan negara mereka. Menteri luar Indonesia pernah membuat kenyataan terbuka itu di dalam akhbar New York Times bertarikh 13 November 1961. Penentangan terhadap Gagasan Malaysia juga dikaitkan dengan pendirian Sukarno dan hasratnya yang tersendiri. Beliau sebenarnya mempunyai hasrat yang hamper sama dengan hasrat Tunku Abdul Rahman ynag ingin menggabungkan wilayah sekitarnya menjadi sebuah negara yang bersatu. Indonesia pada awalnya ingin mengemukakan cadangan untuk menyatukan Indonesia dan wilayah sekitarnya yang meliputi Tanah Melayu, Borneo, dan Filipina bagi membentuk satu kesatuan iaitu Indonesia Raya berdasarkan warisan kerajaan Majapahit. Namun, cadangan itu terpaksa ditangguh berikutan isu Irian Barat belum dapat diselesaikan. Hasrat Sukarno untuk membentuk Indonesia Raya ternyata terlambat setelah mendapati Tunku Abdul Rahman terlebih dahulu menyuarakan hasratnya untuk menubuhkan Malaysia. Keadaan ini dilihat sebagai menutup impian Sukarno itu. Ekoran daripada itu, Sukarno dan Indonesia telah melaksanakan dasar hubungan dingin terhadap penubuhan Gagasan Malaysia.

Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya (1982). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd.

Hal;319.

2 Azmah Abdul Manaf (2003). Kemunculan Malaysia Moden. Kuala Lumpur: Utusan Publication &Distributors Sdn. Bhd. Hal;116.

Konfrantasi yang dilancarakan oleh Presiden Sukarno juga telah berterusan selama tiga tahun hingga mengakibatkan berlaku pertumpahan darah dan memaksa kepada campur tangan tentera. Penubuhan Malaysia menerima tentangan keras dari Indonesia dibawah Presiden slogan Ganyang Malaysia. Misalnya dapat dilihat dalam pertempuran di antara Tentera Darat dengan angkatan rejim Sukarno di satu Pos Sementara tentera di Kalabakan, Tawau, Sabah. Serangan yang berlaku pada waktu maghrib ini telah mengorbankan seramai tujuh orang dan mencederakan 16 orang yang lain. Begitu juga dengan serangan yang berlangsung di Pontian, Labis, Kota Tinggi dan Batu Pahat di Johor. Tentangan ke atas penubuhan Malaysia mengakibatkan pertempuran yang hebat antara tentera kedua-dua negara.

Perselisihan pendapat dan pertikaian ini telah berlarutan dan semakin meruncing hingga memecahbelahkan keamanan yang ada di Asia Tenggara. Konfrantasi yang dilancarakan oleh Presiden Sukarno juga telah berterusan selama tiga tahun hingga mengakibatkan berlaku pertumpahan darah dan memaksa kepada campur tangan tentera.

3.0 Kesimpulan Malaysia yang secara rasminya muncul pada tahun 1963 adalah terlalu muda dan baharu, namun Malaysia mempunyai salasilah dan akar umbi yang panjang. Selepas Perang Dunia Kedua, British mengambil kesempatan atas rombakan tersebut melalui Malayan Union pada tahun 1946. Tetapi apabila rancangan ini ditentang kuat oleh orang Melayu dan dikritik hebat oleh pegawai-pegawai British di Tanah Melayu, Britain sekali lagi mengalih arah dengan membentuk Persekutuan di bawah naungannya, dan kali ini melibatkan semua negeri Melayu di Semenanjung, tetapi terus mengeluarkan Singapura, pada tahun 1948. Persekutuan ini menjadi bertambah kukuh pada tahun 1957 tetapi tidak terhenti setakat itu. Dengan dorongan dan peranan aktif Britain, pada tahun 1963 terbentuk pula persekutuan yang lebih besar. Persekutuan Malaysia,yang melibatkan Singapura dan wilayah-wilayah jajahan Britain di Utara Borneo iaitu Sarawak dan Borneo Utara. Brunei yang turut menyertai rundingan awal, menarik diri pada saat akhir, manakala Singapura yang berperanan besar dalam penubuhannya terpaksa keluar dua tahun kemudian kerana sengketa yang tidak habis-habis dengan kerajaan pusat di Kuala Lumpur dan perbezaan asas dari segi politik dan sosio budaya dengan semenanjung.

Erti kemerdekaan dan kedaulatan bagi orang Melayu sesungguhnya telah banyak berubah. Kira-kira setengah kurun sahaja gagasan kemajmukan rupa bangsa telah menghakis unsur-unsur kemelayuan yang kian ditinggalkan. Perubahan yang sedang berlaku ini mungkin adalah permulaan kepada suatu proses rombakan besar yang bakal mengubah watak kebangsaan dan politik Malaysia. Perkembangan ini kelihatan menjadi bertambah cepat setelah negara bebas daripada penjajahan fizikal oleh kuasa Barat. Kesimpulannya, perubahan besar yang berlaku terhadap pembentukan Malaysia adalah bermodalkan kuasa Barat, sehingga Barat tidak putus-putus berusaha untuk mendapatkan kepentingan di pihaknya.

S-ar putea să vă placă și