Sunteți pe pagina 1din 2

1.

PENDAHULUAN Literasi bahasa atau dalam bahasa Melayu pernah juga disebut sebagai kenal atau celik huruf suatu masa dahulu bermaksud kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa. Konsep literasi bahasa akan menjadi lebih meluas daripada istilah kenal huruf yang kita ketahui selama ini apabila perbincangan menyentuh tentang aspek pemahaman bacaan dan penulisan serta penyerapan pemulihan dalam mata pelajaran yang bervariasi. Penyerapan merupakan strategi penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata pelajaran lain. Aktiviti penyerapan boleh dijalankan dalam mana-mana kemahiran atau aktiviti bahasa. Penyerapan yang dilakukan melalui kretaiviti guru mampu memberi impak kepada murid-murid kerana konsep penyerapan ioni memberi ruang pendedahan serta menyuburkan pengetahuan dan ilmu mereka. Oleh itu, bagi mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam literasi bahasa penyerapan pemulihan, pelajar PISMP semester 2 dikehendaki menghuraikan dan menyediakan informasi yang bervariasi berkaitan penyerapan pemulihan dalam tiga mata pelajaran teras iaitu, pendidikan seni, pendidikan jasmani dan kesihatan serta pendidikan muzik. Selepas mengkaji dan mendalami ilmu literasi bahasa penyerapan pemulihan, pelajar dikehendaki mengaplikasikannya dalam penyediaan

rancangan pengajaran harian(RPH) dan menghasilkan bahan bantu belajar yang berbentuk 3 dimensi. Tugasan ini akan disempurnakan secara berkumpulan yang terdiri daripada lima orang ahli.

2.0

PENUTUP Penyerapan pemulihan dibentuk dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M. Penyerapan pemulihan dalam suatu mata pelajaran lebih bersifat khusus dan terbatas kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.

Rasionalnya, penyerapan pemulihan adalah sangat penting bagi mengekang masalah pembelajaran daripada terus meningkat dalam golongan murid yang berpotensi mendapat pendidikan yang sempurna. Selain itu, pendidikan pemulihan juga membolehkan murid-murid mendapat kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan

perkembangan mental mereka di samping membantu murid menguasai pelbagai kemahiran dalam suatu masa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, penyerapan pemulihan dalam tiga mata pelajaran teras iaitu pendidikan muzik, pendidikan jasmani dan kesihatan dan pendidikan seni adalah amat bersesuaian kerana dapat membantu murid menguasai asas 3M. Murid juga turut diberi peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam mata pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktivitiaktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Oleh itu, dalam penghasilan rancangan pengajaran harian bagi penyerapan pemulihan dalam satu mata pelajaran, guru haruslah meneliti dan menilai terlebih dahulu tahap keupayaan pelajar menguasai sesuatu kemahiran. Disamping itu, guru haruslah menggunakan bahan bantu belajar yang bervariasi dan sesuai bagi memastikan keberkesanan pembelajaran. Kesimpulannya, penyerapan pemulihan dalam sesuatu mata pelajaran harus dimantapkan dan dikaji dengan lebih mendalam bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam pelbagai penguasaan dan kemahiran. Hal ini, bagi mencapai objektif negara dalam melahirkan rakyat minda kelas pertama.

S-ar putea să vă placă și