Sunteți pe pagina 1din 9

SIPNOSIS ARTIKEL

1. Clinical psychiatry and psychotherapy

Artikel ini telah mendedahkan tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Ibn. Zakariya
Razi, Ali Ibn Abbas Al-Majusi, Ibn Sina, Al-Khindi, Al-Farabi, Al-Balkhi, Ali ibnu Sahl
Rabban al-Tabari, Ibnu Zuhr atau dikenali sebagai Avenzoar, Al-Haitham mengenai
sumbangan mereka terhadap ilmu psikologi dan kejiwaan. Mereka juga berhasil
menemukan sejumlah penyakit, cara pengubatan sehinggalah penyembuhannya. Selain
itu, hasil karya barat dan moden juga serba sedikit memberi sumbangan mereka hasil
perintisan Ilmuan Islam.

2. Baseline on Clinical Psychology of Islam

Artikel ini juga telah mendedahkan tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Ibn.
Zakariya Razi, Ali Ibn Abbas Al-Majusi, Ibn Sina, Al-Khindi, Al-Farabi, Al-Balkhi, Ali
ibnu Sahl Rabban al-Tabari, Ibnu Zuhr atau dikenali sebagai Avenzoar, Al-Haitham
mengenai sumbangan mereka terhadap ilmu psikologi dan kejiwaan. Mereka juga
berhasil menemukan sejumlah penyakit, cara pengubatan sehinggalah penyembuhannya.
Selain itu, hasil karya barat dan moden juga serba sedikit memberi sumbangan mereka
hasil perintisan Ilmuan Islam.

3. Sensitising Mental Health Professionals to Islam

Based on recent local and global events, and identified local clinical needs of our
in- patient Muslim population, this project was conducted on five psychiatric admission
wards, at the Huntley Centre, a hospital site in Camden & Islington Mental Health &
Social Care Trust. The project aimed to enhance the knowledge base about mental health
aspects of Islam among clinicians and administrative staff through an educational
intervention, translates this into guidelines for culturally sensitive care for the Islamic
population, and revise the general policy on inpatient care across all ethnic groups.
Following a literature search and preliminary clinical ethnographic fieldwork, a semi-
structured questionnaire was developed to specifically assess staff knowledge on Islam as
applied to clinical psychiatric care, before and after a day long targeted intervention
workshop. The project resulted in an improvement of staff knowledge on Islam, enhanced
care for this group of patients, and the formulation of good practice policy on cultural
dimensions of care for Muslim in-patients. The momentum generated by this project led
to an established post of a lead cross-cultural nurse, and facilitated the development of a
cross-cultural programme on one of the acute clinical units.

1
4. Islam and Psychosomatic Medicine

The Article is about the present work attempts to analyze how best Islamic practices have
contributed to solving the psychological problems and have helped towards a healthier
living in achieving positive health.

5. Pembentukan Akhlak Menurut Islam

Artikel ini banyak menyatakan tentang kepentingan akhlak dalam kehidupan


terhadap Allahu Rabb, diri sendiri, ibu bapa, keluarga, saudara mara dan sahabat handai.
Sifat-sifat Mahmudah dan Mazmumah juga disenaraikan sebagai panduan untuk muslim
membezakan akhlak terpuji dan akhlak yang buruk. Ini adalah disebabkan Akhlak
mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun ummat manusia. Oleh itu,
masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat
yang baik dan mulia walaupun mempunyai kemajuan yang dalam bidang ekonomi,
teknologi dan sebagainya.

6. Pendidikan Islam Asas Pembentukan Akhlak Mulia Remaja

Artikel ini menyatakan tentang tanggungjawab pendidikan adalah amanah bagi


semua pihak, dan ianya menuntut agar setiap lapisan masyarakat memahami konsep
pendidikan sebenar supaya matlamat pendidikan yang ingin dicapai tidak tersasar.
Keberhasilan sesuatu usaha pendidikan di mana-mana peringkat adalah ditinjau daripada
sejauh mana perubahan positif yang mampu dicapai dalam selang masa tertentu terhadap
seseorang, terutamanya terhadap golongan remaja masa kini.
Siapa pun tidak dapat menafikan bahawa kalangan remaja khususnya pelajar
adalah merupakan aset dan potensi yang sangat perlu dipelihara kerana untung nasib
masa depan sesebuah masyarakat dan negara adalah terletak sepenuhnya di atas bahu
mereka. Mereka adalah pewaris yang sah tamadun masa kini untuk dilanjut dan
dipertingkatkan mutunya pada masa akan datang.

7. Islam Turut Promosi Kesihatan Mental

Secara umumnya, artikel ini mendedahkan beberapa usaha dan cara memelihara
atau meningkatkan kesejahteraan mental pada setiap masa, Islam telah menyediakan
pelbagai pendekatan, cara atau teknik tertentu bagi tujuan itu. Ia bermula dari tasawwur
atau bagaimana Islam menggambarkan konsep kehidupan. Ini diikuti pula dengan
penerapan nilai-nilai murni yang ditunjangi keimanan dan ketakwaan, selain dikukuhkan
lagi dengan beberapa amalan ritualistik yang dilihat sebagai teknik tertentu ke arah
peningkatan kesihatan mental.

2
8. Developing Students with Minds for the Future

This article brought up this anecdote is in order to share with our readers on the
importance of developing the student minds at an early age. The children's ability to
reason out and using their logical tools should be nurtured and polished, though at times
they might end up in wrong conclusions. It is the responsibilities of the parents and
teachers to guide the children on the correct usage of logics and reason in order to arrive
at right conclusion. Some argue whether the teachers themselves have the ability to guide
the students properly. Obviously if they are not, then proper trainings and short courses
should be conducted. It has been more than fifty years we have been conditioning to rote-
base approach, and it is high time now we move forward to developing students' minds
approach.

9. Satu Kajian Skema Taakulan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar Melayu

Artikel ini merupakan sebuah kajian. Matlamat utama kajian ini ialah untuk
mengumpul maklumat yang dapat digunakan untuk memahami pembinaan skema akhlak
orang melayu. Faktor-faktor yang menyumbang kepada pembentukan skema akhlak;
umur, orientasi agama dan sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial orang
melayu menjadi tumpuan kajian.
Kajian juga memberi perhatian kepada paradigma keakhlakan islam yang menekankan
aspek kerohanian. Tiga jenis alat ukur dibina berasaskan paradigma ini, pertama; Ujian
Pengecaman Skema Taakulan Akhlak digunakan untuk mengecam kualiti taakulan
akhlak yang diperincikan kepada skala satu hingga empat iaitu skema istiqamah, skema
berpengetahuan taqlid, skema bertaqlid dan skema taqlid dekaden. Kedua ujian orientasi
agama untuk mengakses orientasi agama pilihan pelajar-pelajar, dan ketiga, ujian sikap
dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial orang melayu untuk melihat
kecenderungan sikap dan pegangan terhadap kelaziman sosial yang dimiliki oleh pelajar
melayu.

10. Kaedah Menangani Kanak-kanak Bermasalah Tingkahlaku

Masalah tingkahlaku di kalangan kanak-kanak perlu diambil perhatian yang serius oleh
semua pihak. Kebanyakan daripada perangai atau kelakuan adalah dipelajari. Oleh itu, ibu bapa
memainkan peranan yang sangat penting untuk mendidik anak-anak supaya dapat bertingkahlaku
dengan baik seterusnya, mengurangkan masalah tingkahlaku di kalangan mereka. Tingkahlaku
bermasalah dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah suatu keadaan yang biasa terjadi
dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bermasalah, khususnya mereka yang mengalami
masalah pembelajaran yang kritikal. Antara masalah tingkahlaku yang sering dialami oleh kanak-
kanak adalah seperti bertingkahlaku ganas, menentang dan tidak menurut arahan, bersikap terlalu
bergantung dan suka mengelak serta bertingkahlaku pasif. Secara keseluruhan artikel ini
membincangkan tentang jenis-jenis dan klasifikasi tingkahlaku serta kaedah untuk menangani
masalah kanak-kanak bermasalah tingkahlaku sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang
berbudaya, berobjektif serta mempunyai jati diri yang tinggi yang seharusnya perlu bermula pada
peringkat usia kanak-kanak bak kata pepatah “Mendidik anak-anak bermula dari rebungnya”. Di
harapkan artikel ini juga dapat menjadi rujukan dan panduan semua pihak untuk membantu
mengatasi kanak-kanak bermasalah tingkahlaku dalam kehidupan.

3
11. Semakin Ramai Hadapi Kecelaruan Mental

Merupakan sebuah berita dari bernama menyatakan tentang tinjauan bahagian


bebanan penyakit, institut kesihatan umum, kementerian kesihatan pada tahun 2000
mendapati 21 peratus daripada penduduk negara pada ketika itu mengalami masalah
kecelaruan mental. Selain itu, berdasarkan kes yang dilaporkan di hospital kerajaan sejak
enam tahun kebelakangan ini, sebanyak 108,324 orang menghadapi masalah kecelaruan
mental dan depresi dengan 58,265 orang berumur antara 30 dan 59 tahun.

12. Apa Itu Stress?

Artikel ini membincangkan bagaimana kita mengamati kehidupan adalah


ditentukan oleh cara kita menerima diri sendiri. Oleh itu sesuatu realiti itu bukan
dijadikan untuk kita, tetapi dibentuk oleh kita sendiri. Bergantung kepada diri seseorang,
ada orang yang bangkit dengan cabaran dalam kesukaran kehidupan, ada orang yang
menggelak, ada yang terus hidup bergelumang dengan kesukaran dan ada yang terus
hilang daya dengan manifestasi gangguan saraf, sistem kardiovaskular ataupun
kecelaruan psikiatri. Oleh itu, reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita
definasikan sebagai stress, bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya
kita mengawal stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya
dan orang lain. Seperti juga penerimaan seseorang itu kepada kebahagian dalam
kehidupan.

13. Agama Boleh Bendung Cubaan Bunuh Diri

Menurut artikel Bernama ini, pakar psikiatri berpendapat bahawa pegangan


agama dan keimanan individu boleh melindungi seseorang itu daripada terdorong untuk
membunuh diri kerana agama menekankan tingkah laku yang soleh dengan kepercayaan
bahawa Tuhan akan sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan. Ini sudah tentunya
menjadi penawar kepada sebarang perasaan kecewa atau putus asa.
Artikel ini juga turut membincangkan peranan diri sendiri, orang persekitaran,
rawatan pencegahan membunuh diri serta kepentingan minda dalam mengawal emosi
dari membunuh diri.

14. Derita dan Pengorbanan Menjaga Pesakit Alzheimer

Berita mengisahkan seorang anak yang menjaga pesakit Alzheimer. Alzheimer


ialah penyakit yang menyebabkan kehilangan sel saraf otak secara perlahan, yang
membawa kepada kemerosotan pada fungsi mental dan akhirnya berlakulah 'dementia'
iaitu hilang ingatan. Alzheimer dianggap antara penyakit saraf yang paling mendatangkan
stres, dari segi mental atau fizikal, kepada mereka yang menjaga pesakit yang juga
merupakan anggota keluarga. Bagaimana seseorang penjaga didatangi tekanan stres yang
hebat telah dibuktikan oleh banyak kajian yang menunjukkan sistem imun badan mereka
terganggu serta menyebabkan peningkatan masalah kesihatan emosi dan fizikal. Kajian
lain menunjukkan 47 peratus daripada penjaga keluarga yang sakit Alzheimer mengalami

4
kemurungan.

Bila penyakit Alzheimer semakin meningkat dalam pesakit, beban penjaga juga turut
bertambah dan mereka mengalami perasaan kecewa, resah, marah dan berasa terkapai-
kapai. Biasanya keadaan ini akan meruncing dalam diri penjaga itu.

15. Buah Kurma – Makanan Untuk Gaya Hidup Sihat

Artikel ini menerangkan tentang kajian saintifik, buah tamar atau kurma
mengandungi banyak khasiat kesihatan. Sains moden juga mengiktiraf buah kurma
sebagai makanan tambahan bagi gaya hidup sihat kerana ia mengandungi elemen asas
untuk kecerdasan mental dan stamina. Ia mengandungi pelbagai zat yang bermutu
berbanding dengan buah-buahan lain. Di antara kandungannya ialah zat gula, lemak,
protein, minyak, kalsium, zat besi, potassium, fosferus, manganese, copper, magnesium
and vitamin. Bangsa Arab memakan kurma sebagai makanan seimbang yang sihat.
Mereka lazimnya memakan kurma bersama segelas susu dan yogurt, roti, mentega dan
ikan. Kombinasi ini merupakan makanan seimbang yang cukup untuk mencerdaskan
daya fikir dan stamina anda untuk menjalankan aktiviti sehari suntuk. Dengan kata lain,
sebiji kurma sekurang-kurangnya boleh disamakan dengan makanan seimbang yang
sihat.

16. Diet in Islam : Verbal Diarrhea & Physically Hyperactive

This Article mention about to know what children allergic to, remove all the
processed foods for a whole month, and introduce one food one by one back into the diet
to see what triggers the behavior. Again, do the same with citrus fruits, meats, dairy
products – - obviously not all at once or you might have one really upset child on ones
hands. Keeping a notebook will help to keep track on the changes, and what was done
when.  Once the food or foods are identified, then to help support the child to resist
temptation, the family as a whole should also avoid that food. By the way, refined sugars
in soft drinks and foodstuffs can also cause the problem and lead to changes in motor
activity and attentiveness. All in all, it means eating of the good things that Allah (SWT)
provided for us by applying a low additive or organic diet, with a home cooked food is
the best policy.

17. What is The Meaning of the Discipline Process? (Part I & Part II)

Part I of this article addressed the meaning of the disciplinary process. In this
article, they will discuss how to teach children to make better choices about their
behavior; and help them realize that good behavior will actually make them feel better.

5
18. Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan Islam

Pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan


akhlak dan melahirkan manusia yang baik. Penekanan pendidikan akhlak dalam
Pendidikan Islam adalah jelas. Ini kerana Pendidikan Islam antara lainnya bertujuan
membangun dan melahirkan insan secara bersepadu dan seimbang demi merealisasikan
fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Artikel ini
membincangkan beberapa persoalan berkaitan dengan pemantapan komponen akhlak
terkini dalam era globalisasi khususnya di peringkat prauniversiti. Beberapa kekuatan dan
kelemahan di peringkat tersebut akan diperhalusi. Sehubungan dengan itu, penulis turut
mencadangkan kaedah penyelesaian yang sewajarnya.

19. Tekanan Emosi Remaja Islam

Masyarakat yang tertekan emosinya akan menunjukkan gejala seperti agresif,


mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungan, penyakit mental dan
membunuh diri. Pendekatan dakwah Islamiah adalah salah satu bentuk sokongan yang
boleh membantu menangani masalah tekanan emosi remaja. Kajian ini dilakukan ke atas
remaja di Kajang Selangor Darul Ehsan adalah bertujuan untuk mengkaji sama ada
remaja mengalami tekanan atau pun tidak berdasar kepada simptom-simptom tekanan
yang meliputi aspek psikologi, fisiologi dan tingkah laku sosial. Selain daripada itu,
kajian ini turut mengkaji faktor-faktor utama tekanan dan cara-cara remaja menangani
tekanan sama ada cara positif atau negatif. Untuk mencapai tujuan ini, analisis telah
dilakukan ke atas 403 orang responden yang terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan
yang berumur 16-17 tahun. Data yang diperlukan dikumpulkan melalui soal selidik dan
temubual berstruktur. Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif yang
dijelaskan dalam bentuk jadual dan gambarajah dengan huraiannya dalam bentuk
kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa remaja memang ada
mengalami tekanan emosi yang majoriti remaja menunjukkan simptom dari aspek
psikologi. Hasil kajian ini turut mendapati bahawa faktor utama yang menyebabkan
tekanan ialah faktor keluarga dan faktor persekitaran. Manakala dari aspek menangani
tekanan pula, kebanyakan remaja menggunakan cara yang positif.

20. The Implicit Personality Theory of Islam

Almost every traditional personality theorist had something to say about religion,
but the topic of how religious beliefs might affect individuals’ views of human nature
remains largely unstudied. All religions, however, contain certain implicit ideas regarding
personality that are likely to impact individual behavior. This article draws on Islamic
sources to consider what a practicing Muslim might believe about motivation, personality
development, the self, the unconscious, psychological adjustment, and the individual and
society. In general terms, understanding these beliefs can be useful in the broader study
of how cultural issues affect personality. More specifically, understanding Islamic beliefs
related to personality can assist in planning for the provision of psychological services to

6
Muslims, as well as understanding the psychological perspectives of Muslims who are
not extremists.

21. Islamic Medicine

It gives a great joy to present this book "Islamic Medicine" to the reader. This is a
compilation of articles published in the Journal of Islamic Medical Association over the
last several years on the art, science and history of Islamic Medicine, to which I have
added a few articles of mine. What prompted them to compile this book was a paragraph
they read in the new book on History of Medicine (by Lyons and Pettrollis, published by
Abrahams) which starts the chapter on Islamic Medicine as "Arabic Medicine." Many
have characterized Muslim contributions as principally of preservation and compilation.
As one historian commented, "Certainly they (Muslim Physicians) contributed no
original novel ideas to develop Hippocratic thought; but in a period of unrest (the dark
ages) they were preservers of knowledge."

22. Usul Dua Puluh Imam Hassan Al-Banna

Usul Isyrin yang ditulis oleh Ustaz Hasan Al-Banna ini adalah dianggap di antara
tulisannya yang penting, kerana Usul Isyrin ini mengandungi beberapa perkara yang
wajib dipercayai dan diketahui oleh tiap-tiap orang Muslim dan wajib diikuti dalam
tindak-tanduknya; hubungannya dengan khaliqnya dan hubungannya sesama manusia.
Jadi kita kumpulkan beberapa huraian ringkas oleh As-Syahid Hasan Al-Banna yang
dapat difahami seperti mana yang diterangkan oleh Al-Mursyid itu sendiri.

Usul Isyrin ini, ia menerangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku


perselisihan pendapat (pertikaian), terutama dalam hal-hal yang berkenaan aqidah. Ia
mesti difahami sebagaimana yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah An-
Nabawiyah. Semoga dengan penerangan ini setiap orang Muslim yang mengikuti
syarahan ini akan memahami Islam sebagaimana ianya patut difahami tanpa menokok
tambah ataupun mengurangkan sedikit pun dari apa yang telah diturunkan oleh Allah dan
disampaikan oleh RasulNya s.a.w.

23. Ilmuan Islam Perintis Pengubatan Penyakit Jiwa

Artikel ini telah mendedahkan tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Al-Razi, Al-
Farabi, Al-Balkhi, Ali ibnu Sahl Rabban al-Tabari, Ibnu Zuhr atau dikenali sebagai
Avenzoar, Al-Haitham mengenai sumbangan mereka terhadap ilmu psikologi dan
kejiwaan. Mereka juga berhasil menemukan sejumlah penyakit, cara pengubatan
sehinggalah penyembuhannya. Selain itu, hasil karya barat juga serba sedikit memberi
sumbangan mereka hasil perintis Ilmuan Islam.

7
24. Panduan Kaunseling Keluarga: Teknik Penyampaian Pengetahuan Mengikut
Pendekatan Islam

Proses yang dijalankan dalam kaunseling Islam bertujuan untuk melahirkan insan
yang memahami hubungannya dengan Yang Maha Esa, mengetahui peranannya sebagai
khalifah di muka bumi dan menetapkan matlamat akhir hidupnya. Pendekatan Islam
dalam kaunseling keluarga dapat memberikan peranan bagi menyelesaikan masalah
mahupun konflik yang terjadi dalam rumahtangga. Artikel ini mengetengahkan kaedah
kaunseling keluarga menggunakan Teknik Penyampaian Pengetahuan dalam Teori
Kognitif ad-Din yang disarankan oleh Othman (2005). Diharapkan bekalan pengetahuan
mengenai kaunseling keluarga mengikut pendekatan Islam dapat membantu kaunselor
menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan.

25. Perkahwinan Dan Kehidupan Berkeluarga Adalah Ujian

Artikel ini menyarankan tentang perubahan sikap, minda dan cara hidup yang
perlu diamalkan. Selama ini amatlah perlu agar pembinaan diri insan lebih terarah kepada
konsep pembentukan keluarga yang lebih sistematik dan ideal. Pasangan yang baik
sentiasa meningkatkan kemahiran keibubapaan dan budaya kehidupan suami isteri yang
berlandaskan agama dalam usaha melahirkan keluarga bahagia dan zuriat yang diredhai
Allah SWT.

26. Kes Bunuh Diri

Memaparkan tentang ulasan keratan akhbar Bernama. Dewasa kini, gejala


membunuh diri menjadi pilihan terakhir bagi menamatkan kesedihan dan kekecewaan
bagi seseorang yang putus asa. Apatah lagi, krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia
ini. Maka ramailah ahli perniagaan, pelabur saham, penghutang dan sebagainya,
menderita akibat menanggung hutang yang tidak mampu dibayarnya.
Oleh itu, jalan keluar permasalahan ini dengan memilih membunuh diri sendiri. Namun,
yang lebih mengecewakan lagi, terdapat kes membunuh diri atas sebab-sebab remeh
temeh yang tidak masuk akal. Mungkin atas sebab ketaksuban cinta yang meletakkan
cinta kepada seseorang mengatasi segala-segalanya walaupun sanggup mengorbankan
nyawa sendiri yang tidak nilai harganya.

27. Pendekatan Da‘Wah Al-Irsyad Al-Nafsiyy Menurut Al-Ghazali : Satu Kajian Di


Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Kajian ini dijalankanbagi memenuhi keperluan tersebut dengan membina kerangka


penerapan nilai da‘wah al-irsyad al-nafsiyy menurut al-Ghazali secara sistematik dalam
pelaksanaankaunseling yang memberi fokus kepada aspek spiritual manusia. Selain itu,
kajian ini juga bertujuan untuk meneliti adakah pendekatan seumpama tersebut
diaplikasikan dalam pelaksanaan kaunseling di PK MAINS. Penyelidikan ini merupakan
satu kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Kaedah utama yang digunakan ialah
kaedah temu bual di samping beberapa kaedah lain seperti observasi, analisis dokumen
dan soal selidik. Alat kajian yang digunakan ialah protokol temu bual dan borang soal

8
selidik. Data-data daripada temu bual dianalisis meliputi proses membuat transkripsi,
reduksi, koding dan paparan data. Hasil kajian mendapati terdapat enam peringkat dalam
pendekatan da‘wah al-irsyad al-nafsiyy menurut al-Ghazali iaitu membina kemesraan
dengan mad’u, mengenal diri, mengenalpasti punca masalah, mujahadah al-nafs, riyadah
al-nafs dan muhasabah al-nafs. Antara aspek dalam pendekatan tersebut yang
diaplikasikan dalam kaunseling di PK MAINS ialah ma‘rifah al-nafs dan proses tazkiyah
al-nafs yang meliputi mujahadah al-nafs (al-takhalli) dan riyadah alnafs (al-tahalli).
Kajian ini mendapati kaedah mujahadah al-nafs diaplikasikan bagi mengatasi masalah
berkaitan sifat-sifat madhmumah. Kaedah riyadah al-nafs pula diimplementasikan dalam
perbincangan berkaitan keimanan, ibadah dan sifat-sifat mahmudah. Ibadah yang paling
banyak disentuh dalam sesi kaunseling ialah doa, solat dan membaca al-Quran manakala
sabar, reda, syukur dan tawakkal merupakan sifat-sifat mahmudah yang paling banyak
disarankan oleh kaunselor. Akhirnya, penemuan ini menunjukkan bahawa pendekatan
da’wah al-irsyad al-nafsiyy seperti yang disarankan al-Ghazali ada diaplikasikan dalam
kaunseling di PK MAINS meskipun secara tidak langsung dan sistematik . Ini
membuktikan bahawa pendekatan ini adalah relevan dan menjadi keperluan untuk
diaplikasikan dalam sesi kaunseling.

28. Psikoterapi Dalam Islam

Merupakan penerangan tentang psikoterapi (psychotherapy). Ia adalah


pengubatan alam fikiran, atau lebih tepatnya, pengubatan dan perawatan gangguan psikik
melalui kaedah-kaedah psikologi. Istilah ini mencakupi berbagai teknik yang bertujuan
untuk membantu individu dalam mengatasi gangguan emosionalnya, dengan cara
memodifikasi perilaku, fikiran, dan emosinya, sehingga individu tersebut mampu
mengembangkan dirinya dalam mengatasi masalah psikiknya. Selain itu, artikel ini
menyatakan tentang sejarah dan tokoh-tokoh kenamaan Islam dalam mempelopori Ilmu
psikologi.

Disediakan Oleh,
Nor Anisa Musa
MP071201
UTM, Skudai

S-ar putea să vă placă și