Sunteți pe pagina 1din 11

HBSC3103

BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE


1

1

Terima kasih tuan pengerusi majlis, selamat pagi dan salam sejahtera, Yang Berusaha
Pengetua SMK Sandakan, Penyelia Petang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan
Ko-kurikulum, Ketua Bidang Sains dan Matematik, guru-guru dan seterusnya para pelajar
Tingkatan 1 hingga 5 yang dikasihi sekalian.
Pada pagi yang mulia ini, saya cukup bertuah dan berbangga kerana dijemput untuk
menyampaikan ceramah berkenaan kejuruteraan genetik sebagai pengisian Program Hari Sains
SMK Sandakan ini. Sebenarnya saya kurang arif dalam bidang ini namun saya akan cuba
menyampaikan perkongsian berkenaan manfaat, kebaikan, kelemahan dan isu etika dalam
kejuruteraan genetik ini. Kejuruteraan genetik merupakan satu topik yang sangat menarik untuk
dibincangkan.
Sidang hadirin dan para pelajar yang dikasihi sekalian,
Apakah kejuruteraan genetik? Apakah takrif kejuruteraan genetik? Kejuruteraan genetik
merupakan istilah yang digunakan kepada pengubahsuaian genetik organisma. Ianya juga
dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA
tertentu diasingkan dan digabung semula dengan DNA organisma lain. Teknologi ini
membolehkan manusia memindahkan sesuatu maklumat genetik yang berguna daripada sesuatu
spesis organisma kepada spesis organisma lain. Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik
pembiakan biasa.
Kejuruteraan genetik adalah teknik yang digunakan dalam mengubahsuai gen yang
muncul sekitar tahun 1971-1973 dan telah membawa kepada revolusi dalam bidang biologi
eksperimental. Dalam bidang ini, keseluruhan komponen genetik adalah buatan iaitu: diubah dan
direka bentuk mengikut keperluan. Ianya terbukti kerana Paul Berg, F. Sanger dan W. Wilbert
telah berkongsi Nobel Prize in Chemistry pada 1980-an. Individu-individu ini telah menemui
pengklonan dan DNA Sequencing atau penjujukan DNA. Dewasa kini kita menyaksikan
pemindahan organ adalah perkara biasa namun tidak mustahil pada masa akan datang kita akan
menyaksikan transplant DNA pula menyaingi transplant organ. Segalanya mungkin dengan
kecanggihan sains dan teknologi.

HBSC3103
BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE
2

2

Secara ringkasnya, kejuruteraan genetik adalah satu teknik yang digunakan untuk
memindah dan mengubahsuai genetik yang diingini.
Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,
Setelah mengetahui apakah definisi kejuruteraan genetik, mari kita lihat pula bagaimana
proses kejuruteraan genetik ini dilakukan. Teknik kejuruteraan genetik melibatkan 4 langkah
utama iaitu; pengasingan gen yang dikehendaki, pengisian gen tersebut ke dalam sasaran,
transformasi sel bagi organisma yang diubahsuai dan menghasilkan GMO (organisma yang
diubahsuai genetiknya).
Sidang hadirin sekalian,
Apakah faedah kejuruteraan genetik kepada masyarakat dan Negara? Sebelum kita
membicarakan tentang faedah kejuruteraan genetik ini, kita haruslah mengetahui bahawa
kaedah ini telah diamalkan sejak zaman purba lagi. Kejuruteraan genetik yang telah
berkembang sejak dahulu ini merupakan salah satu cabang biologi yang berkaitan dengan
penurunan ciri-ciri daripada induk. Ilmu berkenaan kejuruteraan genetik ini merangkumi
kajian tentang struktur dan fungsi baka seperti DNA, gen dan kromosom dalam mekanisma
keturunan. Negara Kota Yunani Sparta telah mengamalkan teknik pembiakan secara
pemilihan bayi-bayi yang sihat daripada induk yang sihat untuk dilatih menjadi tentera yang
gagah dan berani untuk melawan Athens. Teknik pembiakan terpilih ini dapat melahirkan
bangsa yang agung dan sistematik. Kemudian kaeadah kaedah yang sama digunakan oleh
Jerman, Amerika, Singapura dan lain-lain lagi.
Kejuruteraan genetik tidak seperti pembiakan tradisional kerana melalui teknik ini, gen
sesuatu organisma diubah secara tidak langsung. Pengklonan dan pengubahsuaian molekular
digunakan dalam kejuruteraan genetik ini untuk mengubah struktur dan ciri gen. Disebabkan
pengubahsuaian tersebut ianya telah memberi sumbangan besar dalam bidang pertanian amnya
sebagai contoh penghasilan kacang soya yang tahan terhadap penggunaan herbisid, jagung yang
tahan kepada serangan perosak, penghasilan bunga mawar yang mempunyai warna menarik dan
banyak lagi.

HBSC3103
BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE
3

3

Sidang hadirin sekalian,
Kegiatan pertanian secara tradisional mengundang risiko dan kemusnahan tanaman yang
disebabkan oleh serangga perosak, kulat, tikus dan bakteria. Namun dengan adanya kejuruteraan
genetik, masalah tersebut dapat diatasi dan hasil pertanian meningkat dan memberangsangkan.
Keuntungan pertanian menggunakan kejuruteraan genetik berlipat ganda berbanding kaedah
tradisional.
Perkembangan bidang kejuruteraan genetik ini juga telah membantu ramai pasangan yang
tidak mempunyai anak untuk mendapatkan zuriat. Jika sebelum ini mereka berasa rendah diri
kerana tidak mampu melahirkan anak namun segalanya berubah dengan adanya perkembangan
dalam bidang kejuruteraan genetik ini. Kaedah IVF atau In-Vitro Fertilization memberi harapan
baru kepada ramai pasangan termasuk dari Negara kita sendiri walaupun kosnya agak mahal
iaitu RM12000 hingga RM18000. Kaedah ini telah berkembang maju di mana negeri kita sendiri
mempunyai tempat yang menawarkan perkhidmatan IVF ini iaitu di Hospital Likas Kota
Kinabalu.
Perkembangan dalam bidang kejuruteraan genetik juga telah memberi sumbangan besar
dengan penghasilan binatang ternakan yang lebih baik dari segi daging, kulit, susu dan
sebagainya. Ini disebabkan kemampuan manusia untuk menjalankan ujikaji yang mengacukkan
satu spesies dengan spesies yang lain. Sebagai contoh biri-biri dari Africa dan Eropah
dikacukkan menghasilkan Barbados Black Belly yang tahan ke atas serangan parasit dalaman ,
sesuai dengan pelbagai jenis cuaca dan tempoh kelahiran dari 8-9 bulan sahaja. Banyak lagi
contoh lain seperti Suffolk, ayam Croadlangshan dan lain-lain lagi. Negara kita juga tidak
terkecuali dengan menghasilkan Jermasia iaitu kambing baka yang dihasilkan oleh penyelidik
daripada Universiti Malaysia. Jermasia merupakan kacukan kambing German Fawn dengan
kambing Katjang tempatan yang mempunyai potensi komersial yang tinggi. Negara kita
sebenarnya tidaklah ketinggalan dalam bidang ini.
Sidang hadirin sekalian,
Kejuruteraan genetik juga memberi sumbangan besar dalam bidang perubatan. Ini
kerana melalui kejuruteraan genetik, pakar dapat menentukan asal-usul penyakit berkaitan
genetik seperti Sindrom Down, Hemofilia, sesetengah jenis kanser yang diwarisi, dan mengenal
HBSC3103
BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE
4

4

pasti kod-kod genetik pada lokus DNA. Selain daripada itu, kejuruteraan genetik telah
menghasilkan produk terawal DNA rekombinan seperti Interferon yang digunakan untuk
merawat jangkitan virus dan hormon insulin yang berguna dalam bidang perubatan. Penghasilan
vaksin melalui proses DNA rekombinan dikenalpasti lebih murah, asli dan tidak menyebabkan
kesan sampingan yang banyak.
Kejuruteraan genetik juga memberi sumbangan dalam kes-kes jenayah dan sivil. Jika
dahulu pihak berkuasa sukar untuk mengenalpasti dan menangkap penjenayah tanpa sebarang
bukti, kini melalui kejuruteraan genetik ianya semakin mudah kerana pihak polis dan pakar
forensik dapat mengesan dan mengecam kesan peninggalan DNA di tempat kejadian. Seperti
yang kita tahu, DNA adalah berbeza dan unik bagi setiap manusia.
Selain itu, antara faedah kejuruteraan genetik ialah membantu usaha memelihara
alam sekitar melalui teknik mikro genetik. Seperti yang kita tahu, seringkali berlaku tumpahan
minyak di lautan yang disebabkan oleh kecuaian dan masalah teknikal yang pastinya menganggu
hidupan laut atau pesisir pantai. Oleh itu pengenalan Enzimlimpose melalui kejuruteraan genetik
itu dapat mencernakan molekul minyak dan masalah pencemaran dapat diatasi.

Sidang hadirin dan para pelajar sekalian,
Setiap teknologi yang dihasilkan oleh manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan
tersendiri begitu juga dengan kejuruteraan genetik. Walaupun dari sudut positif ia membantu
manusia namun ia juga membawa pelbagai kemudharatan yang mungkin akan meruntuhkan
tamadun manusia sendiri. Oleh itu saya ingin berkongsi kelebihan dan kelemahan kejuruteraan
genetik ini terhadap manusia dan kehidupan sejagat
Sidang Hadirin dan hadirin sekalian,
Perkembangan dalam bidang kejuruteraan genetik telah membantu meningkatkan
pengeluaran industri makanan. Kejuruteraan genetik mempengaruhi peningkatan pengeluaran
melalui penghasilan makanan yang lebih berkualiti secara besar-besaran. Ia juga memperbaiki
proses pengeluaran dan kaedah pengawetan makanan yang lebih efisien. Melalui kejuruteraan
HBSC3103
BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE
5

5

genetik juga, pewarna, perisa dan pemanis makanan juga dihasilkan menggunakan mikrob dan
bakteria yang diubahsuai genetiknya.
Selain daripada itu, kejuruteraan genetik membantu pengenalan identiti diri manusia.
Perkembangan dalam bidang ini membantu mengenalpasti identiti seseorang melalui ujian
terhadap cap jari, rambut, tulang dan tisu. Dalam kes jenayah seperti kes rogol, pembunuhan,
kebakaran dan lain-lain lagi teknologi ini membantu pihak polis dan forensik mengenalpasti
siapa pelakunya. Ia juga turut membantu dalam kes perebutan anak di mana ujian DNA dapat
mengenalpasti ibu dan bapa kandung dengan tepat.
Antara lain kebaikan kejuruteraan genetik ialah meningkatkan taraf kesihatan manusia.
Sebagai contoh penyakit jiwa yang disebabkan faktor genetik. Melalui kejuruteraan genetik, hal
tersebut dapat dielakkan kerana genetik seseorang boleh diubahsuai dan mengelakkan penyakit
genetik itu diwarisi. Selain itu, melalui kejuruteraan genetik juga, faktor kekurangan hormon
pertumbuhan manusia yang mengakibatkan kekerdilan boleh dimanipulasi untuk melahirkan
anak yang sempurna. Benarlah bahawa kejuruteraan genetik ini membawa sumbangan yang
besar dalam meningkatkan taraf kesihatan manusia.
Sidang hadirin dan hadirat sekalian,
Kejuruteraan genetik juga meningkatkan produktiviti pertanian dan indusri ternakan.
Melalui kejuruteraan genetik ini, baka tanaman dan ternakan terbaik dapat dihasilkan dan
tempoh pembiakan dapat dipercepatkan. Sebagai contoh kaedah ini menghasilkan baka padi
terbaik dan mengeluarkan hasil yang banyak seperti MR 168 dan Mahsuri. Manakala dalam
industri ternakan pula, kejuruteraan genetik turut membantu dalam peningkatan produktiviti
melalui pembiakan berskala besar. Haiwan yang dihasilkan juga mempunyai daya tahan
melawan penyakit dan mempunyai nilai komersil yang tinggi seterusnya mendatangkan
keuntungan kepada pengusaha bidang pertanian dan penternakan khususnya.
Antara lain kebaikan daripada kejuruteraan genetik ialah membantu mengatasi
pencemaran alam sekitar. Ini kerana melalui kejuruteraan genetik, mikrob iaitu bakteria baru
yang dihasilkan dapat membantu mempercepatkan pereputan bahan buangan manusia dan
ternakan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Selain itu ia juga berfungsi merawat sisa
HBSC3103
BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE
6

6

buangan haiwan ternakan, sisa kelapa sawit, sisa industri makanan dan seterusnya
menjadikannya baja organik yang berguna untuk bidang pertanian juga.
Sidang hadirin dan para pelajar sekalian
Tidak dapat dinafikan,kejuruteraan genetik juga membawa keburukan kepada umat
manusia amnya dari segi kesihatan kerana tiada kajian jangka panjang mengenai keselamatan
produk makanan atau tanaman-tanaman yang dihasilkan. Tanpa ujian jangka panjang, kita tidak
akan tahu sama ada makanan yang kita makan tersebut benar-benar selamat dimakan atau tidak.
Badan yang terlibat dalam pengeluaran makanan hanya akan mempromosi produk mereka secara
besar-besaran demi keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan jangka panjang
pengambilan makanan yang telah dijuruteragenetikkan. Cuba bayangkan kesan sampingan
rancun serangga dalam makanan kita hanya akan diketahui selepas 20 tahun. Dan bagi yang
beragama Islam sudah tentu akan was-was dengan status halal makanan yang telah mengalami
proses kejuruteraan genetik itu.
Sebenarnya pengubahsuaian genetik yang dilakukan ke atas makanan telah menjadi
kontroversi sejak awal tahun 1990-an lagi. Sebagai contoh kerintangan terhadap makanan yang
diubahsuai genetiknya berlaku di Great Britain timbul kerana adanya penyakit lembu gila
seterusnya berlaku juga pembahagian Salmonella yang akhirnya menimbulkan keraguan
terhadap peraturan keselamatan makanan yang ada pada masa kini.
Kejuruteraan genetik juga telah menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan manusia
kerana teknologi yang dibangunkan tersebut mengandungi toksin yang membahayakan kesihatan
manusia. Sebagai contoh kajian menunjukkan bahawa susu daripada lembu yang disuntik
dengan hormon tumbesaran bovin kejuruteraan genetik di Amerika Syarikat menyumbang
kepada risiko barah payudara dan barah prostat.
Sidang hadirin dan para pelajar sekalian,
Selain itu, pengubahsuaian gen dari satu organisma ke organisma yang lain melalui
kejuruteraan genetik membuatkan kita berfikir sama ada kaedah memindahkan gen tersebut tepat
atau menggunakan kaedah Trial and Error sahaja. Ini kerana saya pernah membaca sebuah
artikel tentang seorang ahli sains genetik yang mengandaikan pemindahan gen dalam
HBSC3103
BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE
7

7

kejuruteraan genetik dari satu oraganisma ke organisma yang lain umpama memanah dengan
mata yang tertutup. Cuba anda bayangkan? Adakah sasaran tepat atau tersasar jauh?
Sidang hadirin sekalian,
Antara lain kelemahan kejuruteraan genetik ialah kesan sampingan yang kita terima. Ini
kerana gen baru mungkin mempunyai kesan yang tidak dirancang. Sebagai contoh, gen yang
menghasilkan protein biasanya mempunyai fungsi-fungsi tertentu namun apabila dipindahkan ke
dalam organisma lain, protein baru ini mungkin mengubah sifat dan menghasilkan kesan buruk
pula. Hakikatnya,walaupun dunia semakin canggih, manusia tetap tidak mampu mencipta
sesuatu dengan sempurna.
Kejuruteraan genetik turut menyumbang kepada pencemaran alam. Melalui kejuruteraan
genetik dalam bidang tanaman, berlaku peningkatan penggunaan racun rumpai kerana terdapat
lebih 50 peratus daripada tanaman berkeupayaan melawan racun. Oleh itu para pengusaha
tanaman khususnya menggunakan lebih banyak racun tanpa memikirkan kesan jangka panjang
kepada manusia. Selain itu pencemaran daripada organisma, bakteria dan virus kejuruteraan
genetik yang mencemari alam sekitar adalah sukar untuk dibersihkan dan dihapuskan.
Selain itu kejuruteraan genetik menyebabkan sistem kekeluargaan dan sosial menjadi
huru-hara. Ini kerana melalui kejuruteraan genetik banyak kaedah yang boleh dilakukan oleh
manusia untuk mendapatkan anak tanpa perkahwinan seperti kaedah bayi tabung uji, ibu
tumpang dan sebagainya.
Selain itu, kejuruteraan genetik dijadikan alat untuk menghasilkan senjata biologi secara
besar-besaran oleh Negara-negara kuasa besar untuk mengancam keamanan dan kesejahteraan
Negara dunia ketiga. Ini kerana kejuruteraan genetik seolah-olah membuka peluang kepada
individu-individu berkepentingan untuk menghasilkan senjata yang memusnahkan manusia.
Serangan seperti ini sememangnya adalah melampaui batas dan melanggar garisan merah dalam
undang-undang penggunaan senjata.


HBSC3103
BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE
8

8

Sidang hadirin dan para pelajar yang dikasihi sekalian,
Walaupun kejuruteraan genetik yang ada pada hari ini memberi manfaat kepada manusia
dalam bidang pertanian, perubatan, ternakan dan lain-lain lagi namun ianya telah mengubah
hidup manusia dari landasan yang sebenar. Kecanggihan dalam bidang kejuruteraan genetik ini
telah menimbulkan soal etika dan agama.
Sidang hadirin yang dirahmati sekalian,
Kejuruteraan genetik boleh membawa kepada kemusnahan dan malapetaka kerana cuba
menyaingi kuasa Tuhan yang tidak mampu ditandingi oleh siapa pun umat manusia. Ini dapat
dilihat apabila manusia mula dijadikan bahan ujikaji. Salah satu ujian yang dilakukan di Russia
tidak lama dulu di mana manusia dikacukkan dengan haiwan untuk dijadikan tenaga buruh amat
bertentangan dengan nilai etika dan keagamaan. Ujikaji seperti ini harus diharamkan dan dikawal
kerana seolah-olah merendahkan martabat manusia yang dicipta oleh Tuhan dengan sempurna.
Cuba bayangkan kerosakan dan keruntuhan moral jika pengklonan manusia dilakukan secara
besar-besaran.
Dari sudut agama pula, setiap agama menganjurkan umatnya menghormati dan mengurus
alam sekitar dan benda hidup lain dengan baik. Ini kerana haiwan dan benda hidup lain adalah
makhluk yang dicipta oleh Tuhan. Manusia sama sekali dilarang untuk membuat pemusnahan
atau kerosakan kepada haiwan atau alam sekitar. Cuba anda bayangkan soal etika berkenaan
dengan pengklonan kambing paling popular serata dunia iaitu kambing klon Dolly. Kambing
klon tersebut dilahirkan pada 5 Julai 1996 setelah melalui 227 kali percubaan sebelum berjaya.
Di manakah nilai etika para pengklon tersebut dengan kemusnahan 227 embrio sebelum
kelahiran Dolly? Dalam kemajuan sains teknologi khususnya bidang genetik, pegangan agama
seharusnya dijadikan garis panduan supaya kita terus-menerus merosakkan kehidupan sejagat.
Walaupun begitu, mana-mana agama pun tetap memberi ruang kepada sesiapapun untuk
menerokai bidang kejuruteraan genetik ini tetapi perlulah sesuai dengan prinsip kemanusiaan dan
tidak mendatangkan mudharat dan kemusnahan kepada manusia dan alam sekitar. Kejuruteraan
genetik masih membolehkan bayi tabung uji dijalankan ke atas pasangan yang tidak mempunyai
anak dengan syarat benih daripada suami boleh disenyawakan dengan benih isteri dan dibesarkan
dalam rahim isteri itu sendiri. Malangnya sudah menjadi satu trend di Negara-negara barat untuk
HBSC3103
BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE
9

9

mendapatkan anak melalui kaedah bayi tabung uji dengan menggunakan benih orang lain dan
menggunakan kaedah ibu tumpang. Kes-kes seperti ini juga kerap dijadikan salah satu subjek
dalam filem-filem atau drama-drama luar menunjukkan realiti sebenar yang amat merisaukan.
Manfaat asal kejuruteraan genetik untuk membantu pasangan mandul untuk mendapatkan anak
tersasar jauh dan secara biologinya anak yang dihasilkan melalui kaedah ini bukanlah anak
pasangan yang sah tersebut tapi anak dengan orang lain. Bagaimanakah perasaan anak tersebut
apabila mengetahui dirinya adalah dari ibu tumpang? Sama-samalah kita fikirkan.
Sidang hadirin yang dikasihi sekalian.
Kejuruteraan genetik seharusnya mempunyai reka bentuk keselamatan yang standard
bagi mengawal perkembangannya. Standard ini seharusnya menjadi panduan dan harus dipatuhi
oleh semua pakar-pakar kejuruteraan genetik. Sebagai contoh pengklonan manusia haruslah
diharamkan sama sekali. Jadi, jika terdapat sesiapa pelajar yang berminat dalam bidang
kejuruteraan genetik haruslah mematuhi standard yang ditetapkan dan belajar bersungguh-
sungguh kearah itu.
Sidang hadirin dan para pelajar sekalian,
Kejuruteraan genetik sememangnya telah memberi kesan yang sungguh besar dan
menguntungkan kita pada hari ini. Namun, kita harus sedar had yang perlu kita patuhi dalam
pembangunan bidang ini. Sesiapa juga yang terlibat dalam kejuruteraan genetik ini seharusnya
tidak menghasilkan sesuatu yang melanggar hukum alam kerana ingin mengaut keuntungan
semata-mata. Perkara-perkara yang melanggar fitrah seperti pengklonan, mengacukkan manusia
dengan binatang, menghasilkan senjata biologi dan banyak hendaklah dijauhi dan diharamkan.
Ini kerana hanya Tuhan yang mempunyai kuasa untuk mencipta seluruh isi alam dan manusia di
dunia ini tidak akan dapat mendekati kesempurnaan ciptaan Tuhan.
Sidang hadirin sekalian,
Oleh yang demikian, undang-undang dalam kejuruteraan genetik harus diperkenalkan
untuk menangani isu etika dan secara langsung menjaga keharmonian hidup masyarakat dengan
mengambil kira faktor kemanusiaan, fitrah semulajadi, perasaan dan menjaga keseimbangan
HBSC3103
BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE
10

10

alam sekitar. Kejuruteraan genetik sepatutnya mengikut tatacara yang terurus dan selamat dan
tidak melanggar etika kemanusian seperti pengklonan manusia.
Sidang hadirin dan para pelajar yang dikasihi sekalian,
Saya berharap apa juga yang saya kongsikan berkenaan faedah, kebaikan, keburukan dan
soal etika dalam kejuruteraan genetik tadi dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar. Bersesuaian
dengan era kejuruteraan genetik kini, pelajar yang berminat harus mengambil peluang
menceburi bidang sains terutamanya bidang genetik molekul kerana saya yakin bidang ini
mampu menjanjikan masa depan yang cerah walaupun agak mencabar. Sekian terima kasih.














2606 patah perkataan
HBSC3103
BIOLOGY II : CONTINUITY OF LIFE
11

11

S-ar putea să vă placă și