Sunteți pe pagina 1din 8

1

Biodata Pengarang


Profesor Morris Rossabi dilahirkan di Alexandria, Mesir, dan telah tinggal, bekerja dan membuat
kajian tentang seluruh Timur Tengah, Asia Tengah, Asia Timur, Eropah dan Amerika Syarikat.
Beliau memperoleh PhD di dalam bidang sejarah Asia Timur dan Asia Tengah dari Universiti
Columbia pada tahun 1970 dan mendapat anugerah doktor kehormat daripada Universiti
Kebangsaan Mongolia pada tahun 2009. Sebelum menyertai fakulti di Queens College dan Pusat
Pengajian Siswazah Universiti Bandar New York, Profesor Rossabi mengajar dan menjadi
direktor program di University of Virginia, Case Western Reserve University, Institut Pengajian
China, Leiden University dan juga di Muzium Kesenian Islam Doris Duke di Columbia
Universiti.
Beliau amat fasih dalam berbahasa Arab , Cina , Jepun , Perancis, Jerman. Selain itu, beliau juga
mampu membaca dalam tulisan Itali, Latin, Manchu, Mongol, Parsi, Rusia, Uyghur.
Antara Anugerah yang telah diterima oleh beliau:
2010: Distinguished Research Appointment, National Museum of Ethnology, Osaka, May and
June
2007: Elected Honorary Life Member, Central Eurasian Studies Society (highest distinction in
leading professional organization in the field)
2

2001, 2005: National Endowment for the Humanities grants for summer workshops for
secondary school teachers on China and the Islamic world
1999: Smith Richardson Foundation Grant for Conference on National Minorities of China
1998-9: Smith Richardson Foundation Fellowship at Asia/Pacific Research Center at Stanford

Antara Buku-buku yang telah dihasilkan oleh Profesor Morris Rossabi:

(1) Islam in Asia (contract for book from Oxford University Press)

(2) History of China (contract for book from Blackwell Publishers). Part of 24-volume world
history.

(3) Co-editor (with Mary Rossabi). Sambuu and the Paths of Life (Cambridge University Press,
2010)

(4) Modern and Traditional China and Mongolia: Essays from Morris Rossabi's Career
(Cambridge: Global International, 2010)

(5) Three Mongols in the Twentieth Century (Osaka: National Museum of Ethnology, 2010)

(6) Mongolian Empire and World History (W.W. Norton and Co., 2010)










3

Ulasan Buku A history of China dari Morris Rossabi


4

Tajuk Buku : A history of China
Pengarang : Morris Rossabi
Tahun : 2014
Penerbit: Blackwell Publishers

(1) Ulasan

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama meliputi zaman pra sejarah China
hinggalah kepada zaman 3 kerajaan dan bahagian kedua pula tentang pemulihan semula Dinasti
China dibawah dinasti Sui dan Tang sehingga era kejatuhan Dinasti Qing , perang saudara dan
kebangkitan komunis di cina oleh Mao Tse Tung. Bersama-sama dengan Rusia dan Amerika
Syarikat, China adalah salah satu negara terbesar di dunia, Ia merangkumi kira-kira tiga ribu batu
dari pantai timur ke sempadan untuk barat di Asia Tengah, negara-negara Himalaya, dan
Vietnam. Kawasan luas ini juga merangkumi pulau tropika Hainan dan kawasan-kawasan sub
arktik Manchuria. China dari zaman dahulu kala telah berkembang sebagai pusat pertanian dia
asia tenggara. Pada tahun 2000 SM terrbentuklah dinasti purba china pertama di china iaitu
dinasti Xia. Dinasti ia diasaskan oleh Yu Who yang dianggap manusia paling kuat atau tuhan
masyarakat purba china. Masyarakat purba dahulu kala percaya bahawa dunia ini dicipta oleh
dewa bernama Pangu dan dia membahagikan dunia ini kepada dua iaitu daratan dan lautan dan
percaya Yu Who ini adalah dariapa keturunan Pangu tersebut. Dinasti Xia aman makmur
sehinggalah dinasti tersebut diperintah oleh Maharaja Jie, keturunan terakhir Yu Who. Beliau
sangat kejam dan suka menyeksa rakyatnya. Maka rakyat di bawah pemimpin bernama Tang
bangun memberontak dan menamatkan dinasti Xia. Tang pada tahun 1067 SM, mengasaskan
5

pula Dinasti Shang yang bertahan sehingga 1027 SM. Selepas itu Dinasti Shang dijatuhkan pula
oleh Dinasti Zhou dan bertahan selama (1027 256 SM) . Dalam masa inilah, kerajaan china
purba berkembang dengan terasasnya pelbagai faham agama popular masyarakat china iaitu
Taoism, Daoism, Mohism, Legalism dan Confucianism. Pada zaman ini juga menyaksikan
perubahan dalam struktur social dalam masyarakat china. Pembahagian kelas dibentuk. Hamba,
rakyat biasa, golongan pegawai kerajaan, golongan orang kaya dan kerabat kerabat diraja. Selain
itu, zaman ini juga menyaksikan pendidikan menjadi salah satu pencapaian terpenting dengan
penubuhan sekolah, pusat pusat pengajian dan tempat tempat keagamaan. Pada zaman ini juga
lahir ramai para sasterawan di china seiring dengan perkembangan pendidikan. Setelah tamatnya
Dinasti china purba, maka lahir pula Kerajaan empayar pertama di China iaitu Dinasti Qin.
Dinasti ini menguasai seluruh kawasan di china pada masa itu. Maharaja pertama Qin mampu
menumbangkan kerajaan Shang dan menumpaskan pemerintah pemerintah feudal di sekeliling
China. Pada zaman ini jugalah pemusatan kuasa bermula. Qin Shi Huang bersama para
menterinya mengasaskan sistem negeri, gabenor dan daerah untuk melancarkan sistem
pemusatan kuasa ini. Empayar Qin telah melakukan banyak pembinaan pembinaan mega pada
abad ini yang tidak dapat ditandingi sehingga kini iaitu, Tembok Besar china, Tentera Terracota
dan Makam Diraja yang telah mengorbankan puluhan juta rakyat china. Pemberontakan pun
berlaku dan empayar Qin digantikan pula oleh kerajaan Chu dan Han. Kerajaan Chu tidak
bertahan lama kerana tidak lama selepas kejatuhan Empayar Qin, berlaku peperangan saudara
antara dua pihak. Akhirnya Han telah mengalahkan kerajaan Chu dan membentuk Empayar
Dinasti Han yang bertahan selama 400 tahun. Dihujung pemerintahan Han, para pembesar dan
para sida sida banyak memainkan peranan dalam pentadbiran Negara. Maka berlakulah perang
saudara antara golongan yang menyokong sida sida dan golongan yang setia kepada Maharaja
6

Han. Empayar Han telah berpecah kepada kerajaan kecil iaitu Shu, Wei dan Wu. Zaman ini
dikenali sebagai zaman tiga kerajaan. Ketiga kerajaan ini saling berperang antara satu sama lain
kerana masing masing mempunyai niat untuk menguasai seluruh china. Setelah kemerosotan
kerajaan ini, maka lahirlah dinasti lain ialah Dinasti yang berkuasa iaitu Dinasti Tang. Di bawah
pemerintahan Maharaja Taizong, Dinasti Tang mengalami kemakuran dan keamanan yang di
idam idam kan oleh Dinasti lain tanpa banyak pertumpahan darah. Maharaja Taizong
memerintah dengan adil. Empayar Dinasti setelah beberapa ratus tahun aman makmur akhirnya
mula bergolak kerana perebutan kuasa antara pemerintah tempatan. Seperti dinasti dinasti yang
sebelum ini, Dinasti Tang juga mengalami pemberontakan dalaman oleh rakyat yang tidak
berpuas hati dengan kezaliman pemerintah ditambah pula dengan konflik dalaman. Ini kerana
pada zaman Tang juga, agama budha diharamkan. Banyak para sami yang dibunuh oleh
kerajaan. Selain itu, Tang juga tidak bertindak adil terhadap masyarakat islam Uighyur. Selepas
keruntuhan empayar Tang, Dinasti Song pula naik berkuasa. Sama seperti sebelum ini. Para
pemerintahnya bertindak kejam terhadap rakyat.Dinasti itu juga berakhir ditangan rakyat yang
dipengaruh oleh kuasa luar. Maka tertubuhnya pula Empayar Dinasti Jin. Seperti yang disebut
sebelum ini tidak bertahan lama kerana diserang dan ditakluk oleh Empayar Mongol oleh Kublai
Khan. Akhirnya Dinasti Mongol di China di tewaskan oleh pemberontakan yang di asaskan oleh
petani dan membentuk pula kerajaan Empayar Ming. Pada dinasti ini, China mengalami
perubahan yang pesat. Ekonomi membangun setelah beratus tahun perebutan kuasa. Pintu masuk
kepada pendagang asing mula dibuka. China mengalami keamanan yang dan kemakmuran dan
mampu menarik pelabur luar untuk berdagang di China. Setelah beratus tahun memegang kuasa,
pada tahun 1644 puak Manchu yang tinggal di selatan China, iaitu kawasan Manchuria
melancarkan pemberontakan kerana kerajaan Ming telah berlaku zalim kepada kaum Manchu.
7

Selepas Berjaya menguasai Peking, iaitu Bejing pada zaman dahulu, Kerajaan Qing telah
bertindak menghapuskan seluruh keturunan Ming. Maka bertapaklah Dinasti terakhir di China
yang akan bertahan selama 400 tahun. Empayar Dinasti Qing telah memerintah dengan baik.
Semua rakyat dilayan sama rata. Pelaburan asing juga berkembang waktu ini. Pada zaman ini
jugalah pemberontakan Boxer berlaku dan kemerosotan Qing. Hong kong dan Canton dipajak
kepada British selepas China kalah dalam perang Candu kepada kuasa kuasa barat. Selepas
kecewa dengan kerajaan Qing, Apa yang ingin disampaikan oleh Morris Rossabi dalam
penulisannya ialah, terlalu banyak pergolakkan dalam perkembangan tamadun China. Mereka
tidak pernah betul betul aman. Sikap tamakkan kuasa membuatkan setiap manusia ingin
memerintah dan memiliki segalanya. Contohnya Empayar empayar yang megah sebelum ini
aman makmur dan harmoni tetapi berlaku pemberontakan kerana pemerintah sudah mengabaikan
rakyat dan hanya tahu bersuka ria. Ini membuatkan rakyat bangun dan memberontak. Parti
Nasionalis di bawah pimpinan Sun Yat Sen memberontak dan menubuhan republic pertama di
China. Sun Yat Sen banyak melakukan pembaharuan di China. Antaranya ialah pilihan raya
bebas. Namun hli parti yang tidak berpuas hati dengannya keluar parti dan menubuhkan parti
komunis. Selepas beberapa tahun, parti komunis di bawah Mao Tse Tung memberontak dan
melancarkan perang saudara. Akhirnya, Komunis Berjaya menguasai China sehingga sekarang
dan Parti Nasionalis melarikan diri ke Taiwan dan membentuk kerajaan Taiwan yang ada
sekarang. Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya ulas dari buku ini.




8

(2) Kekuatan
Saya berpendapat buku ini mempunyai kekuatan iaitu ketepatan fakta, menceritakan segala
peristiwa yang terjadi dan yang lebih penting semua peristiwa ini disusun mengikut secara
berperingkat secara teratur. Maklumat di dalamnya juga ringkas dan padat.
(3) Kelemahan
Morris Rossabi lupa untuk menyelitkan faktor faktor yang yang menyebabkan kemerunduman
tamadun China iaitu aktiviti kongsi gelap dan campur tangan kuasa asing yang berleluasa. Selain
itu juga , antara sebab lain kejatuhan tamadun China ialah sikap perkauman yang diamalkan
sehingga kini juga terlupa untuk disebut oleh Morris Rosabi.

(4) Kesimpulan
Apa yang saya dapat simpulkan disini bahawa, jatuh bangunnya sebuah tamadun itu berkait rapat
dengan sikap rakyat itu sendiri. Dari zaman dahulu kala lagi kuasa rakyat sudah terbukti lama
sebelum ketibaan demokrasi lagi. Matinya seorang rakyat, digantikan dengan dua rakyat yang
lain.

S-ar putea să vă placă și