Sunteți pe pagina 1din 5

Minyak sekali lagi

Hishamuddin Rais
4:39PM Apr 1 2005

Oil markets have entered a "super-spike"' period that could see 1970's-style price
surges as high as $105 a barrel, investment bank Goldman Sachs said in a research
report. Goldman's Global Investment Research note also raised the bank's 2005 and
2006 New York Mercantile Exchange crude price forecasts to $50 and $55
respectively, from $41 and $40.

These forecasts sit at the top of a table of predictions from 25 analysts, consultants
and government bodies surveyed by Reuters.
"We believe oil markets may have entered the early stages of what we have referred
to as a 'super spike' period a multi-year trading band of oil prices high enough to
meaningfully reduce energy consumption and recreate a spare capacity cushion only
after which will lower energy prices return,'' Goldman's analysts wrote. (Dikutip dari
agensi berita Reuter 30 Mac 2005)

The United States must act now to deal with peaking world oil production or face
disruptions far greater that the 1973 oil embargo or the 1979 Iranian oil cutoff,
according to an article in the spring issue of Issues in Science and Technology.
Evidence that world oil production will peak in the near future is becoming more
compelling all the time, according to the article by Robert L. Hirsch, Roger H. Bezdek,
and Robert M. Wendling, who produced a recent report on the subject that was
published by the Department of Energy's National Energy Technology Laboratory. (Di
kutip dari journal Issues In Science and Technology terbit pada 29 Mac 2005 keluaran
National Academies dan University of Texas Dallas.)

Nippon Oil Corp announced its largest wholesale price hike in 14 years Tuesday for
gasoline and other petroleum products for April due to sharp crude oil price
increases. Japan's biggest oil refiner said it will raise the wholesale price for April by
5.1 yen per liter from March, the largest hike since an 8 yen increase in October
1990 amid the Persian Gulf crisis. The latest hike follows a 3.3 yen increase for
March. (Dikutip dari agensi berita Kyodo News 30 Mac 2005)

Oil giant Shell revealed the extent of its declining reserves today after replacing only
19% of the oil that was pumped out of the ground in 2004. Shell said its recoverable
reserves stood at 11.9 billion barrels at the end of December, down from a restated
figure of 12.95 billion barrels a year earlier. (Dari Berita Shell 31 Mac 2005)

Planet Earth stands on the cusp of disaster and people should no longer take it for
granted that their children and grandchildren will survive in the environmentally
degraded world of the 21st century. This is not the doom-laden talk of green activists
but the considered opinion of 1,300 leading scientists from 95 countries who will
today publish a detailed assessment of the state of the world at the start of the new
millennium. (Dikutip dari rencana Feeding The World under Climate akhbar
Independent 30/03/2005)

Budaya petroleum

Sekali lagi saya ingin menyampaikan berita yang bernada pisimis. Saya begitu yakin
sekali bahawa bahan bakar minyak petrol di dalam dunia ini telah semakin susut.
Tidak berapa lama lagi ianya akan kering. Saya tidak ingin menjadi nujum atau pakar
geoloji untuk meramalkan bila tarikhnya dunia kita akan kekeringan bahan bakar ini.
Mungkin lima tahun, mungkin sepuluh dan mugkin juga dalam masa lima belas tahun
yang akan datang.

Apa yang harus dibicangkan bukan sama ada ianya akan sampai atau tidak. Atau
betulkah dunia akan kekeringan minyak. Bagi saya, masa depan dunia tanpa minyak
petrol adalah satu hakikat yang sahih. Inilah berita pisimis lagi buruk yang ingin saya
sampaikan. Kerana itu, saya rasakan apa yang perlu dikaji dan diilmukan ialah
bagaimana kita boleh mencari gantian apabila berdepan dengan dunia yang
kekeringan minyak. Atau apakah tamadun moden hari ini telah terlambat untuk
membuat apa-apa persediaan.

Tanda-tanda susutnya bahan bakar ini semakin jelas. Kita tidak perlu pergi jauh
untuk membuktikannya. Lihat sahaja dalam masa dua tahun kebelakangan ini, harga
jualan minyak kepada pengguna di negara kita sendiri telah dinaikkan lebih dari dua
kali. Besar kemungkinan, dalam masa yang terdekat ini, harga bahan bakar ini akan
terus meningkat lagi. Setiap negara dalam dunia ini tidak lagi memiliki pilihan, selain
menaikan harga bahan bakar ini. Ini bukan disebabkan oleh perang atau bencana
tsunami. Kenaikan harga minyak ini berasaskan kepada pemintaan yang telah
melebihi keupayaan pengeluaran.

Semenjak berlakunya revolusi industri 200 tahun dahulu, tamadun dunia moden
yang kita ketahui ini telah didirikan dengan asas bahan bakar minyak. Lihat sahajalah
di sekeliling kita. Dari kerusi, meja, bungkusan, kipas angin, talian, alat perumahan,
pakaian semuanya ada bersabit dengan hasil minyak petrol. Tamadun moden hari ini
adalah tamadun petroleum.

Selama 200 tahun tamadun moden ini telah menggunakan petrol sebagai asas
tenaganya. Rumah, bangunan, sistem pengangkutan, reka betuk bangunan dan cara
kita menjalankan kehidupan harian, semuanya berasakan kepada minyak. Malah apa
yang kita temui di meja makan setiap malam itu pun berasaskan minyak petrol. Baja-
baja kimia yang menyuburkan gandum, beras dan buah-buahan, semuanya adalah
pecahan dari bahan bakar petroleum.

Infrastruktur kota-kota moden dan rekabentuk kawasan perumahan di pinggir kota
yang kita diami ini sebenarnya lahir kerana budaya petroleum. Malah rumah
kediaman moden ini direka oleh para arkitek dengan berasaskan petroleum.
Perhatikan bangunan-bangunan yang tersergam di sekitar Kuala Lumpur, semuanya
memiliki lantai khusus untuk tempat letak kereta. Apabila rekabentuk dan susunan
bandar seperti ini wujud bermakna si pereka bangunan atau bandar itu telah
dipengaruhi oleh bahan bakar petroleum, walaupun mungkin tanpa disedari.

Keretap tanpa air

Kota-kota kecil dalam negara kita dan kampung-kampung ditepi jalan, semuanya
muncul kerana dijana oleh budaya petroleum. Ini berbeza dari kota atau pekan tua
seperti Temerloh, Kota Bharu, Kuala Kangsar yang pada awalnya berasaskan air
tetapi akhirnya tewas ditelan oleh budaya petroleum.

Pergerakan manusia moden hari ini hampir 100 peratus berasaskan bahan bakar
petroleum. Keinginan manusia bergerak pantas dari satu daerah ke satu daerah lain,
semuanya berasaskan bahan bakar ini. Hakiktnya manusia moden hari ini telah
terperangkap dalam dunia petroleum. Dalam hal ini saya tidak memberi nilai baik
atau nilai buruk. Yang saya nyatakankan ialah hakikat bahawa budaya kita adalah
budaya petroleum.

Dalam perang dunia pertama dahulu, pengaruh petroleum masih belum meluas.
Tetapi jika kita mengkaji asal-usul perang dunia kedua, maka akan jelas kelihatan
bahawa minyaklah punca asas yang menimbulkan perebutan kuasa imperial di
Eropah. Kereta Volkswagon adalah bahan bukti terbaik untuk kita memahami fakta
ini. Kereta ini wujud atas permintaan Hitler yang telah mengarahkan para jurutera
dan pereka kereta untuk membuat sejenis kereta yang tidak memerlukan air. Kereta
tanpa air amat-amat penting dalam strategi Hitler untuk menawan telaga-telaga
minyak di wilayah Asia Barat yang kering kontang.

Hari ini kita sama-sama sedang menyaksikan bagaimana kabal Zionis bersama
dengan kumpulan neoconservative telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat
minyak untuk menjaring dan menawan hampir kesemua wilayah dan daerah dalam
dunia ini yang diketahui memiliki minyak dan gas.

Kuasa imperial Amerika ketika ini sedang berusaha dan merancang untuk
meletakkan ketumbukan bala tenteranya di wilayah Asia Barat dan Selatan Russia di
mana perut buminya mengandungi cairan bahan bakar petroleum dan gas.

Apabila Weapon of Mass Destruction (WMD) tidak ditemui di Iraq, maka kumpulan
kabal Zionis dan neoconservative di Rumah Putih telah bersilat lidah. Minyak telah
dinafikan sebagai sebab kenapa Iraq ditawan. Kini tujuan mereka masuk menyerang
Iraq telah diubah, bukan lagi mencari senjata pemusnah tetapi bala tentera Amerika
ini datang untuk membawa dan mengembangkan demokrasi di Asia Barat.

Saya tidak akan menangis jika mendapat tahu masih ada lagi orang yang pecaya dan
menerima demokrasi sebagai sebab utama kenapa Falujah perlu di 'napalm'. Ini
samalah seperti menerima sebab musabab masuknya bala tentera Amerika ke
Vietnam kerana peristiwa di Telok Tongkin. Minyak cuba ditengelamkan sebagai
penyebabnya.

Dosa paling besar

Perang di Iraq ini pasti akan berlanjutan. Dalam masa yang sama, usaha-usaha
sedang dijalankan oleh kabal Zionis dan noeconservative di Rumah Putih untuk
melakukan 'sesuatu' terhadap Iran. Agensi-agensi berita telah mula membocorkan
berita tentang cita-cita Iran untuk memiliki senjata nuklear. Gembar-gembur senjata
nuklear Iran ini samalah tarafnya dengan senjata pemusnah yang dimiliki oleh
Saddam.

Disebalik huha-huha tentang senjata nuklear Iran ini, sebenarnya ada yang cuba
disorokkan dari pengetahuan orang ramai. Yang ingin dikaburi ialah agenda bahan
bakar minyak. Iran sebagai negara ketiga pengeluar petroleum di Asia Barat telah
melakukan satu 'dosa' yang paling besar terhadap kepentingan syarikat minyak
Amerika. Kerajaan Iran telah dan sedang merancang untuk membuka pasaran
minyak baru di Tehran pada tahun 2006. Ini bererti monopoli Rotterdam sebagai
kota pasaran minyak akan terlucut.

Peralihan ini bukan hanya peralihan tempat. Jika rancangan kerajaan Iran ini berjaya,
pasaran minyak di Tehran tidak akan lagi menggunakan dollar sebagai rujukan jual-
beli minyak. Kerajaan Iran bersama dengan negara-negara Teluk telah bersetuju
untuk menjual beli minyak dalam mata wang dinar atau euro. Malah kerajaan Saudi
Arabia yang bagitu pro-Amerika telah turut sama bersetuju dan menyokong langkah
Iran itu. Jika ini berlaku, bermakna harga dollar Amerika akan terus merundum
pantas.

Rancangan peralihan dollar sebagai rujukan inilah yang ingin ditumpaskan oleh
syarikat-syarikat minyak. Syarikat-syarikat minyak sedang berkerjasama dengan
kabal Zionis dan neoconservative di Rumah Putih untuk menggagalkan niat Tehran
ini.

Bila saya perhatikan semua yang berlaku hari ini, ianya terus menyakinkan saya
bahawa bahan bakar ini semakin berkurangan. Kemerosotan pengeluaran minyak
bukan kerana Opec kurang upaya untuk terus menimba minyak.

Apa yang sedang disorokkan oleh Opec ialah banyak dari telaga-telaga minyak yang
sedia wujud, telah sampai ke puncak pengeluaran dan minyak mentah dalam perut
bumi semakin susut. Sebagai contoh, Indonesia seharusnya meninggalkan Opec
kerana negara jiran kita ini bukan lagi negara pengeluar tetapi negara pengimport.

Lonjakan harga minyak

Dalam sistem ekonomi kapitalis, jika ada permintaan, maka pasti akan muncul
pengeluaran. Hari ini negara Cina telah menjadi negara kedua terbesar sesudah
Amerika sebagai pengguna bahan bakar petroleum. Ekonomi Cina yang terus
berkembang telah memperluaskan lagi permintaan terhadap petrol. Semakin
berkembang ekonomi Cina, semakin banyak minyak yang wajib dibakar.

Akhirnya akan sampai satu ketika apabila permintaan terus melonjak tetapi bahan
bakar ini semakin susut. Bila keadaan ini sampai, maka ianya akan bercanggah
dengan hukum asas sistem ekonomi kapitalis. Budaya ekonomi kapitalis yang
berasaskan bahan bakar petroleum ini akan menghadapai satu krisis besar.

Kalau zaman meleset tahun 1929 dahulu, krisis ekonomi kapitalis boleh diselamatkan
dengan perang dunia kedua; tetapi kali ini saya tidak nampak satu jalan keluar yang
senang. Perang tidak mungkin lagi dapat menyelesaikan krisis tamadun manusia
moden yang berasakan petroleum.

Bersedialah menunggu suasana kenaikan harga minyak yang berterusan. Semakin
susut telaga minyak ini, semakin melonjak harganya. Akan sampai ke satu ketika,
yang mungkin tidak lama lagi, di mana lonjakan harga minyak tidak masuk akal jika
kita memikirkannya sekarang ini. Mungkin juga akan sampai masanya longgokan
dollar, dinar atau euro yang membukit tidak memastikan kita dapat membeli satu
litre minyak petrol.

Persoalan yang wajib kita sama-sama pecahkan sekarang ialah apakah kita masih
memiliki masa untuk melakukan peralihan. Apakah budaya petroleum yang menjana
kehidupan kita ini memiliki satu alternatif yang menjanjikan penerusan zuriat
manusia di planet ini. Apakah budaya gantian untuk menggantikan budaya
petroleum ini. Atau kita sekarang sedang berada dalam sebuah kapal bocor yang
tidak mungkin dapat diselamatkan lagi!

S-ar putea să vă placă și