Sunteți pe pagina 1din 20

1

1.0 PENGENALAN
Di negara Malaysia, terdapat dua tradisi Joget Gamelan iaitu Joget Gamelan
Jawa atau Joget Gamelan Johor danJoget Gamelan Melayu atau dikenali juga
dengan Joget Gamelan Terengganu atau Joget Gamelan Pahang.

Walau bagaimanapun, KDYMM Sultan Pahang pada awal 2008 telah
mengisytiharkan bahawa Joget Gamelan Melayu kini dikenali sebagai hanya
Joget Gamelan Pahang.

Joget Gamelan Jawa dan Joget Gamelan Pahang adalah dua tradisi
gamelan yang agak berbeza dari pelbagai aspek.

Gamelan dipercayai diambil dari perkataan Jawa iaitu Gamel yang
bermaksud ditabuh atau dipukul kerana permainannya memerlukan alat diketuk
atau dipukul. Jika kita bermain Gamelan, ia bermaksud bermain dan bukan
mengetuk.


1.0 JOGET GAMELAN JAWA
1.1 Sejarah Asal-usul
Joget Gamelan Jawa atau Johor di Malaysia agak berlainan dengan Joget
Gamelan Jawa di Indonesia kerana disana ia bersifat Royal Regalia atau
Keistanaan dan hak mutlak Kraton Jawa.
Joget gamelan ini dibawa masuk oleh orang-orang Jawa ke Tanah
Melayu dipercayai pada awal abad ke-20. Joget Gamelan Jawa biasanya
mengiringi wayang purwa, tarian barongan dan dramatari cerita-cerita
panji.


2

Joget Gamelan ini dimonopoli oleh suku Jawa di Johor dan
Selangor. Namun terdapat juga etnik Jawa di Hulu Pahang dan sekitar
Sarawak meneruskan tradisi ini.
1.2 Peranan Muzik Dalam Masyarakat
Joget Gamelan Jawa pada awalnya hanyalah sebagai hiburan
masyarakat dan ritual masyarakat Jawa. Namun kini, ia juga berfungsi
sebagai mengiringi acara-acara persembahan kebudayaan, aktiviti
kemasyarakatan seperti kenduri kahwin dan majlis-majlis rasmi;
contohnya mengiringi perarakan masuk VIP. Joget Gamelan Jawa juga
berfungsi sebagai alat penyatuan masyarakat terutamanya Jawa, dalam
kalangan orang muda dan tua.
1.3 Alat-Alat Muzik Yang Terlibat
1.3.1 Idiofon
Alat-alat idiofon dalam Joget Gamelan Jawa ialah Bonang Barong,
Bonang Penerus, Kenong, Mong/Kethuk, Slentem ,Gambang,
Kempul, Saron Demong, Saron Pekin, Saron Baron, Gong, dan
Angklung (tambahan).
1.3.2 Membranofon
Alat membranofon yang terlibat ialah Kendang atau Gendang yang
terdiri daripada tiga jenis iaitu Bem, Ketipung dan Jiblon.
1.3.3 Kordofon
Alat kordofon yang terlibat ialah Rebab dan alat ini hanyalah
sebagai alat tambahan.
1.3.4 Aerofon
Alat aerofon yang terlibat ialah Suling dan alat ini juga hanyalah
alat tambahan.

3


1.4 Peranan Ahli Dalam Kumpulan Muzik
Ahli yang menjadi ketua biasanya pemain bonang. Terdapat
pembahagian kepada 4 kumpulan utama yang mempunyai tugas tertentu:
Alat memainkan melodi [saron,slentem], Alat dekoratif [bonang, gender,
gambang], Mengawal tempo [kendang, kethuk], Memberi tanda frasa
[gong, kempul].

1.5 Ciri-ciri Muzik
Ciri-ciri muzik Joget Gamelan Jawa ada sedikit persamaan dengan muzik
Joget Gamelan Pahang iaitu:
1. Repetetive (Pengulangan)
2. Colotomic (Bertingkah)
3. Interwoven (Bersulaman)
4. Decorative (Dekoratif/Bunga)
Lagu-lagu didalam Joget Gamelan Jawa biasanya dimulakan dengan perkataan
Lancaran atau Ladrang. Contoh: Lancaran Manyak Serowo. Perkataan ini
membezakan lagu bagi Joget Gamelan Jawa dengan Joget Gamelan Pahang.






4

1.6 Konsep Muzik
1.6.1 Irama
Gamelan Jawa banyak menggunakan not minim, krocet dan kuaver
bergantung kepada lagu. Selain itu terdapat juga unsur sinkopasi
dan rentak tersendiri pada permainan Kendang.



1.6.2 Harmoni
Gamelan Jawa menggunakan skel gamelan tersendiri iaitu Pelog.
Harmoni juga terbentuk apabila setiap alat memainkan not-not
tersendiri yang membentuk triad.

1.6.3 Tekstur
Tekstur bagi lagu Joget Gamelan Jawa biasanya Polifoni, iaitu 2
atau lebih melodi bergerak pada masa yang berlainan dengan
iringan.

1.6.4 Bentuk
Bentuk lagu bagi Gamelan Jawa ialah terdapat intro dan koda bagi
setiap lagu.

1.6.5 Ekspresi
Lagu Gamelan Jawa mempunyai dinamik. Dinamik yang pelbagai
menambah keindahan muziknya.




5

2.0 JOGET GAMELAN PAHANG
2.1 Sejarah Asal-usul
Joget Gamelan Pahang berasal dari Istana Kerajaan Riau-Lingga di Pulau
Penyengat, Riau. Dibawa masuk ke Tanah Melayu (Pahang) pada kurun
ke-17. Pertama kali dipersembahkan di Pekan, Pahang pada tahun1811
semasa perkahwinan Tengku Hussin, anakanda Sultan Abdul Rahman,
Riau dengan Wan Esah, adinda Bendahara Ali, Pahang.
Joget Gamelan Pahang menempuhi zaman kegemilangannya di
Pahang pada kurun ke-19 di zaman Sultan Ahmad, Pahang. Ini dibuktikan
dengan wujudnya tiga kumpulan tari yang berbeza pimpinan Permaisuri
dan isteri-isteri Sultan Ahmad. Kumpulan pertama pimpinan Tengku
Ampuan Fatimah, kumpulan kedua pimpinan Cik Besar dan kumpulan
ketiga pimpinan Cik Zubaidah yang mana masing-masing adalah isteri
baginda Sultan, [Mohd. Mokhtar Abu Bakar (1982)]. Kumpulan yang
paling aktif ialah kumpulan pimpinan Cik Zubaidah yang mana turut
disertai puteri baginda Sultan, Tengku Mariam (Tengku Ampuan Mariam).
Kemangkatan Sultan Ahmad pada 1914 menyebabkan gamelan
agak tenggelam kerana pewaris takhta selepas itu, Sultan Mahmud dan
Sultan Abdullah kurang meminati Joget Gamelan Pahang.
Akhirnya, Tengku Mariam telah membawa set alat gamelan
tersebut ke Istana Kolam di Terengganu setelah berkahwin dengan
Tengku Sulaiman (Sultan Sulaiman), anakanda kedua Sultan Zainal
Abidin, Terengganu.
Baginda juga membawa jurutunjuk gamelan, Encik Mohd Salleh
dan jurutari, Chik Yang Khoja [Mohd. Mokhtar Abu Bakar (1982)] dari
Pahang bersama-sama baginda untuk mengembangkan kesenian ini di
Terengganu. Baginda juga sempat mengarang kitab bertajuk Joget
Gamelan Pahang semasa di Pahang dan turut membawanya ke
Terengganu.

6

Oleh kerana Joget Gamelan Pahang berkembang pesat di
Terengganu dan turut dinaungi Sultan Terengganu, maka ditukar
namanya kepada Joget Gamelan Terengganu dan kumpulan pemuzik
gamelan ditauliahkan menjadi Orkes Gamelan Diraja Terengganu .
Semasa Sultan Sir Abu Bakar, Pahang menjadi Tengku Mahkota
Pahang pada tahun 1930, baginda menampakkan usaha untuk
menghidupkan kembali joget gamelan ke dalam Istana Pahang. Baginda
meminta Dato Maharaja Perba Jelai Wan Tanjung bin Wan Mohamed
(Orang Besar Berempat) di Kuala Lipis, Pahang agar membawa kumpulan
Joget Gamelan Jawa dalam tanah jagaan beliau membuat persembahan
di istana yang mana pada ketika itu, hanya kumpulan tersebut yang
memainkan Joget Gamelan di Pahang.
Akhirnya, pada tahun 1973, Sultan Sir Abu Bakar telah meminta
kembali set gamelan dalam jagaan Tengku Ampuan Mariam di Istana
Kolam, Terengganu dengan bayaran saguhati sebanyak $25, 000.00
untuk dihidupkan kembali joget gamelan di dalam Istana Abu Bakar di
Pekan, Pahang.
Dan pada awal 2008, Sultan Haji Ahmad Shah,Pahang anakanda
kepada Sultan Sir Abu Bakar telah mengisytiharkan Joget Gamelan
Terengganu ditukar kembali sebagai Joget Gamelan Pahang dan
digelarkan oleh baginda sebagai Gamelan Pahang Diraja [Metra Syahril
Mohamed (2008)] yang kini dipertanggungjawabkan kepada Lembaga
Muzium Negeri Pahang untuk pemuliharaan alat dan keseniannya serta
persembahan ketika acara rasmi dan adat-istiadat.
Joget Gamelan ini mula dibawa keluar dari Istana dan
diperkenalkan kepada umum pada tahun 1970 oleh Tan Sri Mubin
Sheppard. Pada masa itu, Joget Gamelan dipersembahkan oleh Orkes
Gamelan Diraja Terengganu dan telah menyebabkan khalayak umum

7

yang menyaksikan terpegun dengan keasyikan bunyi gamelan yang
belum pernah mereka saksikan.

2.2 Peranan Muzik Dalam Masyarakat
Joget Gamelan Pahang pada asalnya adalah untuk hiburan dan
mengiringi majlis atau sesuatu adat-istiadat di dalam istana dan Joget
Gamelan Pahang bersifat Royal Regalia- eksklusif dan bersifat
Keistanaan.
Namun kini, Joget Gamelan Pahang berperanan sebagai
mengiringi Majlis Rasmi seperti konvokesyen IPT, majlis VIP dan majlis-
majlis eksklusif. Selain itu, ia turut menjadi persembahan kebudayaan di
negara Malaysia, menyambut tetamu dan menjadi salah satu alat muzik
komponen di dalam subjek Muzik KBSM menjadikannya semakin
dihargai masyarakat.
Walaubagaimanapun, Joget Gamelan yang terdapat di Istana
Pahang dan Terengganu masih bersifat eksklusif walaupun bukan lagi
bersifat Royal Regalia.

2.3 Alat-alat Muzik yang Terlibat
Dalam tradisi Gamelan Pahang, hanya tujuh alat yang terlibat.
2.3.1 Idiofon
Alat-alat idiofon ialah Keromong/Bonang, Gambang, Kenong (3
canang), Gong Agung dan Suwukan, Saron Baron dan Demong.

2.3.2 Membranofon
Hanya satu sahaja alat membranofon iaitu Gendang yang hampir
sama dengan Kendang Jiblon dalam Gamelan Jawa.

8


2.4 Peranan Ahli Dalam Kumpulan Muzik
Pemain Keromong ialah ketua. Buka lagu dimulakan dengan
Keromong. Melodi utama dan melodi tambahan (bunga lagu)
dimainkan juga oleh Keromong. Keromong juga akan memberi
isyarat kepada Gendang untuk mematikan lagu.
Pemain Gambang sebagai penolong ketua. Gambang juga
boleh membuka lagu dan juga memainkan melodi utama dan
melodi tambahan (bunga lagu). Juga bertindak sebagai lead
semasa fasa Turun Gambang.
Pemain bagi kedua-dua saron memainkan melodi asas, juga
bermain cincang ketika fasa Cincang Saron.
Bagi Joget Gamelan Pahang, Kenong dan Gong hanya
dimainkan oleh seorang pemain. Kenong memainkan down beat
dan Gong menandakan frasa bagi lagu. Kenong juga mempunyai
bunga tingkah tersendiri.
Pemain Gendang akan memainkan rentak lagu serta
mengawal tempo. (Tempo juga dikawal oleh Keromong dan
Gambang sebagai alat utama)
Pemain Gendang juga memainkan rentak mati lagu
sebagai penamat bagi lagu gamelan.





9

2.5 Ciri-ciri Muzik
Lagu Joget Gamelan Pahang agak berbeza dengan Jawa. Ciri-ciri
utama muzik Joget Gamelan Pahang ada 3 iaitu :
i. Ulang,
ii. Cincang,
iii. Turun Gambang.
Selain itu, muziknya juga mempunyai dinamik tersendiri dan lebih
lembut berbanding Jawa yang sesetengah lagunya berbunyi agak seram.
Joget Gamelan Pahang juga mempunyai sistem gongannya yang
tersendiri iaitu bilangan 16 bit atau 32 bit [Mohd Ghouse Nasuruddin.
(1995)].

2.6 Konsep Muzik
2.6.1 Irama
Secara umumnya, lagu Joget Gamelan Pahang menggunakan
meter 4/4. Namun terdapat juga lagu-lagu yang sangat lama yang
menggunakan meter 5/4.
Lagu Gamelan Pahang juga banyak menggunakan not jenis
krocet dan kuaver. Ostinato juga ada diserapkan ketika cincang
saron.
2.6.2 Harmoni
Nada standard bagi Joget Gamelan Pahang ialah Bb. Harmoni juga
terdapat dalam muzik Joget Gamelan Pahang dengan adanya fasa
cincang saron dan not yang dimainkan pada Kenong yang hanya
mempunyai 3 canang menghasilkan bunyi yang unik.



10

2.6.3 Tekstur
Tekstur bagi muzik ini ialah Polifoni tetapi terdapat lagu yang
bertekstur Heterofoni apabila Keromong dan Gambang
memainkan melodi masing-masing yang berlainan dengan melodi
asal yang dimainkan Saron. Contoh yang dapat diperhatikan ialah
lagu Timang Inu.

2.6.4 Bentuk
Repetoire-repertoire dalam Joget Gamelan Pahang mempunyai
intro (buka lagu) dan koda (mati lagu). Semasa mati lagu, melodi
dimainkan dengan cara ritardando iaitu beransur perlahan dan
lembut.

2.6.5 Warna Ton
Warna ton dalam muzik Joget Gamelan Pahang juga pelbagai.
Kenong, Gambang dan Keromong mempunyai warna ton tersendiri
berbeza dengan Saron.

2.6.6 Ekspresi
Dalam lagu Gamelan Pahang, stail/gaya dan cerita dalam lagu
mempengaruhi mud lagu. Tempo juga biasanya adalah lambat
mengikut jenis tarian atau nyanyiannya. Namun, hanya terdapat
beberapa lagu atau repertoire yang bertempo laju dan rancak,
contohnya Pemuleh, Lantai Lima dan Ayak-ayak [Mohd Mokhtar
Abu Bakar (1982)].



11


2.6.7 Dinamik
Dinamik juga banyak dimainkan mengikut jenis tarian atau
nyanyian yang diiringi. Contohnya gerak yang gemalai dimainkan
secara lembut.

2.7 Gaya Muzik
Gaya muzik Gamelan Pahang adalah mengiringi tarian Joget Gamelan.
Cerita dalam setiap lagu yang akan menentukan mud dan gaya muzik
setiap lagu.

2.8 Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap tradisi gamelan mempunyai ciri-cirinya tersendiri.
Bentuk muziknya juga telah mengalami perubahan, penyerapan dan
penyesuaian dengan budaya tempatan dan telah diterima sebagai muzik
tradisional Melayu.
Selain itu, langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan perlu
diambil segera. Pada masa kini, amat sukar untuk mendapatkan pemain
gamelan yang benar-benar mengikut tradisi permainan asal terutama
Joget Gamelan Pahang. Pemuzik masa kini lebih menumpukan gamelan
kontemporari sedangkan lagu dan teknik permainan asal diabaikan. Jika
keadaan ini berterusan, penulis merasakan keaslian dan unsur majestic
gamelan itu akan pudar.






12

BIBLIOGRAFI
Dr. Mohd Ghouse Nasuruddin. (1995). The Malay Dance. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Mohd Ghouse Nasurddin. (2007). Traditional Malaysian Music. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Metra Syahril Mohamed. (2008, 16 Disember). Gamelan melayu alami
kepupusan?. Utusan Malaysia, halaman berita semasa.

Mohd. Mokhtar bin Abu Bakar. (1982). Joget Gamelan Pahang: Satu Usaha
untuk Menghidupkannya Kembali. Monograf Pahang Dalam Sejarah.
Bil. 1/1982. Kuantan: Syarikat Percitakan Ihsan. (m/s: 28-41)

Pak Margono Sitir. (1997). Pembentangan Kertas Kerja Gamelan di UKM.
Simposium Gamelan UKM September 1997.

Tan Sri Haji Mubin Sheppard. (1967). Jogt Gamelan Terengganu. Journal of
Malayan Branch Royal Asiatic Society - Vol. 40, Part 1, 1967, (pages
149152)

YM Raja Azuan Nahar Bin Raja Adnan. (1998). Nota Pendidikan Muzik,
Jabatan Muzik UPSI.

Koleksi Peribadi (Kumpulan Gamelan Pahang DiRaja.)

(tiada nama pengarang). Gamelan melayu. Dilayari pada: 20 Januari 2010,
3.00p.m.. Alamat web: http://alek.zipzap.ch/gamelan/mala_eng.htm



13

LAMPIRAN A Gambar-Gambar Joget Gamelan Jawa






Gambar A1: Alat-alat Joget Gamelan Jawa









Gambar A2: Cara Penulisan Lagu Joget
Gamelan Jawa

14


Gambar A3: Tari Perang Geroda, Joget Gamelan Jawa
LAMPIRAN B: Gambar-gambar Joget Gamelan Pahang


15

Gambar B1: Alat-alat Gamelan Pahang




16

Gambar B2: Alat-alat Gamelan Pahang



17





18





19





20

S-ar putea să vă placă și