Sunteți pe pagina 1din 12

1.

0 DEFINISI SINTAKSIS
Sintaksis ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Sesuatu ayat
terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hokum
tatabahasa tertentu.Hal ini bermakna ,sintaksis dapat juga diertikan sebagai bidang mengkaji
hokum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Bidang sintaksis bukan sahaja melihat kehadiran jenis dan ragam ayat,tetapi juga rumus
pembinaan unsur subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat.Selain itu
terdapat juga cirri-ciri lain yang dipertimbangkan dalam pembinaan ayat , iaitu penanda
tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat,
termasuklah penanda kasus, penanda kala dan unsur keserasian.
2.0 Definisi Ayat
2.1 Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mempunyai makna yang lengkap.
2.2 Ayat boleh terbentuk daripada satu patah kata atau susunan beberapa patah
kata. Dalam hal ini , pengucapannya dimulakan dengan kesenyapan dan
diakhiri dengan kesenyapan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna.
2.3 Ayat terbina daripada unsur-unsur klausa,frasa ,dan kata.Dalam hal ini , kata
membentuk frasa,frasa membentuk klausa dan klausa membentuk ayat.
2.4 Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad tetapi dapat digolongkan
kepada ayat dasar(ayat inti) dan ayat terbitan (ayat transformasi).
3.0 Binaan Ayat
3.1 Daripada segi binaan ,sesuatu ayat yang lengkap mengandung dua
konstituen,iaitu subjek dan predikat.
3.2 Subjek merupakan unsur yang diterangkan atau dikenal sebagai judul manakala
predikat menjadi unsur yang menerangkan.
3.3 Dalam ayat dasar ,unsur yang menjadi konstituen subjek ialah frasa nama
manakala unsur predikatnya boleh terdiri sama ada daripada frasa nama,frasa
kerja,frasa adjektif,ataupun frasa sendi nama.


Hubungan antara ayat, klausa, frasa dan perkataan ditunjukkan dalam rajah yang berikut:

Budak itu sedang tidur.


budak itu sedang tidur


budak itu

sedang tidur


budak

itu

sedang

tidur


Sebagaimana yang telah dinyatakan unsur yang terkandung dalam ayat ialah klausa, dan
bilangan klausa yang terkandung dalam ayat akan menentukan ayat tersebut, iaitu sama ada
ayat tunggal atau ayat majmuk.
4.0 Definisi Frasa
4.1 Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan
beberapa kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek,
predikat,objek atau keterangan.
4.2 Terdapat empat jenis frasa dalam bahasa melayu iaitu frasa nama,frasa
kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.
4.3 Frasa nama,frasa kerja,dan frasa adjektif ialah frasa endosentrik kerana setiap
frasa ini mengandungi satu unsure inti yang dapat menjadi wakil bagi frasa berkenaan.
Maksudnya frasa nama mempunyai kata nama sebagai unsur intinya,frasa kerja pula
mempunyai unsur inti yang terdiri daripada kata kerja, manakala frasa adjektif mengandungi inti
kata adjektif.
4.4 Sebaliknya frasa sendi nama ialah frasa eksosentrik kerana frasa ini tidak
mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya.





AYAT
KLAUSA
FRASA
PERKATAAN
Menurut Nik Safiah Karim, et.al, (2002), dalam buku Tatabahasa Dewan, frasa" ialah
unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua
perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan
atau lebih.
Contohnya :
kereta
sebuah kereta
kereta baru
sebuah kereta baru
Frasa berbeza daripada klausa, kerana binaan frasa tidak mengandungi subjek dan
predikat, dan dalam suatu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa
ataupun konstituen frasa itu sendiri.
Dalam ayat-ayat berikut, susunan perkataan yang ditulis condong ialah contoh frasa :
1. Burung merpati terbang melayang.
2. Anak kecil itu sedang tidur.
3. Ali mengahwini anak Pak Haji Osman
4. Polis memburu penjenayah di hutan rimba itu.
5. Di dalam gua itu tersimpan harta karun.
Dalam bahasa Melayu, frasa terbahagi kepada jenis mengikut golongan perkataan
intinya, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).



2.1 Frasa


Frasa
Frasa Nama
(FN)
Frasa Kerja (FK) Frasa Adjektif
(FA)
Frasa Sendi Nama
(FSN)
Menurut Nik Safiah Karim, et.al, (2002) frasa nama (FN) ialah binaan yang dari sudut
nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi
sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri
daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat.
Secara ringkasnya, frasa nama ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata nama sebagai intinya. Contohnya:
guru sekolah itu perbuatan mendera anak
cahaya matahari bersopan santun
alam sekeliling para penonton
perpaduan rakyat akaun bank itu
Berdasarkan petikan yang dilampirkan terdapat beberapa contoh frasa nama seperti:
1. Laman sosial
Terdapat pelbagai tujuan pengguna berkomunikasi di laman sosial.
2. Masyarakat Malaysia
Tidak kira peringkat umur,jantina dan latar belakang pendidikan ,dan taraf kehidupan
masyarakat Malaysia yang semakin celik teknologi maklumat.
3. Akaun penjual
Kemudian pembeli hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun penjual
dan dalam beberapa hari barangan yang dipesan akan sampai ke tangan pembeli.
Daripada contoh-contoh di atas, kesemua frasa nama tersebut mempunyai kata
nama serta mempunyai subjek dan predikat. Dengan adanya kata nama dalam frasa ini, maka
terbentuklah frasa nama seperti di atas.

Frasa kerja
Menurut Nik Safiah Karim, et.al, (2002) frasa kerja (FK) ialah binaan yang boleh terdiri
daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja tersebut boleh
merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir
bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti
diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
Di bawah ini diberikan beberapa contoh ayat berdasarkan artikel yang mempunyai frasa
kerja.
Frasa kerja Ayat
mengejar pembangunan

1. Keutamaan mengejar pembangunan kebendaan telah
melalaikan sebahagian besar masyarakat pada hari ini
tentang nilai hidup.
dapatlah penulis
katakan,amalan pertuturan
2. Berdasarkan maksud tersebut, dapatlah penulis katakan
bahawa kesantunan berbahasa merupakan amalan
pertuturan yang mencerminkan nilai keperibadian yang
tinggi si penutur.
mengungkapkan kata-kata 3. Lihat sahaja cara pengguna laman sosial seperti
Facebook,Twitter,Youtube,dan blog mengungkapkan kata-
kata pada laman tersebut.

Ayat-ayat di atas merupakan ayat-ayat majmuk yang mempunyai frasa kerja.
Berdasarkan contoh-contoh di atas, dapatlah dilihat bahawa setiap frasa kerja tersebut
mempunyai kata kerja untuk menyokong ia berdiri sendiri. Jelaslah bahawa frasa kerja, seperti
juga frasa nama, merupakan satu binaan yang kompleks.
Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Kata
inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang
dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur.
Frasa adjektif Ayat
semakin
dilupakan
Kesedaran tentang peri pentingnya amalan kesantunan berbahasa dalam
kehidupan manusia semakin dilupakan.
Perasaan
sedih,
gembira,
marah .
Antaranya termasuklah berkenalan, berhubung dengan rakan lama,saudara
mara,membina rangkaian perniagaan, menyampaikan maklumat,
menyebarkan ilmu serta meluahkan perasaan sedih,gembira,marah dan
protes.
kasar,biadab Bagi tujuan untuk meluahkan perasaan marah pula,tentu sahaja kata-kata
keji,cacian,umpatan dan makian yang menggunakan perkataan kasar dan
biadab menjadi pilihan pengguna laman sosial.
Begitu lantang Jika kita imbau kembali suasana semasa prapilihan raya dan pasca
pilihanraya ke-13 negara ini, pengguna laman sosial di Malausia begitu
lantang mengutuk individu, parti politik, pihak media,dan pihak Suruhanjaya
Pilihan Raya.

Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi
nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi
nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapam frasa nama. Antara kata sendi
nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah: di,ke,dari,daripada,pada,
kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh,dengan ,tentang,sampai dan sebagainya. Frasa sendi
nama juga boleh,sebgai pilihan, didahului dengan kata bantu.
Contoh frasa sendi nama yang terdapat dalam artikel yang dipetik daripada Pelita Bahasa
keluaran Julai 2013 ialah:
Frasa Sendi Nama Ayat
pada hari Keutamaan mengejar pembangunan kebendaan telah melalaikan
sebahagian masyarakat pada hari ini tentang nilai hidup yang
dapat mengisi pembangunan kerohanian dalam diri mereka.
dalam buku.kepada
pihak,
Menurut Awang Sariyan dalam buku Santun Berbahasa secara
umumnya merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan
dan beradab, memancarkan keperibadian yang mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman
bicaranya.
ke seluruh dunia Melalui gaya hidup sebegini, penjual barangan boleh memasarkan
jualan ke seluruh dunia dan menikmati keuntungan yang berlipat
kali ganda.
di negara Secara tidak langsung seluruh masyarakat di negara ini dapat
menilai tentang keperibadian individu tersebut melalui perbuatan
yang mengabaikan adab dan kesopanan.
Oleh pengguna Amalan kesantunan berbahasa bukan sahaja tidak digunakan oleh
pengguna laman sosial,malah penggunaannya dalam pelbagai
urusan rasmi seperti mesyuarat
,forum,wacana,dialog,taklimat,kuliah atau pengajaran ,ceramah
atau penulisan surat rasmi turut diabaikan.
Berikut diberikan contoh-contoh lain yang menggabungkan frasa nama dan frasa kerja
berdasarkan artikel yang dipetik daripada majalah Pelita Bahasa keluaran Julai 2013.
Frasa Nama Frasa Kerja
Kemajuan teknologi telah membantu manusia
Kesantunan berbahasa secara umumnya merujuk kepada
penggunaan bahasa yang baik.
Mereka telah mencipta teknologi komunikasi

Di bawah ini pula beberapa contoh ayat hasil gabungan beberapa frasa
Kemajuan teknologi (frasa nama) telah membantu manusia (frasa kerja)
Mereka (Frasa nama)

Telah mencipta teknologi komunikasi(frasa
kerja)
Kita semua (frasa nama) Sedia maklum (frasa adjektif)
Seluruh masyarakat di dunia (frasa nama) Boleh berkomunikasi antara satu sama
lain(frasa kerja)

5.0 Definisi klausa
5.1 Klausa ialah satu unit rangkaian kata yang mengandungi subjek dan predikat
yang menjadi konstituen kepada ayat.
5.2 Dalam binaan ayat ,klausa merupakan ayat yang membentuk ayat majmuk.
6.0 Jenis-jenis klausa
6.1 Klausa terbahagi kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
6.2 Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri. Apabila diucapkan dengan
intonasi yang sempurna,klausa bebas akan menjadi ayat yang lengkap.
6.3 Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat
majmuk,klausa tak bebas dipancangkan ke dalam klausa utama.










Contoh klausa bebas dan tidak bebas berdasarkan petikan yang dilampirkan ialah:
Klausa bebas Klausa tak bebas
1. Anak-anak tersebut akan terdorong ke arah
kebaikan.
Kerana mereka sentiasa terdedah dengan
suasana dan amalan mulia yang dipamerkan
oleh ahli keluarga.
2. Mereka akan berasa rendah diri Jika tidak melontarkan sepatah dua kata dalam
bahasa Inggeris ketika bermesyuarat.
3. Kemajuan teknologi telah membantu
manusia
Untuk mencapai kemajuan kebendaan dengan
lebih mudah serta dalam tempoh masa yang
singkat.

Ketiga-tiga ayat tersebut mempunyai klausa bebas dan tidak bebas dengan
penggunaan kata hubung yang berlainan.Ayat (1) menggunakan kata hubung kerana,
dengan, dan ,yang. Manakala ayat (2) menggunakan kata hubung jika, ketika. Ayat (3 )
pula menggunakan kata hubung untuk,dengan dan yang.




KLAUSA

Klausa bebas
Boleh berdiri sendiri
Klausa tak bebas
Tidak boleh berdiri
sendiri dan sering
dipancangkan.

Jenis-jenis Ayat
7.0 Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa yang terdiri daripada satu subjek
dan satu predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian
ayat yang menerangkan subjek.Ayat ayat tunggal seperti ayat-ayat jenis lain juga ,terbit
daripada ayat dasar. Binaan ayat dasar mempunyai konstituen subjek yang mendahului
konstituen predikatnya. Binaan ayat yang tunggal menyamai binaan ayat dasar,iaitu
terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
Contohnya seperti dalam jadual berikut:

Subjek


Predikat

Encik Ahmad


pensyarah

Bangunan itu


tinggi sekali

Mereka

berkumpul di dewan


Jika dilihat dalam petikan dari majalah Pelita Bahasa yang dilampirkan, terdapat
beberapa contoh ayat tunggal. Antaranya ialah seperti berikut :
subjek Predikat
Ibu bapa

merupakan guru pertama dalam kehidupan
anak-anak.
Orang ramai harus menyedari kepentingan kesantunan
berbahasa.
Seluruh masyarakat Boleh berkomunikasi antara satu sama lain.
Ketiga-tiga ayat di atas,konstituen subjek ayat tunggal yang digunakan ialah frasa nama
iaitu ibu bapa, orang ramai dan seluruh masyarakat.Frasa nama ini pula terbina daripada kata
nama am


Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau
lebih,dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya
ayat baharu.








Berikut diberikan penerangan tentang jenis-jenis ayat majmuk dan analisa ayat berdasarkan
petikan daripada majalah Pelita Bahasa keluaran Julai 2013.
Jenis ayat
majmuk
Keterangan Contoh ayat
Ayat majmuk
gabungan
Ayat yang terdiri daripada
dua ayat atau lebih
dijadikan satu dengan cara
menggabungkan atau
mencantumkan ayat-ayat
tersebut dengan kata
hubung seperti
dan,atau,tetapi,dan
sebagainya.
1.Penjual barangan boleh memasarkan
jualan ke seluruh dunia dan menikmati
keuntungan yang berlipat ganda .
2.Perwatakan dan keperibadian mulia
seseorang individu jelas dapat dilihat melalui
pertuturannya ketika berkomunikasi.
3.Urusan tidak rasmi seperti perbualan
dengan ahli keluarga dan rakan sebaya,serta
urusan jual beli.
Amalan atau komunikasi pada ketika itu tidak
rasmi.
Ayat majmuk
pancangan relatif
Ayat yang menggunakan
kata relatif yang dalam
binaannya.
1.Pengguna pula dapat membeli pelbagai
produk yang bukan hanya terdapat dalam
pasaran negaranya dengan segera.
Ayat Majmuk
Ayat Majmuk
Gabungan
Ayat Majmuk
Pancangan
Ayat Keterangan
Ayat Majmuk
Campuran
Ayat Relatif Ayat Komplemen
2.Amalan kesantunan berbahasa yang
disarankan oleh Islam ini dapat menjamin
keharmonian sesebuah masyarakat.
3.Ternyata kehidupan yang serba segera
dalam zaman kemajuan teknologi ini telah
mempengaruhi sedikit sebanyak amalan
kesantunan berbahasa dalam kalangan
masyarakat.
Ayat majmuk
pancangan
komplemen.
Ayat majmuk pancangan
komplemen ialah ayat yang
dihubungkan dengan kata
komplemen untuk dan
bahawa.
Terbahagi kepada 4 iaitu:
-Ayat komplemen frasa
nama subjek.
-Ayat komplemen frasa
nama objek tepat.
-Ayat komplemen frasa
kerja.
-Ayat komplemen frasa
adjektif.
1.Keadaan ini telah menggambarkan
bahawa pengguna bahasa tidak mematuhi
peraturan bahasa dari sudut peraturan
linguistik,iaitu yang berkaitan dengan sistem
bahasa.
2.Kita semua sedia maklum bahawa laras
bahasa iklan biasanya mudah,ringkas,dan
menarik perhatian pengguna.
3.Gangguan emosi tersebut sering
menimbulkan rasa marah,cemas, tidak puas
hati,memberontak,dan pelbagai sikap negatif
yang akhirnya akan menerbitkan kata-kata
yang tidak sopan untuk mereka melepaskan
tekanan yang dirasai.
Ayat majmuk
pancangan
keterangan
Ayat majmuk pancangan
keterangan ialah ayat
majmuk yang terbit
daripada satu ayat induk
dan satu ayat kecil atau
lebih yang berfungsi
sebagai keterangan kepada
predikat ayat induk.

1.Kesantunan berbahasa ialah penanda
keimanan kerana antara tanda seseorang
yang beriman ialah dia menggunakan
bahasa yang baik dan penuh santun.
2.Setiap negara yang ingin mencapai
kemajuan kebendaan turut menitikberatkan
pembangunan kerohanian masyarakatnya
agar dapat menjadi benteng kekuatan
negara secara bersepadu.
3.Kemajuan teknologi telah membantu
manusia untuk mencapai kemajuan
kebendaan dengan lebih mudah serta dalam
tempoh masa yang singkat.
4.Mereka akan berasa rendah diri jika tidak
melontarkan sepatah dua kata dalam bahasa
Inggeris ketika bermesyuarat.
Ayat majmuk
campuran
Ayat yang mengandungi
lebih daripada satu jenis
ayat,yakni terdiri daripada
campuran ayat tunggal
dengan ayat majmuk atau
deretan pelbagai jenis ayat
majmuk.
1.Rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap
parti politik tertentu pada ketika itu
membuak-buak dan mereka sangat berani
untuk melontarkan kata-kata kesat bagi
tujuan memperlihatkan keburukan parti
tersebut.


PENUTUP
Pengetahuan dan penguasaan tentang sistem dan tatabahasa dalam bahasa Melayu
adalah penting bagi seseorang guru untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran
. Sistem bahasa Melayu ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dianggap remeh sahaja.
Oleh itu, para guru perlu merebut peluang untuk menambah pengetahuan mengenai
sistem bahasa ini. Ia adalah penting agar penyampaian guru adalah tepat dan jitu. Tanpa
maklumat yang tepat, sesuatu perkara telah menyeleweng daripada fakta yang sebenar.
Setiap bahasa mempunyai sistem dan tatabahasanya yang tersendiri. Kalau ada
persamaan pun, hanya beberapa perkara sahaja. Dengan ini, pemahaman yang mendalam
tentang sesuatu bahasa yang ingin dipelajari adalah amat penting.

S-ar putea să vă placă și