Sunteți pe pagina 1din 9

1.

0 Pendahuluan
Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan dan
kestabilan di negara kita. Pendidikan merupakan pemangkin dan komponen penting untuk
memacu pembangunan negara kita bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Oleh itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu menghasilkan golongan
cendiakawan yang berkualiti hendaklah diberikan penekanan kerana mutu pendidikan secara
langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik,
mampan dan menyeluruh. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada
produktiviti para pendidik mencorak arus mutu pendidikan semasa selari dengan cabaran dunia
global yang memerlukan pendidikan melonjak ke satu tahap yang baru dan tidak hanya selesa
berada di takuk yang lama sebagaimana yang ada sekarang.

Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan, para pendidik
terutamanya para guru adalah orang yang bekerja untuk merealisasikan impian wawasan 2020
negara iaitu untuk menjadi negara yang maju dan setaraf dengan negara-negara maju yang
lain. Para guru perlu bekerja dengan lebih produktif, lebih cekap, lebih kreatif dan mempunyai
akauntabiliti yang tinggi terhadap tugas mereka. Untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik
daripada guru, guru hendaklah boleh melakukan tugas-tugas mereka tanpa tekanan dan tanpa
dibebankan tugas-tugas yang lain. Jika dianalogikan murid sebagai sehelai kain putih yang
perlu dicorak, maka gurulah pen dan dakwat yang mencorak murid tersebut. Oleh itu, guru
hendaklah meletakkan segala usaha untuk membentuk murid menjadi insan yang pada suatu
hari nanti akan menyumbang kepada kestabilan dan keharmonian negara kita. Tugas untuk
membentuk murid yang sempurna daripada segenap aspek perlu diberi penekanan yang
khusus oleh guru kerana tugas untuk menghasilkan generasi masa hadapan yang mampu
meneraju pembangunan dan perkembangan negara adalah terletak sepenuhnya di bahu guru
dan memerlukan integriti serta akauntabiliti yang tinggi.
Untuk seseorang guru memiliki akauntabiliti dan integriti yang tinggi, guru
memerlukan ciri kepimpinan yang baik untuk memimpin diri sendiri terlebih dahulu dalam usaha
untuk menjadi seorang guru yang memiliki ciri-ciri unggul. Menurut Danielson (2006),
kepimpinan guru bukan hanya terletak kepada kemahiran atau kepakaran mengajar semata-
mata tetapi turut terletak pada kualiti peribadi yang unggul dalam diri serta dapat mempengaruhi
orang lain untuk tujuan yang baik dan positif.

The term teacher leadership refers to...skills demonstrated by teachers who continue to
teach students but also have an influence that extends beyond their own classrooms to others
within their own school and elsewhere (Danielson, 2006)

Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa mengedarkan Surat
Pekeliling ikhtisas daripada semasa ke semasa sebagai garis panduan dan maklumat kepada
warga pendidik melaksanakan tugas, memperjelaskan peraturan sedia ada berkaitan
pengurusan kurikulum dan aspek profesional lain berhubung pengurusan pendidikan dan
keguruan serta membantu pengurusan sekolah membuat keputusan. Surat pekeliling Ikhtisas
ini adalah sebagai panduan umum kepada para guru untuk menjalankan tugas harian sebagai
guru dan juga sebagai medium untuk guru meningkatkan integriti serta akauntabiliti dengan
mematuhi kandungan surat pekeliling yang diedarkan daripada semasa ke semasa oleh pihak
KPM. Sebarang perlanggaran terhadap surat pekeliling hanya akan membawa kepada kesan
yang negatif dan pada masa yang sama akan meletakkan integriti serta akauntabiliti seseorang
guru dipersoalkan oleh masyarakat. Guru merupakan public-figure yang tindak-tanduknya
sentiasa diperhatikan oleh masyarakat dan sebarang perlakuan guru yang tidak beretika akan
memberi kesan negatif kepada profesion perguruan. Pada masa yang sama, ianya turut akan
meninggalkan tanda tanya yang besar tentang kemampuan guru untuk menjalankan tugas di
sekolah dalam membentuk generasi baru yang akan meneraju pembangunan negara pada
masa akan datang apabila guru mencerminkan sikap yang tidak baik apabila berdepan dengan
masyarakat sekeliling.

2.0 Isu dan Sebab Berlakunya Ketidakpatuhan Dalam Kod Etika Perguruan


3.0 Kemungkinan Yang Berlaku Pada Seseorang Guru Yang Gagal
Mematuhi Etika, Akauntabiliti dan Integriti Profesion Perguruan
Apabila menyentuh berkaitan dengan aspek ketidakpatuhan ini, tentu sekali kita akan
menyentuh berkaitan dengan etika keguruan khasnya dan etika amnya. Mengapakah etika
begitu penting dalam dunia pendidikan dan pengurusan pendidikan? Guru telah diberi
tanggungjawab yang besar untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab mendidik anak
bangsa Negara yang pada suatu hari nanti akan menjadi tunjang kepada pembangunan
Negara. Penekanan terhadap nilai dan etika perkhidmatan awam yang paling sesuai ialah
dengan memastikan bahawa penjawat awam seperti guru memahami konsep tanggungjawab
dan turut menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab (Mohd Tap et al,1999).
Profesionalisme guru pada hari ini agak tergugat dengan pelbagai pendedahan dari pihak
media massa tentang kelemahan sistem pendidikan dan secara tidak langsung mengugat
ketokohan seseorang guru di mata masyarakat Negara ini. Oleh itu, integriti dan akauntabiliti
seseorang guru kini dipersoalkan oleh masyarakat Malaysia yang sentiasa meletakkan isu
berkaitan dengan guru sebagai isu umum utama yang seringkali menjadi bualan hangat di
tempat kerja dan ketika berbual dengan rakan di luar waktu kerja. Apabila guru mula
dipersoalkan kemampuannya, adakah kita masih boleh dianggap profesioanal?
Integriti dan akauntabiliti guru merupakan kualiti unggul dan
kebertanggungjawaban yang perlu dipikul oleh guru untuk meningkatkan martabat professional
perguruan di mata masyarakat sekeliling. Jika dilihat pada Pelan Integriti Nasional (PIN) yang
dikeluarkan pada tahun 2004 oleh Institut Integriti Malaysia, Integriti turut merujuk kepada etika
dan nilai-nilai etika. Oleh itu, adalah menjadi akauntabiliti seseorang penjawat awam untuk
meletakkan kualiti diri yang unggul sepanjang masa bagi menjaga nama baik profesion
perguruan. Perlakuan yang tidak beretika sebenarnya berpunca daripada diri sendiri dan untuk
mengatasi masalah tersebut, seseorang guru hendaklah berani untuk berubah dan meletakkan
kepentingan perkhidmatan awam dan profesion perguruan melebihi kepentingan peribadi.

Kerajaan telah menekankan amalan etika yang baik dan integriti dalam
Perkhidmatan Awam. Antaranya ialah Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran
(1983), Pendekatan Islam Hadhari (2002), Rancangan Malaysia Kesembilan RMK9 (2006-
2010), Kempen Nilai-nilai Murni dan Budi Bahasa (2008), Pelan Integriti Nasional (PIN) (2008),
Penubuhan Institut Integriti Malaysia, Ikrar Aku Janji, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam,
Wawasan 2020, Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar Kualiti, Piagam Pelanggan Perkhidmatan
Awam dan lain-lain lagi. Ternyata Kerajaan amat komited untuk meningkatkan integriti dan
akauntabiliti guru namun persoalan yang akan timbul ialah sejauh mana diri guru itu sendiri
mahu berubah dan memikul integriti serta akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.
Senario ketidakpatuhan terhadap Surat Pekeliling merupakan contoh mudah
tindakan guru yang boleh mengakibatkan integriti dan akauntabiliti profesion perguruan
dipertikaikan oleh masyarakat setempat. Guru dilarang merokok di sekolah kerana sekolah
merupakan kawasan larangan merokok namun masih terdapat segelintir guru yang tidak
mengendahkan larangan ini. Ini menunjukkan bahawa guru-guru seperti ini tidak memiliki
integriti seperti yang dituntut dalam Pelan Integriti Nasional (PIN). Oleh itu, guru seharusnya
berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan nama
yang tidak baik terhadap profesion perguruan. Perkara ini turut terkandung dalam Kod Etika
Profesion Keguruan perkara (J) iaitu guru tidak seharusnya bertindak sedemikian rupa yang
boleh menjatuhkan darjat profesion perguruan.
Kesimpulannya, ketidakpatuhan guru terhadap arahan yang dikeluarkan melalui
Surat Pekeliling akan menjejaskan akauntabiliti dan integriti guru dalam tempoh masa yang
panjang dan kepercayaan masyarakat akan turut berkurangan terhadap guru. oleh itu, komuniti
guru harus sentiasa berusaha untuk menjaga prestasi dan nama baik profesion perguruan serta
dalam masa yang sama, sentiasa berusaha untuk meningkatkan integriti, akauntabiliti,
produktiviti dan kualiti perkhidmatan yang diberikan untuk memacu pembangunan dunia
pendidikan Negara.

4.0 Hubungkait Teori Kepimpinan Guru Dalam Membantu Guru Menjadi Pemimpin Yang
Berkesan
uru merupakan public-figure yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat dan sentiasa sahaja
isu yang berkaitan dengan guru dibincangkan dengan hangat di kedai-kedai kopi dan pejabat
jabatan lain. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa menjaga perlakuan mereka terutamanya apabila
berhadapan dengan masyarakat kerana guru akan sentiasa menjadi buah mulut masyarakat
yang selama ini meletakkan tugas untuk mendidik anak bangsa di bahu guru-guru. Untuk
menjadi guru yang baik, guru memerlukan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian untuk
memimpin bukan sahaja murid tetapi untuk memimpin diri sendiri.
Secara asasnya, guru boleh memimpin diri sendiri untuk melakukan perkara yang
mudah untuk dilakukan. Sebagai contoh, mematuhi kod etika profesion keguruan yang sudah
digunapakai sejak sekian lama sebagai panduan untuk menjaga tahap profesionalisme
perguruan. Dengan ini, guru akan mampu menjadi pemimpin untuk diri sendiri di samping dapat
menjadi panduan dan pimpinan untuk rakan sejawat lain di sekolah. Guru yang mampu untuk
memimpin rakan-rakan guru yang lain boleh dikenali sebagai guru pemimpin di sekolah. Guru
pemimpin juga dikehendaki di masa lain bagi memotivasikan rakan-rakan sejawat supaya
membuat pembelajaran inovatif serta melaksanakan tugas dengan cara yang lebih baik dan
berkesan (Busher & Harris, 2000; Day, et al, 2007).
Jika menyentuh kepada gaya kepimpinan yang dikehendaki untuk membentuk guru-
guru di sekolah, antara gaya kepimpinan sering digunakan adalah autokratik, demokratik,
laissezfaire, birokratik dan karismatik (Owen,1970). Gaya kepimpinan ini merupakan yang biasa
digunakan oleh guru besar dan guru-guru dalam mentadbir sesuatu organisasi seperti sekolah,
kelab akademik, persatuan dan kelab permainan. Oleh itu, gaya-gaya kepimpinan ini
merupakan cara guru mentadbir dan mengurus di sekolah untuk melancarkan perjalanan
pengurusan di sekolah. Sesetengah guru selesa untuk menggunakan cara demokratik bersama
pelajar manakala ada juga guru yang lebih selesa bersifat autokratik untuk mengelakkan
banyak kerenah semasa pengurusan. Namun, ciri-ciri kepimpinan merupakan perkara yang
berlainan daripada gaya kepimpinan namun masih tergolong dalam kategori yang sama.
Ciri-ciri kepimpinan guru seperti yang dikatakan oleh Al-Farabi dan Ibnu Khaldun ialah
berpengetahuan luas, berkeyakinan, rajin berusaha dan beberapa lagi ciri-ciri lain yang boleh
digunakan oleh guru untuk mencorak dan mengolah kepimpinan mereka. Antara ciri-ciri lain
kepimpinan yang boleh dicontohi oleh guru ialah ;
i. - Suka bekerjasama
ii. - Peramah
iii. - Penyabar
iv. - Berpendirian
v. - Rendah hati
vi. - Ikhlas dan jujur
vii. - Bertimbang rasa dan
viii. - Tidak membezakan antara pelajar

Daripada perspektif Islam sebagaimana yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali dan Prof. Dr
Hamka, seorang guru haruslah mempunyai kepimpinan yang telus serta tidak mengharapkan
balasan atas apa yang dilakukan. Antara ciri-ciri kepimpinan guru yang diperkatakan oleh
kedua-dua tokoh ini ialah ;
i. - Bertaqwa kepada Allah
ii. - Memiliki ilmu jiwa walaupun sedikit
iii. - Suka mengeratkan hubungan silaturahim dengan orang lain
iv. - Berani atas kebenaran
v. - Berfikir dengan rasional dan bukannya menggunakan emosi dan
vi. - Boleh menerima nasihat dengan hati yang terbuka

Disini, sudah jelas bahawa guru sentiasa memiliki panduan untuk memilih ciri
kepimpinan yang berkenan di hati untuk dijadikan panduan dan semoga dengan adanya ciri-ciri
kepimpinan yang dipelopori oleh tokoh-tokoh di atas, guru mampu untuk memimpin dengan
baik di sekolah.
Guru novice seharusnya memiliki ciri-ciri kepimpinan seperti yang dinyatakan di atas
sebagai panduan untuk menempuh cabaran dunia pendidikan yang pastinya akan semakin
mencabar pada masa akan datang. Untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam
pelanggaran etika dan ketidakpatuhan terhadap pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, guru novice seharusnya memahami ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian
daripada yang dinyatakan di atas sebagai panduan untuk menjadi seorang guru yang benar-
benar memiliki naluri seorang guru. Dengan ciri kepimpinan yang betul, guru novice akan dapat
mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan rakan sejawat yang tidak beretika dan cuba
untuk menghasut guru novice agar tidak terlalu komited dengan tugas dan tanggungjawab yang
perlu dilakukan. Guru novice harus mengambil langkah yang betul untuk mengelakkan masalah
perlanggaran etika berlaku kepada dirinya dalam usaha untuk mengangkat martabat profesion
perguruan ke tahap yang lebih tinggi daripada yang ada sekarang.

5.0 Rumusan
Kod etika profesion keguruan merupakan satu panduan yang amat sesuai untuk guru-guru
mengetahui amalan tingkah laku dan nilai kerja yang bersesuaian di sekolah. Kod etika ini
mengandungi tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh guru-guru ketika berada di sekolah dan
kod etika ini sesuai untuk menjadi rujukan para guru daripada semasa ke semasa. Kod etika ini
diwujudkan untuk mengangkat martabat profesion perguruan dan guru merupakan penggerak
kepada usaha menjulang martabat profesion perguruan di Malaysia. Tanggungjawab dan tugas
yang dipikul oleh guru merupakan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat dan guru
haruslah memastikan bahawa martabat profesion yang tertua di dunia ini tidak tercalar kerana
gagal untuk menggalas tanggungjawab yang digariskan dalam kod etika ini.
Akauntabiliti dan integriti dalam dunia pendidikan memainkan peranan yang amat
penting untuk menjulang nama profesion perguruan ke tahap yang lebih tinggi. Kemampuan
guru untuk memahami serta menghayati prinsip akauntabiliti dan integriti, akan membolehkan
guru tersebut dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar sebagai seorang guru. Tahap
profesional guru akan turut meningkat sejajar dengan keperluan guru untuk menghayati konsep
akauntabiliti dan integriti kerana sebagai seorang guru, tanggungjawab yang dipikul adalah
tanggungjawab terhadap murid, ibu bapa, sekolah, rakan sejawat dan profesion perguruan.
Kegagalan guru untuk memahami dua konsep penting ini akan merugikan bidang pendidikan
kerana pada dunia hari ini yang serba moden serta mencabar, guru perlu sentiasa
memperkemaskan diri dengan cara kerja yang lebih efektif dan mampu bersaing untuk
menaikkan nama profesion perguruan di persada yang lebih tinggi. Guru akan mampu untuk
bekerja dengan lebih produktif sekiranya memahami dengan jelas tugas dan tanggungjawab
yang perlu dipikul sebagai guru dan akan lebih bersedia untuk bertanggungjawab penuh
terhadap amanah yang diberikan kepada guru. Guru yang mengabaikan aspek akauntabiliti dan
integriti hanya akan menjatuhkan nama profesion perguruan dan membuatkan profesion
perguruan dipandang negatif oleh masyarakat sekeliling. Oleh itu, guru harus bekerja dengan
penuh akauntabiliti dan integriti pada setiap masa dan setiap ketika tanpa perlu terlalu berfikir
tentang balasan dan ganjaran.
Aspek ketidakpatuhan yang berlaku terhadap Surat Pekeliling di sekolah adalah sesuatu
yang amat merisaukan kerana surat pekeliling merupakan medium untuk Kementerian
Pelajaran Malaysia mengeluarkan arahan yang perlu dipatuhi oleh guru-guru di sekolah. Jika
terdapat ramai guru yang tidak mematuhi apa yang terkandung di dalam surat pekeliling, ianya
pasti akan mengundang persepsi negatif masyarakat sekeliling terhadap akauntabiliti dan
integriti guru di sekolah. Meskipun guru hanya insan biasa yang turut melakukan silap dan
salah, namun ianya bukan alasan untuk guru tidak berusaha untuk menuruti apa yang
termaktub di dalam surat pekeliling yang diedarkan ke sekolah. Guru perlu sentiasa merujuk
kepada kod etika dan memahami tugas yang perlu dijalankan di sekolah kerana pendidikan
merupakan salah satu tunjang penting dalam mencapai hasrat untuk menjadi Negara maju
menjelang tahun 2020. Terapkan integriti dalam tugasan harian dan nescaya, akan mendapat
balasan di akhirat kelak.
Ciri-ciri kepimpinan yang patut dimiliki oleh guru novice untuk terus berjuang di dalam
dunia pendidikan merupakan satu isu yang menarik untuk diketengahkan dengan lebih terbuka
kerana ciri kepimpinan yang sesuai dan bertepatan akan membentuk guru novis menjadi
seorang guru yang berjiwa guru dengan sempurna dan semulajadi. Guru novice memerlukan
ciri kepimpinan yang tepat sebagai panduan untuk terus membentuk peribadi diri bersesuaian
dengan ciri-ciri guru yang cemerlang bagi menabur bakti kepada anak bangsa. Tanpa ciri
kepimpinan yang tepat, guru novice akan hilang panduan serta mudah untuk terjerumus ke
dalam zon selesa menjadi seorang guru yang hanya mengajar umpama melepas batuk di
tangga.
Kesimpulannya, dunia pendidikan masa kini penuh dengan pelbagai cabaran dan
rintangan yang perlu dihadapi oleh guru dalam usaha mengangkat martabat profesion
perguruan ke tahap yang tertinggi. Oleh itu, dengan mengenggam erat konsep akauntabiliti dan
integriti serta berpandukan kod etika profesion keguruan, usaha murni tersebut akan dapat
dicapai berbekalkan azam dan tekad yang kuat untuk menjayakannya. Semoga pada masa
akan datang, profesion perguruan akan melangkah setapak lagi untuk mendaki puncak
kegemilangan yang diidamkan.



6.0 Penulisan Reflektif

Senarai Rujukan -
Lampiran -

S-ar putea să vă placă și