Sunteți pe pagina 1din 26

T1A1

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS





TAJUK KAJIAN
PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH
PEMBELAJARAN















PENDAHULUAN
Sejarah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia telah bermula sejak awal tahun 1920an di kalangan
sukarelawan yang membuka sekolah- sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang
upaya penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia pendidikan Khas formal bermula
pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess
Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah
Persekutuan kanak-kanak pekak ditubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak
pekak. Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai
kemahiran membaca,menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada
tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran
bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan
memulakan kelas perintis di sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur, di
mana tumpuan diberi kepada kanak-kanak buta, pekak dan bermasalah
pembelajaran.
Kerajaan telah berusaha untuk memperkembangkan program Pendidikan Khas,
di antara peristiwa penting yang mempengaruhi perkembangan ini ialah dalam
Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap
individu mendapat pendidikan.Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan
Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailand yang
menekankan kepada keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya
menuntut perhatian khusus.Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan
persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya
sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. Pada tahun 1959,
Pertubu8hasn Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-
kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak anak-anak istimewa iaitu
mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut
kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang boleh. Dasar
mengenai pendidikan Khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961.
Dalam Bahagian 1 (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna
sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang




kurang upaya. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan
Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa
kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan
pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut.; Dengan adanya kesedaran
bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidi9kan kanak-kanak
cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya
tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya
pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam
memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. Mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan Pebdidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan
memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji
dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang
upaya.Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian
Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini
Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian
Buruh. Pada amnya,Jawatankuasa ini menetapkan tanggungjawab Kementerian
Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan,bermasalah
pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal ) yang boleh
dididik.Ia juga menetapkan tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat
terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal
sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastic.Kementerian Kesihatan juga
bertanggungjawab untuk m,engenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-
kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.
Sebelum tahun1995, pendidikan khas dikendalikan oleh unit Pendidikan Khas
yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah,Kementerian Pendidikan Malaysia yang
dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendid9ikan khas negra.Unit ini
dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua
Penolong Pengarah.Apabila berlaku penstrukturan baru pada 1 Oktober tahun 1995,
Unit Pendidikan khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya
sama dengan status jabatan-jabatan lain. Hal ini membolehkan Jabatan ini
menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan
masyarakat, Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas.




Halatuju Pendidikan Khas di Malaysia
Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk
khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai
kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek pengajaran
dan pembelajaran,latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan
rumah,hospital dan institusi.Kurikulum untuk Pendidkan Khas ini juga sebahagian
daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi
keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami jenis kecacatan atau
kurang upaya itu. Terdapat berbagai definisi tentang Pendidikan Khas. Contohnya
seperti Sang (2000) menyatakan bahawa Pendidikan Khas ialah pendidikan yang
yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran kerana
masalah penglihatan,pertuturan dan pendengaran serta masalah dalam
pembelajaran atau pun murid-murid yang pintar-cerdas yang memerlukan pendidikan
yang lebih mencabar. Manakala Jabatan Pendidikan Johor telah mendefinisikan
Pendidikan Khas ialah golongan yang memerlukan penekanan kepada
kebolehan,kefungsian,kemahiran,perkembangan individu murid dan pelajar terhadap
penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran pengembangan
(development skills).
Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi murid-
murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran
muilai bulan Julai 1962.Di bawah rancangan percantuman dengan pendekatan
Pendidikan Inklusif,iaitu murid-murid yang bermasalah tersebut belajar bersama
murid-murid normal di dalam kelas yang sama(Sang 2000).Mereka diajar oleh guru
yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program Pendidikan
Khas.Individu yang berkeperluan Khas ini boleh diklasifikasikan dalam beberapa
masalah seperti:
Bermasalah atau kurang upaya pendengaran(hearing impairment)
Bermasalah atau kurang upaya penglihatan(visual impairment)
Bermasalah pembelajaran (learning disabilities)
Bermasalah kerencatan akal(mental retardation)




Bermasalah tingkah laku atau emosi(behavioral disorders & emotional
disturbance)
Bermasalah pertuturan atau bahasa (speech or language impairment)
Bermasalah pintar- cerdas (gifted & creativity)
Bermasalah kurang upaya fizikal (physical disabilities)
Bermasalah kesihatan (health impairment
Pelbagai masalah (multi problem)
Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas, ia menekankan kepada
kebolehan,kefungsian,kemahiran,perkembangan,penguasaan dan pencapaian
kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental
skills).Pendekatan baru menolak pendekatam tradisi yang menekankan kecacatan
dan ketidakbolehan (medical deficit model) Penguasaan dan pencapaian dalam
kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan
seseorang murid dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan
kognitif,perkembangan tingkahlaku sosial atau,perkembangan kemahiran
sosial,penguasaan bahasa lisan atau pertuturan,penguasaan membaca,kemahiran
matematik,kemahiran pertumbuhan asas manusia,kemahiran berdikari,kemahiran
keusahawanan,kebolehan penglihatan dan yang terakhir kebolehan pendengaran.
Halatuju pendidikan khas adalah untuk memartabatkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di mana program Sekolah Integrasi Pendidikan Khas bermasalah
pembelajaran telah diwujudkan sejak tahun 1988, manakala peringkat sekolah
menengah pada tahun 1995.Penubuhan Sekolah Integrasi Pendidikan Khas
bermasalah pembelajaran ini selaras dengan usaha Jabatan Pendidikan Khas (JPK)
dalam menyediakan kemudahan pendidikan bagi murid bekeperluan khas sejajar
dengan deklarasi Antarabangsa yang telah Malaysia tandatangani. Pada
keseluruhannya deklarasi ini menyarankan agar negara negara di dunia yang
menjadi kanak-kanak cacat sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara
serta menyarankan agar kanak-kanak tersebut diberi hak samarata dalam
pendidikan dan ibubapa mereka diberi hak menentukan jenis pendidikan sesuai
untuk anak mereka.




Dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Khas agar ianya sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan Khas telah diberi penekanan pada
dua peringkat,iaitu peringkat rendah dan peringkat menengah.Peringkat rendah
bermula dari Pra sekolah hingga sekolah rendah.Pada peringkat ini kanak-kanak
keperluan khas diberi penekanan kepada kebolehan murid berdikari dan mampu
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri.Di peringkat Pra Sekolah
murid-murid yang berumur tidak kurang dari 5 tahun disahkan oleh pengamal
perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain merupakan syarat
kemasukan ke program Pendidikan Khas. Bagi kemasukan sekolah rendah pula
,kanak-kanak berumur 6 hingga 14 tahun ,disahkan oleh pengamal perubatan dan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.Di peringkat sekolah menengah kanak-
kanak berumur 13 hingga 19 tahun dan disahkan oleh pengamal perubatan serta
mampu mengurus diri sendiri. Pendidikan di sekolah menengah pula lebih
menekankan kepada kemahiran murid-murid supaya dapat melahirkan insan yang
berkemahiran,berhaluan serta dapat membezakan perkara baik dan
buruk,seterusnya berupaya menyedari kemampuan diri sendiri. Latihan dan
pendidikan yang diberi diperingkat sekolah mampu melahirkan murid yang berjaya
hingga ke Institusi pengajian Tinggi.
Pertambahan kesedaran masyarakat terutamanya ibubapa yang mempunyai anak
yang bermasalah dalam pembelajaran dan disertakan rasa tanggungjawab seorang
guru untuk melahirkan dan membentuk kanak-kanak ini seperti rakan sebaya mereka
yang normal. Dengan rasa tanggungjawab inilah guru merancang pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid berkeperluan Khas. Kerjasama
dan sokongan yang padu dari semua pihak iaitu pentadbir,guru dan ibubapa
diharapkan akan dapat menjadikan program Integrasi Pendidikan Khas bermasalah
ini lebih berjaya dalam usaha untuk melahirkan kanak-kanak yang boleh berdikari
dan boleh menghadapi hidup sebenar diluar lingkungan sekolah.Di sini jelaslah
bahawa hala tuju sebenar untuk golongan berkeperluan khas ini adalah untuk
menyediakan diri,menyambung hidup di dunia luar sekolah yang memperlihatkan
kecacatannya pada masyarakat atau komuniti, di mana golongan ini amat
memerlukan sokongan dan persediaan yang cukup untuk mengharungi perjalanan
hidup.





Bagaimana Falsafah Pendidikan Khas dapat diselaraskan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat utama Pendidikan Khas adalah untuk melahirkan insan yang
berkemahiran,berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ,yang
mahukan sistem pendidikan di negara kita yang boleh melahirkan pelajar yang
seimbang,Falsafah Pendidikan Khas juga mempunyai matlamat yang hampir sama
iaitu: Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-
keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang
berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang,mengurus kehidupa sendiri,
boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.
Tidak semua kanak-kanak dilahirkan sempurna, terdapat juga kanak-kanak istimewa.
Kanak-kanak ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja,malahan mereka wajar diberi
pendidikan.Walau bagaimanapun disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka
pendidikan yang diberikan kepada mereka agak berbeza yang mana ianya disebut
sebagai Pendidikan Khas.
Jika difahami secara mendalam Falsafah pendidikan khas kaitannya amat jelas
dengan proses normalisasi kanak-kanak pendidikan khas. Mempunyai matlamat
yang hampir sama dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana mereka
menjuruskan untuk mendidik kanak-kanak dan mempastikan mereka dapat
mempelajari,menguasai pemgetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka
merancang dan meguruskan kehidupan sendiri sama seperti individu normal yang
lain. Tujuan normalisasi adalah untuk meningkatkan peluang-peluang penyesuaian
yang sihat dalam masyarakat oleh individu yang kurang upaya. Faktor-faktor
normalisasi banyak dipengaruhi dari ibu bapa,kurikulum sekolah dan juga
masyarakat.Ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting di dalam
membentuk dan mempengaruhi sikap dan kebiasaan diri kanak-kanak istimewa ini.




Keperluan kanak-kanak khas berbeza daripada kanak-kanak sebaya dengan dalam
beberapa aspek,malah mereka juga mempunyai perbezaan dalam pola
perkembangan masing-masing.
Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi kesinambungan program yang
bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak
berkeperluan khas dalam persekiratan biasa.Selain daripada itu, usaha-usaha
berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek
perkembangan kanak-kanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-
kanak khas dan tanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada matlamat dan
objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan
sistem persekolahan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperseimbangkan
peluang-peluang pendidikan antara murid-murid istimewa dengan murid-murid
normal dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, pembelian peralatan
khas, perkhidmatan khidmat sokongan kakitangan bukan guru, peluang-peluang
kenaikan pangkat, juruteknik audiologi pendidikan (educational speech therapist),
orientasi dan mobility pendidikan (Orientation and Mobility Instructor) dan psikologi
pendidikan (Educational Psychologist) dan sebagainya merupakan objektif
Pendidikan Khas. Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas
melalui dua pendekatan:
I. Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran
II. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah
pembelajaran,bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.Ia
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah
menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaranj secara pengasingan dan separa inklusif.
Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala
menengah adalah 5 tahun.Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum
sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar
berkenaan(Jabatan Pendidikan Khas 2004). Di bawah Kementeria Pendidikan




Malaysia,terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah
penglihatan dan dua puluh lima sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah
pendengaran. Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan
ialah 337 berbandingt dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah
pendengaran. Terdapat kira-kira 99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar
bermasalah penglihatan berbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang
mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara. Secara umumnya,
pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan khas
yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70 peratus terdiri daripada
pelajar bermasalah pembelajaran, 25 peratus bermasalah pendengaran dan 5
peratus bermasalah penglihatan.
Bagi memenuhi harapan bangsa dan negara untuk melahirkan pelajar yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani serta membentuk
masyarakat penyayang seperti yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan wawasan 2020, Kementerian Pendidikan dalam usahanya
merealisasikan konsep pendidikan untuk semua telah menyediakan peluang dan
perkhidmatan pendidikan bagi murid-murid keperluan khas . Pendidikan bagi murid-
murid dengan keperluan khas adalah sebahagian daripada perancangan dan
pelaksanaan sistem pendidikan negara.Murid-murid dengan keperluan khas diberi
pendidikan menggunakan kurikulum yang sama dengan murid-murid normal dan
pengubahsuaian kurikulum dibuat di mana perlu di dalam kelas dan disokong
dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik agar murid-murid ini
mampu memperolehi pencapaian yang optimum. Untuk mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas yang mempunyai matlamat
yang hamper sama, sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi
semua jenis kanak-kanak belajar bersama,tanpa menira kekurangan dari segi
fizikal,intelek,emosi dan lain-lain.Perubahan sikap dan pandangan positif masyarak
kepada golongan khas amat diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam
masyarakat. Sudah lama diskriminasi kepada golongan berkeperluan khas wujud
kerana kegagalan masyarakat menyedari akan bakat dan potensi golongan
ini.Masyarakat perlu berusaha bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan
golongan berkeperluan khas.Adalah tidak wajar bagi masyarakat mengharapkan




semata-mata perubahan serta penyesuaian daripada golongan berkeperluan khas
menurut segala kehendak masyarakat.
Sejauhmanakah pelaksanaan FPK bagi program Integrasi Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran di sekolah SK Beris Kubor Besar.
Program Pendidikan Khas di sekolah ini adalah Program Percantuman
Bermasalah Pembelajaran(KBP). Program ini bermula pada tanggal 16 Jun
2008.Kementerian Pendidikan telah membina bangunan dengan satu bilik darjah
khusus untuk program ini. Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri telah
menghantar dua orang guru khas seorang pembantu dan seorang guru Pendidikan
Islam untuk mengendalikan program ini.Kesemua guru ini adalah guru Pemulihan
Khas yang diberi kursus orientasi mengenai program ini. Mereka adalah:-
I. Pn Asiah bt Yacob (Guru Pendidikan Khas)
II. Pn. Nurhanani bt Mohd Amin (Guru Pendidikan Khas)
III. Pn Roslina bt Abdul Rahman (GPI)
IV. Pn. Rozila bt Ismail (pembantu)
Jumlah murid yang terlibat dengan Program pendidikan Khas ini hanya seramai 15
orang sahaja. Program Integrasi Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Beris Kubor
Besar telah menjalankan program masalah pembelajaran.Program ini melibatkan
pelajar yang seramai 15 orang yang menghadapi masalah seperti Down
sindrom,hiperaktif,celeberal palsy dan slow learner. Kurikulum pendidikan Khas telah
diubah suai mengikut keperluan murid-murid pendidikan khas.Langkah-langkah
pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kemahiran itu boleh diperincikan oleh guru
bagi mengikuti tahap pemahaman murid supaya objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai. Bilangan murid dan jenis masalah adalah seperti jadual
dibawah:
Bil Jenis masalah Jumlah murid
1 Down sindrom 2 orang
2 Hiperaktif 1 orang




3 Celeberal palsy 3 orang
4 Slow learner 8 orang

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menyediakan Kurikulum Khas untuk kanak-kanak keperluan khas ini.Kurikulum ini
terbahagi kepada 4 bidang dan merangkumi beberapa aspek seperti:
1. Bidang Pengurusan kehidupan
Kompenan pengurusan diri
Kompenan Kemahiran manipulative
Kompenan Pengurusan Tingkah Laku
Kompenan Kemahiran Hidup

2. Bidang Akademik Berfungsi
Kompenan Bahasa Melayu
Kompenan Matematik
Kompenan Bahasa Inggeris
Kompenan Multimedia

3. Bidang kerohanian dan Nilai-nilai murni
Kompenan Pendidikan Agama Islam
Kompenan Pendidikan Moral


4. Bidang sosial, Riadah dan Kreativiti
Kompenan Pendidikan Jasmani
Kompenan Pendidikan Seni
Kompenan Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama




Kompenan Sains,Sosial dan Alam Sekitar.
Di Sekolah ini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
Masalahpembelajaran diperkenalkan.KSSR pendidikan khas adalah bersifat holostik,
tidak terlalu ekademik dan tidak membebankan fokus mata pelajaran.
Mata pelajaran Asas 3M ialah
Kompenan Bahasa Malaysia
Kompenan Bahasa Inggeris
Kompenan Matematik
Dalam Bidang pengurusan kehidupan pula ia meliputi:
Kompenan Pengurusan Diri
Kompenan Kemahiran Manipulatif
Kompenan Pengurusan Tingkah Laku
Kompenan Kemahiran Hidup
Pendidikan Seni Kreatif
Pendidikan Islam
Pendidikan Jasmani.
Secara keseluruhannya melalui kajian dan pemerhatian Sekolah Kebangsaan
Beris Kubor Besar telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Khas selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana jadual pengajaran dan pembelajaran
mengikut perincian yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Jumlah
minit belajar untuk semua subjek mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan
oleh jabatan.
Kesimpulannya Falsafah Pendidikan Khas iaitu Pendidikan Khas di Malaysia
adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran,berhaluan, berupaya, beriman, berdikari,mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan
ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan




Kebangsaan. Matlamat untuk melahirkan individu yang boleh berdikari dapat dilihat
dengan jelas apabila tiba waktu makan, mereka sudah diasuh oleh guru dan
pembantu agar makan dalam kumpulan dan mengikut adab-adab makan yang diajar
untuk murid-murid yang normal.



















BIBLIOGRAFI
http;//www.geocities.ws/padeat68/pendidikan_khas.htm
http://www.ceritarasanan2.com/category/pendidikan-khas-learning-d
http://www.otak2sped.blogspot.com/2010_05_01_arenive.
http://www.kulanzsalleh.blogspot.com/2010/02/kaitan-proses-normalisasi
































Semasa sessi pengajaran dan pembelajaran berlangsung

Tekun menulis kerja yang diberi oleh guru









Semasa makan,sudah diasuh sebelum makan bentangkan akhbar sebagai alas.





Bersedia untuk makan dan membaca doa








Pelajar yang terlibat dalam program Pendidikan Khas Integrasi bermasalah
pembelajaran.







Bersama guru guru yang tidak pernah jemu mendidik kanak-kanak khas.


















Carta organisasi pelajar pendidikan khas SKBKB

Carta Organisasi Program Pendidikan Khas Integrasi SK Beris Kubor Besar, Bachok





Papan kenyataan yang mengandungi maklumat penting

Galeri gambar sebagai kenangan,aktiviti yang dijalankan di sekolah





Ruangan hasil kerja murid, amat menarik.


Meja guru dan dokumen-dokumen murid






Ruangan fail murid dan bahan bantu mengajar

Bangunan yang disediakan untuk kelas Pendidikan khas






Barisan guru yang mengajar program Pendidikan Khas Integrasi bermasalah
pembelajaran.

S-ar putea să vă placă și