Sunteți pe pagina 1din 13

HBAL2103 680301035111

1
1.1 2
2.1 3
3.1 3

4.1 -

5
5.1 7

6.1 9
7.1 11
HBAL2103 680301035111



.
.
.
.
.
.
.
"

." .
HBAL2103 680301035111
.

.



1 .

.
.
. .

.
.
2. Kepentingan Kemahiran Mendengar
Mendengar dan bertutur merupakan satu daripada unsur komunikasi yang tertua,
terpenting dan paling kerap digunakan. Namun sebagai kemahiran dalam pembelajaran
bahasa, mendengar dan bertutur merupakan bahagian yang paling kerap diabaikan.
HBAL2103 680301035111
Mendengar dan bertutur merupakan kemahiran yang utama dan pertama dikuasai oleh
kanak-kanak. Dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak didapati bahawa sebelum
perkataan atau bunyi pertama keluar dari mulut bayi, bayi itu telah terdedah lebih dahulu
kepada bunyi bahasa dan bukan bahasa secara sengaja atau tidak sengaja. Hal ini
bermakna bahawa mendengar dan bertutur merupakan asas kemahiran berbahasa. Salah
satu sebabnya ialah mendengar merupakan suatu kemahiran yang paling awal muncul
berbanding dengan kemahiran-kemahiran yang lain. Dari segi urutannya dapat dikatakan
bahawa kanak-kanak akan mendengar lebih dahulu daripada bertutur, bertutur lebih
dahulu daripada membaca dan membaca lebih dahulu daripada menulis (Asmah Haji
Omar, 2004).
Kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat
dibahagikan kepada dua jenis kemahiran komunikasi. Kemahiran mendengar dan
membaca dianggap sebagai kemahiran menerima komunikasi, manakala kemahiran
bertutur dan menulis dikelompok sebagai kemahiran menyampaikan komunikasi.
Kemahiran mendengar dan bertutur menggunakan media lisan (audio-oral), sementara
kemahiran menulis dan membaca menggunakan media tulisan (visual grafik).
Kemahiran mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti,
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum
balas. Tanpa kemahiran mendengar yang baik, sukar bagi murid menguasai kemahiran
berbahasa yang lain. Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran menerima maklumat
secara lisan.

3. KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Terdapat perbezaan maksud pada istilah kemahiran mendengar iaitu pada
perkataan dan . Menurut Taimah (1989), didefinisikan
sebagai satu proses yang aktif kerana melibatkan aktiviti mendengar dengan teliti)
( , pemahaman ) dan penafsiran serta penaakulan ( .).
Manakala perkataan beerti pendengar menggunakan pancaindera telinga untuk
HBAL2103 680301035111
mendengar tetapi tidak memberikan sepenuh perhatian atau tidak berusaha untuk
memahaminya. Dengan kata lain seseorang itu dikatakan tidak mendengar jika tidak
melalui proses mendengar, mendengar dan memahami, mendengar dan membuat
penilaian atau mentafsir maklumat yang didengar.
Kemahiran mendengar biasanya dianggap sebagai satu kemahiran yang diperoleh
secara semula jadi oleh penutur sesuatu bahasa. Anggapan seperti ini menyebabkan
kemahiran ini diabaikan dalam pengajaran bahasa. Tetapi dalam konteks pengajaran
bahasa pada dekad ini, pengajaran kemahiran ini dipentingkan. Kemahiran ini perlu
diajar secara sistematis supaya pelajar berkebolehan mendengar secara berkualiti dan
seterusnya dapat menggunakan hasil pendengaran untuk berinteraksi dengan anggota
masyarakatnya (Yahya Othman, 2005). Kemahiran mendengar merupakan kemahiran
asas dalam proses mempelajari bahasa (Nik Mohd Rahimi 2003). Seseorang pelajar yang
mempunyai kemahiran ini dengan baik, kebiasaannya, dapat memahami maksud serta
membuat tafsiran daripada apa yang telah didengarinya (Kamarudin 1986). Menurut
Taimah (1989), latihan kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa asing atau
bahasa kedua perlu diajar secara berasingan sebelum diikuti dengan latihan kemahiran
berbahasa yang lain seperti latihan kemahiran bertutur, latihan membaca dan latihan
menulis. Ini bermakna kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas yang perlu
diajarkan dan dipelajari oleh para pelajar bermula pada peringkat permulaan
pembelajaran bahasa mereka.
Sebagaimana yang diketahui bahawa kemahiran mendengar adalah melihat
kemampuan seseorang dalam memahami kata atau kalimat yang diucapkan oleh penutur
atau media tertentu. Kemampuan ini sebenarnya dapat dicapai dengan latihan yang terus
menerus untuk mendengarkan perbezaan-perbezaan bunyi unsur-unsur kata (fonem)
dengan unsur-unsur lainnya menurut makhraj huruf yang betul dari penutur aslinya
mahupun melalui rakaman (Chaedar 2011).
Dalam konteks perkembangan kanak-kanak, kemahiran mendengar merupakan
komponen kemahiran berbahasa yang pertama dikuasai oleh kanak-kanak, dan sekaligus
menjadi asas kepada penguasaan semua aspek bahasa manusia dan juga menjadi asas
HBAL2103 680301035111
kepada perkembangan kognitif kanakkanak (Hyslop & Tone 1988). Justeru,
perkembangan kognitif kanak-kanak mempunyai hubungan dengan kemahiran
mendengar. Mungkin sebab itulah,
kanak-kanak yang dilahirkan sebagai kanak-kanak istimewa dari segi deria
pendengarannya akan menghadapi masalah kelewatan dalam perkembangan kognitifnya
dan mengambil masa yang lama untuk menguasai sesuatu disiplin ilmu pengetahuan.
Dalam pada itu, pendengaran merupakan kemahiran
yang paling banyak digunakan oleh setiap individu. Kajian yang telah dijalankan oleh
Sperry Corporation (Martel 1984) mendapati bahawa manusia menggunakan 80 % dari
waktu sedarnya untuk berkomunikasi, dan daripada jumlah itu 45% digunakan untuk
mendengar, 30% untuk bertutur, 16% untuk membaca, dan 9% untuk menulis. Sekaligus,
ini menunjukkan bahawa aspek pendengaran memainkan peranan utama penerimaan
maklumat.
Satu kajian C.M. Feyten (1991) menunjukkan bahawa sebahagian besar
pengetahuan kita diperoleh melalui pendengaran, tetapi kita dapat mengingati hanya lebih
kurang 25 peratus daripada apa-apa yang kita dengar. Mendengar seharusnya merupakan
suatu aktiviti yang aktif dan melibatkan pendengar dari segi mental, iaitu memahami dan
menilai maklumat yang didengar.
Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan
memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai
kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan
fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik
lebih berpotensi menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana
keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses
membaca dan menulis. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan
berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar
yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu
interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan
pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.
HBAL2103 680301035111
Terdapat tiga perkara yang boleh mempengaruhi pemahaman dalam mendengar.
Pertama, pengetahuan tentang sistem bahasa lisan, iaitu tentang sistem bunyi (fonologi),
struktur ayat (sintaksis) dan system makna (semantik). Kedua, teks atau bahan (perkara,
topik maklumat,
cerita, mesej, idea, fakta, berita dan lain-lain) yang didengar. Dan ketiga, pengetahuan
latar belakang, iaitu pengetahuan sedia ada yang ada pada diri pendengar yang berkaitan
dengan teks atau bahan yang didengar (Widdowson, 1983; dan Mazlan Rais, 2000).
Oleh itu, mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara
intensif, terutama semasa pelajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang
terkandung dalam Sukatan
Pelajaran Sekolah Rendah tahun 1983 dan Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah tahun
1988 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983 dan 1988). Aktiviti mendengar perlu
dikuasai kerana penggunaannya yang begitu meluas dalam kehidupan. Dianggarkan lebih
kurang 60% daripada masa pengajaran dan pembelajaran adalah bagi tujuan mendengar .
Menurut Chaedar 2011; proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat
iaitu empat peringkat
1. Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa. Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur
luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu.
2. Memahami bunyi bahasa tersebut. Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan
maksud tertentu.
3. Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Di peringkat ini pendengar menguasai
makna beberapa deretan bunyi, dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna
antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan
satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama.
4. Bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. Peringkat ini hanya akan terlaksana
setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi.

4. FAKTOR PENYEBAB MASALAH DALAM KEMAHIRAN MENDENGAR
HBAL2103 680301035111
4.1 Guru
4.1.1 Latihan guru ( )
Terdapat kalangan guru-guru yang mengajar Bahasa Arab tidak berpengalaman
dan tidak mendapat latihan yang mecukupi untuk mengajar. Kaedah yang
digunakan dalam pengajaran tidak berpandukan kaedah yang sepatutnya.

4.1.2. Beban tugas guru ( )
Dewasa ini guru-guru dibebankan dengan berbagai tugas dan aktiviti sampingan
yang mengorbankan masa guru. Oleh kerana itu guru terpaksa mengabaikan masa
mereka yang sepatutnya digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran yang
berkesan dan dapat menarik minat murid.

4.1.3 Motivasi guru ( )
Terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai motivasi untuk mengajar
disebabkan masalah peribadi dan sebagainya. Oleh kerana itu, mereka melaksanakan
pengajaran secara sambil lewa dan mengabaikan kaedah-kaedah dan teknik
pengajaran yang betul. Ini menyebabkan pengajaran yang dijalankan tidak
mencapai objektif dan kemahiran mendengar tidak mencapai matlamat pengajaran.
Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan
mendengar di kalangan kanak-kanak;

4.1.4 Tabiat guru ( )
Sebilangan guru yang mengamalkan pemikiran lama dan mereka menentang
pemikiran baru yang dianggapnya menyalahi adat kebiasaan. Bagi golongan ini,
setiap yang baru hanya membebankan mereka tanpa mereka menyedari bahawa
setiap yang baru itu sudah melalui proses penambahbaikan.
4.1.5 Kemahiran mendengar tidak ditekan
Guru tidak menekankan kemahiran mendengar di dalam pengajaran mereka.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelajar perlu menguasai kemahiran
HBAL2103 680301035111
mendengar supaya membolehkan mereka menguasai kandungan mata pelajaran yang
disampaikan oleh guru dalam pengajarannya. Keupayaan mendengar yang baik juga satu
kelebihan terutamanya bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran
berlangsung dengan lancar. Untuk mencapai penguasaan bahasa pada tahap yang paling
tinggi ini guru harus memberi penekanan yang sama rata terhadap keempat-empat
kemahiran berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dari segi
amalannya, guru lebih menitikberatkan pengajaran dan latihan pembacaan dan penulisan,
pada hal aspek ini tidak begitu banyak dilakukan oleh pelajar berbanding aspek
mendengar dan bertutur. Ini menyebabkan pelajar ketinggalan dalam kemahiran
mendengar. Jika kemahiran tersebut diajarkan pun, guru tidak menggunakan kaedah dan
teknik yang sesuai. Kebanyakan guru mengajarkan kemahiran tersebut dengan cara
menyuruh pelajar-pelajar mendengar penerangan guru atau bacaan rakan di dalam kelas.

4.2 Murid
4.2.1. Tumpuan murid
Murid tidak menumpukan kepada pengajaran guru menyebabkan kemahiran mendengar
tidak dikuasai oleh murid. Hal ini kemungkinan berkaitan dengan pengajaran guru yang
tidak berjaya menarik minat murid

4.3 Kaedah Pengajaran
4.3.1 Pengabaian bahan dan alat bantu mengajar
Guru masuk ke kelas dengan berbekalkan kata-kata, suara, isyarat, papan tulis dan
kapur sahaja tidak dapat mengembangkan keintelektualan murid dengan berkesan. Hala
ini kerana murid hanya mendengar dan mempelajari sesuatu itu secara abstrak, jauh dan
kabur. Mana mungkin murid hanya mendengar sahaja sedangkan kemahiran bahasa
terutamanya kemahiran mendengar perlu dikuasai dengan bantuan visual dan
pengalaman.


HBAL2103 680301035111

4.3.2 Penyampaian dan suara guru
Guru bercakap terlalu pantas, laras bahasa yang terlalu tinggi atau menggunakan istilah yang
tidak difahami murid menjadi punca kemahiran mendengar tidak tercapai. Masalah juga boleh
timbul sekiranya murid mengalami masalah dari segi kesihatan,misalnya murid yang mempunyai
masalah pendengaran seperti pekak separa, tetapi dimasukkan ke dalam kelas normal. Dari aspek
kecerdasan pula, murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah mengalami masalah untuk
memproses apa yang didengarinya dan tidak mampu memberi respons yang cepat dan betul.

5. Cara Mengatasi Masalah Dalam Kemahiran Mendengar
5.1 Penggunaan alat bantu mengajar
Penggunaan alat bantu dalam pengajaran bahasa bertitik tolak dari teori yang mengatakan
bahawa merangkumi banyaknya ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dimiliki oleh
seseorang. Abd al-Alim (1978) menjelaskan bahawa alat bantu mengajar seperti media sangat
penting kerana dapat membangkitkan rasa senang dan gembira para pelajar dan menarik
minat mereka. Oleh itu, dari aspek penggunaan alat bantu seperti media, kemahiran ini akan
lebih berkesan dan efektif jika alatan seperti pita rakaman, slide video, persembahan power
point dan lain-lain digunakan. Melalui alat bantu ini, isi pengajaran seperti sebutan huruf,
cara pengucapan kalimah, makhraj huruf dan sebagainya dapat disampaikan dengan pelbagai
variasi. Menurut Heinch, Molenda, Russel (1996) jenis alat bantu yang digunakan dalam
pembelajaran kemahiran mendengar iaitu media projek seperti projector slide, OHP
(Overhead Projector), media audio, media gerak, media komputer, komputer multimedia,
hipermedia, media jarak jauh dan media elektronik seperti pita rakaman, television, video
tape, makmal bahasa dan sebagainya (Chaedar 2011).

5.2 Penggunaan kaedah dan teknik yang menarik
Kenneth Beare (2009) berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mendengar merupakan
salah satu tugas yang paling berat kepada para pendidik atau guru. Ini adalah kerana
kemahiran mendengar yang berjaya adalah memerlukan masa dan penumpuan serta
latihan yang banyak. Ini agak mengecewakan para pelajar kerana mempelajari kemahiran
HBAL2103 680301035111
mendengar tidak sama dengan mempelajari tatabahasa. Berbeza dengan kemahiran
bertutur dan menulis yang mempunyai latihan tertentu boleh membantu meningkatkan
kemahiran. Namun demikian, terdapat cara atau teknik untuk meningkatkan kemahiran
mendengar walaupun terdapat kesukaran. Oleh itu, teknik pengajaran kemahiran
mendengar yang berkesan adalah yang meliputi pelbagai aktiviti yang interaktif dari
sumber multimedia. Ia bermula dengan mendengar teks yang mudah, pelbagai aktiviti
menarik yang mana penumpuan lebih utama kepada proses pembelajaran dari hasil
produk.

5.3 Peranan pelajar
Pelajar harus memanfaatkan sepenuhnya kelas-kelas bahasa Arab yang dijalankan dengan
cara mengambil bahagian, memberi pendapat dan bertanya soalan dengan menggunakan
bahasa Arab sekadar yang mampu. Usaha yang berterusan oleh pelajar seperti membuat
kerja rumah yang diberi oleh guru dan membuat ulang kaji tambahan akan dapat
meningkatkan keyakinan pelajar mencapai pencapaian lebih baik dalam kemahiran
mendengar bahasa Arab. Para pelajar juga harus melibatkan diri dalam Persatuan Bahasa
Arab. Kebiasaannya program-program berbentuk pertandingan syarahan, kuiz, menulis
esei dan
sebagainya dianjurkan oleh Panitia Bahasa Arab.

5.4 Peranan guru
Guru bahasa Arab harus memainkan peranan mereka dengan cara memupuk diri
pelajar agar lebih berminat mempelajari bahasa Arab, khususnya menerusi kemahiran
mendengar bahasa Arab. Guru-guru hendaklah membimbing pelajar-pelajar supaya
bertanggungjawab dan mengambil daya inisiatif mempelajari kemahiran mendengar
bahasa Arab dengan belajar sendiri tanpa guru secara perbincangan bersama rakan-rakan
dan menggunakan sumber-sumber pembelajaran yang lain.
Pentadbir sekolah juga boleh memainkan peranan dengan memastikan kemahiran
mendengar bahasa Arab tidak hanya dipelajari di dalam kelas sahaja. Malahan pihak
HBAL2103 680301035111
pentadbir dan para guru bahasa Arab boleh berganding bahu dengan menganjur hari
bahasa Arab yang mana guru bahasa Arab mengaplikasikan penggunaan bahasa Arab
dalam perbualan. Situasi ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk menguasai
bahasa Arab. Metodologi dan pendekatan pengajaran yang menarik harus difikirkan oleh
guru bagi meningkatkan motivasi pembelajaran kemahiran mendengar bahasa Arab
dalam kalangan pelajar yang berpencapaian rendah. Pelajar lemah digalakkan menghadiri
kelas tambahan dan aktiviti pemulihan dan pengayaan harus dilakukan.

5.5 Peranan kerajaan
Dalam pada itu, pihak berwajib seperti kerajaan perlu mengambil langkah
langkah yang membina agar pembelajaran kemahiran mendengar bahasa Arab tidak
dipinggirkan dalam arus globalisasi masa kini yang memartabatkan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua.

6. PENUTUP
Kemahiran mendengar merupakan suatu proses yang aktif merangkumi proses mendegar
dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Malah mendengar
secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua
pancaindera terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal. Justeru itu,
mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan
kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Oleh yang demikian, dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing, kemahiran mendengar
ini amat penting. Dengan kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang
didengar dengan betul dan jelas. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar, aspek alat bantu seperti media merupakan suatu alat bantu yang sangat
penting. Kemahiran mendengar dan bertutur adalah dua aspek paling asas dan penting
dalam kehidupan seharian kita. Dua kemahiran itu perlu dipelajari secara sistematik dan
beterusan di sekolah-sekolah. Namun, kemahiran mendengar dan bertutur di peringkat
sekolah menengah langsung diabaikan akibat sistem pendidikan negara kita yang
HBAL2103 680301035111
berorientasikan peperiksaan. Peperiksaan awam yang hanya menitikberatkan kemahiran
penulisan menyebabkan guru-guru terus mengabaikan kemahiran mendengar dan
bertutur. Keadaan tersebut meninggalkan kesan yang mendalam dari jangka masa
panjang di mana generasi yang dilahirkan tidak mampu menyampaikan idea, pendapat
atau pandangan yang bernas, kreatif dan kritis dengan memuaskan. Justeru kesedaran dan
kerjasama semua pihak sangat penting untuk memandu arah pendidikan negara kita ke
landasan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.


RUJUKAN:
A Chaedar Alwasilah. 2011. Metodologi Pembelajaran Bahasa Arab. Bandung: PT
Remaja Rosdakarya.
Kenneth Beare. 2009. The Challenge of Teaching Listening Skills. Diambil pada 10 Mei
2012 daripada http://esl.about.com/cs/teachlistening/a/a-tlisten.htm. Nik Mohd
Rahimi.2005. Penilaian Kemahiran Mendengar Dalam Kurikulum Bahasa Arab
Komunikasi. Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan, Bangi UKM.

S-ar putea să vă placă și