Sunteți pe pagina 1din 25

BAHAGIAN A

TUGASAN 1 :AUTISME

PENGENALAN
Autisme ialah suatu fenomena yang baru di Malaysia berbanding dengan perkembangan
bidang ini di negara-negara barat.Bidang autisme telah menjadi satu bidang kajian dan
perbincangan apabila Leo Kanner mengemukakan dapatan beliau daripada pemerhatian yang
dilakukan terhadap 11 orang kanak-kanak di Johns Hopkins Hospital, Baltimore, Maryland.
Kanner mendapati kanak-kanak ini mempunyai satu set tingkah laku yang berbeza dan
dinamakan sebagai satu sindrom early childhood autism (Wing 1976). Apakah yang
dimaksudkan dengan autism?Perkataan autism berasal daripada perkataan Greek iaitu auto
yang membawa maksud self atau diri. Eugen Blueler ialah orang yang pertama sekali
menggunakan perkataan autism yang merujuk kurang atau tidak ada perhubungan dengan
orang lain dan dunia luar. Walau bagaimanapun kini istilah autism merujuk developmental
disorder atau masalah perkembangan.Istilah autism dikenali sebagai autisme dalam Bahasa
Melayu.

Apakah definisi istilah autisme?Menurut kamus perubatan, autisme ialah penyerapan dalam
fantasi sebagai pelarian daripada realiti.Definisi ini lebih merujuk kepada tingkah laku yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme. Selain itu menurut Diagnostic and Statistic Manual of
MentalDisorder, 1994 :

Autism is considered to be a pervasive developmental disorder of the brain functions which


prevents a person from organizing and understanding information transmitted by their senses. It
can cause a person to withdraw into own self and can affect social interactions with the outside
world dramatically.

Berdasarkan definisi di atas ternyata bahawa autisme ialah satu fenomena yang serius dan
akan tetap wujud pada mereka yang autisme sehingga akhir hayat walaupunperubahan tingkah
laku yang positif boleh berlaku. Menurut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders
lagi autisme ialah sejenis keadaan ketidakupayaan yang agak serius terhadap perkembangan
yang amat ketara dalam tiga tahun pertama dalam kehidupan seseorang kanak-kanak.Autisme
juga dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat
1

masalah perkembangan emosi.Kadar kejadian autisme ialah 16 kes dalam 10,000 kelahiran
(Rodier 2000).Di samping itu, kemungkinan untuk anak lelaki menjadi autistik adalah empat kali
ganda (4:1)lebih berbanding dengan perempuan.Autisme didapati dalam keluarga daripada
semua etnikdan latar belakang sosial.

SEJARAH
Autisme bukanlah satu fenomena baru bagi dunia ini.Walaupun bidang autisme menjadi topik
popular setelah Leo Kanner membentang kertas kerjanya mengenai autisme pada tahun
1943.Tetapi ternyata ada bukti-bukti sejarah dan perubatan bahawa telah wujud kanak-kanak
yang autistik sejak berzaman lagi. Bukti yang pertama ialah The blessed fools di Russia
.Keistimewaan the blessed foolini ialah kanak-kanak yang dijumpai di hutan atau wild boy.
Mengikut seorang pelawat ke Rusia the blessed Simon meninggal dunia pada tahun 1584.
Pengetahuan mengenai the blessed fools bukan hanya pada peringkat cendekiawan dan cerdik
pandai malah juga diketahui umum sekurang-kurangnyamelalui novel penulisan Dostoevski
yang bertajuk The Idiot. (Frith 1989). Menurut ahli sejarah Challis dan Dewey seorang saksi
mengatakan seorang blessed fools yang bernama Grisha tinggal di bandar Leningrad sebelum
revolusi. Menurut saksi ini (Frith 1989):
He was awesome figure: emaciated, barefoot and in rags, with eye that looked right through
you and long, stagy hair. He always wore chains around his neck Neighborhood children
would sometimes run after him, laughing and calling his name. Older persons, as a rule viewed
Grisha with respect and little fear, especially when suffered one of his periodic seizures and
began to shout and rant. At such time adult bystanders would crowd around listen, for they
believed that the holy spirit was working through him .

The blessed fools yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa mereka mempunyai ciri-ciri
yang menyamai ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak autisme. Bahan bukti yang kedua ialah
penulisan John Haslam seorang doktor yang terkenal.Menurut Haslam seorang kanak-kanak
berumur lima tahun telah dimasukkan di Bethlem Royal Hospital pada tahun 1799.Kanak-kanak
ini dijangkiti demam campak ketika umurnya satu tahun.Menurut ibunya anak ini sihat dan ceria
daripada kebiasaannya ketika umurnya dua tahun.Kanak-kanak ini aktif dan sukar dikawal dan
berjalan ketika dua setengah tahun.Beberapa ciri-ciri yang dilihat pada kanak-kanak ini ialah dia
tidak pernah bercakap sehingga empat tahun.Hanya menangis apabila berpisah dengan
ibunya, tidak suka bermain dengan kanak-kanak lain, bersendirian dan bermain dengan patung2

patung askar.Ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak ini ternyata menyamai ciri-ciri yang ada
pada seseorang kanak-kanak autisme (Wing 1976).
Bukti sejarah yang ketiga ialah kisah yang popular di negara Perancis iaitu The Wild Boy of
Eveyron.Pada tahun 1799 seorang kanak-kanak yang berumur 11 tahun ditangkap di hutan
negara Perancis dan dibawa ke Paris dan ditempatkan di institusi untuk orang-orang pekak.
Kanak-kanak ini diberi nama Victor. Jean Marc Gaspard Itard telah menerimanya dan cuba
mengajarnya dengan menyediakan alat bantu mengajar yang khas dan menjadi pelopor kepada
pendidikan khas (Wing 1976). Dalam pemerhatian Itard, Victor memperlihatkan beberapa ciri
yang abnormal seperti tidak bercakap, menghayun badan ke hadapan dan ke belakang, tidak
menunjukkan perasaan dan pertautan dengan sesiapa, tidak menumpukan perhatian terhadap
sesuatu, tidak memandang objek atau orang dan tiada reaksi walaupun dilepaskan tembakan di
belakang kepadanya tetapi memberi reaksi apabila terdengar bunyi kulit kekacang dipecah
walaupun dipecah dengan perlahan. Di samping itu terdapat juga beberapa ciri lain seperti tidak
suka bermain dengan alat permainan tetapi ketawa apabila bermain dengan air. Victor juga
tidak suka akanperubahan terutamanya dari aspek objek dan susun atur barangannya.
Walaupun begitu Victor menunjukkan daya ingatan yang amat kuat dan juga menunjukkan
reaksi sentuh kain, tangan dan muka mereka yang dikenalinya (Paluszny 1979).Kesemua ciri
yang diperlihatkan oleh Victor juga m enunjukkan persamaan dengan ciri-ciri autisme.

Seterusnya bukti sejarah yang keempat ialah kes Kasper Hauser yang dilahirkan pada 30 April
1812.Kasper mempunyai ketinggian 4 kaki dan 9 inci. Kasper tiba di Nurenberg pada tahun
1828 dengan membawa surat yang memohon ketua askar untuk menerimanya berkhidmat
untuk Raja. Di samping itu Kasper juga terus mengucapkan kata-kata Iwant to be a horseman
like my father was dan mengulanginya berkali-kali seperti telah dilatih berkata. Kasper juga
mempunyai beberapa ciri seperti tidak berupaya untuk berkomunikasi, tidak memahami apa
yang dicakapkan padanya, suka kawasan yang gelap dan suka alat-alat permainan. Namun
begitu, Kasper juga mempunyai keupayaan yang lain seperti berupaya menurut perintah,
menunjukkan minat terhadap aktiviti menulis dan melukis serta mempunyai daya ingatan yang
tinggi (Frith 1989). Dalam kes Kasper ini juga memperlihatkan ciri-ciri yang sama seperti kanakkanak autisme.

Sejarah autisme memasuki era baru sejak Leo Kanner memerhatikan 11 orang kanak-kanak
sejak 1938 dan mendapati mereka mempunyai satu set tingkah laku yang abnormal. Kanner
menamakan tingkah laku ini sebagai satu sindrom early childhood autism pada tahun 1943
3

dengan meminjam perkataan autism yang digunakan oleh Blueler (Wing 1976).Kanner dalam
kertas kerjanya mengemukakan beberapa ciri yang terdapatpada kanak-kanak yang
diperhatikan. Antaranya ialah kanak-kanak ini tidak berupaya untuk berkomunikasi, bersendirian
dalam setiap aktiviti, lebih suka akan alat permainan yang boleh menghabiskan masa berjamjam bermain dengannya, bunyi dan pergerakan yang dilakukan sama setiap kali dan berulangulang, taasub dengan sesuatu dan tidak suka akan perubahan dalam rutin. Di samping itu
kanak-kanak ini juga mempamerkan daya ingatan yang menakjubkan.Dalam era Kanner ini,
terdapat seorang lagi pakar kanak-kanak di Vienna iaitu Hans Asperger.Dalam thesis
kedoktorannya yang telah diterbitkan pada tahun 1944, Asperger telah membincangkan
mengenai empat kanak-kanak yang luar biasa dari aspek dalam kemahiran sosial, bahasa dan
kognitif khususnya pemikiran.Asperger telah menggunakan istilah autistic psychopathy untuk
menerangkan keadaan masalah personaliti.Pada tahun 1981 Lorna Wing telah menggunakan
istilah Asperger Syndrome bagi merujuk kepada tingkah laku yang dikemukakan oleh Hans
Asperger (Artwood 1998). Antara ciri yang dikemukakan oleh Asperger ialah kanak-kanak ini
tidak akan memandang mata, tiada ekspresi, melakukan pergerakan tubuh yang sama berulang
kali, tidak bersemangat untuk belajar, terdapat bidang-bidang tertentu yang diminati dan
membuat perkataan sendiri (Myles & Simpson 1998). Kini terdapat banyak penulis buku
mengenai autisme yang kebanyakannya terdiri daripada pakar kanak-kanak, psikologi, urat
saraf dan sebagainya.
DEFISINI
Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut
Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara
normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia
(NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:
Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30
bulan yang pertama seseorang bayi.Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka
tidak dapat berhubung dengan secara langsung.Mereka juga mempunyai masalah tingkah
laku.Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas.Kerap kali mereka menunjukkan
kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalam seni muzik, rote
memory dan lain-lain.

ETIOLOGI
Dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme
berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras.Selain itu, autisme juga sering
dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti
Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU).

Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme.Diantaranya adalah
seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen
semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps).Susunan kedudukan adik
beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga
yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang
mempunyai empat atau lebih (Gargiulo, 2003).

Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum,
limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.
Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga
persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian
pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh
menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang
tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai
sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung
gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak
bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang
melalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki
aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang
merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu.Fungsi otak yang terganggu
adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku
(Jamila K.A. Mohamed, 2005).

PUNCA BERLAKUNYA AUTISME


Sejak tahun 1930-an lagi banyak penyelidikan telah dijalankan untuk mencari punca berlakunya
autisme, namun demikian sehingga kini masih belum lagi dapat menemui sebab yang konkrit.
Meskipun begitu, ramai pengkaji dalam bidang perubatan mengatakan bahawa autisme
mungkin merupakan satu penyakit turun temurun. Menurut Patricia M .Rodier (2000),
mengatakan bahawa hal itu mungkin juga berpunca daripada pengambilan pil "Thalidomide"
untuk mengatasi masalah ketika "morning sickness"yang dihadapi oleh ibu yang sedang hamil.
Beliau membuktikan bahawa dalam satu kajian yang dijalankan oleh Miller dan Stromland
mendapati bahawa 5% daripada mangsa thalidomide adalah autistik dan dari segi peratus hal
itu 30% lebih berbanding populasi umum. Deskripsi awal yang dikemukakan oleh Kanner ialah
kontroversi nature of nurture (Paluszny 1979).Kanner mengatakan bahawa ibu bapa kanakkanak yang rata-rata dari golongan sosio ekonomi tinggi tidak berkeupayaan untuk
menunjukkan kasih sayang dan kurang pertautan.Keadaan ini telah menyumbang ke arah
mewujudkan satu persekitaranyang menyebabkan autisme. Pendapat ini disokong kuat oleh
Frances Tustin dengan penjelasan bahawa pada peringkat awal bayi berada dalam keadaan
tidak sedar mengenai bahagian-bahagian tubuhnya dan orang lain atau objek sebagai satu unit
yang berasingan. Apabila bayi mencapai perkembangan enam bulan bayi ini sudah boleh
membezakan antara objek dan orang.Hubungan antara ibu dan anak lebih kepada oral iaitu
melalui penyusuan. Sorang ibu tidak dapat melayan segala kehendak bayi kerana ibu itu sendiri
tidaktahu kehendak bayi. Fasa perkembangan ini juga dikenali sebagai fasa percaya dan tidak
percaya.Tustin menggunakan istilah normal primary autism untuk fasa ini. Mengikut Tustin jika
fasa ini berterusan maka bayi ini akan berasa terancam dan akan menarik diri daripada dunia
luar, menjadi autistik. Asas psychogenic ini dikukuhkan lagi oleh Bruno Bettelheim yang
mengatakan bahawa kanak-kanak sangat aktif diperingkat awal dan dapat memberi respons
atau isyarat terutamanya apabila lapar. Tetapi apabila kanak-kanak ini terasa terhalang atau
tidak mendapat apa yang diharapkan maka wujud satu keadaan kecewa bahawa dia tidak
dapat berbuat apa-apa dan menyebabkan mereka menarik diri dan menjadi autistik.

Bettelheim juga mengkategorikan peringkat perkembangan dan yang boleh menyebabkan


autisme (Paluszny 1979). Pada peringkat umur enam bulan jika aktiviti kanak-kanak dihalang
akan menyebabkan autisme. Peringkat umur enam hingga sembilan bulan ialah peringkat
kanak-kanak ingin menyampaikan sesuatu kepada orang lain dan akhirnya peringkat umur 18
hingga 24 bulan kanak-kanak aktif mempelajari persekitarannya. Jika halangan berlaku pada
peringkat-peringkat ini maka akan mewujudkan autisme. Kumpulan yang kedua pula yang
6

berasaskan kepada asas neurologicalatau urat saraf. Ibu-ibu yang mengalami tekanan ketika
mengandung akan memberi kesan terhadap anak yang bakal dilahirkan. Kesannya ialah
perkembangan sensory yang perlahan.Jika ketidakupayaan ini tidak dipenuhi maka akan
mengakibatkan autisme. Kumpulan yang seterusnya ialah terdiri daripada pendukung asas
biological.Asas kumpulan ini dibuktikan dengan kajian masalah rubella ketika mengandung
mungkin juga mengakibatkan autisme.Rubella boleh mengakibatkan kesan kesihatan yang
agak serius di kalangan kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang dijangkiti ketika
mengandung.Pekak dan penyakit sawan adalah penyakit yang boleh dikaitkan dengan
rubella.Kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme mendapat penyakit sawan
diperingkat dewasa.Ini menyebabkan kemungkinan rubella menjadi punca autisme.Akhirnya,
ada juga pihak yang mengatakan bahawa autisme mungkin berpunca daripada jangkitan virus.
Kumpulan ini juga menggunakan sebab yang sama iaitu kesan daripada virus rubella. Mengikut
Desmond (dalam Paluszny 1979) dalam kajiannya, daripada 64 kes yang dijangkiti rubella
dalam kelahiran 8 adalah autistik.Di samping itudalam satu lagi kajian yang serupa oleh Chess
(dalam Paluszny 1979) dengan menggunakan 243 kes yang dijangkiti rubella dalam kelahiran,
mendapati 10 kanak-kanak menjadi autistik.Oleh itu, berdasarkan kepada perbincangan punca
autisme di atas, nyata bahawa mungkin satu atau lebih punca yang mengakibatkan
autisme.Oleh kerana bukti yang kukuh masih belum diperoleh, kajian-kajian bagi mencari punca
perlulah diteruskan lagi.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME


Berikut adalah antara beberapa ciri-ciri ketidakupayaan yang terdapat pada individu autistik.
Seorang austistik mungkin mempunyai kesemua, atau sebahagian daripada ciri-ciri yang
dinyatakan di bawah:

Mengikut Diagnostic and Statistical Manual of MentalDisorders, Edisi ke IV (1994) sejumlah


enam (atau lebih)item daripada bahagian (1), (2) dan (3) dengan sekurang-kurangnya dua
daripada (1) dan satu daripada setiap (2) dan (3)dilihat dalam individu austistik (Artwood, 1998).

Bahagian (1)
Ketidakupayaan (kelemahan)kualitatif dalam interaksi sosial yang di tunjukkan, sekurangkurangnya dua daripada yang berikut:

(a) Ketidakupayaan yang nyata dalam menggunakan pelbagai tingkah laku bukan lisan,
(contohnya tidak mahu bertentang mata, ekspresi muka, postur badan dan tindakan-tindakan
yang mengundang interaksi).

(b) Kegagalan untuk mewujudkan perhubungan rakan sebaya yang sesuai dengan
perkembangan diri
.
(c) Ketiadaan kemahuan spontan untuk berkongsi kegembiraan, minat dan kejayaan dengan
orang lain. (contohnya tidak mempamerkan, membawa atau menunjukkan sesuatu objek yang
diminati kepada orang lain).

(d) Ketiadaan tindakan sosial atau emosi (contohnya, tidak menyertai secara aktif dalam
permainan sosial yang mudah. Lebih berminat permainan perseorangan atau melibatkan
individu lainhanya sebagai alat atau bantuan mekanikal untuk meneruskan permainan).

Bahagian (2)
Ketidakupayaan kualitatif dalam komunikasi yang ditunjukkan sekurang-kurangnya salah satu
daripada yang berikut:

(a) Lambat ataupun tidak berupaya dalam perkembangan bahasa lisan. (Tidak menunjukkan
minat untuk menggantikan kelemahan ini dengan carakomunikasi yang lain).

(b) Bagi individu yang boleh bercakap pula, terdapat kekurangan yang nyata dalam keupayaan
untuk memulakan mahupun meneruskan perbualan dengan individu yang lain.

(c) Sering menggunakan pengucapan yang sama (stereotype) dan melakukan pengulangan.
(Contohnya, sesuatu perkataan atau ayat yang pernah didengar akan disebutkan secara
berulang kali tanpa mengira masa).

(d) Kekurangan minat untuk permainan sosial yang setara dengan tahap perkembangan diri
yang sesuai.

Bahagian (3)
Pengulangan perkara yang sama, menunjukkan corak tingkah laku, minat dan aktiviti-aktiviti
yang sama seperti yang ditunjukkan oleh sekurang-kurangnya dua daripada yang berikut:

(a) Lingkungan kegiatan - dengan satu atau lebih corak terhad yang sama dari segi minat yang
abnormal dari segi intensiti atau fokus.

(b) Menunjukkan sikap tidak lentur (inflexible) terhadap rutin yang khusus. (Contohnya, lepas
mandi, bersihkan badan dengan tuala yang sama, memakaibedak, pakai baju, pakai seluar,
sapu minyak rambut dan menyikat rambut). Rutin ini mesti diikuti.

(c) Pengulangan tingkah laku motor yang sama (contohnya, bermain tangan atau jari ataupun
pergerakan keseluruhan badan).

(d) Sentiasa bersama atau bermain dengan sebahagian atau sesuatu objek.

PERKEMBANGAN BAHASA
Perkembangan bahasa bagi kanak-kanak merupakan satu unsur perkembangan diri yang amat
penting kerana bahasa menentukan tahap komunikasi yang akan wujud. Perkembangan
bahasa bagi kanak-kanak autisme pada peringkat sebelum menampakkan ciri-ciri autisme
adalah sama seperti kanak-kanak normal. Namun begitu, selepas ciri-ciri autisme sudah
menjelma maka beberapa kesannya dapat dilihat dengan jelas.Perbincangan ini akan dirujuk
kepada satu kes autisme terdiri daripada seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun.
Menurut ibunya, subjek mempunyai perkembangan bahasa yang normal sehingga tiga
tahun.Hanya selepas tiga tahun subjek telah menjadi pendiam dan lebih suka bermain dengan
alat-alat permainan.Walau bagaimanapun subjek dapat bercakap apabila umurnya kian
meningkat.Namun begitu bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi terdiri daripada satu
atau dua perkataan ataupun frasa.Ayat yang penuh tidak digunakan walaupun ayat itu
pendek.(Fay

&

Schuler

1980).Schuler

mengistilahkan

keadaan

ini

sebagai

semi

mute.Contohnya : Saya mahu minum air. Subjek akan kata air. Walaupun begitu terdapat juga
masa-masa tertentu subjek menggunakan ayat penuh tetapi amat terhad. Dari segi jumlah
perkataan pula, bilangan yang digunakan terhad dan sering mengulangi perkataan atau frasa
yang sama. Subjek juga akan menjawab dengan perkara yang sama seperti yang ditanya.
Contohnya, Siapa nama kamu? Jawapan yang akan diterima mungkin Siapa nama kamu,
nama ataupun nama kamu. Keadaan ini juga dikenali sebagai echolalia (Fay &Schuler
1980). Apabila menjawab soalan subjek akan menyebut dengan nada yang monotonous kerana
tidak ada ekspresi dan mereka sebenarnya tidak faham. Dalam perkembangan bahasa dan
komunikasi, ternyata juga bahawa penggunaan bahasa subjek tidak pragmatic.Contohnya, jika
disuruh boleh kamu berikan sudu?Jawab subjek ya(tanpa menghantar atau memberikan
sudu itu)(Frith, 1989).Subjek juga tidak dapat mengaitkan bahasa yang digunakan dengan
situasi. Selain itu penggunaan tenses juga menjadi masalah kepada subjek. Perkembangan
bahasa menjadi masalah kerana subjek tidak berupaya untuk berkomunikasi (Frith 1989).

PERKEMBANGAN SOSIAL
Menurut Frith 1989, sehingga kini belum terdapat satu kajian yang sistematik dijalankan dalam
perkembangan tingkah laku sosial. Seorang kanak-kanak yang malu pada masa belia tidak
bermakna bahawa dia akan menjadi begitu selamanya. Atas dasar ini manifestasi
ketidakupayaan

sosial

berbeza

pada

peringkat

perkembangan

bagi

kanak-kanak

autisme.Ketidakupayaan sosial akan berterusan walaupun berlaku perubahan tingkah laku yang
positif. Ivar Lovaas (dalam M aurice et.al. 1996) mengatakan bahawa dengan kaedah intensive
10

behavior therapy masalah kemahiran sosial boleh diatasi.Proses perkembangan sosial kanakkanak autisme boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat.

Peringkat pertama ialah antara umur kosong bulan hingga satu tahun. Pada peringkat umur ini
akan kelihatan kekurangan responds sosial. Namun demikian ini bukan satu perkara yang
sejagat, iaitu kekurangan respons sosial berlaku pada semua kanak-kanak autisme.Respons
sosial ini jarang berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih berupaya. Pada peringkat umur ini
juga kanak-kanak autisme menunjukkan bukti kekurangan dalam sosial smile walaupun kanakkanak ini nampak gembira dan puas hati. Kanak-kanak autisme memberi respons pada objek
yang dipandang, bunyi dan rangsangan lain dan bukannya kepada orang. Orang tidak menjadi
bahan yang diminatinya.Kanak-kanak ini juga tidak memberi respons perasaan gembira
walaupun dengan ahli keluarga sendiri.Pada peringkat ini juga kanak-kanak autisme tidak
menunjukkan tanda-tanda tekanan apabila berhadapan dengan orang tidak dikenali.Kesemua
ketidakupayaan ini diimbangkan kepada kegiatan bermain dengan objek secara berulangan
tanpa membuat sebarang eksplorasi persekitaran.

Peringkat yang kedua ialah antara tiga hingga lima tahun. Peringkat ini merupakan peringkat
pengasingan diri.Dalam peringkat kanak-kanak autisme lebih gembira apabila ditinggalkan
bersendirian.Pandangan kanak-kanak ini tidak pada orang sebaliknya menembusi orang.Pada
peringkat juga ketidakupayaan hubungan semakin ketara dilihat.Keadaan ini jelas kerana
kanak-kanak ini tidak dapat memahami ekspresi orang lain, persekitaran dan tidak
berkeupayaan untuk memahami ekspektasi sosial.

Peringkat yang terakhir ialah lima tahun ke atas. Pada peringkat lima tahun dan ke atas satu
perubahan yang ketara dalam tingkah laku sosial akan menjelma terutamanya pada kanakkanak yang lebih berupaya. Sepanjang hidup mereka kanak-kanak autism akan menunjukkan
peningkatan dalam sosialisasi terutamanya jika disertakan dengan terapi secara intensif
mengikut Ivar Lovaas (Maurice et. al. 1996). Selain ketidakupayaan ini, terdapat juga nilai-nilai
murni dan positifyang ditunjukkan oleh kanak-kanak austisma.Nilai-nilai didapati dalam diri
kanak-kanak autisme ialah kejujuran, tidak pandai memanipulasi keadaan dan tidak juga
bergosip.

11

PERKEMBANGAN EMOSI
Ketidakupayaan sosial m empunyai banyak kaitan secara langsung dengan kemahiran
memahami emosi.Walaupun begitu sehingga kini tidak banyak maklumat yang dapat diperoleh
berkaitan perkembangan emosi kanak-kanak khususnya perkembangan emosi di peringkat
awal.Kanak-kanak autisme memperlihatkan reaksi emosi yang tersendiri.Antaranya ialah
kanak-kanak ini menunjukkan mood yang agak ekstrem dalam keadaan-keadaan gembira,
tertekan, marah dan panik.Ekspresi muka yang dapat ditunjukkan juga terhad di samping postur
badan yang kaku dan penggunaan suara yang monotonous (Artwood 1998).Di samping
menghadapi kesukaran dalam menunjukkan emosi mereka mengikut situasi sosial, kanakkanak autisme juga menghadapi masalah memahami emosi dan situasi orang lain. Selain itu
kanak-kanak ini juga tidak suka dibelai dan membelai orang lain di samping tidak mempunyai
minat untuk interaksi dua hala. Ibu bapa dapat memainkan peranan penting dalam usaha
memahami emosi kanak-kanak autisme ini (Frith 1989).

PERKEMBANGAN KOGNITIF
Perkembangan kognitif ialah proses mengetahui dan ini termasuk pemikiran, pembelajaran,
ingatan dan imaginasi. Segala masalah dan ketidakupayaan yang dihadapi oleh kanak-kanak
autisme mempunyai kaitan yang rapat dengan kesemua unsurperkembangan kognitif. Dalam
perkembangan kognitif, kanak-kanak autisme menghadapi beberapa masalah seperti
pembentukan konsep terutamanya ialah konsep saya dan kamu, tidak dapat menghargai
pemikiran orang lain (blind mindness). Wurst telah menjalankan satu ujian kecerdasan standard
bagi menentukan profil kebolehan intelek mendapati bahawa kanak-kanak autisme mempunyai
kebolehan yang baik dalam bidang-bidang seperti tatabahasa, maklumat fakta, matematik dan
susunan blok. Sebaliknya menurut Carpentieri dan M organ (1994) pula kanak-kanak autism
mempunyai kelemahan dalam pemahaman dan mengatur gambar kerana kedua aktiviti ini
memerlukan pengetahuan sosial. Dalam satu kajian yang dijalankan di Carolina utara dengan
jumlah sampel seramai 475 kanak-kanak autisme mendapati bahawa 16% mempunyai tahap
kecerdasan lebih daripada 70 dan hanya 7% melebihi 80 (Frith 1989). Kajian yang dilakukan di
Berlin barat pula menunjukkan bahawa 33% kanak-kanak mempunyai tahap kecerdasan
sebanyak 85.Selain itu kanak-kanak autisme juga mempunyai daya ingatan yang kuat
khususnya pada visual.Walaupun begitu kanak-kanak ini m empunyai masalah kerana tiada
fleksibeliti kognitif atau lurus (one track mind). Akibatnya ialah pemikiran kanak-kanak ini terlalu
terhad dan kaku, menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri kepada perubahan atau
kegagalan dan gagal memindah atau membuat generalisasi kepada situasi lain. Namun begitu
12

kanak-kanak

autisme

mempunyai

kemahiran

dalam

bidang

pembacaan,

ejaan

dan

pengiraan.Kanak-kanak autisme yang berkebolehan mempunyai pencapaian sekolah rendah


yang tinggi. Keadaan ini berlaku kerana cara pembelajaran di sekolah rendah lebih bercorak
pengulangan,

prosedur

pembelajaran mekanikal

dan

arahan

linguistik

yang

mudah

mengekalkan perkara yang dipelajari diingati untuk jangka masa yang panjang. Sebaliknya
pencapaian kanak-kanak autisme diperingkat sekolah menengah merosot kerana di sekolah
menengah pembelajaran melibatkan kemahiran pemahaman, memahami konsep, analisis,
kerja kumpulan dan penyelesaian masalah (Artwood 1998).

LANGKAH PENCEGAHAN AUTISME


Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini dikesan. Tumpuan
intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan
tingkah laku.Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk kanak-kanak autistik adalah
penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif.Selain itu,
pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran
dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik.

Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk
menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus
tingkah laku sesuai.Diantara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kejelakan,
time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya.Perkhidmatan interventif awal sangat
penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang
mereka alami.Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi
awal termasuklah pendidikan terancang.

Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di sekolah. Ini
kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal semata-mata.Mereka
mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk mengenal
pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan, dan nada suara yang berbeza
bagi menafsirkan perasaan.

Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught To Read
menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa berkurangan, maka
penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Maka, guru
13

perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru
menanyakan soalan fakta seperti Apa yang berlaku disini?, apa yang akan berlaku
seterusnya? dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa adalah lebih baik sekiranya guru
menggunakan bahan yang realiti berbanding bahan yang berbentuk fantasi.Menurut Vacca
(2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti membaca untuk autistic
suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan Authetic High Interest Visual
Material.Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak autisti
memiliki pemikiran visual.Mereka tidak memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah.

Menurut Vacca (2007) , beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam memulakan
pengajaran untuk kanak-kanak autistik, guru perlu mengikut minatnya terlebih dahulu. Sebagai
contohnya, guru meminta kanak-kanak autistic melukis kartun lawak dan kemudian menulis
penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut.Apabila mereka selesai dalam
melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak
memahami pujian tersebut.Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain
mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan.Semasa mengajar, guru
digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat bagi
membantu mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal
pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi
tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.

Kanakkanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan
terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau
kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah
tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial, dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang
terlatih dalam bidang Pendidikan Khas.Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak
autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama
yang erat dengan ibubapa murid.Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan
yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibubapa di rumah terutamanya dalam
aspek pengurusan tingkah laku.Dalam kebanyakkan kes, kanak-kanak yang sudah biasa
dengan tingkah laku tertentu yang kurang sesuai mendapati sukar untuk mengubah atau
menghentikan tingkah laku tersebut apabila berada di sekolah. Usaha guru untuk mengubah
tingkah laku itu tidak akan berjaya sekiranya tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah
oleh ibubapa.
14

Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi peluang
untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program Pendidikan Inklusif. Pelajar ini akan
ditempatkan di Kelas Aliran Perdana untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya lain
yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh guru pembimbing. Guru
pembimbing akan membantu dan memantau kanak-kanak ini belajar. Kurikulum untuk kanakkanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkepeluan khas yang lain juga. Apabila
kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah
Pembelajaran), mereka akan belajar mengikut Kurikulum Pendidikan Khas yang disediakan
oleh Jabatan Pendidikan Khas. Guru akan menyampaikan pelajarannya mengikut tahap
keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran.
KESIMPULAN
Individu autistik mungkin tidak banyak beza berbanding dengan kanak-kanak yang normal dari
segi penampilan fizikal. Namun begitu, apabila pemerhatian yang berfokus dibuat maka
ternyata pemerhati akan nampak kelainan yang ada pada kanak-kanak ini. Walaupun pelbagai
kenyataan dibuat akan puncanya, namun hingga kini masih belum mempunyai jawapan yang
muktamad. Walaupun kanak-kanak autistik kurang upaya dalam banyak perkara, namun begitu
individu autistik memang terkenal dengan puzzles. MenurutEdelson (1998): "Autistic people are
known to put puzzles together rather quickly,whether they're right side up or upside down,they
seem to ignore the picture and attend to the shape. It's a perfect example of how their brain
works."Teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan kanak-kanak autisme akan
membolehkan kanak-kanak istimewa ini memperoleh ilmu pengetahuan tanpa halangan dengan
sempurna.

15

TUGASAN 2 :

(B) KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN


Kanak-kanak akan dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan
penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Kanak-kanak
yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau
buta.Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara
20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek
yang dekat sahaja.
Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk
pembelajaran.Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan.Kanak-kanak ini pada
kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar
seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka.Kanakkanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan
psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada
segi neurologi tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad.
Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian lebih yang
diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk
sentiasa membimbing mereka.Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia
visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa.Contohnya, seseorang kanak-kanak
normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan
jelas jika dibanding dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan.
Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah
mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan
ini menyebabkan mata merah dan membengkak.Kanak-kanak juga sering mengadu pening
kepala dan loya. Apabila membaca kanak-kanak ini akan memegang buku terlalu dekat atau
terlalu jauh untuk mengimbangi penglihatan mereka.

16

PUNCA MASALAH PENGLIHATAN


Terdapat pelbagai punca masalah penglihatan seperti:
i.

Baka dan keturunan

ii. Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir


iii. Rubela
iv. Sifilis
v. Kecederaan
vi. penyakit

CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN


Kognitif
i.

Tidak memahami benda-benda abstrak

ii. Pengamatan dan daya anggaran berat sesuatu jisim amat lemah kerana terbatas.
iii. Tidak memahami konsep bentuk
iv. Keliru dengan huruf

Psikomotor
i.

Lemah dalam melukis saiz dan jarak dalam mata pelajaran Matematik.

ii. Lebih mengetahui konsep sejuk dan panas melalui sentuhan

Emosi dan Tingkah Laku


i.

Selalu menutup mata sebelah

ii. Sering mencari-cari baris ayat yang dibaca


iii. Meniru kerja kawan
iv. Kerap menggosok mata
v. Selalu terlanggar objek
vi. Selalu mengadu sakit kepala, loya dan pening

17

CARA MENGATASI
Pelbagai ujian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa kanak-kanak cacat penglihatan
yang mengalami kecelaruan di dalam konsep ruang, di antaranya ialah meta analysis dimana
kanak-kanak buta dan rabun diletakkan di suatu kawasan dan diuji bagaimana mereka
mengamati ruang di dalam kawasan tersebut. Hasil ujian menunjukkan bahawa kanak-kanak
buta amat sukar untuk mengadaptasi sumber atau petunjuk (clue) yang ada.Mereka
memerlukan latihan sebelum didedahkan kepada sesuatu situasi baru (Linn & Petersen, 1985).
Kanak-kanak yang mengalami kebutaan memerlukan pelbagai pendedahan dan latihan
intensif.Diantaranya ialah peningkatan deria bau diperingkat bayi.Bayi perlu diberikan
pendedahan tentang individu-individu penting seperti ibu, bapa dan adik-beradik. Tindakan ini
akan memberikan kesan psikologi iaitu rasa selamat pada seseorang bayi. Seseorang kanakkanak cacat penglihatan sering menunjukkan tingkahlaku atau emosi takut. Perasaan takut ini
akan lebih menonjol pada keadaan atau situasi yang baru dilaluinya disebabkan mereka tidak
menguasai konsep ruang. Latihan yang diperlukan ialah mengenal gema, orientasi dan mobiliti
(Jacobson, 1993).Latihan mengenal gema adalah dengan melatih kanak-kanak mengenal
balikan gelombang pantulan pada objek seperti dinding agar mereka mengetahui kedudukan
mereka adalah berhampiran dengan sesuatu objek.
Bagi kanak-kanak cacat penglihatan, maklumat tentang jarak sering menjadi kekeliruan.Latihan
perlu diberikan untuk mereka mengenal sesuatu jarak seperti apakah yang dikatakan dengan
satu depa dan sepuluh meter.Kanak-kanak ini perlu diberikan pengalaman untuk membuat
ukuran sendiri menggunakan tali pengukur untuk mendapatkan perbandingan jarak.Pengenalan
kepada saiz memerlukan pelbagai elemen yang dapat menyokong sesuatu keadaan.Aktiviti
untuk mengenal saiz boleh dilakukan dengan membuat persamaan dengan kehidupan
harian.Sebagai contoh, adik memakai seluar saiz S dan abang memakai seluar saiz X.
Perbezaan ini boleh diterangkan kepada kanak-kanak cacat penglihatan untuk membolehkan
mereka membuat perbandingan saiz.

18

(C) KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN


Terdapat dua kategori masalah pekak iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud
penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan
secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan
menggunakan sensori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur
dengan audiometer dalam unit decibel.Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap
kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel.Mereka yang tergolong sebagai
separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60
decibel.
Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang hanya dikenalpasti
apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Kanak-kanak yang menunjukkan
masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah
disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham kerap
berlaku.Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana masalah sebutan yang sangat
lemah.Mereka juga sering mempunyai nada suara yang tinggi atau rendah dan memusingkan
kepala untuk mendengar. Semasa mendengar radio atau televisyen kanak-kanak ini akan
meninggikan nadanya pada tahap yang agak kuat.
Masalah

pendengaran

menjejaskan

komunikasi

dan

juga

pembelajaran

individu.Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial,


emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut.

TAHAP KEHILANGAN PENDENGARAN


Tahap kehilangan pendengaran ialah:
1) Kurang pendengaran
a. Ringan (mild)

Tahap kehilangan pendengaran antara 27 40 dB

Memahami perbualan

Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh

Memerlukan terapi pertuturan

b. Sederhana (moderate)
19

Tahap kehilangan pendengaran antara 41 55 Db

Dapat mendengar bunyi setakat 1 1.5 meter daripadanya

Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas

Memerlukan laat bantu dengar

Memerlukan terapi pertuturan

c. Sederhana teruk (moderate severe)

Tahap kehilangan pendenngaran antara 56 70 dB

Memerlukan alat bantu dengar dan latihan pendengaran

Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi

Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat

2) Pekak
a. Teruk (severe)

Tahap kehilangan pendengaran antara 71 90 dB

Dapat mendengar bunyi pada jarak 0 30.5 meter daripadanya

Menghadapi masalah pertuturan

Memerlukan alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi

b. Sangat teruk (profound)

Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB

Sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat

Memerlukan alat bantu dengar, terapi pertuturan dan komunikasi

PUNCA MASALAH PENDENGARAN


Dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu:
Sebelum lahir
a) Baka yang disebabkan oleh gen
b) Bukan baka

Jangkitan sebelum lahir seperti virus (rubella, demam glandular)

Semasa hamil si ibu mengambil dadah atau bahan kimia seperti kuanin

Toksemia pada peringkat kelahiran


20

Semasa lahir
a) Masa lahir yang terlalu lama atau susah menyebabkan tekanan pada telinga
b) Kelahiran tidak cukup bulan
c) Kecederaan semasa dilahirkan terutama pada bahagian telinga
Selepas lahir
a) Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus
b) Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga
c) Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN


Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran ialah:

Tidak bertindak balas terhadap bunyi

Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri

Tidak memahami atau silap memahami arahan

Kelihatan tidak memberikan tumpuan dan sentiasa mengelamun

Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain, sangat pasif dan menyendiri

Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih dahulu
sebelum melakukan sebarang tugas

Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada
mendengar

Pencapaian dalam pelajaran lemah terutama yang berkaitan bahasa

Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap

Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan

Telinga sering berair atau bernanah

21

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN


Aspek bahasa dan komunikasi
Kehilangan pendengaran menghalang secara serius perkembangan berkomunikasi secara
mendengar

dan

bertutur.Tanpa

bantuan

pakar

pertuturan,

kanak-kanak

bermasalah

pendengaran mungkin mengalami perkembangan terbantut dalam kedua-dua kemahiran ini.


Perkembangan sosial dan emosi
Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran banyak bergantung
pada pengalaman mereka, dan melalui perkembangan mereka sendiri bagi membolehkan
mereka meluahkan perasaan mereka, kehendak, keperluan dan memahami perasaan orang
lain. Masalah komunikasi mereka memberi kesan ke atas konsep kendiri, kebolehan bermain
dan berkongsi dengan rakan sebaya.
Perkembangan kognitif
Perkembangan kognitif merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus dunia mereka.Ini
termasuk

kemahiran

menaakul,

menyimpan

dan

mengingati

maklumat,

klasifikasi,

mendefinisikan dan sebagainya.Kelambatan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah


pendengaran turut melambatkan perkembangan kognitif mereka.
Perkembangan fizikal dan motor
Perkembangan motor kasar dan motor halus bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran
adalah serupa dengan kanak-kanak normal.

CARA MENGATASI
Kaedah auditory oral
Kaedah ini menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan saki baki
pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat bantu dengar
dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari
tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading).Kaedah ini menggunakan
implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur, melibatkan
latihan mendengar untuk membolehkan mereka mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza.
22

Kaedah bacaan bibir


Kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya.Kaedah ini memerlukan
kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur
berada di tempat yang terang dan jelas dilihat.

Kaedah bahasa isyarat


Pada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkan perkataan
dengan makna asas.Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk American Sign Language,
Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak lagi. Di Malaysia, bahasa isyarat yang digunakan
ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).
Kaedah komunikasi seluruh
Kaedah

ini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir,

pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat
dan pertuturan secara serentak.
Pertuturan isyarat (cued speech)
Kaedah ini diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk tangan
bagi memandu bunyi-bunyian.Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan (kiu), ditentukan pada
kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi perkataan.Terdapat lapan bentuk
tangan bagi konsonan dan empat bentuk tangan bagi menentukan bunyi huruf vokal.
Ahli audiologi dan ahli patologi pertuturan bahasa
Ahli audiologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaan dan tahap
kehilangan pendengaran kanak-kanak manakala ahli patologi pertuturan bahasa pula
bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengraan dan pertuturan kepada kanak-kanak
itu. Ahli audiologi akan menilai kemampuan pelbagai alat bantu dengar, membuat acuan
telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yang memberi impliksi terbaik kepada kanakkanak pekak termasuklah memberi kaunseling kepada ibu bapa tentang cara memakai,
penjagaan dan latihan yang perlu (Lokman, 2004). Dengan bantuan ahli patologi, kanak-kanak
yang mendapat implikasi terbaik akan dilatih menggunakan pendengaran untuk bertutur dan
membentuk bahasa(Lokman, 2004).
23

RUJUKAN

Artwood, Tony, 1998. Aspergers Syndrome: A Guide for Parents and Professionals. London:
Jessica Kingsley Publisher Ltd.

Fay, Warren H .& Schuler Adriana Luce, 1980. Emerging Language In Austistic Children.
Baltimore: University Park Press.

Frequently Asked Question: Definition of Austism . (atas talian). http://www.vaporia.com/autism


/autismfaq (30 November 2000)

Frith, Ura, 1989. Autism : Explaining the Enigma. Oxford. Basil Blackwell Ltd. Koegel, Robert L.
et. al. 1982.Educating and Understanding Autistic Children. San Diego.: College Hill Press Inc.

Maurice, Catherine. 1996. BehavioralIntervention for Young Children. Austin. Pro.ed.


Myles, Brenda Smith. & Simpson, Richard L. 1998 Aspergers Syndrome: A Guide for Educator
and Parents.Austin:Pro. ed.

Paluszny, Maria J. 1979. Autism :A Practical Guide for Parents and Professional. New
York:Syracuse University Press.
Rodier, Patricia M . 2000. The Early Origin ofAutism . (dalam talian). http://www.autisminfo.com/orgautsa.html (30 Novem ber 2000)

Williams, Donna. 1996. Autism : An Inside-Out Approach. London:Jessica Kingsley Publisher


Ltd.

Wing, Lorna (pngr.). 1976. Early Childhood Austism : Clinical,Educational and Social Aspects.
Oxford:Pergamond Press.

Jamila K.A. Mohamed (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.Kuala Lumpur :
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

24

Kemementerian Pendidikan Malaysia (2005).Buku Maklumat Pendidikan Khas :Kuala Lumpur.

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran


Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah.

Modul Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran : Open University Malaysia.

Pengenalan Bahasa. http://anuarsped.blogspot.com

Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran:


Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd..

Haliza Hamzah, (2008). Perkembangan Kanak-kanak: Untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan: Edisi Kedua. Institut Perguruan Teknik,Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd..

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2007). Buku Panduan Instrumen
Penempatan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (IPP): Manual. Selangor: Absolute
Master Printers Sdn. Bhd..

25

S-ar putea să vă placă și