Sunteți pe pagina 1din 10

1.

0 Pengenalan

Seringkali kita mendengar berbagai masalah pembelajaran atau tingkah laku terutama
yang melibatkan pelajar. Antaranya ialah masalah sosial di kalangan pelajar samada
di dalam atau luar kelas seperti tidur semasa belajar, merokok, ponteng kelas,
tidak menyiapkan tugasan, gangsterisme, buli, masalah disiplin, tidak yakin dan
juga masalah percakapan.

Masalah sosial pelajar ini tidak hanya berlaku di sekolah sahaja tetapi
berlanjutan hingga ke luar sekolah. Inilah yang menyebabkan berlakunya masalah di
luar waktu persekolahan seperti merempit, perlakuan di luar batasan, pecah rumah,
mencuri, pergaulan bebas, dadah, berdisko dan sebagainya. Masalah ini semakin hari
semakin ketara sehingga merungsingkan pihak kerajaan dan ibubapa. Masalah ini
perlu ditangani secara berhemah kerana mereka adalah bakal pemimpin negara.

Seringkali masalah ini berlaku, semua pihak menuding jari kepada pihak sekolah
yang kononya tidak pandai mendidik pelajar-pelajar. Tidak kurang pula yang menuduh
ibubapa tidak pandai mendidik anak sehingga melahirkan anak yang bermasalah.
Walaupun begitu, masalah ini adalah masalah bersama, dan perlu ditangani bersama
untuk kepentingan bersama. Namun di sini, penulis hanya akan memfokuskan kepada
permasalahan pembelajaran di sekolah iaitu masalah bahasa yang meliputi masalah
komunikasi, penampilan, bahasa, tatabahasa dan disiplin pelajar.

Masalah pembelajaran ini akan memberi kesan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran(P&P) seterusnya memberi masalah kepada sistem pendidikan Negara.
Sebagaimana yang di kehendaki oleh falsafah pendidikan kebangsaan , pendidikan
pelajar adalah untuk melahirkan pelajar yang berpotensi dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi. Jika masalah ini tidak diatasi, maka matlamat pendidikan Negara
akan hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Oleh itu, masalah pembelajaran ini
perlu ditangani dan diselesaikan dengan tuntas untuk meningkatkan sistem
pendidikan Negara Malaysia. Dalam pendidikan , masalah pembelajaran di kalangan
pelajar adalah sesuatu yang biasa berlaku. Kehidupan seseorang pelajar tidak sunyi
dari masalah. Melalui masalah ini seseorang pelajar itu belajar untuk memajukan
diri, menerusi masalah ini mereka dapat belajar untuk berdikari dan mematangkan
diri mereka seterusnya berjaya dalam kehidupan mereka. Tidak ada seorang manusia
yang dilahirkan sempurna, justeru itu masalah pembelajaran merupakan satu resmi
kehidupan para pelajar. Masalah pembelajaran ini berlaku akibat masalah pergaulan
pelajar, masalah peribadi, keluarga dan pembelajaran.

Masalah ini mempengaruhi sistem pendidikan dan tumpuan pelajar di sekolah, jika
tidak dibendung, maka masalah ini bukan sahaja akan merugikan pelajar malah kepada
guru-guru dan institusi pendidikan juga. Sebab itulah masalah ini perlu ditangani
sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah.

Terdapat pelbagai masalah pembelajaran ini di kalangan pelajar seperti masalah


komunikasi dengan bahasa yang standard, masalah kefasihan dan kemahiran. Dalam
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu contohnya, ramai di kalangan pelajar tidak dapat
menguasainya dengan baik. Ramai pelajar lemah dalam penguasaan bahasa Melayu
begitu juga ramai pelajar di luar bandar tidak dapat menguasai dengan baik subjek
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sehinggakan mereka tidak mendapat keputusan yang
baik dalam kedua-duanya.

Masalah-masalah yang wujud dan kebimbangan yang dilahirkan ini seharusnya


difikirkan dan diberi perhatian kerana perkara ini bukan sahaja mempengaruhi masa
depan para pelajar tersebut akibat kegagalan dalam penguasaan bahasa, tetapi juga
mempengaruhi masa depan bahasa Melayu khususnya pada masa akan datang. Awang
Mohammad Amin (1987:199) pernah menyuarakan pendapatnya mengenai golongan pelajar
seperti ini.
Menurut beliau:

“Pelajar-pelajar yang tamat persekolahan, SPM contohnya masih melakukan kesalahan


bahasa dan mereka ini merupakan ‘nyamuk aedes’ yang paling merbahaya kerana mereka
berada dimana-mana; dengan tidak disedari mereka menjadi agen pembawa “kuman
kesalahan bahasa” untuk disebarkan kepada orang ramai yang tidak berhati-hati dan
tidak teliti apabila hendak
menggunakan bahasa Malaysia secara formal.”

Justeru di dalam KBSM itu sendiri mementingkan kemahiran bahasa dalam mata
pelajaran. Jadi penguasaan bahasa ini akan menyediakan peluang kepada pelajar
untuk menimba ilmu pengetahuan. Pelajar harus mengetahui bahawa penguasaan bahasa
ini akan memberi kebaikan kepada mereka dari segi akademik, kognitif dan
pembudayaan.

Penulis akan memfokuskan kepada kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Malaysia.
Seharusnya bahasa ibunda ini tidak menjadi beban kepada masyarakat penuturnya.
Malangnya masalah penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu dewasa ini
begitu ketara. Bahasa ini terdapat dalam berbagai bentuk antaranya bercakap,
menulis atau simbol. Bahasa dapat menerangkan sesuatu peristiwa malah bahasa juga
dapat merancang masa depan dengan penguasaan bahasa yang baik.

Di dalam proses pembelajaran terdapat pelbagai masalah pembelajaran yang


berorientasikan pelajar dalam masalah bahasa ini . Di sini penulis nyatakan
beberapa masalah yang seringkali menimpa pelajar iaitu:

Masalah penguasaan bahasa di kalangan pelajar. Dari aspek penguasaan bahasa,


pelajar amat lemah dalam bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris dari segi
kemahiran tatabahasanya, simpulan bahasa. Walaupun mereka bertutur dalam bahasa
Malaysia, namun mereka tidak mengetahui adakah penggunaaan mereka itu betul atau
tidak dari segi kemahiran bahasa.

Masalah komunikasi, jadi apabila pelajar tidak dapat menguasai bahasa dengan baik,
maka akan mencacatkan komunikasi mereka. Malah mereka menjadi malu jika apa yang
mereka tuturkan itu salah. Masalah ketika membuat pembentangan. Ketika
membentangkan tugasan, mereka lebih mudah menggunakan bahasa dielek berbanding
bahasa yang standard. Ini akan menampakkan dengan jelas kelemahan diri
mereka.Masalah keyakinan pada diri sendiri, jika pelajar dapat menguasai
penggunaan bahasa standard yang baik, sudah pasti dapat menambahkan kredibiliti
dan keyakinan kepada diri sendiri. Dengan ini akan meningkatkan kemajuan diri
mereka untuk berpidato, berhujah dan berkomunikasi.

Masalah kelemahan dalam subjek bahasa. Jika pelajar menguasai bahasa dengan baik,
sudah pasti mereka akan dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
samaada dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris.Tambahan pula hari ini subjek sains
dan matematik juga menggunakan bahasa Inggeris. Jadi pelajar perlu menguasai
bahasa Inggeris dengan baik untuk memahaminya.

2.0 Pembahagian masalah

Bahasa ialah sistem lambang yang digunakan oleh penuturnya atau ahli masyarakat
untuk berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain. Bahasa digunakan bagi
menggambarkan konsep, pendapat atau fikiran seorang penutur.
Setiap bahasa bertugas sebagai alat perhubungan antara ahli masyarakatnya.

Menurut Nik Sapiah Karim (1986, 1988) kesempurnaan bahasa bermaksud keadaan bahasa
yang tepat, sesuai dan berkesan dengan tugas dan situasi penggunaannya. Untuk
memastikan kesempurnaannya meliputi kestabilan, kelenturan, kepelbagaian,
keberkesanan dan keindahan bahasa.

Menurut Awang Sariyan (1985:153) pula, beliau telah menegaskan maksud penguasaan
bahasa ialah penguasaan secara sistematis, iaitu bahasa keseluruhan bukannya
setakat penguasaan lisan saja. Kekurangan dalam penguasaan bahasa pasti akan
menimbulkan kesan buruk kepada bahasa Melayu yang masih dalam peringkat
permanpatan.

Di sini penulis akan membahagikan kepada beberapa masalah yang besar. Masalah yang
dihadapi dalam pembelajaran bahasa ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia
melibatkan kecemerlangan pelajar dan masa depan mereka. Masalah ini sebenarnya
adalah disebabkan oleh beberapa keadaan.

Yang pertama ialah masalah sikap pelajar. Dalam masalah ini memyebabkan pelajar
lemah dalam penguasaan bahasa, berkomunikasi dan lemah dalam pelajaran bahasa
iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Masalah penguasaan bahasa bukan perkara
baru dalam masyarakat Malaysia. Masalah ini tidak hanya berlaku dikalangan
masyarakat bukan Melayu, tetapi masyarakat Melayu sendiri banyak melakukan
kesalahan bahasa; baik dalam pertuturan mahupun penulisan. Sebagai contohnya
pelajar-pelajar Melayu beranggapan bahawa mereka tidak perlu mempelajari bahasa
Melayu kerana bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda mereka, bahkan boleh
dikatakan semua orang Melayu telah menggunakan bahasa Melayu sejak kecil, mengikut
pertuturan masyarakat sekeliling. Pembelajaran bahasa Melayu tidak dititikberat
kerana masyarakat Melayu beranggapan mereka sudah menguasai kemahiran menggunakan
bahasa Malaysia memandangkan mereka boleh bertutur dengan baik dalam bahasa
Melayu.

Sebenarnya orang Melayu perlu sedar bahawa anggapan sedemikian adalah tidak benar.
Bahasa Melayu yang digunakan oleh mereka dalam pertuturan harian bukanlah sama
dengan struktur bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa ilmu. Sikap pelajar
yang malas dan tidak mahu membuat latihan yang diberikan guru, tidak mengulangkaji
mata pelajaran tersebut, kurang membaca bahan bacaan yang berbentuk akademik dan
menganggap bahasa Melayu mudah. Apabila hal ini berlaku, mereka tidak mengambil
berat terhadap mata pelajaran tersebut.

Masalah penguasaan bahasa ini amat ketara di kalangan pelajar terutamanya di


kalangan pelajar luar bandar berbanding di bandar. Sebab utamanya kerana mereka
memandang remeh kepada bahasa Melayu contohnya, ramai di kalangan pelajar melayu
lemah dalam subjek bahasa Melayu. Mereka beranggapan bahawa apabila mereka
berbangsa Melayu maka mereka tidak perlu belajar dengan bersungguh dalam subjek
bahasa Melayu. Ini adalah pemikiran yang cetek. Kerana pemikiran yang negatif
inilah yang meningkatkan kelemahan pelajar Melayu dalam bahasa Melayu. Keadaan ini
berlainan dengan pelajar bukan Melayu. Ternyata keputusan pelajar bukan Melayu
lebih cemerlang berbanding pelajar Melayu dalam subjek bahasa Melayu.

Kenapa keadaan ini boleh berlaku?. Bagi penulis, keadaan ini berlaku apabila
pelajar bukan Melayu tahu bahawa mereka kurang fasih berbahasa Melayu, jadi mereka
belajar bersungguh-sungguh untuk menguasai bahasa Melayu. Hasilnya mereka dapat
bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dengan baik dan mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan.

Manakala pelajar Melayu pula, mereka kurang peka dan ada sedikit ego dalam diri
mereka. Oleh kerana mereka orang Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu, jadi mereka
kurang mempedulikan berkaitan subjek ini. Hasilnya menyebabkan mereka kurang
cemerlang dalam subjek bahasa Melayu. Sedangkan komunikasi dan kemahiran
penggunaan bahasa adalah suatu yang berbeza. Penguasaan bahasa yang baik di
kalangan pelajar akan dapat meningkatkan prestasi pelajar itu sendiri dan dapat
menjadikan pelajar itu berwibawa dari segi ilmu dan personaliti..

Bahasa melambangkan bangsa, kemahiran menguasai bahasa dapat menentukan hala tuju
pelajar dalam dunia akademik dan kerjayanya. Kejayaan masa hadapan bergantung
kepada kemahiran bahasa mereka pada hari ini. Kerajaan Malaysia sendiri hari
sedang berusaha untuk mengangkasakan bahasa Malaysia dalam erti kata lain untuk
memertabatkan bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Yang kedua ialah masalah persekitaran yang banyak mempengaruhi minda dan sikap
para pelajar. Persekitaran rumahtangga terdiri daripada tahap pendidikan keluarga,
sosioekonomi, pendapatan dan sebagainya. Setiap satu berkait rapat dan
mempengaruhi antara satu sama lain. Pekerjaan keluarga juga mempengaruhi
pencapaian akademik anak-anak mereka. Jenis pekerjaan berkait rapat dengan tahap
pelajaran. Jenis pekerjaan pula akan menentukan jumlah pendapatan yang seterusnya
akan menentukan tahap kelas sosial dan kemampuan mereka untuk menyediakan
kemudahan-kemudahan pelajaran yang lebih baik kepada anak-anak mereka.

Status sosial ini boleh mempengaruhi pencapaian dalam bidang akademik pelajar.
Pelajar di bandar lebih matang berbanding pelajar di luar bandar dalam berbagai
aspek. Pelajar di luar bandar amat lemah dalam penguasaan bahasa terutamanya
bahasa Inggeris. Masalah ini dihadapi oleh kebanyakkan pelajar Melayu di sekolah
luar bandar. Masalah kelemahan dalam mata pelajaran bahasa samada bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris ini biasanya berlaku di kalangan pelajar yang berbangsa
Melayu terutamanya pelajar di kawasan luar bandar berbanding pelajar di bandar
.Namun ini tidak bererti pelajar di bandar lebih pandai berbanding pelajar di luar
bandar, tidak sama sekali, sebaliknya keputusan peperiksaan membuktikan bahawa
pelajar luar bandar lebih cemerlang berbanding pelajar di bandar, Cuma dalam aspek
bahasa sahaja mereka lemah.

Yang ketiga ialah Peranan Guru. Guru mengambil peranan yang amat penting dalam
membimbing pelajar untuk memastikan objektif pengajaran mereka tercapai dan dapat
difahami oleh para pelajar. Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran agar mampu
menarik minat murid-murid untuk mempelajari bahasa. Guru-guru seharusnya memiliki
teori, pendekatan, kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang terkini dan pengajaran
dan pembelajaran mereka. Dalam pengajaran bahasa Melayu contohnya guru perlu peka
kepada situasi pelajar kerana murid-murid ini cepat merasa bosan, terutamanya bagi
murid Melayu yang kebanyakannya mempunyai tanggapan tersendiri tentang bahasa
Melayu. Rata-rata mereka menganggap bahasa Melayu mudah kerana mereka bertutur
dalam bahasa tersebut. Murid-murid Melayu biasanya tidak menganggap mata pelajaran
bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yang penting memandangkan mereka
merupakan penutur jati bahasa ini. Faktor-faktor ini ditambah dengan cara
pengajaran guru yang mendatar, mengurangkan lagi minat dan sekaligus merendahkan
peluang mencapai tahap penguasaan yang baik dalam bahasa Melayu di kalangan
mereka. Di sini perlu kepada kreativiti seorang guru untuk menarik minat pelajar
untuk belajar.
Guru juga perlu menyedarkan pelajar tentang perkara ini, walaupun mereka
berkomunikasi dalam bahasa Melayu tidak bererti mereka akan mendapat keputusan
baik dalam bahasa Melayu. Ini kerana komunikasi terbahagi kepada dua iaitu
komunikasi lisan dan komunikasi penulisan. Komunikasi lisan adalah interaksi
secara langsung yang mudah diyakini seperti nada, gaya bercakap, gerak isyarat,
gerak badan dan mimik muka. Komunikasi penulisan pula memerlukan pengirim
menguasai pengetahuan tatabahasa dan keupayaan menggunakan perbendaharaan kata dan
laras yang sesuai dengan konteks penggunaannya supaya mesej atau maklumat yang
ingin disampaikan dengan jelas dan lengkap kepada penerima atau pembaca seperti
memo, surat dan laporan. Komunikasi adalah perlakuan seharian yang dilaksanakan
melalui pertuturan atau penulisan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran proses
komunikasi dua hala berlaku antara guru dengan pelajar. Dalam bidang pendidikan,
komunikasi berlaku secara lisan dan penulisan.

Pelajar-pelajar menghadapi masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa standard dan


menulis dengan tatabahasa yang betul. Sesetengahnya mampu berinteraksi dengan baik
apabila bercakap tetapi lemah apabila menulis manakala sesetengah itu pula mampu
menulis dengan baik tetapi tidak boleh bercakap dihadapan orang ramai. Pelajar di
luar bandar menghadapi bahasa apabila bertutur dengan bahasa yang standard
walaupun pada dasarnya mereka fasih dan mengusai dengan baik apabila bertutur
dalam bahasa dielek mereka masing-masing, namun mereka tidak dapat berkomunikasi
dengan baik menggunakan bahasa Malaysia standard.

Seseorang pelajar yang dapat berkomunikasi dengan baik akan meningkatkan tahap
keyakinan diri mereka, Dengan ini mereka dapat membentuk personaliti peribadi
yang baik, sentiasa mahu menonjolkan diri, cerdas dan cergas , mereka tidak ada
rasa gementar, takut dan malu untuk bercakap dan tampil di kalayak
ramai.Keberanian ini penting untuk membentuk sikap positif terutamanya ketika
melakukan pembentangan di dalam kelas. Kemahiran ini perlu dilatih, tidak semua
orang boleh dan berani berdiri dan seterusnya bercakap di hadapan. Keberanian dan
berkomunikasi adalah dua perkara yang berbeza, untuk mebina keberanian itu satu,
nak melatih diri bertutur dalam bahasa Melayu standard itu satu perkara yang lain.

Jadi menjadi tugas seorang guru untuk memberikan keyakinan kepada pelajar dan
memastikan pelajar dapat menguasai kedua-duanya dengan baik dan berkesan.

3.0 Faktor Penyebab

Penguasaan bahasa amat penting terutama dalam melahirkan pelajar yang berwibawa,
berfikiran rasional, cemerlang di sekolah dan luar sekolah.. Kemahiran ini akan
memberikan kelebihan kepada pelajar untuk menguasai lebih dari satu bahasa,
mempunyai persepsi dan penanggapan tentang diri, keluarga dan persekitaran hidup,
menggunakan bahasa dalam pemikiran dan penyampaian idea.

Bahasa ialah cahaya pada minda( John Stuart Mill). Oleh itu penguasaan bahasa
seseorang adalah tanda orang itu cemerlang dalam diri dan kerjayanya. Kejayaan
seseorang bergantung kepada kemahiran bahasanya.Begitu juga dengan kejayaan
sesebuah negara. Penguasaan bahasa hari ini adalah sesuatu yang penting untuk
kemajuan sesebuah negara.

Melalui kemahiran bahasa juga dapat memupuk perpaduan antara kaum, selain itu
penguasaan bahasa penting untuk berkomunikasi dengan semua orang di pelusuk dunia.
Jadi semua itu dapat dilaksanakan dengan penguasaan bahasa. Seseorang pelajar yang
dapat menguasai lebih dari satu bahasa peluang mereka lebih berbanding dengan
kemahiran satu bahasa. Orang yang menguasai banyak bahasa mempunyai peluang yang
cerah untuk mendapat pekerjaan dan dapat berkomunikasi dengan bangsa yang
berlainan dengan baik.

untuk menyelesaikan masalah ini, perlu diketahui terlebih dahulu punca yang
membawa kepada permasalahan ini. Masalah-masalah pembelajaran ini berlaku di
sebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut ialah faktor keluarga,
faktor biologi, faktor guru , faktor persekitaran dan faktor kerohanian.

Faktor keluarga di mana tempat berlakunya pendidikan pelajar-pelajar pada


peringkat awal. Pendidikan awal ini penting untuk membentuk shakhsiah dan
personaliti pelajar. Didikan dan asuhan keluarga akan memberi kesan yang besar
terhadap pemikiran, pembentukan dan sikap pelajar. Orang yang pertama menjadi guru
kepada pelajar adalah kedua ibubapanya. Pembentukan sikap pelajar bergantung
kepada suasana dalam keluarga. Suasana dan latarbelakang keluarga banyak membantu
dan membentuk diri dan sikap mereka. Sebab itulah pentingnya kedua ibubapa menjaga
anak-anak mereka dengan baik. Bermula dari mereka kecil hinggalah mereka dewasa.
Masalah akan berlaku sekiranya keluarga itu berpecah dan kebajikan anak tidak
terjaga dengan baik. Biasanya pelajar yang bermasalah dirumah akan membawa masalah
mereka ke sekolah menyebabkan mereka melakukan masalah disiplin dan lemah dalam
pengajian.

Dalam masalah bahasa ini bergantung kepada keadaan keluarga. Jika suasana keluarga
itu baik maka perkembangan bahasa pelajar pun akan berkembang dengan baik selari
dengan suasana harmoni dalam rumah tangga. Perkembangan bahasa berkembangan secara
berperingkat-peringkat bermula dari bayi sehingga mereka besar.

Faktor biologikal juga berkait rapat dengan kekeluargaan, setiap insan dilahirkan
berbeza samada dari segi fizikal dan mentalnya. Dan kebolehan seseorang berkait
rapat dengan asal keturunannya. Kecerdikan dan kebijaksanaan diwarisi dari kedua
ibubapanya. Namun begitu, yang menjadi penentu kejayaan adalah terletak kepada
kerajinan dan kehendak seseorang pelajar itu sendiri. Tidak semestinya anak
seorang doktor akan menjadi dokor dan anak seorang petani akan menjadi petani.

Pelajar tidak dapat menguasai bahasa dengan baik sekiranya mereka malas dan tidak
berminat untuk belajar. Sekiranya mereka berminat, maka tidak akan ada masalah.
Walau mereka dari keturunan yang pandai pun, penentu kejayaan terletak kepada
sikap kerajinan dan ketekunan diri.

Faktor guru juga memainkan peranan penting membentuk peribadi pelajar selain
kehendak pelajar itu sendiri, Guru tanggungjawab mengajar, memberi rangsangan yang
baik dan membentuk kematangan pelajar dalam berfikir dan membuat keputusan serta
memberi dorongan dan sokongan untuk membentuk jatidiri seorang pelajar yang
merangkumi aspek intelek, rohani, jasmani dan emosinya.

Seorang pelajar perlu kepada tunjuk ajar guru untuk menguasai sesuatu. . Jadi
gurulah yang menjadi penunjuk ajar kepada mereka bermula dari tadika, sekolah
rendah, menengah dan universiti. Maka tunjuk ajar guru menjadi panduan hidup
mereka dan penentu kejayaan mereka di masa hadapan. Seorang guru mesti mengajar
dengan ikhlas dan bersungguh untuk mendidik pelajar mereka agar apa yang diajar
dapat dikuasai dengan baik.

Teknik pengajaran guru semasa mengajar juga berperanan untuk menarik minat pelajar
untuk belajar dan mengetahui teknik yang betul untuk menguasai apa yang diajar
dengan baik.

Faktor persekitaran juga tidak kurang pentingnya. Faktor inilah yang banyak
berperanan terhadapa para pelajar. Keadaan inilah yang membezakan antara pelajar
di bandar dan luar bandar, antara pelajar sekolah harian dan sekolah asrama penuh,
antara pelajar yang kaya dan yang miskin. Sebagai contoh kenapa pelajar di bandar
lebih cemerlang dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu berbanding pelajar di luar
bandar. Memang tidak dinafikan ada pelajar di luar bandar dapat menguasai dengan
baik dalam kedua-dua subjek bahasa ini namun masih amat kurang.

Budaya di sekolah meliputi persekitaran sekolah, kemudahan sekolah dan


kelengkapan sekolah banyak memainkan peranan penting kearah pencapaian itu.. Pihak
sekolah perlu prihatin tentang perkara ini. Masalah ini bukan lagi masalah yang
kecil, tetapi masalah yang amat ketara. Jadi semua pihak perlu mancari formula
yang berkesan untuk mengatasinya. Faktor-faktor ini adalah penentu kejayaan dan
kecemerlangan kepada pelajar-pelajar bukan sahaja dalam aspek bahasa malah dalam
aspek yang lain.

Budaya sekolah amat penting untuk membentuk suasana sosial yang baik di sekolah.
Jika suasana di rumah aman dan harmoni, akan dapat membentuk suasana rumahtangga
yang baik dan harmoni kepada anak-anak, begitu juga suasana di sekolah, di mana
akan melahirkan suasana sekolah yang akan menarik mereka belajar yang akhirnya
akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang yang akan menaikkan nama
sekolah.

Faktor kerohanian juga tidak boleh dipinggirkan dalam membentuk pelajar berjaya
dalam pelajaran dan kehidupan mereka. Jiwa kerohanian pelajar yang rendah
menyebabkan mereka mudah putus asa dan tiada kenyakinan diri. Kerohanian ini akan
mengajar mereka untuk insaf dan sabar atas segala cubaan hidup. Jadi kerohanian
ini akan menjadikan mereka sedar diri dan dapat menerima hakikat jika sesuatu yang
negatif menimpa diri mereka. Langit tidak selalu cerah, ada hari kita bernasib
baik ada hari pula kita ditimpa malang. Jadi perlu ada kesedaran dan kewarasan
untuk menghadapi keadaan ini. Jika mereka gagal dalam pelajaran, tidak bererti
akan gagal selamanya, yang penting jangan berputus asa dan terus berusaha. Bangkit
semula untuk meraih kejayaan yang mendatang. Kelima-lima faktor ini amat penting
dan mempengaruhi kemerosotan dan kecemerlangan masalah pembelajaran bahasa
pelajar-pelajar.

Perlu diketahui bahawa dalam pelajaran bahasa, bahasa dibentuk daripada asas bunyi
atau fenom. Asas bunyi dapat dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu fonologi,
morfologi, sintaktis, semantik dan pragmatik . istilah-istilah ini ialah sistem
bunyi sesuatu bahasa termasuk bunyi-bunyi yang telah digunakan dan dicantumkan.

Fonologi merujuk kepada set-set perkataan daripada dua atau tiga dozen fenom.
Morfologi merujuk kepada unit-unit makna yang terlibat dalam pembentukan
perkataan. Sintaks merujuk kepada suatu peraturan yang mengurus susunan kata-kata
dalam frasa-frasa dan ayat-ayat. Semantik merujuk kepada makna perkataan dan ayat.
Manakala pragmatik merujuk kepada penggunaan bahasa dalam konteks yang berbeza-
beza.

Bahasa ini berkembang secara berperingkat-peringkat. Peringkat ini bermula dari


bayi kemudian kanak-kanak, alam sekolah rendah dan alam sekolah menengah. Untuk
menguasai bahasa, peraturan-peraturan bahasa meliputi, fonoligi, morfologi,
sintaks, semantik dan pragmatik perlu dipelajari dengan tekun oleh kanak-kanak di
sekolah. Tahap perkembangan bahasa kanak-kanak akan berkembang apabila mereka
belajar dan menulis. Begitu juga dengan kosa kata dan tatabahasa perlu dikuasai
dengan baik. Seterusnya menguasai ilmu penaakulan dan kemahiran untuk memahami
sesuatu atau menyelesaikan masalah.

Keadaan ini akan bertambah dengan bertambahnya tumbesaran mereka, akan berkembang
dengan meningkatnya umur mereka. Jadi penguasaan bahasa ini bertambah dan
meningkat dengan meningkatnya kecerdikan dan kematangan mereka. Oleh itu yang
menyebabkan mereka gagal menguasai bahasa dengan baik adalah disebabkan tersilap
pemahaman mereka dan sikap yang ada dalam diri mereka.

4.0 Penyelesaian Masalah

Untuk menyelesaikan masalah pembelajaran ini, perlu kepada penglibatan semua pihak
termasuk dari pihak pelajar, guru, ibubapa dan pihak sekolah. Masalah ini dapat
diselesaikan sekiranyanya semua pihak memainkan peranan yang sebaik-baiknya.
Setiap penyakit ada ubatnya, begitu juga masalah, pasti ada jalan
penyelesaiannya. Apa yang perlu dilihat ialah apakah masalah yag dihadapi itu,
apakah sebabnya, dan bagaimana nak mengatasi masalah itu? Tiada orang yang mampu
menjawabnya melainkan kita sendiri.

Di sini penulis gariskan beberapa penyelesaian untuk mengatasi masalah ini


supaya masalah ini dapat dibendung dan diatasi terutama kepada pelajar-pelajar
kita di hari ini untuk melahirkan generasi=generasi yang cemerlang.

Ujian Diagnostik

Guru-guru perlu memberi perhatian dan penekanan kepada pengajaran bahasa.


Mereka perlu mengetahui aspek bahasa yang dikuasai dengan lemah atau belum
dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Penekanan yang lebih perlu diberikan kepada
aspek yang menjadi masalah. Para pelajar perlu diberi keterangan tentang sesuatu
bidang dan dipastikan bahawa mereka benar-benar memahaminya. Setelah itu, ujian
terhadap tahap pemahaman pelajar mungkin boleh dibuat, misalnya melalui latihan
membuat ayat. Melalui ujian diagnostik, kelemahan pelajar dalam aspek ini akan
dapat diketahui.

Ini dilakukan dengan cara mengenal pasti apakah aspek-aspek yang menjadi masalah
kepada mereka. Secara langsung, guru akan dapat mengetahui aspek-aspek yang telah
dan belum dikuasai oleh mereka. Hasil ujian ini boleh dijadikan sebagai maklumat
bagi program pengajaran pemulihan, iaitu langkah-langkah untuk mengatasi masalah
dalam penguasaan bahasa. Ujian diagnostik juga hendaklah dijalankan dari semasa ke
semasa, iaitu sama ada sebelum atau selepas pengajaran dilakukan. Ini bertujuan
untuk melihat sama ada pelajar-pelajar telah mencapai kemajuan atau sebaliknya.
Dengan cara ini juga dapat dinilai keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan
oleh guru.

Peranan Guru

Guru memainkan peranan besar dalam kejayaan pelaksanaan dan pembelajaran bahasa
Melayu. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang mantap tentang teori,
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu serta
mampu mengaplikasikannya dalam suasana yang sebenar di dalam kelas. Ini juga
bermakna, seseorang guru tidak sahaja perlu mempunyai pengetahuan yang cukup dalam
aspek-aspek yang dinyatakan di atas, tetapi ilmu yang dimiliki harus ditingkatkan
dari semasa ke semasa.

Untuk mencapai hasrat ini, pihak-pihak yang berkenaan seperti Bahagian Pendidikan
Guru, Pusat Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan dan Institusi-institusi
Perguruan harus mengambil inisiatif untuk menjalankan tindakan-tindakan yang
sewajarnya. Sebagai contoh, guru-guru pelatih yang akan mengajar bahasa perlu
diberi latihan yang khusus dalam aspek tatabahasa semasa mengikuti kursus
pendidikan di Maktab Perguruan atau Fakulti Pendidikan. Guru-guru yang sudah lama
mengajar juga perlu didedah kepada teori, pendekatan, kaedah dan teknik-teknik
pengajaran yang muktahir melalui kursus-kursus dalam perkhidmatan, penyertaan
dalam seminar-seminar yang berkaitan, maklumat daripada makalah-makalah pendidikan
dan sebagainya.

Kesedaran Dan Sikap Pelajar

Selain bahan-bahan pengajaran dan peranan guru, pelajar sendiri harus ada
kesedaran untuk memperbaiki penguasaan bahasa Melayu mereka melalui
pembacaan. Pelajar-pelajar digalakkan menambahkan pembacaan mereka, iaitu
pembacaan bahan yang berbentuk ilmiah, dan bukannya bentuk hiburan ringan. Bahan
bacaan ringan yang terdapat dipasaran mampu memberi kesan yang buruk kepada
penguasaan bahasa Melayu mereka. Hal ini kerana, dalam bahan bacaan tersebut
terdapat banyak kesalahan bahasa dari pelbagai aspek. Di khuatiri pelajar akan
terpengaruh dengan penggunaan sesuatu aspek bahasa.
Pelajar-pelajar juga hendaklah membuang sikap memandang rendah terhadap bahasa
Melayu. Mereka perlu sedar bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa utama di negara
ini dan bahasa Melayu telah terbukti mampu menjadi bahasa ilmu. Pelajar-pelajar
sepatutnya mengetahui akan kepentingan bahasa Melayu sebagai syarat untuk
melanjutkan pelajaran dan seterusnya berjaya dalam bidang pekerjaan yang dicita-
citakan, namun tidak dinafikan pelajar sendiri yang mengambil sikap sambil lewa
dengan melepas tangan terhadap pembelajaran bahasa Melayu kerana mereka
beranggapan bahasa Inggeris lebih penting dalam dunia pekerjaan sebenar berbanding
bahasa Melayu. Mentaliti ini perlu diubah dalam minda pelajar-pelajar kerana
kedua-dua bahasa ini amat penting hari ini. Jadi pelajar tidak boleh mengabaikan
kedua-dua fungsi bahasa ini.

Menurut Behavioris, bahasa ialah suatu kemahiran pembelajaran yang dipelajari


seperti bermain piano atau menari. Untuk menguasai bahasa, terlebih dahulu
pelajar-pelajar perlu menguasai dan memahami peraturan-peraturan bahasa termasuk
fonologi, morfologi, sintaks, semantik dan pragmatik dengan baik untuk penggunaan
bahasa yang sempurna dalam komunikasi dan kehidupan. Menurut Chomsky(1957),
manusia sememangnya dilahirkan secara semulajadi dengan alat penguasaan bahasa.
Yang mana mereka dapat mengesan ciri-ciri dan peraturan bahasa tertentu termasuk
fonologi, morfologi, sintaks, semantik dan pragmatik.

Jadi pengaruh biologi dan persekitaran penting untuk membentuk penguasaan bahasa
pelajar-pelajar agar kesan itu akan menular ke sekolah dan mereka dapat
mempraktikkannya dan menghasilkan nilai yang cemerlang dalam percakapan, penulisan
dan peperiksaan. Ini kerana perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh
interaksi dengan orang lain. Dengan pendedahan ini mereka boleh menguasai
kemahiran-kemahiran berbahasa.

Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa perlu turut memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak


mereka supaya lebih rajin membaca. Mereka hendaklah menyediakan suatu suasana
berbahasa yang sempurna di rumah. Mereka juga hendaklah memberikan kesedaran
kepada anak-anak mereka tentang pentingnya bahasa Melayu dalam kehidupan mereka.
Membaca akan menambahkan pengetahuan mereka di samping menambahkan perbendaharaan
kata dan mendedahkan mereka kepada pelbagai bentuk ayat. Secara tidak langsung,
pembacaan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu pelajar yang berlaku.

Mereka perlu bersungguh-sungguh supaya anak-anak mereka menguasai semua aspek


penguasaan bahasa iaitu dari segi bahasa, tatabahasa, struktur bahasa , simpulan
bahasa, kesusateraan dan lain-lain yang berkaitan bahasa. Dengan ini barulah
mereka akan dapat menguasai subjek bahasa itu dengan baik.
Selain itu juga, suasana pembelajaran juga perlu dititikberatkan kerana ianya akan
membantu kejayaan pelajar. Ibubapa perlu menyediakan suasana yang sesuai untuk
anak-anak mereka kerana akan mewujudkan suasana yang dapat membantu anak-anak
untuk belajar dengan aman dan bersemangat. Bahasa berkembang dengan baik apabila
ibubapa dan penjaga membantu mengekalkan perkembangan bahasa secara semula jadi
dengan membekalkan persekitaran yang penuh dengan peluang untuk mengembangkan
bahasa.

Ahli-ahli interaksionis menekankan sumbangan biologi dan pengalaman dalam


perkembangan bahasa. Pelajar secara biologi bersedia untuk belajar bahasa apabila
mereka dan ibubapa berinteraksi. Ini bererti jika mereka berbual, bertanya soalan-
soalan, maka kesan perkembangan bahasa adalah baik dan efektif.

5.0 Kesimpulan
Bahasa berperanan penting dalam kehidupan manusia. Kerana melaluinya manusia
dapat berinteraksi antara satu dengan yang lain. Bahasa perlu dididik dan diajar
bermula dari kecil lagi sehingga dewasa. Perkembangan bahasa berkembang secara
berperingkat-peringkat. Sekiranya berlaku masalah pengauasaan bahasa di kalangan
pelajar, perkara ini perlu diatasi dengan sebaiknya. Bahasa amat penting untuk
menentukan masa depan pelajar-pelajar.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menghendaki pelajar kita cemerlang dalam


bidang akademik. Jadi jika berlaku kelemahan bahasa samada bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris akan memberi kesan buruk kepada Sistem Pendidikan Malaysia itu
sendiri.

Semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan penguasaan bahasa ini
di kalangan pelajar-pelajar. Penulis berharap dengan penulisan ini sedikit
sebanyak dapat menolong pelejar-pelajar untuk meningkat penguasaan bahasa
terutamanya kepada pelajar luar bandar untuk memperolehi keputusan yang cemerlang
dalam subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

BIBILIORAFI

1. SIRI PENDIDIKAN GURU, PSIKOLOGI PENDIDIKAN, OXFORD FAJAR, 2008

2. JURIAH LONG:”Kecekapan bahasa dan berbahasa dalam komunikasi bidang


pendidikan”, UKM, 1999

3. MOHD NASHUHA, KEMAHIRAN BERFIKIR DAN BELAJAR, SHAH ALAM, FAJAR BAKTI, 1996

S-ar putea să vă placă și