Sunteți pe pagina 1din 3

NAMA: MOHD SABREE BIN MOHAMED NOOR

MATRIK: BA13110227
TUGASAN: DASAR EKONOMI BELANDA DI TANAH MELAYU
Dasar Ekonomi di Tanah Melayu
Orang-orang Belanda di Timur berjuang untuk mendapat hak-hak monopoli yang membolehkan
mereka membeli barang-barang dengan harga yang murah dan menjualnya dengan harga yang
mahal.1 Selepas menawan Melaka, mereka berharap hendak mengembangkan dasar ini ke
Semenanjung Tanah Melayu dengan tiga cara iaitu dengan memaksa semua kapal yang
melalui Selat Melaka membayar cukai di Melaka, dengan mengawal daerah-daerah yang
mengeluarkan bijih, dan dengan menakluki jajahan baru.2
Perdamaian di antara Johor dengan Acheh akhirnya tercapai dengan perantaraan orang
Belanda. Acheh berundur dari Semenanjung Tanah Melayu walaupun Perak terus tunduk
kepadanya. Oleh sebab bijih timah adalah satu bahan perniagaan yang penting, orang Belanda
menggunakan segala daya usaha mereka mengawal negeri-negeri yang ada mengeluarkan bijih
timah seperti Kedah, Perak, Ujung Salang(Junk Ceylon) dan Bangeri(berhadapan dengan Ujung
Salang).
Negeri yang mula-mula sekali menandatangani satu perjanjian dengan Belanda ialah negeri
Kedah. Dalam bulan Julai 1641, seorang Belanda bernama Jan Hermansen nebgadajab
perundingan dengan Sultan Kedah berkenaan dengan eksport bijih dari negeri tersebut dan
mendapat akuan daripada sultan iaitu setengah daripada hasil bijih negeri Kedah hendaklah
dijualkan kepada orang Belanda. Kapal-kapal tidak dibenarkan masuk dan berniaga di sana
kecuali kalau ada membawa surat kebenaran daripada pihak Belanda.
Setahun kemudian orang Belanda menandatangani satu perjanjian mengandungi syarat sama
seperti yang tersebut itu dengan Sultan Perak. Dua tahun selepas itu, dalam bulan Mac 1643,

1
2

Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah Tanah Melayu(1400-1959), DBP: Kuala Lumpur
Ibid.

satu lagi perjanjian yang serupa itu telah ditandatangani dengan Ujung Salang. Dalam bulan
Januari 1645, Bangeri pula turut memberikan orang Belanda hak monopoli perniagaan bijihnya.

Dasar Belanda ini memberikan kesan yang besar kepada India, oleh sebab saudagar dari Surat
dari semenjak beberapa lama telah pun menjalankan perniagaan kain dan bijih secara besarbesaran.3 Bijih dari Perak ditukar dengan kain dari Acheh. Akibatnya perniagaan orang Belanda
di Sumatera jatuh. Dengan demikian diambil keputusan untuk menahan saudagar India ini
daripada masuk ke Acheh dan Tanah Melayu. Dalam tindak balasnya, pihak berkuasa Moghul
merampas loji Belanda di Surat. Angkatan laut Belanda pula merampas dua buah kapal
kepunyaan Maharaja Moghul. Pertikaian ini berakhir dengan dibuat satu persetiaan yang
ditandatangani dalam bulan Ogos 1649. Menurut persetiaan itu pihak berkuasa India mengaku
hendak memberhentikan semua pelayaran ke kawasan yang ada mengeluarkan bijih.4
Belanda yang telah mengukuhkan kedudukan di Melaka terus mengamalkan sistem Portugis
dalam memungut cukai dan mengeluarkan pas kebenaran. Walaupun terdapat penguasaan
yang lebih ketat sistem ini oleh Belanda namun Johor mendapat kedudukan yang lebih
menguntungkan dalam perdagangan berbanding dengan jiran-jiran Melayunya sebagai hasil
perjanjian yang telah ditandatanganinya dengan pihak Belanda pada tahun 1639 dan kemudian
telah membaharui dan memperluaskannya pada tahun 1642(tetapi malangnya perjanjian itu
tidak lagi berkuatkuasa). Pemerintah dan Orang Kaya Johor telah diberikan keistimewaan
perdagangan tertentu oleh Belanda sebagai satu penghormatan terhadap individu-individu yang
penting ini dan sebagai tanda penghargaan kerana peranan mereka dalam penaklukan Melaka.
Permohonan daripada pemerintah Johor atau Orang Kaya bagi mendapatkan kebenaran
berniaga di setengah-setengah tempat yang jauh, jarang ditolak, dan asalkan kapal Johor itu
dijamin bebas daripada gangguan Belanda di laut.(Kerajaan Johor 1641-1728)

3
4

Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah Tanah Melayu(1400-1959), DBP: Kuala Lumpur
Ibid.

Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini kerana hendak
mendapatkan bahan-bahan rempah, buah pala dan cengkih. Ini telah mendorong pedagangpedagang Belanda ini bergabung membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur pada 20 Mac
1602 yang digelar V.O.C. Tujuan utama penubuhan VOC adalah menguasai perdagangan
rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga ingin menyingkir Portugis yang
sedang bergiat dalam perdagangan di rantau Melayu.5
Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah
dijadikan

pelabuhan

perdagangan

alternatif

kepada

pedagang-pedagang

dunia

selain

Melaka.Untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda
telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya
menewaskan Portugis dengan bantuan kerajaan Johor iaitu kerajaan dari kesultanan melayu
melaka pada tahun 1641.
Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan
Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di negara ini dengan
melampaui sempadan Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah
dengan Perak dengan mengadakan satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan
mula menyedari sikap mereka itu.Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak
persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya menjadi seolaholah retak menanti belah.
Ini kerana telah mula timbul perasaan syak wasangka di antara satu sama lain dan mereka
tidak senang dengan persaingan sebab ianya menjejaskan matlamat monopoli mereka.Keadaan
ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda
ke atas Johor pada akhir abad ke 18.

Dr.Sir, Zaman Penjajahan Belanda, http://drsir.blogspot.com/2012/07/mpw-1133-zaman-penjajahan-belanda.html,


2012, diakses pada 2 November 2014.

S-ar putea să vă placă și