Sunteți pe pagina 1din 19

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

PENGENALAN
Pembelajaran Bahasa Malaysia perlu dilatih dan dipupuk di sekolah rendah
lagi. Ini kerana pembelajaran bahasa sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi
dan aplikasi bahasa. Pada Tahap 1, murid-murid perlu menguasai asas kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Ini bermakna konsep kembali kepada
asas diberi penekanan yang khusus.
Pada Tahap 2 pula, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi
kemahiran bahasa. Melalui penguasaan kemahiran bahasa ini, murid dapat
berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan, manakala melalui
kemahiran membaca, murid dapat meningkatkan kosa kata di samping memupuk
minat membaca.
Penguasaan tatabahasa yang baik dapat membantu murid menghasilkan
penulisan yang kreatif dan berkualiti.Pelbagai pendekatan dan teknik seperti nyanyian
dan permainan serta penggunaan pelbagai bahan yang menarik dapat membantu
murid menguasai dan menghayati pembelajaran.
Standard Kandungan Kemahiran Menulis menentukan keupayaan murid
menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagaijenis penulisan
kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang
jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginasi untuk menghasilkan penulisan.
Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis, guru perlu
menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis
Melalui penulisan adalah salah satu cara untuk murid menghasilkan bahan
berbentuk

idea,pendapat, pengalaman,perasaan,maklumat dalam tulisan. Melalui

penulisan juga sesuatu kecekapan berbahasa dapat ditingkatkan sekaligus dapat


melahirkan fikiran dan perasaan melalui lisan dan penulisan. Antara tujuan penulisan
adalah meningkatkan asas menulis yang kukuh dari segi mengeja perkataan dan
menyusun ayat dengan betul. Hasil daripada penulisan tersebut murid dapat membaca
hasil penulisan mereka.

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

Menurut

Ann

Raimas

(1983),

mengarang

dapat

KRB
3023

melahirkan

tatabahasa,idea,perbendaharaan kata dan perasaan. Melalui penulisan juga dapat


memberi peluang kepada pelajar meneroka bahasa dan meluaskan pengetahuan dan
melahirkan idea yang kreatif dan kritis.
TEORI
Terdapat beberapa teori yang boleh djadikan panduan dan bersesuaian dengan PdP
yang dipilih. Menurut teori pembelajaran Bruner, pembelajaran adalah satu proses
aktif yang dapat membolehkan seseorang itu menguasai dan mempelajari beberapa
perkara dan dapat dikaitkan secara bermakna.Beliau juga menekankan penguasaan
konsep untuk kanak-kanak melihat suatu gambaran secara keseluruhan.Ini kerana
Kanak-kanak perlu memahami sesuatu konsep ketika sessi pembelajaran supaya
mereka dapat membina idea mereka sendiri.
Beliau juga berpendapat bahawa sesorang guru seharusnya membekalkan
pengalaman kepada murid untuk membantu mereka menemui sesuatu idea, konsep
atau pola. Murid diperkenalkan dengan satu fenomena dan murid

menyiasat

bagaimana keadaan itu berlaku. Setelah jawapan diperoleh , jawapan itu akan
dibincangkan bersama guru dan murid lain di dalam kelas.
Bagi teori pembelajaran induktif, guru seharusnya membekalkan murid-murid
dengan pengalaman supaya murid menemui idea, konsep atau pola yang
diperkenalkan. Pembelajaran Induktif ini juga adalah untuk memotivasikan pelajaran
yang aktif dan membentuk konsep yang difahami.Cara pembelajaran induktif ini
adalah guru tidak memberikan definisi konsep yang diajar tetapi pemahaman konsep
adalah dibina secara perlahan hasil daripada pendedahan kepada kanak-kanak iaitu
pelbagai aktiviti dan pengalaman.Murid menggunakan pengalaman mereka sendiri
untuk membentuk konsep baru.
Berdasarkan pengajaran yang dilakukan oleh guru, dimana murid mencatat
maklumat penting dengan cara mereka dipertontonkan dengan tayangan video
suasana dijalan raya. Suasana di jalan raya saling berkait dengan pengetahuan sedia
ada murid dan pengalaman yang telah mereka lalui. Setelah selesai mencatat
maklumat penting, murid dan guru berbincang mengenai apa yang mereka lihat
2

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

daripada tayangan video, apa yang berlaku dan kesan sekiranya seseorang tidak
mematuhi peraturan jalan raya.
Bagi aktiviti ini ia memberi perkaitan dengan teori Bruner, menurut teori ini
kanak-kanak akan banyak belajar melalui pengalaman mereka sendiri. Mereka akan
lebih mudah memahami, meluahkan pendapat serta pandangan sekiranya situasi itu
berkaitan dengan kehidupan mereka. Disini guru perlu memberi peluang dan ruang
untuk murid-murid meneroka dan merasa supaya pembeajaran akan menjadi lebih
bermakna buat mereka.

Bagi langkah pengajaran seterusnya, murid membina peta minda dengan


bantuan dan penerangan guru. Guru berbincang bersama murid tentang lampu isyarat
jalan raya dari segi bentuk,fungsi, warna dan lokasi. Setelah selesai perbincangan,
murid akan mengisi maklumat didalam peta minda yang telah diedarkan.
Dari sudut penyampaian guru, teori Ausubel mempunyai perkaitan dengan
pengajaran dan pembelajran kali ini. David Ausubel adalah seorang ahli psikologi
pendidikan yang menekankan penguasaan yang bermakna. Menurut beliau lagi,
pembelajaran yang bermakna terjadi apabila seseorang murid itu mengaitkan
fenomena atau pengalaman mereka yang baru kedalam pengetahuan mereka. Disini
guru berperanan menyampaikan maklumat yang lengkap dengan bahasa yang mudah
difahami oleh murid. Maklumat atau pengajaran yang disampaikan oleh guru itu
perlulah disusun atur dengan baik supaya murid juga dapat menerima dengan baik.
Walaupun maklumat disampaikan oleh guru, perlu diingat idea dan respon murid juga
tidak boleh diabaikan. Respon yang diberikan oleh murid perlu diteliti dan didengari.
Idea-idea yang diberikan oleh murid perlu dibincangkan di dalam kelas.
Dalam teori Ausubel ini terdapat pembelajaran penemuan. Pembelajaran
penemuan ini dimana maklumat-maklumat yang diperolehi oleh murid datangnya
dari usaha dan pengalaman mereka sendiri. Ianya amat berkesan terhadap
perkembangan kognitif individu dan menjadikan seseorang murid itu lebih matang
untuk memenuhi kehendak dan keperluan pembelajaran mereka. Pembelajaran
penemuan ini perlu digalakkan oleh semua guru kepada murid. Pembelajaran ini
mengkehendaki murid untuk menyiasat, membuat kajian sendiri, mengumpul
3

GURU
PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

maklumat, membuat analisis, membuat sintesis penilaian dan rumusan. Pembelajaran


seperti ini jika dilakukan akan menjadikan pembelajaran murid itu lebih bermakna
dan menyeronokan.
MODEL
Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti seperti
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model
pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan
untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan.
Model pengajaran mengandungi unsur-unsur penting yang dapat memberi
suatu gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu proses pengajaran. Pada masa
dahulu, pengajaran dianggap sebagai satu proses yang mudah iaitu pengajaran sebagai
suatu penyampaian pengetahuan daripada seorang guru kepada murid. Situasi ini
dinamakan proses pengajaran sehala iaitu guru sebagai pengajar menyalurkansegala
bentuk pengetahuannya kepada murid yang menerima segala-galanya, seperti yang
ditunjukkan pada rajah di bawah.

MURID

Rajah 1
Apabila pengajaran sedemikian berlaku, guru merupakan sebagai individu
yang aktif manakala murid menerima secara pasif. Tidak terdapat sebarang interaksi
antara guru dengan muridnya. Murid hanya menunggu maklumat daripada guru.
Murid kurang memberi maklum balas terhadap pertanyaan dan persoalan guru. Disini
kita akan mendapat murid yang tidak aktif dan murid yang mempunyai daya fikir
yang rendah.Tanpa interaksi antara guru dengan muridnya, maka sukar untuk
menentukan sama ada proses pembelajaran telah berlaku atau tidak. Murid tidak
diberikan peranan aktif sebagai individu yang boleh menentukan pembelajarannya.
Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah daripada keadaan seperti itu.
Pengajaran kini lebih disifatkan sebagai satu proses yang dengan sengaja
dirancangkan dengan objektif dan isi yang dipilih khas untuk disesuaikan dengan
keperluan murid. Untuk menentukan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan,
4

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

guru-guru haruslah mengambil pelbagai pertimbangan seperti memilih model-model


pengajaran yang boleh memberi kesan positif pada pengajarannya di samping
pemilihan kaedah, teknik dan pendekatan. Di sini dibincangkan beberapa model
pengajaran dan pembelajaran untuk pertimbangan guru. Setiap model-model yang
dicadangkan mempunyai kekuatan tersendiri dalam membantu guru-guru dalam
proses pengajarannya.
Model Pengajaran Asas
Model ini dikemukakan oleh Robert Glaser (1962). Model ini dianggap
sebagai model asas yang dapat menggambarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Model Glaser membahagikan proses pengajaran kepada empat bahagian seperti dalam
rajah berikut;

OBJEKTIF
PENGAJAR

TINGKAH
LAKU

PROSEDUR

PENILAIAN

PENGAJARA

PRESTASI

Rajah 2 Model Pengajaran Asas Glaser


Objektif pengajaran
Objektif pengajaran ialah sasaran yang hendak dicapai oleh murid setelah
mengikuti sesuatu pengajaran. Ia merupakan pernyataan tentang tingkah laku murid
yang dapat diperhatikan dan dapat diukur setelah langkah pengajaran dijalankan.
Pernyataan yang jelas tentang tingkah laku murid yang hendak dicapai membolehkan
guru merancang langkah-langkah pengajaran dan membuat penilaian ke atas
keberkesanan pengajarannya.Setiap pengajaran yang dirancang oleh guru mempunyai
objektif yang tertentu. Seperti tajuk penulisan yang dipilih iaitu Aku sebatang
Lampu Isyarat mempunyai objektifnya, iaitu diakhir pengajaran murid dapat menulis
sebuah karangan autobiografi dengan sekurang-kurangnya dua perenggan yang
5

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

lengkap berdasarkan tajuk yang diberi. Guru akan menyusun atur pengajaran dari
awal penerangan guru dan disusuli aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan membuatkan
objektif tercapai.
Tingkah laku sedia ada
Tingkah laku sedia murid merujuk kepada pengetahuan, kemahiran atau sikap
yang sudah ada pada seseorang murid. Penentuan tingkah laku sedia murid
membolehkan guru menilai sama ada objektif yang telah dirancang itu sesuai atau
tidak. Sesuatu pembelajaran baru akan menjadi lebih bermakna sekiranya dikaitkan
dengan pengalaman sedia ada murid, kebolehan serta minat mereka. Bagi tajuk Aku
Sebatang Lampu Isyarat berkaitan dengan lampu isyarat jalan raya. Murid sudah
mempunyai pengetahuan sedia ada tentang lampu isyarat jalan raya. Mereka sudah
mengenali warna, bentuk,fungsi dan lokasi lampu isyarat. Disini guru boleh bersoal
jawab dengan murid tentang apa saja berkaitan dengan lampu isyarat. Menjana idea
murid melalui persoalan akan melahirkan murid yang sentiasa berfikir tanpa
menunggu jawapan dari guru. Jawapan-jawapan daripada murid perlu ditapis dan
dikembangkan supaya murid akan lebih jelas dan lebih memahami isi pengajaran
yang ingin disampaikan oleh guru. Setelah selesai perbincangan dan penjelasan,
murid diminta membina peta minda berdasarkan maklumat yang mereka perolehi
sebentar tadi. Peta minda yang dihasilkan akan dijadikan sebagai panduan untuk
mereka menulis karangan.
Prosedur Pengajaran
Bahagian ini menerangkan tentang proses pengajaran. Prosedur pengajaran
berbeza mengikut objektif pengajaran yang hendak dicapai. Bahan pengajaran dan
alat bantu mengajar dipilih supaya sesuai dengan objektif pengajaran. Kaedah
mengajar yang sesuai hendaklah dirancang supaya isi pelajaran dapat disampaikan
dengan berkesan. Aktiviti pengajaran seperti memberi keterangan, menyoal,
merangsang, menarik perhatian dilaksanakan di peringkat ini. Murid juga terlibat
dengan aktiviti pembelajaran seperti memerhati, menumpukan perhatian , berbincang
dan menyelesaikan masalah. Sebagai permulaan pengajaran murid dipertontonkan
6

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

dengan tayangan video suasana di jalan raya. Di sini murid diminta mencatat
maklumat-maklumat yang penting hasil daripada video yang mereka tonton antaranya
berkaitan dengan apa yang dilihat, apa yang berlaku dan kesan jika mereka tidak
mematuhi peraturan di jalan raya. Setelah itu, segala maklumat yang mereka perolehi
akan dibincangkan.
Penilaian Prestasi
Pada peringkat ini, pemerhatian dan ujian-ujian dijalankan untuk menyemak
setakat mana murid telah mencapai objektif pengajaran. Dengan adanya penilaian,
guru mendapat maklum balas tentang hasil pengajarannya. Sekiranya penilaian
menunjukkan bahawa murid tidak mencapai tahap yang memuaskan, maka guru perlu
menyemak kembali setiap komponen dalam modul pengajaran di atas. Jika perlu
komponen yang didapati kurang tepat dan sesuai perlu dikaji atau diubah suai.
Contohya, kaedah pengajaran kuliah dalam pembelajaran tidak difahami murid, maka
guru perlu menukarnya kepada kaedah perbincangan atau lain-lain yang memudahkan
murid menguasai isi pelajaran. Kekuatan model Glaser ini boleh dijadikan panduan
asas bagi guru dalam tugas mengajarnya. Bagaimanapun, model ini boleh mejadi
lebih bermakna sekiranya ditambah dengan unsur interaksi guru-murid dan langkahlangkah pemulihan sekiranya perlu bagi murid-murid tertentu. Bagi aktiviti kali ini
murid di agihkan kepada kumpulan pemulihan dan pengayaan. Ini kerana dalam kelas
yang dipilih pada kali ini mempunyai tahap murid yang berbeza. Bagi murid
pemulihan guru memilih aktiviti berbentuk menyusun ayat mengikut urutan yang
diberi. Selepas murid menyusun ayat mengikut urutan, secara individu muird diminta
menulis karangan supaya menjadi sebuah karangan yang lengkap. Bagi murid
pengayaan pula mereka diberi gambar suasana di jalan raya. Secara berkumpulan
murid diminta menulis lima ayat berdasarkan gambar yang diberi. Setelah selesai
menulis lima ayat, murid diminta menulis karangan. Karangan yang dihasilkan adalah
secara individu tetapi masih berdasarkan ayat yang telah mereka perolehi.

PENDEKATAN
7

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

Definisi
Menurut Juriah long, Pendekatan ialah proses pengendalian pengajaran secara
keseluruhannya di dalam bilik darjah. Pendekatan yang digunakan seharusnya sesuai
dengan perkembangan diri dan kebolehan murid murid agar suasana pembelajaran
menjadi lebih sempurna, menarik dan berkesan. Oleh itu, guru digalakkan
menjalankan pelbagai aktiviti dan memilih bahan bahan pembelajaran yang sesuai
mengikut kebolehan, keupayaan,bakat dan minat murid murid.
Menurut Kamaruddin Haji Husin (1988), Pendekatan ialah satu kumpulan
andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.
Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita
ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu, ada kalanya
pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud
berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran.
Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan
murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran
bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.
Dalam pengajaran Bahasa Malaysia khususnya dalam pengajaran penulisan ,
terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan pengajaran oleh guru. Antara
pendekatan itu ialah

pendekatan terkawal, pendekatan berpandu, pendekatan

bebas,pendekatan proses , pendekatan komunikatif dan pendekatan pengalaman


bahasa.
Pendekatan Terkawal
Dalam pengajaran kali ini kami memilih pendekatan terkawal. Pendekatan
terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid-murid
menimba

pengalaman

mengarang

supaya

mereka

biasa

dengan

struktur

karangan.Pendekatan ini sangat sesuai untuk menjana minda dan idea murid.
Berdasarkan kajian yang kami lakukan juga didapati, melalui pendekatan ini murid
dapat mengelak daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahupun dari
segi isi. Pada peringkat awal guru mengawal secara menyeluruh.Namun begitu, murid
masih diberi kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka
8

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

sendiri.Sebagai contoh bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru memberikan


senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan murid perlu membina ayat
untuk melengkapkanfrasa, guru menyediakan tayangan video dan gambar yang
menggambarkan

sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian murid disuruh

menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu. Muridmurid dapat menghasilkan penulisan dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan
yang disediakan oleh guru. Murid Antara aktiviti yang dijalankan ialah guru
menggunkan gambar bagi merangka karangan.
Melalui pendekatan terkawal, murid-murid

melakukan aktiviti mengikut

panduan yang diberikan oleh guru. Kajian yang kami lakukan, pendekatan ini sesuai
untuk diaplikasikan kepada murid yang lemah atau masih belum menguasai sesuatu
kemahiran dengan baik. Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
pendekatan ini adalah lebih mudah dan akan dapat dilakukan oleh murid-murid yang
lemah. Sebagai contoh, murid-murid hanya perlu membuat peta minda dan seterusnya
menulis ayat ringkas berpandukan situasi dengan perkataan yang diberi untuk
melengkapkan sebuah karangan.
Sekiranya murid-murid telah menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik,
kelonggaran akan diberikan kepada murid-murid tersebut untuk melakukan aktiviti
yang lebih mencabar. Ini bermakna murid-murid tersebut mempunyai sedikit
kebebasan untuk menjalankan aktiviti mengikut daya pemikiran atau kemampuan
mereka tetapi masih dikawal oleh guru. Sebagai contoh, pada peringkat ini muridmurid akan menulis karangan daripada ayat yang diberi. Ini menunjukkan bahawa
pada peringkat ini latihan yang diberi adalah lebih mencabar berbanding dengan
peringkat awal.
Jelas kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal memulakan proses pengajaran
daripada mudah kepada perkara yang lebih susah atau daripada konkrit kepada
abstrak. Pendekatan ini memang sesuai untuk murid-murid yang lemah seterusnya
dapat memberi motivasi kepada mereka untuk terus belajar kerana aktiviti yang
dijalankan adalah bersesuaian dengan kebolehan mereka. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang agak sukar dan tidak sesuai dengan kebolehan murid-murid akan
mematahkan semangat mereka untuk terus belajar. Oleh itu, guru perlu memainkan
peranan untuk memberi bimbingan kepada murid sama ada secara kelas, kumpulan
9

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

atau individu agar mereka tidak mudah berasa jemu atau memudahkan mereka untuk
menyiapkan sesuatu tugasan.
Dengan menggunakan Pendekatan Terkawal, murid akan diberi panduan dan
bimbingan sepenuhnya. Jadi, mereka akan dapat belajar tentang sesuatu perkara
dengan menggunakan bahan-bahan yang diberi oleh guru sebagai contoh untuk
melaksanakan tugasan yang baru.
Berdasarkan pengalaman, murid yang lemah biasanya tidak mampu untuk
berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara dan tidak dapat mengemukakan
pendapat atau idea yang berkaitan dengan sesuatu tajuk tanpa bantuan atau bimbingan
daripada guru. Mereka juga agak malas untuk berfikir. Kadangkala mereka akan
mengemukakan pendapat atau pandangan yang tidak logik atau tidak berkaitan
dengan topik yang dibincangkan. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan untuk
menggalakkan para pelajar mengemukakan pendapat dengan memberi gambaran
tentang sesuatu perkara atau tajuk yang dibincangkan. Dengan ini, mereka akan
berasa lebih yakin untuk memberikan pendapat dan sudah pasti pendapat atau idea
yang dikemukakan tidak akan terpesong.
Pendekatan Bebas
Kami juga bersetuju dengan pendekatan bebas yang dikemukan oleh Raimes
untuk sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis. Ini kerana melalui
pendekatan bebas ini, murid diberi kebebasan untuk menyuarakan idea dan pendapat
berasaskan pengetahuan sedia ada mereka. Melalui pendekatan ini, murid dapat
bergiat aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pendekatan ini juga sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang
menguasai kemahiran bahasa dengan baik dimana mereka diberi kebebasan untuk
mengemukakan idea atau pendapat tentang isu-isu atau tajuk yang dibincangkan
dengan menggunakan perkataan sendiri. Ianya kurang sesuai digunakan untuk
mengajar murid yang agak lemah dalam kemahiran berbahasa. Pelajar juga akan dapat
menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk mengemukakan pendapat yang
bernas atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Melalui pendekatan ini daya
imaginasi dan pemikiran murid dapat ditingkatkan.Mereka boleh menggunakan
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kemampuan pelajar mencari dan
10

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

menyelesaikan masalah akan dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi para


pelajar. Situasi ini akan menggalakkan murid-murid supaya rajin membaca dan
berusaha untuk mencari maklumat melalui sumber-sumber yang ada, contohnya
mendapatkan maklumat daripada internet. Murid bebas untuk mendapatkan pelbagai
maklumat daripada pelbagai sumber.
Berdasarkan pendekatan bebas, murid-murid memainkan peranan yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa. Guru hanya bertindak
sebagai fasilitator untuk membimbing murid dalam mendapatkan maklumat. Murid
bertindak aktif untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat berdasarkan topik
yang akan diajar oleh guru mereka pada hari tersebut. Contohnya, guru akan
memberikan satu tajuk tentang Pencemaran Alam Sekitar. Murid akan membentuk
kumpulan dan mengadakan sumbangsaran untuk mendapatkan maklumat-naklumat
yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Setiap ahli kumpulan bebas untuk menyatakan
idea dan pendapat masing-masing. Melalui teknik perbincangan ini, percambahan
idea dapat dijana dengan sebaik mungkin di mana setiap ahli kumpulan berperanan
mendapatkan sumber-sumber dengan menggunakan majalah-majalah, surat khabar
atau pun dengan menggunakan komputer untuk melayari internet. Hasil perbincangan
di dalam kumpulan kemudiannya di bentangkan kepada kelas. Proses ini dapat
meningkatkan motivasi dan keyakinan diri seseorang murid untuk bercakap di
khalayak ramai.

Pendekatan komunikatif
Ahli linguistik berpendapat bahasa ialah satu sistem terbuka dan dinamik dan
digunakan Sesutu masyarakat untuk bertukar-tukar penerangan atau pendapat.
Menurut Juriah Long (1985) penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri
daripada ahli linguistik terapan di Britian dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran
bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan
saja kecekapan berbahasa , iaitu penguasaan sistem bahasa tetapi juga kecekapan
komunikatif.
Pada masa berkomunikasi, kecekapan bahasa akan membolehkan
seseorang menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan struktur
11

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

bahasa yang tepat khusunya dari segi bahasa. Penganjur-penganjur pendekatan


komunikatif berpendapat bahawa penguasaan bahasa merupakan penguasaan rumusrumus tatabahasa dan penguasaan peraturan-peraturan menggunakan bahasa dalam
konteks wacana lisan dan penulisan. Strategi pengajaran bahasa berasakan proses
perolehan bahasa ibunda kanak-kanak.Hal yang demikian, selaras dengan tujuan
seseorang kanak-kanak menguasai bahasa ibunda iaitu untuk memenuhi keperluankeperluannya.
Kaedah dan teknik
Menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea,
pendapat, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan. Pada umumnya
menulis secara tidak langsung menjadi alat berkomunikasi secara tidak bersemuka.
Oleh itu, menulis dianggap salah satu kegiatan yang produktif dan ekspresif.
Produktif

bermakna

sesuatu

keperluan perlu ditingkatkan untuk menyediakan

bahan yang hendak ditulis serta kaedah mengorganisasikan bahan supaya mudah
difahami oleh pembaca.
Untuk itu, penulis perlu memiliki seni menyampaikan mesej agar mudah
difahami oleh pembaca. Semasa menulis tiga perkara yang asas dalam penulisan
adalah isi, organisasi, dan ekspresi. Oleh itu, menurut Yahya Othman (2005) aspek
ekspresi melibatkan proses menyerlahkan idea ataupun mesej kepada pembaca secara
tersusun dan mudah difahami. Kemahiran menulis secara sistematik tidak datang
dengan begitu mudah. Ia perlukan latihan formal di dalam kelas untuk menghasilkan
satu hasil penulisan secara sistematik dan teratur serta mudah difahami. Melalui
penulisan yang banyak juga dapat mematangkan hasil karangan yang dibuat dari
masa ke semasa dari aspek bahasa, penyusunan idea, dan struktur ayat.
Penulisan juga dapat dinyatakan sebagai kesatuan buah fikiran atau pernyataan
yang disusun secara logis dan berkaitan antara satu sama lain. Perenggan dalam
penulisan mempunyai satu perkara tertentu yang dijelaskan dengan menggunakan
ayat- satu perenggan menggambarkan suatu fikiran atau fakta utama yang
dikembangkan dengan isi sokongan setiap perenggan perlu ada satu subtema tertentu,
iaitu dari pecahan tema yang menjadi fokus keseluruhan karangan. Ayat berkesan atau
ayat yang jitu dapat melukiskan fikiran dan perasaan pengarang setepat-tepatnya
12

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

menimbulkan pemahaman kepada pembaca persis dengan yang dimaksudkan oleh


pengarang.
Kaedah Menggunakan Ayat Yang Berkesan
a,

Kesatuan gagasan

b.

Kepaduan

c.

Penekanan

d.

Kepelbagaian

e.

Kesejajaran

f.

Penalaran dan logika


Teknik mencatat isi penting merupakan salah satu teknik yang penting untuk

mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Ia mengelakkan murid-murid dari

berkhayal semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam atau di


luar kelas. Ia juga dapat menambah kepekaan murid-murid dalam menggunakan
pancaindera serentak dalam satu masa (Nurul Aini Khairul Azhari : 2006) . Contoh
seperti murid-murid yang mengikuti lawatan sambil belajar ke zoo dan muzium
negeri. Murid-murid akan mencatat isi penting tentang apa yang mereka lihat dan
alami sepanjang lawatan berjalan. Dengan mencatat isi penting murid-murid lebih
peka serta dapat menimba ilmu yang lebih banyak.

Bagi pengajaran yang dijalankan kaedah dan teknik mencatat isi penting
digunakan. Murid-murid melihat tayangan dilayar berkaitan dengan tajuk karangan
yang akan dihasilkan oleh murid-murid nanti iaitu berkenaan keselamatan jalan raya
yang melibatkan lampu isyarat. Video menayangkan suasana di jalan raya. Guru
memberi panduan sebelum menayangkan video, dimana murid-murid perlu melihat
dan mencatat segala aktiviti yang dapat dilihat di dalam tayangan video itu.
Semasa tayangan video murid-murid diperhatikan begitu teliti melihat sambil
mencatat isi penting yang dapat dilihat melalui tayangan itu. Setelah selesai tayangan
video, murid menyatakan maklumat yang telah diperolehi dari tontonan video yang
dilihat dalam bentuk tulisan. Perlu diingat bahawa bukan semua yang ditonton oleh
murid dianalisa serupa pada setiap murid. Mungkin ada murid yang tidak pernah
13

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

melihat lampu isyarat dan kegunaannya. Oleh itu semasa tayangan berlangsung guruguru hendaklah menerangkan dengan teliti paparan yang dilihat supaya murid benarbenar faham apa yang mereka mereka lihat. Elemen-elemen penting seperti :
a. Mencatat maklumat yang penting
b. Murid menyatakan maklumat yang telah di catat
c. Murid berbincang dengan guru berkenaan
a. Apa yang dilihat
b. Apa yang berlaku
d. Seterusnya berbincang dengan murid-murid tentang kesan apabila tidak
mematuhi lampu isyarat
Menurut Shahabuddin Hashim ect.(2007), Kamus Dewan mendefinisikan
cerita adalah jalinan dan susunan mengenai kejadian dan hal-hal yang berlaku sama
ada benar atau pun merupakan khayalan pencerita sahaja. Bercerita pula merupakan
satu kaedah menyampaikan satu isi pelajaran melalui penggunaan teknik bercerita.
Dalam satu pendekatan lain pula, setelah melihat tayangan video, murid-murid
disoal oleh guru tentang apa yang mereka lihat dalam video yang ditayangkan melalui
penceritaan semula. Murid-murid mula bercerita, dan mengeluarkan pandangan dan
pendapat mereka tentang tayangan yang telah di pamerkan sebentar tadi. Murid-murid
dilontarkan beberapa soalan yang membuka minda mereka untuk memulakan proses
bercerita dikalangan mereka. Antara soalan-soalan yang diajukan kepada murid ialah
apakah yag mereka lihat? Apa yang berlaku? Dan apa yang akan berlaku sekiranya
tidak mematuhi peraturan? Bercerita merupakan pembelajaran yang berjalan secara
agak bebas di dalam kelas ini boleh menjana idea yang lebih kompleks, murid-murid
mempunyai cara dan pandangan dari sudut-sudut yang berbeza. Dengan ini, muridmuid akan mengumpul lebih banyak kosa kata, dan pandangan yang lebih luas
berbanding dengan kaedah belajar sendiri.
Seterusnya, kami memilih teknik membina peta minda. Menurut pencipta peta
minda iaitu Tony Buzan peta minda ialah satu teknik menjana idea. Ia merupakan
14

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

merupakan satu teknik bagi melihat satu-satu situasi, menganalisis situasi dan
seterusnya menjana, idea untuk digunakan bagi situasi berkenaan. Menurut Tonny
Windura (2010) pula menyatakan kehebatan otak manusia, iaitu kecerdasan manusia
tidak hanya ditentukan oleh jumlah sel otaknya, tetapi juga kemampuan setiap sel
untuk membentuk jaringan otak lain. Apabila kita memikirkan semua perkataan
berkaitan dengan perkataan dasar iaitu GENIUS dan KEJAYAAN, pada masa yang
sama sel otak kita sedang mengwujudkan rangkaian dengan sel otak yang lain.
Rangkaian antara sel otak yang terbentuk ini dapat bertahan lama dan ini adalah jalur
kecerdasan yang baru. Semakin banyak rangkaian wujud semakin kreatif dan cerdas.
Dalam menghasilkan peta minda membuktikan gaya pemikiran setiap individu
berbeza walaupun ia mengenai perkara yang sama.
Oleh itu , guru memilih teknik menghasilkan peta minda bagi merangsang
dan menjana idea murid-murid. Guru membincangkan tentang lampu isyarat jalan
raya. Perbincangan berkisar tentang :
a. Bentuk
Dalam menerangkan lampu isyarat murid-murid mampu menerangkan
berbagai-bagai jenis lampu isyarat diperlihatkan seperti lampu isyarat
bertiang tegak, lampu isyarat bertiang lengkung, lampu isyarat tergantung,
lampu isyarat bermasa, lampu isyarat menggunakan mentol, dan lampu
isyarat terbaru menggunakan LED digital.
b. Fungsi
Murid-murid dapat menyatakan fungsi lampu isyarat. Antara fungsi lampu
isyarat adalah menunjuk arah kenderaan yang patut bergerak ke arah yang
betul.
c. Warna
Murid-murid berupaya menerangkan fungsi setiap warna pada lampu
isyarat. Contohnya warna hijau untuk kenderaan bergerak ke hadapan, ke
kiri, ke kanan atau membuat pusingan U. Sementara untuk warna kuning
pula murid berupaya menerangkan fungsinya sebagai persediaan untuk
15

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

memberhentikan kenderaan. Untuk lampu isyarat berwarna merah pula,


murid-murid menekankan pentingnya berhenti ketika lampu merah
menyala
d. Lokasi lampu isyarat itu berada. Menggunakan pengetahuan dari pada
tontonan video, isi penting dan bercerita itu tadi, murid-murid membina
peta minda berdasarkan maklumat yang ada untuk membentuk kerangka
sebelum memulakan karangan murid-murid yang bertajuk Aku Sebatang
Lampu Isyarat.
Langkah seterusnya, murid-murid menulis karangan dengan tulisan yang
kemas berpandukan kepada peta minda yang telah dibina. Karangan ini merupakan
karangan keperihalan dimana karangan ini karangan bebas dan tidak berformat.
Walaubagaimanapun, ianya pelu ditulis dalam bentuk terancang agar karangan itu
mudah difahami. Karangan perlu ditulis dalam berntuk perenggan yang tersusun.
Iaitu terdiri daripada perenggan pertama pengenalan, perenggan kedua huraian isi,
begitu juga perenggan-perengan berikutnya adalah cerita tentang isi, dan perenggan
yang terakhir ialah perengan yang ditulis sebagai perenggan penutup.
Untuk mendapati hasil penulisan yang baik pemikiran kreatif sangat-sangat
diperlukan bagi setiap perkara yang dilihat, ada bermacam-macam cara lain
melihatnya.

Bagi setiap cara melakukan sesuatu, ada bermacam cara lain untuk

melakukannya. Ciri-ciri pemikiran kreatif adalah seperti berikut:


a. Sengaja menghasilkan idea baru kadang-kadang mencabar fikiran logik.
b. Mengutamakan cara lain selain berfikir cara biasa.
c. Cuba membawa perubahan bukan meneruskan idea sekarang.
d. Menggantikan cara kerja yang ada dengan cara kerja yang baru.
e. Gemar menggunakan logik songsang.
f. Membayangkan akibat kepada idea baru yang menentang logik itu.

16

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

Bagi kumpulan pemulihan,

KRB
3023

guru menggunakan kaedah koperatif dimana

kaedah ini merupakan kaedah belajar dalam kumpulan. Johnson dan Johnson (1998)
menyatakan Teori Peaget berasaskan kepada premis bahawa apabila individu
berkerjasama atas persekitarannya konflik sosio-kognitif akan berlaku dan ini akan
mewujudkan ketidak seimbangan kognitif dan seterusnya mencetuskan perkembangan
kognitif.
Pembelajaran koperatif yang memalukan murid berkerjasama dalam suasana
pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

Murid-murid akan lebih terbimbing

sementara guru pula mudah membuat pemantauan. Dalam kumpulan pemulihan ini
guru akan memberi ayat-ayat berpandu. Murid-murid akan membaca dan fahamkan
ayat itu secara berkumpulan. Kemudian, secara koperatif murid-murid akan mula
menyusun ayat-ayat mengikut tertib untuk membentuk sebuah karangan ringkas yang
lengkap.

Kemudian murid-murid menyalin semula membentuk sebuah karangan

berperenggan.
Akhirnya, untuk kumpulan pengayaan, teknik menulis bergambar digunakan.
Sekali lagi teknik koperatif digunakan. Murid-murid membina karangan berdasarkan
gambar membentuk ayat majmuk yang gramatis. Penerangan bagi setiap gambar
mestilah ditulis dalam satu perenggan yang lengkap iaitu meliputi isi, penerangan
berserta contoh yang sesuai. Guru memberi imbingan dan menjadi pemudahcara
semasa murid cuba menulis perenggan-perenggan untuk karangan tersebut. Muridmurid yang telah menguasai karangan keperihalan ini adalah lebih mudah untuk
mengarang satu kaangan yang berpandukan gambar.
Sangat penting bagi seorang guru menguasai kaedah dan teknik dalam
penulisan Bahasa Melayu malah ianya adalah satu yang wajib, supaya dapat memberi
bimbingan yang semaksimum mungkin kepada murid-murid.

KESIMPULAN
Dalam merealisasikan matlamat seseorang guru dalam pengajaran penulisan serta
meningkatkan kemahiran menulis dikalangan murid-murid, terdapat faktor-faktor
17

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhinya. Antaranya ialah


pendekatan, kaedah serta teknik yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas.
Faktor-faktor ini merupakan penyumbang terpenting dalam mempengaruhi
keputusan dan pencapaian murid. Semakin tinggi minat seseorang murid untuk belajar
semakin tinggi kecemerlangan yang akan dicapai olehnya. Perasaan kurang yakin dan
berasa rendah diri kerana kurang menguasai kemahiran menulis, akan menjadikan
mereka kurang berminat untuk menulis.
Fenomena ini seharusnya dihindari untuk mencapai kecemerlangan dalam
sesuatu mata pelajaran. Kepelbagaian pendekatan yang digunakan oleh guru akan
mempengaruhi hasil pencapaian objektif pengajaran. Pemilihan kaedah dan teknik
yang sesuai akan menjamin keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran serta
pencapaian objektifnya secara optimum. Pemilihan kaedah dan teknik yang
bersesuaian ini menyumbang kepada tahap penguasaan dan minat seseorang murid
untuk belajar dengan lebih berkesan.
Yahya Othman (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd

Nurul Aini Khairul Azhari (2006). Mengurus Diri Dan Masa. Selangor : PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd

Shahabuddin Hashim ect. (2007). Pedagogi : Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan
Berkesan. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Sulaiman Masri ect. (2006). Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan Bahasa Melayu.
Dimensi Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd.

18

PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

KRB
3023

Mahzan Arshad (2003).Pendidikan Literasi Bahasa Melayu : Satu Pendekatan


Bersepadu.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Pendekatan, Kaedah Serta Cara Mengajar Penulis. YazidBiz369. Oktober, 2011


diperoleh pada November 1, 2014
daripadahttp://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-sertacaanra-mengajar.html

Teori Pemerolehan Bahasa. Fadhilah Sulaiman. Tiada tarikh. Diperoleh pada


November 1, 2014
daripada http://www.scribd.com/doc/160244171/KULIAH-4-Teori-

19

S-ar putea să vă placă și